Thursday, January 31, 2008

jamuan guru.

khamis. 30 januari 2008. 3.30pm. di restoran aroma ikan bakar, pantai jeram. (lepas ni restoran ni wajib bg aku royalti sbb aku publish kt blog aku)

maka berlaku lah majlis makan2 dn cakap2. guru2, guru praktikal dn staff sama2 menghabiskan segala makanan dn pinggan mangkuk yang disediakan.

majlis dimulakan dgn ucapan aku (cheewaahhhh!) selaku pengerusi kelab kebajikan staff. aku yg sememangnya pemalu dan pendiam telah memecahkan rekod berucap paling panjang iaitu selama 3 minit dgn sgl ketar dn gugup. tu pun aku dh siap tulis awal2 point2 benda nk cakap. maklum le berucap dpn vip dn kwn2. adeh leee...

restoran tuu.. aku pernah makan dgn herman tino kt restoran nih. betul! tp dia dok meja lain le. alaa.. kira pernah makan semeja leee..

abis aku berucap, giliran boss pula. byk yg dia ckp. tapi satu yang tak best sgt2. boss minta ajk yg ada dikekalkan tahun nih. dia kata ajk sesi 07/08 paling cemerlang. waaaaaaa!. apasal boss ckp mcm tu... tak kira!. aku nak resign juge.. tak kiraa!!... huuhuhuu.

lepas doa, kami makan sampai tak hengat donia. eerr... kecuali aku. disebabkan aku makan semeja dgn vip. aku yg brutal dn ganas ni terpaksa control ayu time makan!. tak best..tak best..nak suap nasi pun kena sopan santun gitu.. kurang nikmat makan. huh!

member kt hujung sana siap gelak2kan aku lg. jeling2 aku... diaorg tahu aku bukan jenis protokol. so.. bila makan beradab mcm tu... isk! rasa nak baling je deme dgn garpu. cis!.

ikan cencaru (lagi!) yang siap dibakar dn sedia diratah. sejak akhir2 nih cencaru dh mcm jd hidangan wajib jamuan..

sambil2 makan ada cabutan bertuah. sebyk 10 hamper dn 40 hadiah cabutan bertuah disediakan. ada nampak hadiah dgn hamper kt hujung gambar kt atas?. gambar ni kwn aku yg ambil. main belasah je dia. mana pencahayaan mana sudut semua dia belasah. eer.. aku dpt gak hadiah tu. tupperware yg aku guna tapau lauk time balik. :)

guru praktikal dr upsi. semua deme ni dpt gak cabutan bertuah. mmg bertuah sungguh leee.. kami yg senior2 ni dh keje 10 tahun pun ada yg x pernah lg dpt cabutan bertuah tau!. huhuhhh.. jeles.


menu jamuan:
1. nasi putih.
2. siakap 3 rasa.
3. asam pedas ikan gerut2.
4. sotong goreng tepung.
5. udang butter.
6. kailan ikan masin.
7. ikan cencaru bakar.
8. ikan pari bakar.
9. sambal asam, sambal kicap.
10. tembikai dn limau.
11. desert -> kuih takar.
12. air tembikai.
13. fresh oren.
14. lupe..

untuk semua tu, sorang RM20.00 makan. ok leee.. eer.. deme tak bayor sesen pun. seme kelab yg belanja!.

note:

aku nak ucapkan terima kasih dn tahniah kt ajk aku yg bertungkus lumus jayakan jamuan nih. korang mmg best, friendly dn amazing team.

jgn takut bro..walau boss kata kita kena kekal, tp kita akan resign juga lps raya cina nih. tak kira!.

amazing team.. waarrhhhggghhh!! ade gergasi hijau..

Monday, January 28, 2008

demam lagi.. :)

alhamdulillah.
aku demam lagi. pasang surut antara baik dan demam. batuk2 juga. tapi aku kena terus bertugas mcm biasa. banyak urusan belum selesai.

1. pendaftaran calon SPM 2008. (paling utama. kalau sangkut, tak exam murid aku tahun ni. huhuhuu).
2. pengawas nak berniaga sempena hari sukan sekolah khamis dn sabtu nih.
3. siapkan watikah perlantikan pengawas.
4. siapkan data disiplin pelajar.
5. siapkan jamuan guru pada rabu nih.

petang tadi lepas balik sekolah, aku pergi lagi klinik. aku ingat doktor benggali tu pun pelik apasal aku rajin sangat jumpa dia.

mujur dh kawen. kalau masih bujang mau kene reject asik demam jee.. huhuhuhuu.

kuatlah wahai aku, kuatlah!.

note:
aku nak ucap tahniah kat makwe aku bekas guru praktikal tahun lepas. org perlis dari UM. yang akhirnya dpt posting kat johor. lama tunggu tu. dekat 6 bulan baru posting. jaga diri baek2 yang awak.. jadi cikgu yang ikhlas dn tabah ye.. byk2 sabar dgn kerenah murid. enjoy your teachers life and your work too, ok.. =)

latest update (31.1.2008)

stlh bebarapa hari menahan demam dn sakit2 badan. akhirnya punca demam aku tersingkap jua. rupanya aku diserang bertubi2 oleh suatu bendasing yang menyerang sistem pertahanan badan. menyebabkan sistem badan aku terpaksa melawan semula. sepasukan angkatan tentera dari batalion ke-10 antibodi telah dikerah untuk melawan musuh. kesan dari pertempuran yang hebat tu, maka timbul bengkak dn bernanah yang menyebabkan demam panas.

aku sedang berusaha melawan bendasing tu dgn bantuan infantri antibiotik dn pasukan semboyan salawat syifa'. malah sepasukan pasukan perubatan baru saja dihantar untuk merawat anggota yang tercedera. :))

Sunday, January 27, 2008

sarapan bersama seorang tua.

pagi tadi, seusai solat subuh di surau kuarters. aku tergerak nak keluar ke pekan lama kuala selangor. memang dh jadi macam rutin aku, asal pagi ahad mesti keluar pagi ke kedai. keluar rumah jam 7.30 pagi, beli surat khabar. hari ahad aku akan beli berita minggu dn harian metro. (semua RM3.50). hari biasa cuma harian metro je. tu pun kalau sempat dn ada stok lagi. aku jarang sgt beli utusan, kecuali aku baca online je.

lepas beli paper, aku akan singgah di restoran mamak bersebelahan kedai jual paper.

sebaik nak masuk restoran, kelihatan seorang tua menunggang motosikal hendak membelok ke arah restoran. aku kenal sangat orang tua tu. memang lama aku nantikan kemunculannya. orang tua itu berserban dan berjubah putih. dia masuk ke dalam restoran dan mengambil tempatnya. peluang ini aku takkan lepaskan. segera aku ambil tempat satu meja dengannya. aku menghulur tangan dn bersalaman.

orang tua itu masih macam dulu. mesra dn sesekali menggerunkan! gerun kerana tapak tangannya pernah singgah di pipi aku suatu masa dulu. dn kerana itu aku menangis.

flash back:

masa tu di SAMTAJ di Shah Alam. aku pernah difitnah. dn kerana fitnah aku ditampar oleh org tua itu. kawan2 telah mengadu padanya konon aku membawa gitar ke asrama. orang tua itu tanpa soal siasat terus menampar aku dn mendesak supaya aku mengaku. aku memang tak mengaku, sebab aku memang tak bawa gitar ke asrama. satu lagi penampar di pipi sebelah. aku mula menangis. bukan kerana sakit tamparan dia. tapi masa tu aku sgt sedih difitnah. siapa yg tak takut orang tua tu. kalau dia berjalan di tingkat bawah, kami di tingkat 3 akan mencicit masuk kelas. hebat kuasa orang tua tu. akhirnya kes gitar tu habis begitu sahaja. tak jumpa siapa yang bawa dn apa terjadi lepas tu. dan dia pun tak minta maaf kat aku lepas tu. :((

dia memesan roti canai kosong dn teh panas serta air suam. aku pula roti telur dn kopi ginseng. kami berbual panjang. mengimbau kisah lama antara dia dn aku. dn juga kisah2 semasa. oh.. orang tua itu masih semangat macam dulu. sama semangat waktu dia menampar aku dulu.

namun kali ini kami berbual mesra. aku tiada lagi dendam dn marah pada dia. malah kami dh jadi kawan rapat. kebetulan aku dan dia sekarang tinggal di sini. kuala selangor darul luar bandar. dan dia masih jadi guru di tanjong karang. 3 tahun lagi pencen. jadi kami sama2 dah jadi cikgu.

habis sarapan, aku ambil peluang membayar apa yang dia makan. aku sangat lega dan puas. akhirnya aku berjaya belanja ustaz a.k.a guru disiplin yang pernah menampar aku (tanpa sebab) makan. oppss.. walau dia bekas ustaz aku di SAMTAJ, aku tetap anggap dia ustaz aku selamanya dan aku masih anggap diri aku murid dia.

aku tiada sekelumit dendam padanya. sungguh!.

terima kasih ustaz, mungkin kerana tamparan ustaz le anak muridmu sekarang jadi cikgu disiplin. you're my ustaz sampai bila2.

kisah lalu..

masa: suatu ketika sekitar 2006.
tempat: di sekolah.

kisah benar.

aku tgh ngajar. nset berbunyi. jeling nset. oh.. dari opis. aku putuskan call. aku tak suka diganggu kalau mengajar. silap aku juga on nset masa ngajar. tukar pada silent mode. nset vibrant pula. jeling lg nset. opis lg. murid2 comel tu cakap "cikgu jawab je le cikgu". isk.. ni sindir ke?. minta izin dgn murid nk keluar jawab telefon. kalau dari opis mesti penting.

