Monday, December 31, 2007
pentas 2007
Ku berdiri di muka jendela
Mengimbas layar perjalanan hidup semalam
Gembira dan duka seolah satu skrip yang telah tertulis buatku
Aku tidak menyalahkan sesiapa
Mahupun Tuhan yang Maha Mencipta
Bukan aku dipaksa melakonkan wayang hidup
Untuk menjadi pemenang atau tewas di akhir cerita
Tapi aku sendiri memilih skrip hidupku begitu
Antara dua persimpangan watak dalam layar besar dunia.
Ampunkan aku wahai Tuhanku
Jika aku melakonkan watak bukan seperti kehendakMU
Bukan niatku menderhakaiMU
Tapi kadang aku terdorong oleh lemahnya imanku.
Tuhanku..
Bimbinglah akan daku
Tika aku memilih skrip yang terbaik buatku
Untukku lakonkan di atas pentas hidupku
Hulurkanlah belas kasih dan keampunanMU
Sungguh ujian yang KAU beri untukku
Amatlah kecil di sisiMU
Namun amat menyakitkan buatku
Wahai teman..
Andai kau lihat aku tertewas dan lemah
Pimpinlah aku dan beriku kata semangat
Agar aku tidak putus asa dengan dugaan hidup.
Wahai teman..
Andai kau lihat aku gembira dan berjaya
Pimpinlah aku dan beriku kata-kata ingatan
Agar kejayaan tidak menjadikanku semakin alpa.
Pentas 2007 adalah satu perjalanan yang panjang
Adakala aku bangun dan kadangkala tertewas jua
Kekuatan dan kelemahan sering silih berganti
Menemani sejarah perjuangan hidupku.
Tirai 2007 kian berlabuh
Semakin mendekat tirai pentas 2008 tersingkap
Yang entahkan apa lagi menjanjikan cerita
Untuk aku lakonkan di pentas dunia.
Bimbinglah daku
Wahai Tuhanku
aku merayu padaMU..
cikgu jawe
disember 2007
kuala selangor
Sunday, December 30, 2007
halwa
Saturday, December 29, 2007
Aduh..
kalau aku bakar je langsir ni apa jadi eh.. mesti le glamer aku.. wakakaa..


aku pun masih kurang faham. kenapa benda ni boleh sebabkan orang pompuan huru hara dan tak keruan.. isk..isk..
Makna Bacaan Ketika Solat
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMU ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMU.... kami lah hamba yang mengharap belas dariMU . "Ya Allah jadikanlah kami hamba2 MU yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Friday, December 28, 2007
alahai murid aku.. :)
mana pergi wakil rakyat? tidur ke? mentang2 le dok umah mahligai. anak2 gi sekolah macamni pun tak kesah.. gambar ni bukan kat myanmar atau kampuchea. ni kat MALAYSIA.murid: "cikgu, kat syurga ada babi tak"
aku: "kenapa awak tanya?"
murid: "kat dunia kita tak boleh minum arak, tapi kat syurga ada sungai arak. boleh minum lagi.."
aku: "jadi awak teringin ke nak makan babi?"
murid: "..........." muka dah merah padam.
aku: : "kat syurga banyak lagi benda boleh makan. tapi kalau awak teringin gak, esok2 cuba le minta. kot2 dapat. tapi awak solat subuh tak pagi tadi?"
murid: "tak.."
aku: "kalau mcm tu baik awak jaga solat kalau nak masuk syurga, jgn fikir yg bukan2"
===============================================
aku berdiri di hadapan kelas. aku renung muka murid satu persatu. renung tajam dan menggerunkan seperti biasa lah guru disiplin.
aku: "awak bangun!"
1 murid lelaki pun bangun kehairanan.
aku: "kenapa awak tak solat isyak malam tadi?"
budak lelaki tu terkulat-kulat.
aku: "cakap jujur, awak tak solat isyak kan malam tadi?"
murid: "betul cikgu.."
aku: "kenapa?, awak pun tak solat asar kan semalam.."
murid: "ye cikgu".
murid lain: "macamana cikgu boleh tau.."
aku: "dgn air muka awak saya tahu awak tak solat isyak malam tadi. malah saya tahu awak tak solat asar semalam.."
murid lain riuh.. heee.. cikgu tau le kita tak solat.
aku: "lain kali nak masuk kelas saya pastikan awak dah solat.."
aku dalam hati: aku serkap jarang je. mujur mengena. :)
belasungkawa (26 disember 2007)
Pakcik aku baru setahun menjadi seorang datuk. cucunya baru seorang dan hari ni (26 disember) ulang tahun pertama cucunya.
