Wednesday, December 31, 2008

setahun berlalu

salam semua :)

31 disember 2008 bersamaan 3 muharam 1430.

sebenarnya kita dh melangkah ke tahun baru. dn satu lg akan bermula tgh mlm nanti. menyorot kembali setahun lps, beberapa peristiwa dn cerita berjalan terus atas kanvas kehidupan. suka duka saling bertandang. saat ceria diri terasa bak camar di muka ombak. saat duka pula kdg2 sangat mencarik rasa.

2008/1429 mencoretkan byk kejayaan. antara yg terbesar ialah aku tlh memiliki rumah sendiri sblm usia menjejak 40 thn. sbnrnya aku dh punya rumah seawal usia 29 thn. kini aku ada 2 buah rumah. aku sendiri tak pernah menyangka akan memiliki rumah seawal ini. maklum le dgn gaji cikgu biasa cuma DG41 dn tanpa side income, aku bersyukur sgt pd rezeki yg Allah beri padaku. :)

dlm bidang kerja, aku berjaya selesaikan tugas dn tanggung jawab dgn baik walaupun kurang sempurna. aku dilantik sbg kakitangan sumber disiplin daerah a.k.a jurulatih ssdm. begitu juga tugas2 lain spt guru disiplin, guru penasihat, setiausaha spm, ketua kelab guru dn lain2. sbnrnya aku langsung tadek cita2 nk jd pentadbir, walau ketua panitia sekalipun!. cukup le cikgu biasa yg menatap wajah comel murid2 kt dlm kelas. [mmg ada yg betul2 comel hingga terlupa sat bini kt rumah. kekekekee]

rumah sukan aku, rumah hijau mengekalkan juara 4 thn berturut2. walaupun tanpa dibarisi atlet sekolah dn daerah. mrk hanya berbekalkan semangat melawan dn keyakinan diri dn sedikit strategi melemahkan musuh. kakakakaka!

kejayaan sebenar seorang guru ialah menghabiskan sukatan pelajaran walau sebok mana dia bertugas. dn itu le yg aku capai. sukatan pelajaran aku berjaya tamatkan seawal bln 7 lg. bekerja sbg guru bkn le mudah sgt dn bukan susah sgt. cuma ia memerlukan kekuatan dn dorongan, baik dr luar atau dalam.

keseluruhannya; 2008 lbh baik dr 2007. hampir semuanya terakam dlm blog ini. di sebalik sakit yg masih pasang surut. juga kisah kehilangan atuk tersayang, cerita sedih juga kdg2 menjengah rasa hingga hampir terjelepok di lantai masa. kdg2 air mata menitis juga; sekurangnya dlm hati. namun aku masih ada kekuatan utk meniti satu lagi titian cabaran.

syukur pd Allah, 2008/1429 meninggalkan lbh byk kenangan manis. moga 2009/1490 1430 akan lbh manis, lbh ceria, lbh bahagia dn lbh indah. amin.

lawatan ke klang sentral

salam semua :)

ini le dia klang sentral. yg kontroversi tuh


klang sentral ni sbnrnya stesen bas klang yg baru. ganti stesen bas lama kt bandar klang yg kt sblh pasar jawa dn dpn mydin. semua bas beroperasi dr sini, sama ada perjalanan sekitar selangor atau seluruh semenanjung. ia terletak kt meru dekat dgn setia alam. paham tak nih?. lantak kome lee..



bas ke UK, Rusia, Saudi, Jordan, NZ dn Aussie juga beroperasi dr sini dgn transit di KLIA. muahahaha!

reka bentuk moden ala2 KLIA. berhawa dingin sepenuhnya. yg aku seronok tgk, ramai peniaga melayu berniaga kt sini. terutama peniaga makanan. :) blh le aku lepak2 selalu. hehe. tau sewa tapak kedai brp? RM3000 sebulan!. hoh?. sapa kaya?.. hihi..

bg aku ok le stesen bas baru nih. dekat dgn rumah aku. lbh kurang 7 minit jek dgn wira buruk aku tuh. yg bestnya ada bas gi pantai timur, utara dn selatan. genting, kangar, kota bharu, kuala terengganu, temerloh, johor bahru semua ada. senang nk jln2 pasni. asal hulur RM aje. =P

dlm jln balik, isteri aku ckp: "pasni blh le balik sg udang naik bas." mentang2 le bas lalu dpn rumah dia. suka le tu. mcm le jauh sgt meru dgn klang nk blk naik bas.


selingan: laptop dh ok!. hehe

Tuesday, December 30, 2008

laluan iklan.

salam semua :)

brg2 utama operasi:
hardisk, alat pembedahan dn balsem :))


aktiviti blog terhenti seketika untuk memberi laluan kpd iklan.

terima kasih bilik berita.

ketika ini saya berada di bilik operasi pembedahan. kerja2 penurapan jalan sedang giat dijalankan oleh tuanpunyablog. sebenarnya dia baru saja membeli hardisk laptop baru bersaiz 160GB menggantikan hardisk lama bersaiz 80GB.

kami belum pasti apa yg menjadi punca tuanpunyablog tukar hardisk baru. tp kami difahamkan ia berpunca dari selera besar tuanpunyablog untuk memuatkan semua perisian komputer yg ada di dunia. buruk punya selera dia ni lah!.

kami juga dimaklumkan koleksi2 gambar yg tuanpunyablog tembak tlh mencapai tahap maksima dn memerlukan ruang yg lbh luas lagi. namun kami diberitahu tiada gambar2 'ehem..ehem..' dimuatkan dlm laptop dia.

oleh kerana kerja2 naiktaraf dilakukan oleh tuanpunyablog sendiri, seperti memasang windows xp, msoffice, kaspersky internet security, adobe photoshop, games dn lain maknenek punya lanun memerlukan masa. maka aktiviti blog akan terhenti sementara.


sekian dr bilik operasi. kembali ke bilik berita.


selingan: iklan yuyee cap limau. untuk sakit kepala dn kembung perut. :)

Monday, December 29, 2008

karpet merah untuk muharam =)

salam semua :)

ptg smlm lps asar aku bawa famili gi mesjid. tujuannnya untuk sambut maal hijrah kt sana. cuma baca yaasin dn doa aje. thn lps, isteri aku kebetulan tak solat, jd doa awal dn akhir tahun aku baca kt rumah aja, sambil diaminkan isteri dn safwan. :)

doa akhir tahun dibaca oleh imam mesjid sblm azan maghrib. manakala doa awal tahun dibaca selepas azan maghrib.

lps solat maghrib, kami para jamaah membaca yaasin dn tahlil bersama2. kemudian para jamaah dihadiahkan sebungkus kerepek ubi dn sebiji kuih bahulu kemboja sumbangan sorang ahli jamaah.

jamaah agak ramai, tp tak ramai anak2 muda kt mesjid. ada le mungkin tak lebih 10 kot. termasuk sorang yg ala-ala rockers gitu. sbb rambutnya panjang cecah bahu. haha... mana tah anak2 bujang pergi. mungkin kt rumah, mungkin shopping2 atau lepak2 tgk wayang pada malam maal hijrah. huhu

sementara menunggu isyak, aku terpaksa hantar safwan rumah mak minta adik aku jaga. sbb aku dh tak larat nk jaga dia kt mesjid. nak tau apa dia buat?. dia hulurkan tgn ke depan, genggam jari sambil mulutnya bunyi moto. pastu berlari keliling dlm dewan solat!. pernah tgk aksi lan pet pet dlm senario the movie episode 1? masa dia naik basikal kt gerai sambil bunyi moto. haaaa.. gitu le yg safwan buat.

nakal2 aku dulu, tak pernah aku buat cam tuh. kali ni safwan lg ganas!. huhu. balik rumah lps isyak, korang faham2 je le apa hadiah safwan dpt.. hehe

slmt maal hijrah semua. sunat puasa hari nih. [tp aku dh tersarapan pulak pg td. hihi]

doa untuk palestine

salam semua.

n3 ini khusus untuk saudaraku rakyat palestine.

bertahanlah saudaraku. kami panjatkan doa agar kalian terus kuat. terus gagah.
airmata yang menitis di mata kalian adalah tangisan kami jua dalam hati.
darah yang tumpah dari jasad kalian adalah darah kami jua.

Ya Allah. selamatkan saudara kami rakyat palestine.
berikan mereka kekuatan dan ketabahan tiada taranya.

