Thursday, July 31, 2008

RM10 sorang..

salam semua =)

semalam kak intan beri aku RM100. dia kata duit keuntungan hasil perniagaan masa kami pegang kelab guru tahun lepas. aku pun dh tak ingat. yang aku pasti, dlm mesyuarat agung baru-baru nih, memang dh diluluskan bekas2 AJK kelab guru layak terima sedikit sumbangan. sebagai menghargai penat lelah mereka uruskan kebajikan guru.

usul itu dicadangkan oleh seorang kawan kami AJK baru kelab untuk sesi 2008-2009.

note: [aku bekas pengerusi kelab guru 2007-2008]

"kawan2 AJK lain dpt tak kak?"
"tak.. sebab mesyuarat kata cuma exco tertinggi je.. cuma kita 3 org je.."

3 org tu ialah aku [bks pengerusi], dia [setiausaha] dan kak lail [bendahari].

setiap sorang dpt RM100 sbg saguhati dr kelab guru.

pagi tadi. aku tukarkan kt kantin note 100 tu kpd RM10. kemudian duit tu aku agih2kan kpd semua bekas AJK kelab. aku kira mereka juga layak dpt saguhati sbb sama2 susah payah uruskan kelab.

sorang dpt RM10. ada 7 orang semuanya. jadi aku masih ada RM30. hehe.. kaya aku sekarang.. hihi.. gaji aku bulan nih tambah RM30. yeahaaaaa!!!

Tuesday, July 29, 2008

2 cerita..

salam ceria =)

aku ada 2 cerita.

I.

sekolah aku tgh buat asrama. berjiran dgn asrama skma kuala selangor. tahun depan sekolah ni akan naiktaraf jadi sekolah sukan daerah.

2 blok asrama 4 tingkat, 1 rumah warden dan 1 blok dewan makan sedang dibina. jangka siap dalam tahun 2009. sekolah asrama kat kampung. mana le budak2 kampung ni nak sekolah masa tuh. sebab pelajar2 asrama tu dijangka dari seluruh selangor.

itu aku tak kisah sgt. yang aku agak kisah, tapak asrama tuh kampung orang bunian. huhuhu.. kata orang pandai2 le.. dgr cerita budak2 pompuan smka baru2 nih pengsan2 tak pasal.. pastu cakap sorang2.. hehe.

mat2 indon yg keje buat asrama tu pun adakalanya meracau sorang2. nanyi lagu dangdut inul. ekekekee..



II.
aku tertarik dgn kesungguhan mat indon yg buat bangunan nih. sgt berani. tanpa tali keselamatan. mereka meniti tinggi nun di atas sana. berpanas hujan dan kerja mcm tanpa penat. semuanya demi sesuap nasi .ops!.. sebiji banglo kt indon sana. err.. sesuap nasi le gak kot. ehehehe.


so.. sapa kata susah cari makan kt malaysia. yang agak susah skrg, ada duit tapi agak susah nk beli makan. sbb harga dh mahal. huhu..


ayyooo.. bro! byk berani haaa..


aku membayangkan aku kt atas tuh.. gayat woooo..

ok. ringkas je n3 aku kali nih. tgh demam sikit2 + tgh bz sgt2. esok hari anugerah kecemerlangan sekolah pula.

note: aku punya kos minyak sebulan dari rumah ke sekolah paling kurang RM500. kalau jalan2 maunya dekat RM700 sebulan.. huhu. malas nak pikir.. ;)

Monday, July 28, 2008

aku bermimpi rupanya..

salam ceria.. =)

malam tadi aku tidur agak lewat. kira-kira jam 3 pagi. sebenarnya, pada jam 2 pagi aku pergi ke hotel goldcourse, klang.

[sebelum tu aku tgk konsert Rabbani dn In-Team kt padang belia kampung aku]. balik rumah dekat jam 12 tgh malam. sblm tuh kawan aku tepon pesan tlg ambik dia kt Klang. masa tu dia kt Langkawi lagi. jadi jam 2 pagi aku drive gi Klang ambik dia.

aku ambil kawan aku yang baru sampai dari langkawi. dia tinggalkan keretanya kt rumah aku. jadi, dia ambil teksi dari LCCT ke Klang dan aku ambil dia kt depan 7-eleven dpn goldcourse tuh.

isk.. apa aku belit2 nih. hahaha!

so.. lepas aku ambik dia dan waktu tidur le tu aku bermimpi..

aku mimpi 2 orang sultan. 1 sultan di utara semenanjung dan 1 sultan dari pantai barat semenanjung. dalam mimpi tu aku diberi banyak hadiah oleh mereka. kedua2 sultan tu hadiahkan aku mcm2 hadiah, antaranya pakaian, bantal sofa, buku dn macam2 lagi yang aku tak ingat.

malah dgn sultan dari utara semenanjung tu, aku berbual2 dgn dia. berbual sgt ramah. mcm dh kenal lama. dan dia bagi aku lbh hadiah dari sultan yg satu lagi.. huhu

hehe.. org kata mimpi mainan tidur. tapi org kata mimpi yg baik kena cerita kt orang.. hehe

ni aku cerita le mimpi aku malam tadi.

pssssttt.. aku tidur dlm wuduk tau.. hihi

note: hari ni aku lewat dtg sekolah. sampai jam 8.00. huhuhu!. terlewat bangun sbb syok sgt mimpi tuh. hehe

