Saturday, February 28, 2009
adakah anda laila atau majnun
bila tuan boss siang td singkap kisah laila dn majnun waktu ucapan perpindahannya, aku fikir lain pula. boss anggap dirinya spt majnun yang mencintai sklh sepenuh jiwanya. dia cintai surau, tangki air, longkang, kelas, langsir, opis, kolam.. semuanya!. sbb tu tak heran ptg2 nampak boss membersihkan longkang tersumbat. huhu..
laila dn majnun 2 insan saling mencintai. tp terhalang oleh birokrasi. tatkala mrk saling merindu tp tak jua dpt ketemu. laila dn majnun mengelamun di tepi tingkap memandang bumbung rumah. oh, rupanya dpt pandang bumbung rumah pun sgt melegakan!.
kalau le sorang tuh, tgk blog sesorang berkali2 [bkn HCJ]. pastu tgk ym, ebuddy, wl, pingbox berkali2. sedangkan 'dia' tk juga muncul2. tk muncul satu hal. tgk nama dia terpapar offline satu hal.
kalu timbul rasa lega dn gembira tgk nama dia offline dlm list. atau dtg ziarah blog dia berkali2 walau dia tk apdet berkurun. adakah itu juga laila dan majnun?.
dush!.. yg pastinya, laila dn majnun moden bermenung dpn tingkap [windows] yang berpanorama luas [vista]. atau juga punyai pengalaman termahal [xp]. bermenung di tingkap memakan epal [apple] sambil mendakap patung penguin [linux]. mungkin itu korang. bkn aku. haha!.. :)
biar le HCJ terus disembunyi
gayanya aku spt sedang ke arah mendedahkan sedikit demi sedikit siapa di sebalik CJ. hehe.. kt mana sklh aku mengajar. kt mana aku tinggal, siapa famili aku dn lain2 le.
cuma aku mohon sgt2 dr anda semua. yg mengenali sklh aku mengajar. yg kenal kawan2 guru kt sklh aku. aku mohon agar HCJ ni biar le didiamkan aje dr mereka. rasanya tak perlu le dihebah2 kpd rakan setugas aku.
nk tau kenapa?. sbb aku kurang selesa blog aku dibaca oleh mrk. itu saja. alasan lain biar le dlm fikiran kalian semua. anda cerakinkan apa yg anda fikir.
sungguh! aku takkan teragak2 untuk menutup blog ini jika urlnya diketahui oleh rakan sekerja atau mana2 murid aku. dan aku takkan sama sekali menyesal utk tutup terus blog nih jika ia berlaku.
sekali lagi mohon dengan sangat. HCJ biar le antara sesama kita shj.
terima kasih =)
Friday, February 27, 2009
aku sedang dilamun cinta
undang2 tak bertulis blog yang separa zalim:
maafkan aku kawan. aku belum sempat nak jalan2 mcm dulu. aku sedang dilamun cinta dengan aksara2 bisu. surat, borang, kertas kerja dan sgl mcm keje nak kena buat. ada peristiwa besar menjelang 12 mac nih yg aku perlu utk tumpahkan kasih dn sayangku padanya lbh dr blog aku dn blog korang. hehe..
ok, mmg ada beberapa blog yang aku sempat singgah. ada drop komen dn ada yg silent reader aje. mohon korang maafkan aku dn jgn kecik ati ye. sbb aku cuma punya sekeping hati yg kecil tp tersorok dlm jasad yg besar. huhu..
nota:
1. ptg td lps solat jumaat aku gi pusat kesihatan petaling jaya dpn tabung haji kelana jaya tuh. ingat nk ambil suntikan meningitis. rupanya cuma buka hari isnin dn jumaat pagi. kalau kt klinik swasta kena kos 100 ringgit utk suntikan tuh.
2. aku juga sdg menunggu passport aku siap. kalau passport hilang rupanya byk dn payah prosedur dia. kena repot polis, isi borang siasatan dn sumpah dpn pesuruhjaya sumpah. insyallah hujung bln mei nih katanya blh siap. passport penting utk aku menerobos ke siam tuh. haha!
3. korang pikir apa hah?
hadiah =)
lps blk mesjid maghrib td, aku ajak wife dn safwan jln2 kt tesco. tujuannya nk beli hadiah utk boss dn pn nor.
utk boss aku belikan 2 buku nih. semuanya dr kuliah TG nik aziz. lantak le apa boss nk kata. dia kuat ameno. hahaha!
utk puan nor, wife aku pilihkan wallet leno. hehe.. ikut le citarasa org pompuan. kalau aku nk belikan jek sarung bantal. kekekeke
utk wife, aku belikan 2 buah buku. terapi solat tahajud dgn motivasi menjadi wanita paling bahagia. heheutk safwan tadek. sbb aku dh belikan dia robot smlm. :P
Thursday, February 26, 2009
perpisahan edisi kelab guru :)
Perpisahan itu sungguh menyedihkan. Tapi semuanya di tangan takdir.. perpisahan by revolvers.
hari ni sambung lg majlis perpisahan tuan boss. hehe. smlm kelas khas. hari nih kelab guru pula. sambutan dimulakan jam 2.30 ptg. boss diarak dgn jeep CJ.
betul le org kata makanan kt mana2 de palma hancussss..
100. nombor bertuah aku. hehe. dpt le jajan bawa blk utk safwan.
esok ada sambutan lagi. pengetua pindah 3 hari buat sambutan. mcm apa jek kwn2 nih mcm suka sgt boss pindah sampai kenduri 3 hari. sbnrnya boss pindah ada sebab. nanti le aku crita.. :)
nota: jeep cj tuh bkn aku punya. nama jeep tu suzuki cj. hehe
Wednesday, February 25, 2009
perpisahan
bdk2 kelas khas ni mmg betul2 bertuah. mrk gugur syarat2 wajib ibadat. pastu bakal masuk syurga pula. huhu.. mrk ni le kesayangan aku kt sklh.