Ya Allah. lemahkan zionis laknatullah.
Ya Allah, hancurkan zionis laknatullah.

Ya Allah. mohon hantarkan tenteraMU, musnahkan musuh umat Islam.
Ya Allah, mohon datangkan rasa gerun dalam hati musuh umat Islam terhadap saudara kami para Mujahiddin.

Hikayat CJ mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan terancang terhadap saudara palestine kami.

Sunday, December 28, 2008

padi

salam semua :)

semalam aku pergi sekinchan. ada kenduri kawen. sbnrnya aku jd drebar hantar mak abah aku pergi sana. kenduri kawen rumah keluarga angkat abah aku.

anak petani, membesar di pinggir bendang, jd jiwa aku sgt seronok bila jumpa sawah. hehe

abes makan nasi kenduri, terus ajak safwan jalan2 kt sawah. menghirup udara panas sawah dn melayan terik mentari. sambil tembak2 apa yg patut. :)

sepinggan nasi kita makan, agak2 brp pokok padi kena korban?

dulu aku pernah bercita2 nk buat rumah tgh sawah..

model free ni harus ada. hihi. tgk le beza anak bujang aku nih. blh kiri masa dia umur 2 thn. sama tinggi dgn pokok padi. blh kanan gambar smlm 5 thn. waaaaa! teringin nk ada baby lg. kan laling kan. kali ni kembar 4 ye. muahahaha! =P

sejak dok meru yg beriklim sejuk nih, sesekali dok tgh sawah sekinchan rasa mcm panas sgt pula. haha!

Saturday, December 27, 2008

salam maal hijrah dn tahun baru.

salam.. :)

kepada semua rakan bloggers, diucapkan..


jgn lupa doa awal dn akhir tahun ahad nih.


azam maal hijrah aku:

1. nak tambah solat sunat. :D

2. nak kerja makin rajin dn lbh ikhlas. [kurangkan kutuk boss] :)

3. nak jadi pendiam sikit kt sekolah. [boleh ke?] =P



azam tahun baru 2009 aku:

1. nk kumpul duit beli dslr. [mahal!]
2. nak beli motorsikal. [2nd kot.. hehe]
3. nak beli 2nd laptop. [hmmm..]
4. nak beli kete baru.


muahahaha!.. mcm mata duitan jek.

kalau ada rezeki nak buat umrah.. hehe



nota:

a. gambar padi aku ambil kt sekinchan pg td.

b. aku mmg fail grafik. =P

Friday, December 26, 2008

bermenung[?]

salam..
anak bujang aku dh pandai termenung.
dia ambil cucur pisang 2 ketul.
pastu lepak kt beranda sambil jauh merenung nasib diri. huhu

berangan apa safwan?. bikin ayah susah hati maaaaa..
[sbnrnya dia mamai baru bangun tdo..]

Thursday, December 25, 2008

selesai sudah =)

salam semua..

n3 kali ni biasa2 je. cuma skdr coretan 2 peristiwa hari ni.

1. program kepimpinan remaja tlh berjaya dijalankan. ustaz zamri juga hadir memberi ceramah motivasinya.

aku juga tlh ambil alih slot sblh ptg. terasa setaraf pulak dgn ust zamri. ngeh ngeh ngeh.. harus masuk tv9 sat lagi nih.. haha *berangan*. dn aku sbnrnya sgt2 segan skrg. ceramah motivasi aku td disiarkan secara langsung dr menara mesjid. satu kampung dgr. huhu. malu den haaa... :D. tambah malu bila mak aku dok belakang tgk aku bg ceramah. kekekeke



2. lps asar, kami adik beradik camping dpn rumah abah. mak aku perap daging korban hari tu. jd ptg td kami buat bbq. seronok bila semua adik beradik kumpul gini. meriah dn rasa indah. hehe.

sbnrnya bbq ni meraikan besday aku, safwan dn adik aku dpt KPLI kt IPDA jitra sana. dia tgh sedih skrg sbb terpaksa tinggalkan 2 anaknya yg msh kecil. umur 4 dn 2 thn. huhu.. asik nanges je adik aku tuh. menyampah!. =P *kiddin*. suami dia cool ajek aku tgk. hahaha!




ok. aku sbnrnya tgh penat. dn n3 aku pun mcm tak larat. aku mau rehat. =)

Wednesday, December 24, 2008

awak sgt cantik. sungguh!

salam semua.

nampaknya musim kawen masih rancak. kt kampung aku byk khemah kawen didirikan. ada yg ungu, biru, kuning, hijau, merah.. hitam jek tadek. hahaha..

yg peningnya bkn pengantin. tp org2 yg tak kawen sbb kena sediakan duit 'mbecek' kt mak bapa pengantin. kalu satu hari ada 10 jemputan dn setiap jemputan minima RM5. maknanya RM50 dh pasti terbang minggu tuh. minggu dpn pun sama gak. kira2 sebulan cuti nih, RM300 kena sedia utk duit salam. duit hilang, pengantin juga yg syok mlm2.. ops!.. hihi

aku nk kongsi sikiiiitt je ilmu. bab bertunang yg aku ambil dr kitab fiqhul manhaj as-syafie tulisan dr mustafa al-bugha, dr mustafa al-khen dn syeikh ali as-syarbaji.

adab bertunang.

maksud meminang = seorg llki menyatakan keinginan utk mengahwini seorg perempuan yg diminatinya.

cara peminangan:

1. lafaz terus terang (tasrih). spt: "aku ingin mengahwinimu"
yg ni jelas. tak pyh tanya pun dh fhm.

2. lafaz membayangkan (ta'rid). spt: "awak cantik" , "ramai orang sukakan awak"
yg ni kena tanya org yg bercakap apa maksud dia ckp mcm tuh. alaaa.. riak air muka dn nada suara je tau le dia serius ke gurau. :D

ramai org2 skrg tak suka bertunang. mrk kata susah bertunang. bercinta, berangan, berharap last tak jadik. :( baik terus kawen aje. sedangkan bertunang tu sunnah rasul. sapa2 yg tak suka bertunang sama tak suka salah satu sunnah rasul. huhu. Nabi Muhammad juga pernah kena tolak pinangan baginda tau!.

kt buku tu byk le cerita lg. bkn stkt bab munakahat. bab salat, zakat, puasa, kaffarah mcm2 lg le.

nota:

1. kalau aku kata "awak cantik", "awak baik", itu bkn bermakna aku meminang korang. sbb lafaz ta'rid perlu niat. hehe

2. jgn pula korang kata aku gatal buat n3 mcm nih. tp ni le antara penangan AAC td. haha!. :P

3. aku punya model ceramah kem kepimpinan remaja dh siap. yay!.

cerita sedih seorang lelaki

salam semua =)

tetiba je air mata aku bergenang di kelopak. dada rasa berat. nafas tersekat-sekat dn hiba menguasai hati. aku gagal tumpukan perhatian pada modul ceramah yg aku sdg taip.

aku cuba kawal diri. tak sanggup melihat apa yg berlaku depan mata. sedang isteri aku dengan tenang menatap. dia seolah langsung tidak terusik. mmg dia sgt kerashati tabah.

isteri aku bertanya sesuatu. namun aku gagal menjawabnya. seolah suara tersekat dlm dada. dia mendesak bertanya lagi. aku membukam juga. sebenarnya aku takut jika aku berterus terang dgnnya, airmata yg bergenang akan tumpah jua. tapi isteri aku terus bercerita dn bertanya. aku pula terus membisu. itu jln terbaik yg aku rasa untuk jernihkan suasana. dan isteri aku terus tenang dgn dunianya.

untuk meredakan keadaan, aku keluar dari rumah. hidupkan enjin kereta dan perlahan-lahan bergerak. safwan mengejar dari dalam rumah. menjerit2 memanggil aku. aku berhentikan kete. safwan mendekat. di sebelah pintu pemandu dia berdiri.

