Saturday, November 29, 2008

jln2 kt putrajaya =)

salam :)

hari ni jadual aku sgt padat.

mlm td sedara mara dr johor dtg rumah. [takle ramai sgt. 2 kete jek]. mrk bermlm kt rumah aku. :D

ustaz aku kata tetamu dtg bawa rezeki dn rahmat Allah. pastu ustaz aku kata kalau rumah kita dh lama org tk dtg ziarah, cepat2 le mohon ampun kpd Allah. apa sgt le dosa tuan rumah sampai tetamu pun tak sudi singgah.. huhu

jd pg tadi aku belikan jek sarapan utk mrk. tetamu ramai kesian pula kt my sweetheart (:D) nk kena masak pagi2. jd aku belikan mrk sarapan roti canai 20 keping. rupanya tak cukup. aku belikan lg canai 20 keping. jd 40 keping canai yg habis licin. hehe. aku suka tgk mrk makan dgn selera dn gembira. :)

masa nk balik, safwan siap nanges2 tak bagi sedara2 sebaya dia balik.. huhu. kesian pula aku tgk. mesti dia rasa sunyi semua org balik. tp nk buat camna kan. bkn aku blh cetak2 manusia dgn tanah liat walau manusia berasal drpd tanah.. huhu

lps sedara mara balik, kami (aku dn famili) pergi kenduri kawen kawan kt BB salak tinggi.

ntah apa kena hari nih, blhnya aku tersesat!. padahal dh beberapa kali pergi sana. :) aku tersilap simpang ke lcct. terus terbabas masuk ke pekan jijan. makin jauh le perjalanan :

balik kenduri, kami pergi jln2 putrajaya. pun tersesat lg. terpusing2 kt putrajaya cari jln nk ke masjid putrajaya tak jumpa2. hampeh.. tp akhirnya jumpa le juga :)

masa balik dr putrajaya pun, aku tersilap simpang lagi. patut masuk ke KL, aku ambil ke bangi.. sesat juga.. huhu

aku punya pemanduan teruk betul le hari nih. :))



majlis kenduri tu dn panorama biasa putrajaya :)




masa lalu tepi seri perdana tu..
safwan: bangunan apa tu ayah?
aku: rumah org. [kalau aku ckp rumah PM bkn dia fhm pun]
safwan: kita boleh duduk situ tak ayah..
aku: boooleeeh.. [cita2 tinggi anak aku nih.. huhu]

ops!. aku nk ucapkan byk2 terima kasih kt kwn2 yg beri komen n3 tuntutan ganti rugi tuh. byk kata2 nasihat dn perangsang korang yg memberi aku kekuatan. [tgk! aku dh tyg ketul2 kt lengan nih.. hehe].

moga2 kalian semua dimudahkan urusan oleh Allah. :)

note: segelas air kiwi sejuk bungkus gelas palstik yg biasa tuuu, kt souq putrajaya RM4.50! aku beli kt kg aku RM1 ajeee.. mencik!

daaaaa... nite!

Friday, November 28, 2008

CJ strikes back

salam semua =)




tapak perumahan yg aku beli.


korang mungkin dh tahu kan. aku salah seorang mangsa penipuan projek perumahan alam perdana. alam perdana sblh bandar puncak alam. asalnya kwsn felda bukit cherakah yg dimajukan.

aku beli rumah kt alam perdana tahun 2002 dn dijanjikan siap 2004. ni dh masuk nk 2009 tak siap2 juga. gaji pula potong bulan2 dekat RM800 sbln dn jangka abes byr thn 2024. huhu

3 hari lps aku dh uruskan dgn peguam utk minta ganti rugi. kalau ikut surat perjanjian, aku berhak tuntut gantirugi kalau projek lewat... tapi kt surat tu ada perangkap. dia tulis kalau kunci dh diserah kpd pembeli sama ada pembeli tahu atau tidak serahan kunci, byrn gantirugi akan terbatal dgn sendirinya.

korang byg le pemaju punya le ja**t.. isi perjanjian pun dlm BI. aku dh le buta kayu BI nih. hihi.. nk buat camna, gomen pun tak memihak kt pembeli. :(

jd, aku dh serah sgl dokumen dn lantik peguam utk uruskan tuntutan aku.

ntah lee.. aku tadek pengalaman benda2 nih. aku serah je kt peguam.. moga2 urusan aku dipermudahkan Allah. doakan ye korang. :)

ayai! ko buat keje elok2 ye. percen nanti aku bagi. kalau ko tipu juga, aku sekeh kepala ko cukup2 dgn lutut aku sekali naik kt muka ko.. hehe..

ayai tu nama peguam aku. dia juga sepupu aku. :)

link: blog mangsa alam perdana yg dh terbengkalai juga.

salam pagi jumaat

salam semua =)

pagi jumaat di malaysia.

baca paper. cerita gila hari ni.

1. "satu demi satu artis bercerai"

2. "wartawan popular pun bercerai"

3. "artis nak kawen pergi kursus kawen cuma sekali dn siap ada sidang akhbar"

4. "nenek tua kawen dgn org muda"

5. "2 makcik rebut kerusi reput dlm rumah wanita"

6. "aku bagi ko duit, ko calonkan aku jawatan tuuu.."

7. "tikam! tikam! bunuh! campak!"

8. "budak pompuan merajuk kena marah pakwe nk terjun bangunan"

9. "babi yg sgt glamer"



isk.. apa dh jadi dgn nilai berita skrg?


anak org asli masih ada yg belum sekolah.
bdk2 kt pedalaman sabah dn sarawak masih berjalan kaki redah hutan pergi sekolah.
ikan kembung RM12 sekilo.
minyak pelincir naik harga padahal minyak petrol turun harga.
kumpulan wanita islam lawan majlis fatwa dlm isu yoga.
masih ada keluarga yg terpaksa memohon beras dr jiran sebelah.
pelajar malaysia di luar negara perlu tambahan bantuan kewangan sbb kos hidup meningkat.. hiks!

tetap kena baca akhbar. taknak buta maklumat..

mujur sidang akhbar CJ tak masuk paper.. kikikikiki

Thursday, November 27, 2008

sidang akhbar CJ

[perhatian: ini n3 merapu. sapa tak suka sila jgn baca.. hihi]

assalamu alaikum semua

klik! klik! klik!

terima kasih kerana datang dlm sidang akhbar saya. ini bagi menjelaskan tentang tersebarnya lukisan mengenai diri saya di internet dn blog baru2 ini.

klik! klik! klik!

ingin saya jelaskan bahawa lukisan tersebut bukan le menggambarkan diri saya sebenar. ia telah dilukis oleh seorang kanak2 yg berumur 5 thn dn tlh disebarkan dgn pengetahuan dn izin saya. ia juga bukanlah satu usaha menjatuhkan karier politik saya..


klik! klik! klik!

adapun objek resaksa itu bukan lah gambaran diri saya. ia adalah gambaran umi dia di mana dia rasa sgt berbesar hati dn syg sgt pd uminya, berbanding ayah dia.


klik! klik! klik!

bg saya ia adlh normal di mana setiap hati kita lbh dekat dgn ibu kita. dn kita semua sayang kpd ibu bapa kita. cuma dgn ibu lbh ada ikatan yg istimewa sedikit. :)


klik! klik! klik!

dgn penjelasan ini, saya harap tiada salah fhm tentang lukisan tersebut dn saya ucapkan terima kasih kpd semua wartawan yg dtg.



ada apa2 soalan?