anak sulungnya bercadang mahu menyambut harijadi cucu sulung dengan seluruh ahli keluarga. mereka merancang untuk keluar makan malam di sebuah restoran. seusai solat isyak, dgn 2 buah kereta; mereka bertolak dari cheras menuju ke sebuah tempat untuk makan malam.
pakcik aku memandu kereta yang kedua, kelisa. mengekori kereta pertama di hadapan. kereta pertama dipandu oleh anaknya; bapa dn mak si baby. baby - birthday boy - berada dalam kereta kedua, bersama-sama pakcik aku, neneknya (makcik aku) dan sepupu aku.
menuju masuk ke karak, hujan lebat, jalan licin dan gelap.
semua kereta bergerak perlahan dan tertib. sehinggalah tetiba sebuah kereta dari hadapan meluru laju, terbabas dan hampir melanggar kereta pertama yang dipandu anak pakcik aku. kereta pertama sempat mengelak. kereta yang terbabas melanggar penghadang besi dan melantun merempuh kereta yang dipandu pakcik aku. depan langgar depan.
pakcik aku meninggal di tempat kemalangan, manakala penumpang kereta kedua yang dipandu pakcik aku semuanya dalam ICU di Hospital KL, sehinggalah post ni ditulis. termasuk le baby yang nak disambut harijadinya, masih ICU. sedangkan mak bapanya terselamat kerana berada di kereta hadapan.
ikut laporan doktor lepas post mortem, pakcik aku mengalami kecederaan parah dalam dada. jasadnya tidak luka teruk. mungkin dadanya terhantuk stereng. kakinya patah.
pemandu kereta yang terbabas adalah 2 orang India yang memandu mabuk. banyak botol arak dalam kereta tersebut. penumpang kereta terbabas juga kritikal tetapi pemandunya sempat melarikan diri. kata saksi. dia terselamat kerana ada airbag.
jasadnya dikebumikan di batu pahat.
dengan pemergian pakcik, surau taman perumahan cheras kehilangan seorang imam. kami kehilangan seorang pakcik yang selalu menjadi tempat rujukan dan aduan.
perjalanan terakhir pak utih. moga dirahmati Allah.Ahmad b. Kalam. moga pakcik termasuk dalam ahli syurga bersama orang mukmin yang soleh.
Amin.
Tuesday, December 25, 2007
BANTER..
sinonim yang hampir dengan banter ialah pantas, laju, deras. pantas dalam bahasa indonesia bermaksud serasi, sepadan, sekufu, serba kena.
banter juga boleh dikaitkan dengan kata singkatan banting + temerloh = banter.
oleh kerana banter sinonim dgn pantas. pantas pula bermaksud serasi dalam bahasa indonesia,
mantiknya: bermakna kalau orang banting dpt jodoh dgn orang temerloh sgt le serasi.
ngeh..ngeh.. woooooo
lariiiii.....!!
nyorok..
lawak selasa
Sunday, December 23, 2007
pc dah ok..
kat sini ikan dan hasil laut semua fresh. kalau rezeki ada, boleh beli udang dgn ketam menggeliat lagi..! kdg2 boleh dpt ikan masih tercungap2.. heh promosi sat. patut tokeh ba'in bagi aku royalti ni.
ok.. bila pasar basah dah tutup, aku merayau sat. jumpa satu kedai komputer milik melayu. klinik komputer nama kedai. *promosi lagi*. barang2 kat sini jual harga murah dari kedai komputer biasa.
aku usyar satu monitor 2nd. maklum le monitor lama dah blurr amat. dgn harga RM90, aku ambil 1monitor 2nd 15' dn jual monitor lama dgn harga RM10. ambil lee.. monitor lama tu dah lama pakai. dah rosak. esok2 kalau monitor yg ni rosak pun aku jual juga kat sini. gi tu le pi mai tang tu.
monitor lama yang banyak jasa. selamat tinggal monitor pc ku. jasamu tetap dikenang. kau le peneman sunyiku di saat laptop belum ku beli.. saat2 manis kita berdua kat sarawak susah nak terlupakan..
monitor 2nd yang sedang dibuli, nak uji tahan ke tak tahan dengan perangai aku.
oppsss.. aku beli monitor ni mmg dah rancang lama. sejak ada laptop, pc ni dh mcm ibu tunggal. terbiar menyara hidup sendirian. bila laptop tertinggal kt kampung, baru le usik. ohh.. ayu lagi rupanya pc lama aku..
ohh.. bila aku upload gambar dari kamera digital, eset nod32 antivirus kesan ada virus. Win32/Brocat.B worm. ni mesti sapa2 dah cucuk kabel kamera kat pc masa raya tanpa pengetahuan aku.
kenapa takde gambar raya korban?