Thursday, July 24, 2008

menghijaukan bumi.. :))

salam semua .. =)

hehe.. rajin pula aku apdet minggu nih.

kali ni aku nak tepek pula gambar2 my new baby. pokok buah2an yang aku tanam kt depan rumah aku. kalau ada rezeki lagi 3-4 tahun merasa le kot kami hasilnya. masa tu boleh le aku jemput korang semua merasa sama buah2an nih. hehe.

tapi sebelum tuh, kena la korang sponsor baja kat aku. hihi.. kos baja dh mahal wooo. sementara tuh, aku cuma guna tanah bakar dgn serat kelapa sawit aje. yg lain, pandai2 le pokok tu hidup sendiri. nak air pun tunggu hujan je. hehe. kalau rajin aku siram le.. kih kih kih

pokok rambutan 'budak sekolah'


pokok cempedak nangka. kata penjual tu lee.

pokok kelapa pandan.

selain tuh, aku ada tanam juga keladi, ubi pikul dn mangga jenis harum manis. semuanya masih terlalu baby. keladi dn ubi kayu lagi 8-9 bulan baru nak tuai hasil. mangga tuh lagi 1-2 tahun kot. hehe.

aku juga sedang kumpul dana nak buat bangsal. aku nak bela kambing. murid aku nak jual kambing dia dgn harga murah. hanya RM550 sekor utk kambing betina. siap baby dlm perut dia. hehe.. kalau campur laki dia, dia boleh tolak kt aku RM 900. menarik sgt. hihi..

Wednesday, July 23, 2008

biar betul.. (^,^)

salam semua.. =)

aku tgh menaip kt laptop. bilik guru agak sunyi sebab ramai guru dlm kelas. cuma ada beberapa orang cikgu pompuan aje kt hujung sana. tiba2 aku punya PK1 dtg bagi aku satu borang warna putih. dia kata aku kena isi juga. sebab aku antara nama yang dia rekemenkan.

aku ambil borang tu. saspen jek. rupanya borang nih..


huh!. macam tak percaya jek. aku tanya dia berkali-kali.

"betul ke ni boss?"

"iye le. nanti aku cadangkan nama CJ kt majlis"

"huh.. aku mana layak.."

"isi jee.. nanti aku rekemen"

aku belek2 borang berkali2. hmmm.. aku rasa aku mmg tak layak.. =)

lagi2 antara syaratnya ialah sumbangan kepada negara dn negeri. penglibatan dlm NGO, parti politik.. huhu. dan paling besh.. mesti umur 40 tahun ke atas. tooiiinngggg!! walllaweeeiii!!..

PK aku buat lawak le nih. aku ingat dia saja je nak sakat aku nih.. huhu

note: PK aku sendiri ada PJK, PPT.. hehe

Tuesday, July 22, 2008

cerita durian.

salam semua.. :)

berkain pelikat lusuh warna coklat. berbaju melayu warna ungu tanpa butang. berselipar jepun. melangkah lemah kerana demam. itulah aku sewaktu kt pasar malam tadi. aku ditemani safwan. anak bujang yg keletah itu. dia pakai t-shirt pasar malam warna coklat dan seluar panjang warna biru cair.

manakala isteri aku di rumah. dia keletihan hari ni sebab terpaksa menghadiri 2 mesyuarat sepanjang hari. termasuk 1 mesyuarat yang dia pengerusikan sendiri. mesyuarat ketua pentaksir daerah. justeru dia tak menemakan aku ke pasar malam.

aku tertarik utk beli durian. tapi aku cuma nak beli 2 biji saja. sebab cuma kami bertiga yang makan. [sebenanrnya siang tadi aku jalan2 blog inah. dia cerita pasal durian. maka aku telah terpedaya dn tergoda nak makan durian pula hari nih.. hehe]

singgah di gerai jual durian di muka pasar malam betul2 di tepi jalan simpang empat. si penjual meneriak lantang. orang ramai lalulalang. kenderaan pula bersimpang siur. agak bingit suasana.

banyak pilihan. 2 biji RM10. 3 biji RM10. 5 biji RM10 dan 10 biji RM10. aku cakap kt penjual aku cuma nak beli 2 biji aje. lalu dia cadangkan aku beli yang 3 biji 10 ringgit tu. boleh aje. lagipun saiznya agak besar juga.

setelah berlaku proses ketuk - kopek - tekan isi - belah. aku beli 2 biji yang diidamkan. aku hulur RM10. dia pulangkan RM5. aku agak terkedu juga. terdengar penjual tu kata kt anak aku, susah cari duit sekarang. ehehe.. ntah apa maksud dia.

soalan:

1. kalau 3 biji RM10. 2 biji RM5. berapakah harga kalau aku beli 1 biji durian?