wartawan 1: adkh ini bermakna CJ tidak menolak kebenaran lukisan tersebut.. errr.. dr luarannya?
CJ: spt yg awak nampak skrg..

wartawan 2: maknanya CJ setuju dgn pernyataan tersebut?
CJ: saya akan jwb di dewan rakyat esok.


klik! klik! klik!

wartawan 3: adakah CJ sdg mengamalkan diet?
CJ: itu juga akan saya jwb esok di parlimen.

wartawan 5: ramai bertanya ttg saiz baju anda.
CJ: awk teka berapa?

hahahaha! <-- aku punya org2 kt blkg tertawa


klik! klik! klik!

wartawan 1: CJ ada pergi kedai baju boss?
CJ: saya hanya beli kt pasar malam.

wartawan 2: maknanya lukisan itu menipu?
CJ: tidak. ia tidak menipu dr sudut emosi dn perasaan.

wartawan 4: CJ merokok?
CJ: tidak. tidak sama sekali.

ok semua terima kasih. saya harus bergegas ke kwsn saya skrg. terima kasih..

dunia blogger yg misteri =)

salam..

jiwa seorang blogger.

kalau kamu temui..
orang yg pergi mekdi dn kfc
ambil gambar kentang dn ayam goreng
jangan kamu tgk sampai teleng
mungkin dia seorang blogger.

kalau kamu terperasan..
ada orang yg masuk kebun
ambil gambar sayuran dan buah2an
jangan kamu naik heran
mungkin dia seorang blogger.

kalau kamu terserempak..
orang jogging sambil berposing
tepek2 sikit maskara
jgn kamu dok mulut nganga
mungkin dia seorang blogger.

kalau kamu dapati..
ada orang bergambar sorang diri
sambil tunjuk2 peace dgn jari
jgn kamu cabut lari
mungkin dia seorang blogger.

kalau kamu terpandang..
ada orang dtg kenduri
ambil gambar nasi dn kari
jgn kamu gigit jari
mungkin dia seorang blogger.


dunia pelik orang pun jadi pelik.
jiwa seorang blogger.


CJ
dlm mekdi centrepoint
klang
27.11.2008

Wednesday, November 26, 2008

lukisan bdk kecik =)

salam semua =)

aku tlh dipaksa oleh safwan utk tampal lukisan dia kt dinding. dia kata cantik sgt. layan je leee bdk kecik... :))

"cantik tak ayah?"
"cantiiiiikkkkkk" [dlm hati mcm nk nanges]

dia kata lagi:

"ini ayah. ini safwan. ini umi."

sampai hati ko lukis gambar aku cam tuu.. huhu

kisah dr klinik

salam.. :)

pg td hantar safwan gi klinik. ada jangkitan kt hidung dia dn mula bernanah.

so.. layan gambar la ye. =)



menangis sbb takut kena cucuk. mcm apa jek.
ikut perangai sapa ntah takut jarum nih? huhu


bila dh cool.. mula le dia buat aksi2 rempit gedik dia.
tgk le kt idung dia tuuu..
boring tunggu lama. snap le pekan meru.. :P
dn tgk le juga tulisan doktor yg sgt cantik tu.. hihi


syukur, safwan ni tadek mslh langsung nk makan ubat. tak perlu dipaksa pujuk bagai. hulur je sudu dia dgn mudahnya terus buka mulut... :D

kdg2 dia yg hulur ubat ingatkan kami yg dia blm makan lg hari tu.. ada bakat jd doktor bdk kecik nih. hiks.. :)

mainan tidur..

salam semua :)

dulu aku pernah bermimpi akan dia. aku pernah cerita kt n3 nih.

mlm td aku bermimpi lagi.

kali ni kami berempat dlm sebuah kete. sultan dr sebuah negeri di pantai barat yg maju bertindak sbg pemandu. [??] huhu. [ampun tuanku]. kami pergi ke satu majlis penyampaian anugerah kanak2. salah seorang kanak2 tu anak buah kpd sultan. kami berempat berbual dlm kete.

aku tak tahu apa fungsi aku. kecuali aku menumpang kete tuanku ke majlis tersebut.

meriah majlis tu. kanak2 riang ria. gemilang dn warna warni. semua org sdg sibuk membuat persiapan majlis. ada jamuan dn nampaknya acara akan dimulakan sebentar lagi..


ops!.. aku terbangun. subuh menggamit. hehe

salah anggap

salam semua =)

thn lps ada seorang guru pelatih perempuan dr um kt sekolah aku. orgnya biasa je. rupa yg biasa juga. tp dia lembut dn sopan. sesiapa yg melihatnya pasti tertawan kerana kelembutannya. tambah lagi dia ustazah pelatih.

ops!.. aku bkn nk cerita psl dia. ni cerita ttg aku..

ustazah ni duduk kt kuarters guru. masa tu aku penghulu kuarters. dia pernah menghadapi masalah dgn teman serumah dia (guru pelatih juga). masalah yg sgt serius hingga aku diminta beri pandangan olehnya dn aku terpaksa campurtangan atas kapasiti aku sbg ketua penghuni kuarters.

kami kerap berbincang di sekolah masalah yg menimpa kawan serumah dia. kami bertemu di tempat yg awam spt bilik guru dn pusat sumber. hanya semata2 berbincang ingin selesaikan masalah yg dia hadapi. tak lebih dr itu. oleh kerana kerap bertemu, maka aku tlh dianggap ada hbgn istimewa dgn ustazah praktikal tuh. mmg kerja gila!.

maka berlarian le kalimat2 salah anggap di bibir manusia yg kononnya perihatin. dari satu bibir ke satu bibir. sgt laju kalimah itu berlari. hingga aku tak mampu lagi mengejarnya.

utk mengelakkan salah fhm, aku berbincang dgn ustaz2 dn ustazah2 kt sklh mslh yg menimpa kwn si ustazah praktikal nih. aku ceritakan semua apa yg berlaku. mrk faham apa yg berlaku. namun kalimat2 salah anggap terus berlari dgn pantas.

dek krn fitnah konon aku ada affair dgn ustazah praktikal tu, akhirnya aku dgn dia pula bermasalah. dia mula rasa rimas dn menjauhkan diri dr aku. tanpa sempat kami selesaikan masalah kwn serumah dia yg sbnrnya jauh lbh serius.


aku merasa sgt sedih sebenarnya. sering kali apa yg kita buat di salah anggap. mungkin niat aku nk membantu itu murni tp bengkok jalannya. lalu mekar le fitnah dilipatan hari dn terpahat kukuh dlm ingatan.



biarlah.. hanya Allah saja yg Maha Mengetahui.



aku mmg sering di salah anggap.
sama seperti aku rahsiakan identiti aku kt blog.
:(

Tuesday, November 25, 2008

pekabo pakcik?

assalamu alaikum!


pekabo pakcik?.. dh lama sampai?
wah! makcik pun ada.
siap pakai sedondon lawa lagi.. hihi


eh.. pakcik bawa kawan2 lee.
ni ramai2 ni ada pesta ke.
pesta apa ye...


haa.. ni le kebun saya pakcik.
nampak mcm pakcik teruja je dgn kebun saya.. :)
tapi kalau teruja punnn..
jgn le pesta2an kt sini..
malu ai tau dgn kwn2 blogger ai..


ambik gambar pakcik la yee..
rasanya kwn2 blogger aku pun nk kenal pakcik dn makcik dn semua kwn pakcik
yg dtg rombongan pegi kebun sayur aku nih.. hehe




note:

tadek mood. safwan harus dibawa klinik esok!