"nk ikut ayah.."
"takpe le.. ayah nk beli ikan. kejap je.."

aku beralasan. dia akur. harap2 dia tak perasan mata aku yg merah. :(

hiba masih berat dn airmata masih bergenang waktu aku bawa diri ke meru. pusing2 kt pekan dan bila keadaan dh tenang, aku singgah satu kedai makan skdr utk damaikan diri.

aku benci ayat-ayat cinta. cerita kedua yg berjaya mencabar sifat lelaki aku slps kuch kuch hota hai!.


ironinya, dh 3 kali aku ulang cerita AAC.


haha! :))

kena bg ceramah le pulakkkk.. huhu

salam semua =)


mlm td aku sambung mesyuarat lagi kem kepimpinan remaja. mesyuarat di opis masjid. tempat yg beri sejarah pada aku. hehe..





punya le semangat pakcik2 ajk mesjid, sanggup turun KL beli skrin, lcd dn laptop utk mesjid mlm td. masa kami tepon jam 10.30 mlm masih kt KL. aku tak blh bygkan pakcik2 umur 60-an tu deal beli benda2 tu kt lowyatt. nk ketawa ada kesian pun ye juga. sbb aku yg mintak ajk mesjid beli benda2 tu semua. =P

aku diberi tugas baru. aku diminta bagi ceramah dlm slot ptg khas kpd remaja. ustaz zamri tv9 cuma slot pagi. semuanya 300 org remaja. huh? kwn2 fasi semua menolak. mungkin sbb kebanyakan mrk pegawai2 pejabat dn guru2 sekolah rendah, berdepan dgn remaja sekolah menengah mungkin mrk rasa kurang yakin.

aku skrg tgh buat modul utk ceramah tu. cuak sgt sbb ni le kali pertama bg ceramah kt remaja kg aku. huhu

satu lg, rasa rendah diri skit. kebanyakan fasi pegawai2 agama kt jais, ustaz dn ustazah, guru2 besar sra. aku yg paling lekeh, cuma cikgu biasa je. padahal kebanyakan mrk kwn2 aku sklh rendah dulu.

kptsn meeting mlm td yg paling best. fasi dibenarkan bawa rotan. abes le ada anak org aku rembat kang. muahahaha!

Tuesday, December 23, 2008

bertahanlah!

salam.. :)

sebuah kisah benar..

dia seorang wanita. aku panggil dia cik S (nama samaran). dia lulusan UK dlm bidang engineering. aku kenal dia sbb dia pernah dtg ke rumah aku. masa tu dia bujang. bertudung litup, berstokin kaki, bersarung tangan dn lembut tutur katanya. menepati ciri2 muslimah sejati. bicaranya adalah bait2 agama, nasihat, tazkirah dn teladan buat kami sekeluarga. aku sgt suka melihatnya. ayu, lembut dn tenang.

aku dpt tahu dia sgt menjaga akhlaknya, solatnya dn dirinya.

jodoh tlh menemukan dia dgn seorang lelaki. lelaki tersebut masuk islam dn keluarga di kampung mengadakan kenduri spt biasa org2 lain buat kenduri kawen.

2 minggu slps itu, suaminya pulang ke UK dn terus hilang tanpa berita. cik S cuba mencari dn menghubungi suaminya. namun terus senyap dn hilang. bulan demi bulan.

rupanya itu bermula ujian Allah.

cik S merasa sgt kecewa. ibarat siang jd malam. tudung yg tadinya labuh tlh ditanggal. rambutnya diwarnakan perang. tiada lagi baju kurung menutup aurat. hanya seluar ketat dn tshirt sendat. itu le pakaiannya seharian pergi dn balik kerja. tiada lagi bait2 kata agama, nasihat dn tazkirah. dia seperti memberontak. tiada lagi cik S yg dulu. :(

==================

adik2 ku.. pasti dlm hidup, kita pasti akan diuji. pada masa tu le keimanan kita benar2 berada dihujung genting. tak pernah manusia yg beriman tidak diuji. samada ujian itu berupa senang atau susah, mewah atau miskin, gembira atau sedih, sihat atau sakit.

adik2 ku.. jgn sesekali salahkan Allah waktu kalian diuji. sbb aku pernah dgr seorang merintih dpn aku, "apa yg tak kenanya dgn saya. solat puasa mengaji semua buat. knp Allah tak adil menguji saya mcm nih. knp bkn org2 jahat tu je yg diuji berat2"

adik2 ku.. kdg2 tindakan Allah sgt pelik. makin DIA sayang seseorang, makin disusahkannya orang itu. makin DIA benci seseorang, makin disenangkannya org itu. maka pohon le doa agar ditetapkan hati dn iman.

moga2 kita semua tetap iman dn taqwa. antara redha Allah dn redha manusia, pilihlah redha Allah.

ustat CJ. =)

hidup berkualiti

salam =)

tajuk je gempak... huhu

sbnrnya smlm hari yg agak berkualiti. pagi2 lagi aku hantar isteri aku pergi klinik. dh le demam, pastu muntah2. rupanya ubat yg doktor bg tak sesuai sbb dia ada gastrik. :(

kemudian pagi2 lg dia mengadu sakit gigi pula. mmg dh tua sungguh le bini aku nih. byk penyakit. muahahaha! *ngate lg*

jd lepak le kami pagi2 kt dpn pintu klinik gigi sejak jam 8 pagi. padahal klinik buka jam 9.30. sambil2 tu aku sms PK sekolah aku bagitau yg aku lewat sikit hadir mesyuarat guru kali nih. PK tak bls pun mesej aku. =p

habis rawatan jam 10.45 lbh kurang, aku bergegas pula ke KS. sampai sekolah jam 11.30 dn mesyuarat abes jam 11.45. dtg betul2 utk jamuan jek. dh le masuk bilik mesyuarat kena sorak member sbb terlambat. haha..

abes mesyuarat, singgah pula kedai kek. org kata besday kena ada kek. maka aku pergi kedai kek melayu kt KS. pengusaha kek ni ustaz dn ustazah. mrk juga yg membuatnya. kiranya aku yakin le dgn kek dia sbb air tgn ustaz ustazah yg buat kek tuh.

cikgu ert sekolah aku kata, biasa kek kedai bkn islam nih, biasanya diaorg taruk arak. ntah lee.. tp sbb dia cikgu ert kan, percaya je lee.


jd ptg smlm ada le sambutan ringkas potong kek. layan bdk kecik ni le sbb nk kek sgt. huhu

sblh mlmnya pula, aku terlibat mesyuarat program smart solat remaja kt mesjid. program tu akan diadakan pd 25hb nih utk remaja umur 12-17 thn. program ni anjuran biro pendidikan mesjid dgn kerjasama sebuah consultant. pembimbing utamanya ustaz zamri akademi al-quran tuh.

tugas aku? jd fasilitator program tersebut. hihi.. mlm ni kami akan bermesyuarat lg utk bincang modul dn pembahagian tugas.

ini adalah tugas kedua aku kt kampung nih. minggu lps aku dilantik AJK persatuan penduduk kariah mesjid. :)

rupanya dok kampung ni pun bz juga.. hehe

Sunday, December 21, 2008

permata hati =)

SELAMAT ULANGTAHUN KE 5
PERMATA AYAH BONDA


MOGA2 JADI ANAK SOLEH,
PENYEJUK MATA KAMI DAN KEKASIH ALLAH.

:)


Ya Allah, kurniakanlah kpd kami pasangan dan zuriat yg menjadi penyejuk mata kami. dan jadikan kami pemimpin bagi orang2 yg bertaqwa.

nota: gambar safwan umur 2 thn.
(gambar aku dh removed hahaha!.. nasib lee..)

mengintai sang bunga :)

salam ptg ahad :)

ptg2 mcm nih. intai2 bunga orkid yg isteri aku tanam. dh berbunga. aku tgk bunga2 ni sgt cantik. indah, warna warni, seni dn misteri. :)

apa lagi. ambil kamera dn ambil gambar dr jarak dekat. hihi

jom layan.. ;)




aku tak edit gambar nih. warna original. lg satu, aku kalau beli orkid, tak suka yg hybrid. aku lbh suka orked asli hutan punya. tp susah sikit nk cari skrg.


nota:
1. isteri aku masih demam. pening kepala dn muntah2. errrr... tp dia baru smlm mula solat.. errr... :
2. mak abah aku juga muntah2 sejak balik dr bandung harituh. keracunan makanan kata doktor.
3. safwan paksa aku beli anak ayam serama. berguling2 dia kt pasar besar meru. malas nk layan. huhu..

kawen dgn org jauh :)

salam pagi ahad.

sorang kwn yg msh bujang tanya aku:

DIA: apa pendapat CJ kalau dpt jodoh org jauh.
CJ: kalau dh jodoh nk buat camna. tp kena le sedia sgl kemungkinan.
DIA: kemungkinan?
CJ: iye, kemungkinan yg akan timbul. cuba ko bygkan kalau dia dpt bini org tanzania. dia dok malaysia. tetiba satu dinihari dia dpt tepon mak bini dia sakit tenat kt tanzania. boleh ko stat kete balik kg pg tu juga?
DIA: oooooooooo..
CJ: tu baru satu kemungkinan. blm lg byk kemungkinan..

