petang tadi. 2.30 petang. aku hadir meeting kt sebuah sekolah di pinggir tanjong karang. kira2 20km dari sekolah aku. perjalanan selesa dan agak tidak banyak kenderaan. mungkin sebab petang dan tanjong karang bukanlah kawasan pejabat kerajaan maupun swasta yang utama. di sini kawasan pertanian.
sambil memandu, aku menghayati perjalanan. melihat sawah bendang yang kontang. . mungkin baru lepas panen. bila tgk sawah teringat masa aku kecik2 kt sekinchan. sambil2 tu layan juga bendera hijau, biru dn merah saling berlawan siapa tinggi. seronok tgk bendera kiri kanan jalan.
sampai di depan pintu gerbang sekolah, aku tercari2 tempat utk parking. ada satu ruang utk parking L. tetiba kereta aku terhenti. start taknak hidup. dan tetiba juga asap nipis keluar dari bonet depan disusuli bau hangit. aaahhh sudah!. apa terjadi?
wak jaga serta merta meluru utk melihat dan aku segera keluar dari kete. buka bonet depan dn...
aku tgk penutup radiator tertanggal. air dah kering dn mujur penutup radiator tu parking elok je kt bateri. pelik. bila masa aku buka penutup radiator?. ingat2 balik, rasanya masa aku balik kg kot aku ada buka penutup radiator. aku lupa tutup balik le tu!. adeh lee.. pelupa betul aku!!.
aku tinggalkan kete kt sebelah pondok pengawal. buka bonet depan. kasi sejuk enjin dn tinggalkan kete utk attend meeting. huhuhuu..
sepanjang meeting sebenarnya kepala aku bkn kt meeting. asik teringatkan kete. walaupun buruk kete tu, tapi aku tetap setia dn sayang kt dia. mcm2 perasaan aku masa meeting. cepat le habis!.
abis meeting. sempat lg jamuan tu. tuan rumah dh sediakan makanan, elok hormati juga tuan rumah, ekekekee. abis jamuan time nak balik, dgn senyum simpul; baru le aku bgtau pengerusi mesyuarat yg kete aku berasap masa dtg tadi. terkejut org utan dia!. hahahhaaa.. lucu tgk muka dia masa tu!.. dia pulak yg saspen.
enjin kete dh sejuk. aku isi air semula dn syukur dpt balik ke rumah. walau sepanjang perjalanan aku tak henti doa.. jgn le jd ape2. mata pula tak henti jeling temperature (btul ke aku eja?). dada dub..dab..dub..dab.. jgn kata le. 20km tuuuu nak sampai rumah..
moral of the story: jgn lupa check air kt radiator kete walau sesebok mana pun anda. dn jgn lupa tutup balik penutup dia!. hahahhaaa
note: esok aku rasa nak ambil cuti le. penat sgt hari ni.. :)
10 comments:
Salam.
Saya dapat baca note cikgu tu.. ooo!! nak report la macam ni! =)
Cakap pasal kereta, syaa nak ambik lesen!! tak mao amik lepas graduate! :'(
note apa?.. hahaha mana ada. nasib ko le dpt baca ye. aku dh edit balik. hahahaa
ele... mak kite ckp...kot itu ini lupe... ni mesti mkn semut byk... he..he...
lagi satu moral of tis story... em...jgn lupe mkn jamuan... mknan a.k.a jamuan lps meeting merupekan suatu terapi yg baik utk anda yg mengalami sbrng mslh samada sblm atau slps meeting... tak gitu cikgu...
jgn mare... senyum selalu :P
salam cikgu...
hah? tuu la...naik kete x baca doa ek? hihihihihi
itulah chekgu,jangan lupa ya chekgu,kereta itu walau buruk mesti kena berjasa semasa eleksi nanti
o*n*E
Manje:
makan semut eh. iye kot.. byk semut dlm bekas gula aku hari tuh.. :)
airynnz:
hehehehh.. pelik arr.. camne ko bleh tau aku x baca doa eh?
oneib:
org dh pandai skrg ni wak. wira tak pandang dah. nak pilih merc dgn bmw aje.. keh..keh..
kalau nak ambil orang tengah2 atau nak menarik perhatian orang sana sememang la penting untuk berimpressi,baru gempaq gituw.tapi kalau orang yg setia merc kat SANA yg dia orang dambakan..
O*n*E
pengerusi tu ade bela org utan eyh cegu??
salam.
cikgunya, lain kali sblum tutup penutup enjin depan, periksa dulu kot2 ada kain pelikat tertinggal kt atas bateri tu ke. hehe. nasib baik dh sampai bru nak mati enjinnya ye. cuba kalau tgh2 jln. x gi meeting la cikgu jawabnya. (pegi meeting pun otak cikgu duk ingat kt kete. hehe)
ehem. jgn la majuk2 cikgu. sy ada sindrom malas balas komen tu sbb bz yg amat. x menyempat la nk membalas sgt :)
oneib:
org skrg nak naik bmw aje. padahal undi dh set dalam kepala.
nanonano:
tak.. dia tak bela org utan. tapi dia bela hutan belantara. hahahahha.
sarah:
owh hyper bz sarah nih. ok.. baik2 belajar ye sarah.
Post a Comment