2. jika 1 biji durian itu mengandungi 10 ulas. berapakah harga seulas durian?.
hehe.

sampai rumah, isteri aku habiskan sebiji setengah durian dia sorang. mcm ape jek dia ngadap deroyan tuh. tak hengat dunia. ekekekeke.. aku dpt makan 3 ulas je.. huhu.. manakala safwan makan nasi dgn kicap aje. ngeeeeeee..

nota 1: aku doa2 je n3 ni bini aku tak terjah time aku tidur malam nih.. kikikiki

nota 2: tobat aku nak buat cucur durian mcm ahad lepas. tadek org nak makan. sebenarnya mereka semua tak lalu nak makan. "cucur pelik" kata adik aku. malah anak buah aku langsung termuntah balik!. haish.. aku juga yg mengabiskannya sorang2 sampai ke malam. :P

Monday, July 21, 2008

aku cuma cikgu biasa.

langkah demi langkah aku daki anak tangga. mendaki tingkat 3 menuju kelas tingkatan 6 rendah. mentari pagi lembut menyapa muka. disulam angin dingin saki baki embun malam tadi. alam terasakan tersenyum. rasa sejuk dan menyegarkan. hatiku juga turut sama bernyanyi. mengalun simfoni gembira bernada ria.

aku terhenti seketika di muka tangga. terpandang tari sang burung walit nun di kejauhan, tinggi tarinya namun tidak menyapu putih awan. langit biru dan coklat burung walit menyeri warna pagi. indah lukisan pada kanvas lakaran Maha Pencipta.

mungkin burung walit juga baru keluar dari sarangnya untuk mencari rezeki. sesekali berlegar rendah di muka padang nan menghijau. mengintai belalang dan cengkerik yang terlupa pulang setelah bernyanyi sepanjang malam. pastinya burung walit juga mencari sarapannya dan sarapan anaknya. mungkin.

embun bergayutan di hujung lalang yg tumbuh di tepian padang beransur hilang di panah mentari pagi. menjadi wasap seketika dan akan turun semula malam nanti. kalau hujan, sang embun akan turun bersamanya.

aku senyum sendirian. indah sungguh pagi ni. mahu saja aku berhenti di sini memerhati tari burung walit. melihat biru langit dn putih awan. tenggelam dlm lebut angin pagi yg menyisir rambut. terhibur dgn tingkahnya sang walit berebut cengkerik itu.

namun aku harus meneruskan langkah. hanya beberapa tapak lagi untuk menuju kelas tingkatan 6 rendah. sampai di muka pintu, pelajar bangun memberi salam. wah!. sejuk kelas mereka dgn penghawa dingin. pagi2 lagi dh nak sejuk mereka nih. mmg darah mamalia sungguh.

salam disambut. fail dn nota2 yg aku bawa aku letak kemas atas meja guru warna biru pekat.

hari isnin minggu sudah aku bahagikan mereka kpd 3 kumpulan. setiap kumpulan harus siapkan 1 tajuk berkaitan tamadun dunia. negara kota, negara bangsa dan negara empayar.

seminggu aku beri mereka peluang siapkan kertas kerja. hari ni adalah masa pembentangan mereka.

aku: "ok.. kumpulan satu. tajuk negara kota. buat pembentangan dahulu.."
budak2 tu saling berpandangan sesama. aku memerhati bahasa tubuh mereka.

aku: "korang tak siap lagi ke?"
mereka: "belum cikgu.."
aku: "kenapa.."

mereka bungkam. diam dn diam.

aku: "ok.. kumpulan 2. tajuk negara bangsa. sila ke depan"
mereka cuma tunduk. ntah apa yang dibacanya kt atas meja tulis tuh.

aku: "apa masalah awak?"
mereka: "tak siap lagi cikgu"
aku: "apa alasan korang pula"
mereka: "takde buku cikgu."
aku: "awak kata takde buku?. abes kt PS apanye?" aku mula meninggi suara. aku pasti dlm rak label STPM ada beberapa buah buku rujukan tamadun Dunia. sgt2 pasti sebab PS bilik rehat aku selalu.

hening.... mcm bini baru kena marah laki.

aku: "kumpulan 3?"
senyap juga..

mereka: "tak siap lagi cikgu.." satu suara menyambut. agak getar suaranya.
aku: "apa yang korang buat 2 hari cuti?" aku dh mula tumbuh tanduk. dingin aircond gagal menyejukkan bara dlm hati. kali ni aku benar2 sgt kecewa dn terkilan dgn mereka.

aku: "awak semua dh tingkatan 6.... bala..bla..blaa..." ntah apa ntah aku bebelkan.
ayat akhir bebelan aku: "tak payah le saya mengajar awak semua. pemalas dn berlagak"

ah!. mood aku dh rosak pagi ni. terlalu keciwa dgn sikap mereka. ni kali ke-3 mereka gagal siapkan kertas kerja yg diberi. aku sgt2 kecewa. kecewa dgn reaksi mereka yg tak nampak mcm bersalah. kecewa sbb mrk tak minta maaf gagal siapkan kertas kerja. malah saling menyalah sesama pula.

aku ambil fail dn nota2 tamadun dunia. keluar dari kelas mereka. menuruni tangga dan terhenti sejenak di muka tangga. burung walit juga dh tiada. mungkin kekenyangan dgn cengkerik tadi.

aku masuk bilik guru. letak fail dn nota. pergi bilik air dn basuh muka dgn air. cuba menenangkan diri sebenarnya. masuk semula ke bilik guru. [bilik air sebelah bilik guru saja].

terlihat ada sepelastik rambutan atas rak buku di sudut belakang bilik guru. rupanya ada kawan balik kampung dn bawa rambutan hari nih. apalagi. hehe.. aku melantak rambutan sepuasnya. kemudian ada pula serawa durian dgn roti. hmmmm.. rezeki lagi.. hehe..

terlupa langsung budak2 form 6 rendah tadi. lantak mereka lee.. hari ni boikot kelas mereka. malas nk ngajar budak pemalas. dn form 6 tak berubah juga. huh!

makan dan makan dan makan.. memang terapi yg bagus kalau tgh2 tension gini. huhu..

