Thursday, February 28, 2008

mimpi yang pulang..


aku akan melangkah pergi dari sini. dari dunia blog yang berwarna warni. aku mahu mencari secangkir damai untuk kuhirup. jangan ditanya ke mana aku pergi.

izinkan aku melangkah. mencari mimpi untuk ku bawa pulang..

doakan aku kawan..

note: aku akan kembali dlm ini blog. gile ke apa tinggal rumah blm siap. ekekekkee. tapi buat sementara ni aku nk beruzlah, mengasingkan diri seketika.. :)

jaga diri baik2.

Wednesday, February 27, 2008

terkenang dulu2..

gambar aku ambek kt sekinchan. kt chalet yg aku cerita tu lee..

bila aku tgk budak2 ni mandi kt taliair, teringat aku masa kecik2 dulu.

lepas abes je sekolah agama petang, aku dgn kawan2 aku akan pergi mandi sungai depan rumah aku. kami akan mandi lama2 tak hengat dunia sampai senja.

dan biasanya bapa aku akan sambut aku kt tebing sungai dgn ranting kayu kt tangan dia. hahaha.. lepas tu korang faham2 je lee.. adeh! adeh!.. huhu.. waaaaaaaa!!!

aku berenti mandi sungai bila satu kejadian aku hampir lemas. mujur kawan aku selamatkan aku. aku ingat lagi nama kawan aku tu. Razali, aku panggil dia Jali.

Jali tak lulus UPSR. (dulu apa ek..?). dia buta huruf, satu huruf pun dia tak kenal. tapi dia sgt handal matematik (masa tu kira-kira). kalau setakat campur tolak darab bahagi, kalkulator pun kalah. malah dia boleh selesaikan 4-5 angka kombinasi + - x / dgn mudah melalui congakan shj. sungguh!. Maha Adil Allah.

satu hari Jali beli paper. aku tanya dia: "buat pe ko beli paper?, bkn ko blh baca..". dia jawab: "aku nk tgk gambar ziana zain". masa tu ziana zain tgh melotop. hahahaa.. lucu le ko Jali.

aku terhutang budi kt ko Jali. mana ko sekarang?. dh jadi profesor matematik ke ko..

aku rindu zaman kanak2..

aku rindu nk mcm dulu mandi sungai, main lastik, main kunda kundi, main galah panjang..
rindu kt Jali, Jemin dn Ipul. Mana korang eh?

aku rindu zaman kanak2 tak payah fikir pasal politik dn kezaliman manusia. tak payah fikir kebengongan SPR. tak payah fikir bangsa Melayu yang bangang asek kena tipu bulat2 media. tak payah fikir bangsa Melayu yang maruah diri semurah kain pelikat..

mari belajar kira-kira

dialog aku dgn murid2 aku semalam masa kt makmal kimia.

umur awak berapa tahun?
17 tahun..

satu tahun berapa hari?
365 hari..

17 tahun ada berapa hari?
6,205 hari..

kalau satu hari buat 1 dosa, ada berapa dosa?
6,205 dosa..

kalau sehari buat 2 dosa?
12,410 dosa..

kalau sehari 3 dosa?
aaaaaa....! cikguuuu!!! jgn le mcm tu.. takuuutttt!!!

hihihiii

Firman Allah S.W.T. :

“Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk (dosa), ini peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.”
(Surah Hud Ayat 114)

Rasulullah S.A.W. Bersabda : Allah berfirman, “Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriku barangsiapa mengerjakan solatnya pada ketika masuk waktunya, dia akan dimasukkan kedalam Syurga. Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidaklah termasuk dalam perjanjian ini.”

Daripada Usman bin Affan r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang berwudhu' lalu memperbaguskan wudhu'-nya, maka keluarlah kesalahan-kesalahannya dari bawah kuku-kukunya." (Riwayat Muslim)

Tuesday, February 26, 2008

diuji lagi..?

hari ni aku rasa badan aku sangat lemah. tak bermaya. seluruh badan sakit2 dan tak selesa. bila berdiri rasa mcm nak tumbang. bila duduk pun rasa mcm nk jatuh dr kerusi.

tadi kat sekolah aku termuntah.. tiba2 dan tak tau kenapa.

aku perlu berehat. mungkin aku terlalu keletihan.

:)


update: aku dpt award dari manje. terima kasih manje. rasa terharu and u make may day. cheewaah!. sebagai penghargaan, aku hadiahkan manje award ni juga. err.. anggap le award yek.




award yg sama aku bagi juga kat:

1. kasih (anak mak. huhu..)
2. aisyah. (pensyarah unisel. dia ni le yg kenalkan aku kt dunia blog. tapi blog dia aku tak faham sgt sbb dlm BI)
3. iman (pusat komputer UKM, suka bersajak terutama sajak2 jiwang. ahak!)
4. inah (pensyarah biomedic, UKM. rasanya dia dh kt aussie masa nih. sambung belajar)
5. akirasuri (tak tau dia kt mana. hilang secara misteri)

aku ingat nk bg gak kt bakal doktor tu. tapi la ni dia sgt2 le bz.. x mau kaco2 kang kena sepak percuma je..

yang lain aku bagi ni:

maklum le blog aku ramai pompuan yg dtg ziarah. tapi ros cuma ada satu. (itu munge sudah abes. olang politik suda beli manyak maaa..) kongsi2 la ye.

korang semua kawan2 maya aku.. dn aku amat hargai perkawanan kita.. ngeh..ngeh..

terima kasih juga sebab sudi singgah blog buruk aku. walaupun tak sebagus blog kawan2 lain.. aku bukan le penulis hebat. bukan juga penyair atau pemuisi. bukan juga pencerita yang bisa membikin jiwa lara jadi gembira.. tapi aku.. *senyum* :)

Monday, February 25, 2008

penamaan calon

hari ahad masa penamaan calon tu, aku kebetulan kt sekinchan. dulu masa pilihanraya 2004, sekinchan nih DAP menang. wakil rakyat dia cina tapi fasih cakap jawa. (majoriti penduduk melayu sekinchan adlh melayu jawa, sbb tu boleh menang kot).

oleh kerana aku dh kat sana, aku ambil peluang pergi ke simpang lima, tempat penamaan calon aku wakil rakyat. ada 3 penamaan DUN kt sini, sekinchan, pasir panjang dn sungai besar.

penamaan calon diadakan di dewan simpang lima, sungai besar. dewan ni terletak kira2 100 meter dari kediaman khir toyo.

so.. aku parking kt tepi jalan. ambil kamera dan menyusup masuk kt kem PAS. snap gambar sana sini sambil2 cover line gitu. maklum le gomen servant!.. haha

semangat beb!

dalam kem PAS, mereka bertasbih, bertakbir dn berselawat sambil mengalunkan doa2. kedengaran sayup2 nyanyian org2 BN kt hujung sana. ada sorang PAS tu dia cakap kenapa nyanyian org2 BN lembik aje. kawan dia sampuk: "kalau tambah RM50 lagi kuat le nyanyi.."

kem BN dari arah kem PAS.

aku snap gambar sana sini. gambar makcik pegang payung, lori pickup hingga yg pegang mic pun aku snap gak. sampai le aku perasan ada org pandang aku semacam je..

sebelum aku kene belasah salah anggap, aku segera tinggalkan tempat PAS dan menuju ke kem BN pula. aku melalui sekatan polis dn bagitau polis aku cuma nak ambil gambar je. sambil senyum2 ensem gitu.