Monday, November 24, 2008

tukang paip segera..

salam.. =)

smlm paip aku patah. sorg lelaki perkasa tlh cuba utk masukkan paip getah kt dlm paip. dia paksa sekuat hati. lalu kepala paip besi tu patah dua!.. korang bygkan betapa perkasanya dia.. kekekeke

jd hari ni dia ingin tebus kesalahan dia. lalu dia beli kepala paip baru. dia nk pasang sendiri. huhu..




ntah mcmana tetiba semua benda terus terbarai!.
korang tgk tu.. abes semua tanggal.. huhu



kltang! kletung! kltang! kletung! meowwww! mbeeeekkk! debuk! debik!


stlh berusaha sepenuh tenaga. peluh sebaldi dn duit RM beli kepala paip baru dn skru2 baru. akhirnya usaha lelaki melayu jawa terakhir tu pun berjaya.. hihi

tadaaaa!!


fuuuh!.. lega. hehehe

bercuti di tepian pantai =)

salam kedamaian =)

teringat karangan bhs arab masa sklh dulu. rehlah ilaa syaati' al-bahri.. hehe

smlm aku dn famili cuti2 ke pantai remis, jeram. ada satu lg pantai remis kt perak.

ini je le yg ada kt KS nih. pantainya tak le cantik mcm kt langkawi sana. pantai kt sini berlumpur dn airnya keroh. tp jd le kalau sapa2 nk dtg makan2 sambil melihat dugong pantai dn pulau kt sini.

walau airnya berlumpur, tapi aku blh gerenti mata dn hati bersih. sbb tak mungkin ada mat2 saleh yg berjemur kt sini.. kecuali le dia hilang akal.. hehe. kalau org tempatan yg berjemur dn pakai bikini kt sini mmg sah le dia gila tahap aura ke 80.. huhu

ada org main perahu layar le. aku syak itu bdk2 sklh aku. sbb mrk selalu training perahu layar kt sini. hehe.. kt sklh aku mmg ada kelab perahu layar.. hehe


bila safwan tunjuk jari V tu. aku teringat dgn nadia yuna. hehe.
sama le posing korang berdua.. huhu


gambar atas tu pekan jeram. kecil je pekan nih. dh 51 thn merdeka tuh.. huhu


ok lee cuti2 kt sini. ada gerai makan. ada layang2. ada kerang, ala-ala segar. ada angin kuat.. hehe.


sapa2 nk gi sini, sapa2 dr selatan blh je keluar ke Kapar terus menghala ke KS. atau mana2 dr utara, dr KS menghala ke Kapar ikut jln pantai. Blogger Su mesti tahu tempat ni kan.. hihi

Sunday, November 23, 2008

tong bawah kerusi

salam semua =)

tak mau lg n3 makan2.. hihi. kesian kt kwn2 yg dok kt oversea sana.

kali ni aku tepek gambar lain lah ye...

sepanjang yg aku tahu, kt selangor ni ada 2 Sg Buloh. Sg Buloh Kepong (yg ada penjara sg buloh tuuu) dn Sg Buloh Sasaran (kt KS). gambar ni aku ambil kt Sg Buloh Sasaran ptg td.

bg aku, ia satu hasil seni yg baik. dn aku mmg peminat seni. seni lukis, ukiran, arca, sastera.. semua seni lah.. hehe. termasuk le seni makan. kekekeke.. :))

aku minat lukisan. tp sbnrnya aku tak reti langsung melukis. sama mcm seni arca nih. aku cuma tahu ia indah pd mata aku. tp aku tak reti nk tulis indah mcmana. unik kot.. huhu.

sbg peminat seni dn sastera, cheewaaaahh!.. hihi.. aku harap agar pihak kerajaan dapat mengambil berat mata pelajaran seni dn sastera di sekolah2 di malaysia. sehubungan itu, saya cadangkan agar peruntukan sebanyak 20 juta ringgit disalurkan untuk memperkasakan subjek seni dn sastera di sekolah2 dn memberi insentif hadiah lumayan kpd para blogger yg memperjuangkan seni dn sastera dlm blog mrk. sekian yang di pertua. saya buka cadangan utk dibahaskan. terima kasih.

hehe..

psssttt.. hari tu rasanya pusat sumber sklh aku hilang banyak kerusi.. huhu

jom sarapan =)

salam semua =)

pagi ahad yg cerah. mentari tersenyum dn langit membiru..


sarapan hari ni.. hehe



laksa johor.

laksa johor guna spaghetti dn sambal belacan.
kombinasi western dn jawa agaknya.

silakan semua... :)

bismillah..

Friday, November 21, 2008

kisah si putu mayam

salam semua =)

antara makanan kudapan kegemaran saya ni haaaa.. PUTU MAYAM. hihi

sapa2 kalau dh buat saya marah ke majuk ke.. ini le antara ubatnya .. hihi. kalau x jln juga harus hadiahkan saya porsche sebijik.. huhu


saya ada pengalaman ttg putu mayam nih.

1.

dulu kt kampung saya ada sorang india jual putu mayam keliling kampung. setiap kali lalu dpn rumah mak, saya le antara pelanggan tetap. putu dia sgt sedap. sekali makan mesti nk beli lagi.

satu hari saya tergerak nk tanya nama dia. dia kata nama dia ismail ke apa ntah. bila risik2 kt org kampung, rupanya dia bkn islam. hindu tulin. saya pun tak pasti. isk.. sejak tu, dh tadek dh beli putu dia lg.. rasa geli pula.. huhu

2.

masa kt KS. teringin sgt nk makan putu nih. tp kt sana tadek jual. nk cari pun tak tau kt mana. jd kami pergi ke Sg Besar. dr KS ke Sg Besar ada le 1 jam. teringin punya pasal sanggup tu.. huhu. kt Sg Besar ada jual kt pasar malam hari selasa. org melayu yg buat.

skrg peniaga tu berniaga pula kt pasar malam KS hari sabtu. baik hati dia, sanggup dtg dr jauh berniaga meraikan sorang cikgu peminat tegar putu mayam tu.. hehe

skrg kt restoran mamak muslim dh ada jual. tp cepat je habisnya. awal2 pagi dh abes.. :)

mlm2 cerita putu mayam? belasah je lee.. :)

rasa pelik pulak ganti aku dgn saya.. kikikikiki.

embun jumaat

salam tengahari jumaat


pagi td lps subuh, aku jln2 kt tepi rumah. bukan bawa cangkul, tp bawa kamera. :) saja je nk snap gambar pokok2 dn embun pagi.. hihi

segar mata dn minda pagi2 merayau2 sambil disapa embun dn mentari pagi..


ni gambar bunga2 rumput.
rumput biasa yg tumbuh kt sekeliling rumah.

yg ni pula bunga2 pokok sayur.
ikut arah jam:
bunga kunyit, bunga cili padi dn bunga kacang bendi.


daun pisang dan embun pagi


patut aku publish gambar2 ni pagi td. tapi streamyx ada mslh tadi. tak blh nk dial. huhu.. kira boleh le kot publish tengahari.. hehe


aku tak pandai snap gambar. kamera pun murah jek. jd gambar kurang cantik.. hehe.. so, layannn!!.. :)


=================
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

maksud al-Quran surah aali-imraan: 190-191

Thursday, November 20, 2008

ana = saya = ana

salam semua =)

apdet lagi.. hehe. bini balik kg rajin pula aku apdet.. huhu

masa aku jln2 blog kwn2. tentunya blog ustaz2 ustazah2. tak mcm blog aku yg merapu. terjumpa beberapa blog kwn2 yg membahasakan dirinya ana anta. aku tersenyum sendirian.. hehe

aku teringat masa dulu waktu aku belajar kt samttaj shah alam.

aku pernah ditegur kwn2 dr BADAR (badan dakwah dn rohani):

"knp anta bahasakan diri aku?. kan kena ana tu lbh lembut"

hehehe.. nak tau aku ckp apa?