Tuesday, February 24, 2009
bernafas dalam air
ntah kenapa le kan. rasa ingin bersendiri tetiba jek dtg. rasa mahu dok tepi pantai melontar pandangan jauh ke tengah. ke pulau2 yg berbalam kabus. pada camar yang terbang rendah. sambil melayan bayu yang menghembus lembut di celah2 rambutku yang mula memanjang menyentuh kelopak telinga. cheh! haha..
tapi itu yang aku rasa skrg. agaknya mlm td isteri aku pun perasan aku tetiba jd pendiam. dia pun turut jd pendiam. sbb dia tahu, aku takkan respon cakap dia dlm aku emosi bersendirian nih.
mlm td aku keluar rumah jam 11mlm. masa tu isteri aku tgh melayan safwan siapkan kerja rumah dia. aku melayan segelas teh halia dn sepinggan nasi goreng kt restoran tomyam kt kampung. juga bersendiri. balik rumah, safwan dn isteri aku dh tidur nyenyak.
aku buka buku sirah nabi sebelum mula melabuhkan belikat. mencari2 kekuatan di sebalik kisah2 rasul. pun tak dpt lelap juga mata. ke kanan, ke kiri serba tk menjadi. sedar2 aku terjaga dr tidur jam 4 pagi. isteri dn safwan masih lena dlm dunianya.
aku belai ubun2 safwan dn mengucupnya. dia sgt comel waktu tidur dan jaga. kesian safwan..
membersihkan diri dn berteleku di atas sejadah sementara menunggu subuh. ada titik air jernih di kelopak. sambil mengalun wirid naqsyabandi warisan arwah atuk. aku terasa sgt sayu. dh lama aku tk amalkan wirid tuh.
ok. aku harus berenti menaip. hati sudah mula berkaca. :)
nota: n3 ntah apa2. haha!. tp bernafas dlm air ada dlm senikata lagu 'dan sebenarnya' nyanyian yuna.
Monday, February 23, 2009
pusat ternakan virus
ni pendrive member yg aku scan pg td.
blh jd penternak contoh hari peladang kebangsaan. :))
antara kelemahan ppsmi yg ntah ke berapa:
msh ada cikgu ppsmi yg tk tau nk apdet antivirus mrk!
walaupun dh bg kursus berkali2..
bila le aku nk dpt laptop gomen dn elaun mcm cikgu ppsmi nih.. :P
note: aku pernah scan satu laptop yg ada 2000 lbh virus dlm tuh.
Sunday, February 22, 2009
mood malas apdet..

Saturday, February 21, 2009
corat coret mesyuarat agung pibg
sabtu yg indah dn panas. ada mesyuarat agung pibg kt sklh. aku masih letih dn ini n3 pemalas namanya. jadi aku corat coret jek. =)
pengetua kami [gambar bwh, yg pakai baju batik ungu dn bersongkok] nk pindah minggu dpn.penggantinya dtg juga tadi. [yg baju batik hijau berkacamata]
saspen ah nk dpt pengetua baru. huhu!
coret acara tadi:
1. pengetua sebak masa bagi ucapan tadi. ucapan terakhir sblm pindah minggu dpn. :(
2. yuran sekolah yg dipersetujui ialah RM45.00 seorang pljr.
3. slps vip abes makan, sbhgn cikgu segera mengambil tempat mengabeskan juadah vip dn melupakan sepenuhnya mesyuarat pibg yg sdg berlangsung. termasuk juga aku. haha!
4. guru praktikal mendominasi hadiah cabutan bertuah guru. rezeki mrk le. tp apa kes dpt hadiah minyak masak. kuali pun mrk tadek. haha!
5. kehadiran ibu bapa sgt ramai. cikgu2 terpaksa berdiri dn terpaksa tambah kerusi pelajar.
6. meeting pibg dibuat kt dewan kantin. bila le nk merasa dewan sklh aku nih.
7. majlis yg sgt sederhana. tadek kompang, bunga manggar atau persembahan. cuma acara cakap dn cabut hadiah. :)
8. aku balik awal jam 1 ptg. masa tu usul sdg dibahaskan. hihi..
note: aku tak online mlm nih. jd jgn tunggu aku kt ym,wl atau blog. sila jgn rindu pula ye. *wink* <-- perasan!. :P
jumpa lagi. daaaa.. =)
Friday, February 20, 2009
menangis..
I.
pagi tadi ada program peningkatan sakhsiah remaja. anjuran unit kaunseling sklh aku. aku yg msh remaja [:P] dn cikgu disiplin yg juga pembantu guru kaunseling [?], diamanahkan jadi pengerusi majlis.
penceramah dari baitul ehsan, sabak bernam. dlm ceramah tu ada sorang pelatih pompuan yang dibawa khusus utk menceritakan pengkisahan dia.
dia cerita knp dia terjebak. mslh keluarga yg buat dia rasa tekanan dn akhirnya merokok dan akhirnya seks bebas. masuk baitul ehsan dn cabut lari tp kena tangkap. masuk dlm bilik tahanan.
semua bdk terdiam dgr cerita dia. sedih dn hiba. hati masing2 bagai dirantai sayu. aku yg sememangnya berhati lembut mudah je rasa sebak. punya le nk cover kan, aku gi kolah surau dn basuh muka kt sana. hehehe.. cover beb. malu bdk tgk. haha!
5 minit pastu baru aku keluar dr bilik kolah tuh. :P
II.
aku tak tau apa kena dgn cikgu praktikal pompuan sorang neh. 2 hari lps nanges, smlm nanges, td pun nanges gak. asal ada mslh dgn bdk, mesti merah mata pastu dok meja dia sambil huuuuu.. huuuuu..
eleeehh.. walau nk cover konon, aku dgr le ko huuuu.. huuuu.. cait!
camna nk jadi cikgu kalau asik kena buli bdk. pastu bila aku rotan bdk yg kaco, dia pula yg lebih2 sob.. sob.. kesian kt bdk.
nk jd cikgu sklh kena le hati kental dn kuat. kalau asik nak huuuuu.. huuuuuuuu.. baik keje kt tadika layan bdk2 kecik.
ke memang tradisi org pompuan cantik hati mudah cengeng.. kekekekeke..
lariiiiikkkkk!!
Thursday, February 19, 2009
tetiba jd misteri
kalau dh namanya trojan. mmg pakar dlm sorok menyorok.
tetiba jek virus win32/psw.onlinegames.nmp trojan hilang begitu saja dr laptop aku. malah laptop aku blh run mcm biasa. tadek lg pop-up, tadek amaran utk reboot, tadek amaran c:\autorun.inf infected.
aku pun tak tau apa yg aku dh buat. sbb semua anti spyware gagal nk remove. aku godek registry pun tadek apa2 clue utk remove.
tetiba jek hilang. atau sbnrnya sembunyi?. huhu
aku dh scan 2 kali dgn nod32. full scan. semua clear.
kalau betul2 hilang, syukur alhamdulillah le. kalau sembunyi, aku sedia utk reformat. leceh, aku tak suka format hdisk.
nota: mlm ni mlm jumaat. hujan gerimis dn angin bertiup sejuk di luar. ptg td aku sidai baju, kain dn telekung juga. takut kebasahan je kain2 tuh. hihi.. ;)
menjadi lilin
pekabo semua. ada yang kurang sihat?. hehe.. ayat biasa sblm aku mulakan kelas.
smlm aku baiki laptop member. aku juga scan pendrive member yg penuh dgn virus, spyware dn trojan.
biasa kwn2 mmg suka tumpang scan pendrive mrk kt laptop aku. sbb mrk kata laptop aku guna AV yang agak kuat. kuat le sgt. padahal aku cuma guna nod32. kira kuat le drpd member yg guna norton AV 2005, pastu declare kata pc mrk tadek virus. huhu..
skrg aku jd lilin. laptop aku dh kena win32/psw.onlinegames.nmp trojan. trojan yg SGT SUSAH nk remove. komputer jd slow amat, keluar popup dn arahan reboot sentiasa. aku dh cuba byk cara. xoft, superantispyware, spyhunter.. semua gagal.
aku mmg syak dr pendrive kwn2. sbb aku insan mulia, tadek jln2 web xxx. aku cuma jln2 blog korang dn ym dgn 2-3 org dlm list. jd kemungkinan dr blog dn ym juga tipis [walaupun mungkin ada].
susah2 format jek. tp aku baru format laptop aku minggu lps. letih sbnrnya format hdisk nih. byk benda kena setup semula.
ada sesapa blh bantu aku dptkan remover trojan tuh?.
