Monday, September 29, 2008

duit raya =)

salam menjelang syawal.. =)

gambar kt atas tu duit raya yg aku sediakan utk anak2 tetamu dn bdk2 kecik aje.. hehe. mak bapak org tidak termasuk dlm senarai okeh. dewasa dn remaja juga tadek dlm senarai.. huhu..

utk anak2 buah, yg kt dlm sampul tuh. special utk mrk. tak byk. RM5 aje. sbb thn ni bajet. hihi..

thn ni aku tukar RM1 sbyk 300 dn RM5 sbyk 200. tapi yg aku sediakan utk anak2 dn bdk2 kecik takle semuanya. sbb ada duit kecik yg aku nk guna sendiri utk kegunaan harian. hiks.. hehe

thn ni dpt duit lama. org bank kata duit baru tadek stok. mcm tak percaya je. ntah2 duit baru mrk dn sedara mara dh perabis awal2.. huhu

=================

dulu masa aku kecik2 kalau dpt 50 sen dh mcm jutawan jek. haha!. masa tu le mana2 rumah yg bagi 50 sen kitorang ingat org kaya.

huihhh.. dpt 50 sen!. kayanye org tuuhhh..

kalau rumah tu bagi singgit, lagi le kaya. siap balik rumah salin baju lain. pastu dtg lg ptgnya. hehe. sampai tuan rumah kata: "eh!.. pg tadi dh dtg kan.." hihi. kantoi!.

bdk2 skrg kalau kita bg 50 sen.. muncung panjaaaaanggg.. kalau bagi singgit pula nk yg duit baru. kalau duit lama siap ngata2 lagi.. haish..

==================

masa aku dok kuarters, biasanya duit raya nih tak abes. berbaki byk. maklum le. sapa nk beraya kt rumah cikgu disiplin kaaannn. skrg dh dok kampung nih.. tak tau le.. seriau gak tgk anak2 jiran kecik2 belaka. ramai pulak tuh!. huhuhu..

utk memudahkan, aku cdg nk hadkan duit singgit tuh hanya utk 150 org aje. sapa cepat dia dpt leee.. hihi

note: dlm satu ceramah, ustaz bgtau. kalau nk pahala berganda, bagi duit raya time bln ramadhan. hehe..

Sunday, September 28, 2008

kalau semua balik kampung..

salam menjelang syawal..

I.

mlm tadi berbuka rumah mak lagi. tiap2 mlm ahad mmg kami semua berkumpul kt rumah mak. iftar jamai'e. masa berbuka tetiba mak tanya satu soalan pancung:

"macamana kalau satu masa nanti korang2 semua raya balik kampung kt rumah mertua masing2. sapa yg nak beraya kt rumah mak? ada yg balik johor, pahang, perak, sabak, kedah..
masa tu mak nak ikut balik rumah sapa?"

adeh...
soalan mak. walau lembut tapi sgt2 dalam.. huhu

mujur adik ipar aku cepat2 menyahut..

"insyallah mak. kalau itu berlaku. pandai le kami susun siapa yg nak beraya dgn mak nanti."

tak susah nak menduga kerisauan mak. semua anak dia pompuan; kecuali aku. selama nih adik bongsu aku yg selalu meneman mak beraya kalau kami semua kebetulan balik rumah mertua masing2.

sebagai anak pompuan wajib taat pada suami. syurga isteri pada taat kpd suami. kalau suami ajak blk kampung sbb2 keluarga atau keadaan masa tu memerlukan, spt org tua sakit; isteri wajib balik kg suami. sebab syurga suami di bwh tapak kaki ibu. dn para suami wajib taat kpd ibu2 mrk.

namun, dlm keadaan biasa; suami mesti memahami fitrah isteri yg sejak dr kecil tidak berenggang dgn ibu2 mrk. lantas pembahagian giliran balik raya juga perlu, tetapi bukan kemestian.

insyallah mak. selaku anak lelaki paling ensem dn tampan dlm keluarga kita, aku akan pastikan jika semua adik ikut suami mrk, aku ttp akan beraya dgn mak. aku takkan biarkan mak berdua dgn abah aje beraya. aku akan guna hak aku sbg anak lelaki mak. huhu

note: thn ni aku raya dgn mak dn abah. raya kedua baru blk batu pahat.

