sabtu petang.
nset berbunyi. ada sms masuk. dengan mata yang berat aku melirik pada skrin nset. bukan sms yang aku cari, tapi jam. 6.15 petang. Ya Allah! aku belum solat Asar. memang aku keletihan hari ni. dah 3 jam aku tertidur rupanya. membiarkan laptop keseorangan menanti data seterusnya diisi.. isteri aku rupanya dah balik dari stadium. tumpang kawan katanya. ntah2 dia ada baca sajak berani mati aku kt blog kot.. :p
segera aku ambil wuduk dan solat asar. agak lewat hari ni. usai solat, aku berkemas baju. barang2 anak isteri aku kemas. sebenarnya kt kampung ada doa selamat harijadi anak buah aku.
40 minit kemudian..
kami sampai kt kampung. dekat2 maghrib juga. adik aku dh siap masak juadah jamuan. nasi himpit, kari ayam, daging palembang, agar2 dn lain2. kami tak bawa apapun. sebab sebok dn keletihan juga. bawa perut untuk diisi saja. teruk betul!.
adik2 aku yang lain ada yg bawa nasi ambeng, nugget, kuih muih ikut masing2... huhuhuhu
kek besday. siap ada gambar lagi.. :)
aku paling tak sampai hati time muka budak kt kek kena potong.. huhhuuu. aku tak mau le kek ada gambar nih.. rasa mcm muka kena siat2 jee.. hahahhaa. tapi kek sedap wooo.. secret recipe punya kek..
lepas solat maghrib, aku pimpin sendiri tahlil dan doa selamat. bapa aku agak kurang sehat hari tu. selalu dia aje yg pimpin. tak pe le.. aku pun anak sulung lelaki jawa terakhir dalam keluarga tu. adik2 aku semua pompuan..
dh lama kami tak kumpul cam ni. last masa berkelah kt kalumpang dulu. seronok sgt dpt jumpa adik2 dn adik ipar. kami bersembang sampai tgh malam.. byk isu.. pastinya isu election lee.. hal2 kepincangan pihak pencadang dn hujah2 pihak pembangkang. heheheee.. opposition katakan.. :)ahad pagi.
aku ziarah sat keluarga mentua kat Klang. mereka sedang bersiap nak balik johor. lepas ziarah, balik semula Meru dan jenguk pula rumah aku yg hampir 80% siap. mungkin 2 bulan lagi kot..
kecut perut tukang tgk boss datang. hahaaa.. haa rajin2 kerja ye semua. nanti boss kasi tambah nasi.. ekekkeke.
ahad petang..
game futsal tu. apa ke bende main tgh2 panas terik..
hujung minggu yang ceria. aku bebas dari tekanan kerja. jumpa mak, ayah, adik2.. tengok progress rumah yg dh nak siap.. sembang2 dgn member kg.. seronok!. terapi yang berkesan bila cuti2 kt kampung cam nih. :)
7 comments:
Salam CJ.
Ahad yang best gayanya. Selamat hari lahir buat daniel darwisy.
hihi. 1st time tgk kek ade gambar real. takut lak nak makan :p
em mmg r... skali skala dpt berct kt kg cam nih mmg best... ilang tekanan ... tapi cume skjp jek kan... tak le cuti lelame... waaa kan bgus klu dpt ct lelame...
camnela diaorg nak ajak cikgu main..bizi manjang ngan aktiviti2,hehehe..:) slmt hari lahir untuk daniel darwisy,hehe..smog amenjadi anak yg soleh,amin..waaa, daging palembang...dah lama tak makan,hehee
x lama lg boleh lah dok umah sendiri ek!
tahniah!
Salam,
saya terjeles dengan cikgu..
tidak mengapalah, nanti dekat eleksi saya pulang kampung berjumpa umi tersayang
daging pelambang tu macam sedap,bila cikgu ingin membelanjakan saya?
O*n*E
WANIE:
tq Wanie. moga2 hari2 awak pun best gak..
ARIA AYUMI:
betul le aria. aku pun takut nak makan. tak sampai hati sebenarnya.
MANJE:
awak ni saja tau. nak hasut orang ambik cuti le tu.. hahahaahhaa
FAISAL:
Bro. suruh le kekasih gelap ko masak.. :p mesti best punye..
MAMA RANGGIE:
betul tu mama. selagi tak siap.. rasa resah je. huhuuuhhuu
Post a Comment