masa kat johor tu. lepas je solat raya. ibadat korban dimulakan. aku dgn langkah hulubalang bersenjatakan kamera bercadang nak snap le 4-5 gambar. tetiba hujan turun dengan lebatnya. disusuli dengan angin kuat.
isk.. aku mmg pantang betul dengan hujan. mudah je kena selsema. so.. aku berteduh le sekejap kat anjung rumah perati dari jauh. malu gak dgn wak2 tu. hujan lebat2 pun redah gak. so.. aku tinggalkan kamera, ambil pisau dan ikut melapah. basah kuyup dah tak kira. sampai ke sudah kerja melapah habis, timbang daging dn agih. hujan masih belum berhenti.
tapi aku masih ada 1 peluang lagi. korban kat sekolah pagi sabtu.
so.. petang jumaat tu aku pecut balik. sampai kat Klang dah tengah malam. jadi aku berehat kat kat kampung dulu. esok pagi aku balik ke kuala selangor je.
pagi sabtu tu, aku pecut lagi ke sekolah. sekali sampai sekolah, ibadat korban dah selesai. dah siap timbang pun. terlepas lagi.
takpe le.. tahun depan aku snap gambar yek. Insya Allah.
Saturday, December 22, 2007
gambar (sempena) raya..
kaabah. biasa tengok kan? haa.. jgn tak tau. hanya dgn melihat kaabah shj, kita dpt pahala tau. yee.. tgk aje x pyh buat apa.. ada 6 perkara hanya dgn melihat saja dpt pahala menurut hadis: melihat kaabah, laut, muka ibu.. lagi 3 nanti aku cari. sori eh. satu lagi. Hijr Ismail.. binaan yang melengkung tuu.. ramai yg tak tau kot. antara Hijr Ismail dgn kaabah kat situ le letaknya kubur/makam Nabi ismail dan ibunya Hajar.
pemandangan di mina. terowong nak pergi melontar.
ok.. aku rasa cukup kot. sambil2 makan ketupat tu.. kita doakan saudara2 kita jamaah haji selamat pulang dan dapat haji mabrur. amin.
kisah raya.
nak cerita raya kat sini. mcm biasa le, sembelih lembu, kambing. nanti le kalau ada masa aku update yek. aku punya laptop tertinggal kat kampung. ni guna pc lama yang skrinnya pun dah blurr.. gitu. antara nampak je.
ok. aku nak cerita kali pertama aku beraya kat perantuan. kat sarawak.
masa tu aku kali pertama posting kerja. kat miri nun haa.. masa tu lagi seminggu nak raya haji. punya le hiba. aku merayu kat kementerian..
"alaaa tuan x leh ke tunggu lepas raya.."
"takpe le dik.. naik kapal terbang.. best.."
hampeh tul pegawai tu. dia gula2 kan aku naik kapal terbang. mentang2 le aku orang kampung.
so.. kali pertama, sampai je kat miri, aku macam orang asli bostwana masuk new york. sarawak tak seperti yang aku sangka. ingatkan hutan sana sini, buaya besar2, orang utan, harimau.. rupanya miri jauh lebih maju dari Klang. malah rasanya lebih moden dari Shah Alam.
ini semua promosi kat tv yang salah ni.
so.. cerita raya balik. aku menumpang kat rumah kawan. seminggu berlalu.. maka raya haji pun menjelma. pertama kali dengar suara takbir di perantauan. hanya Allah je yang tau. sebak.. hiba.. aku tak kira. aku masuk bilik... huuwaaaaa....!! nak baliiikkk...
acah je. aku nangis. tapi nangis dalam hati. kan aku lelaki. lelaki mesti macho kata atuk aku. ngeh..ngeh..
dgn berbaju melayu biasa, aku solat raya kat kem askar kat miri. ramai orang semenanjung kat sana. terhibur dengan suasana semenanjung. ada laksa, lemang, rendang.. malah semua menu masakan semenanjung ada kat kem tu. semua kawan2 askar sediakan. masa tu le aku rasakan betapa indahnya berada di perantauan. kawan2 jadi sedara. tu belum lagi kawan2 cikgu, telekom, bank dan lain2. rasa meriah dan aku tak rasa pun mcm raya kat sarawak.
kami saling menziarahi dan bergembira beraya. bertakbir bersama2. melantak juadah kat rumah kawan2 sama semenanjung. tapi bila adik aku tepon kata mak aku tengah nangis teringat aku beraya jauh. aku jadi sebak gak. maklum le, selama ni aku le yang byk tolong mak aku sediakan barang2 masak. malum le aku anak lelaki sorang.
aku cuba pujuk mak aku. tapi dia tak nak cakap kat tepon. hu..huu. adik aku kata mak sangat sedih terkenang aku..
tapi akhirnya aku raya berlalu dan raya2 selepas tu pun ceritanya sama. selama aku dok miri 5 tahun, rasanya aku tak pernah balik raya. bukan tak ingat famili, tapi keadaan masa tu tak sesuai. kebetulan cuti raya tgh2 waktu sekolah. tambang pula mahal sangat. masa tu belum ada air asia. dgn cuti raya cuma 3-5 hari dan tambang MAS RM899 pergi balik, aku rasa tak berbaloi nak balik masa tu.
alhamdulillah, famili aku faham. tapi dalam hati... aduuhh lee..
tu cerita lama raya aku kat sarawak.