suasana dlm kem BN pula. mereka bernyanyi "inilah barisan kita" dan bersorak. kedengaran satu suara lelaki: "nanti kita bakar bendera mrk.."


kem PAS dari belah BN pula.


semangat dijulang. ideologi didukung. tapi.. sampai bila?

aku tak sempat nak ambil gambar kt kem BN byk2 sebab suasana dlm tu merimaskan. ramai org2 cina dan org2 melayu yg agak kasar wataknya. sambil2 makcik2 tua yang menjeling aku mcm nak makan org. hahahhaa..

mrk ingat aku SB kot.. sbb pernah satu hari tu waktu aku baiki kete, sorang tokeh bengkel mati2 tak percaya aku cikgu. dia kata: "luu jgn tipu maa.. wa tau lu kelija polis maaa.."

sukati awak le apek..

selamat mengundi rakyat Malaysia yg dh baligh dn mumaiyyiz.. hak..hak..

note: apa yg aku catat kt sini itu le yg aku alami dn dgr. kalau korang kata aku bias, lantak lee.. terpulang lah..

Sunday, February 24, 2008

jaga2 pc korang.. part 1

suatu hari. zaman windows 98. kisah benar.

"cikgu jawe.."
"ye.."
"nak minta tolong. komputer aku masuk virus lah"
"cikgu dh scan virus?"
"dah. takde virus"
"cikgu guna antivirus apa?"
"scandisk"
"erk.............................."


****************************
tadi aku masuk satu blog kawan.
mak aiii!!!.. terkejut amat aku. blog dia dh kene tawan. maksud aku dh kena hack oleh seseorang. abes segala yang dia tulis selama nih. skrg blog dia dh jadi milik orang lain. rumah dah kene tawan penceroboh.. nangis pun dh tak guna. kalau minta tolong calon wakil rakyat laaaaaagi tak guna. :) dia guna blogspot juga..

ok.. korang. aku nak kongsi le setakat yang aku tau ttg keselamatan pc nih. (pandai sgt idak leee..) lagi2 kalau korang aktif berblog internet nih.

ni aku nak tanya. kt pc korang tuh dh pasang ke benda2 nih?

1. antivirus
2. anti spyware
3. anti malware
4. anti spam
5. anti phishing
6. firewall (software atau hardware)
7. latest patch atau service pack utk windows (xp atau vista).
8. latest service pack utk microsoft office (2000, 2003 atau 2007)
9. latest service pack utk software2 lain
yg korang pasang kt pc korang.. mcm real player, winamp, adobe, quicktime, firefox dll...
10. parental control.
11. kopi o secawan.


ok. kita mula dari antivirus dulu yek. sila ambil kertas murid2 ye..

ANTIVIRUS.

aku nak minta korang, tolong le pasang pc korang dgn benda nih. pc tanpa antivirus ibarat kete tanpa basic safety. sekali dum.. terus daammm!! penyek. pc akan kene geget virus bila2 masa je. lagi2 kalau suka sgt gi laman2 yg tidak suci. heh..heh.. (blog aku masih suci dara sunti lagi tau!) hahaha..

banyak jenama antivirus kt lowyatt pasaran. aku tak rekemen korang beli yang original cetak rompak. hehehee.. eleh.. mcm baik aje.. ada jenama antivir, norton, kaspersky, avast, mcm2 le. boleh download beli ikut suke.. hihihi. aku sendiri guna nod32 antivirus.

ada org ingat bila dh pasang antivirus dh cukup. dia ingat kete kalau pasang radiator dh cukup ke x payah isi air?. dah pasang antivirus tu. jgn pula korang buat selamba gitu je. apdet le pattern file/virus definition dia paling kurang seminggu sekali. kdg2 ada patch juga utk antivirus nih. yg tu pun kene apdet juga. banyak virus kurang ajor sekarang. nama pun biadap. ikut pengalaman aku le, antara virus yg paling payah nak imun virus jambanmu. nama pun @!#$&#&.

1 pc cukup pasang 1 antivirus je. jgn nak ngade2 pasang sampai 2-3 antivirus. nanti over dose. tu yg pc jadi lembab dn lembam. pastu komplen kt kedai. pastu kene caj RM50. padahal dia buang je antivirus yg baki. lain le korang punya pc cecah 4gb ram. (aku punya laptop guna 2gb ram..:))

dan tak ada antivirus yg betul2 power boleh kesan semua virus. tapi aku boleh rekmen korang samada avg, kaspersky, avast atau nod32.

antivirus ada 2 jenis. free dgn bayor. yg free boleh download. yg free fungsi dia limited. dh nama dia free.. ambil je mana yg ada..tapi yg kene bayor boleh try guna dulu pastu bayor kalau nak guna terus. biasa aku crack aje.. hahahhaa.. versi bayor ada lbh fungsi dr free. mcm script blocking dn auto update.

ok lah.. kita sambung kuliah lain kali. bye. ;)
note: kalau korang dh logon kt blogspot tu. masa nak keluar, sila lah sign out ikut prosedur. jgn ambik suka2 je tekan butang X kt belah atas kanan tu. tu yg senang2 je org nak pecah masuk edit blog korang.. huhuhuu

Saturday, February 23, 2008

sup buntut

bosan. jalan2 kt blog monggo mampir. jumpa posting nih. aku copy je posting dia. minta izin ye tuan punya blog. aku tgh x de idea nk tulis apa.. :(
perhatian: teks dlm bahasa jawa. aku malas nk translate. pandai2 le korang yee.. cuba2 le buat. kalau ok, jadi le sup.. kalau salah resepi boleh jadi macaroni goreng. haha. =)


Keperluan:

1 kg buntut sapi
2½ liter banyu
2 lenjer wortel sing gede
4 iji kentang
1 lenjer godong prei, jupuk ngisore wae
2 lenjer selderij
Bawang putih goreng saak cukupe

Keperluan kanggo bumbu:

4 iji cengkeh
2 iji kapulogo
½ sendok teh polo
½ sendok teh mrico
5 siung bawang putih
2 cm jahe (sak wungkul cilik)
lengo goreng sitik dianggo numis
uyah sak cukupe

Corone Nggawe:

1. Buntut sapi dimasak/digodog ning presto ± 45 menit nganti empuk tenan daginge. Yen wis empuk, jupuk buntut sapi-ne sisihno.

2. Bumbu2 diuleg sing alus, godong prei dirajang alus miring. Selderij rajang alus.

3. Enkrongke wajan isi lengo sitik, tumis bumbu2 mau disik nganti arum & layu, lagi cemplungke daging buntute, wolak walik roto, yen wis ngono cemplungke ning panci buillon daging buntut sing wis ditumis karo bumbu mau.

4. Godog maneh, wortel lan kentang dikatutno pisan. Uyah sak cukupe yen wis empuk lan mateng banjur diangkat.

5. Sajekno panas2 ning mangkok karo di-pyuri selderij lan bawang putih goreng, sego putih, sambel kecap utowo sambel bawang, emping, sing seneng kecut iso dikeceri sitik nganggo jeruk pecel / nipis.

Yok! Nggawe..... Wis kemecer ki....Hehehe!