di hujung, suara kak ana. kerani sekolah. agak cemas.

kak ana: "cikgu **** sila pergi bilik pengetua. ada hal sangat penting.."
aku: "tapi saya sedang mengajar.."
kak ana: "ini arahan hem. cikgu mesti dtg sekarang juga.."

aku masuk balik kelas. jelaskan pada murid aku terpaksa tinggalkan mereka kerana ada hal penting. murid agak mengeluh. maklumle kelas sedang rancak. tp tak tau le dpn aku je buat2 mengeluh, belakang pesta ronggeng diaorg tu..

isk.. apa ke bende time ngajar2 ni tetiba kena panggil masuk bilik boss? setiap langkah bawah susur gajah yang aku lalui terasa sgt jauh. mcm2 perasaan dn tanda tanya berlegar. anak aku kt tadika. atuk aku sedang sakit.. isk!. pernah dulu kena mcm ni. last2 dpt tau isteri aku bleeding kt sekolah dn dihantar ke Hospital Klang. tp tu dulu.. isk.. setiap langkah jd makin berat. segalanya di minda..

sampai bilik boss. ada hem, sorang makcik dn sorang budak. aku kenal budak tu. murid aku juga. abis le aku.. aku teringat satu peristiwa yg berlaku 2 minggu lalu. ada sesuatu yg tak kena. aku dpt rasa ada suasana tegang dn panas walaupun aircond sangat sejuk.

makcik: "ni ke cikgu tu..?"
budak: "a'ah.."
makcik: "oooo.. dia le ni ye.. dh lama aku cari dia."

"aku nak cikgu melutut minta maaf dgn anak aku!" dia sambung. tegas dn garang.

-bersambung-

sambil2 tu.. layan...

Thursday, January 24, 2008

cikgu dh jadi polis.

7.25 pagi. awal pagi. kebanyakan guru berada dalam bilik guru. memasing sedang bersedia untuk mengajar. ada yang baru nak mula buka buku. ada yang bergurau dengan rakan2. ada yang mula buka laptop.

ada juga yang terkulat2 baru nk tengok jadual mengajar. kelas mana nak masuk hari ni. :) (aku le tuuu).

tiba2 pengetua buat pengumuman. tak pernah boss buat mcm ni. pelik. murid dikehendaki segera berkumpul di tapak perhimpunan. guru2 pula diarahkan turun juga. segera. masing2 berpandangan sesama sendiri. apa yang berlaku?

sebaik aku turun ke tapak perhimpunan (kt sini dinamakan dataran pejat. aku tak tau apa makna pejat.. tapi masing2 kata macam tu), dimaklumkan akan ada spotcheck 100%. spotcheck 100% jarang2 sekali diadakan kecuali kes2 serius.

biasa spotcheck biasa2 je dn tumpu pd brg2 tertentu shj spt rokok, nset..

spotcheck 100% merupakan spotcheck lengkap. dari rambut hingga kasut. luar dalam. ye luar dalam termasuk pakaian dalam. serius!. spotcheck 100% juga melibatkan semua pengawas. mereka juga kena check.

di kantin, aku beri taklimat kpd pengawas perjalanan spotcheck. mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan dn bergerak serentak masuk dalam kelas. semua pengawas akan check beg sekolah dn kawasan2 yg ada potensi barang2 larangan disorok. murid perempuan dibawa ke surau. mereka akan diperiksa oleh guru perempuan. manakala murid lelaki di dataran pejat. guru2 lelaki ambil alih tugas pengawas. manakala pengawas ditugaskan menyelongkar beg2 sekolah dgn diawasi guru pengawas. (aku le tuuu).

habis spotcheck pelajar, giliran pengawas pula di spotcheck. pengawas mmg tak duga mrk akan diperiksa juga. terkulat2 juga pengawas bila guru2 periksa mrk.

spotcheck berjalan selama 1 jam. dn akhirnya kami temui beberapa barangan larangan spt nset, mp4, rokok dn alat solek. semua barangan dn nama pelajar yang membawa direkodkan. tiada barangan serius spt dadah dn senjata. budak kampung.. (note: membawa nset dn barang kemas satu kesalahan dlm buku garis panduan kesalahan daripada kementerian)

menjelang tengahari baru le aku tau kenapa spotcheck 100% diadakan. *edited* :)

semua barang rampasan dikumpulkan dn tidak akan dipulangkan. kecuali barangan berharga spt nset dn barang kemas. akan dipulangkan setelah murid membawa penjaga berjumpa pentadbir. dan biasanya murid tidak akan bawa penjaga ke sekolah. :( dn jadi beban kami pula nk simpan barang tersebut supaya selamat.

ada satu kes, murid tuntut barang kemas setelah 3 tahun tinggalkan sekolah. haru biru kami korek2 balik almari simpanan. mujur ada; sebab.. penjaga datang dgn ugutan. jumpa atau saman!.

note:

1. spotcheck dlm BM apa ye? pemeriksaan kilat?
2. aku dh kena tag. ni cik ati le punye kerja. dh le aku tak faham BI.. tunggu ye cik ati. tahun dpn aku jawab tag awak. ambik masa nk bukak kamus. ekekkeee.
3. gaji masuk hari ni. :) tp ada kakitangan gomen hanya akan dpt gaji 31hb ni. ada masalah dgn sistem kredit. kata pegawai kewangan kementerian. hampeh!.
4. aku masih menanti langit menyeri warna..
5. kdg2 aku masih tersalah taip istilah murid dn pelajar. murid = utk sekolah rendah dn menengah. pelajar = utk form 6, matrikulasi dn universiti. isk..
6.dh tgk iklan atlit paralimpik malaysia? tadi kt tv3 masa buletin utama. sorang bekas murid aku. lulusan sekolah kampung luar bandar ni, sdg mewakili malaysia dalam sukan paralimpik di korat, thailand. iklan tu yg paparkan dia sedang nak berlari pecut. dia atlit terakhir dlm iklan tu. tahniah mohd raduan b. emeari. walaupun awak serba kekurangan fizikal (sebab awak kelas khas), tapi awak membanggakan kami dn sekolah kita :).

Wednesday, January 23, 2008

moga langit menyeri warna..


terjaga dari tidur. tersedak sebab batuk2. cuba nak tidur. tapi mata dh merajuk. tak mau lelap ia. lagi membulat mcm hari dh pagi. mujur hari ni cuti umum. kalau hari kerja mau dah risau aku.

nak hilangkan boring. online dn jgk blog aku. oh..

blog terbiar. tak update. kosong dan sepi.

rasa bersalah membiarkan kawan2 dtg bertandang kt blog yg sepi nih.

apa yang berlaku?. oh. aku sgt2 bz sekarang. pagi kat sekolah. petang kt padang. di samping mengajar, uruskan juga kerja2 data dan perkeranian. kdg jadi tukang kebun juga. tu belum lg kes2 disiplin budak2 zaman sekarang. pelik2 punya kes. kan kerja cikgu dah cacamarba sekarang. kdg tak tau mana satu cikgu mana satu tukang kebun. :( akhirnya bila dh malam sgt penat.

malam pula aku uruskan kuarters. surat menyurat dn laporan kuarters kena hantar ke PPD juga. kebajikan penghuni nk kena jaga. (tp kebajikan aku mrk tak peduli pun..)

tambah pula line internet sgt2 teruk sekarang. broadband apa kebende mcm ni. kata new age. tp mcm stone age aje. nak display blog ni pun sengguk2 mcm kete plug basah. dial-up yg menyamar broadband ni sebabkan aku makin penat jadinya.

kesihatan aku pun masih belum pulih sepenuhnya. masih batuk2 dn kdg2 sakit kepala.

+ semuanya = malas nk online.

alasan je.. :)

ok.. tuan2 dn puan2. i'll be back. tq singgah. erk.. masih ada ke yg sudi singgah blog buruk aku?.

note: kawan aku. cikgu bhs inggeris. tanya aku semalam kt bilik guru. dia ni kalau ckp dgn aku jarang bebenor guna BM. bagus juga. boleh improve BI aku yg dh mengkarat.

dia: "hi cikgu.. how are u today?" sambil2 suara mcm nk ngorat aku. :p
aku: "ok.. i'm fine. i feel free like a bird. shining like a sun but sad like a rain..." spontan aku jawab. wakakakkaa.. apa le punya BI aku. teruk bebenor!.

masa tu kepala dh bengong. baru marathon bg taklimat pendaftaran SPM kt budak2 plus meeting dgn pentadbir ttg akademik plus uruskan jamuan guru. 3 perkara dlm 1 masa!. tak ke bengong namanye.. huhuuhuu. adeh leee..

dh jam 3.00 am. masih belum nk tidur. mujur ada cerita kaber hero kaber zero kt tv3. (rumah aku takde astro). jadi le.. layaaannn.

Sunday, January 20, 2008

jika ini tanda Allah sayang..

sakit.

tanda Allah sayang kat kita. sayang sebab dgn sakit ini Allah mahu hapuskan dosa kita dn angkat darjat kita di sisiNYA. asalkan kita redha dn sabar. wajib kita berubat kalau sakit. itu hak jasad untuk mendapat sihat. Nabi dn Rasul pun berubat semasa sakit. selebihnya terpulang pada Allah.

sakit mengajar kita kembali menilai diri. mungkin ada kesalahan dn kesilapan yg kita terlupa utk bertaubat.