Wednesday, February 18, 2009
pak polisi mmg sporting =)
suka le bdk2 tgk pak polis dtg. padahal bdk2 form 1,2,3 dtg sklh bkn ada lesen, roadtax motor pun tadek kot. cikgu2 pun aku percaya ada yg dh expired lesen dn roadtax buat deekkkk aje. haha!
bdk2 ni kalau bawa moto pun satu hal le. sup sap sup sap. rempit tak hengat. kdg2 masa blk sklh blh lg buat weelie dpn kita. rasa nk langgar jek dgn kete. =P
ada kes; mak bapak belikan motor semalam, hari ni motor dh hilang kena curik. menangis x berlagu bdk tuh.
moto member aku (cikgu) pun kena curik bdk. mujur dpt semula bila bdk tu jual kt member dia. pastu member dia tepon cikgu bgtau yg moto cikgu nk dijual murid sendiri!. pendek akal punya pencurik. huhu..
Tuesday, February 17, 2009
malu konon =)
umur dh 6 thn. thn dpn tahun 1. tapi masih menyusu botol. huhu
buat2 malu konon. :
ayat beracun safwan sejak akhir2 nih:
"ayah bila nk belikan safwan psp"
dulu aku kecik2 main pecah2 biji getah aje.. huhu
balik le, sekolah ni bkn rumah awak.
semalam aku uruskan 7 kes disiplin. dating, ugut nk pukul, dh kena pukul.. mcm2 le bdk2 nih. smlm juga bdk2 lewat sgt gi surau utk solat zuhur berjemaah sblm balik. jam 2.30pm baru pergi surau. sepatutnya gi surau jam 1.50. 2.30 dh kat rumah bdk2 tuh.jadi pg tadi aku berucap kt perhimpunan. mesti le psl disiplin kan. aku tegur psl solat smlm yg lewat. tegur dtg sklh tak solat subuh. lewat gi tapak perhimpunan.
akhir kata aku tutup dgn ucapan:
susah juga jadi pengasuh baby umur 13 - 19 thn yg seramai 936 org. huhu..
Monday, February 16, 2009
ujian bulanan

salam :)
Sunday, February 15, 2009
menantimu
aku menantimu di birai waktu
detik demi detik terus berlalu
dan harapanku masih lagi mekar
bak sekuntum mawar segar
terus menunggu tanpa jemu.
tidakkah kau tahu
betapa gelora jiwa ini amat menyesak
nafas pun seakan payah
sekadar untuk meluah kata keramat
"moga harapan dan jiwa kita terikat"
buat aku makin kelu.
renung dengan nalurimu
betapa aku cuba menawan hatimu
namun kau tiada jua mengerti
atau kau sengaja berteka teki?
aku adalah pelangi yang menanti hadirnya mentari
yang hanya terpancar seri dengan sapaan cahayamu.
CJ
meru
feb 2009.
nota: sajak[?- sajak ke? ] ini cuma biasa2 je. tadek kena mengena dgn aku. tp aku buat utk seseorang yg sedang menanti jawapan. [atau dia dh dpt jwpnnya mlm ini?] hehe..
School gardener officially a hockey coach now
dulu aku pernah tulis n3 kan, knp aku suka sklh aku. dlm n3 tuh, aku ada tulis antaranya tukang kebun sklh aku ada diploma sains sukan.
tahniah wak!!. bila nk kawen?. hehe.. ada sesapa ingin kirimkan salam kt wak?. dia sgt warak, pandai mengurut, kuat jiwa Islamnya dn mahir main hoki. :))
lalalalalalala. promot ko wak. kekekekeke. ampuunnnn!! =P
LTdL@KS
sekali teringat rupanya ada LTdL kt sini. terus aku menyusup keluar dr stadium dn lepak kt tepi jln besar x jauh dr stadium. terus terang, aku snap ni utk kongsi dgn korang semua. hehe..
aku tadek apa2 nk cerita psl LTdL nih. aku ada member pegawai atasan telekom yg cerita kisah di sebalik LTdL yg aku kira rahsia korporat. =Pkak neeza tanya apa beza kutipan pingat dgn mata.
rumah kuning johan keseluruhan sbb mata tertinggi. tp rumah hijau johan sukan tahunan sbb pingat emas byk. 4 thn berturut2 kami sapu kedua-dua kategori. mata dn pingat. thn ni kami kehilangan kedudukan keseluruhan. tp masih juara dr segi kutipan emas.
dayah tanya petua lompat tinggi dn 4x100 meter.
utk lompat tinggi, bdk tu perlu berlari 10-12 langkah sblm sampai kt papan lompat. mesti melompat dgn kaki yg paling kuat utk melonjak. sudut lonjakan pula lbh kurang 45 darjah dgn kaki dilunjurkan ke depan dn mengayuh di udara. jerit le sikit suara spy tenaga keluar sepenuhnya.