Sunday, July 20, 2008

apa aku nak tulis?

aku buka go[blog] aku nih. lama dh tak buka. lagi2 sejak aku payah dpt tenet skrg. dh bersawang rupanya. oh! kawan2 pun dh ramai yg melangkah pergi dari go[blog] aku nih. hehe..

nak buat camna.. gitu kot adat dunia blog nih. sapa tak balas layan, maka dia takkan dilayan. huhu..

ok.. aku tgh pikirin apa mau ditulis di sini.

pikir.. pikir.. pikir.. pikir..pikir.. pikir.. pikir.. pikir.. pikir..pikir.. pikir.. pikir.. pikir.. pikir..pikir.. pikir.. pikir.. pikir.. pikir..pikir.. pikir.. pikir.. pikir.. pikir..pikir.. pikir.. pikir.. pikir.. pikir..pikir.. pikir.. pikir.. pikir.. pikir..pikir.. pikir.. pikir.. pikir.. pikir..pikir.. pikir.. pikir.. pikir.. pikir..pikir.. pikir.. pikir.. pikir.. pikir..pikir.. pikir.. pikir.. pikir.. pikir..pikir.. pikir.. pikir.. pikir.. pikir..pikir.. pikir.. pikir.. pikir.. pikir..pikir.. pikir.. pikir.. pikir.. pikir..pikir.. pikir.. pikir.. pikir.. pikir..pikir.. pikir.. pikir.. pikir.. pikir..pikir.. pikir.. pikir.. pikir.. pikir..pikir.. pikir.. pikir.. pikir.. pikir..pikir..

waduh! pusing kepala gue. :P

kebejatan idea udah aku nih.

ok.. aku ada satu cerita.

aku sedang melarikan diri. aku pun dh pindah tempat duduk aku kt bilik guru. aku duduk kt belakang sekali. nun di penjuru paling belakang di sebelah tingkap. di belakang cikgu2 lelaki yg besar2 dn sasa badan mereka. aku sedang usaha menyelamatkan diri dari seseorang.

ada sorang cikgu pompuan tuh. dia bujang. umur dia masih muda. dlm 25 thn kot. kalau borak2 suka sgt tangan dia cuit2 bahu aku. aku rasa sgt2 takut dan geli geleman. takut dia sapu minyak senyonyong je kat aku. haha!. jadi utk kebaikan aku, dn tak mau aku mangsa seterusnya difitnah liwat utk memusnahkan karier politik aku =). aku bertindak melarikan diri.

lagi2 dia selalu panggil aku abang.. [dgn kuatnya di dpn khalayak] waaaaa! apa nih. takut weh.. kegersangan ke apa dia.. huhu.

waaa! aku tak mau jadi mangsa gangguan seksual. waaaaaa!!

ops! cikgu tu bukan pompuan melayu terakhir yg pernah aku cerita dlm n3 lepas. huhu

note: mungkin cikgu tu cuma bergurau. tapi gurauan dia sgt2 menakutkan aku yg masih suci murni nih.. hak hak..

Wednesday, July 16, 2008

kisah pemandu paling berhemah..

salam sabar.. hehe

suasana malam lepas isyak. terang rembulan pertengahan rejab. aku baru balik keje. seharian tadi bersama budak2 dan skrg baru nak balik ke rumah. keluar gelap balik gelap.

kete aku kt depan sekali kt trafik light. di simpang empat dan aku perlu melalui simpang empat terus ke depan utk balik rumah. sambil tunggu sambil buka radio. lampu merah. simpang depan sdg lalu sebab lampu hijau.

tunggu.. :)

giliran belah kanan pula jalan. layan lagu sampai habis.

tunggu.. :

belah kiri pulak jalan. layan lagu lagi, lagu ke-2. dh masuk lagu lain. siap sedia nak masuk gear. pasni giliran aku.

1..2..3.. :D

aik!. simpang depan pula jalan?. takpe. tunggu lagi. mungkin lepas ni turn aku.

tunggu lagi.. :

dgr lagu lain pula. lagu ke-3. simpang belah kanan pula jalan.

tunggu lagi dgn sabar.. :(

simpang belah kiri jalan pula. byk lori, bas dn kete dari sana. ok.. pasni mesti turn aku kot. hehe. sedia..

1..2..3.. :D

HAH!.. giliran simpang depan lagi? takpe.. takpe.. sabar.. huhu. skrg simpang kanan pula jalan. abes simpang kanan, simpang kiri. pastu giliran aku kot. kete kt belakang pun sama sabar cam aku.. ok.. simpang kiri pula jalan.. tunggu..tunggu,..tunggu.. hehe.. sedia.. pasni gerenti giliran aku punya lah.

1..2..3 :) yeay!