"Sungguh menakjubkan perkaranya orang mukmin. Sesungguhnya semua perkaranya adalah baik dan tidaklah hal ini dimiliki oleh seorangpun kecuali oleh orang mukmin. Jika dia diberi kenikmatan/kesenangan, dia bersyukur maka jadilah ini sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya jika dia ditimpa musibah (sesuatu yang tidak menyenangkan), dia bersabar, maka ini juga menjadi kebaikan baginya.”

(Maksud Hadis Riwayat Muslim no.2999 dari Shuhaib radhiyallahu ‘anhu)

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub:

“Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”

Tidaklah seseorang ditimpa suatu kegundahan maupun kesedihan lalu dia berdo’a:

“Ya Allah, sesungguhnya saya adalah hambaMU, putra hamba laki-lakiMU, putra hamba perempuanMu, ubun-ubunku ada di TanganMU, telah berlalu padaku hukumMU, adil ketentuan-Mu untukku. Saya meminta kepadaMU dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk DiriMU atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMU atau yang Engkau turunkan dalam kitabMU atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisiMU. Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim semi (penyejuk) hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku.”

kecuali akan Allah hilangkan kegundahan dan kesedihannya dan akan diganti dengan diberikan jalan keluar dan kegembiraan.”

Tiba-tiba ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tidakkah kami ajarkan doa ini (kepada orang lain)? Maka Rasulullah menjawab: “Bahkan selayaknya bagi siapa saja yang mendengarnya agar mengajarkannya (kepada yang lain).”

(Maksud Hadis Riwayat Ahmad no. 3712 dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albaniy)

Ya Allah, jika ini caranya KAU zahirkan kasih sayangMU padaku, sungguh aku pasrah dn redha. namun jika ini tanda murkaMU, ku harapkan keampunanMU jua.

note: skrg musim demam dn batuk.

entry ubi kayu

kali ni aku dgn penuh rasa bangga dn riaknya publish kuih yg 100% aku buat sendrik, tanpa bantuan isteri aku. betul.. kenape? tak percaye ye..?

maka dgn ini tuan2 dn puan2. ubi kayu gethuk (loghat jawa). kata mak aku ni asal resepi org jawa. ntah le. yg aku tau makan jee..

ok.. mai kak senah, kak limah, kak tijah.. semua tgk resepi yg chef CJ nk buat ni ye. penonton2 kt luar tv nu haa.. jgn lupe ambik kertas dgn pen yee..

fasa 1:
mule2 kita cabut ubi. pastikan ubi kayu tau bkn ubi jagat atau ubi gajah. jgn sesekali obi wan kenobi. kali ni chef guna ubi kuning indonesia. kalau nk sedap seeloknya guna ubi kayu pikul atau ubi kayu tahun yg putih warnanye. lg lembut dn beraroma gitu..

bahan2:
1. ubi kayu. blh gak keladi. tapi isu keladi tgh sensitif.
2. gula merah.
3. gula putih.
4. hampas kelapa yg agak muda.
5. garam.
6. lesung dn alunye. takde lesung blh guna botol kicap atau kalau nk power lg guna steamroll kt tapak projek.
7. dapur gas.
8. tong gas yg masih ada gas. kalu takde guna kayu api.
9. periuk. kalau bocor tampal.
10. bunga anggerik dn daun pakis.
11. kereta ferrari shell.
12. kamera digital.
13. pisau atau pedang samurai.
14. sudu dn sudip.

fasa 2:
1. baca bismillah dn salawat. lagi baik baca surah al-insyirah utk pelembut hati bini/suami. syyyhhhh... jgn bagitau!
2. potong ubi kayu tanpa belas kasihan. potong 5 ke 12 ke ikut tahap kezaliman masing2.
3. siat2 kulitnya sambil nyanyikan lagu kau kunci cintaku dalam hatimu.
4. basuh ubi sambil nyanyi suci dalam debu.
5. rendam ubi utk direbus. tiup2 sikit kasi si pemakan ubi lembut hati. :)


ubi yg dh siap dipotong. guna gergaji.. wakakaka



rebus ubi selama 30 minit. jgn lama2. jimat gas.


fasa 3:

1. sediakan bahan2 tadi. gula, garam dn hampas kelapa.

2. masukkan ubi dn bahan ramuan dlm lesung.
3. apalagi... tumbuk le sampai lumat. tumbuk..tumbuk..tumbuk..

ubi yg dh direbus dn bahan ramuan.



ubi dn bahan ramuan campur sekali. kalau takde lesung blh guna pembancuh simen.

ketuk..ketuk..ketuk.. dgn penuh perasaan.


fasa 4:


1. lepas lumat. hidang atas pinggan. hias apa yg patut. bunga kt bwh ni aku curik bunga anggerik bini aku. wargghhhh!!.. blh letak hiasan lain mcm kete ferrari, lesung pn blh jd hiasan ikut kreativiti masing2.

nak cantik, buat le bentuk kuih tu. btk abjad ke.. hati ke.. kepal ke.. aku pemalas, so.. aku tepek je kt pinggan.
dh siap. kuih gethuk chef CJ. dh boleh makan. nk sedap lg balas dgn air kopi o. peerrgghhh!!..

Wednesday, January 16, 2008

sehari seorang aku.

5.00 am = bangun tidur, ambil wuduk, baca quran.

6.00 am = solat subuh.

6.30 am = gosok seluar. lupa nak gosok mlm td. taknak susahkan bini. dia pun byk kerja nk urus.

7.00 am = start kete. buang sampah. hantar anak dn bini.
7.25 am = punch card.

7.30 am = membebel kt perhimpunan. bla..bla..blaa..penampo..blaa..blaa..tapak kasut..blaa..blaa..spital...blaa...blaa..

8.00 am = sarapan. roti telur dn teh gelas besar. RM 2.00. dahaga lepas membebel dn cakap2.

8.15 -9.20 am = kelas form 4. bdk2 baik hari ni. (baik korang ikut arahan saya atau saya pijak halkum awak..). jgn risau.. tu gaya bahasa permatang. lenggok dia. bdk2 permatang dh biasa dgn ayat2 power mcm ni. dh mcm gurau..

9.30 am = jgk internet kt bilik guru. tlg cikgu pompuan melayu terakhir explore bahan temuduga. ngeeee... :) sekolah aku guna wi-fi. bleh akses internet kt mana2 walau dlm tandas. ahaks!. perasan ada mata jeling. alaa.. kak. akak kan ada no nset bini aku. sms je leee kt dia.. mms ke.. *buah naga disangka keladi*

10. 00 am - 10.30 am = kelas form 4 lagi. salah tgk jadual. (tenet punya pasal lee.. tak sedar masa berlalu..kikikih) aku masuk lagi 10 minit nk abis waktu aku. tp nk ngajar juge. baru nk "nggaaaaaa" buka mulut dh loceng... bdk2 sengih tgk aku tak jd ngajar. selamat!.

10.45 am = meeting ringkas majlis jamuan guru. aku pengerusi kelab. keputusan sorang guru makan RM20 sorg. tempat kt pantai jeram. tarikh rahsia. nanti korang serbu.. kekekeke.. makan kebende RM20 sorang. makan gajah kott. :p


semua bdk pompuan. cuma ada 1 lelaki. bdk2 lelaki pakat2 tak nak masuk lab. siap le korang.

eerrkk... huhuhuu.. patung jumjumatun yg sering jd mangsa buli bdk2 aku.

tgk video ukm tu..


11.00 am - 12.30 tghri = kelas form 5. tunggu budak kt lab. budak masuk lambat 30 minit. aku dh pegang getah paip. bdk2 dtg dgn senyum simpul. minta maaf. aku terus cair!. alasan nazir dtg observe diaorg. alasan diterima. tayang video korporat ukm. mengajar sambil pasang lagu. budak2 minta sambil2 tulis nota. layan le budak2...

12.45 tghri = makan tengahari. RM 3.00. sirap limau, nasi putih, sayur taugeh, cencaru (lagi?) goreng, sambal petai.

1.30 pm = meeting keselamatan (aku ponteng.. dh nk muntah dgn meeting sejak minggu lps)

2.00 pm = balik rumah. solat zuhur. pergi BSN ambil buku bank yg dh hilang. kena denda RM20.

3.00 pm = gi sekolah semula. ada latihan rumah sukan. tengah panas terik. (takde gambar. malas nk ambik..)

4.40 pm = latihan tamat. penat. solat asar.

apa punya post daa.. mcm diari jee.. (skdr nk elak blog berabuk..)