Tuesday, December 18, 2007
pesan cikgu..
oleh kerana khamis ni cuti raya haji. maka cikgu nak ucapkan selamat raya haji kepada semua. dengan ucapan jangan makan daging banyak2. nanti darah tinggi.
sempena dengan raya ni juga. cikgu jemput le murid2 semua datang rumah cikgu beraya. sebab duit raya puasa tu banyak lagi belum nak bagi. cikgu dah pening mana nak bagi duit raya tu. penat cikgu tukar kat maybank hari tu. sampai petang cikgu tunggu takde orang datang.
haaa.. kalau datang tu jangan lupa tepon dulu tau. buat temujanji. senang nanti cikgu nak cabut lari kalau awak semua nak datang.
lagi satu. kalau datang beraya rumah cikgu, jangan lupa bawa rendang daging, ketupat, kuah kacang, karipap dan air masak sekali ye. bagus kalau bawa sirap sendiri. cikgu sedia gelas dengan pinggan kosong jee..
jemput le datang ye.. cikgu balik batu pahat raya ni. minggu depan pulak gi pangkor. selamat hari raya haji. jaga diri baik2. jangan nakal.. siapkan kerja rumah yang cikgu bagi. sapa dapat markah tertinggi cikgu beri hadiah. sapa yang tak buat kerja pun dapat 'hadiah'. ok. bye.
note: (now yg serius) kalau sapa2 yang balik ke tg karang, sg besar, perak, kedah.. menghala ke utara melalui jalan pantai, korang pasti lalu depan rumah aku. kuarters guru smk ********, kuala selangor. sebelah smk agama kuala selangor. bangunan 5 tingkat, 2 blok. betul2 tepi jalan besar. rumah aku kat sana. sapa2 sudi singgah le bila2 masa. raya ni aku balik batu pahat dn ada balik hari isnin kot.. Insya Allah.
sapa2 nak singgah silakan. selamat hari raya aidil adha semua.
kalau Rasulullah dan Sahabat gadaikan harta dan nyawa mereka dahulu untuk kita hari ini, renungkan apa yang kita telah lakukan untuk agama Islam ini, demi anak cucu kita akan datang. berapa ramai antara kita yang telah bercerita dan bersembang dgn kawan kita yang non Muslim tentang agama kita.. bukan mengajak mereka masuk Islam, cuma sekadar bercerita saja tentang agama kita kpd mereka.
inilah adha kita. inilah pengorbanan kita.
***** blog cuti seminggu *****
Monday, December 17, 2007
meeting
untuk aku, aku dah agak jawatan wajib yang aku tak boleh elak sejak 2002:
1. guru disiplin.
2. guru pengawas.
3. guru data disiplin murid.
4. guru penyelaras pusat akses sekolah.
5. jurulatih ict.
6. jurulatih data daerah.
7. guru subjek tingkatan 4.
8. guru subjek tingkatan 5.
9. guru subjek tingkatan 6.
10. guru penasihat persatuan pelajar Islam.
11. guru penasihat kadet pertahanan awam.
12. ketua kelab kebajikan staff <-- sambung dari tahun lepas.
13. ketua panitia.
14. ntah apa2 jawatan lepas nih.. ajk sukan le.. ajk keselamatan le.. mcm tahun2 lepas.
aku banyak kerja bawah HEM. sebab banyak melibatkan urusan pentadbiran pelajar. HEM aku baik orangnya, dia pompuan. cuma kdg2 aku geram juge dgn dia.. tau nak siap jee.. kdg2 aku sound direct jugee.
"cikgu kalau tak reti jangan nak kacau kerja saya... " haa.. haa.. padahal tu kerja dia. aku tolong je. tahun depan nak azam jadi baik. taknak sound pengetua, hem dan penolong kanan lagi. azam yang sama sejak 5 tahun lepas. haa..haa..
sapa kata cikgu banyak kerja?. meh sini sapa2 kata cikgu kerja relaks aku sekeh kepala kang.
buka+tutup
1 memakai tudung labuh dan berbaju kurung.
1 lagi berseluar jeans dan bertudung.