APA! simpang depan lagi? gggrrrrrrr.... kt depan sana seberang jalan belah kiri, ada stesen minyak shell. aku rancang sesuatu. aku akan belok ke kiri, masuk shell pastu aku masuk simpang kiri. tapi aku masih sabar. tunggu simpang kiri jalan. lagu ntah keberapa dh tukar. simpang kiri abes.

1..2..3 :D viola!! yeay!

HAH! simpang kanan pulak jalan. argghhhhhh!! apa nih..

^&#%!*^#(!^#(!@(#*&! (dialog disensored sbb mengandungi unsur2 fitnah dan provokasi) hehe..

aku nekad. tgk kete belah kanan agak jauh. aku terus cilok ke kiri dgn kepantasan ibarat F1 membelok. siap ada sound effect tayar lagi. huhu.. garang tuu.. hehe - utk masuk shell-. sambil2 tgk cermin belakang..

waaaaaaa!!... elok je kete aku buat jahat tadi. tetiba je kete belakang aku tadi meluncur tenang ke hadapan. diikuti kete lain. cis! rupanya dh lampu hijau simpang tadi. heeeeee... dengki betul le. mcm tau2 aje bila aku membelok simpang cara jahat, terus lampu tukar hijau. ggrrrrrr..

apa agaknya mamat kete belakang aku tu gelak2 kt aku ntah.. huhu

kanan-kiri-kanan-kiri. huh! pening. hehe

Monday, July 14, 2008

rombongan "budak sekolah" ke parlimen

salam semua.. :)

ini cerita lama. tapi aku takdek idea nak tulis apa kt blog nih. jadi korek2 gambar lama. dn terjumpa le kisah rombongan kami ke parlimen minggu lepas.

rombongan tu berlaku ada hari rabu minggu lepas. dan aku adalah senarai ke 39 dari 40 yg ditawarkan utk ikut rombongan tu. itupun selepas ada cikgu yang tarik diri. sampai hati korang sengaja bagi aku waiting list aje. kerusi ke 40 utk konduktor bas. huhu.

kami bertolak dari kuala selangor jam 8.00am. punya le teruja kanak2 ribena nih, naik bas belum sarapan pagi. sebab ikut plan, kami akan sarapan kt cafe parlimen. suka2 aje budak2 nih. mujur aku dgn cikgu adnan dh sarapan kt kantin sekolah.

seronoknya dpt gi rombongan. melihat bandar mcm KL. maklumle kami ni dok ulu aje. kuala selangor kn luar bandar.. hehe.. kemudian bas sesat kt kerinchi link selama sejam. apa le punya drebar bas. tapi kami tak kisah. dpt tgk tempat org. ngeeeee.. akhirnya kami dlm bas dh kelaparan tahap aura ke-8 dah. bila lalu dpn sri hartamas, nak je aku tepon dayah tlg sambut kami dn belanja kitorang makan. heeee.. mujur tadek no phone dia. hehe

akhirnya bas berenti kt petronas tepi highway. apalagi.. budak2 tu menyerbu kedai mesra bagai singa kelaparan. aku dgn adnan ketawa2 aje tgk budak2 kelaparan. hahahaha! memasing beli roti, biskut, air mcm dh setahun tak makan. hehe.. tu le.. sapa suruh tak sarapan dulu kt sekolah.

akhirnya kami sampai juga ke parlimen jam 11.00 am. kena beratur pula.

dh sampai parlimen.. yeaaayeaa!!


"ok... buat dua bariiisssss" kata penyambut tetamu parlimen. maka budak2 ni pun beratur le mcm kanak2 sekolah kt perhimpunan.. hehe

"ok.. nset dgn kamera masuk dlm beg ni.." kata dia lagi sambil hulur beg kertas.

aiseh! takleh bawa kamera le pula. hehe

barisssss!!.. hehe

setelah beberapa taklimat ringkas ttg peraturan, kami ditempatkan dlm dewan pemerhati. memerhati wakil2 rakyat (ye ke wakil rakyat?.. hihihi) berbahas. huh!.

ngantuk sungguh aku kt dlm tuh. boring!. perbahasan tak hangat. ramai wakil rakyat tadek dlm dewan. ingatkan mrk gaduh2 mcm kt dlm tv tuh. ntah berapa kali le aku menguap kt dlm tuh. perut pula dh lapar gila dh nih.


lps sejam, yes!.. kami diarahkan keluar oleh kakitangan parlimen. sbb ramai tetamu tunggu giliran nk masuk.


kemudian, kami dibawa ke cafe parlimen. rupanya kami akan dijamu dgn jamuan nasi. kami dijamu dgn nasi putih, ayam masak lemak, telur goreng, filet ikan masam manis dn buah2an. sorang menteri tu yang belanja kami makan. menteri mana? hehe.. takmoh bagi tau.. hehe


lepas makan, menteri tu jumpa kami. dan ada le sikit2 taklimat dn soal jawab dlm cafe tuh. aku mcm nk tanya soalan2 sensitip pasal isu2 politik negara, tapi tak sampai hati pulak. hehe

aku kurang selesa dlm cafe tu sbb ramai wakil rakyat aku tgk dok sembang2 sambil hisap rokok. aku mmg sgt2 geram. tak boleh jadi contoh langsung. kata suruh rakyat berenti merokok. cis!

lepas makan2 kt dalam. lps dpt balik nset dgn kamera le nih.. hehe

aku juga tgk ada wakil rakyat BN dgn wakil pakatan rakyat boleh dok sembang2 semeja sambil2 minum teh. mesra je aku tgk. ntah le.. tak faham aku perangai2 mrk nih. kita yg kt kampung nih dok gaduh2.. mrk boleh relak2 je sembang kt parlimen.


lepas jumpa pak menteri, kitorang pun balik le semula ke kuala selangor. hasrat hati ingat dpt kot jalan2 ke KLCC ke, Midvalley ke.. rupanya ada wakil PPD ikut rombongan sama. hampeh!. tak boleh nak mengular. :(

"CJ.. yg tinggi tu ape?"