II.

menjelang isyak. tetiba abah ckp kt kami:

"mlm nih ko jd imam isyak dgn tarawih. jd imam kt mak dn nenek. mak kurang sihat. abah nk gi mesjid". huhu..

adik2 pompuan aku kebetulan semuanya "kecederaan" termasuk le wife aku. kalau tak mrk blh jd imam. sbb semuanya ustazah. huhu. kecuali adik aku yg bongsu kerja kt petronas.

menjelang isyak. mak tetiba ckp:

"mak buat isyak dn terawih le sendiri. ko gi mesjid aje."

agaknya mak pun tak seronok cuma aku dn dia je solat kt rumah. anak2 pompuan lain "kecederaan". hehe.

abes solat mak tgk aku tgh msh dpn tv.

mak tanya:
"knp tak gi mesjid?"

aku jwb:
"liverpool tgh lwn ni mak.. hehehe.."

nakalnya lah anak mak yg sulung nih. dh le cuma sorang lelaki.. huhu. :p

note: slmt bertunang aisyah. adik aku yg bongsu. pd 26hb nih. dpt org kedah. =)
[dulu abang dia hampir2 dpt org kedah tp tak jadi.. hiks..]

berikan senyuman pada hati dn ceria pd wajah

salam bahagia =)



akhir persekolahan di bulan ramadhan. sekolah aku adakan MAJLIS KHATAM AL-QURAN dn PROGRAM UKHUWWAH.

sepanjang bln ramadhan, murid2 dn guru bermula jam 1.00 ptg - 2.00 ptg; mrk menghadiri majlis tadarus al-Quran.

maka hari jumaat tuh, majlis khatan al-Quran. di samping penyampaian sumbangan kepada 135 keluarga miskin pelajar2 sekolah nih.

terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam, Unit Penghayatan Islam dn Unit Bimbingan dn Kaunseling yg tlh bertungkus lumus mendapatkan tajaan, sumbangan dn derma dr guru, pelajar dn lain2.

cikgu2 kena paksa derma duit.. huhu

kita layan gambar dulu..



ust dul dn ust sani sdg memimpin majlis khatam quran.

antara barang2 sumbangan kpd keluarga miskin..


selain tu, pelajar yg layak juga dpt duit raya sebanyak 10 ringgit.

masa penyerahan sumbangan, aku sempat saksikan ada pelajar lelaki yg terima bungkusan hamper dn duit raya. hamper bagi kt mak, duit raya masuk poket sendiri.. hihi.. geleng kepala mak dia.. huhu. mcm2 bdk2 nih.

moga2 sumbangan yg sedikit akan dpt berikan senyuman pada hati dn ceria pd wajah mereka menjelang syawal nanti.
==================

ni apesal pulak tetiba ada terung nih?. ehehehe..

sbnrnya aku nk bagitau. sayur terung yg kami tanam dpn rumah dh berbuah. hihi..
dh abes pun kena masak masa berbuka smlm.. hehe

Friday, September 26, 2008

nasi lemak dn naluri ibu

salam ceria.. =)

aku sebenarnya dh beberapa hari teringin sgt2 nk makan nasi lemak waktu berbuka. walaupun hari tu dh makan kt kopitiam king, tapi aku teringin nk nasi lemak yg sendiri buat. panas dn baru.

tapi aku tak pernah cerita kt sapa2 yg aku sgt2 teringin. mengalahkan org mengidam pula.. huhu

aku nk minta isteri aku buat, aku tgk dia blk lewat ptg. mesti dia dh penat.
nk minta mak aku buat, rasanya malu pula.
nk aku buat, malas le pula.
aku cuma berharap adik aku yg kt sg buloh tu balik dn minta tlg dia buatkan. hehe

jd sementara tu, aku diamkan aje dn buat2 tak tau. padahal dlm hati sgt2 teringin nasi lemak panas!.

ptg tadi aku ronda2 gerai kt kampung. rasa terkilan tak ada gerai yg jual nasi lemak.

singgah rumah mak.
aku tanya: mak masak apa?
mak kata: NASI LEMAK SAMBAL IKAN BILIS.

waaaaaaaaaaaaaa!! mcm nk nanges dgr. huhu

pastu mak aku ckp: buka je kt rumah mak. mak tau ko suka nasi lemak.

heh!.. mana mak aku tau ha? hehehe

itu le naluri ibu. dia mcm dpt rasa jek anaknya nk makan apa. hihi
sayang mak!