Sumber : Resep Panganan Boso Jowo soko Mbak Ariane van de Heuvelesep dan laman monggo mampir.

kisah rabu, khamis dn jumaat..

aku tepekkan beberapa aktiviti yang aku lalui sepanjang minggu nih. tak banyak sebenarnya. tapi tak mau bagi blog aku ni bersawang, aku tepeklah juga. tak menarik pun. tapi nak kata apa kan. blog aku. sukati aku lee. sapa tak suka blog aku boleh pergi blog lain. blog masak2 ke.. atau blog fesyen ke.. atau blog motor ikut suka.. (amboiiii berlagak sungguh ko cikgu jawe) hahahaa.. :p

ok.. yang ni hari rabu. 20.2.2008. 9.15 mlm. aku beraya rumah kawan aku. bangsa cina. cikgu ng hup aik namanya. dia ni bagus orangnya. dan AJK aku juga dalam ini jawatankuasa kuarters, sbg bendahari. dia ni tak kisah kalau dia masuk surau untuk meeting kuarters. tak pernah dia komplen kt aku. freindly orangnya. bangsa suku hokkien.

kami (kwn2 kuarters) dtg umah dia ramai2. siap bawa anak sekali sebab nk kutip itu angpau. hahaha. kesian cikgu ng terpaksa bagi banyak angpau kt budak2 kecik. tu angpau banyak cantik lee.. tu angpau bukan u punya anak punya angpau kan. hahahhaaaa lariiiikkkkk!!!.

best le raya umah u. dpt angpau! lain kali nk rasa yeesang pulak yee.. :)

yang ni pulak, kem pengawas sekolah. hari khamis 21.2.2008. ada game tgh2 panas terik. saje je cikgu2 pengawas buat game tengahari. nak uji ketahanan mental dan fizikal mrk. ramai pengawas merungut kepanasan. tapi cikgu2 buat deeekk aje. nak jadi pengawas kena le lasak. hek eleeh.. siang tuuu.. kami pernah buat ice breaking tgh malam. titiskan lilin kt dahi pengawas!

dah..dah.. jgn nak manje sgt.. pengawas mesti lasak dn berani!

diaorang tgh main game masukkan bola dlm bakul guna tali.. permainan ni dimenangi oleh pengawas dari kelas khas yg bisu dn autisme. apa raaa... yg normal lbh banyak sok..sek.. dr atur strategi.

ni pula gambar mlm tadi. baru je abis ni. aku dn kawan2 kuarters buat makan2 dn BBQ. lepas solat Isyak tadi, kami mulakan aktiviti makan2 ni. yg bestnya, aktiviti ni hanya utk org lelaki sahaja. hahaha.. orang pompuan takleh join... kacau je nanti!. kami lepak2 sambil bual2.

agak lama juga tak buat bbq sama2 kawan. antara menu kitorang:

nasi ambeng, ayam bakar, ikan bakar dn kerang bakar. ada yg bawa jajan, buah2an dn lain2 juga.

oleh kerana org pompuan takleh join. maka masing2 ngintai kt tingkap je. isk..isk.. kesiaaannn. mana yang beringat dn jadi suami mithali, ada yang hantar sepinggan dua ke rumah utk dikongsi2 dgn isteri dn anak2. aku le antara yg tapau tu, aku kan suami yg baek... kan..kan.. :)) hahahaa

aku juga hantar 2 hidangan utk guru pelatih pompuan upsi. kan aku dh kata aku org baik. hhuhuhu *perasan*. kesiaaan depa ntah makan ke tak malam nih. mana le tau.. nama je anak dara. ntah2 malas masak. maklum le anak dara zaman sekarang!.. hahahhaa. jadi.. hantar le buat rasa2.

nasi ambeng tu. kt sini satu dulang RM 38 je.. yg dalam besen tu le ayam yg dh diperap, ikan dn kerang yg sedia nak dibakar.. nyum..nyum..!!


yang tukang bakar ni cikgu praktikal upsi. tgh kena paksa membakar sampai habis.. kalau tak abes, jaga2... prestasi korang kt kami. waaarrggghhh *gelak jahat*

itu le yg aku nak cerita pagi2 buta nih. esok ada BBQ lagi kat Sekinchan. kali ni kt chalet tepi pantai.. aku dipelawa join dlm itu BBQ dgn syarat mesti menginap kt chalet dn yg paling best.. ia PERCUMA!.. hehehehee.. best kan. nanti aku cerita ek.. =)

Friday, February 22, 2008

aku dah letak jawatan :))

alhamdulillah.. aku dah letak jawatan sebagai pengerusi kelab guru dan kakitangan. begitu juga semua AJK aku. baru 20 minit tadi.. lega!

dalam ucapan tadi aku luahkan semua yang terbuku di hati. aku pasti ada yang kecik hati. tapi aku dh lama sakit hati dan merajuk hati. sekarang aku dah bebas. bebas dari sasaran kemarahan kawan2. eer.. sebenarnya kan.. cuma 3-4 kerat je yg marah kt aku. terutama sbb mrk nak parking kete bukan melalui undian. katanya sbb mrk guru senior kt situ. itu je alasan?. mcm budak2 tadika pra sekolah anak aku je perangai.. sbhgn besar guru berada di belakang aku..

syukur juga beberapa calon "pilihan" aku (yg bising2 tu lee..) dicalonkan pula. Insya Allah, aku akan beri kerjasama dan komitmen kepada mereka. aku takkan ulangi apa yg mereka dh buat pd aku dulu. tiada balas dendam, maupun hukum karma. aku akan terus menyokong parti. ahaks! ayat mcm adun kena gugur.. ngeh..ngeh..

kepada semua pengundi aku.. selamat menerima wakil rakyat baru. =)

sekarang aku boleh beri tumpuan yg lebih kpd buah hati aku a.k.a murid2 aku..

Thursday, February 21, 2008

duniaku..

salam semua..

alhamdulillah, aku dh sempurnakan fasa kedua pendaftaran calon SPM. fasa pertama: pengumpulan data dan maklumat. fasa kedua: memasukkan data ke dalam server kementerian. dan aku dalam proses fasa ketiga: semakan dan pembetulan. ada satu lagi fasa, fasa keempat: penjanaan angka giliran dan pendaftaran.

rasa agak lega sekarang, sebab fasa kedua lah yang paling kritikal. namun masih ada dua fasa lagi nak kena siap. patut hari ni dh siap fasa ketiga, tapi bilik peperiksaan tutup pula. takpelah.. esok boleh sambung. lagipun esok seharian aku tak ada kelas mengajar.

cerita pasal esok, esok aku akan letak jawatan sebagai pengerusi kelab guru dan kakitangan. pembubaran kabinet juga. pilihanraya melantik wakil2 rakyat dari kalangan kami akan diadakan. aku dah ada senarai calon pilihan aku yang akan mewarisi kepimpinan aku. =) pastinya calon2 itu ialah calon yg banyak menyusahkan aku dulu. padan muka diaorang. huhuuhuu. opps aku bukan berdendam, tapi ni pilihan kawan2 juga..

aku dah lalui banyak peristiwa manis, masam, kelat, pahit dn macam2 lagi sejak aku pimpin kesatuan guru dan kakitangan nih. kena marah, herdik, malah sms menyakitkan hati juga. semuanya dari kawan2 juga yang tak puas hati dgn beberapa keputusan kontroversi aku. biarlah..