4x 100 kena strategi sikit. susunan pelari 2-3-4-1 ikut kepantasan pelari. pelari kedua terpantas adlh pelari pertama dn pelari terakhir adlh pelari terpantas dlm kumpulan mrk. berlari di garisan plg hampir ke dlm sbb advantage jarak. serahan baton plg penting. teknik serahan perlu cekap dn tepat. kalau baton diserah dgn betul, dpt potong masa antara 3-5 saat.
pagi ni aku meeting dgn pegawai zakat selangor. keje le lagi. huhu.. komen2 aku bls ptg ni ye. :)
p.s: aku masukkan balik sajak cinta. sila jgn pasan ye. ia khusus utk isteri aku
Saturday, February 14, 2009
tembak sukan III
syukur sukan tahunan siang td tamat dgn baik. bdk2 pun patuh disiplin. tadek buat perangai pelik2 dn luar biasa. aku x perlu panggil polis buat rondaan mcm thn2 lps. bdk2 luar pun dtg dn beri kerjasama x timbulkan huru hara. :)
tugas aku sbg ketua disiplin pun jd mudah. hingga aku terpaksa mengganggur cari keje baru sbb bdk2 baik pula hari nih. akhirnya aku tlg cik suhada uruskan peserta rumah hijau. kesian dia sbb dia cikgu baru. jd aku tlg le dia dgn seikhlas hati. hehe

pastu kan, ramai bdk ponteng. tu yg memudahkan keje aku. bagus2.. hehe.. ada gak yg tk moleknya. cikgu2 tengkar dpn murid. isk.. buat malu jek. sapa lg le, kalau bkn rumah kuning dgn merah. =P
ada bdk pengsan, ada yg lari x abes, langgar pagar, sembang2 sambil lari.. plg x thn ada bdk pompuan pengsan teruk. cikgu panggil tadek respon. mula le cikgu2 gabrah. aku ambil air siram kt muka pun tadek respon. sekali PK aku dtg. dia ckp: "tanggal seluar dia sampai lutut." tetiba jek bdk tu terjaga. hampeh!. PK kata bdk tu saja je nk usik cikgu2. padahal dia atlet daerah. huhu
aku sempat gak susun strategi utk larian 4x100 meter dn lompat tinggi peserta rumah hijau. tunjuk sikit je skill dn petua. hihi.. dpt gak emas acara tuh. lega!.
acara kemuncak ialah acara 4x100 meter guru2 lelaki. aku tk ambil acara tuh sbb injured waktu wakili liverpool masa lwn chelsea bola ritu. alaa.. yg liverpool menang 2-0 tuh. haha! *alasan*mari berlapang dada =)
14 feb?. valentines day?
rasanya ramai di kalangan kita tahukan yang ulama melarang mana2 umat Islam ikut rayakan. dan ramai juga yang tahu sejarah di sebalik kisah VD nih. [bunyi mcm voodoo pulak.. huhu]
mcm ni le, kalau ulama dh kata haram, dgn bukti dn hujah agama, kita ikut je le. ikut le nasihat ulama. kalau org kristian blh ikut ckp paderi, org yahudi blh ikut ckp rabbi, knp kita x blh ikut ckp ulama. jgn sambut dn jgn raikan. jgn wish, jgn buat apa-apa yg ada kaitan dengannya.
hukum tetap hukum, alasan tolak ketepi. sbb alasan tak mengubah hukum. lagipun bkn sampai tahap darurat pun kalau nk jadikan ia harus.
aku tepekkan beberapa rujukan yg aku copy paste dr satu laman web.
Catatan Pendita Perayaan Valentine’s Day Atau Hari Kekasih
Al-Islahonline Pandangan Islam Terhadap Hari Valentine
Utusan Malaysia Murtad Sambut Hari Kekasih
Utusan Malaysia Haram Sambut Hari Kekasih
Mutiara Hati Valentine's Day, Apa Pandangan Islam?
Dunia Hatiku Sambutan Yang Mengarut!
Wadah Wanita Islam Usah Terperangkap Jerat Cinta Valentine
Jabatan Mufti Negeri Selangor Hukum Menyambut Valentine's Day
Mohd Hariri Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam
sajak smlm aku tutup lah ye. terima kasih byk mrk yg drop komen. nanti ada yang kata ustat cj sambut pulak VD. hehe.. sbnrnya aku buat utk isteri aku. :)
oh ye, hari ni sukan tahunan. go! rumah hijau! go! semangat pendekar. redah yg menghalang, gagah melawan. hehehe..
Friday, February 13, 2009
aku cinta padamu


Gratisan Musik

cintaku adalah angin yang menghembus di tengah terik mentari.
sayangku adalah bulan bersinar lembut menyinari.
kasihku adalah ombak yg bertamu di gigi pasir tanpa henti.
aku adalah nadi jantungmu dan kau adalah degup jantungku.
aku adalah nafasmu dan kau adalah nafasku.
kita adalah dua jasad berbeza yang menjadi satu.
saling melengkapi dan saling memerlu.
kau bukan mimpi yang hadir bertamu.
juga bukan khayal di puncak langit untuk diseru.
kau adalah bidadari yang membelai sukmaku.
kau hamparkan kasihmu untuk kita beradu.
di atas sutera beralas mawar biru yang beribu.
untuk kau takluki jiwa lelakiku.
cinta kita adalah bahtera di lautan.
biar berolek kekiri dan kanan.
tetap teguh kerana kemudinya sayang diikatkan.
dan rasa kasih memandu ke depan.
tiada lukisan untuk kita lakarkan.
atau bait kata untuk terucapkan.
untuk kita gambarkan utuh percintaan.
moga terus kekal dengan izin Tuhan.
14 feb bukan apa-apa untuk kita.
kerana hari-hari kita adalah kasih, cinta dan sayang selamanya.
CJ.
meru
2009.
nota: heh! heh!
ulama sepakat hurum haram dan berdosa kpd mana-mana orang islam jika sambut valentines day.
and the saga begins..
sebentar td diadakan perhimpunan khas pelajar. sbb esok sukan tahunan sekolah kt stadium ks. sapa2 yg ingin melihat kami hitam legam, berpeluh, melalak mcm mak lampir, menjerit mcm altec lansing, ligan bdk satu stadium, melepuk bdk mcm komando yg masuk tv3 hari tu.. dtg le stadium ks esok. drama penuh aksi, konspirasi dn percintaan ada di dpn mata. live!. hehe..
td aku bg taklimat disiplin kt bdk2.
1. esok bawa telekung dn kain utk solat.
2. patuhi disiplin sekolah dn peraturan stadium.
3. dilarang merokok.
4. dilarang dating.
5. bersukan mesti menutup aurat dn sopan. terutama murid2 pompuan. kain tudung masuk dlm baju. yg lelaki seluar trek panjang. sapa tk mau pakai tudung, sila sertakan surat kebenaran dr mufti selangor.
6. jgn mengular ke cc. sbb aku akan pergi dr satu cc ke cc kt ks esok. kalau aku jumpa ada dlm cc, aku akan lempang dpn tokey cc.. huhu
7. kehadiran akan diambil. x hadir kalu, ponteng!
8. polis akan meronda setiap masa.
9. cikgu2 akan bawa kamera utk rakam aksi2 sumbang kalau ada. jgn sampai aku upload kt youtube. muahahahaha!