"sbb aku org melayu!. ana tu pun kalau terjemah aku, saya, teman.." gitu le lbh kurang aku jwb. hehe

aku melayu. aku cintakan bahasa melayu. lagipun kalau saya, aku.. tu tak melunturkan naluri Islam aku kan.. hehe

lg pun, dlm bhs kita.. ana tu nama org pompuan... hihihi

aku tgk org2 melayu aliran agama nih suka sgt guna gantinama ana anta. apa kurangnya gantinama diri aku, saya, kamu, awak?

ops!.. masa aku ditegur tu.. aku pengerusi persatuan bahasa arab samttaj.. hihi. aku takde masalah langsung nk bercakap arab. masa tu leee.. hehe..

Wednesday, November 19, 2008

3 dalil kenapa aku dikata dh... huhu

salam semua =)

1.

satu hari tu, aku pergi ke satu kedai runcit jual barang2 basah kt simpang. kat situ ada sorang pembantu. biasanya pembantu tu panggil aku abang.

"abang nk beli apa..". hehe

hari tu aku pergi kt kedai tu. pembantu yg sama. kali ni dia panggil aku pakcik!.. huhu

tu le last aku pergi kedai dia. bkn psl peristiwa hitam tuh.. bukan!
sbb dh ada kedai baru yg lbh murah harganya.. :)


2.

aku beli nasi ambeng. bagi duit besar. dia ambil masa nak pulangkan baki.
masa tu pelanggan ramai. dia hulur kt bapanya.

bapanya tanya:

"pulang baki duit sapa tu?"
"pakcik tuh.."

ngeeeee.. :))


3.

aku pergi kt satu kedai buku kt SS19, shah alam.

aku tertarik kawan2 blog asek tayang novel2 terkini.
aku sbnrnya bukan le minat baca novel. korang dh tayang2 gitu.. teringin gak nak baca.
apa tu? ramlee awang murshid? pak abik? sapa tu eh? ngeeeee... :P
apa tajuk novel dia? hehe..

tanya pembantu kedai:

"mana bahagian novel"

pembantu kedai tgk aku atas bawah..
apa dia ingat aku bangla ke..?

"errr... maksud saya, saya nk cari buku Dr HM Tuah"

cisss!! hihi..

salah pembantu kedai tu menyebabkan aku hilang semula minat membaca novel.. hihi

pagi rabu

salam semua =)

5.30 am bangun pagi. solat subuh.

6.15 am mandi. pakai tshirt yg beli kt rantau panjang kelantan dn seluar slack hitam beli kt parkson. selipar jepun tat sing yg dh haus tapaknya. beli kt pasar malam. . huhu

start kete nissan. gostan letak sblh tepi rumah.
start kete wira. gostan. letak kete wira sblh nissan. panaskan enjin. ambil buku rekod mengajar.

6.45 am pergi sekolah.

7.20 am sarapan kt KS.

7.45 am sampai sekolah. masuk opis. masih gelap. hidupkan suis lampu dn kipas. apekebende semua org blm dtg?. huhu.. ambil buku catatan guru bertugas. uruskan calon stpm dn spm.

8.30 am sorang calon spm blm dtg. semak rekod peribadi calon. tepon nset dia. rupanya dia belum bangun tidur!. marang kerapu kepunden marang sekeper bdk nih.. huhu

9.00 am pegawai jabatan pelajaran selangor dtg. cepat2 aku tukar selipar jepun ganti kasut. hehe.. tunjuk baik!.

sembang2 dgn cikgu2 baru. baiki komputer HEM. pastu buat laporan kt boss.. errr.. tunjuk muka kt boss yg aku dtg.. hihi..

10.30 am balik rumah..


fuh! apdet juga akhirnya blog aku!.. hihihi

Monday, November 17, 2008

melawan kesepian

salam =)

malam bulan terang. embun mula menitis tipis. cengkerik bertingkah saling memanggil.

tapi sepi menggamit hati.

lagu demi lagu aku layan. aku terbang merentas masa. masuk ke dlm alam remaja. skrg masih remaja gak. remaja purba. kikikikikiki..

laptop ni nyanyi..

spring - sampai hati
may - sendiri
wings - intanku kesepian
search - setelah hujan
scorpions - wind of change
lefthanded - ku di halaman rindu

gua layan rock lee.. muahahaha!

apa lagi eh?

sudirman - patah hati
herman tino - ojo kesandung
aishah - selanjur bercinta

ops! lagu selanjur bercinta lagu tema kami masa kt ukm. masa tu kitorang baru balik dr dewan kuliah. singgah sat kt bilik permas (persatuan mahasiswa selangor). sekali radio pasang lagu nih. aku tgk tunang aku termenung panjang. aku rasa serba salah sgt. masa tu dh masuk bulan ke-6 kami bertunang. hehe.

korang dgr sendiri le lagu tu knp dia termenung panjang. huhu

erk!. apa motif n3 nih?. ntah.. aku sbnrnya tgh sedih. bukan pasal kete rosak. bukan!

aku kena pergi sekolah khamis nih. wajib dn arahan. mesti pergi.
isteri aku pula balik kg kt johor seminggu mula rabu. ada urusan keluarga yg mesti dibuat pada rabu tu.

aku serba salah. huhu

jom layan Raihan - rayuan rindu

=)

Sunday, November 16, 2008

budget lari!

salam.. hehe

tariiikkkkk nafassssss!!

hehe..

kete aku rosak. proton wira dn nissan ad resort dua2 majuk. mcm pakat2 pulak korang ye.

si proton wira: belting aircond, radiator dn allignment.
si nissan ad resort: belting aircond, belting engine, dn servis tukar minyak hitam termasuk tukar oil filter dn plug.

siang td hantar 2-2 gi klinik. korang tau lee kan doktor kete nih:

aiyyaaa boss.. ni chamber sudah lari maaa..
aiyyaaa boss.. ni getah engine sudah haus maa..
lu punya tayar ada bengkak looorr
haiyaaa.. bateri sudah brp lama talak tukar..

banyak le ko punya haiyyaaa! kt banner kata servis cuma RM45 aje. huh!

untuk semua tu.. kos perubatan hampir2 jek 1k inggit.. huhu

dn skrg baru 16hb. :)

lalalalalalala... [ikut gaya meet uncle hussain] hihi.

bila cuti, semangat pun merudum

salam semua =)

aku masih ada 2 perkara utama nak kena buat. mesti buat sbb esok kena hantar.