Tuesday, January 15, 2008

aku buli guru praktikal (edisi 18SG)

serius!. sapa2 yang lemah semangat atau jantung belah kanan. sila tinggalkan blog aku serta merta.

buli 1.

berita kehadiran guru praktikal untuk menginap kt kuarters, sampai kt aku menjelang hujung2 cuti akhir tahun. timbalan aku; abg azmi yg bagi tau. satu urusan temu janji dgn guru praktikal akan diadakan petang itu juga. abg azmi juga bagitau guru2 tersebut terdiri dari pelatih upsi. lelaki dn perempuan.

sebagai penghulu tuan tanah kedaung kuarters, aku bertanggung jawab memastikan keselesaan dan keselamatan tetamu. termasuk juga guru praktikal. kami dah biasa menerima kehadiran mereka sebelum ini. dr upsi, um, unisel, ukm.. pd thn2 lepas. segera aku arahkan abg azmi sediakan 4 rumah yang bagus utk mereka. utk pelatih lelaki ditempatkan di tingkat 5 blok A dn pelatih perempuan kt tingkat 2 (blok B) dn 3 (blok A).

pelatih lelaki biarlah di tingkat atas. lagipun mrk lelaki. paras rendah bg le pelatih pompuan. kesian kt mereka. aku mulanya cdg nk beri rumah tetamu di paras bawah kpd pelatih pompuan, tp ada mslh skit dgn sistem elektrik. so.. mrk tetap di paras 3.

buli 2.

ahad 13 jan. dpt call dr abg azmi. pelatih dh dtg kuarters. aku terpaksa pendekkan cuti bersama keluarga dn bergegas pulang. huh!..

kesemua rumah diagih kpd pelatih ikut paras yg ditetapkan. namun satu kumpulan pelatih pompuan ditempatkan di tingkat atas paras 5 blok B. tak seperti yg aku rancang. aku minta penjelasan dr abg azmi. katanya itu yg diarahkan PPD. aku sungguh tak puas hati. aku mahu semua pelatih pompuan di paras rendah demi keselamatan mereka. *alasan..* ada rumah kt paras 2 kosong. tp dh nama rumah kerajaan, ikut je le arahan..

buli 3.

hari sekolah. dpt call dr penolong kanan. aku diminta beri taklimat kepada guru pelatih berkaitan sekolah. kata dia: pengetua, HEM dn dia tiada di sekolah. mmg pun. senang2 je hilang.. aku menolak dgn baik. walaupun aku ketua kelab guru dn kakitangan di sini, aku rasa org yg paling layak beri mrk taklimat ialah penolong kanan. yg ada cuma PK kokurikulum. aku minta jasa baik dia beri taklimat. alhamdulillah .. dia setuju.

sementara itu aku sediakan utk mereka meja utk duduk kt bilik guru. meja utk potluck kami, aku kemaskan utk mereka duduk kt situ. manakala yg lelaki pula aku sediakan meja berdekatan dgn kami guru lelaki. di bhgn belakang sekali. cuma tinggal meja tu je yg kosong.

duduk lah mereka selama 3 bln kt situ. moga2 selesa. cuma itu yg mampu aku sedia utk mereka.

buli 4.

petang semalam. aku beri mrk sedikit taklimat ringkas ttg kuarters ni. peraturan dn cara hidup kt sini. siap tunjuk restoran paling dekat nak makan..maklum le pelatih pompuan takde kenderaan. siap aku offer mrk bawa kete aku kalau nk beli barang!. atau pergi je dgn aku kalau segan!.. wakakakaa.. *keladi*

sorang pelatih lelaki baru je kemalangan. minta aku tangguh dulu bayaran sewa kuarters. aku tepuk bahunya dgn perlahan..

"takpe le cikgu.. utamakan rawatan dulu ye..sewa kuarters ni bila awak dh sihat nanti.."

bersinar muka dia bila aku ckp mcm tu..

oohh.. sungguh dahsyat aku buli mrk kaannn... kikikiikiii..

Monday, January 14, 2008

guru praktikal dtg lagi.

aku nak ucapkan selamat dtg kpd guru praktikal. slmt dtg ke kuarters dn sekolah kami. 9 org semuanya dari upsi.

kepada kalian. belajar2 le dgn kawan2 cikgu kt sini. tegur2 le kami. jgn nak buat hal korang sendiri. mentang2 le korang datang ramai mcm menteri.

belajar le budaya sekolah. watak pelajar dn ragam guru. 3 bulan bukan lama. kalian harus cepat belajar. untuk jadi guru yg bagus, mesti cepat menyesuaikan diri dgn rakan setugas. buang sifat malu tak bertempat dn juga ego tak pasal (kalau ada).

tanya2 lah kami dan kami sedia membantu kalian.

selamat datang wahai adik2 cikgu. selamat belajar dunia baru seorang guru. selamat dtg adik2 dari penang, johor dan terengganu. sediakan juga sapu tangan dan tisu. sebab aku nak raging kamu... biar kamu tak jadi tepu.. macam keju.. waarrggghhhh!! makan budook!! :D

hibernasi




benda ni le yg anak aku tgh layan skrg. 1 hari mau 10 kali pusing cd tu. sampai dialog2 dia pun aku dh hafal.. layan je le budak2.

oh. bz nya aku.. dgn tugasan awal2 tahun ni. meeting meeting meeting meeting dn meeting dn meeting lagi.. (ni pun baru balik meeting) sebok mcm pasukan patrol sewaktu menentang kuasa dagmata yang dicetuskan resakse yang menyerang bumi.

sabtu lepas aku mengikuti kursus kejurulatihan olahraga yang dianjurkan sekolah dgn kerjasama Majlis Sukan Negara kat stadium kuala selangor.

masa training. kawan2 cabar aku lari 100 meter pecut. mentang2 le aku sihat mcm ni. ada hati nak lawan. aku mula menolak dgn baik. maklum le.. aku sedar kemampuan diri. siapa le aku nk lawan dgn kawan2 aku yg memang atlit semulajadi. training bola tiap2 petang. sedang aku badan mcm afdlin shauki dlm filem sumolah.

namun aku akhirnya terpaksa terima cabaran. tak tahan kena sindir. dgn semangat lamina, aku melangkah ke garisan permulaan. ambil step. tangan kat garisan. kaki 1 tapak setengah ke belakang. pasang kuda2. pandang jauh di hadapan.mengira2 kat mana aku harus berhenti. di hujung sana sekumpulan kawan2 sedang gelak memerhatikan aku yg kalut dn cuak. pandang sekeliling cari2 kot ada pbsm kat sekitar. angkat badan. kumpul tenaga di tapak tangan dn kaki utk lonjakan. minimakan graviti di bahagian belakang badan. bismillah... dan... zuuuuupppp!

reaksi kawan2 cemas waktu aku berlari. takut tersungkur je..

akhirnya aku berjaya menewaskan semua pelari handalan tu. tempat pertama lg. mcm tak percaya je. terdiam sesapa yg dok sindir aku td. (menjadi juga ilmu enteng badan aku.. ooppsss.. badan aku terasa enteng kerana aku belum sarapan). dengan bangganya aku depa kan tangan sambil berlari di garisan penamat. menjerit sekuat hati. hilang segala macho dn ensem.

kali ni mrk cabar lompat jauh pula.. yg ni aku mengaku kalah.. cikgu yahya dh senyum jek..

kesan dari larian sempurna tu. badan aku sakit2 semua. kesan dari sengal2 tu aku malas nk ber blog pula. hehehe.. *alasan*

depa tak tau masa aku sekolah menengah SAMTAJ dulu aku atlit pecut. joging dr seksyen 11 ke taman pertanian bukit cheraka sampai ke empangan rumah kuning dn patah balik ke samtaj biasa je. (bkn niat nk bangga tau). pernah wakil sekolah bola keranjang. hihihiii.. tp dulu.. skrg jgn cerita le. naik tangga pun dh semput.

sepanjang aku berhibernasi, ada beberapa sms yg aku terima dari kwn2 lama yang tanya kenapa aku mahu berhenti. ohh.. aku ingat takde org tengok. rupanya kwn2 dn bekas2 murid aku pun ada yang jengok blog aku. hampir setiap hari. mereka silent reader rupanya.

ada sorang sahabat aku tepon dari perak minta aku sambung blog. tak sangka ko pun tgk gak ye. ok lah bro. aku sambung blog aku ni. tapi lepas otromen neus mengalahkan resakse..

arrgghhh!. anak aku ulang lagi otromen dia.. :(

Saturday, January 12, 2008

demi tugas..

saudara aku kat palestine pun kibar bendera hijau.. huhuhu


pagi semalam (jumaat) sebenarnya sekolah aku ada kejohanan merentas desa. murid2 dari rumah dh siap2 dgn baju sukan masing2. semuanya bersemangat nak menyertai pertandingan demi sebuah maruah. maruah nama rumah sukan. aku? aku tiap tahun rumah hijau. tak pernah tukar. masa mula2 dtg sekolah ni dulu (2001) aku diamanahkan menjadi ketua guru rumah kuning. masa tu rumah kuning jadi johan keseluruhan. skrg rumah kuning dh jadi antara pasukan belasahan sejak ketuanya dipindahkan ke rumah hijau. aku le tu. *riak*.

rumah hijau telah jadi johan 3 tahun berturut2. menewaskan pasukan hebat, gagah dn ego yg bertaraf ladang kelapa sawit.. rumah merah dn rumah biru. rumah merah le yg paling top. hampir semua atlit sekolah dihimpun kt situ. mentang2 le ramai guru ajk sukan join rumah merah..

rumah biru pun sama. ramai atlit. walau tak seramai rumah merah. ramai murid suka join rumah biru sebab cikgu2 pompuannya lawa2 walau semua dh jd bini org. dasar budak gatal.

so.. rumah aku, rumah hijau. walau bukan pasukan pilihan. tetapi sering membuat kejutan menewaskan pasukan (kononnya) gergasi.

ok.. balik ttg merentas desa. awal pagi murid2 diberi taklimat ttg perjalanan kejohanan. aku mcm biasa le, oleh kerana aku bkn lg ketua, aku lbh jlnkan sesi mandrem dn jampi beramah mesra dgn budak2 je.

abis taklimat. pertandingan nak dimulakan, tetiba hujan selebat2nye turun. siap guruh petir. bertempiaran murid dn guru yg kt padang perhimpunan. sekali mcm *tuuuutt* laa.

masuk sejam hujan tak juga kebah. dah jam 9 pagi ni. aku arahkan nasihatkan pengetua (mcm bagus jee aku tau..ekekekee) pelajar mesti lari paling kurang jam 9.30 pagi. sebab hari ni jumaat. nak solat jumaat. kalau lari lbh jam 10.00 mesti tunda isnin.

akhirnya pelajar dpt juga lari jam 9.45 pagi. lari dalam hujan. kebasahan macam cerita hindustan.