"errr... ntah. aku rasa hotel depa kot.."

"ooooo.. aku ingat kt situ depa dok bersidang.."

"leeeee.. awat le hang naif sgt chombi ooiii. bak malu owang KS je lah hang" hehe


"boss.. jln balik nih jom gi jln2 KLCC ke menara petronas kee.. langkawi ke.. hehe"

" :( " <-- rupa boss ketua rombongan


ok.. terima kasih kepada Panitia Sejarah Daerah yang mengatur rombongan secara percuma. hehe.

rombongan tadi adlh rombongan guru2 sejarah daerah kuala selangor. seronok dpt masuk parlimen. tapi tak seronok tk dpt nk ngular2 kt KL...

Thursday, July 10, 2008

mesin jahit buruk

salam sejahtera semua =)
dulu masa kat sarawak. aku ada beli mesin jahit buruk. aku beli sekenhen je kt kedai seken kt Miri. sebab masa tu gaji aku sgt kecik. maklum le baru mula keje dan aku baru beberapa bulan kawen. aku tak ingat harganya, tapi aku rasa dlm RM150 kot masa tu.

yg aku ingat, apek tu aku paksa dia hantar mesin jahit nih dgn van buruk dia. hihihi.. sebab masa tu aku belum beli kete lagi. kan aku kata gaji aku kecik masa tuh. hehe

so.. mesin jahit nih telah mengalami transformasi. bini aku belikan dia motor utk senang kaki dia tekan. jadi tak payah le dia tekan2 kt pedal sampai senak2 perut.



mesin jahit murah yg dh tua tapi sgt lasak. huhu


mesin jahit nih byk jasanya. dia pernah jahit baju raya aku, malah jahit seluar aku yg koyak. sekarang bini aku tgh rajin jahit langsir. semua langsir kt rumah ni dia yg jahit. :) lantak dia le.. sekurangnya jimat kos upah jahit langsir. hehe


ni langsir kt ruang tengah rumah aku.

aku edit2 gambar, terlebih pula warna merah kt dinding tuh. :p


ni pula langsir kt dapur.. hehe


ni pula langsir kt ruang tamu.. ;p

aku sebenarnya buta pasal2 fabrik dn tekstile nih. aku tgk langsir2 tu tanpa perasaan je. sungguh. kalau org kata: uuuiihhhh cantik le langsir rumah ko atau wwuuiihhh buruk benor le langsir rumah ko.. hehe. aku kata: iye le kot. lagipun aku bukannya berjiwa tekstile bunga2 labuci gitu.. hahahaa.

ok.. utk2 blogger2 owang pompuan. korang layan le gambar2 langsir nih ye. tak reti le aku nak cerita apa. hehehe

daaaaaa...

note: jumaat, sabtu dn ahad hujung minggu nih aku gi kem budak lagi. kali ni kt kalumpang pula. alaaa tempat bese le tuu.. kalumpang resort. hehe.. hai le jenuh aku tidur kt khemah bulan nih.. tak kesah le.. sbb biasanya makan2 kt kem budak2 nih sedap2.. hihi..

Tuesday, July 8, 2008

wahai pentadbir! hargai lah guru anda..

salam ceria :)

senyum sikit.. dh sarapan? hehe

hari ni sarapan pagi cikgu2 ditaja oleh PK1. ntah apa mimpi dia tetiba je dia bermurah hati belanja kami sarapan pagi. ceria dn gembira cikgu2 semuanya. jimat budget makan. konsep kt sini, ambil le apa saja yang ada kt rak makanan, makan le apa saja, kuih, nasi, mee apa saja.. si tukang belanja akan bayarkan. huhu

utk aku, aku cuma ambil teh segelas, mee goreng dgn telur goreng. huhuhu.. banyak kan?. patut le seluar dh terkoyak. ahaks!>>> hihi..

rasa segan pula nak ambil suka2 hati. adat org tolong bayarkan, takkan nak pulun makan sesukahati. kesian le kt tukang belanja.

terima kasih PK1 aku yang baik hati. terima kasih daun keladi.

pasal belanja kawan2 makan nih, aku pernah cadangkan kt pentadbir dulu. agar semua pentadbir pandai mengambil hati guru2. pentadbir jgn syok sendiri kt atas sana. mengarah guru itu dan ini. tapi tak pandai ucap terima kasih kat kt rakan2 guru yang bertungkus lumus membuat kerja.

aku pernah cakap kat HEM. supaya guru2 kelas diberikan cenderamata setiap akhir tahun. guru2 SSDM, guru pengawas, guru disiplin dan semua guru bawah bidang tugas HEM diberikan cenderamata. sebagai tanda terima kasih HEM kepada rakan2 mereka. bukan mudah woooo buat kerja2 tu semua. tensen! sungguh!