bg pendapat aku kan, kalau dh jodoh dn mmg sedia menerima sgl kemungkinan (dn risiko), tak slh kawen dgn org jauh. sbb cinta ada kuasa psikik dn luarbiasa yg mampu mengatasi sglnya kan. hehe

sekurangnya, kalau kawen dgn org sama semenanjung nih (atau sama2 borneo, sama2 nigeria, sama2 nepal.. huhu), paling2 jauh sorang kt kuala lipis sorang kt wangklian pun, kalau ada kecemasan blh start kete segera. blh juga jenguk mak bapa dn famili kt kg dgn lbh kerap. dpt fhm budaya mrk. ini pandangan aku le. mungkin org lain tak sama.

aku teringat satu panggilan radio. akak ni kawen dgn bangla. dia kata dia kawen dgn bangla ni sbb cinta. bila DJ tu tanya. 'kalau suami dia ajak balik bangla dia nk tak?'. akak ni jwb. 'dia sanggup pisah dgn suaminya kalau diajak balik bangla'!. huhu

pasni aku nk cerita kawen dgn org dekat pulak. hehe

nota: tetiba teringat member aku org tg piai, johor dpt bini org padang besar, perlis. mmg betul2 utara selatan sungguh. =p

Saturday, December 20, 2008

samak II

salam..

korang nak tahu. ptg td anjing kurap tu dtg lagi. dia lepak lg kt anjung rumah aku. sgt berani dia. padahal aku ada kt dlm rumah. dah le anjung tu masih basah samak siang tadi, ptg td anjing tu dtg lagi!.

hangin aku dibuatnya!!.

aku kejar dia dgn batu. geram amat!. bolehnya anjing tu buat u-turn nk lawan aku balik. aku ambik batu besar baling kt dia. eh!.. mengelak pula dia. mujur batu tu tak kena indon tgh buat longkang. anjing tu ketakutan terus terjatuh dlm longkang. aku sgt geram terus rejam dia kena kt kepala. pandai pula dia melepaskan diri pulak tu. aku kejar dekat 100 meter gak le. korang bygkan masa tu aku berkain pelikat dgn baju pagoda. ngeeeee...

sampai wak jais (WJ) yg tgh petik sayur pucuk manis pun tegur aku.

WJ: nopo cikgu ne?
CJ: asu wak. kok mlebu umah ku maneng!.
WJ: asu gui mmg kotor. selalu teko ngene.
CJ: mau isuk aku wes samak anjung umah. kok sore teko maneng.
WJ: gui pasal le wong biyen nggawe umah duwur2. pasal iki le.
CJ: hihi.. iyo le wak..

terkena aku. hehe.. eh.. terlepas jawa pulak. haha..

penat aku terpaksa samak anjung 2 kali.

ustat habiha!.. kalau anjing tu masuk sehari 8 kali nk kena samak 8 kali gak ke?.. huhu

samak

salam semua :)

aku sampai rumah pagi td dn ternampak sekor anjing putih berkurap dok lepak dgn syioknya kt anjung dpn rumah aku. elok je dia baring2 sambil mengelamun bagai.

aku ligan anjing tu sekuat hati sambil membaling2 batu. tp ternyata ia lbh tangkas dn cekap melarikan diri. aku juga yg termengah2. mujur juga tak terkepeleot sbb aku mengejar mcm aku yg kena kejar anjing.

jd keje aku pula nk samak najis mughallazah.

sbnrnya, kalau aku tak nampak anjing tu, takpe le takyah samak pun. sbb dikira masyaqqah (kesukaran yg dimaafkan). sbb dh nampak, kena le basuh. =p

syarat2 samak najis mughallazah.
basuh dgn air mutlak sebanyak 7 kali. salah satunya dgn tanah bercampur air. basuh sehingga diyakini hilang bau, warna dn rasanya.

apa yg aku buat:
1. siram lantai dgn air sampai rata dn gosok dgn penyapu.
2. tuang sedikit tanah dn ratakan.
3. siram lagi sebanyak 5 kali dn gosok dgn penyapu.
4. siraman terakhir aku guna sabun. yg ni tak wajib. tp alang2 dh basuh, guna sabun sekali. :)

kalau cikgu merajuk =)

salam =)

satu masa sgt dulu.
cikgu majuk seminggu.
bapa dtg sekolah bawa rotan serah pd cikgu.
"kalau anak saya jd punca, cikgu rotan je anak saya asal jgn sampai mati"


satu masa tak le sgt dulu.
cikgu cdg nk majuk seminggu.
1 jam kemudian bdk2 dtg ke bilik guru.
jumpa cikgu ramai2 minta ampun maaf.
nanges2 bagai.
kalau cikgu tak layan, tulis surat memorandum minta maaf.
tandatangan semua ahli kelas.
esoknya cikgu ngajar semula.


satu masa baru lepas.
cikgu majuk seminggu.
sbb bdk2 buat cikgu kecik hati.
cikgu keluar kelas.
tadek sorang pun bdk dtg minta maaf.
lepas seminggu cikgu masuk kelas sbb kesian bdk nk exam.
"cikgu dh abes merajuk?" ayat pertama yg bdk ucap.


satu masa akan dtg.
cikgu majuk seminggu.
bdk tak dtg sklh sebulan.
"pedulik apa!" kata bdk.


note:
teringat kwn aku mengeluh. dia ngajar kt sklh swasta.
"cikgu jgn byk songeh le. gaji cikgu pun kami yg bayar!"

budak nakal! -behind the scene-

salam..

the making off..

versi aku:

masa tu aku gi mesjid awal. lbh kurang jam 6.30 ptg dh sampai mesjid. tadek sapa2 kt mesjid masa tuh. aku panjat menara mesjid. tgk pemandangan dr atas menara. nampak bukit bukau dn hutan tebal. nampak selat melaka. nampak bbrp org lelaki main daun terup kt balik rimbunan buluh tepi padang. huhu

sekali hari nk senja. aku turun dr menara. tgk tok siak dn bilal tak sampai lg. tgk pintu pejabat mesjid terbuka. mana semua org?. taknak solat ke?.

aku masuk opis mesjid. TUTUP PINTU dn KUNCI DR DALAM!. ambil mikrofon dn mengaji. tp abah aku kata bkn mengaji. aku TARHIM SUBUH!. ngeeeeee..

abes azan, bukak pintu tgk org dh ramai kumpul dpn opis mcm nk telan aku!.


versi abah aku:

masa tu abah tgh kt beranda rumah. masa tu rumah kayu. tgh tunggu org ngaji baru nk gi mesjid. tiba2 terdengar suara bdk tarhim subuh tp tunggang langgang. pelik. mcm pernah dgr suara tuh. mak tergocoh2 dtg dr dapur berlari. mak kata itu suara CJ!.

abah terus sarung pakaian. belum sempat sampai masjid dh azan maghrib. abah kata masa tu bilal dn siak agak terlewat sampai mesjid.

lps solat ketua kampung dgn tok imam panggih abah. ntah apa yg dicakapnya. lps solat abah cari aku. dh tadek sbb aku dh cabut awal.

balik rumah abah capai rotan kt atas almari. adengan seterusnya dibanned sbb berunsur seram ganas. ahaks!

versi mak aku:

mak tgh masak bila tetiba terdengar suara ko tarhim. cepat2 bagitau abah ko suruh halang cepat. tapi dh terlambat. padan muka kena rotan.

versi arwah nenek aku:

errkk.. aku tak berani tanya. ehehehe..


versi bekas ketua kampung dn tok imam:

taknak tanya. segan.


yg pastinya, sejak peristiwa tu, aku jd amat segan dgn org2 tua bekas ajk mesjid kampung aku. mrk semua masih hidup skrg. dn aku mcm perasan jek mrk tak abes2 lg sengih kt aku sampai skrg. huhu

Friday, December 19, 2008

budak nakal!

salam semua

aku sdg menanti iqamat isyak mlm td apabila tetiba teringat satu kisah waktu kecil. hihi

masa aku sekolah rendah dulu, kira2 darjah 6 kot. aku bukan le bdk baik sgt. dn bukan juga nakal sgt. sedang2 pun bukan. hehe. apa ye?