ada yg tak syok :(

sementara pelajar mula lari. tetiba aku diarahkan penolong kanan kokurikulum pergi ke PPD. hadiri mesyuarat data. aaaaaaaa... sedihnye..

tapi demi arahan (dan rayuan dia juga sbb dia kurang mahir komputer...), aku pergi juga ke PPD tu. walau dlm hati meronta2 tak mau. redah hujan lebat (aku masih demam). masuk bilik mesyuarat dgn hanya t-shirt dn track suit tg basah kuyup hujan..(lupa bwk payung, semua org tgk aku masuk basah kuyup) ambil hand-out dn terus balik. aku tak join pun mesyuarat tu. (jahatnye aku..)

alaaa.. cuma taklimat pengisian data je. kan aku dh terrerr... *riak lagi*!

balik sekolah, sbhgn pelajar dh menamatkan merentas desa. agak mengejutkan, pelajar pertama sampai dari rumah kuning. mcm tak caya je. dia ikut short-cut kot.. ;)

keputusan merentas desa. rumah merah johan (aku syak berlaku permainan kotor... hihihi). rumah hijau naib johan (seee.. giant killer sudah mai), rumah biru 3rd, rumah kuning 4th (bagai dijangka.. hahaha).

lepas ni ada 2 pertandingan sukan lagi. sukantara dn kejohanan sukan sekolah. markah dikumpul dlm 3 pertandingan (merentas desa, sukantara dn kejohanan sukan). lps tu barulah juara sebenar akan diketahui.

go..go.. rumah hijau bulatan putih kat tgh2. ngeeee... :)

Friday, January 11, 2008

siapalah aku..


siapalah aku..

siapakah yang mahu memahami aku
jika dukaku adalah tawamu
lalu kau buat aku terasing
dunia yang riang menjadi begitu sepi
hingga aku tidak lagi menyaksikan keindahan pelangi.

siapakah yang mahu memahami aku
waktu diri sering disalah seru
tatkala aku cuba menjadi setulus yang termampu
menghulur persahabatan denganmu
jujurku bagimu adalah lakonanku.

siapakah yang mahu memahami aku
tatkala aku cuba menjadi pendengar setia
cerita laramu adalah duka ku jua
sejarah kita sama
tangismu adalah tangisku dulu
tapi siapakah yang kan mendengar tangisku.

siapakah yang mahu memahami aku
persahabatan bersulam keraguan
menghulur tangan yang tak kesampaian
kerna diriku tak mungkin kau kan fahami
jika hati mu berganti percaya dan sangsi.

siapakah yang mahu memahami aku
cuma sekadar ingin menjadi sahabatmu
menjalin ukhuwah insani
tapi kau tinggalkan aku di daerah yang sangat sunyi
dan aku memutuskan untuk melangkah pergi.

cikgu jawe
kuala selangor
januari 2008.
nota: sajak ni sekadar karya dan imaginasi. takde kena mengena dgn kisah aku atau kau. jika ada pun kebetulan jek..

If life is a...

My Friend..

If life is a game, I wish u will always win.
If life is a journey, I wish u will walk on roses.
If life is a rainbow, I wish u will always have the brightest days.
If life is a joy, I wish u always smile.

May every day bring u and your family happiness & peace in your heart..

eerr.. apa ke bende tetiba omputih nih.

sejak dulu, aku tgk blog kwn2 aku cakap omputih. sana omputih sini omputih. jeles.. :) aku teringin le juge. tapi aku tak berapa reti omputih nih. maklum le dulu sekolah atap je. teringin tapi tak pandai. dulu masa kat "u" pn nasib baik lulus. so.. aku nak juga blog aku ni glokal gitu. kebetulan kawan baik aku (cikgu yahya -lagi) bagi sms nih semalam.

aku salin je lee.. skrg blog aku dh ada omputih. suke hati aku... ahak!.

note: adeh laa perut aku hari nih. tak faham aku. ngade2 tul. pagi td jam 8.00 aku dh sarapan mee hun dgn teh. jam 10.00 dh lapar balik mcm org seminggu tak makan. jd aku makan nasi ayam. ni jam 12.00 dh lapar balik mcm tadi. adehhh... bismillah dh baca. doa dh baca.. mana pergi makanan yg aku makan tadi haaa.. lapoooorrrr!!

Thursday, January 10, 2008

الرحلة إلى شاطي النهر


بمناسبة العطلة العامية لأول المحرم, أنا و جميع آسرتنا ذهبنا إلى كالومفع لمخيم اسرتية فيها
وهذا من بعض ألصوار ما فعلنا بها


********************************


huhu.. aku cuba nak imbau kembali karangan bhs arab masa sekolah agama dulu. cuba nak tulis posting ni dlm bhs arab. tapi setiap kali taip arab, keyboard buat hal. tapi bila tulis rumi ok jek pulak dia. ekekkeke.. *alasan*




ni le aktiviti awal muharam aku. mulanya tak mau pergi. demam (ini yg bener... bkn cobaaan!). mula2 mak aku tepon tanya dpt pergi ke tak, aku kata tak dpt. demam. pastu 10 minit kemudian bapa aku pula tanya soalan sama. jwpn aku sama. 10 minit pastu mak aku tepon lg tanya. pastu adik aku tepon lak (dia kata mak suruh tanya).. isk.. sayang betul le mrk kt aku. mentang2 le anak lelaki sorang. so.. fhm le aku yg aku dikehendaki pergi by hook or by crook.

aku diamanahkan kena bawa ikan. (dah le kena paksa pergi, kena denda pula bawa ikan) mana nak cari ikan awal2 pagi ni? mujur market ikan dh mula buka. aku beli le 6 kilo cencaru yg baru naik mlm td. kata cina tu lee.. utk dibuat bbq. alat bbq adik aku bawa. (akhirnya kat sana bukan alat bbq yg adik aku bawa, rupanya kuali kecik cukup utk goreng telur..huh!) aduihh lee..

ok. tempat camping tu kt kalumpang, kuala kubu baru. nak masuk kena bayar RM5.00 sorang dewasa. kanak RM3.00. mandi sungai pn kena bayar.

patut le mrk iye2 nak aku pergi. rupanya semua adik beradik aku dn adik ipar ada. (semua adik ipar aku lbh tua dr aku :)). termasuk le adik bongsu aku yg kerja kt petronas terengganu pn sanggup balik.
udah namanya camping.. biasa le kaan..makan2.. gosip2 siti pakai tudung ke tak balik haji..:) dn oleh kerana semua kami cikgu, maka cerita sekolah gak le akhirnya..

nak bbq apa kalau kuali besar tpk tgn. last2 kami main2 ikan tu kt sungai. kononnya tangkap ikan kt sungai le. hello...mana ada cencaru kt sungai!. pandai2 je korang..

surau dn tempat wuduk yg ori.

lps mandi sungai yg ntah berapa kali round daa.. lps solat zuhur. kami balik dgn berat hati. rasa nak dtg balik sini lain kali. kali ni mesti bawa alat bbq.. :) tak nak dera ikan cencaru lagi berenang2 kt sungai.

note: gambar kitorang mandi takde. ambik gambar ada le.. tapi saja tak nak tepek kt sini. malu. dh besar gedabak ,semua cikgu pula.. tp bila jumpa sungai, perangai mcm budak2 tadika.. huhuhuuu

aku jatuh cinta lagi.

oh. aku jatuh cinta lagi. hatiku telah dicuri lagi. tolong kembalikan hatiku. jangan bawa pergi jauh dariku.

dia.. dia.. sungguh anggun pada mataku. sungguh menawan dan memikat. bagiku dia sempurna makhluk. ayu dan memikat. aku amat teringin agar dia sentiasa bersamaku. aku tak mahu dia terlepas ke tangan orang lain. suatu ketika, aku pernah melihatnya bersama seorang jejaka, aku amat cemburu melihatnya. malah aku pernah cemburu melihat dia bersama dengan seorang gadis. ah! aku sudah cedera. cedera yang amat parah.

aku tak harus biarkan dia terlepas pada orang lain. kali ni aku sudah nekad. biar isteri aku merajuk sepanjang tahun pun aku tak kisah. aku mesti melamarnya segera. sungguh!. aku dah tak mampu hidup tanpanya. siang malam aku terfikir tentangnya. dia bukan sahaja di mataku, malah dia dalam hatiku. oh! dia telah mencuri hati dan perasaanku.

masalah aku sekarang nilainya. walinya meletakkan nilai yang agak tinggi. tapi apakah nilai dibanding sebuah cinta. aku harus memilikinya walau berapa mahal nilai itu. sungguh cinta dan kasih tak ternilai dgn wang ringgit.

aku mesti bersikap gentleman. aku harus bawa isteri aku melamarnya. aku tak mau isteri aku kata aku tidak jujur. aku akan cuba memujuk dia agar menerima kenyataan ini. payung emas memang sukar ditemui dgn sekadar terima jika tidak ikhlas.

maafkan suamimu wahai isteriku. mungkin ini sudah tertulis perjalanan hidup suamimu terpaksa menduakanmu. maafkan suamimu.

lagipun bukan ke dulu kau juga pernah memberiku izin. kali ini aku cuma mahu melaksanakan keizinan itu.

petang ni kita pergi bersama cuba merisik dia. kita cuba runding dgn walinya. minta izin untuk saya memilikinya. lagipun Nokia N95 8GB bukan le mahal sgt kan.. =)

Tuesday, January 8, 2008

Salam Ma'al Hijrah 1429H

my kulaan.. jgn lupa kita ada satu lagi tahun baru..