oh yee.. aku dilantik sebagai ketua dulu pun bukan aku yang minta. malah aku dilantik dan dipaksa terima sebagai ketua tanpa rela. lbh "manis" lagi aku dilantik sewaktu aku tiada dalam mesyuarat! sebab aku mengawal pelajar di kelas. dan guru2 sedang mesyuarat pada waktu tu.. iye. mereka sedang mesyuarat melantik aku sebagai ketua mereka waktu tu!.

sebagai orang yang dipaksa menerima jawatan, kemudian dijadikan sasaran marah kawan2 hanya kerana masalah remeh temeh.. aku rasa sgt terluka. sungguh!

aku pernah bertengkar dgn seorang kawan yg pertikai sistem kepimpinan aku. (hanya kerana dia tak puas hati dia tak dpt parking berbumbung.. lucukan) aku marah dia semula.. "adakah akak nak berbahas dgn saya ttg kepimpinan? kalau akak nak tahu, saya lulusan Islamic missionary and leadership...malah saya bekas pemimpin PMUKM dulu 10,000 pelajar di bawah saya, dan jadi ketua kpd 3,000 mahasiswa Selangor di UKM dan 2,000 Mahasiswa Fakulti..tapi mereka semua tak menyusahkan saya seperti akak sorang susahkan saya.." bukan nak berbangga, tapi aku terpaksa.. terpaksa jd bangga pd org yg rasa diri dia hebat.

antara kenangan paling pahit ialah aku menguruskan satu majlis persaraan seorang kawan. cikgu yang sangat baik dgn kami. 3 bulan punya plan. aku bagai nak rak pulun satu majlis yang gemilang untuk dia. dengan budget yang agak besar. perancangan yang sangat rapi. siap tempah sekumpulan bikers untuk arak dia. 2 kali check ECG kt hospital sebab aku agak tension masa tu. hadiah yang bukan calang2 sebab ini majlis persaraannya. tapi bila tiba masa, kawan yang kami raikan tu TAK HADIR di majlis meraikannya!. hanya kerana semata2 dia TAK MAHU DIRAIKAN!. terus terang.. aku tewas masa tu. di bawah kipas yang laju, air mata aku pun turut laju.. rasa down sgt.

aku tinggalkan kenangan sebagai ketua kelab guru dan kakitangan. dan aku rasa sangat puas. aku dh lakukan yang terbaik aku mampu untuk kebajikan kawan2. walaupun pengetua secara terbuka mahu aku dn kawan2 kekal dlm barisan badan kebajikan guru, namun maaf boss, kami dh sepakat nak berhenti juga. harap2 kepimpinan lepas ni akan lebih baik dari aku. sebab mereka lah paling lantang kritik aku dan kawan2 lelaki lain nampaknya di belakang aku menyokong calon pilihan aku =(

minggu depan, aku akan letak jawatan juga. sebagai ketua penghuni kuarters guru. banyak juga pengalaman menarik sebagai ketua penghuni kuarters nih.

jumpa lagi..

Monday, February 18, 2008

kisah petang tadi.. :)

petang tadi. 2.30 petang. aku hadir meeting kt sebuah sekolah di pinggir tanjong karang. kira2 20km dari sekolah aku. perjalanan selesa dan agak tidak banyak kenderaan. mungkin sebab petang dan tanjong karang bukanlah kawasan pejabat kerajaan maupun swasta yang utama. di sini kawasan pertanian.

sambil memandu, aku menghayati perjalanan. melihat sawah bendang yang kontang. . mungkin baru lepas panen. bila tgk sawah teringat masa aku kecik2 kt sekinchan. sambil2 tu layan juga bendera hijau, biru dn merah saling berlawan siapa tinggi. seronok tgk bendera kiri kanan jalan.

sampai di depan pintu gerbang sekolah, aku tercari2 tempat utk parking. ada satu ruang utk parking L. tetiba kereta aku terhenti. start taknak hidup. dan tetiba juga asap nipis keluar dari bonet depan disusuli bau hangit. aaahhh sudah!. apa terjadi?

wak jaga serta merta meluru utk melihat dan aku segera keluar dari kete. buka bonet depan dn...

aku tgk penutup radiator tertanggal. air dah kering dn mujur penutup radiator tu parking elok je kt bateri. pelik. bila masa aku buka penutup radiator?. ingat2 balik, rasanya masa aku balik kg kot aku ada buka penutup radiator. aku lupa tutup balik le tu!. adeh lee.. pelupa betul aku!!.

aku tinggalkan kete kt sebelah pondok pengawal. buka bonet depan. kasi sejuk enjin dn tinggalkan kete utk attend meeting. huhuhuu..

sepanjang meeting sebenarnya kepala aku bkn kt meeting. asik teringatkan kete. walaupun buruk kete tu, tapi aku tetap setia dn sayang kt dia. mcm2 perasaan aku masa meeting. cepat le habis!.

abis meeting. sempat lg jamuan tu. tuan rumah dh sediakan makanan, elok hormati juga tuan rumah, ekekekee. abis jamuan time nak balik, dgn senyum simpul; baru le aku bgtau pengerusi mesyuarat yg kete aku berasap masa dtg tadi. terkejut org utan dia!. hahahhaaa.. lucu tgk muka dia masa tu!.. dia pulak yg saspen.

enjin kete dh sejuk. aku isi air semula dn syukur dpt balik ke rumah. walau sepanjang perjalanan aku tak henti doa.. jgn le jd ape2. mata pula tak henti jeling temperature (btul ke aku eja?). dada dub..dab..dub..dab.. jgn kata le. 20km tuuuu nak sampai rumah..

moral of the story: jgn lupa check air kt radiator kete walau sesebok mana pun anda. dn jgn lupa tutup balik penutup dia!. hahahhaaa

note: esok aku rasa nak ambil cuti le. penat sgt hari ni.. :)

Sunday, February 17, 2008

ahad yang ceria :))

sabtu petang.
nset berbunyi. ada sms masuk. dengan mata yang berat aku melirik pada skrin nset. bukan sms yang aku cari, tapi jam. 6.15 petang. Ya Allah! aku belum solat Asar. memang aku keletihan hari ni. dah 3 jam aku tertidur rupanya. membiarkan laptop keseorangan menanti data seterusnya diisi.. isteri aku rupanya dah balik dari stadium. tumpang kawan katanya. ntah2 dia ada baca sajak berani mati aku kt blog kot.. :p

segera aku ambil wuduk dan solat asar. agak lewat hari ni. usai solat, aku berkemas baju. barang2 anak isteri aku kemas. sebenarnya kt kampung ada doa selamat harijadi anak buah aku.