tp aku teringat kt mesjid kampung nih satu peristiwa yg aku dn org kampung takkan lupa akan aku. iaitu aku pernah satu ketika menjelang maghrib, aku ceroboh masuk pejabat mesjid!.

haaa.. nak tau apa aku buat?

aku bukak mikrofon. testing.. 123.. dan aku mengaji! haha.. sbb masa tu yg aku tau, bila nk azan maghrib mesti ada mengaji. padahal masa tu aku tak lancar mengaji lg. ntah mana tajwid ntah mana tarannum. takde org suruh. cuma memandai sendiri. huhu

tapi aku mengaji hingga le masuk waktu. bila dh masuk waktu, aku azan pula!. aku pun tak faham knp le tadek sorang pun ajk, bilal, siak cuba larang aku masa tuh.

lps azan, aku keluar dr pejabat mesjid dn tetiba aku tgk ramai org berkumpul dpn pintu pejabat memerhati aku penuh kehairanan. aku yg masih bdk2 waktu tu pun naik heran knp mrk heran2 tgk aku. :p

tak cukup dgn tu, aku iqamat pula utk solat dn aku berdiri blkg imam!. tp blm sempat doa aku dh cabut lari balik rumah sbb aku dh mula rasa bersalah. :(

nk tau apa yg terjadi bila bapa aku balik dr mesjid tuh.. hahahaha!..

zaappppp!! zaapppp!!.

mak aku pula langsung tak berkompromi dgn aku. cuma arwah nenek aje menyabarkan abah. ntah apa le yg imam mesjid ckp kt dia lps solat tuh. huhu

skrg ni kalau disuruh buat camtu lg, tobat aku.. ya ampuuunnn!. hehe

kita dn blog

salam semua :)

ada beberapa laman blog rakan2 yg disyaki dijangkiti virus. sungguh!. atau sekurangnya mengandungi script yang diragui. aku tak pyh le bagitau blog sapa eh.

oleh kerana kita semua blogger yg aktif.. cheewaaah! selalu berurusan dgn laman web. jadi aku cadangkan kt korang semua, supaya pasang antivirus versi terkini lengkap dgn anti spam, antispyware, anti mailware, anti phishing dn personal firewall.

senang cerita gini le, cari antivirus yang menawarkan pakej lengkap internet security spt eset nod32 smartsecurity, kaspersky internet security 2009, norton internet security 2009 dn lain2.

antivirus free mmg blh diguna. tp kalau laptop/pc sekadar kerja2 ringan taip dokumen shj, boleh le.

korang blh juga try pakej lengkap antivirus dn internet security FREE dr perisian comodo antivirus.

tp korang jgn lupa, dh pasang antivirus tu, update2 le selalu ye. sbb biasanya 200 virus baru dicipta setiap hari. update juga patch utk windows, ie atau guna je le mozilla firefox ganti ie.

antara sbb pc/laptop kena virus:

1. antivirus versi lama. masih guna versi 2005?
2. antivirus versi baru tp tak apdet. skrg dh ada autoupdate.
3. gi laman2 xxxxx. <-- ni pglmn aku baiki laptop member. muahahaha!
4. guna pendrive cucuk sana cucuk sini.
5. tak apdet patch utk windows, ie, office dn lain2. windows xp skrg dh service pack 3 tau!. msoffice 2007 dh service pack 1. msoffice 2003 dh service pack 3. huhu
6. tuan punya blog malas mandi. kekekekeke

skrg aku guna kaspersky internet security 2009.

wokeh.. pastikan korang update antivirus dn patch windows korang!

hadiah utk diri sendiri =)

alalalala comelnya dia... :p

salam semua =)

gaji dh keluar! + bonus lagi.. horrraaayyyy!!. *tetiba jek perasan jd kaya*

eh lupa!. alhamdulillah.. hihi

setelah bekerja mcm kuli menyara keluarga spnjg thn, dgn sedikit rezeki yg Allah beri (bkn gomen okeh.. huhu), aku rasa sampai masanya aku perlu hadiahkan diri aku sebuah cenderahati. hadiah yg hanya utk aku sorang. hehe

bukan apa le kan, utk motivasi diri agar lbh kuat kerja thn dpn. *wink*
2006 lps, duit bonus aku beli tangga lipat.. thn lps tadek sbb tak dpt bonus. =p

tapi aku blm terfikir nk beli apa. nset masih ok. nk beli psp, ps3, wii, xbox,mp4 rasanya dh terlalu tua *ahaks!*, nk beli dslr mahalnya amat, lcd tv?.. hmmmm.. over budget... mlm td aku merayau dgn safwan usyar2 kt tesco cari ilham nk rembat hadiah apa.. huhu

2nd laptop maybe?.. jd tak pyh le aku berebut dgn bini aku selalu.. laptop dell ni aku bg kat dia. aku guna yg baru.. kekekeke. mcm aku beli nset haritu lee..*kesian bini aku selalu dpt brg seken. pendrive pun seken* :))

ada laptop tu rege dia RM1700 blm tawar. intel core 2 duo, 1gb memori, 160GB hardisk, wifi, kamera dn kosong tadek perisian. tp aku tak kisah sbb aku blh install sendiri vista, office dn lain2. =p

ptg td juga aku dok usyar2 kedai perabot jati.. rasa jiwa tak sesuai pulak kt perabot jati. lgpun setti msh elok lg maaaa.. bakpe beli yg baru.. huhu

laaa! dh 1.30 pg ke? hehe. ingatkan baru 11.00 pm. =p


nota:
bg yg tanya psl anak angkat tuh, sbnrnya aku bukanle ambil anak angkat kt JKM sana. tp sbnrnya ada program anak angkat anjuran biro wanita masjid kampung aku. hehe. *abes le pasni kena bambu lagi*.

tp bg sapa2 yg berhasrat nk ambil anak angkat dr JKM, blh gak tanya aku sbb kami pernah berurusan dgn JKM utk ambil anak angkat. malah kami dh melalui proses siasatan dn ke mahkamah. cuma JKM tak dpt nk proses sbb kami bg syarat mcm2 pulak kt JKM. hehe... :)

Wednesday, December 17, 2008

andai diam lbh baik

salam..

jika pena adlh pedang.
jika lisan adlh pedang.
jika bait2 aksara adlh pedang.
jika kotak komen adlh pedang.

lebih baik aku diam.

dari byk bercakap, byk menulis tapi menyakitkan hati orang.

maafkan aku kawan.
maaf dgn sgt.
aku cuma insan biasa.

tak payah nk pujuk aku.
aku silent mood.

Monday, December 15, 2008

kisah si penyidai kain

salam semua =)

aku terhutang budi dgn mesin basuh. dh 7 thn dia bekerja dgn kami. aku beli dia kt sarawak dn bawa balik dgn kapal. mesin tu dh lama, bunyinya juga kreot sana kreot sini bila memerah. tapi dia masih boleh berfungsi dgn baik.

mujur dia diletak atas lantai bersimen. kalau rumah kayu rasanya mau bergegar satu kampung org ingat ada gempa kt meru. huhu..

antara rutin aku pagi2. [pg td aku yg sediakan sarapan]. ambil kain kotor, tuang dlm mesin, masukkan sabun attack, tekan punat dn mesin akan mulakan kerja. 30 minit kemudian, ambil kain tuang dlm bakul biru lubang2. angkat bakul dn bawa ke ampaian.

sidai kain sehelai demi sehelai. yg besar yg kecik yg luar yg dalam semua aku sidai. :). maka bergentayangan le sgl mak nenek kain di panah mentari. :)

menjelang tengahari aku akan ambil kain tadi. masukkan dlm bakul biru lubang2. bawa dlm rumah dn longgok kt sofa. hehe. maka tugas aku dh selesai. sbb urusan melipat dn masukkan dlm almari kerja isteri aku. =p

okeh.. aku lakukan semua tu dgn menutup aurat ok. tidak bercokin apatah lagi berkemban!. malah aku sgt malu utk berlenggeng tanpa pakaian menutup dada. sgt malu utk membuka aurat walau di laman belakang rumah sendiri. =p


nota:
1. moga2 isteri aku cepat2 sembuh dr demamnya. mana tak demam, tiap2 hari safwan terjah tendang bersilat bagai dgn kami.. =p

2. kdg2 masa sidai kain, tetiba ada pampers safwan dlm bekas kain yg tlh dibasuh!. rupanya bergumpal sekali dgn seluar dia. erkk.... :(

kisah lelaki dn beg tgn

salam semua =)


kredit utk manje yg bg aku idea merapu pg2. :))


apa persepsi korang bila ada sorang lelaki macho, bermisai [dn berjanggut nipis], sasa dn lengan ketul2 tetiba sandang beg tangan pompuan kt bahu?.

tahukah korang betapa dia berhadapan dgn dilema yg amat sgt dn berperang dgn krisis identiti masa tu?. terutama apabila semua mata memandang ke arah dia.

itu le yg berlaku kt aku. bila isteri aku gi tandas kt JJ dn aku diamanahkan tlg jaga beg tgn dia. huhu.. aku rasa sgt feminin dn mula berfikir yg bukan2. terutama bila mata2 td disulam dgn senyum2 manis spt menyindir. serta merta sifat kewanitaan aku yg selama ni tersembunyi dlm diri perlahan2 muncul menggantikan sifat kelelakian yg selama ni mendominasi.

aku sbnrnya risau, bila isteri aku keluar tandas, dia pengsan tgk suaminya mula pakai lipstik dn cukur bulu kaki!

tentu sekali safwan akan ternganga hingga menetes air liur basinya..

dush!