1. buku rekod mengajar.
2. markah final exam f4. <-- aku sgt kecik ati dgn benda nih.. huhu

yaaaa.. tuan2 dn puan2. hihihi :) aku sgt2 malas skrg nih. malas nk pegang semula pen. malas nk buka buku rekod. malas nk selak2 kertas nk kena marking. malas nk kembali jd cikgu time cuti. huhu

mood cuti telah menyebabkan aku kesejukan dan beku.

tuan boss! aku hantar jek benda2 tu thn depan eh.. hehe

jujur

salam semua =)

cuti2 ni teringat sekolah pula. hehe. apekehe?

dunia blog ni mcm2 warnanya. wataknya pun pelbagai. yg bujang mengaku dh kawen. yg dh kawen mengaku msh bujang. yg bertunang sorok status. yg solo berlakon dh berpunya..

bukannya susah nk berlaku jujur. semua bergantung pd diri. lagipun, bila kita jujur pd org lain, kita lbh dihormati dn dihargai. sbb tu aku awal2 lg dh declare yg aku dh kawen dn ada anak sorang dn baru sorang bini maaa.. hehe

aku percaya dgn kejujuran itu, aku tak akan hilang kawan. kecuali le kalau kawan2 aku majuk dgn aku sbb tahu aku dh kawen.. muahahaha!

cuma ada bbrp perkara yg aku masih rahsiakan dr kalian. hehe. dn aku harap sgt2 apa yg aku rahsiakan itu tidak le menggambarkan aku bukan jujur. sbb aku percaya ada bbrp perkara yg sgt peribadi perlu diamkan aje..

kalau penilaian aku salah, tlg betulkan.. :)

percayalah, blog bkn sekadar apa yg kita tulis. tp apa yg benar akan penulisan kita. dn ilmu yg kita sampaikan kpd pembaca.

kpd kalian yg jujur dlm identiti dn penulisan, korang terlalu istimewa bagiku.. cheewaaaaah! hehe..

peace!

::aku rasa n3 nih mcm tikam aku balik jeee.. huhu::

perbetul niat

salam.. =)

ada tak niat menulis blog? hehe

Ya Allah. aku menulis blog ini untuk berkongsi ilmu yang bermanfaat. memperluasi ukhuwwah dan dakwah. berkongsi pengalaman dan kehidupan. mohon dipermudah urusan ku ini. moga2 aku mendapat manfaat darinya dan dijauhi dari keburukannya..

Amiinn..

=)

Saturday, November 15, 2008

budi bahasa

salam kesopanan =)

bygkan kita semua sdg duduk bersimpuh atas tikar mengkuang di beranda rumah kayu, sambil mendengar CJ membebel. :P

siang tadi aku gi sarapan kt kedai yg jual bakso. kekekeke.. sarapan kt situ special dia roti telur. perggghhhh!! sedap wa ckp lu.. :)

*wink*

ok.. bkn itu point. tgh2 sedap sarapan sambil baca paper, tetiba...

sreeeetttttttt.. DUMMMM!!

rupanya 2 moto bertembung betul2 kt dpn kedai. sorg pakcik tua [lewat 60-an kot] dgn sorang anak muda [awal 20-an kot]

kedua2nya melambung atas jalan dn cedera.

sementara aku lari ke tmpt tu, si anak muda dh bingkas bangun dn memaki2 pakcik tua td. pakcik tua masih terduduk kt atas jln. ada org lain bantu dia berdiri. si anak muda masih membebel dn menyalahkan pakcik tua.

segera aku dptkan anak muda dn paut bahu dia minta dia bertenang dn alihkan motor dia yg kt atas jln. sambil alih motor dia msh membebel. pakcik tua agaknya bila budak muda nih asik cakap jek, terus bangun dn dptkan bdk muda. lalu mrk lawan cakap kt atas jln tuh.

aku tenangkan pula pakcik tua dn ambil motor dia bawa ke tepi. bdk muda masih mengomel.

pakcik tua masuk dlm restoran. mungkin utk tenangkan dirinya. sementara bdk muda ditenangkan oleh beberapa org yg ada kt situ. mungkin dia marah sbb moto dia baru kot. huhu

apa yg aku tertarik kt sini, ialah sikap kurang ajar bdk muda tu. :( langsung tak hormat org tua dn terbawa2 panas baran dia. nasib baik tak kena pelempang aku jek td dn terus kena buang sekolah mcm yg selalu kami buat huhu..

kalau pun dia betul, bg aku dia tak sepatutnya menengking org tua mcm tu. lagipun dia bawa laju motor tuh. telinga aku belum pekak le bdk kecik!

dr undang2, mmg pakcik tu salah sbb dia keluar simpang. tp consider laa.. dia org tua. baya atuk awak. hish.. aku rasa rugi le pula tak lempang bdk tu pastu buat peoples elbow mcm the rock buat.. huhu

Friday, November 14, 2008

cuti sekolah

salam semua =)

cuti sekolah!. hehehe.. best! best!

kalau bdk2 suka. cikgu2 80x suka dr budak2. hehe. rasa mcm nk lonjak2 kegirangan aje. tp malu weh bdk2 tgk. lonjak2 dlm hati jek sambil menyanyi keriangan kt dlm kete. muahahaha!

siang tadi bdk2 form 6 dtg bersalaman dgn cikgu2. bermaafan dn minta halal ilmu. thn dpn bakal jd mak bapa budak mrk nih. hehe.

bila dh abes sekolah, aku nih selalu terlupa raut wajah anak murid. sbb ramai sgt murid yg diajar. kalau murid kurang ajar senang ingat.. hiks.. hihi

guru pelatih unisel juga abes praktikum mrk hari nih. suka duka sepanjang di sklh moga2 jd pengajaran dn pengalaman kpd mrk. aku suka guru pelatih unisel nih. mrk mudah bawa diri, cepat belajar dn cepat sesuaikan diri dgn rakan setugas.

walaupun upsi dn unisel dekat dgn KS. tapi tak ramai yg sudi praktikum kt KS nih. maklum le kami org hulu.. nk pergi sklh pun naik sampan, redah hutan dn jalan balak. tadek tesco, giant dn megamall. tadek mcD.. huhu

walaupun cuti, aku tetap kena pergi ke sklh sbb byk tugas blm selesai. buku rekod belum hantar. laporan panitia 2008 belum siap. perancangan panitia 2009 belum hantar. markah budak belum key-in. huhu.. byknya.

ops!.. pssttt.. aku nk pecah rahsia nih. aku punya prestasi utk thn 2007 boss bagi markah 92.45%. antara yg tertinggi di klgn kwn2. hehe.. berlagak le tuh.. meningkat dr thn sblmnya 90.25%. hehe..

kalau ikut markah aku layak dpt Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). tp aku dh dpt thn 2005 dulu. aku ckp kt PK, bagi le kt kwn2 yg lbh layak dn senior. sekali dpt dh cukup le.. hihi. tak moh kwn2 masam2 tgk aku dpt 2 kali. biar le tak dpt APC pun, asal jgn putus ukhuwwah dgn kawan2. huhu

note: ini n3 aku ke 300. =) yeaahhhaaaa!!

Thursday, November 13, 2008

bercuti sambil bekerja =)

salam semua =)
pekabo? hihi.. :)

3 hari tak on9. mcm tak terasa pun. hehe..

sbnrnya 3 hari lps aku bercuti. tp aku pun bekerja. huhu..

mcm ni. aku hantar isteri aku kursus kt de palma shah alam. pastu sekali roomate dia tak menginap kt hotel. sbb dia dok shah alam. apalagi le, aku suka2 je ambil alih tempat dia. padahal bkn aku ikut kursus pun. menyebok aje aku kt situ.. hihi :)

gomen yg bayar bilik tuu.. hehe

jd kami le 3 beranak kt hotel tu. punya le suka si safwan dpt dok hotel. terlompat2 dia kt katil mcm cerita mr bean.. huhu

aku pulak, dpt dok hotel free. tp jauh le sikit nk pergi keje kt kuala selangor. lbh kurang 80km kot dr SS19 ke KS tuh.. wife aku le paling suka, pergi kursus ditemani suami dn anak. pastu 3 hari tak payah masak! kikikiki [aku rasa berat aku tambah lee.. huhu]

seronok pula sesekali buat keje mcm tuh. hihi..