Doa akhir tahun:

dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun." ]

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Doa awal tahun:

dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharam. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam... Amin...

so.. my kulaan. sila2 lah ye amalkan doa ni.

doaku sempena tahun baru ni:

Ya Allah, ku mohon dariMU agar dibahagiakan dan gembirakan hidupku, keluargaku dan rakan-rakanku serta semua kaum muslimin dan muslimat.

azam tahun baru:
1. nak khatam quran
2. nak gi umrah. (kalau ada rezeki)

note: sham al-johori bukan aku. dia seorang penyair muda.

latest: mlm tadi aku kali pertama siarkan muka aku kat blog. special edition. nasib malang le sapa yang dpt tgk muka ensem hodoh aku kat sini. wakakaka. hari ni dh padam balik. =)

Monday, January 7, 2008

nasib si orang kampung

ahad lepas kami (aku, wife dn anak bujang) pergi ke SACC Mall kat shah alam. isteri aku kata nak cari kasut. ntah kenapa dia suka sgt pergi sana. aku kalau beli selipar/kasut kt kedai runcit aje. sehabis hebat pun kt bata je. aku jenis bkn high taste. baju dn seluar pun pasar malam je. tak pun paling dahsyat aku pergi parkson ke.. JJ ke.. tp bkn le kedai2 canggih tu le. tak biasa le.



so, lps zuhur kami pergi sana. shah alam mcm dulu juga. pyh nak parking. tapi alhamdulillah, dh rezeki org baik mcm aku.. ngeh..ngeh.. sampai je kt parking ada satu kete nak keluar. terus dpt betul2 dpn pintu masuk. masuk je SACC Mall, terus tuju ke Zeita. apa punya nama le. kalau letak nama zakiah tak glamer ke kedai tu. ada 2 org agen perisik pompuan melayu menanti. huhuhu.. muka masam bak kuli kena potong gaji.

kami pun masuk kedai kasut. mrk senyum pun tidak, sapa pun tidak. tengok pun tidak. buat deeeekk je dia tercegat dpn pintu. yg sorang tu kt dlm pandang kami mcm apa je.

tau le kami org kampung. aku pun dtg dgn track suit, berselipar dn t-shirt pasar malam je. anak aku pun baju lusuh pasar malam. bukan jenama kaka-kiki-koo yg top2 gitu. isteri aku?. lagi le.. pakai baju kurung dgn tudung labuh.

masa isteri aku belek2 kasut, seinci pun tak berganjak minah2 selamber tu tanya nak beli apa kak.. heh.. bukan le minta layan sgt, tapi tu kan prosedur khidmat pelanggan. layan lbh sgt pun rimas juga. tapi bila tgk dgn hujung mata je, aku mula le keluar tanduk bagai. terus sound minah 2 org tu.

"kak.. kalau nak niaga senyum le sikit..patut le kedai takde org.." wakakakaka.. tepat aku tgk muka budak pompuan tu. huh! cantik juga minah ni. :)

"safwan.. jom keluar. kita main kat luar" terus aku keluar dari kedai dgn anak aku. pergi tingkat atas. isteri aku masih kt kedai. drama seterusnya ntah apa yg jadi.

last2 isteri aku ambik le satu kasut kt kedai tu. tak tanya pun apa terjadi lepas aku sound minah2 CIA tu.

naik tingkat atas. ada satu lagi kedai kasut. nama apa ntah. tak ingat. kali ni agen perisik lelaki cina ramah dn layan baiiikkk punya. siap cdg2 kasut utk aku pulak. berkenan juga dgn satu kasut. tapi bila aku tanya blh bayar guna visa, dia kata kedai dia x de alat baca kad. ke pasal aku pakai selipar, track suit buruk dgn t-shirt pasar malam dia tak percaya aku bawa visa?. ntah lee.. tp mcm nampak ada mesin kad atas meja dia. tapi isteri aku yg bawa duit tunai lbh rembat gak satu lg kasut.. huhuhuu.. jeles weh!. aku tak dpt apa pun. :(

pergi pula al-amin kids. usyar2 kot ada baju budak lelaki. rupanya semua baju budak pompuan. aku sound lagi akak yg jaga:

"tukar nama je kedai ni akak.. al-aminah kids. baju lelaki tak de..." huu jahatnye mulut aku hari tu. aku tgk akak tu senyum mcm nak terkam aku je.

pas habis kat SACC Mall, pergi pula Plaza Alam Central. jalan kaki je. Ingat nak tgk2 langsir kain bagai. singgah sat kt The Big Mug. order jus mangga dn buah2an. takde makan. mak aih, satu gelas RM3.50. 2 dh RM 7.00. tapi bila byr dpt diskaun 50 sen. untung juga jd org kampung..

dok lepak kat The Big Mug kerja perati anak dara. isteri aku yg suruh. sungguh!. dia suruh aku perati kira berapa org yg pakai baju kurung mcm dia. hahahhaaa.. kelabu asap mata aku perati anak dara lalu lalang dpn aku. ada le 3 org pakai baju kurung dari 12,543.7 org yg lalu dlm sejam tu. .7 sbb yg mengandung pun lalu sama. :)

sampai plaza alam central tak buat apa pun. dok jln2 gitu2 terus keluar. cepat2 jln balik ke SACC sbb dh nk hujan. langit dh gelap. masuk je kete, terus burrrmmmmmmm... hujan!.

sampai kt pekan Kapar. masih hujan. singgah sat kat Sg Serdang. kt sini ada satu soto paling sedap di dunia. soto sg serdang.. khabarnya ramai artis makan soto kt sini. sampai je org dh ramai. jujur aku blm pernah rasa soto yg dikata paling sedap di dunia tu. aku masuk sambil baca2 doa pendinding sihir dn penawar santau. mana le tau.. bkn sangka buruk. beringat.

order 2 mangkuk. makan. hhmmm.. mcm soto biasa je. sama mcm mak aku buat. cuma ayamnye je yg besar. bkn dilerai, tp masuk seketul mcm nasi ayam. sedap mmg le sedap tp biasa je. rasanya resepi rahsia dia kt ayam goreng dlm soto. takde pic le. rasa tak sopan je ambik gambar dpn org ramai.

lps bayar, terus balik kuala selangor. masih hujan sepanjang jalan.

hari ni aku demam. mungkin kena sumpahan agen CIA pompuan tu. huhuhuuu...

Saturday, January 5, 2008

terima kasih

alaa..laa..laa..

susah2 je nak baca post aku ye. berusaha sungguh. kena highlight pula.

terima kasih lah yee.. :)

2nd day.. part 2

oklah. aku sambung cerita bhgn kedua hari kedua. tak nak lama2 stuck kt tajuk bawah ni. sensitif kpd yg membaca.. :)
12.45 tghri.
kami berlima bertolak ke putrajaya. tujuan untuk menziarahi pengarah pelajaran wilayah putrajaya, cg yusof yg akan bersara minggu depan.
siapa cg yusof?
dia bekas pengetua sekolah aku. jawa kuala selangor. orangnya ramah, lucu dan friendly. lepas dia jadi pengetua kt sekolah aku, dia pindah ke jabatan pelajaran selangor, PPD... byk tempat sehinggalah last kt putrajaya ni. bagi aku dia sgt kuat dn pelik juga. mana taknya. dia sanggup berulang alik dari kuala selangor ke putrajaya hampir setiap hari. 120km tuu. pergi balik 240km!. kete dia?. iswara jee..
dlm byk2 tempat, sekolah aku sebenarnya yg dlm hatinya. byk juga kenangan kami sewaktu dia jadi pengetua kt sini.
2.00 pm.
kami sampai putrajaya. byk bangunan cantik2 dn pelik2 kt sini. bg aku ada sebahagiannya membazir dgn design mcm tu. terpusing2 kat putrajaya. cari mesjid tp tak jumpa jln masuk. bila sampai kt mesjid putrajaya semua org baru selesai solat jumaat. so.. kami menongkah arus. org keluar mesjid, kami baru nak masuk mesjid. takpe sebab kami musafir. kami solat jamak qasar zuhur dn asar. then berehat sebentar. solat jamak qasar hadiah dari Allah kpd org musafir mcm kami.

dari kiri; cg tajibah dn cg hamsan.

seri perdana dari celah2 daun.

pintu gerbang masjid.



bangunan Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.30 pm.
kami sampai pejabat pengarah. cuba nak try ikut protokol.

"encik.. kami nak jumpa pengarah. dia ada"
"encik dari mana.."
"kuala selangor.."
budak tu masuk dalam. then keluar..
"pengarah tak ada.."
"tapi kami dh telefon tadi.. dia ada kat ofis.."
"pengarah baru keluar.."
hihihih... mau auta yee. kami dh buat temujanji la.

kami telefon direct pengarah. tau2 le bahasa kwn2..

"encik.. pengarah jemput masuk.."
"tadi awak kata tak ada.."
"......." bungkam.

kami masuk bilik berlima. semua org tgk. tertanya2. masuk mcm gangster je...atau mcm BPR masuk..hahaha.. sampai bilik dia, kami berbual. bual mcm kawan2 kt kedai kopi. tak formal dn santai.

lps berbual, kami pergi cafe di tingkat bawah dn minum petang kat situ. pengarah belanja tuuu!.
abis sesi bersama pengarah, kami panggil semua bekas kwn2 sekolah yg dh naik pangkat turun ke cafe. kami paksa mrk belanja kami minum kt situ ptg tu. :) oh yee.. ramai kwn2 aku sekolah ni berada di jabatan dn kementerian sekarang. semua naik pangkat.

malah timbalan mufti selangor pun bekas guru sekolah kami. maksud aku ialah; semua mereka bertugas di sekolah aku kali terakhir sebelum naik pangkat sekarang. hish.. apa punya bahasa daa.. tunggang langgang.