10. jgn lompat2 rumah sukan. sbb itu amalan tidak bermoral
hehehe.. tgk le esok. pakatan vs rumah merah.
nota: saat n3 ni ditulis, rumah kuning dn rumah merah msh meeting susun strategi utk esok. rumah hijau dn biru gelak2 aje tgk gelagat diorg. tak abes2 lg krisis.. hahaha!
psssttt.. rumah hijau sdg mendahului dr segi kutipan emas. dn dijangka esok rumah hijau akan menguasai majoriti acara kt stadium. sbb kekuatan kami pada acara trek dn balapan. dlm dok rumah kuning dn merah krisis, rumah biru dh mengalah; mana le tau kan, rumah hijau tetiba potong mrk dn jd johan sekali lagi. yay!
Thursday, February 12, 2009
tembak sukan II
persaingan makin hangat!.
kuala selangor, 12 feb- keadaan panas. siang td berlaku sedikit perang mulut antara guru ketua rumah merah dgn guru ketua rumah kuning.
rumah merah kata rumah kuning curi atlet mrk seramai 5 org. rumah kuning nafikan dgn tegas dn menyertakan bukti2 senarai peserta thn 2008. rumah merah bertegas yg rumah kuning mmg curi atlet dia. rumah kuning bertahan dgn kental.
kebetulan atlet yg jd kontroversi ialah atlit2 yg byk sumbang mata kpd rumah kuning. jd rumah merah tuntut spy atlet tersebut digantung dr mengambil sebarang acara dn mata mrk dipotong. rumah kuning tak setuju. 'apasal skrg baru nk pertikai?. thn lps rumah kuning corot tadek pula nk ungkit'. kata guru rumah kuning dgn garangnya bak singa betina hilang baby.
rumah hijau dn biru hanya tersenyum menyaksikan drama hangat tadi. kami tk mau tlg rumah kuning pun. pandai2 le korang dh tua.. hehe
harap2 kedua-dua guru tersebut tlh dpt berdamai sblm blk. krn kami bimbang mlm ni mlm jumaat. dn mrk berdua suami isteri. hahahaha!
sekian CJ melaporkan utk berita HCJ.
aik! kt mana nih..??
penatnya la hai sukan ptg smlm. rasa mcm tak cukup rehat jek. pg td bangun pun masih rasa penat. mata jadi berat. masih perlu rehat.
isteri aku msh mc. tp keadaannya bertambah baik lps aku belikan dia air kelapa muda. dia mmg susah kalau suruh makan ubat. mcm bdk kecik nk kena paksa2. huhu
pg td aku terlambat pergi sklh. lps hantar safwan ke rumah pengasuh, aku drive sorang2. boring amat + mengantuk, lalu aku melalak kuat2 dlm kete. aku bantai semua lagu wings yg aku hapal. taman rasyidah utama, sejati, intanku kesepian, peronda jaket biru, biarkan berlalu.. sambil2 ingatan menerawang zaman2 rock kapak dulu. =P
lantak le org kt luar dgr ke tak. haha!. tp aku sbnrnya masa tu dh mengantuk sgt.
jumpa simpang sekolah blh kiri. masuk dn terus menuju dgn laju. mmg dh terlambat sgt. dh 7.50 am. biasa 7.25 am dh punch card. merah le aku hari nih. huh!
sampai laman depan sekolah, lps parking cepat2 aku keluar kete. abes le lambat hari nih.. terus je laju naik opis. sampai kt tangga naik opis tuh., tetiba..
eh? awat nih?
AKU TERSALAH MASUK SEKOLAH ORANG!.
waaaaaaaaaaaaa!!! mcmana blh tersesat sklh org pulakkk.. huhu
aku syak ada cikgu sklh tu yg gelak2 tgk ada org sesat x jumpa sklh sendiri.
Wednesday, February 11, 2009
tembak sukan
sukan sklh aku dh masuk fasa ke-3.
fasa 1 = merentas desa. rumah merah menang.
fasa 2 = data layak. rumah kuning menang.
fasa 3 = sukantara. rumah kuning menang.
fasa 4 = sukan tahunan. pakatan menang. muahahaha!
pg td, kejohanan sukantara. acara yg dipertandingkan hari ni:
- lompat tinggi.
- lontar cakera.
- lontar peluru.
- jln kaki 1500 meter.
- 1500 meter larian.
- rejam lembing.
walaupun aku guru rumah hijau, tp tugas aku mcm biasa le. kawalan disiplin dn hari ni aku jd cikgu paling bengis, zalim dn kaki pukul yg digeruni kt sklh. penat aku bkn kt padang, tp meronda sekeliling sekolah utk pastikan tadek bdk2 ponteng. naik turun bangunan. redah padang. kejar bdk nyorok kt surau. ligan bdk main2 cak dgn aku. aku ingat jarak rondaan aku td cukup utk sampai ke keramat pergi balik. haha..
rumah hijau, kuning dn biru dh buat pakatan. masing2 mesti kalahkan rumah merah sbb kecik ati dgn mrk yg curi atlet kami. awat haaa.. ke mmg dasar rumah merah suka curi ahli2 kami yg berpotensi. paksa2 lompat rumah lagi. siap bagi imbuhan kalau lompat rumah. *wink*
Tuesday, February 10, 2009
hari layan org sakit
I.
pagi selasa yang indah. aku dlm perjalanan ke sklh dn baru sampai dpn smka bila tetiba terpandang 2 buah kereta berhenti tepi jalan dan sebuah motosikal tergolek kt tepi parit. sorang bdk lelaki berlumuran darah kt sblh moto. sah ada kemalangan. dn biasanya kalau kemalangan mcm nih, kebarangkalian bdk sklh aku sgt tinggi. maklum le bdk aku kaki rempit sedunia. kt tgh2 jln besar tu blh buat weeliee lg. :P
aku berhenti kete dpn pondok jaga. pak jaga sdg usung moto yang terjatuh td. dn sah mmg bdk sklh aku kemalangan.
nampaknya bdk tu dlm keadaan sedar, blh bercakap dgn jelas dn blh berdiri dn berjalan. dia masuk dlm kete member aku dn terus dihantar ke sklh.
maknya dipanggil ke sekolah [dia dok kuarters sekolah], dn urusan dokumen bdk tu disiapkan. PK hantar bdk ke hospital. dn dikhabarkan bdk tu ditahan wad sbb pengsan sebaik saja sampai hospital.
ceritanya, bdk tu langgar sorang bdk pompuan form 4 dr belakang. kesian bdk pompuan tu tgh lenggang mak limah tetiba kena langgar.
bdk pompuan tu hanya cedera ringan dn sedikit trauma. td mak bdk pompuan tu dtg dgn seragam polis dia. aku nk je suruh akak tu tangkap bdk laki yg langgar anak dia. huhu..
