Tuesday, December 18, 2007

pesan cikgu..

ok.. murid2 semua.

oleh kerana khamis ni cuti raya haji. maka cikgu nak ucapkan selamat raya haji kepada semua. dengan ucapan jangan makan daging banyak2. nanti darah tinggi.

sempena dengan raya ni juga. cikgu jemput le murid2 semua datang rumah cikgu beraya. sebab duit raya puasa tu banyak lagi belum nak bagi. cikgu dah pening mana nak bagi duit raya tu. penat cikgu tukar kat maybank hari tu. sampai petang cikgu tunggu takde orang datang.

haaa.. kalau datang tu jangan lupa tepon dulu tau. buat temujanji. senang nanti cikgu nak cabut lari kalau awak semua nak datang.

lagi satu. kalau datang beraya rumah cikgu, jangan lupa bawa rendang daging, ketupat, kuah kacang, karipap dan air masak sekali ye. bagus kalau bawa sirap sendiri. cikgu sedia gelas dengan pinggan kosong jee..

jemput le datang ye.. cikgu balik batu pahat raya ni. minggu depan pulak gi pangkor. selamat hari raya haji. jaga diri baik2. jangan nakal.. siapkan kerja rumah yang cikgu bagi. sapa dapat markah tertinggi cikgu beri hadiah. sapa yang tak buat kerja pun dapat 'hadiah'. ok. bye.

note: (now yg serius) kalau sapa2 yang balik ke tg karang, sg besar, perak, kedah.. menghala ke utara melalui jalan pantai, korang pasti lalu depan rumah aku. kuarters guru smk ********, kuala selangor. sebelah smk agama kuala selangor. bangunan 5 tingkat, 2 blok. betul2 tepi jalan besar. rumah aku kat sana. sapa2 sudi singgah le bila2 masa. raya ni aku balik batu pahat dn ada balik hari isnin kot.. Insya Allah.

sapa2 nak singgah silakan. selamat hari raya aidil adha semua.

kalau Rasulullah dan Sahabat gadaikan harta dan nyawa mereka dahulu untuk kita hari ini, renungkan apa yang kita telah lakukan untuk agama Islam ini, demi anak cucu kita akan datang. berapa ramai antara kita yang telah bercerita dan bersembang dgn kawan kita yang non Muslim tentang agama kita.. bukan mengajak mereka masuk Islam, cuma sekadar bercerita saja tentang agama kita kpd mereka.

inilah adha kita. inilah pengorbanan kita.

***** blog cuti seminggu *****

6 comments:

Mimie Azrin said...

dapat duit raye? best nyer~!!!

Sarah Mohd Shukor said...

salam cikgu.

sy belajar lg.so buleh dapat duit raya lg kn? hehe.

arsaili said...

salam eid ul adha..saya pun belaja lagi..dpt gak duit raya kan? mana umah cikgu, mai habaq, since saya ada kat msia nih

nur'ain said...

hahhah! cikgu ni budiman sungguh..^_^

haa...saya tau umah cikgu tu. saya nk bitau ni yang saya nk serang umah bile cikgu balik dr pangkor nnt.

nur'ain said...

ooo ye. sy dh bubuh link sy kt blog nie. yeayy!

Anonymous said...

ehehehe samela kite duk KIP..