5.00pm.
setelah bersalaman dgn pengarah dn mengucap selamat bersara. (cg tajibah usik: slmt join da group: group pencen), kami balik ke kuala selangor. dalam misi kali ni berjaya. berjaya jumpa pengarah, ucap selamat bersara dn pau dia paksa belanja kami makan!.

kami buat temu janji nak jumpa dia lagi lepas dia bersara. nak minta belanja dia lagi. :)

6.30pm.
sampai meru. pengetua tetiba ajak tgk rumah aku yg dlm pembinaan. aduuhh lee..kali ni aku jd mangsa. malu weh. sampai kat tapak pembinaan kena le usik, sindir mcm2 lg dgn kwn2.. sabar je le aku dgn pengetua aku tuh. mentang2 le ni rumah aku yg ke-2. (diulang ke-2, bkn nombor 2!). rumah pertama kt alam perdana.

7.30pm.
sampai rumah. solat maghrib dn mandi. last mandi subuh td sblm nk gi sekolah. lps mandi terus ambil anak kt pengasuh.

1.00am.
aku masih bekerja. baiki laptop adik aku yg masuk virus. pasang antivirus, update dn scan sekali. selesai.

2.00am.
tidur.

4.00am.
dh jaga balik..huhuhu..

selamat pengantin baru

selamat pengantin baru buat kawan baik aku, ustaz yu****. saja taknak bagi tau nama dia. memang dah rezeki ustaz dapat isteri yang cantik dan ayu. pun kuat agamanya.

kawan aku nih selalu beri ceramah kat masjid dn surau. malah dia ada pusat tahfiz di sini. seorang yang periang, friendly dan ramah. dia juga salah seorang imam masjid di pekan lama kuala selangor. dn dia jga disegani kerana ketinggian ilmunya. ohh.. dia seorang guru agama di sekolah menengah juga. macam aku.

sekali lagi ustaz/bro, selamat pengantin baru.

kepada kak siti, tahniah mengizinkan suami kak siti kahwin lagi. walau bukan mudah. tengok dari raut wajah kak siti pun terasa satu pengorbanan dn kepasrahan yg teramat.. tapi kak siti kuat. kan kak siti seorang ustazah.

kak siti ajar2 le isteri saya pulak yeee.. untuk merelakan saya berguru dgn suami kak siti..

hehehehe...

Friday, January 4, 2008

2nd day.. part 1

jumaat. hari kedua persekolahan.

awal pagi lagi aku dh kat surau. setiap pagi jumaat murid2 diwajibkan berada di sini untuk bacaan yasin dn solat hajat. ia program wajib sekolah sejak bertahun2 lamanya. sejak sekolah ini ditubuhkan rasanya. malah pelajar diwajibkan solat zuhur berjemaah sebelum balik. kedua2 program keagamaan tersebut dh jadi satu identiti dn budaya sekolah aku.

malah pelajar bukan islam dibenarkan mengadakan kuliah keagamaan mereka dalam kelas, di samping pelajar islam di surau.

guru2 pula akan mengikuti program tazkirah, motivasi pada pagi jumaat. biasanya tuan pengetua sendiri akan beri tazkirah tu.

rasanya tak ada sekolah dalam daerah kuala selangor yang buat mcm kami lakukan ni. sekolah harian yang bercirikan agama. sampai ada murid aku pernah cadangkan agar sekolah ni ditukar nama smk agama ***********. kerana program agama yang kami terapkan kepada pelajar.


sejuk hati aku tgk murid2 aku begini.. hrp2 berterusan di rumah..

pssstt.. cikgu jawe ngintai kite lee..

eehh.. solat mana blh ckp...

mujur aku x cakap..


seusai program surau. aku menuju kantin untuk sarapan. cikgu akma, bendahari kelab guru, bagitahu, kami dapat cek dari timbalan menteri sebanyak RM 2,700.00 utk kegiatan guru.

lepas sarapan, aku buat mesyuarat ringkas dengan cikgu akma (bendahari) dn cg intan (setiausaha). cara mcmana nak guna duit tu. matlamatnya agar semua guru dapat rasa sama rata. kami x dpt buat kptsn. rombongan, jamuan x bleh; x semua cikgu dpt rasa. korang ada apa2 cdgn cara mana nk habiskan duit tu? huhuhu.. pyh juga nk bg duit habis rupanyee.. hihihihii.

lepas mesyuarat ringkas, aku mulakan kelas pertama utk form 6. kelas STPM. kelas diadakan di tepi kolam secara santai. di atas gazebo. dgn tiupan bayu laut. suasana baru, biar bangkit semangat pelajar. oh yee.. sekolah kami di tepi laut. bkn le tepi sgt, tapi kalau naik tingkat 3 nampak le laut membiru.


habis kelas ada taklimat guru pula. taklimat program merentas desa mula isnin minggu depan.

lepas habis taklimat, perjumpaan dgn semua pelajar ttg kejohanan merentas desa pula. taklimat diadakan di tapak perhimpunan.

habis taklimat dgn pelajar; aku, tuan pengetua, cg zul (penolong kanan ko-kurikulum, cg tajibah (lelaki tau..pesara) dn cg hamsan (guru ict) bertolak pula ke putrajaya. 120km dr kuala selangor.

tujuan kami nk jumpa kawan lama. tuan pengarah pelajaran putrajaya, cg yusof. dia akan bersara minggu dpn. jadi itulah tujuan kami. kenapa dia yg kami nak raikan. apa kaitan dgn kami?

tungguuu..

nota: aku tak le bermaksud nak tulis kat sini aktiviti persekolahan setiap hari. letih le kalau nk tulis tiap2 hari. cuma aku harap cerita aku kt blog ni dpt mendekatkan kalian dgn dunia sebenar seorang guru yg masih jd misteri bg sstngh org..

Thursday, January 3, 2008

1st day at school "the movie" (sebuah catatan)

3.00 am.
aku terjaga dari tidur. mata tak boleh lelap. manakan mata mau lelap kalau fikiran sudah sampai ke sekolah waktu ni. aku memujuk mata supaya pejam. namun ia enggan selagi fikiranku tidak kembali semula ke dalam otak dan berhibernasi di situ.

untuk memujuk diri, aku ambil wuduk dan membaca ayat kursi. fikiran aku benar2 terganggu. entah kenapa aku rasakan tekanannya. risau untuk esok pagi.

untuk memujuk diri, aku buka laptop. online dan singgah di beberapa blog kawan2. semuanya sepi. mungkin semua sedang tidur agaknya. buka laman utusan online dan baca berita di sana.

5.00 am.
keletihan mula menguasai diri. akhirnya aku tertewas jua. dan depan tv aku tertidur.

6.00 am.
aku terjaga dari tidur. solat subuh dn bersiap diri. kejut anak. mujur dia memahami hari ni sekolah. selalunya kalau cuti, mau jam 9 baru dia bangun. cuma mulutnya yg membebel.. "ayah.. masih malam laa.., ayah.. nak mandi air panas.. taknak buka baju.. tak nak ayah mandikan.. nak umi mandikan.." isk.. budak ni. mujur juga isteri aku sabar melayaan.

7.00 am.
bertolak dari kuarters. hantar si kenit tu le masuk tadika. then hantar isteri aku pula ke sekolah dia.

7.25 am.
sampai sekolah. ramai pelajar hari ni. ada pertambahan pelajar form 1. perhimpunan pertama hari pertama dimulakan. semua guru kelihatan ceria dan gembira. murid2 pula nampak saling tersenyum dan bertanya khabar sesama.

murid2 yg terkebil2 mcm tak biasa je pg2 kena beratur.

masing2 muka sembam bangun tidur..

"tu apasal cikgu jawe tak berdiri tegak masa negaraku..?"
"aku ambil gambar korang lee.."

perlantikan guru disiplin. yg ni bukan aku. dia ni KETUA guru disiplin. aku guru biasa je.. sungguh!

tapi aku nampak sesuatu yang baru pada murid. ramai pelajar lelaki berambut perang dan simpan ekor.

mulanya aku biarkan aje. cuma tegur minta mereka potong. tapi bila HEM arahkan aku buat tindakan segera. aku cari gunting. jumpa gunting kat bilik Penolong Kanan. terus aku gunting rambut mereka. hari pertama dah kena gunting. depan mak bapak yg datang tuu. malang sungguh. mesti mrk ingat sampai hujung tahun.
dekat 20 pelajar aku gunting rambut mereka pagi ni. semuanya sama ada rambut perang, panjang atau berekor. budak2 sekarang.
ada sorang bapa jumpa aku lepas perhimpunan. kata dia:
"hari pertama pun dah tercabar ye cikgu.."
aku senyum aje..

8.30 am.
perhimpunan bersurai. agak lama hari ni sebab banyak pesanan dari guru2. habis perhimpunan dan bersarapan, aku mula mengemas meja. banyak juga kertas soalan lama2 yang aku kumpulkan untuk dijual.

rasanya dah 3 tahun aku tak kemas meja.hihihih..


satu2 nya pompuan melayu terakhir kt bilik guru. yang.. lepas ni kita kemas meja ai sama2 yee.. :p

wak tukang kebun yang ada sijil KOAM dan jurulatih hoki belia selangor. dia juga ada diploma sains sukan upm. tukang kebun tu. bujang lagi tau! kalau tukang kebun ada diploma.. cikgunya agak2 le sendiri yee... *mcm bangga je..* kakakah.
10.00 am.
selesaikan satu kes nset yang aku rampas tahun lepas. hari ni mak budak tu dtg jumpa aku minta balik nset tu. aku serahkan urusan tu kpd ketua guru disiplin. aku dh mula rasa penat.