II.
aku tgh buat rancangan mengajar tetiba isteri aku tepon minta gi klinik sbb bdn2 dia tumbuh tompok kemerahan . hari tu doktor syak CK. aku segera stat kete dn keluar sklh tanpa sempat bg tau pentadbir. sbnrnya tadek sorang pun pentadbir kt sklh. haha!
gi klinik swasta. doktor kata bkn CK. cuma demam virus. ala2 CK gak. isk, aku x fhm dgn penerangan dia.
doktor bg ubat gastrik, demam dn losyen sapu. juga MC 2 hari. suka le dia dpt rehat lg kt rumah.
blk dr klinik, terus hadiri pulak perjumpaan rumah sukan. uruskan bdk2 utk acara sukan esok. lps abes uruskan bdk, tetiba aku terasa mcm nk pitam. rupanya aku blm sarapan pagi. [aku cuma makan mee goreng + telur goreng dn teh panas sarapan td.. hehe..] aku oder nasi goreng dgn teh o ais.
abes makan, bergegas pula utk kelas form 4. dn terus mengajar sampai jam 2.15 ptg.
blk sklh td singgah sat beli kelapa muda 2 biji. sebiji utk wife. dn sebiji lg aku bedal. haha!
III.
mlm ni aku kene masak!. isteri aku pegang sudu pun tak larat. itu pun kalau aku rajin masak. aku dh terbayang jek sup campur restoran suri tomyam kt sblh kedai mari beli. haha!
dik, mcm biasa. sup campur, nasi 2 tapau dgn kopi radix minum sini. ngeeeee..
Saturday, February 7, 2009
kad jemputan kawen
ptg td aku terima satu kad kawen. sbnrnya aku terpijak sbb ia jatuh kt lantai. bila aku bukak rupanya ada kalimah bismillah kt dlm kad tuh.
kdg2 benda ni kita terlepas pandang. nk cantik kad raya, letak kalimah salam dn bismillah dlm tulisan arab. tanpa kita sedar mungkin blh sebabkan kita berdosa bila kad tu kita buang merata2 dn campur sekali dgn sampah. tu blm lagi bdk2 kecik tersepak sana sini atas lantai.
apa akan jadi bila kad ni kita buang dlm tong sampah, kemudian dihantar ke pusat pelupusan sampah. bercampur dgn najis, bangkai dn sglnya. sedang ada kalimah Allah di situ.
kalimah bismillah juga sebahagian ayat Quran. jadi kita kena hormat dn jaga kesuciannya.
pada pandangan aku, rasanya tak perlu ditulis kalimah tu kt kad kawen. demi menjaga kalimah Quran dn nama Allah. juga petikan2 ayat Quran dan Hadis. tulis maksud dlm bhs melayu aje dh cukup kot.
================
cara melupuskan ayat-ayat quran dan hadis nabi.
================
apa korang ingat aku nk jemput kawen ke?. huhu. tadek maknanya. safwan kecik lagi. haha!
surat utk wak tempe ;)
wak sihat ye?. aku alhamdulillah pokok keladi aku dh ulang buah 4 kali. pokok pisang pun dh berbuah. ubi pun dh jadi kerepek. jom le datang sini wak. banyak lagi nk kena perabis nih. hehe..
wak, aku dengar wak ada masalah rumahtangga. tu le wak, dulu aku dn kwn2 dh nasihat. pikir 2 kali sblm kawen lagi. wak dh ada anak 7 laki pompuan. isteri cantik comel. apasal wak kawen lagi. dh tu bini kedua wak pulak sebaya dgn anak wak yg nombor 2!.
wak mmg cari masalah.
skrg wak tak keruan. bini buat laporan polis kena pukul. wak pulak buat laporan polis bini tak balik rumah sampai jam 3 pagi. nk balik mcmana kalau asik kene pukul?.
dgr cerita bini wak dh tuntut fasakh. isk.. kesian ko wak. anak2 jd mangsa. bdk2 aku kt sklh kalau bermasalah mesti punca dr rumah. antaranya mslh mcm ni le. skrg ko dgn bini tua dok asing2 rumah. anak2 berterabur. apa cerita ni wak..
ko tau wak, masa ko sakit kuat dulu. bini ko dtg jumpa aku nanges2 ngadu kt aku. sedih sgt dia tgk ko guling2 sakit. puas dia ikhtiar agar ko sembuh. siap minta air penawar lg dr aku wak. lucu sungguh!. punya le dia nk ko sehat masa tuh.
wak, ingat tak dulu kwn2 minta wak fikir masak2. bdk tu muda belia lg. yg wak ngorat dia apahal?. tak cukup apa lagi bini wak kt rumah tu. anak 7 x cukup ke?. ko nk 700 ke?. lain le kalau bini kaki lawan, derhaka, malas mandi setahun, tak kenal mana gula dgn sabun, sakit mental, selalu mendera ko.. mungkin blh le pertimbang kawen lain.
tu le wak, masa ko susah, ko blh pulak hidup rukun damai, bila dh kaya senang lenang ko mcm lupa diri. aku kesian kt famili ko wak. dulu famili ko jd contoh kpd kami. korang sgt bahagia. rumah besar, kete 3 biji. anak pulak masuk tahfiz.
skrg aku nk nasihat ko wak. ko selesaikan le cara baik. ko sendiri yg mulakan, ko sendiri le selesaikan. tak guna ko ngadu kt aku ni haa. lagipun aku tadek pengalaman kawen dua nih.
ok lah wak, aku nk tulis surat utk bini tua ko, si dek non tu pulak. sekian.
pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.
kenang daku dalam tangismu.
yang menurut perintah
CJ
s.k - fail sulit.
- fail dek non.
surat ini bertaip komputer dan tidak perlu tandatangan.
note: ini kisah benar.
Friday, February 6, 2009
buat 2 rakan yang baik :)
buat 2 orang yang aku anggap adik dn rakan yang baik. yang tak pernah aku jumpa di alam realiti tp selalu bertegur di alam blogging. lagu ni ditujukan utk korang berdua.


Gratisan Musik
kita buat gencatan senjata ok. tanpa syarat. hehe..
nota: awak [awk tahu siapa yang aku maksudkan], sila kembali berblog. aku rasa sgt bersalah bila awak delete blog. :(
sapi bkn lembu
epop tanya aku.
"apa beza sapi dgn lembu"
kamus dewan edisi ketiga: m/s 1190.
kamus dewan edisi ketiga: m/s 790.
cerita pagi jumaat
pagi td isteri aku paksa aku pergi keje. aku sbnrnya nk jaga dia kt rumah
isteri aku kt rumah sorang2. mak aku gi keje. abah aku dh pencen dn jaga cucu. hehe. pak mak mertua pula jaga kedai dn cucu kt rumah kt klang. aku teringat hari ni dia ada appointment dgn doktor utk ambil darah. isk.. mcmana baru skrg aku baru teringat. huhu..
tp pg td isteri aku kata dia dh beransur sihat. sakit2 sendi dn demam pun dh kurang. tu yang dia suruh aku gi keje.
tu la kan besarnya kuasa tuhan bila mengharuskan poligami. tp org pompuan ni tak faham. asik nk bantah aje. dlm tak sedar rupanya bantah hukum syariat. jgn lwn hukum tuhan dik non.. dlm tak suka ada hikmah yang hanya Allah tahu.
org lelaki pun ada salah juga. sering salahguna hukum. ambil utk kepentingan diri aje. lbh utama nafsu dr amanah. tak gitu mat tempe?. tu yg org pandang negatif. padahal kalau ngaji betul2 dn fahamkan betul2 tak le sampai merosakkan hukum Allah.
eh!.. aku dh melalut. hehe.. aku tgh pening. mujur isnin cuti lagi. haha!