begitu juga guru2 di bawah PK1 bidang akademik, guru2 bawah bidang kokurikulum. apa salahnya hargai sumbangan dan penat lelah guru. berikan mereka sedikit ceria dan gembira. dengan belanja mereka makan sesekali, atau belikan mereka hadiah, sekurang2nya cikgu2 akan merasa dihargai. dan menambah motivasi utk bekerja juga.

rasanya tak salah menghargai kawan kan.

salah satu budaya sekolah aku pula. bila ada rakan2 yang pergi kursus jauh2 ke melaka, pahang, langkawi dn lain2. mereka akan belikan ole-ole utk kawan2 kt sekolah merasa sikit.
kalau yg kursus kt langkawi tu sudah tentu coklat. kalau kt melaka, dodol. begitulah mereka akan beli sedikit utk kawan2 merasa. sekurangnya berterima kasih kt kawan2 yang tolong relief kelas.

malah yg tolong relief kelas dpt sikit tambahan ole-ole.. hehe

aku kira, dgn budaya berterima kasih mcm nih, akan merapatkan ukuhuwah sesama rakan setugas. seterusnya akan menemukan jodoh juga sesiapa yg masih bujang.. lagi2 kalau ole2 itu dh dijampi pengasih dulu hahaha!

apa salahnya pengetua yang dapat elaun keraian, belanja sikit cikgu2 makan atau sarapan. jgn le guna elaun keraian tu utk bayar kete ke rumah ke korang saja. cikgu2 nak juga merasa elaun keraian korang. tanpa kami cikgu2 cabuk nih, sapa le korang wahai pentadbir... hahaha.. mcm apa jek.

korang patut kesian kt kami yg kerja siang malam nih. berjaga malam kt kem, dok kejar budak keliling sekolah, kena marah mak bapak, berpeluh ngajar kt kelas yg kipas rosak, kena buat fail itu ini, kena buat data sampai tak tidur malam.. hargailah cikgu2 anda. selami perasaan dn emosi mereka. bina motivasi mereka.. ingatlah org yg tersayang. cheewwaahhhh!!

teringat aku ada satu kisah kt sebuah sekolah. spt yg kawan aku cakap.. err..pengalaman sebenar dia:

selepas tamat satu hari kantin sekolah dia. puan pengetua dgn bangganya berkata bahawa dia tak berbangga langsung dengan pencapaian hari kantin walaupun mencapai sasaran dn untung besar. bagi dia apa yg cikgu2 buat tu satu tanggungjawab dan arahan dia.

kawan aku kata: puan pengetua tu kata lagi: MAK BAPAK DIA TAK AJAR UCAP TERIMA KASIH kat orang yang buat baik kat dia. bagi aku pengetua mcm nih patut kena penjara sampai mati rotan 400 kali kat mulut dia. huh!

kesian mak bapak dia dpt anak kurang ajar!

oh.. kepada PK1 yang belanja kami. byk2 sabar ye. dh le cikgu langgar orang, pastu kena saman. kete rosak kt bengkel. bibik pula kena tangkap imegresen takde permit.. huhu.. kami tumpang simpati sgt2. harap belanja sarapan pagi tadi jadi sebab ringan bebanan cikgu yee.. hihihi.. tumpang sedih jee..

Monday, July 7, 2008

panas dlm sejuk.. :(

hari ni cuaca agak sejuk. mcm nak turun hujan tapi tak turun juga. kalau tgk langit mendung semacam.

tapi aku kepanasan hari nih. sepanjang hari aku paksa diri aku pakai blazer. sungguh rimas dn membosankan. lagi2 bila terpaksa kenakan tali leher. mcm kena jerut je rasanya. tapi demi menjaga keterampilan dn kekacakan, aku kenakan juga. walau berpanas. hihi..

tapi aku memujuk hati dn diri sebenarnya. alaaa... bukan selalu pun pakai blazer cam nih. lagipun hari ni ada pelawat penyebok dari ppd dn jpn yang buang tebiat dtg sekolah pagi2 buta. kata mereka nk tgk perhimpunan isnin budak2. cet!. kalau gian sgt meh le turun sekolah jadi cikgu semula cam kami.

ok.. aku mengira setiap detik masa berlalu. cepat2 le abes waktu sekolah nih. dh tak tahan terkurung dlm blazer yg amat panas nih. ke kantin, ke kelas, ke tandas pun pakai blazer. huhu..

rasa cam nk nanges je. tapi hari ni mesti pakai juga. tadek kompromi. mesti dn mesti!. huh! benci! sungguh..

bila le pelawat ni nak tinggalkan sekolah. aku dh tak sabar nk tanggal blazer nih. panas leee..

isk.. kalau mrk balik pun bukan aku boleh terus buka blazer nih.

adesss.. sungguh aku lalai. hehe.. camne le aku boleh tak perasan. seluar yg aku pakai nih terkoyak kt jahitan atas poket dia. kanan kiri pula tuuu... hehe.. cover beb dgn blazer.. wahahaa! walaupun koyakan itu tak le besar sgt. tapi kalau direnung dgn agak lama, akan kelihatan le juga dgn sekali imbas.. hehe. oh!. aku tak mau diingati kerana sungguh seksi hari nih.. har har har

teruk sungguh le seluar ni. bolehnya dia mengecut dn mengecil pula masa nih. selalu aku pakai ok je.. huhu. nak kena denda seluar nih. menyusahkan aku je..

ni mesti kesan2 aku camping kt sungkai le nih. maksud aku seluar tu mengalami pereputan fros bila diguna mandi sungai. hehe..

moral of the story: sila bawa seluar spare. lagi2 kalau rumah dh jauh. huhu..