aku sdg buat analisa disiplin pelajar seluruh daerah KS. SK, SJKT, SJKC, SMK dan SAM. mcm2 bdk2 nih buat.. huhu.

ok.. sesapa yg tgk buletin utama tv3. ada cerita psl eksiden bas dgn lori kan. kebetulan aku ada kt tempat kejadian tu. sempat le snap gambar. hehe. waktu tu hujan gerimis, jln licin..

so.. hati2 di jlnraya. jgn lupa baca doa naik kenderaan. hehe

Wednesday, November 12, 2008

nur bukit unggul

salam.. =)

07.

kubawa satu bouquet rindu
ke lembah nur bukit unggul
dalamnya warna-warna indah
moga berseri hatimu.

kubawa balik bouquet rindu
yang tak terserahkan
bersama seberkas mimpi
dan khayal.

bouquet rindu
masih kemas rapi
dan semakin layu.

ilham:

CJ

nota:

sajak ni hasil pengalaman seorang kawan yg hanyut dlm rindu. dia cerita bagaimana dlm demam sanggup meredah perjalanan yg jauh. hanya kerana mahu meminta maaf pd seseorang. dn memadamkan rindunya. tapi dia gagal.

aku cuba menyelami rasanya melalui sajak koboi. hehe

sajak ni dulu draf. bila dh siap tak reti nk letak kt atas. :P

Tuesday, November 11, 2008

touch n go vs smarttag (18sx)

salam di lebuhraya =)

kanak2 di bawah umur 18 dilarang baca!. hehe

musim kursus dh tiba. biasa le hujung2 tahun kan. bila lagi nk abeskan duit gomen. kekekeke.

bila tiba kursus mcm ni, ramai le suami atau isteri kena tinggal. termasuk le juga anak2 dn bibik yg keriangan sbb ada peluang cabut lari gayut dgn pakwe.. hehe

kwn2 aku selalu istilahkan keadaan suami atau isteri yg kena tinggal kursus kpd 3 kategori.

1. suami / isteri tunai.

ni kes suami atau isteri yg kena tinggal kursus kejap je. selalu cuma tinggal sehari atau satu dua mlm aje. tak lama sebab boleh byr tunai kalau nak. apa yg nak?. org dewasa je blh tau. bdk2 kecik ko apa tau? hehe..

2. suami / isteri touch n go.

ni kes suami / isteri yg kena tinggal kursus lbh seminggu. suami / isteri balik rumah sekadar pulang baju busuk tak basuh dn ganti dgn baju baru. sbb esoknya dia kena pergi kursus kt tempat lain pula. dpt le satu mlm dgn suami atau isteri. skdr touch lbh kurang then u can go tomorrow morning!. jadi leee.. hehe.

3. suami / isteri smart tag.

ni kes suami atau isteri yg kena pergi kursus lama tak reti2 nk balik rumah. hujung minggu pun tak balik. ada offshore katanya. hehe.

kalau balik pun, cuma tukar baju busuk ganti dgn baju baru. cium anak lbh kurang pastu start kete terus pergi kursus.

ada kes suami isteri yg selisih kt tgh jalan jek. sbb 2-2 kena gi kursus kt tempat yg berbeza. jd anak2 terkial2 dgn nenek jaga. nenek pun smart tag dgn atuk. sbb sejak cucu balik, atuk tidur sorang2 kt beranda!. hahahaha!..

jgn marah kawan. hehe.. gurau jek. kalau terasa gua mintak ampun maaf. ni kawan gua ckp. bukan gua!. gua sendiri pun tak pandai guna Touch n Go atau SmartTag kt highway. biasa gua byr tunai jek. hehe.

peace!.

mencarik mimpi

salam semua =)

dh lewat malam. dan aku masih terpaku kt dpn laptop nih.

tadek idea nk apdet. esok kerja bizi mcm biasa. cuma esok isteri aku pergi kursus lagi. dh nasib bdn asek kena tinggal bini. mujur cuma sehari dn dekat KS aje. hehe

teringat masa aku kursus kt melaka. seorang jurulatih kursus. dia pompuan. dia cikgu juga. katanya dia dh sebulan tak balik rumah. sbb sibuk memberi kursus kt cikgu2. ke melaka, penang, sarawak, sabah, johor.. keliling malaysia. dia mmg pakar dlm bidang dia.

kursus sana, mesyuarat sini. sebulan tinggal anak dn suami. urusan rumah dn jaga anak serah pd suami. padahal suami pun cikgu juga.

murid2 dia yg terabai kt sekolah apa cerita?.. huhu

aku tak boleh cara hidup mcm tu. bagi aku, sibuk macamana pun, famili ttp utama. kerja, cari duit jgn le sampai terabai anak suami. kalau dh sebulan smarttag aje dgn suami.. apekehenye?

hehe.. merepek tgh2 mlm buta. :)

Monday, November 10, 2008

aku dn spm..

salam =)

dulu aku sekolah menengah kt shah alam. spm pun kt sana. aku sbnrnya bukan le pelajar pandai. apatah lagi cemerlang. aku tak pernah dpt nombor 1 dlm kelas. kedudukan paling baik yg aku dpt pun nombor 10 dlm kelas. aku pernah dpt tempat ke 23 dr 24. marah sakan abah aku masa tu. huhu

pernah sekali aku dpt nombor 3 dlm ujian bulanan. rasanya seronok sgt masa tu. merasa le juga jd org pandai. hehe.

jd disebabkan aku sedar kemampuan belajar aku, aku cuma pastikan aku tergolong dlm senarai top 10 shj. itupun aku terpaksa berhempas pulas nk kekalkan kedudukan ke 10 tu. hehe.

setiap kali aku nk ambil exam, aku akan puasa sunat dn banyakkan solat tahajud, disamping study. aku pula bukannya jenis pelajar yg boleh study awal. segala fakta akan berterabur hilang di awan lalu.. hehe. biasanya aku study last minute. lekat dlm otak mlm ni sekadar utk luahkan esok pagi kt kertas exam. kekekeke

masa aku ambil spm, aku pun tak yakin yg aku boleh lulus dlm spm. pastu ambil 15 subjek pula. huhu.. maklum le.. belajar tak pandai kaann. hehe. tp aku cuma tahu satu perkara je masa tu. andai aku gagal pun, aku puas hati sbb aku dh usaha sehabis mungkin. jd aku pulun belajar dn belajar tanpa memikirkan lulus atau gagal dlm spm.

oleh krn aku dok asrama, pagi sblm exam aku akan tepon mak. bagitau mak dn minta dia doakan aku. sepanjang exam tiap2 pagi aku tepon mak. satu rahsia yg mak tak bagitau aku hingga lah aku kerja. rupanya setiap kali aku tepon mak yg aku nk exam, mak akan berpuasa sunat dn baca yaasin utk aku.

aku tanya mak, knp buat mcm tu?. mak aku jwb mudah jee..: sbb ko tak pandai belajar mcm adik2 ko yg lain. hehe

mmg betul pun. dlm keluarga aku le yg paling teruk belajar. semua adik aku kalau exam mesti ranking 1-2 dlm kelas dn seluruh tingkatan. hehe..

dlm teruk2 tu pun aku berjaya juga abiskan belajar kt ukm. dpt b.a (hons) second class upper lg. hehe.. berlagak le tuuu.. hampir2 aje dpt first class tp kantoi 1 subjek dpt D sbb aku terbawa balik ke rumah 1 helai jwpn exam!. hahaha..

