ini cerita lama. tapi aku takdek idea nak tulis apa kt blog nih. jadi korek2 gambar lama. dn terjumpa le kisah rombongan kami ke parlimen minggu lepas.
rombongan tu berlaku ada hari rabu minggu lepas. dan aku adalah senarai ke 39 dari 40 yg ditawarkan utk ikut rombongan tu. itupun selepas ada cikgu yang tarik diri. sampai hati korang sengaja bagi aku waiting list aje. kerusi ke 40 utk konduktor bas. huhu.
kami bertolak dari kuala selangor jam 8.00am. punya le teruja kanak2 ribena nih, naik bas belum sarapan pagi. sebab ikut plan, kami akan sarapan kt cafe parlimen. suka2 aje budak2 nih. mujur aku dgn cikgu adnan dh sarapan kt kantin sekolah.
seronoknya dpt gi rombongan. melihat bandar mcm KL. maklumle kami ni dok ulu aje. kuala selangor kn luar bandar.. hehe.. kemudian bas sesat kt kerinchi link selama sejam. apa le punya drebar bas. tapi kami tak kisah. dpt tgk tempat org. ngeeeee.. akhirnya kami dlm bas dh kelaparan tahap aura ke-8 dah. bila lalu dpn sri hartamas, nak je aku tepon dayah tlg sambut kami dn belanja kitorang makan. heeee.. mujur tadek no phone dia. hehe
akhirnya bas berenti kt petronas tepi highway. apalagi.. budak2 tu menyerbu kedai mesra bagai singa kelaparan. aku dgn adnan ketawa2 aje tgk budak2 kelaparan. hahahaha! memasing beli roti, biskut, air mcm dh setahun tak makan. hehe.. tu le.. sapa suruh tak sarapan dulu kt sekolah.
akhirnya kami sampai juga ke parlimen jam 11.00 am. kena beratur pula.
dh sampai parlimen.. yeaaayeaa!!
"ok... buat dua bariiisssss" kata penyambut tetamu parlimen. maka budak2 ni pun beratur le mcm kanak2 sekolah kt perhimpunan.. hehe
"ok.. nset dgn kamera masuk dlm beg ni.." kata dia lagi sambil hulur beg kertas.
aiseh! takleh bawa kamera le pula. hehe
barisssss!!.. hehe
setelah beberapa taklimat ringkas ttg peraturan, kami ditempatkan dlm dewan pemerhati. memerhati wakil2 rakyat (ye ke wakil rakyat?.. hihihi) berbahas. huh!.
ngantuk sungguh aku kt dlm tuh. boring!. perbahasan tak hangat. ramai wakil rakyat tadek dlm dewan. ingatkan mrk gaduh2 mcm kt dlm tv tuh. ntah berapa kali le aku menguap kt dlm tuh. perut pula dh lapar gila dh nih.
lps sejam, yes!.. kami diarahkan keluar oleh kakitangan parlimen. sbb ramai tetamu tunggu giliran nk masuk.
kemudian, kami dibawa ke cafe parlimen. rupanya kami akan dijamu dgn jamuan nasi. kami dijamu dgn nasi putih, ayam masak lemak, telur goreng, filet ikan masam manis dn buah2an. sorang menteri tu yang belanja kami makan. menteri mana? hehe.. takmoh bagi tau.. hehe
lepas makan, menteri tu jumpa kami. dan ada le sikit2 taklimat dn soal jawab dlm cafe tuh. aku mcm nk tanya soalan2 sensitip pasal isu2 politik negara, tapi tak sampai hati pulak. hehe
aku kurang selesa dlm cafe tu sbb ramai wakil rakyat aku tgk dok sembang2 sambil hisap rokok. aku mmg sgt2 geram. tak boleh jadi contoh langsung. kata suruh rakyat berenti merokok. cis!
lepas makan2 kt dalam. lps dpt balik nset dgn kamera le nih.. hehe
aku juga tgk ada wakil rakyat BN dgn wakil pakatan rakyat boleh dok sembang2 semeja sambil2 minum teh. mesra je aku tgk. ntah le.. tak faham aku perangai2 mrk nih. kita yg kt kampung nih dok gaduh2.. mrk boleh relak2 je sembang kt parlimen.
lepas jumpa pak menteri, kitorang pun balik le semula ke kuala selangor. hasrat hati ingat dpt kot jalan2 ke KLCC ke, Midvalley ke.. rupanya ada wakil PPD ikut rombongan sama. hampeh!. tak boleh nak mengular. :(
"errr... ntah. aku rasa hotel depa kot.."