1 berbaju kurung dan tidak memakai tudung.
kesemua mereka anak gadis yang taat pada keluarga, sopan santun, tilawah al-quran dan tidak tinggal solat kecuali *tut*.
boleh awak beritahu saya mana lebih Islam? boleh ke kita menghukum..
tak kisah le pakai kain ke, seluar jeans ke.. asalkan memakai baju dan tudung menutup dada sudah dikira menutup aurat le tu. dengan syarat begini:
kalau memakai seluar (untuk wanita sahaja):
1. seluar panjang sampai ke mata kaki. (bukan seluar pendek membuka apa yang patut ditutup atau panjang sangat menyeret lantai)
2. seluar bukan ketat sangat mcm bungkus nangka atau labuh sangat mcm guni beras.
3. baju berlengan panjang. sebab lengan aurat. atau pakai sarung lengan wahai akak2..
4. baju labuh hingga ke peha. boleh pakai t-shirt labuh dan lengan panjang. tidak ketat, sendat, padat dn melekat. membuat hati lelaki nak rapat2.
lain-lain (umum bg pompuan):
- memakai stoking kaki. stoking kat kaki bukan kepala.
- kasut yang menyerap bunyi. bkn cm ladam kuda.
- tudung yang menutup dada. sebab ini perintah Allah. (al-Ahzab: 59), bukan tudung yang diselempang ke belakang, atau cuma menutup kepala tapi buka leher..
- fesyen yang sesuai.
- jika nak pakai barang kemas, pakai yang sederhana dan berpatutan. cincin dan gelang yang sesuai. bkn mcm mami jarum. merling2 ntah2 zhulian je..
- mekap yang sederhana. bukan mcm opera cina.
- jangan bermegah2 dengan pakaian, "haa.. ko tgk dia.. tudung bawal, aku tudung mawi, aku tudung datuk k.. aku tudung selar, kembung, cencaru, pari.." sebaik2 pakaian ialah taqwa.
penting gak. pastikan pakaian yang dipakai berbasuh, bersterika dan kemas. Islam suruh kita kemas berpakaian. bukan selekeh, kotor dan berbau. banyak taik lalat.. heeee..
tidak juga menyerupai fesyen orang kafir. pakai tudung tapi mcm tudung sister dan nan kat gereja.. takleh.. haram.
kalau gadis tu pakai tudung labuh, baju kurung, tapi warna (tona) tak sesuai pun Islam tak suka. tudung merah, baju kuning, kain hijau. kena pula berdiri kat tengah simpang.... tu le maksud fesyen yang tak sesuai.
bagi kawan2 anda yang berbaju kurung tapi tidak memakai tudung, atau membuka aurat, dekati mereka dengan hikmah dan hasanah. penuh kasih sayang dan persahabatan. ajak mereka dengan lembut dan baik. jangan jauhi mereka dan jangan menjauhkan mereka. pandai2 le korang guna teknik psikologi nak berdakwah ni.
Islam ditegak dengan basyir (nasihat) dan inzar (peringatan).
itulah kasih sayang dalam Islam.
aurat bukan pompuan aje. lelaki pun ada auratnyee.. ada kaedah berpakaiannye.. nantilah aku tulis lagi. InsyaAllah.
nota: sekadar pendapat aku je. moga2 tak menyimpang dari kehendak Islam. betulkan aku kawan jika aku silap.
Sunday, December 16, 2007
rebung+buluh

ambil dari utusan online.
rasa seronok anak2 dari kecil dah belajar bab haji. anak2 dapat belajar dari awal dan guru2 pun dapat pahala.
tapi kenapa pakai kopiah?. kan kalau dalam ihram dilarang menutup kepala bagi lelaki?.
dan pakai stokin juga?
seluar dalam? ... he.. he..
eer.. semua mesti bayar dam lepas ni.
apapun, satu idea yang baik melentur buluh dari rebungnya. tapi harap2 jgn salah lentur. kalau tak.. mcm yang aku ingat masa kat Mekah dulu. suami isteri berpegang tangan tanpa berlapik gi mesjid, pastu terus solat. solat pula sebelah menyebelah suami isteri.. isk..
ada juga yang melepaskan semua ayam ternak, lembu, kambing kat kampung sebelum pergi haji/umrah. alasannya ustaz kata haram berburu binatang di tanah haram dan halal sewaktu ihram. dan menternak ayam dan lembu termasuk berburu. kena dam. errkkk..
kan best kalau berlaku camni:
"cikgu, wak nak gi haji/umrah. wak nak sedekahkan semua ayam, itik, unta, lembu dan kambing yang wak jaga selama ni kat cikgu. cikgu ambil le jadi milik cikgu. buat le mcm harta sendiri..kalau wak jaga pun nanti kena dam.."
yuuhuuuuu..!!
note:
tak ada cerita menarik dari aku. hidup biasa2 je.