40 minit kemudian..

kami sampai kt kampung. dekat2 maghrib juga. adik aku dh siap masak juadah jamuan. nasi himpit, kari ayam, daging palembang, agar2 dn lain2. kami tak bawa apapun. sebab sebok dn keletihan juga. bawa perut untuk diisi saja. teruk betul!.

adik2 aku yang lain ada yg bawa nasi ambeng, nugget, kuih muih ikut masing2... huhuhuhu

ok.. ke garisan.. sedia...!! cop..cop! cikgu jawe tak leh makan!. dia tak bawa apa2.. waaaaaaa!!


kenit2 tuu..


kek besday. siap ada gambar lagi.. :)


aku paling tak sampai hati time muka budak kt kek kena potong.. huhhuuu. aku tak mau le kek ada gambar nih.. rasa mcm muka kena siat2 jee.. hahahhaa. tapi kek sedap wooo.. secret recipe punya kek..

lepas solat maghrib, aku pimpin sendiri tahlil dan doa selamat. bapa aku agak kurang sehat hari tu. selalu dia aje yg pimpin. tak pe le.. aku pun anak sulung lelaki jawa terakhir dalam keluarga tu. adik2 aku semua pompuan..

dh lama kami tak kumpul cam ni. last masa berkelah kt kalumpang dulu. seronok sgt dpt jumpa adik2 dn adik ipar. kami bersembang sampai tgh malam.. byk isu.. pastinya isu election lee.. hal2 kepincangan pihak pencadang dn hujah2 pihak pembangkang. heheheee.. opposition katakan.. :)

ahad pagi.

aku ziarah sat keluarga mentua kat Klang. mereka sedang bersiap nak balik johor. lepas ziarah, balik semula Meru dan jenguk pula rumah aku yg hampir 80% siap. mungkin 2 bulan lagi kot..


kecut perut tukang tgk boss datang. hahaaa.. haa rajin2 kerja ye semua. nanti boss kasi tambah nasi.. ekekkeke.


ahad petang..

game futsal tu. apa ke bende main tgh2 panas terik..

aku sempat tgk kejap pertandingan futsal kt kg aku. diaorg ni memang le.. ada game futsal tak nak ajak aku. hampeh! padahal gelanggang futsal 100 meter je dari rumah aku. cis!. aku tak saksikan sampai habis sebab bergegas pula nak balik kuala selangor petang ahad.

hujung minggu yang ceria. aku bebas dari tekanan kerja. jumpa mak, ayah, adik2.. tengok progress rumah yg dh nak siap.. sembang2 dgn member kg.. seronok!. terapi yang berkesan bila cuti2 kt kampung cam nih. :)

Saturday, February 16, 2008

Rehat sat..

badan lenguh. tak bermaya. mata mengantuk. kdg2 rasa mcm nak loya juga. mcm nak muntah juga. oh.. apakah aku sedang mengandung?. warrghhhkakakk!!! adeh.. :))

rehat sat lepas marathon key-in data sejak lepas subuh tadi. sambil2 dgr lagu2 mp3 yang aku download secara illegal dr LimeWire. bermacam genre ada. dari nasyid. pop, urban, retro hinggalah modern rock dan metal rock. semua layan sambil2 key-in data.

aku seorang di rumah. isteri kt stadium ada sukan. aku hantar anak ke stadium juga. biar mak dia rasa jaga anak pula. padan muka dia. hahahahaaa *gelak jahat*. agak selesa juga begini. aku boleh buat kerja tanpa gangguan.

sambil2 rehat sebentar, godek2 fail word lama. terjumpa satu sajak. rasanya pernah aku publish kt blog lama aku dulu. aku nak kongsikan sajak tu kt semua.. so.. layannnn..

puisi buat gadis dari utara

sang gadis
merantau jauh dari utara mencari ilmunya
berbekalkan semangat menyusuri denai-denai desa
menggenggam tabah satu amanah
sang pendidik dalam bikinan

mencurah ilmunya bak sang bitara
mengalun bicaranya bak embun menitis penuh tertib
menyejukkan lembaran hidup anak bangsanya

baru ku sedari senyumnya penuh hikmah
tuturnya tersusun rapi antara ramah dan helah
pandangan matanya penuh rahsia
merungkai madah bersulam agama
menggentar jiwa nan resah menjadi gagah
suaranya adalah kerinduan yang mengisi ruang kenangan

aku tertarik dengan kelembutanmu
pancaran sinar iman dari dalam kalbu
terpancar di wajahnya nan ayu
inginku menyentuh nalurimu
menjadi ratu yang satu di kalangan seribu

agar dapat ku siapkan satu daerah yang paling indah dalam hati
ingin ku milikinya menjadi suri

rupanya sekuntum mawar yang berduri
di kelopaknya
amat payah memiliki hatinya
apatah lagi nalurinya.

aku hanya memandangnya pergi dari daerah ini
meninggalkan kenangan abadi
dan hasratku tak pernah dia mengerti.

cikgu jawe

note: ........ abes le aku pasni kalau isteri aku baca blog aku. hahahhaaa.

Friday, February 15, 2008

berikan aku damai..

salam semua.. :)

dah dua hari aku bersengkang mata dpn laptop. makan dn minum tak tentu. semata2 nak kejar masa siapkan pendaftaran SPM murid2 aku. pendaftaran melalui online sgt berisiko. boleh berlaku mcm2. talian internet tak stabil, tiada bekalan elektrik, server down dn mcm2 lagi. sbb tu aku perlu pantas. dan sekarang masih belum siap lagi. masih ada kira2 100 orang murid lagi. pendaftaran tu termasuk isi no ic, alamat, no telefon dn yg paling penting subjek yg akan mrk ambil periksa.

kalau tersilap key-in subjek naya je kt budak2 tu. maunya ada calon melayu yg ambil bahasa tamil!

tadi aku dpt surat dari PPD. aku diarah pergi ke putrajaya ahad ni sebab ada perjumpaan apa ntah. anjuran kementerian pelajaran kot. aku tak pasti sgt sbb cuma baca sepintas lalu. tapi arahan resmi le. sepatutnya wajib pergi. setiap sekolah perlu ada 2 wakil. boss tanda tangan suruh aku pergi dgn sorang kawan lagi.

aku ambil surat tu, aku renyokkan ia dn letak atas meja ketua bidang. kemudian aku start kete dan terus balik rumah.

aku tau.. dgn renyok surat tu aku akan berdepan masalah besar. kena menjawab kt boss. tapi aku dah sedia. aku ahli akademik. takkan terpengaruh dgn permainan org politik. lagi2 nak election nih.

sebenarnya aku dah penat diarah itu ini sejak minggu lepas. lagipun ahad hari aku bersama keluarga. bukan hari aku bekerja.

nak beri aku surat tunjuk sebab? silakan.. aku sedia menjawab!.

note: Tq buat manje yang bagi aku award. ok.. test mic dulu.. "sgt terharu. ni kali pertama aku dpt award dari kawan2 blog. buat manje.. TQ sooooo much!.. oh! lihatlah donia!. anak seni seperti ku ini..." hahaahaaa.

pinjamkan aku..

pinjamkan aku kawan
air matamu
agar dapat ku tumpahkan air mata
kerna air mataku begitu payah untuk menitis.

pinjamkan aku kawan
kegembiraanmu
agar dapat aku meraikan bersamamu
kerna bahagiaku semakin beransur menjauh.

pinjamkan aku kawan
doa tulusmu
agar lapang dunia sekelilingku
kerna aku makin merasakan hilangnya berkat doaku.

kawan
aku adalah insan biasa sepertimu
terkadang perlukan sebatang tongkat untuk berdiri.

cikgu jawe.
kuala selangor.
februari 08.