bila bdk2 aku tanya: dulu cikgu spm dpt berapa?
aku jwb: saya dpt 7 1A, 5 2A, 3 2B.. hihi

melopong bdk2 aku.. hehe. padahal kena kapur je dgn aku!. dgn korang sekali aku kapur.. muahahahaha!

note: spm aku cuma dpt ..malu nk bagitau.. hehe

Saturday, November 8, 2008

rasa cinta.. :)

salam semua =)

aku sebenarnya tadek idea nk apdet apa. tp kalau aku tak tulis, nanti ada yg kata aku menghadapi krisis rumahtangga pulak. ekekekeke

aku sebenarnya bukan le org yg pandai memujuk. mungkin sebabnya aku waktu belajar dulu tak pernah bercinta. sungguh!. eh.. pernah sekali dgn org kedah.. ehehe..

aku tak pandai bercinta waktu belajar. walau ada 3-4 anak dara yg cuba nk tekel aku.. wakakaka! *tipu* mungkin juga sebab masa tu aku jenis penyegan dn pemalu. ngeeeee..

masa aku bertunang dulu, aku ada akses yg sgt terhad kpd tunang aku. walaupun masa tu kami jauh dr famili. kami bertunang masa belajar kt UKM. masa tu ambil diploma pendidikan.

kami tak pernah dating, tak pernah keluar makan2. tak pernah keluar shopping. malah tak pernah berutus surat. padahal kami belajar dlm dewan kuliah yg sama. hehe :)kalau nk jumpa pun, kami jumpa kt laman rumah. dia kt dlm kwsn pagar rumah dia dn aku kt luar pagar dn tak lebih 20 minit!. huhu

aku ingat lagi masa tu musim durian. aku beli durian kt pasar malam bandar baru bangi (BBB). aku tepon tunang aku minta dia buatkan serawa. esoknya bila dh siap, dia serahkan serawa durian dn aku bawa ke rumah sewa di fasa 4 BBB. dlm hati dh berangan ni nk makan serawa yg tunang aku bagi. tu le first time nk rasa dia masak. oleh kerana aku ada kelas, aku simpan serawa tu dlm peti ais. segera aku pergi ke kuliah dn bila balik petang tu, serawa tu dh licin licau!. kawan2 serumah aku belasah abis. sikit pun tak tinggal utk aku. sedih amat masa tu. tambah sedih lagi kawan2 aku tak minta maaf pun. siap gelak2 lagi. huhu

eh!. apahal tetiba je imbau kenangan lama? ehehehe.

aku nk cerita lee.. rasa bercinta memang manis. tunang juga lagi manis. bila manis byk le semut (baca: setan) dtg.

erk!. aku nk kata.. jaga diri bila dilamun cinta. hehe. bercinta sblm kawen sbnrnya hanya mainan emosi dn perasaan. bkn boleh pegang2 pun. haram! perkahwinan lee sebenar cinta dn sayang. dn perkahwinan bukan sekadar memenuhi rasa dn nafsu, tapi amanah dn tanggungjawab yg Allah akan bentang satu persatu di sana!

..hehe..

allooopppp..!

salam :)

hehe..

alloooppp makcik!. lapo dh ni. mlm td tak masak. pg ni pun tak masak juga ke? hehe

alaaa.. bakso tu pun bkn sedap sgt pun. sedap lagi megi yg awk buat. eerrr.. tak cantik mana pun minah indon yg jd pelayan tu. jgn risau lee. tak masuk line le aku dgn minah indon nih. lgpun aku tak ensem mana pun. tak laku punya. lagipun aku kuat iman maaaa.. hehe..

dush! dush!

ekekekekeke

update!

hehe.. ok dah!.

*wink* *wink*

belikan wife nasi lontong daun pisang. kekekeke. feberet dia tuh. dpt lontong terus cair hati. hihi..

skrg dia tgh basuh kete aku..

kekekekeke.. :))

Friday, November 7, 2008

kantoi siri III

salam semua =)

malam tadi..

aku: janji tau!
safwan: angguk..
aku: jgn ckp dgn umi.
safwan: iye. tak yah ckp dgn umi?
aku: a'ah. balik ni terus tidur tau.
safwan: angguk lagi. jajan safwan?
aku: simpan dlm kete.
safwan: jgn kasi umi nampak?
aku: iyeee... [dlm hati: isk le bdk nih.]

dlm kete.

aku: ingat apa pesan ayah tadi?
safwan: jgn ckp umi.
aku: [dlm hati: yess!]

sampai dpn rumah.

safwan: jajan tinggal ke ayah?
aku: a'ah..
safwan: nanti umi tau?
aku: iyeeeee.. [aku dh angin dh]
safwan: ooooooo...
aku: [byk le ko punya ooooo..]

dlm rumah.

umi: kenapa lama sangat? safwan pegi mana dgn ayah?
safwan: ayah ajak MAKAN SUP.
umi: haaa? knp tak ckp umi?, kan umi dh masak?
safwan: ayah makan BAKSO..
umi: ada bungkus utk umi tak?
safwan: takkk.. ayah makan sorang aje. ayah beli jajan safwan aje.
umi: mana jajan?
safwan: dlm kete..

bertuah ko safwan. ko byr balik milo ais yg ko minum td!. huh!

kantoi siri I >> kantoi siri II

Thursday, November 6, 2008

konvo safwan dn kisah aku =)

salam semua =)

pagi td safwan konvo tadika dia. sbnrnya dia baru 5 thn. maknanya dia ada setahun lg nk abeskan tadika dia. oh ye.. dia sekolah pra-jais dlm kelas 5 an-nasihah. :) dia le bdk paling kecik dn paling muda dlm kelasnya. selalu gak dia ngadu jd mangsa buli kwn2 dia. bila tanya cikgu ayu (cikgu kelas dia), cikgunya kata dia yg selalu memangsakan kawan2nya.. huhu

okeh.. layan gambar.. hihi

layan video pulak.. hehe :)


fakta TAK BEST hari ni:

1. aku lari dr sekolah keluar sekolah tanpa beritahu pentadbir 2 kali hari ni. :(

2. pertama: jam 8.30 pg. bila penjaga safwan tepon yg kasut safwan tadek. tertinggal kt rumah. nk konvo camna?. aku terus cabut dr sekolah dgn niat nk belikan safwan kasut baru segera. huhu. kedai pula tutup. knp le apek2 ni lambat benor buka kedai?.

3. lps gagal dpt kasut, aku pergi maybank. nk keluarkan duit. masuk kad.. tekan pin nombor. tetiba kad reject!. kata pin nombor salah. 2 kali cuba kata pin aku salah.. :( aku pasti sgt2 nombor yg aku tekan betul. :

4. pergi BSN. cuba kad giro. pun kata pin nombor salah. aik!.. apa dh jadi?.. 2 kali cuba ttp salah.. aku berenti. terus lapor kt bank dn minta tukar kad baru. pastu balik sekolah semula.. :)

5. kedua: aku keluar dr sekolah jam 9.30 pg. ambil isteri dn terus gi konvo safwan. dh sampai baru sms PK HEM kata aku dh sampai pun kt sana.. dn minta maaf sbb tak minta izin awal. hehe

6. aku ponteng mesyuarat ssqs yg penting kt sklh jam 10.00 pg.

7. aku ponteng kursus item sukatan pelajaran kt kajang hari ni. :

8. aku ponteng semua kelas hari ni. termasuk kelas exam yg aku kena jaga. :(

9. aku balik sekolah semula lps hadir konvo safwan walaupun masa tu dh dekat nk balik sklh dah.

10. aku buat tak peduli dgn kerja2 sbg su spm. aku hanya lepak2 kt blk guru sambil tunggu balik keje..

