Friday, February 13, 2009

aku cinta padamu




Gratisan Musik



cintaku adalah angin yang menghembus di tengah terik mentari.
sayangku adalah bulan bersinar lembut menyinari.
kasihku adalah ombak yg bertamu di gigi pasir tanpa henti.

aku adalah nadi jantungmu dan kau adalah degup jantungku.
aku adalah nafasmu dan kau adalah nafasku.
kita adalah dua jasad berbeza yang menjadi satu.
saling melengkapi dan saling memerlu.

kau bukan mimpi yang hadir bertamu.
juga bukan khayal di puncak langit untuk diseru.

kau adalah bidadari yang membelai sukmaku.
kau hamparkan kasihmu untuk kita beradu.
di atas sutera beralas mawar biru yang beribu.
untuk kau takluki jiwa lelakiku.

cinta kita adalah bahtera di lautan.
biar berolek kekiri dan kanan.
tetap teguh kerana kemudinya sayang diikatkan.
dan rasa kasih memandu ke depan.

tiada lukisan untuk kita lakarkan.
atau bait kata untuk terucapkan.
untuk kita gambarkan utuh percintaan.
moga terus kekal dengan izin Tuhan.

14 feb bukan apa-apa untuk kita.
kerana hari-hari kita adalah kasih, cinta dan sayang selamanya.


CJ.
meru
2009.



nota: heh! heh!

ulama sepakat hurum haram dan berdosa kpd mana-mana orang islam jika sambut valentines day.

10 comments:

mademoiselle azieshakespeare said...

syahdu gitu :D

Anonymous said...

mcm tak caya cj jiwang gini. hehehe

[MH] said...

waaaaaaaaaaaaaaaaah

:))

chekgu Bani Hassim said...

lagu ke gurindam jiwang??
huhuh...

Neeza Shahril said...

cikgu jiwang...!!!!
hati2 cikgu.. nanti ada yang tergoda heheheh..
nape lah nak sambut 14 feb aje kan.. hari2 lain tak kasih ke? hmmmm...

CJ said...

azie >> heh! heh!.

CP >> aku pun mcm x caya. kakaka!

fathiyyah >> aaaaaaaaaaaaa! :P

BH >> ntah! apa genre ni ha?. hehe

kak neeza >> pelik tgk org beriya2 sambut 14 feb. mmg tadek keje. :P

Anonymous said...

owh!
nk tergolek dr kusi mlm2 buta mcm gini.....dgn lagu datuk ct lagi!

penyapubaru said...

maybe they just need the reason utk cherish love ke ape ke ke

p/s aku tak sambut pun, tp aku nak hadiah jugak, bleh tak?

CikguZue said...

salam.
dah lama tak menjenguk ke sini.
ambooiii.....

Anonymous said...

kak jie >> kerusi tu dh reput kak jie. tu yg mcm nk tergolek jatuh. hehe

hani >> bg aku kan, hukum tetap hukum dn kena patuh tanpa alasan. hehe

hadiah? claim kt kedai buku. kekekeke

cikguzue >> waaaaahhhh!! hehe