Saturday, December 15, 2007
udang, sotong dan ketam
ada sesiapa tahu penawar resdung?
ketam..

aku dgr radio sinar fm. dengar si abby fana celoteh dan merapu. timbul idea ni.
jenis2 ketam untuk direnungkan:
1. ketam yang berjalan tak betul tapi menyuruh anaknya berjalan betul.
2. ketam yang berjalan tak betul tapi menyuruh anaknya berjalan tak betul.
3. ketam yang berjalan betul dan menyuruh anaknya berjalan betul.
4. ketam yang berjalan betul dan menyuruh anaknya berjalan tak betul.
"awak sapa nak tegur2 saya?. cermin diri awak tu.. awak pun banyak dosa mcm saya.."
apakah kita nak tunggu kita betul dan perfect, baru nak suruh orang jadi betul?
atau kita perbetulkan orang sedangkan kita pun tak betul?
atau kita tak betulkan orang yang memang dah betul?
aku teringat satu kisah depan mata aku.
waktu tu pilihanraya umum. parlimen kapar. seorang cina lelaki muslim turut berkempen untuk satu calon parti Islam. sebagai perayu undi. seorang wanita melayu umur lewat 40-an kot. merah tudungnya, merah kainnya, laaaagiii merah bibirnya. berkata lbh kurang mcm ni:
"woi.. ko ingat ko masuk Islam boleh masuk syurga?. kami lagi layak tau. kami dah lama Islam tak macam ko. ko ingat ko baik sangat?. aku tau le dulu ko sapa. kaki mabuk. kaki judi. kaki maksiat. ko ingat ko tu sapa?. kau masuk Islam pun sebab nak kawen orang melayu..ko bukannya ikhlas nak masuk Islam. tunjuk baik konon..ko tu ahli neraka"
cina muslim tu akhirnya terduduk.. menangis. dpn mata kami dia menangis. lalu dipujuk oleh sukarelawan parti.
kalau cina muslim tu kembali murtad disebabkan kata2 pompuan tu. aku doakan pompuan tu masuk neraka.
apa benda aku merepek ni.. aku 'betul' ke tak ha? kah..kah..kah
Friday, December 14, 2007
aku mahu masa untuk diri sendiri..

memberi masa untuk diri sendiri dan memujuk diri.
ada masanya perlu juga mengasingkan diri seketika. agar dapat aku kumpulkan kembali kekuatan. agar dapat aku simpulkan semua senyuman. ya.. aku perlu senyum untuk diri sendiri.
i'm not a superhuman. aku juga insan biasa sepertimu.
adakala.. rasa duka datang tiba2. dan aku mahu ia pergi jauh dari ingatan.
i'll be back. dengan kekuatan baru. Insya Allah.
note: i'm ok. bkn masalah keluarga.
Thursday, December 13, 2007
24 jam travel
ko nak design mcmana lagi imam. nak bentuk rupe kapal angkasa ke bumbung umah aku tu?
ok.. sementara aku cari ilham camana rupe bumbung umah futuristik tu. aku tepek gambar2 masa aku gi kuala nerang semalam dalam blog.

muka seposen dah kelaparan aura ke 8. yg berdiri tu le pengantinya. kami terpaksa halau dia masuk rumah. lagi 1 jam nak bersanding masih dok borak dgn kami.
1..2..3.. makanan dh siap. apalagi.. yuuhuuuu. x dpt nak snap gambar masa makan. lupe sbb bz tgh makan.
gambar pengantin tak sempat nak snap. kwn2 nk balik segera sbb esok nk gi pulau pinang plak.
10.30 mlm kami bertolak dari kuala selangor. 11.00 mlm kami tiba ke kuala selangor. maka genap le 24 jam kami travel selangor-kedah-selangor. penat sih!.
Tuesday, December 11, 2007
salam aidil adha
penunjuk arah versi jawe.
lor = utara.kidul = selatan
yang lain terjemah sendiri yek. masuk ujian bulanan tau!.
acai ada petua jawe kot pasal penunjuk arah ni.
rumah berbilang negara.. (tukangnya)
ok.. hari ahad lepas aku balik jenguk rumah yg masih dalam pembinaan. terkejut beruk aku eerr.. (sama mcm beruk kat pokok kelapa sawit terkejut tengok aku balik, tapi aku tak sekali2 sama dgn itu beruk atau beruk itu sama mcm aku. melainkan charles darwin, sebab dia spesis beruk) .. mana taknye. tetiba tukang yang bina rumah aku bertambah dari 4 orang jd 6 orang.
sebelum ni 4 orang indon, skrg tambah 2 bangla. dah le kontraktornya indon juga. maknanya rumah aku dah setaraf KLCC. dibina oleh kontraktor dan pekerja warga asing.