Sunday, December 14, 2008

lepak kt warong canai =)

salam =)warung lepaking feberet pagi ahad.
hampir semua yg lepak2 warga emas. ahaks!
kecuali gue tau!. gue warga nilam.. =p

pagi2 ahad camni aku kdg2 lepak kt warong canai.

sembang2 dgn org2 tua. dgr pengalaman mrk berbicara. perjuangan dn kepayahan mrk membina keluarga. cerita perjuangan mrk menentang penjajah yg tak pernah terakam oleh sejarah.

ia realiti masyarakat yg tak pernah terfikir.

1. kisah seorang lelaki melayu yg menyelamatkan satu keluarga cina, sembunyikan mrk dlm rumah sewaktu peristiwa 13 mei.

2. kisah seorang bapa yg terpaksa menyara anak isteri hanya dgn mengambil upah menebas rumput di tepi jalan. lalu terpaksa berhenti krn minyak mahal. tak mampu beli petrol utk mesin rumput dia.

3. kisah seorang tua yg melihat jepun penggal kepala benggali.

4. cerita kesusahan hidup zaman darurat. bercatu makan dn berjuang utk hidup.

5. kisah batu belah batu bertangkup yg dikatakan konon wataknya adlh org kampung aku.


kebanyakan kisah2 lama yg sgt menginsafkan. ini lah realiti hidup.
lepak2 kt warong canai, bkn skdr cerita psl janda. kalau pilih yg baik, maka baiklah hasilnya.

jadi blh le aku pergi warong canai skrg utk lepak2 kan. hehe..

cendol org lama =)

salam semua =) sesiapa yg pernah tinggal kt klang pasti kenal gambar di atas. :)

ane ni dh niaga cendol lama. sejak aku sklh hisamuddin sg bertih lg. masih guna peralatan tradisi. mesin air batu yg manual dn troli beca yg lama. [harap2 tadek setitik dua peluh dia masuk dlm cendol.. huhu]. cuma cat biru yg baru.

dia masih berniaga di tapak yg asal sejak dulu. sblh hujung pasar jawa berdekatan dgn jambatan merentangi sg klang yg tlh ditutup.

pasar jawa tmpt aku lepak2 masa outing asrama. dn ane ni le sasaran aku. hihi..
aku mana reti lepak2 kt sogo, midvalley, morib.. bajet pasar jawa jek. haha..
isk.. tetiba teringat ais kepal. sedapnya!. ais yg dikepal bulat sebesar 2 penumbuk. pastu siram sirap dn gula merah atas ais..

masih ada jual lg ke skrg?

Saturday, December 13, 2008

naluri kanak2.. =)

salam =)

hari ni aku solat maghrib 2 kali. ni semua gara2 safwan yg jd makmum. solat aku tak khusyuk jadinya. :(

di saat aku baca fatihah dgn suara kuat, dia cuba nk ikut baca juga. tapi hasilnya sgt mengejutkan. bkn fatihah yg dia baca. tapi:

AN IN UN. BAN BIN BUN. TAN TIN TUN... sampai le abes aku baca fatihah. setiap rakaat dia buat mcm tu.

aku cuba tak nk tergelak masa dia cuba mengajuk td. aku tahan2 aje sampai aku terpaksa tutup mulut dgn tgn kanan jgn sampai terkeluar gelak. tp hati dh penuh dgn derai ketawa sbnrnya..

usai solat, dia segera berlari ke arah sofa. kemudian timbun bdnnya dgn kusyen dn bantal. konon org tak nampak le tu. =p


skrg ni dia suka buli kami. sebentar td masa pergi kenduri kawen - masa makan - dia ckp dgn kuat dpn tetamu.

"umi!. biru ckp inggeris apa?"
"blue.."
"kalau arab ckp apa"
"erk.. tanya ayah.."

alamak!.. lupa le.. hehe

aku tgk ada bbrp mata sdg memanah sambil tersenyum.

adeh.. pedihnya.. :)

doktor vs bomoh

salam..


kdg2 heran dgn sbhgn manusia nih.


asal demam, sakit sikit2 gi jumpa bomoh.
asal meracau sikit2 jumpa bomoh.
asal kejang sikit jumpa bomoh.


aku tak kata jgn percaya bomoh. sbb mmg ada penyakit yg sukar dianalisa oleh pakar2 perubatan. tp kalau setakat anak kerap kencing malam, kerap demam, pening kepala pun jumpa bomoh gak, apa cerita?.


bg aku, kalau mmg doktor pun tak jumpa punca penyakit. sukar dijelaskan dgn teori perubatan. ada unsur2 metafizik, atau terkena santau ke apa.. jumpa le bomoh. sbg satu ikhtiar. tp bkn sebarang bomoh. cari le pakar rawatan islam. darus syifa contohnya.


nota: n3 ni sbg respon sms kwn aku yg tanya hukum jumpa bomoh org asli utk pulihkan rumahtangga dia. ironinya, yg cdgkan jumpa tu ustazah kt kg dia. huhu

pusat penempatan sementara

salam =)


mangsa banjir.
org2 kampung biasa2.
ada yg miskin.
rumah anggaran paling2 mahal 100,000 sebuah.
bersesak dok sementara kt balairaya.
[biasanya cuma ada 4 tandas]
blm dgr ada derma bencana.


mangsa tanah gelongsor.
org2 kaya.
rumah anggaran 2,000,000 sebuah.
ditawarkan dok sementara kt hotel.
[dlm kelas sk*** katanya cuma ada 1 keluarga].
diskaun lagi 50 percen.
ada kutipan derma bencana lagi.


aku pelik!. sgt pelik!
[rupanya bkn blogger je yg pelik2.. hehe]

Friday, December 12, 2008

lauk tengahari =)

salam semua :)

n3 pasal makan boleh?. hehe

ini lauk yg adik aku masak.


OTAK LEMBU MASAK LEMAK CILI API.

ni menu masakan minang/padang. dulu masa kecik2 aku suka makan lauk nih. siap berebut lg adik beradik. tp bila dh besar [terutama lps bljr human body dlm bio], tetiba jek otak aku set kata ni masakan eksotik. huhu. jd tekak aku rasa .... =p

sbnrnya aku bygkan bila serebrum, serebelum, diensefalon, medula oblongata, pons dimasak sebegitu rupa. aku juga bygkn yg eksiden.. isk.. takmoh ckp! hihi

org BP khabarnya suka buat sup mata lembu.

serius aku ckp. otak lembu masak lemak cili api mmg sgt sedap. tp aku rasa makan daging lembu je lah dulu... :))

p/s: otak kambing ada masak lemak tak wahai chef2 sekelian.. hihi

alhamdulillah =)

salam :)

syukur sgl proses dh selesai.
sgl prosedur tlh dipatuhi.
maka permohonan tlh diluluskan.


isnin ni cerita selanjutnya.


kami ditawarkan seseorang utk ambil anak angkat.
dan kami terima.


harap2 safwan suka sbb ada kawan baru.


=)


alhamdulillah.