Thursday, February 5, 2009
CHIKUNGUNYA
ringkas ttg penyakit nih..
punca:
nyamuk aedes.
tanda2:
Demam panas mengejut
Sakit teruk pada sendi
Ruam pada badan
Sakit kepala
Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.
ubat:
tadek ubat khusus. ubat paling baik pastikan rumah bersih dn tiada air bertakung.
lain-lain maklumat kt sini.
=====================
skrg penyakit ni dh menular. knp gomen blm istihar wabak? sorang demi sorang bdk aku kena CK. [aku mls nk taip nama penyakit ni panjang2.. hehe)
smlm member cikgu pun dh kena. tetiba jek sakit kt blk guru.
haish.. risau gak. 2-3 hari lps mmg byk nyamuk kt rumah. lbh banyak dr biasa. skrg ni kalau rasa demam2 sikit, sakit2 sendi terus korang pergi klinik. jgn cari bomoh santet. [aku sbnrnya nk cdgkan doktor kt mesir tuh. tp dia masih jln2 jordan tk balik2 lg.. hehe]
nota: longkang sblh tepi mungkin punca jentik2 membiak. sbb airnya tak mengalir. puncanya paras air longkang dgn parit kecil sama tinggi sbb hujan. ptg ni aku ingat nk bersihkan longkang tuh. aku tgk jiran aku buat deekk aja dgn longkang tuh. rumput dr rumah dia pun menjalar masuk dlm longkang. air sinki dia pun masuk dlm longkang aku. huhu
==================
moga2 isteri aku cepat2 baik demam chikungunya. pg td aku hantar gi klinik. esok gi lg utk ambil darah. moga2 safwan terselamat dr demam nih. susah kalau bdk2 kecik terkena. dia nk bg tau kita tk fhm bhs dia. akhirnya menangis je le bdk kecik.. adeehh..
imej umno dah hancur
aku bkn nk cerita apa yg berlaku kt perak skrg. tp aku nk ulas sedikit kesan tindakan umno dlm situasi kt perak, berdasarkan apa yg batu jemala aku fikirkan. bagi aku imej umno, ngo melayu (aku x pernah jumpa dokumen kata parti melayu, tapi PERTUBUHAN melayu) yg jd pemerintah dh hancur dn musnah.
nk tau kenapa:
1. nampak sgt umno gila kuasa. sanggup rampas kuasa dr kerajaan perak secara by hook atau by crook. lbh kpd by crook aku rasa.
2. umno terima skgn drpd 2 adun yg dikaitkan dgn rasuah seks dn duit, serta blm dibicarakan kt mahkamah.
3. umno terima semula adun belot. bg org kampung yg x fhm politik, ini tindakan sgt memualkan dn pengecut.
4. umno blm tentu diterima rakyat perak kalau berkuasa dgn cara 'rampasan' sebegitu.
5. andai 2 adun yg dikaitkan dgn rasuah seks bebas mahkamah, rakyat beranggapan ada campurtangan umno.
6. jika 2 adun tersebut bersalah, umno akan kehilangan majoriti mudah sbb kemungkinan adun tersebut hilang kedudukan adunnya. adakah ini blh diterima oleh umno?
7. siapa dlm umno (bakal MB baru) yang dpt menyamai sifat YAB MB Nizar yg dikenali warak, soleh, blh jadi imam solat, hafaz sebahagian al-quran, mempunyai ilmu agama yang luas dn merendah diri?
aku berharap rakyat perak bertenang. aku dgr dlm berita TV3, MB nizar tak kata pun dia bubar dun. dia cuma kata nk jumpa sultan utk dptkan perkenan bubar dun. alih2 dlm paper tulis MB Nizar bubar dun tanpa perkenan sultan, derhaka..
aku nk kata kt org putar alam mcm nih.. babi pun tak tau menipu!!
kpd pemimpin pas, pkr dn dap (terutama kt perak). muhasabah lah diri korang. mana le tau kan, kot2 mungkin ada korang buat silap yang menyebabkan korang diuji sebegini. atau melukakan hati org melayu/islam. mungkin..
p/s: skdr pendapat aku sbg penanam pisang dn keladi yg cuma dpt ilmu politik dn kepimpinan kt kampus.
Tuesday, February 3, 2009
jom kekalkan wuduk selama yg boleh :)
antara perkara yg jd rutin aku sejak remaja [skrg masih remaja - remaja purba. haha!] ialah cuba mengekalkan wuduk. dulu masa aku jd student, mula dr bergerak keluar asrama, masuk kelas dn mula bljr masih dlm wuduk solat subuh, kalau batal akan wuduk semula.
begitu juga kalau aku exam, aku akan pastikan aku jwb exam dlm berwuduk sepanjang menjawab exam tuh. kalau rajin aku tambah dgn puasa sunat.
sbb aku tahu, aku bkn le bdk pandai. belajar payah nk ingat. jd aku usaha byk cara. kekalkan wuduk masa belajar, masa exam dn masa prep slh satu usaha. alhamdulillah, aku dpt rasa kesannya. aku blh jwb exam dgn tenang dn damai masa tuh.
amalan tu aku kekalkan hingga le aku belajar kt ukm.
skrg, bila dh keje nih, aku juga teruskan apa yg dh jadi rutin selama nih. keluar bekerja dlm keadaan wuduk, masuk kelas mengajar masih berwuduk hingga le abes kelas mengajar. tp skrg dh mula liat pula nk sambung wuduk kalau terbatal. huhu
sbnrnya kan, elok juga kalau nk tidur dlm berwuduk kan. lps tidur lantak le kalau nk keluar angin. kalu ditahan2 jd penyakit pula. =P
bkn susah nk ambil wuduk kan. yg susahnya nk konsisten tu. hehe.. satu lagi, dh lama tak baca ma'thurat. isk..
nota: aku tulis bog kadang2 ada wuduk, kdg2 main redah jek. hahaha!
kisah sudu dan cpr.
korang dh cuci tandas?. tandas rumah korang dh bersih?. eh.. tetiba jek. haha!
tandas bdk pompuan sklh aku sumbat. panggil kontraktor baiki. basah kuyup bdk tabligh tu dgn air mutanajjis. erk.. tp dia rilek je. blh senyum2 lagi. "dh biasa cikgu.." kata dia sambil tersenyum.
nk tau apa punca sumbat?. kami jumpa dompet, tuala wanita, kertas dn sudu. sudu?. apakah?. apa bdk2 pompuan buat dgn sudu dlm tandas?. isk.. musykil.
aku cikgu mulia. mesti pikir positif. mungkin bdk2 tu curi nasi goreng dr kantin. pastu tak bayar dn bawa lari masuk dlm tandas. mrk makan nasi goreng dlm tandas. sbb tu ada sudu. hehe..
