Saturday, January 12, 2008

demi tugas..

saudara aku kat palestine pun kibar bendera hijau.. huhuhu


pagi semalam (jumaat) sebenarnya sekolah aku ada kejohanan merentas desa. murid2 dari rumah dh siap2 dgn baju sukan masing2. semuanya bersemangat nak menyertai pertandingan demi sebuah maruah. maruah nama rumah sukan. aku? aku tiap tahun rumah hijau. tak pernah tukar. masa mula2 dtg sekolah ni dulu (2001) aku diamanahkan menjadi ketua guru rumah kuning. masa tu rumah kuning jadi johan keseluruhan. skrg rumah kuning dh jadi antara pasukan belasahan sejak ketuanya dipindahkan ke rumah hijau. aku le tu. *riak*.

rumah hijau telah jadi johan 3 tahun berturut2. menewaskan pasukan hebat, gagah dn ego yg bertaraf ladang kelapa sawit.. rumah merah dn rumah biru. rumah merah le yg paling top. hampir semua atlit sekolah dihimpun kt situ. mentang2 le ramai guru ajk sukan join rumah merah..

rumah biru pun sama. ramai atlit. walau tak seramai rumah merah. ramai murid suka join rumah biru sebab cikgu2 pompuannya lawa2 walau semua dh jd bini org. dasar budak gatal.

so.. rumah aku, rumah hijau. walau bukan pasukan pilihan. tetapi sering membuat kejutan menewaskan pasukan (kononnya) gergasi.

ok.. balik ttg merentas desa. awal pagi murid2 diberi taklimat ttg perjalanan kejohanan. aku mcm biasa le, oleh kerana aku bkn lg ketua, aku lbh jlnkan sesi mandrem dn jampi beramah mesra dgn budak2 je.

abis taklimat. pertandingan nak dimulakan, tetiba hujan selebat2nye turun. siap guruh petir. bertempiaran murid dn guru yg kt padang perhimpunan. sekali mcm *tuuuutt* laa.

masuk sejam hujan tak juga kebah. dah jam 9 pagi ni. aku arahkan nasihatkan pengetua (mcm bagus jee aku tau..ekekekee) pelajar mesti lari paling kurang jam 9.30 pagi. sebab hari ni jumaat. nak solat jumaat. kalau lari lbh jam 10.00 mesti tunda isnin.

akhirnya pelajar dpt juga lari jam 9.45 pagi. lari dalam hujan. kebasahan macam cerita hindustan.

ada yg tak syok :(

sementara pelajar mula lari. tetiba aku diarahkan penolong kanan kokurikulum pergi ke PPD. hadiri mesyuarat data. aaaaaaaa... sedihnye..

tapi demi arahan (dan rayuan dia juga sbb dia kurang mahir komputer...), aku pergi juga ke PPD tu. walau dlm hati meronta2 tak mau. redah hujan lebat (aku masih demam). masuk bilik mesyuarat dgn hanya t-shirt dn track suit tg basah kuyup hujan..(lupa bwk payung, semua org tgk aku masuk basah kuyup) ambil hand-out dn terus balik. aku tak join pun mesyuarat tu. (jahatnye aku..)

alaaa.. cuma taklimat pengisian data je. kan aku dh terrerr... *riak lagi*!

balik sekolah, sbhgn pelajar dh menamatkan merentas desa. agak mengejutkan, pelajar pertama sampai dari rumah kuning. mcm tak caya je. dia ikut short-cut kot.. ;)

keputusan merentas desa. rumah merah johan (aku syak berlaku permainan kotor... hihihi). rumah hijau naib johan (seee.. giant killer sudah mai), rumah biru 3rd, rumah kuning 4th (bagai dijangka.. hahaha).

lepas ni ada 2 pertandingan sukan lagi. sukantara dn kejohanan sukan sekolah. markah dikumpul dlm 3 pertandingan (merentas desa, sukantara dn kejohanan sukan). lps tu barulah juara sebenar akan diketahui.

go..go.. rumah hijau bulatan putih kat tgh2. ngeeee... :)

8 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

Salam cikgu.

lega sy dpt ke sini smula :) ini ke kisahnya. huhu. go go rumah hijau yg takde putih kat tgh. kekeke.

Anonymous said...

Woah!
Terre rumah hijau :D
Dulu saya selalu dapat rumah hijau..
Hahak!

oh oh!
Kata malash?
Ni rajin jek..
Dalam sehari ada 2 3 entri :)
Terus menulis cekgu! :]

Anonymous said...

sarah:
mlm td tanpa sengaja tersetting utk invite pula. yee..go..go..rumah hijo.

akirasuri:
bila aku boring takde keje aku suka menulis. tu yg posting 2-3 sehari. tapi tgh malas sgt2 nak berblog ni. sungguh!.

akirasuri said...

He he he..
Normallah cikgu..
Incet malash tu memang selalu datang..
Hahak! Saya pun selalu malash jugak nak update.. :)

Tak apa..
Nanti dalam beberapa hari mesti dah tak malash lagi nak blogging :D
Sungguh!

nur'ain said...

hehehe ^_^
teringat zaman muda-muda dulu..
selalu cengkelat. tumpang motor org kampung utk smpai skolah..he3

arsaili said...

salam ..amboi..hijau sakan..

Sarah Mohd Shukor said...

adeh... membaca entry yg buat terkenang zaman sekolah kecik2 ketot2 dulu sambil dgr lagu raya. syahduuunya cikgu!

Anonymous said...

akirasuri:
thanks cik ati. aku dlm proses berhibernasi.. musim panas sat lg aku keluar le cari mangsa. wakkakaka.

nur'ain:
sama le kita kak. aku selalu purak2 buat sakit kaki.. cikgu pulak terpedaya dgn lakonanku.. ngeeeehhhh...

arsaili:
eeer... aku lbh suka biru sebenarnya bro..

sarah:
lagu tu mmg sengaja nak buat org rasa syahdu. kalau dpt meraung lg le bagus.. huhuhuu..