Thursday, December 11, 2008

ibadah korban kt kampung aku =)

salam ceria =)

pg td kariah mesjid kampung aku buat ibadah korban. 5 ekor lembu semuanya. kitorang buat kt blkg mesjid aje.

mulanya aku pergi dgn safwan. baru sekor kena sembelih, dia nanges ketakutan. siap nyorok balik moto lg. huhu. terpaksa le aku bawa dia balik rumah. padahal dia yg beria2 ajak nk tgk. takut juga kalau2 jd trauma kt dia. hiks..

susahnya nk tumbangkan lembu ni ye.
ada tak sesapa tau ilmu jinakkan lembu? =p


coklat dr UK utk para penanggah.
makcik2 yg rajin tgnnya dn mulutnya juga. =p

mcm biasa.. tulang buat sup. hati dn peparu masak palembang.
kalau diaorg bbq sekor lembu tu lg best kot.. huhu

mcm biasa le kan. kalau ramai2 gini. mesti ada cerita ekor lembu hilang le, kepala hilang, kulit pun hilang. =p. mcm2 le diaorg nih. rewangnya tak mau. menyebat tau pula. padahal tu kan daging korban. hak fakir miskin dn umat islam. huhu


aku dpt gak 3 bungkus daging. 1 sbg ahli kariah, 2 sbg penanggah. sbg penanggah, aku dpt daging+tulang+limpa. ada le dekat 5 kilo satu bungkus. 5x3= 15 kilo tuuuu!


aku dh ckp kt petugas, aku punya tak pyh lee.. bagi kt org yg lbh memerlukan. tp dia nk bg juga. aku ingat nk sedekah kt jiran2 sblh rumah. tp jiran2 pun semua dpt sama mcm aku. syukur je lah. :)


p/s: aku rasa mcm nk hempuk je mouse ni lah! =p

solat =)

salam.. :)

selasa lps, waktu blk dr BP, aku singgah kt hentian sblh seremban. tujuannya utk solat jamak qasar zuhur dgn asar.

sblm tu aku singgah di r&r pagoh. tp mak mertua aku x larat nk panjat tangga tinggi. ke dia gayat sejak kes runtuh2 nih? muahahaha! *ngate mak mertua*

kt hentian sblh seremban tadek surau. jd kami solat kt wakaf. lgpun wakaf tu mmg dibina menghadap kiblat. ada sejadah juga. oleh krn wakaf kecil, kami solat bergilir. mula2 aku dgn pak mertua. aku jd imam *malu* :) menantu mithali katakannnn.. kekekekeke

lps tu isteri aku dgn mak dia. mak dia yg jd imam. apa le bini aku takmoh jd imam. dia kn ustazah.. huhu. ngate bini sendirik!. kekekekeke

masa mrk solat, aku tgk ada bbrp pelancong cina[?], taiwan [?], hongkong [?] dok terintai2 mrk solat. ada sorang tu dr awal sampai kesudah dok perati. bagus juga kata hati aku.

solat tmpt open camtuh, blh sebar dakwah juga. :)

Wednesday, December 10, 2008

terima kasih =)

salam :)

aku nk ucapkan terima kasih kpd kwn2 blogger yg ucapkan selamat besday aku. tadek apa2 istimewa pun besday aku. takdek lilin, tadek hadiah, tadek suprise.. namun doa kalian adlh hadiah paling berharga utk aku. cheewaaahhh! :).

aku mmg tak pernah rasa student aku ucap besday. walaupun dulu aku guru kelas. maklum le kan, org lahir hujung thn.

dulu masa kt sklh, kaunselor ada bagi hadiah kpd cikgu2 yg lahir dlm bln tertentu. bagi kt dpn bdk2 lg masa perhimpunan. biasanya hadiah besday bg pd hujung bln. mesti korang dpt teka kan sapa yg tak mungkin dpt hadiah tu?.. huhu. eh! mana aku sedih. suka je ni haaaa.. *hahahahahuhuaaawaaaaaaaa!!*

pastu aku ckp kt kaunselor. aku kata tak aci!. thn dpnnya langsung dia tak buat. rasanya dh 3 thn dia tak buat bg hadiah besday kt cikgu2. tunggu aku pindah sklh kot! muahahaha!

tp tak pe le.. sekurangnya thn ni seluruh umat islam seluruh dunia cuti raya haji. jd aku dh perasan tak hengat dunia mcm le mrk semua cuti nk sambut besday aku. :P

wah!.. dh ada yg pecah lobang le umur aku. kikikikikiki.. takpe.. takpe.. sekurangnya aku perasan rasa muda. korang camna? :)

Saturday, December 6, 2008

aidil adha dan kisah budak baru lahir.

salam semua =)

I.

7hb jamaah haji akan wuquf di arafah.

8hb kebanyakan umat Islam seluruh dunia akan sambut aidil adha. mat bangla yg jual parang kt kapar kata bangladesh aidil adha pd hari selasa. :)

ramai kalangan kita akan balik kg raya nih. aku jangka akan byk kenderaan dn sesak di lebuh raya. tambah lagi dgn hujan sblh petang. hati2 di jalan raya korang. moga2 semuanya selamat dgn senyuman :)

kalau ke arah selatan, selalunya kt simpang nilai, seremban dn PD akan sesak teruk. moga2 perjalanan kami esok hari akan lancar dn selamat, pergi dn balik. :)


II.

aku juga ingin mengucapkan selamat hari lahir kpd bloggers ini pd 7hb dis. blog dia biasa2 je, lbh byk merapu, tadek istimewanya dn membosankan. tp aku suka baca blog dia. hihi.. moga2 CJ dipanjangkan usia dn dimurahkan rezeki. kuat iman dn dimudahkan urusan. hihi..

ye.. esok 7hb dis besday aku. :) kebetulan pd hari wuquf dn aidil adha. *sengih*

kt surat beranak, aku lahir pd 7 dis, bersamaan 7 syawal.

terima kasih mak dn abah. aku pandai mengaji dgn tgn mak abah. dgn abah betul2 punya tgn.. hehe. aku mewarisi sifat abah dgn tegasnya. manakala mak dgn sifat kelembutan (bkn lembut yg itu) dn penyayangnya. cheewaahh!!.. hihi


III.

Amalan sunat pada 10 Zulhijjah:

a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
b) Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha
c) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
e) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)



salam aidil adha semua. jom sama2 takbir!. aidil adha bkn sekadar tumbang lembu kambing.. :)

persiapan raya haji

salam menjelang raya =)

ramai blogger dh senyap sunyi. mungkin memasing tgh sebuk menambat lembu, mengikat kambing, mengejar unta. takpun, tgh sebuk pilih2 daun kelapa. *mcm le reti sgt anyam ketupat* kiikikiki..

nk kata memasak, aku kurang yakin le sbhgn depa nih.. asik mkn kt luar aje. reti ke masak? muahahahaha! *pasni mesti kena cangkul nih..* :p

jd aku terus le berkarya. moga2 jd peneman korang yg kt oversea tuh. :)

ok, mcm org lain, aku pun buat persiapan raya juga.
memandangkan dpn rumah dh semak samun jd hutan..

mula2, ptg smlm beli parang kt pekan kapar.


pastu menebas hutan belantara dpn rumah.
mujur tak jumpa rimau.. :)


sekali terparang batang paip rumah aku.. hahahaha! :))


lariiiiikkkkkk!!

Friday, December 5, 2008

nenek tua bongkok dn bertongkat

salam menjelang raya =)

I.


skrg dh confirm. insyallah aku akan balik BP pd hari ahad dn balik semula ke klang pd hari selasa.


aku perlu juga tunggu hari ahad sebab kena pastikan persiapan raya mak abah aku kena selesai. daging, rempah, janur dn lain2. ini mmg kebiasaan aku sbb aku anak sulung dn satu2nya lelaki dlm keluarga. kebetulan adik2 aku balik rumah mertua masing2. jd tggjwb uruskan keperluan mak bapa jd tggjwb aku. di samping keperluan keluarga aku juga.


jd sesapa yg ada hati nk kawen dgn aku kena fhm situasi aku.. kekekeke


sbb lain ialah bapa mertua aku masih nk buka kedai hingga ahad tuh.


pd hari selasa, aku kena balik awal sbb hari rabu tu ada majlis korban di mesjid kampung. sementelah ahli2 mesjid kenal aku sbg cikgu, kena le pandai2 campur masyarakat. jgn sampai org kata cikgu sumbang.. huhu



II.
bandar klang skrg jam teruk. ada pembinaan flyover kt dpn centrepoint. jam teruk di bulatan. dn bila lalu dpn pasar jawa. memasing memecut lepaskan geram.. masa nk keluar kete, aku ternampak sorang nenek tua bongkok nk melintas jln dpn pasar jawa tu.