Thursday, February 14, 2008

ampunkan aku..


harap maaf.. blog yang anda masuk belum sempat diapdet. terima kasih.. sebab tuan punya blog tgh busy giler. tp bukan gila tau!. toink!.. toink!..
ye.. aku tgh berada dalam zon bahaya. aku perlu sembunyi diri dari orang ramai. kira mcm bertapa gitu. sebabnya mudah je. dh nak election. hek elleehhh.. cam apa jee..
aku sebenarnya tgh daftarkan murid2 aku utk SPM 2008. oleh kerana pendaftaran online dn dekat nak election pula, aku kena cepat. sepantas 200 km sejam. mana le tau tetiba je server kt kementerian sana down. abes murid2 sekolah aku tak ambik SPM tahun nih.
oleh kerana terlalu banyak kerja nak diuruskan serentak: kuarters, disiplin, SPM, rumah yg tgh buat, pengawas dn lain2.. aku tak sempat nak gunting rambut, bercukur dn skrg muka aku dh berjambang walaupun aku sebenarnya takde jambang. dh rupa mcm osama laden pun iye.
aku dh mcm peserta survivor yg tak makan sebulan tu. comot, cengkung, serabai, terbiar dn tak terurus. mujur jga sempat mandi. :) kih..kih.. tidur dh tak tentu, makan apa yg ada kt depan mata.. huhuhuuu. nak berblog apatah lagi.
sementara tu kawan2 semua. jaga diri baik2, jaga iman, jaga solat dn jaga kesihatan kalian.. jgn noti tau..
jumpa lagi.
chow!

Sunday, February 10, 2008

kuala selangor up close..

pagi ahad. lepas mandikan anak dan cebokkan dia. aku bawa dia merayau pagi2. tujuannya nak beli surat khabar dan sarapan juga.
menu sarapan aku pagi tadi: maggi goreng. restoran mamak biasa yg aku dok lepak pagi2 ahad. cuma hari ni tak le jumpa bekas ustaz aku. sebab aku agak lewat keluar pagi tadi.
lepas sarapan, teringin pula nak merayau kt bawah jembatan kuala selangor. jambatan yang menghubungkan kuala selangor dgn rusia. melalui thailand, kedah, perak dn pasir penambang. merentasi kuala sungai selangor. kata orang sungai ni ada buaya. memang pun.
elok juga merayau2. takle anak aku asik nak tanya "mana ummi ayah.." adeh.. aku rasa mcm nk rakam je jawapan aku. stereotaip.
so.. pelancongan yang tak dirancang. aku tak bawa le kamera. hanya nokia 6288 je aku guna snap gambar. ok guys.. layan!.
info:
kuala selangor bekas ibu negeri selangor pertama. lepas tu pindah ke jugra, lps tu klang, skrg shah alam. kt sini le sultan selangor pertama ditabalkan dgn perkenan sultan perak. lain2 sejarah kuala selangor tgk kat sini.

kat tempat ikan mendarat. mak aih rege dia..


kata org ni le dia penghuni tetap bawah jembatan. bangsa cina. ntah kenapa dia jadikan bawah jembatan rumah dia sapa pun tak tahu..


aku betul2 di bawah jambatan. antara 2 jambatan kuala selangor.. saspen gak kalau2 ada buaya muncul.. huhuhuu

bandar lama kuala selangor. bukit kt nun tu haa.. bukit malawati. tempat bersejarah tu. makam sultan selangor pertama kt situ..

ni ape ni?.. keretapi cikgu!. tengkorak hang!

pekan pasir penambang dari seberang kuala selangor. berdepan pasir penambang ada kg permatang. aku dok kt situ le. nanti kalau aku ada masa aku postkan makam isteri datuk bahaman kt kg permatang yee.. insyallah. ceritanya.. masa dato bahaman dr pahang menyerang kuala selangor, sempat ketemu jodoh dgn org bugis kt kg permatang. makam isterinya masih ada kt atas bukit puteri kt kg permatang.


another view of kuala selangor.

signboard huru hara. ntah kutip mana ntah..

ok. itu saje utk hari ni kelas sejarah + geografi kita murid2. lain kali kita tgk pula tempat lain yek. sila buat catatan. minggu depan ujian bulanan. sapa fail kena hukum tangkap ikan utk cikgu. :)

note:

byk gambar. cepat penuh le aku punya picassa web.

pesan iman pada hati..

jeti kuala selangor..


Sahabatku..
Aku merasai rasa hibamu
Aku jua merasai pedihmu
Dan jua merasai rindumu
Kau adalah perindu sepi dalam kalbu
Kerna kasihmu ditolak ketepi
Dan kau kini menyendiri sepi.

Sahabatku..
Lalu tangisan apa lagi yang kau tumpahkan
Rasa perit ditinggalkan takkan berkesudahan
Andai kau terus meratapi perpisahan
Dan cintamu yang tak kesampaian.

Sahabatku..
Adakah kau terlalu merindukan dia
Satu jiwa yang telah mengundang nestapa
Andai kau pun juga merinduinya
Adakah terbalas rindumu padanya
Kerna cintamu bukan lagi dihatinya
Dan kau semakin luput dari matanya.

Sahabatku..
Jangan diburu awan yang berlalu
Kelak dirimu dirundung pilu
Jangan dinanti pelangi datang padamu
Pasti nanti kau akan merasa jemu
Pulanglah sahabatku
Cintai pada Yang Satu
Yang sebenar mencintaimu
Tanpa jemu.

Sahabatku..
Memang pedih tatkala cinta tak kesampaian
Memang perih tika kasih tak disimpulkan
Namun hidup harus diteruskan
Pujuklah hati wahai sahabatku
Setiap kejadian telah diseru
Begitulah takdir telah tertulis buatmu
Agar yang lebih baik sedang menantimu.

Sahabatku..
Kesatlah airmata
Pujuklah hati nan lara
Kasih yang pergi jangan didamba
Cinta yang menanti jangan dipersia
Adakah kau terlalu tega untuk menjadi sang lara
Di tengah persada yang berwarna..

cikgu jawe
di jeti kuala selangor.
9.00 am

note:

ntah kenapa sejak akhir2 ni suka bersajak pula.. sajak main2. saja suka2 tulis. aku tak niat untuk lukakan sesiapa.. memujuk diri sendiri juga sebenarnya.. :)

Saturday, February 9, 2008

bersama anak..

anak aku masa konvo tadika 4 tahun. masa nih umur dia baru 3 thn. tapi masuk kelas 4 tahun. huhuhuuu.


rasanya jarang aku cerita pasal keluarga aku kt sini. balik2 cerita sekolah takpun merapu meraban tah ape2. jalan2 kt blog kawan2. ramai yang tak apdet. mungkin masih cuti atau bz kot..

ok.. semua dh tau yg aku kena jaga anak. ye.. isteri aku tgh bersukaria shopping sakan kat langkawi sana. itu pun kalau dia bawa duit. harap2 dia jumpa le bakal mertua keturunan aku kt sana. hahahaaa.

aku sebenarnya dah biasa jaga anak aku yang sorang tu. maklumle.. kdg2 kami kena kursus dn mesyuarat tak tentu masa. kadang kami dipanggil kursus (ke melaka contoh) pada hari tu juga. tak sempat nak siap2kan anak. bila anak balik, kdg2 aku atau isteri aku (salah seorang) dh kt melaka. sapa yg tinggal kene le uruskan anak. masa isteri aku jadi warden, aku le yg jaga anak. mandikan.. cebok.. buat susu.. pujuk dr nanges.. malah salinkan pakai baju. semuanya aku buat sendiri. dulu2 masa dia 2 tahun lagi kami dah tinggal dia. bukan kejap, hampir 2 bulan!.

biase2 pun mlm nih aku dh tampal koyok kt kepala.. ngeeee..

anak lelaki mmg buas dn ganas. abis aku pun kene sepak, terkam, gusti dn sebagainya. mana yg over aku tegur kdg cubit juga. kadang2 pun muntah kt pinggan yang aku tgh makan. takpe le.. layan le budak. aku ingin merasai kegembiraan seorang kanak2. aku ingin menghayati kenakalannya. bila dia dh besar pasti semua kenangan itu sangat indah.

cuma yang kurang tahan bila dia tanya "mana ummi..?" setiap 10 minit. adeh..

note:

see.. aku tak sembunyikan status aku!. hahahaaaa.. tak mcm org tu.. :)

doa jika rasa tertekan..