--------------------------------
bdk pompuan smlm pengsan lagi. sekali lg dpn aku. smlm pun dpn aku gak. adakah aku setaraf mawi skrg?. peminat akan pengsan bila melihat artis pojaann mrk?. hehe..
atau dia sengaja mencabar aku nk buat CPR?. err.. aku cikgu mulia. mesti positif. hihi..
Monday, February 2, 2009
10 more way to crack (blogger) writer’s block
[aku copy and paste jek]
There’s a nice post on MakeYouGoHmm.com that lists 49 jump starts if you’re staring at a blank screen trying to think of a blog post. Some of his suggestions have worked for me: reviewing a book, for example. I’d add the following:
1. Your obvious is your talent. Find something that you do everyday that may not be obvious to other people and write about that.
2. Lists provoke thoughts. For me, at least, taking a topic and then writing a list seems to generate new ideas that hadn’t occurred to me before.
3. Ask why. Pick a topic and speculate on why it happens.
4. Ask how. Ditto but how!
5. Interview someone.
6. Start a campaign. Find something objectionable (in my case lazy writing) and keep citing examples of it until change occurs.
7. Find a role model. Who writes well? Who do you admire? Praise them. The media is full of negative stories but it’s your blog, so write a positive one.
8. Expand on someone else’s idea. The blogosphere is a conversation. Take something (with attribution) and add your own original thoughts. Like this post.
9. Cartoons. Sketches, diagrams. Anything that makes your point without words. (See my previous post ‘A picture is worth a thousand words‘).
10. Build on a phrase. Sometimes a small phrase pops into my head and it inspires a whole article. Listen to your inner voice.
=========================
nota: sapa2 blogger tegar blh le ikut panduan tuh. aku bkn blogger tegar. hihi..
petua lain tgk kt sini. :)
pengsan..
9 hari cuti. beraya sakan kot bdk2 aku nih. sbb tu kt perhimpunan tadi ada 2 org bdk pompuan pengsan.
mula2 bdk form 3. tetiba pengsan dn diusung ke kantin. pengawas baringkan kt pentas. apa yg aku arahkan pengawas ialah buka kasut, stoking, tudung dn skaf bdk pompuan tuh. buka ikatan butang leher baju dn kipas2 kt muka. aku ambil air minum bdk dn renjiskan kt muka bdk tuh.
kecoh juga le cikgu2 pengawas. sbb bdk yg pengsan tu langsung tadek respon bila dipanggil. senyap, diam dn kaku. cuma dadanya berombak lemah. korang nk kata apa?. mmg aku tgk dada bdk tu sbb nk pastikan dia masih hidup. ngeeee.. :))
tak lama kemudian bdk form 1 pulak. pompuan juga. pengsan dn sama mcm bdk pertama tadi. arahan aku pun sama. kak M yang ambil inisiatif urut2 bdk tuh. renjis2 dgn air juga. PK HEM pun aku tgh mcm dh panik. saspen gak dia.
tak lama lps tu, sorang bdk lelaki form 5 pula dtg ke kantin. dia pun kata nk pitam. aku suruh dia duduk rehat kt kerusi.
kemudian bdk pompuan form 1. pun dtg ngadu nk pitam. aku suruh rehat dn arah pengawas pantau bdk tu.
akhirnya bdk yg pengsan tu dibawa ke hospital. bdk form 1 tu, mak dia dtg dn terus diuruskan pindah sekolah. mak dia kata mmg bdk tu dpt mrsm. elok le pindah sana. sbb mak dia kata anak dia mmg kerap pengsan. nasib le cikgu2 mrsm lps nih. haha!
aku sbnrnya tak reti nk buat apa kt bdk2 yg pengsan. kalau ada sesapa blh tlg bg maklumat apa cara nk handle bdk pengsan nih. sila bagitau aku ye.
nota: masa bdk pengsan tu, ada member cikgu tanya. "CJ, histeria ke". isk.. dia kata takut mcm kt smk tg lumpur. haish!.. mulut celupar sungguh. sbnrnya aku pun ada terfikir gak kalau2 histeria.. haha!
Sunday, February 1, 2009
3 pendekar =)
dgn memasang jaring, aku dh berjaya menghalang anjing dn ayam dari masuk lepak2 kt rumah aku dn jdkan anjung sbg tandas awam si ayam.
tp nk buat camna, gini le hidup kampung. bkn aku taknak pasang pagar. tp sepanjang lorong aku dok nih, tadek rumah yg berpagar. semua open gitu. kalau aku pasang rasa mcm makhluk asing jek.
skrg ada mslh baru. MONYET. eh.. kera.. eh.. lotong.. ntah. tp makhluk tu le. mrk dtg berkumpulan. mencuri pisang. curi telur ayam. malah curi mak ayam dgn anak2 dia sekali. juga curi kesabaran aku. ngeeeee..
ptg td makhluk tu masuk rumah. mrk curi kacang goreng cap tgn yg aku beli. aku baru makan sikit kacang tuh. huhu. maka terpaksa le upah 3 pendekar handalan utk mengawasi rumah sepanjang ptg td. ni le dia 3 pendekar tuh..
......
.......
.........
..........
...........
............
..............
...............
.................
..................
padan muka gatal tangan!
gatal sgt nk tukar template. skrg dh jadi huru hara. sori le kt sesapa yg datang blog nih. aku tgk template ni huduh sgt. widget terabur. allignment semua lari. kaler coklat terlebih. nk post komen jd susah. 2 kali keje. nk revert kembali dh malas.
aku nak tidur!. blog aku dh jd cendol terlebih gula merah. huhu
apdet 3.37 pm: aku rasa dh ok kot theme nih. pening aku mcm nk muntah main2 dgn xml nih. aku mesti ucap terima kasih kt cikgu nur'ain yang tlg aku fix xml code nih.. hehe. tq byk2 ain. jasamu akan dikenang selagi theme ni kekal kt sini. hehe..
sapa2 nk fix blog mrk, blh minta tlg cikgu 'ain. muahahahaha!.. promot.