kete dn moto memasing memecut laju. dh tak peduli nenek tua terketar2 nk melintas. masa tu nenek dh kt tgh2 jln kt garisan putus2. aku segera dptkan nenek dn beranikan diri menahan moto, kete, bas, lori, ketapi, kapal selam, mig29, kapal lanun agar berenti bagi laluan kt nenek tua. semua kenderaan berenti. rasa mcm polis trafik je masa tu.. hehe

lepas je nenek ke seberang jalan, nenek tu ckp dgn aku:

"terima kasih datuk!.. terima kasih datuk!" hoh???

berulang2 kali dia ckp.

erk.. nenek mungkin dh rabun matanya. aku maafkan aje leee.. hehe.


nota:
janur (jawa) = daun kelapa muda utk buat sarung ketupat

cendol jawa =)

salam semua =)

adeehhh.. patut smlm dh balik BP dh. tetiba jek tunda lagi.. pak mertua kata masih nk buka kedai menjelang raya nih. huhu. mcmana nih?. dh kata HCJ cuti.. *malu dh ai..* :D

so.. layan je le blog lg.. hihi

smlm ptg aku dn famili - lps hujan lebat - gi ronda2 kampung. hari tu masa gi paya jaras, terpandang satu gerai kt tepi jln besar ke arah puncak alam. ada satu gerai mcm best jek..

gerai SELERA JAWA namanya. so.. cuba nk layan le gerai tuh.

cendol jawa, menu utama gerai nih.


mee jawa dn laksa jawa.
"apa spesialnya makcik?"
"rempah2 kami guna resepi org2 lama" katanya.

sapa2 nk pergi gerai nih, kalau korang dr adelaide, rusia, mesir, jordan, france, al-jubayl, lampeter dn shah alam terus gi ke pekan meru, menghala ke arah puncak alam. tak jauh dr simpang 4 bt 8 (tapak pasar mlm selasa). betul2 kt sblh SRA Bukit Kapar Timur. :))

promot baik punya. patut dpt persen nih. hehe..

Thursday, December 4, 2008

salam aidil adha 1429H

salam semua =)

kpd rakan2 blogger muslim/muslimat seantero dunia.. hehe

diucapkan..


maaf zahir dn batin.


makan daging patut2. ingat orang yg tersayang.. :))

dan hati2 di jalan raya.



HCJ CUTI.. cuti tak lulus! x best!


tuai padi antara masak,
jgn sampai layu2an,
ngintai kulo antara weroh,
ngesok ojo kelayu-kelayuan.


"perasan jek. tadek sapa nk rindu ko CJ.. huhu"


jumpa lagi!.. insyallah


daaaaaaaaaaaa..!


note:
kelayu = rindu dlm bhs jawa

Wednesday, December 3, 2008

morib plak.. =)

salam semua..

percutian kali ni ke morib pula. hehe..

aku tak ingat bila last aku gi morib. :) kali ni berkelah dgn adik ipar sempena besday dia 1hb dis.

seronok le bdk2 dpt mandi manda. tp pantai morib pun dh keladak berpasir. tak biru mcm dulu. :(

masa mandi2 tu tetiba ada segumpal bunga bertaburan kt keliling kami. naluri aku cpt2 bagitau, ini mcm bunga abu mayat jek.. huahuahua!. cepat2 cabut lari. bkn takut, tp geli geleman mandi2 laut bersama abu mayat!.. hoh!

lagipun kami bawa bdk2 kecik. ingat gak pesan2 org tua.. hehe

makan2 lps mandi.
masih seriau gumpalan bunga tuh.. huhu


layan sotong bakar!
aiseh!!.. acik tu kaco jek aku nk ambik gambar senja..
interprem juga dia kt situ.. huhu

apekehe mandi laut bawa kamera?
jiwa blogger kaann.. ekekekeke


masa balik mlm tu, punya le seksa aku bawa kete. silau sampai papan tanda tak nampak. rabun teruk aku dh nih. :p.

Tuesday, December 2, 2008

muka sembap

salam semua =)

pagi ni cerah dn panas di meru. indah sungguh.

aku sdg tidur lps balik mesjid subuh td. tetiba abah telepon kata ada org nk dtg rumah aku merisik bertamu. kawan abah dr selekoh, perak. abah kata mrk dlm perjalanan ke rumah aku. sedang dr rumah abah ke rumah aku cuma 5 minit!

kelam kabut dibuatnya. isteri aku cepat2 kemas rumah. angkat toto bantal kain2 belum berlipat campak dlm bilik. hihi. korang faham2 kan suasana rumah kalau awal pagi nih. berselerak bagai!. aku cepat2 salin baju seluar, lari sat ke restoran dn beli kuih muih. itu pun tinggal baki. ntah apa2 muka sembap bangun tidur pergi kedai.. huhu

sempat le rembat kuih apam kukus, kek sarang semut (atau kek gula hangus?) dn apam cawan(?). aku tak tau nama dia. :p

sampai rumah terus hidang kuih atas meja dn ngam sungguh tetamu dtg. ;) sblm mrk tanya aku ckp awal2 yg semua kuih muih tu aku beli kt kedai. hehe..

pakcik yusof kwn ayah masa sekolah menengah. mrk bertiga kwn baik dn sgt rapat sampai hari nih. sorang lagi tn hj samsuddin, pemilik shapadu holdings. mrk bertiga ibarat 3 do re mi yg sgt rapat. cuma takdir hidup mrk berbeza. tn hj samsuddin dh jd ahli perniagaan dn jutawan, abah aku hidup sbg guru dn pakcik yusof hidup dlm kemiskinan. huhu

menelusuri cerita pakcik yusof sgt terkesan dlm hati. 3 minggu sekali memetik kelapa dgn pendapatan RM60 sekali petik. pisang sebulan sekali RM20 sekali petik. kira2 pendapatan dia RM80 sebulan dn menyara 2 anak di universiti!

pun begitu, dia sgt teguh dgn agama. - dia graduan hishamuddin sg bertik, klang - :). tak sesekali mengeluh. ceria bercerita. [dlm hatinya hanya Allah yg tahu].

teringat masa kami pergi rumah dia kali pertama dulu. sampai je di rumah, dia tangkap ayam yg dia pelihara utk lauk tengahari kami. sedangkan ayam tu dia bela utk lauk anak sulungnya pulang dr asrama!. krn dia sendiri tadek lauk utk dimakan hari tu. silap kami juga tak bawa lauk pauk dr rumah, atau sekurangnya beli kt tgh jln. sbb masa tu kami tak tahu dia hidup dlm kemiskinan begitu.

yg org tak tahu, pakcik yusof alim dlm ilmu agama. cukup sarat dadanya dgn bhs arab, fekah dn usuluddin. rasanya layak saja dia kalau nk bagi ceramah di masjid2. tp dia tersisih sbb ideologi politik yg berbeza :)

org miskin tp jiwa kaya dgn ilmu agama dn iman. semoga pakcik yusof murah rezeki. :)

Monday, December 1, 2008

smiling moon =)

salam..

spt kt buletin utama tv3. sebentar td bulan dn bintang tersenyum. indah dn ceria.


Ya Allah, Tuhan yg menguasai bulan dn bintang di atas paksinya. kami mohon kasih sayangMU dn perlindunganMU jua. jadikanlah kami sbg orang yang beriman. dn selamatkan kami dari murkaMU. Amiinn

mula2 keluar rumah, tak nampak sbb byk pokok. pastu pergi cari tmpt lapang. tak nampak juga sbb rabun. :)) snap gambar slh setting terus blurrr.. huhu

kredit utk teelek dr thailand yg ambil gambar nih.

qqqaw

qqqaw


1234567890qwertyuiiop[]asdfgj,l;'zccxcvbnnnm,./ahejtthxi dguhyxg

adsdfcdnjndc ssdbnscghqdsdbhsbdhvbhcvdhvbfygdvgchdgfghdcbdfcbskdiffrhfdgvfgvnjcvjf




===========================
terjemahan:

testing

1234567890 ayah paksa saya tulis [] dia tadek idea nak tulis lalu dia paksa saya


tulis padahal saya sdg tgk kartun
saya terpaksa tulis sbb ayah kata dia malas nk apdet hari nih


ok. itu posting pertama safwan dlm blog. :)