دعا اين دلفظ جك ديري مراسا سمفيت دان فاياه
اللهم ألطف بى تيسير كل عسير. فان تيسير كل عسير عليك يسير. اللهم يسر لى أمورى مع الراحة لقلوبى و أبدانى والسلامة و العافية في دينى و دنيايا.

Allahumma l tuf bii taisir kulli 'asiir. fainna taisir kulli 'asiir 'alaika yasiir. Allahumma yassir li 'umuri ma'ar raahati li qulubi wa abdaani was salamah wal 'afiah fi dini wa dunyaaya.

maksudnya:

Ya Allah.. lembutkanlah bagiku merasa mudah setiap yang payah. kerana memudahkan yang payah amat mudah bagiMU. Ya Allah.. mudahkanlah segala urusan ku, bersama rasa tenang dalam hati ku dan tubuh ku. Juga berikanlah keselamatan dan kesehatan dalam amalan agama ku dan pekerjaan dunia ku.

atau boleh juga amalkan doa Nabi Yunus a.s:

لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظلمين

Laa Ilaha Illa Anta Subhaanaka Inni Kuntu Minaz Zalimin.

maksudnya:

Tiada Tuhan selain MU, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku tergolong dari kalangan orang yang zalim.

sahabat..

walau apa yang kau lakukan saat ini, semoga urusan mu akan dipermudahkan Allah. moga kau keluar dari segala kepayahan dan dukacita. senyumlah sahabat. jangan terlalu bersedih. kerana ikan di laut, asam di darat, burung yang berterbangan, unggas di hutan rimba, biji2 kerikil dan bebatu, pepohon kayu dan rumput di bumi malah malaikat di langit pun sentiasa mendoakan kesejahteraan kita selaku umat Muhammad.. :)

note:

alhamdulillah.. anak aku dah besar dn faham yg umminya sdg jauh bercuti. post ni takde kena mengena dgn cerita aku. tapi doa tu jadi amalan aku setiap lepas solat.

Friday, February 8, 2008

aku dipaksa jadi suri rumah.

CAK!

hahahaaa.. assalamu 'alaikum.. eheheheh

apa nih. semalam kata hari ahad baru nak jumpa. ni baru jumaat daa..

ok. macam ni. kalau ikut jadual asal mmg hari ahad. tp mlm tadi berlaku peristiwa menyayat hati. aku dijadual pergi ke langkawi menemankan isteri aku ke sana. ada rombongan guru2 smka ke langkawi. sekali ppd yg iso kononnya tu.. tak benarkan bawa suami/isteri. hanya guru smka je boleh pergi. hampeh.

setelah bantahan dan rayuan dari guru2 smka, akhirnya suami/isteri boleh ikut, tapi takleh bawa anak. aku nak kata apa eh dgn puak2 kt ppd tuh? jembalang ke.. huhuhu kasar bahasa. mmg patut pun. jembalang kuala. itu pun kira sopan je gelar cam tuh.

(sbnrnya rombongan tu rombongan sosial biasa je. cuti2 malaysia. tp ppd nih saja buat onar.. siap le ko kena sumpah kami2 yg kena tinggal suami/bini nih)

adeh. nak jadi cerita, ingat nak letak anak aku kt nenek dia. sekali nenek dia balik johor. pastu nak letak kt pengasuh. pengasuh pula balik kelantan. nak bg adik aku jaga, anak dia ramai. kesian. nak bagi kt ehem..ehem..jaga, ehem..ehem pun takde. *aku baek apa. mana ada ehem..ehem..* sungguh!. huhuhhuuu Allah Maha Adil. sbb tu disyariatkan poligami. hahahaa *gelak jahat*

last.. aku je le jaga sambil merelakan isteri aku pergi langkawi dgn kwn2 dia. tinggal le aku keseorangan, kesepian bersama anak. sambil membayangkan seolah2 aku tgh naik kereta kabel kt gunung mat cincang! huhuuu

note:

mlm tadi jam 2 anak aku cari umminya. menangis melalak. lps buat susu, tidurlah dia. mujur juga dia tak menyusu badan. kalau ya, aku nak bagi ape?. ekekeeee. adeh, baru 2 jam. (isteri aku bertolak jam 12 tgh mlm td). ni pula 3 hari nih. jenuh le aku nak jawab kt anak aku kang. bukan mudah membesarkan anak berseorangan. lagi2 anak lelaki baru umur 4 tahun.. owh, aku kena zahirkan sifat keibuan dn kebapakan aku serentak. hahahaaa.

kena cari ehem..ehem.. nih tlg jaga anak aku dan aku juga. :) boleh ke camtu?

Wednesday, February 6, 2008

cinta sejati..

sahabatku..

demi Allah, tiada satu musibah pun yang kekal dalam hidup ini
bagaimanapun beratnya.
jika suatu ketika ia menimpa
janganlah anda tidak berdaya kerananya
jangan pula banyak mengeluh
kerana ia pasti akan lenyap.

betapa ramai orang terhormat
yang dulunya sering ditimpa musibah
namun ia tabah sampai musibah itu lenyap
dan meninggalkannya.

lalu mereka terima penghormatan Illahi..

sahabatku..

aku beri kamu kisah ini,
agar jadi teman dalam sedihmu.

- Nabi Daniel dikurung di bawah tanah bersama 2 singa.
- Nabi Nuh dituduh gila. 950 tahun berdakwah; hanya 85 orang beriman dengannya. anaknya sendiri pun kufur engkar padanya.
- Nabi Luth mengajak kaumnya jauhi cinta jantina sesama, isterinya pula mengkhianatinya.
- Habibun Najar dibunuh dipijak perutnya. hanya kerana mengajak orang kampung beriman pada Yang Esa.
- Nabi Zakaria dibunuh digergaji tubuhnya. kerana menentang hasrat Herodus mengahwini Herodia anak saudaranya.
- Imam Abu Hanifah dipenjara dan dirotan di mukanya. lalu wafat dalam penjara.
- Aisyah Ummul Mukminin difitnah bermain kayu tiga.
- Maryam pula difitnah mencemar harga dirinya. kerana mengandungkan Isa tanpa bapa.
- Zainab binti Rasul berhijrah ke Madinah hanya dia. lantaran suaminya beriman tiada. keguguranlah Zainab ditengah pasir tandus, membawa pada wafatnya.

sahabatku..

adakah ujianmu sehebat mereka?

sahabatku..

sebahagian mereka menangis kerana payahnya musibah
tapi mereka redha dan hati pasrah
lalu pada Allah jiwa diserah
namun iman tidak sesekali goyah.

menangislah sahabatku
kerana mereka juga menangis
kerana adakala ujian itu amat tragis
namun iringi tangisan dengan solat dan sabar.

dan saat kesabaran muncul tatkala musibah
maka musibah terasa ringan.

sahabatku..

bersangka baiklah pada Allah
ujianmu untuk menghapuskan doa silammu
dan mengangkat maruah dirimu
dan memuliakanmu
di sisi manusia dan disisiNYA.

diubah suai dari buku Laa Tahzan (Jangan Bersedih)
oleh Dr Syeikh 'Aidh al-Qarni.

note:

aku akan bercuti mulai hari nih. banyak perkara nak diuruskan sebenarnya dalam cuti nih.
selamat bercuti semua. jaga iman, jaga solat dn diri baek2. jgn nakal2 tau. :))
kita jumpa lagi ahad ni. insyallah.