Thursday, July 3, 2008

sekadar n3 kosong..

salam semua..

tarikkk nafas.. lepasss.. tariiiiikkkk.. lepaass..fuh! lega.

tak moh sedih lama2. buruk benar muka org tua majuk eh. kang org kata mcm muka beruk yg bergayut kt bukit malawati. dan sungguh ada sebahagian beruk2 jantan itu yg sgt2 le tampan aku tgk. dan ada yg betinanya yg sgt2 ayu. terutama bila ada di kalangan beruk2 tu mcm pakai eye shadow dn lipstik je kt bibirnya yg bak delima tuh. tambah seksi bila beruk itu dilihat dari belakang ke arah bawah sedikit muahahhaha!!. sungguh seksi itu beruk. huhu.

ok.. tinggal le cerita n3 lepas.

hari ni langit mencurah hujan. sejak pagi tadi sampai le saat blog ni ditulis waktu tengahari. mentari pula seakan merajuk juga. sembunyi di balik awan. mujur cahayanya masih sudi menyusup rona2 di sudut2 sempit dan balik dedaun hijau. isk! apa le mengarut nih.

dah 3 minggu aku tak tulis rancangan mengajar. aku tau memang salah. boleh kena denda RM3000 kalau tak tulis rancangan mengajar. aku bukan sengaja tak tulis. tapi aku tak sempat nak tulis. byk sgt benda yg aku kena buat sejak akhir2 nih. tak pe.. dh namanya kerja.

jadi.. sebentar tadi aku mulakan menulis semula rancangan mengajar. aku buka buku tebal warna coklat tu. menyelak lembaran demi lembaran. membaca catatan2 yang sudah utk aku jadikan rujukan. diiringi hujan renyai mengalun irama. buat aku jadi sgt mengantuk pula. aku pasangkan juga koleksi lagu2 kat laptop ni. sengaja mencari lagu2 rock seperti search, wings, may dn lefthanded. oh! sungguh otai aku. retro gitu. hiks..

eh.. ada juga MUH, Dewa19, letto dn scorpion. nak dasat lagi, aku layan as-sahar.. suka dgr lagu dia bertajuk jihad. kisah perjuangan mujahidin palestine melawan yahudi. tapi disampai dlm bentuk black metal. huhu..

ok.. mengantuk dah hilang. aku mencapai pen warna biru. menulis rancangan mengajar utk hari isnin 9.6.2008. siap. utk hari selasa pula. 10.9.2008. baru nak mula. 2 pelajar form 4 mengadu beg mereka kena selongkar. banyak duit hilang.

aku kalau budak hilang duit. aku tak reti nak buat apa. kalau hilang nak buat apa. bukan boleh spot check. semua duit rupanya sama. akhirnya.. tanggung le sendiri. sapa suruh bawa duit banyak ke sekolah. pernah budak aku hilang RM200 duit kt kelas. menangis air mata pun tak guna. cikgu2 dh ckp. jgn bawa duit byk2 ke sekolah. huhu..

ops! berita terbaru. rumah aku dh masuk tepon. tapi masih belum aktif. kata kontraktor kt ibu sawat belum cucuk. ntah le. aku tak faham apa benda nk kena cucuk. esok2 kalau dh ok.. insyallah aku kembali mengganas kt blog ni balik. buat masa ni slow sikit. sbb tumpang wireless sekolah yg signalnya mcm hidup segan mati tak segan..:)

mslh tu juga yg sebabkan aku dh jarang jalan2 blog kwn2. harap korang tak kecik ati. walau jauh. walau jarang.. tetap dekat di hati.. hiks..

ok. ni n3 kosong. takde isi dn matlamat. sekadar cerita utk mengisi ruang.

esok aku ada kem kt sungkai. hot spring. insyallah aku akan bermalam 1 malam di sana. sungkai tu dkt dgn upsi kan. dekat juga dgn sg choh kan. ehehehe.. mana le tau kot2 terjumpa cik nadia ke, cik dayah ke, cik nurul ke.. kt sana. hehe.. boleh gak dating2 ngan korang.. hehe..

jumpa lagi.. daaaaaaaaaa..

note: terima kasih tak terhingga kpd rakan2 blog yg beri semangat dn nasihat kt n3 aku yg lepas. aku sgt2 hargai. moga korang pun baik2 saja dlm kasih sayang Allah. sayang korang juga. :) *wink*

Tuesday, July 1, 2008

biarku sendiri..

hhmmmm...

rasa sedih dan terkilan.
bila diri sering di salah anggap.. bila keikhlasan di salah erti. bila kejujuran sekadar mimpi. bila persahabatan berakhir kerna salah duga.

aku mahu sendiri. dan menyepi..

mencari diri yang hilang..

malas nak blog.

=(

note: bukan n3 jiwang.