salam semua..
alhamdulillah, aku dh sempurnakan fasa kedua pendaftaran calon SPM. fasa pertama: pengumpulan data dan maklumat. fasa kedua: memasukkan data ke dalam server kementerian. dan aku dalam proses fasa ketiga: semakan dan pembetulan. ada satu lagi fasa, fasa keempat: penjanaan angka giliran dan pendaftaran.
rasa agak lega sekarang, sebab fasa kedua lah yang paling kritikal. namun masih ada dua fasa lagi nak kena siap. patut hari ni dh siap fasa ketiga, tapi bilik peperiksaan tutup pula. takpelah.. esok boleh sambung. lagipun esok seharian aku tak ada kelas mengajar.
cerita pasal esok, esok aku akan letak jawatan sebagai pengerusi kelab guru dan kakitangan. pembubaran kabinet juga. pilihanraya melantik wakil2 rakyat dari kalangan kami akan diadakan. aku dah ada senarai calon pilihan aku yang akan mewarisi kepimpinan aku. =) pastinya calon2 itu ialah calon yg banyak menyusahkan aku dulu. padan muka diaorang. huhuuhuu. opps aku bukan berdendam, tapi ni pilihan kawan2 juga..
aku dah lalui banyak peristiwa manis, masam, kelat, pahit dn macam2 lagi sejak aku pimpin kesatuan guru dan kakitangan nih. kena marah, herdik, malah sms menyakitkan hati juga. semuanya dari kawan2 juga yang tak puas hati dgn beberapa keputusan kontroversi aku. biarlah..
oh yee.. aku dilantik sebagai ketua dulu pun bukan aku yang minta. malah aku dilantik dan dipaksa terima sebagai ketua tanpa rela. lbh "manis" lagi aku dilantik sewaktu aku tiada dalam mesyuarat! sebab aku mengawal pelajar di kelas. dan guru2 sedang mesyuarat pada waktu tu.. iye. mereka sedang mesyuarat melantik aku sebagai ketua mereka waktu tu!.
sebagai orang yang dipaksa menerima jawatan, kemudian dijadikan sasaran marah kawan2 hanya kerana masalah remeh temeh.. aku rasa sgt terluka. sungguh!
aku pernah bertengkar dgn seorang kawan yg pertikai sistem kepimpinan aku. (hanya kerana dia tak puas hati dia tak dpt parking berbumbung.. lucukan) aku marah dia semula.. "adakah akak nak berbahas dgn saya ttg kepimpinan? kalau akak nak tahu, saya lulusan Islamic missionary and leadership...malah saya bekas pemimpin PMUKM dulu 10,000 pelajar di bawah saya, dan jadi ketua kpd 3,000 mahasiswa Selangor di UKM dan 2,000 Mahasiswa Fakulti..tapi mereka semua tak menyusahkan saya seperti akak sorang susahkan saya.." bukan nak berbangga, tapi aku terpaksa.. terpaksa jd bangga pd org yg rasa diri dia hebat.
antara kenangan paling pahit ialah aku menguruskan satu majlis persaraan seorang kawan. cikgu yang sangat baik dgn kami. 3 bulan punya plan. aku bagai nak rak pulun satu majlis yang gemilang untuk dia. dengan budget yang agak besar. perancangan yang sangat rapi. siap tempah sekumpulan bikers untuk arak dia. 2 kali check ECG kt hospital sebab aku agak tension masa tu. hadiah yang bukan calang2 sebab ini majlis persaraannya. tapi bila tiba masa, kawan yang kami raikan tu TAK HADIR di majlis meraikannya!. hanya kerana semata2 dia TAK MAHU DIRAIKAN!. terus terang.. aku tewas masa tu. di bawah kipas yang laju, air mata aku pun turut laju.. rasa down sgt.
aku tinggalkan kenangan sebagai ketua kelab guru dan kakitangan. dan aku rasa sangat puas. aku dh lakukan yang terbaik aku mampu untuk kebajikan kawan2. walaupun pengetua secara terbuka mahu aku dn kawan2 kekal dlm barisan badan kebajikan guru, namun maaf boss, kami dh sepakat nak berhenti juga. harap2 kepimpinan lepas ni akan lebih baik dari aku. sebab mereka lah paling lantang kritik aku dan kawan2 lelaki lain nampaknya di belakang aku menyokong calon pilihan aku =(
minggu depan, aku akan letak jawatan juga. sebagai ketua penghuni kuarters guru. banyak juga pengalaman menarik sebagai ketua penghuni kuarters nih.
jumpa lagi..
7 comments:
emm kite dpt rasakan saat 'down' cikgu tuh... kite pun penah kena camtu... mmg sedih bile dah berssh pyh gitu, org tak nak... seolah2 org tak menghargai penat lelah kite... buat majlis salah... tak buat pun org tetap kate jgk...
proses melantik pengerusi tu pn da ada unsur2 nak mengenakan org... tak baik tol dorang tuh... mmg btol tak baik... kite tak suke...tak suke... (opss... sori emo plak :P)
mmg ssh nk jd pemimpin nih... hanya yg kuat ngan kering ati jek yg akan bertahan lame... dan yg paling penting ssh utk kite puaskan ati sume org ni... ssh bangat.
tapi bile pk balik kan... kot benda 2 kecik pun di kecohkan...'sengal' jgk cikgu2 yg terpelajar nih kan... he2 tapi tak sume...
huhuhuuu sgt brani CJ nih...sy bangga...brani pikul t,jwb...brani menjwb eheheh brani brsoaljwb...huhuuhuuu mmg susah nk memuaskn hati sume orgkn?
manje:
adat manusia le manje. dulu pun kaum ansar tak puas hati bila Rasulullah bagi2 harta rampasan kt muhajirin. adat manusia.
sgt susah uruskan org pandai2 ni. suka dgn kenyataan manja, hanya yg hati kering je dpt bertahan lama jd pemimpin. masalahnya aku ni jenis pemalu!.. sungguh! :)
iman:
iye le tuh nana.. lps berani sgt2 semua tu, ken le berani jwb surat tunjuk sebab!.. waaaaaaaa!!!
pemalu!pemalu ke?....ekekekeke
naper cam majukss jer...
kat mana2 pong akan ada org yg tak suker kat kiter kan cikgu...
yuk2 teman kasih joging leh ilangkan stress....
oneib:
betul apa bro. aku pemalu sgt2.. *sambil ambil kain batik tutup muka*
kasih:
aku masih boleh joging lagi ke? baik2 kasih. joging jgn jauh2.
Salam,
ops! ingatkan letak jawatan sebab x terpilih atau sebab naik nama dinominasi..sedikit kepeningan, baca artikel tanpa kronologis..
* tunggu ia bejuraian di hari kemenangan nanti..
O*n*E
Post a Comment