[tp adakah kita dpt rasa apa yg mak kita perlukan?.. huhu. adakah kita pernah terfikir apa yg mak ayah kita makan sewaktu kita sedap2 makan kt hotel atau mcD atau Kenny Rogers atau....?]

terus aku ckp kt isteri aku: kita buka je kt rumah mak. ada masak spesel. hehe..

tertunai sudah hajat selera besar aku. hehe

aku blh tidur nyenyak mlm nih. kekenyangan dn hati gembira. hihihi

musibah akhir ramadhan

salam semua..

khabar sedih. =(

pagi jumaat yang hening. kami para guru dikejutkan dgn satu khabar duka. seorang pelajar lelaki dr smk dato haron, tg karang; terbunuh dihempap dinding konkrit mlm semalam.

dari khabar yg kami terima, pelajar tersebut tingkatan 5. asal dari gombak. ahli kumpulan nasyid sekolah. baru saja selesai berbuka di dewan makan. berehat di bilik prep sambil tunggu isyak bersama 2 org lagi kawannya. niat asal mrk utk bertadarus di sana.

saat al-quran dibuka utk dibaca, tetiba dinding konkrit di belakang tumbang lalu menghempapnya. tumbang sekeping besar, bukan berderai. dinding itu merupakan dinding tambahan utk partition bilik prep. dn tlh berada di sana berbelas2 tahun sudah.

2 org kawannya pengsan manakala dia terhempap di bawahnya. bantuan segera diberi tetapi para guru dn pelajar tak mampu nk mengangkat dinding yg amat berat. bomba dtg 1/2 jam kemudian dn dia ditemui sdg nazak. sempat diajar mengucap dn dia pergi selamanya..

moga2 arwah diletakkan bersama org2 beriman. wafat pd mlm jumaat di bulan ramadhan.

sedihnya, arwah bernama aidil fitri..

al-faatihah..

note: aku tunggu2 juga cerita ni kt berita tv3. tapi tadek. dok sibuk dr dulu cerita pasal org tua taknak gostan.. huhu

Thursday, September 25, 2008

persediaan raya II

salam semua.. =)

wah! lama betul blog cuti eh. ehehe..

gaji dh dpt. bonus pula.. hehe. tu yg rasa sayang kt kerajaan malaysia. hehe. maka aku jln2 le ptg lps asar blk sekolah dn kem stpm; shopping2 raya. tujuan utama beli kelengkapan raya safwan. ketepikan rasa letih teramat.. huhu

org kata raya ni utk bdk2 bagi rasa lbh hepi. yg penting kelengkapan anak2 selesai dulu. utk diri sendiri kalau ada budget lebih.. hihi

mula2 kitorang gi ke Jaya Jusco Bandar Baru Klang.

tak jumpa baju safwan kt situ. cuma dpt sehelai tshirt safwan je. =)

waaa! skrg dh ada gambar isteri aku lee.. hihi


habis kt jaya jusco, kitorang pergi pula Tesco Setia Alam.



pun tadek barang2 yg dihajati. beli sikit 3 helai tshirt dn seluar safwan. isteri aku pula sambar 1 kasut. aku sambar duit kt wallet.. huhu.. :(



masuk maghrib. buka pose kt tesco je lah. kt Kopitiam King.








menu berbuka. simple je kan.



semuanya RM24.60. selain menu kt gambar, aku makan nasi lemak sambal sotong. isteri aku makan laksa johor. ada gak sup cendawan. hehe..



lps solat maghrib. jln2 pula ke Parkson Klang. huhu.

kt sini aku sambar baju melayu. warna merah youuu!. muahahaha!. tak pernah aku pakai baju warna merah. mcm feminin jek. wakakakaka!!.



letih sungguh. tapi itu je masa yg sesuai. kalau tunggu last minute sesak le tempat2 nih semua.. huhuhu

note: aku dh tunjuk gambar isteri aku. gambar aku bila lagi eh? hehe..