Sunday, February 3, 2008

cerita sukan II = edisi pengakuan sebenar.

hahahaha.. kikiiiiiii.. huhuuuuu.. adeh.
aku dh sakit perut gelak kenangkan sukan semalam..


korang semua tahu rumah hijau menang kan. tapi aku ada rahsia nak cerita kat korang. syyyyyyhhh.. jgn bagitau member aku tau. atau call2 sekolah yek.. mau cedera parah aku nanti. please... kikiiii..

masa sukan kt stadium tu, sebenarnya rumah hijau dh kalah teruk. diulang kalah teruk!. semua pungutan mata dn pingat langsung tak memihak rumah hijau. kebanyakan acara yang jadi tradisi rumah hijau menang tlh dirampas oleh rumah2 lain. atlit2 aku benar tak menjadi hari tu.

aku tengok atlit2 aku dh patah semangat. ada yang menangis dan ada yang tak mau berlari lagi. mental mrk benar2 dh down. fully down. acara sebelah petang pula bukan acara tradisi rumah hijau. kami selalu kalah acara2 long distance spt 4x400m, 400m, lompat kijang dn lain2.

so.. waktu rehat. kebanyakan guru berehat dn pulang ke rumah masing2 utk mandi dn solat. tinggal aku dn beberapa guru bahagian disiplin masih stay kt stadium. kami diminta kawal budak solat. kebetulan, guru2 yg tinggal kt stadium guru rumah hijau.

ini peluang keemasan!

entah camna tergerak kt hati. *moga2 ilham yg baik*. :) aku ambil microfon dn buat pengumuman palsu kedudukan pingat terkini. (hanya guru2 tertentu shj yg tahu kedudukan sbnr pingat dn mata..)

"baik murid2.. ini kedudukan pingat terkini:

rumah kuning 9 emas.
rumah biru 7 emas.
rumah merah 7 emas.
rumah hijau 16 emas. (yg ni palsu. sebenarnya 6 emas jek)

sekian terima kasih.."

dgr je pengumuman tu, moral atlit rumah hijau kembali melonjak dn moral atlit rumah lain jatuh merudum. walau byk mana mrk dpt pingat hari ni, takkan berjaya memintas rumah hijau. hahahahaaa.. psiko..

permainan psikologi aku menjadi!

atlit kembali bersaing, bersemangat dn merampas byk acara yg jd tradisi rumah lain.

tu le.. sapa suruh aku stay kt stadium.. sedangkan korang semua senang2 balik mandi.. haaa.. kan dh kena.

sori kawan2. aku buat ni utk kebaikan bersama. lgpun tak salah kan aku naikkan semangat atlit2 rumah hijau aku tuh. kalau salah, aku mohon ampun byk2 ek. benda dh selesai. bkn blh ubah pun keputusan. haahhhaaaa. ni kan hari sukan.

abes le aku kalau posting ni bocor kt member2. mau spital aku. hihihiiiii.

eer.. ni kira bohong ke strategi ek..

*sembunyik*

Saturday, February 2, 2008

cerita sukan.

ingat lagi aku cerita pasal sukan kt sekolah aku?

siang td acara kemuncak. kt stadium kuala selangor. ok.. aku cerita ringkas dari mula. sila baca prestasi rumah hijau okeh.


ni le stadium kuala selangor tu.. sambil2 jaga lorong dn borak dgn member, sempat snap..

1. kejohanan merentas desa.

1st: merah. (panglima)
2nd: hijau. (pendekar)
3rd: biru. (perwira)
4: kuning. (pahlawan)

2. data layak.

1st: biru.
2nd: merah.
3rd: hijau. <-- merosot.. :(
4th: kuning.


3. sukantara.

awal pagi kami guru2 rumah hijau dh mula saspen. kedudukan makin merosot. so, kami beri le kata2 semangat kononnya. beri perangsang, motivasi, janji manis dn apa2 yg boleh naikkan semangat murid. kami tak janji nak bagi duit atau belanja makan okeh. kami cuma kata.. go for glory. kalau kamu semua menang, kamu semua akan dihormati. kami takde duit nak belanja kamu makan. tapi kalau kamu menang, kamu telah berjaya mempertahankan kegemilangan dn kehebatan yg dh jadi tradisi rumah hijau a.k.a pendekar.

so.. akhir keputusan:

1st: hijau
2nd: biru.
3rd: merah.
4th: kuning.

4. kejohanan sukan.

1st: hijau. 32 emas... x ingat.
2nd: merah. 25 emas.. x ingat
3rd: biru.
4th: kuning.

atlit muda dalam pembikinan. baru form 1. tp dpt 3 emas dr mrk saja.. kalau diaorg tau muka masuk blog ni.. mau kembang hidung depa nih. depa tgh siap2 nk lari acara 4x100 meter. bergambar bagai.. last2 dpt pingat perak jee... tu lee.. cikgu kata jgn bergambar sblm berlari. pantang tuu.. :)


kedudukan keseluruhan.

1st: hijau. <-- johan 4 tahun berturut2. yuuuhhuuuuu!!!
2nd: biru.
3rd: merah.
4th: kuning.

olahragawan sekolah.. kedua2nya atlit rumah kuning. kami puas!. pakatan rumah hijau dn rumah biru utk jatuhkan rumah merah tlh berjaya. muaahahhahahaaa.. *gelak org jahat*
go..go.. rumah ijau yang ada bulatan kt tengah2. hihiiihiii

note:

#sori le adik, abang, kakak, makcik, pakcik... aku dh abis modal nak tulis apa kt sini. tapi kesian blog aku kosong jeee. jd aku belasah je apa aku nk tulis.

#sori juga takde detail pungutan pingat dn mata. kalau ada masa nanti aku apdet. ptg td dh kalut nk balik sgt. x sempat nk catat.

#esok aku nk gi nilai. nk cari apa2 tile yg cantik utk rumah aku.. :)

Friday, February 1, 2008

kenape mesti nak sorok..?

ada yang tanya aku.

kenapa tak tepek muke kt blog? baiklah..aku jawab:

ekekekeee.. bro.. sebenarnya aku dijadikan tampan, macho dn kacak. :)) malah sesiapa yang pernah melihat aku tak menafikan hakikat itu. ngeh..ngeh.. aku cuba nak menafikannya. tapi mereka, mereka dan mereka sering berkata begitu. malah memakse aku tuk terima hakikat sebenar. aku cuba menolak dgn baik. tapi dipaksa juga. kikikkiki.. akhirnya aku terpaksa rela menerima hakikat tersebut. walaupun pahit dan tanpa rela.

aku tak mahu ia jadi fitnah kpd org lain pula. oleh itu, aku sembunyikan wajah aku. supaya kau dn aku akan selamat dari fitnah.


hahahahhaaa.. *abes le perasan*

note: sila baca ikut kalam balaghi. budak2 bekas smka, sma, smap, dn kisas mesti ngaji punye kalam balaghi nih.