"bangla tu datang setelah kilang mrk kerja ditutup." kata bilal; salah seorang tukang indon.
"bagus le ramai pekerja. kerja pun jadi laju". kata imam; sorang lagi tukang indon.
oh ye.. rumah aku dibina oleh imam sebagai ketua pekerja dan bilal penolongnya. nama mereka yg sebenar tak pasti pula. tapi kontraktor panggil nama mereka camtu. ok.. sekarang rumah aku dibina oleh imam, bilal, pak rasid yang selalu demam, 1 indon tak tau nama dan 2 bangla baru sampai.
aku pernah tanya bilal nak belajar bertukang buat rumah. apa kata bilal?
"Allah Maha Adil bang, kalau semua nak jadi nelayan, siapa nak beli ikannya.."
pandai ko bilal. yg tersiratnya: kalau ko pun nak belajar jadi tukang. aku nak makan ape?
===============================================================
Insya Allah, malam ni aku dan kawan2 cikgu akan pergi ke Kuala Nerang, Kedah. kawan sama mengajar sama sekolah berkahwin kat sana. kami akan pergi bujang2 gitu. isteri dan anak tinggal kat rumah.
bila isteri aku tanya kenapa pergi sorang. aku jawab:
"Kuala Nerang dah dekat dgn Perlis. senang abang nak kawen lagi kat sana."
lagi pun minggu depan lepas raya haji, isteri aku akan pergi Langkawi. rombongan cikgu2 sekolah. katanya tak dibenarkan bawa suami dan anak2. pergi bujang2 gitu juga.
so.. fair le kan. aku tak mau tanya kenapa sekolah dia buat syarat camtu. tapi aku ckp kat dia:
"ni le antara hikmah poligami dlm Islam. bila abg pergi outstation, ada org menemankan awk. bil awk pergi outstation ada org menemankan saya..kan ke baik camtu.." :)
lariikkkk...!!
Monday, December 10, 2007
ini rupanye..
Sunday, December 9, 2007
cikgu.. Pengetua NAK JUMPA.
- Kuala Selangor ada 2 pekan/bandar. Bandar lama dikenali pekan lama. terletak di kaki Bukit Malawati. tempat asal Kuala Selangor dan ibu negeri Selangor pertama. dan bandar baru dikenali Bandar Malawati. -
tetiba nset berbunyi. dari sekolah. apa kena sekolah tepon aku pagi2 buta hari sabtu pula tu.
aku respon.
"assalamu 'alaikum cikgu.." lembut suara sorang wanita menyapa.
"wa 'alaikum salam.."
"ni siti cikgu" siti pembantu pejabat.
"ye siti, ada apa call ni..?"
"Pengetua nak jumpa cikgu hari Isnin, jam 9 pagi kat pejabat dia..."
"haiyyoookkk..." sepontan aku melatah.
"haiyyooork.. tak tau le kenapa. cikgu jangan lupa ye.."
"ok.. terima kasih siti"
alaaa... apa ni. suspend eh. selalu boss tak buat macam ni. alaaa.. mcm2 kat kepala aku.
Boss aku walaupun amat sporting, jarang marah dan frendly - siap gi memancing sama dgn kami -, tapi dia tetap boss. kalau dia panggil masuk pejabat... isk.. alaa.. dia baca blog aku ke? sebelum ni Penolong Kanan ada call juga. tapi aku buat deerrkk je. tak angkat pun.
nah kau!. kali ni Pengetua sendiri nak jumpa. padan muka aku. hu..hu..hu.. suspend eh.
Tuesday, December 4, 2007
Genap sebulan.
dah sebulan umur ko yee.. kejap je dah besar bagak.. ada kawan cadangkan bagi nama kat umah aku ni. eerr.. nama ape yek? teratak jawe kot.. kih..kih.. bunyi mcm rumah kongsi indon jee.. :p
seperti yang aku pernah cerita dalam blog lama (dah delete). aku salah seorang mangsa penipuan pemaju. rumah yang aku beli kat Alam Perdana, - sebelah Puncak Alam - dah tersangkut 6 tahun. gaji bulan2 potong pula tu. tu le masalah kalau pemaju Melayu. dah dapat duit cabut lari. aku tak halalkan dia makan duit aku!.
tapi sampai bila aku nak duduk kat kuarters ni. kawan2 lama hampir semua dah pindah. takde lagi kawan2 nak lepak medang kat restoran mamak lepas isyak. takde lagi kawan2 lama yang meramaikan surau. kekadang.. aku azan, aku bilal, aku imam, aku juga makmumnya.. sorang2 kat surau. penghuni ramai tapi surau sunyi. amat sunyi. kawan2 baru ada, tapi rentak mereka tak sama dengan kawan2 lama. generasi awal yang bersusah payah membangunkan kuarters guru ni. generasi baru tak rasa susah mcm kami waktu mula2 nak tuntut kemerdekaan kuarters ni. turun naik opis, ppd, jpn, syabas, tnb. gaduh lagi kat mesyuarat dpn2 pengarah. kwn2 baru cuma menikmatinya..