11. dlm perjalanan balik sklh, baru aku teringat kombinasi sebenar nombor pin aku!. aiseehhh... tak blh buat apa. kad atm dh kena terminate oleh bank.. huhu :

12. *edited* hehe.. lalalalalala..

wokeh.. amaran kpd semua cikgu! jgn tiru yg buruk2 okeh.. hihi. awak (awak tau siapa..) mesti senyum baca nih.

harap2 jgn le mana2 kwn setugas aku baca blog aku nih. dn yg no 12 tuu.. hehe.. dh kena edit.. :))

Wednesday, November 5, 2008

berkelah bersama keluarga

salam semua =)


tajuk mcm karangan darjah 5. hehe..

hari ahad lepas, aku dn famili pergi ke Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam. panjangnya nama.. huhu

bdk2 ex-kisas mesti kenal tempat ni. tempat korang dulu2 merendek, mengorat, dating berkelah kt situ kan. :P

sbnrnya, aku nk layan si safwan tu. dia asek minta nk gi zoo negara aje. aku pula malas nk jln2 jauh sampai hulu klang sana. jd kt shah alam cukup lee.. hehe.


kt rumah iklim skrg musim luruh. sbb musim luruh, byrn masuk pun murah je.. cuma RM1 sorang. biasa RM4. dpt tgk ranting kayu dn sejuk aircond aje. jd lee.. nk gi lampeter sana tadek org nk byrkan tiket belon.. ekekekeke

dh kurang menarik taman tu skrg. dulu kwsn tu asli hutan. sejuk dn nyaman. skrg pokok2 kurang terbela. orkid layu, sawah semak. yg lucunya kt tgh2 hutan tetiba je nampak deretan perumahan kt sblh sana. huhu

wokeh.. esok konvo tadika safwan. mlm ni dia byk ragam le pula. serba tak kena jee. teruja kot.. hehe

Tuesday, November 4, 2008

erti sahabat =)

salam semua =)

pernah ada org kata:

sahabat ibarat mata dn jemari. kalau jari luka, mata menangisi. lalu mengalir le air mata. tapi jari le juga yg mengesat air mata..

dlm hidup ni, aku bersyukur ada kawan2 yg sering menasihati dn menegur aku. mengingatkan aku saat alpa dn lalai.

dn dlm bersahabat, sudah tentu ada carik dn calarnya suatu ketika.

aku ada sorang kawan setugas. dia cikgu SF. dia agak vokal.. [kdg2 terlalu vokal] hehe. kami sering tidak sependapat dlm isu2 politik dn negara. malah kami kdg2 bertekak berbahas dlm bilik guru. dh namanya lelaki, kdg2 ego kami tersentuh juga. walaupun aku rasa dia yg lbh ego.. hehehe..

kami akan berbahas mcm dlm parlimen. masing2 menegakkan benang basah. maklum le warna parti tak sama. huhu.. sapa2 yg kali pertama melihat kami, pasti akan berkata kami sdg perang besar. sbb kami seolah2 sdg bertengkar!.

abes bertekak. tekak pun kering, lalu kami bersama2 pergi kantin. mcm tak ada apa2 yg berlaku. blh berpaut bahu, blh minum sama2 dn gelak sama2. :D

cikgu2 pompuan pelik dgn kami. hingga ada akak tu kata:

tgk cara CJ bertengkar dgn cikgu SF td, kalau org pompuan, kami dh tak bertegur sebulan!. tp korang blh gelak2 lps tu..

bg aku le kan. perselisihan pendapat tak akan memutuskan ukhuwwah. apa guna bermasam muka, boikot bagai. esok lusa jumpa muka dia lagi.

asalkan masing2 saling menghormati, berlapang dada, berfikiran terbuka dn ada sikit perangai sewel gila2.. hehe

note: aku msh bizi sgt2. tak sempat nk jln2 blog kwn2 semua. sori okeh.. :) oh ye.. YM dh keluar versi baru. versi 9. aku dh install.. hehe..

Sunday, November 2, 2008

kisah pakcik cendol

salam semua..

cerita benar sblm pilihanraya ke-12.

seorang pakcik. aku panggil dia pakcik cendol shj. bangsa melayu. perutnya buncit. lbh buncit dr aku. kekekeke.. meniaga cendol di satu simpang. sudah berpuluh tahun dia meniaga di situ. menyara keluarga mula anaknya kecil hinggalah dewasa. perniagannya maju dn dia membuka kedai makan waktu malam. perniagaannya makin laris. ramai pelanggan datang..

hingga satu ketika..

seorang pakcik yg lain. melayu juga. aku panggil dia pakcik ???. hehe.. mengadu kepada majlis daerah KS. kononnya pakcik cendol meniaga tanpa lesen, di atas tanah org dn merbahaya sbb meniaga di simpang jalan. pakcik ??? ni org ada pengaruh, walaupun bkn ahli politik.. hehe

majlis daerah dtg menyiasat. gerai pakcik cendol segera diroboh. :( stlh lbh puluhan tahun dia meniaga di sana. lalu pakcik cendol berkelana berjual cendol dgn motor buruknya. di TK, di dpn sekolah, di atas bukit, di pasar malam, di mana sahaja. asal ada rezeki utk anak isterinya dpt nasi minggu itu.

pakcik ??? membina gerai makan miliknya di atas tapak pakcik cendol. dihias cantik2. satu malam. dua malam. tiga malam. seminggu. dua minggu.. tadek org kampung sudi bertandang. ceritanya rupanya dh diketahui oleh org kampung. dia diboikot kiranya.

2-3 bulan berlalu..

akhirnya kedai makan pakcik ??? terpaksa ditutup. perniagaanya bangkrup sblm dia sempat raih modal asas..

pakcik cendol kembali berniaga cendol di tempat lama. tp bkn di tapak lama. hanya di sbrg jalan berdepan di tapak lama. perniagaan pakcik cendol kembali laris. kini pakcik cendol kembali tersenyum.. :)

"CJ.. pakcik cuma nk niaga cendol. tak mau dh kedai makan" katanya. mungkin dia trauma kot.. hehe

pelanggan lama ttp dtg mencarinya. walaupun dulu dia hanya meniaga di atas bukit di kelilingi monyet2 liar malawati. huhu

Sungguh.. Allah Maha Adil. :)

Saturday, November 1, 2008

hari ini dalam sejarah

salam semua =)

tghri td jalan2 kt tesco setia alam. 10 minit je dr rumah aku. hehe. tujuan asal jumpa kawan kt sana sambil temankan dia makan tghri. woit!. kawan tu lelaki okeh. perlu diberitahu sblm aku disepak dgn penyapu.. hehe

lps makan2.. beli alas kaki kete dn kasut utk ngajar. apa kebende tinggal seminggu sekolah baru nk beli kasut keje.. huhu

pastu beli donut nih kt dunkin donut.

apa yg sejarahnya?

ni le first time aku beli donut kt mana2 dunkin donut kt muka bumi nih. hehe :) selalu adik aku je yg beli. :P

adkh aku tlh ditinggalkan masa?. maka sah lah bhw aku adlh lelaki baik lagi mulia yg tak tau nk merewang2 mcm org lain tp byk abeskan masa dgn famili.. hehe

donut ni sedap, tp yg mak aku buat 100x lbh sedap, gebu dn enak dr donut nih.. hihi

note: cik nur'ain.. tq link photoscape tu. gambar donut tu aku edit guna photoscape. tak berapa nk menjadi sgt. kna byk belajar lg nih. hihihi.. :)