10.30 am.
bendahari kelab guru jumpa aku. bincang tentang urusan buat jamuan akhir tahun lepas yang tertunda. sebagai pengerusi kelab guru, aku hampir2 terlupa ttg jamuan ni. kami sempat bincang kaedah dan perlaksanaan awal jamuan tersebut. tindakan susulan akan dibincang dalam mesyuarat guru nanti.

11.00 am.
aku menghadiri perjumpaan pengawas. beri ucapan dan kata2 semangat kpd pengawas sekolah. aku cuba tanamkan keyakinan kpd mrk. jgn takut jadi pengawas. kesian kt mereka. jam 12.00 tghri perjumpaan tamat.

"cikgu jawe ckp apa eh.."
"ntah.. merapu aje.."

12.15 tghri.
berjumpa dengan HEM in-person. kami bertukar pandangan ttg pengurusan sekolah dn disiplin. byk yg HEM luah kat aku. ttg sekolah, pelajar, disiplin dan mcm2. (kesian. HEM aku pompuan. agaknya orang pompuan sgt mudah tension kot..).

aku beri bbrp cdgn kpd HEM ttg beberapa perkara berkaitan kepimpinan organisasi. kami sempat bertukar2 pandangan ttg sistem kepimpinan yang sepatutnya di sekolah, sama ada demokratik, autokratik atau leissez faire. kami bersetuju bhw dlm sistem kepimpinan di sekolah, sistem demokratik lah yg terbaik. sistem leissez faire akan menyebabkan kerosakan kepada organisasi.

oh ye.. dulu masa kt UKM, bidang pengkhususan aku ialah kepimpinan organisasi.

1.00 pm.
aku berbincang pula dgn bekas Setiausaha SPM. oleh kerana aku SU SPM yang baru. banyak yang aku perlu belajar tugasan ini. banyak benda juga yg aku perlu buat rupanya.

1.45 pm.
seorang pelajar perempuan mengadu kat aku mahu menarik diri dari pengawas. ada alasan dn masalah dia. aku minta dia balik rumah dulu dan berfikir. esok jumpa aku semula. ntah le.. heran juga. aku ni guru disiplin. tapi bila pelajar ada masalah lebih suka jumpa aku. terutama pelajar perempuan. dh nasib aku ni hensem kot.. hihihi.. *perasan*

2.00 ptg.
aku sangat keletihan. penat badan dn minda juga. aku dah kelaparan teramat. pergi kantin. order nasi paprik. makan dh tak ingat dunia. mcm org kebulur. sampai aku tak sedar aku minum sambil berdiri!.

keluar dari kantin rupanya pelajar dh balik. tinggal le beberapa org cikgu kt sekolah.

keletihan sgt. lepas solat zuhur langsung tertidur sampai le jam 5.15 ptg. itu pun isteri kejut solat asar.

6.00 ptg.
ambil anak kat pengasuh. kira2 7 km dari kuarters.
hari ni sgt letih. baru hari pertama.
note: gambar kecik sgt. pandai2 le klik yee.. acai.. tlg ajar aku setting gambar kt photobucket utk blog nih. tq.

Wednesday, January 2, 2008

sahabat.

mungkin kalian pernah baca. aku dpt sms ni dari kawan sama cikgu sekolah aku. cikgu yahaya. kami berdua sering bersaing. bersaing untuk siapa lebih berat dan besar antara kami!. untuk itu, sapa yang lebih ringan dianggap pemenang. selalu juga aku menang dgn dia. hi..hii..

ok smsnya begini:

sahabat bkn mcm papan skate. belum main.. gilap. dah guna.. pijak.
sahabat bkn mcm bolasepak. belum dapat.. kejar. dah dpt.. tendang.
sahabat bkn mcm bulu tangkis. belum main.. pegang. dah main.. pukul.
sahabat ibarat bola ragbi. belum dapat.. rebut. dh dapat.. lindungi.
sahabat mcm jari. lukanya sembuh sendiri. hilangnya tiada ganti.

aku balas balik:

tapi mat.. aku rasa aku le papan skate, bola sepak dn bulu tangkis tu..tapi aku pun tak mau jadi bola ragbi. bukan saja dilindungi, tapi disepak bila keadaan terdesak!

dia belum balas sms aku..

1 jan 2008

dah tahun baru rupanya. mentari hari ni memancar macam semalam juga. dan bulan malam nanti pun macam semalam. manusia yang di bumi pun macam semalam. yang berubah cuma tahun. harap2 segala azam yang disemat menjadikan kita semakin baik dari semalam. dan esok lebih baik dari hari ni.

manusia yang paling rugi ialah manusia yang tidak berubah jadi baik setelah 2 hari. atau dengan erti kata lain; dia orang yang sama seperti 2 hari lepas. itu le serugi2 manusia. itu kata2 saidina umar al-khattab. (ada yang kata hadis nabi)

ok. cerita pasal sambutan tahun baru.

aku tak kemana2. walau ada hasrat hati nak pergi putrajaya. tapi dengan menghabis minyak kereta memandu sejauh 1oo km lebih hanya semata2 nk tengok bunga api. kat kuala selangor pun ada.

12.00 tgh mlm:
jadi malam tu aku cuma menyaksikan bunga api dari kuarters. biasanya bunga api kat sini dimainkan oleh persatuan tokong cina. dari aku berasak2 kat tokong tu, baik aku tgk je dari jauh. lg pun kan bung api nampak cantik dari jauh. takut juga kalau sapa2 nampak aku kat tokong malam2 kang jadi isu pula.. panjang pula cerita. maklum le anak murid aku ada merata2 kat sini.

bunga api pun tak le jelas sgt. nampak di balik daun2 dan dahan2 pokok yang melindungi kuarters. jadi le.. gambar tak sempat nak snap. sebab seronok sgt tgk bunga api dgn kawan2. isteri dn anak dh tidur. tak heran pun mrk.. lg2 anak aku penakut dgn mercun.

habis 'pertunjukan', aku layan pula cerita troy kt TV1. kisah penaklukan greece terhadap athens. menarik cerita. layan le sampai jam 2.00 pagi. sebagai cikgu sejarah, cerita mcm tu mmg kena sungguh dgn minat aku. tapi fakta sejarah lari habis. biasa le hollywood.

09.00 am:


aku balik rumah mertua kt klang. saja ziarah. lps hantar isteri, aku merayau sat kat klang. pergi klang centrepoint. ada sesuatu yang aku cari kt sana. lps parking kt pasar jawa. aku berjalan kaki. sampai je terus ke tingkat atas. paras 5. kat situ banyak kedai komputer. banyak juga perisian komputer illegal kat situ. ala.. senang cerita cetak rompak leee.. haa.. tu le tujuan aku. ingat nak cari microsoft student 2008. rupanya kedai tutup. banyak juga kedai tutup.

berdepan dgn kedai komputer ada panggung wayang. bukan le aku nk pergi situ. malah aku seumur hidup baru sekali masuk panggung. tu pun 2 thn lepas menemankan budak2 OKU sekolah aku. itu pun setelah dipujuk kawan aku. patut le wayang melayu tak laku. rupanya ada manusia tak suka masuk panggung mcm aku.

sakit mata tgk couple yg kat depan panggung. gadis bertudung memeluk erat pinggang si lelaki. si lelaki pula mendakap mesra bahu si gadis. (sambil jari jemari cuba melakukan step seterusnya.. isk..) aku cuba nk sangka baik. mungkin suami isteri. tapi tak mungkin pasangan halal buat mcm tu dpn khalayak. ada yg menggenggam erat tgn, ada yg minum air kongsi 1 gelas, ada yg melintukkan kepala kt bahu.. aku berani jamin.. kalau lps mereka kawen takkan buat mcm tu dpn umum. tu pun kalau mrk kawen lee.. huh!

aku turun ke tingkat bawah. brg2 aksesori nset byk kt situ. tiruan juga. kat sana ada satu lagi kedai komputer. pun tutup juga. last2 aku beli harian metro je. aku masuk marrybrown. order snek dn baca harian metro. abis cerita.

balik rumah. keletihan dn tidur.

05.00 pm:
majlis tahlil utk arwah pakcik aku yg meninggal tempohari.

06.45 pm:
balik kg aku di meru.

8.00 pm:
pengakuan berani mati menteri kesihatan malaysia. dr chua soi lek. "saya lah orangnya.."

7.45 am (2 jan 2008):
balik kuala selangor.

9.00 am:
online!.

hari ni (2 jan 2008) pendaftaran tadika. anak aku masuk tadika. tadika JAIS. dn dia satu2nya anak yg aku ada (buat masa ni) :) dia masuk tadika umur ketika 3 tahun. dh 1 thn dia tadika. thn ni umur 4 tahun, tapi masuk kelas 5 tahun. huu..huu.

bila tanya dia: "kt sekolah belajar apa?".
dia jawab: "cikgu ayu nangis.."
"kenapa cikgu ayu nangis"
"safwan buat"
"apa safwan buat?"
dia diam je..

bila tanya cikgu ayu.. dia kata anak aku koyak buku rekod mengajar dia.. aduiii..
aku cakap kat anak aku: "jgn sampai ayah kena panggil sekolah sbb mslh disiplin awak. ayah guru disiplin tau.."

"disiplin tu apa ayah..?"

terkebil2 dia. budak kecik. apa dia tau ttg disiplin.

gambar anak aku ada kt fotopages. link dia ada kt sebelah. sapa nak tgk sila lah yee..