kuarters tempat aku nyorok. nun haaa.. kat hujung padang tuu.. yang bertingkat tuuu...jadi.. aku nekad buat rumah sendiri. walaupun bukan mudah. aku terpaksa bayar 2 hutang yang besar. hutang gomen pinjaman rumah kat alam perdana yang dah sangkut dan hutang bank modal buat rumah yang ni. bulan2 gaji aku potong RM2+++. isk..
aku berdoa moga Allah lapangkan rezeki dan mencukupkannya untuk aku dan keluarga. bukannya aku buat disko, aku buat rumah. rumah untuk kami berteduh. untuk kami solat dan beribadat di dalamnya.
hish.. monolog pulak le aku post kali ni...
Monday, December 3, 2007
majlis khitan, khatam dan cukur jambul.
jumaat malam sabtu ada kenduri doa selamat. mcm tajuk kat atas lee.. kat kampung aku kalau ada budak2 bersunat, dia punya majlis punya le besar. mcm kenduri kawen. siap pasang khemah lagi. ada rewang (jiran2 datang tolong memasak), ada tetamu dijemput datang, ada doa selamat, ada majlis khatam quran. malah yang bersunat pula dapat duit, hadiah dari tetamu.! mcm duit raya tu lee..
tapi keluarga kami tak le buat besar mcm tu. kami buat sederhana aje.
pagi: = dah mula memasak. kambing akikah yang bapa aku sembelih pun sedia untuk dilapah. sementara yang lain dengan tugasan masing2. ada yang potong bawang, ada yang potong daging, ada yang buat air... aku punya tugasan kena siapkan dapur memasak dan potong daging kambing.
sebahagian ditugaskan memasak untuk makan tengahari dan yang lain memasak untuk jamuan malam nanti. alaa.. lauk lebih kurang je. cuma menu malam nanti special sikit. ada daging kambing masak palembang, kari kambing, nasi arab, ayam percik, sate, roti jala, kek dan paling penting... dadih aku.. :)
lepas aku snap gambar ni le.. aku diarah pergi klang ambil atuk aku kat hospital klang. balik hospital, wira aku bergesel dengan toyota harrier. sampai rumah pulak berlanggar dengan perdana pakcik aku. ape le malang.. huhuhu
tengahari: = kami sedara mara dan jiran makan tengahari sama2. part ni aku tak join sebab pergi ke hospital klang ambil atuk aku yang dah 2 hari masuk wad.
petang: = sedara mara, terutama pakcik2 (orang jawa panggil wak) dah mula datang. kalau ikut plan, kami akan solat maghrib berjamaah dan solat hajat untuk atuk. tapi memandangkan atuk dah keluar wad, solat hajat dibatalkan. <-- ade ke patut..
lepas solat maghrib berjamaah dengan sedara mara dan jiran, majlis khatam quran dimulakan. yang berkhatam budak 3 orang tu le.. yang kena potong .....nye.. hih..hiii :)
ni le 3 budak yang khatam quran tu. kena paksa pakai jubah tu.. habis khatam terus sambung pakai kain pelikat.. ha..hah..haa
lepas isyak: = orang kampung mula datang ke rumah berduyun2. tujuan majlis ni pula nak buat majlis cukur jambul anak sedara aku. orang kampung membaca berzanji, salawat dan dibaie. selepas majlis cukur jambul selesai, maka majlis paling ditunggu2 <---- jamuan!.
seronok dapat layan tetamu jamuan. terutama tengok balik ustaz2/cikgu2 aku masa sekolah rendah datang meraikan. terkenang masa dulu waktu aku kena rotan mereka.. kih..kih..
mana rambut dia ni? kata tuan imam.
aku guna mesin potong rambut bleh?. pendek sangat ni..
tetamu orang kampung dah pulang. tapi rumah masih dikunjungi tetamu dari jauh. sedara dari maran, pahang. dari simpang ampat, perlis. dari taiping, perak. shah alam, klang, terengganu, kedah.. hampir semua datang.
masa ni le berkumpul sedara mara. wah!. ramai juga dinasti kami rupanya.. boleh buat persatuan keluarga nih.
jam 1.00 pagi baru kami tutup pintu. itu pun selepas sedara mara jauh masing2 tumpang menginap kat rumah adik aku. penat.. tapi puas.
lain2 gambar tengok kat fotopages aku ye..