"ooooo.. aku ingat kt situ depa dok bersidang.."
"leeeee.. awat le hang naif sgt chombi ooiii. bak malu owang KS je lah hang" hehe
"boss.. jln balik nih jom gi jln2 KLCC ke menara petronas kee.. langkawi ke.. hehe"
" :( " <-- rupa boss ketua rombongan
ok.. terima kasih kepada Panitia Sejarah Daerah yang mengatur rombongan secara percuma. hehe.
rombongan tadi adlh rombongan guru2 sejarah daerah kuala selangor. seronok dpt masuk parlimen. tapi tak seronok tk dpt nk ngular2 kt KL...
17 comments:
salam cj
beshnyer dia dapat g rombongan ke situ... percume lak tuh... jeles ar... kite tak penah lagik jejak kaki ke sana... dapat lalu aje kat bangunan parlimen tu...
>> psttt .. ape yg cj bawak balik dari parlimen??? :)
ala..kalo nk mengular
bape sen je tambang ke kl
hahahaha
tp best kan
dpt msk parlimen
salam.
dulu ada juga sekolah buat lawatan ke parlimen tp khas untuk form 5 students je. tp bila sy form 5, tak dibuat la pulak.. teringin juga nak tengok org berdebat2 nih
manje:
wah.. manje tak pergi gi lagi ke?.. apa aku bawa balik? hehe.. perut yg kenyang kena belanja makan nasi oleh menteri dn undi tetap pakatan rakyat. hihi..
jie:
tu le wak. ingat alang2 dh sampai boleh kot jalan2 KL tuh..
shazwani:
tak payah gi le wani. boring gile.. hehe
whoaaa ni leh wat pilem nih.rombongan CJ ke parlimen,agagagga :P byk dak pompuan jek CJ.dak laki musti x mau pigi kan.hihi
mama pon x pernah ke sana...
tau2 jerr ada rombongan sek datang..tuh yg persidangan pon ala2 cover kot cikgu..hehe.
cikgu..saya rasa satu hari kene tgk gak larr wonder pets tuh..tiap kali tuisyen bdk2 mesti tny..dh tgk blum..asyik terlepas jer nak nengoknya :)
rugi la tak dapat tgk diorang gaduh.. mesti best kalau dapat tengok hentak2 meja ke..
tapi rasanya diorang memang kawal topic bila ada tetamu.. malu la wakil rakyat gaduh depan rakyat..
tak gitu cikgu??
ingatkan murid2 punye rombongan..rupa2nye rombongan cikgu cikgi..patutla nak ngular...
padanla 'murid2' tu pakai baju2 batik sutera belaka...
takde satu pon gamba cikgu dlm entry niii..sy duk intai dr tadi lagi..teringin laa nk tgk wajah cikgu..haha
ishhh dasat ler kanak2 ribena dr KS ni siap bw nset ngan kamera. dpt pegi parlimen lagi.. free plak tu. jeles ni jeles.
salam cikgu...
ngeeeeee sy pon penah masuk parlimen mase blaja2 dulu... bestt kn? gayat sekejap mase tuh...huhuhuhuhuuuu...
Salam.. :)
*hadir singgah di sini membaca*
wiween:
pilem apanya ween ooiii.. hahaha!. kalah pilem sepi camnih. itu budak lelaki ramai tak ngajar sejarah le. ngaaaaa...
mama ranggie:
jom le jalan2 sana mama.. :)
nurul:
persidangan sejuk sbb isu tak panas kot. oh! wonderpets setiap hari isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu dan ahad jam 2.30 ptg di tv9. wahahaha! nampak sgt peminat setia. hehe
neeza shahril:
persidangan hanya akan panas bila ada sindir menyindir kak. masa kami dtg isu blm panas sgt. tiap2 hari ada tetamu/pemerhati dtg tgk.
risanur:
mmg nk mengular.. sekali PPD ngan pengetua pun ikut rombongan daaaaa.. huhu
cikguzue:
itu murid2 tua. ahaks!
fathiyyah:
mmg le tadek gambar aku kt situ sbb aku yg snap. psssttt! sbnrnya ada gambar beramai2 tau. saja tak tepek. hehe.
ayumkay:
haha.. aku lg le jeles tgk wakil rakyat tertidur time bersidang. hohoho
iman qaisara:
kenapa gayat wak? awak keje cuci tingkap parlimen ke masa tuh?. hihi.. *kidding*
akirasuri:
TQ cik akira nan comel. hehe. *pasni nk ugut sarah hantar gambar awak kt ym aku* huhu
Post a Comment