[ada org tuuu kan. sanggup godek2 pakcik google nk cari gak gambar aku. hehe. aku ada tepek le kt blog nih dulu. gi le cari sendiri.. =)]

Monday, September 22, 2008

umpama lilin?

salam.. =)

hari ni aku kena berkampung 3 hari kt kem pelajar. kem stpm.

malasnya lah nak pergi. malas tahap kesatria baja hitam.

mcm le lps raya tak boleh buat kem.

tapi nak buat camna. inilah antara kerja cikgu.
terpaksa le terima walau berat.
terpaksa tinggal anak dn keluarga utk masa dpn anak org lain..
kan cikgu tu lilin membakar diri.. huhu

erk!. cikgu skrg bkn lilin. tapi kdg2 mcm pekerja pusat penjagaan kanak2 jaga bdk2 sementara mak bapa dia pergi keje..

apa2 yg berlaku kt bdk2 kt sekolah, jatuh, cedera, patah.. kesalahan pd guru dulu. padahal sbhgn bdk2 yg sukar sgt dikawal. byg le ada 1000 bdk utk dikawal oleh 50 cikgu. huhu. nisbah 1 cikgu utk 20 bdk..

20 perangai dn watak yg berbeza.. :)

cuba bayangkan mcmana parent jaga 20 org anak2 remaja dlm satu rumah.. huhu

sbnrnya bkn mudah tinggalkan famili di waktu2 mcm nih. di akhir ramadhan dn menjelang syawal. demi masa dpn pelajar aka anak org lain. kdg2 rasa terkilan juga. ada sbhgn parents bdk2 tu pun tak peduli anak mrk berjaya atau tak. semua lepas kt guru. pandai2 le ko cikgu bagi anak aku pandai..

kalau lulus; anak mrk yg pandai. kalau gagal; cikgu yg tak pandai mengajar.. huhu

aku mcm nk doa2 je agar bdk2 stpm tu pun malas mcm aku lalu tak dtg kem juga.

muahahaha!

kikikiki.. emo sikit.

maaf kalau terasa \(^.^)/

Saturday, September 20, 2008

persediaan raya

salam menjelang raya.. hihi

n3 kali ni aku nak cerita pasal persiapan raya keluarga aku. harap2 jgn jeles ye.. hehe

1. BAJU RAYA.

aku BELUM ada baju raya. hehe. best!. [waaaaaaaaaaaaaaa!!] tapi isteri dn anak aku dh siap baju raya. warna? biarlah rahsia.

isteri aku hantar buat baju sebelum pose lagi. anak aku pulak nenek dia [mak mertua aku] tolong buatkan. baju melayu johor.

personally, aku tak berapa gemar baju melayu johor.. haha! dia punya belahan butang mcm org pompuan. hihi

2. KUIH RAYA.

tiap2 tahun kami mmg TAK BUAT kuih raya. selalu tumpang jek kuih muih yg mak buat. hehe. bertuah punya anak!. lagipun tadek masa nak buat kuih. bz. kikikiki.

sbnrnya mertua aku dari dulu jual kuih raya, biskut, kerepek kt pasar jawa klang. tiap2 tahun beli je kt kedai mertua aku. disamping membantu dia berniaga, dpt juga spesel harga. maklum le menantu sendiri. kikikiki

psssttt.. duit beli kuih raya tu nanti akhirnya sampai gak kt safwan. hehe. maknanya aku beli kuih free.. sekali lagi. bertuah punya menantu!

dulu masa kt sarawak kami buat kuih raya sendiri. siap jual lagi. pasni nk buat kuih raya home made gak le. hehe.

korang dtg le beli kuih raya kt pasar jawa. kedai mertua aku. hehe. promot!. kedai dia kt bhgn tengah bangunan dkt dgn surau pasar jawa. lot apa ntah. huhu

3. LANGSIR RAYA.

langsir mmg baru. baru pasang 1 bln lepas. sejak pindah rumah baru. hehe. alaaaa.. raya lepas2 pun guna langsir lama gak. recycle jek. hehe

4. PELITA RAYA.

aku mmg belum cdg nk pasang. harga minyak gas sgt mahal dn payah dapat. huhu.

5. LAGU RAYA.

hehe.. mmg dh ada koleksi lagu raya sejak thn2 lepas. semua lagu oldies. ada sanisah huri, dj dave, saripah aini.. semua tu download je guna limewire.. lagu raya yg baru2 nih tadek jiwa. kosong dn membosankan. hehe

apa lagi haaaa?

kpd adik2 yg nak balik semula belajar kt oversea tuh dn yg tak dpt balik dr oversea gak.. jgn sedih2 ye. belajar kan jihad. tiada jihad sambil senang lenang. dn jihad perlukan pengorbanan. =)

time raya ni kita layan sama2 lagu sudirman okeh. dari jauh ko mohon maaf. hehe

ops!. 10 akhir ramadhan. kita kejar dulu amal ibadah. tambahkan tilawah dn sedekah. hehe.

sayur midin

salam dn syukur.. =)

dok kampung byk kelebihannya. antaranya mudah nak cari sayur kampung keliling rumah. tak cukup rumah sendiri, boleh minta sayur kt rumah jiran. hehe.
tapi bukan le sampai gi dapur jiran ambek sayur dia. huhu


[yg bagusnya. kami kejiranan ni dh buat mou. sapa2 nk tangkap ayam kampung silakan le. tak kira ayam sapa. semua dh halal bi halal. sbb ayam masing2 dh kawen sesama. tak tau sapa punya dah..]

ada pucuk ubi, pucuk meranti, pucuk manis, daun putat, ulam raja, ulam seylon, pucuk ketereh.. semuanya free aje.

smlm ptg aku berowon pucuk midin. syukur pada Allah yg tumbuhkan pokok2 midin nih dgn suburnya dpn rumah aku. sepanjang lorong tmpt aku tinggal, cuma dpn rumah aku je yg subur pokok midin nih.

hijau dn segar. sapa nak free, sila le dtg petik sendiri. hihi


burung jalak lenteng yg setia menemani aku. ada 2 ekor burung jalak yg sgt jinak. selalu bila aku berkebun, 2 ekor jalak ni le yg selalu ikut mencangkul tanah menemani. burung liar nih. tapi suka sgt ikut aku berkebun. huhu



tadaa!. hasilnya. seplastik besar. nilai kt pasar mau 5 ringgit lbh kot. hehe.


pucuk midin ni isteri aku masak tumis aje. saja tak tepek sbb nak hormati org yg sdg pose. hihi


note:

- midin = bhs sarawak bg pucuk paku.
- berowon = bhs jawa bagi memetik sayur.

Friday, September 19, 2008

belajar mengaji

salam..






layaaannnn... =)

lain kali..

salam.. =)

siang tadi..

aku sdg menanda kertas exam budak kt meja aku.
datang sorang budak.


"CIKGU!!!"
di tangannya ada sejumlah buku yang digendong.
"oh!.. a'ah..??"
"cikgu nampak tak cikgu hisyam"
"jap eh.." kata aku.

aku selak kertas2 exam budak.
aku buka laci. tutup balik laci.
jenguk dalam mug hadiah hari guru.
selak2 balik bunga ros plastik kt hujung meja.
buka almari kt belakang.
angkat songkok kt depan meja.
buka beg laptop..

"isk! tadek leee.."
"apa yg tadek cikgu?"
"cikgu hisyam.. tadi kt dlm beg nih"
"cikgguuuu neeeehhh" kata dia sambil muncung.

hahahaha!

note: lain kali beri salam dulu. jgn sergah camtu aje.. kan dh kena sengal aku.. huhu

Wednesday, September 17, 2008

tadek keje+sengal

salam semua..



hari tu aku kena tag. soalan: 1st time rasa diri cantik. pastu aku tgk cermin. rupanya aku betul2 dh cantik ayu jelita skrg. pastu ada yg tanya. cantik camna?



mcm..



mcm..



mcm..



mcm..



alaaaaaaa...



malu le ai nk ngaku..



isk..



ngaku le gak..



mcm..



dia..



ops.. dia yg mcm aku... huhu




You Are Most Like Charlize Theron



“haaaaiiiii!! ensem!!! .. kikiki”


((: puas hati kome? :))
=======================
n3 malas aku sembunyikan.
tak baik buka blog cerita pasal benda2 negatif.
tq pada yg beri komen. sgt2 hargai korang.
=)

Tuesday, September 16, 2008

17 ramadhan


salam semua..


esok 17 ramadhan. esok juga cuti umum kt selangor. yuuhuuuuuu!!!. cuti nuzul quran. kalau kt arab saudi tadek sambutan nuzul quran. awal muharam, maulidul rasul, isra' mikraj pun mrk tak sambut. katanya sambutan mcm tu bidaah. huhu..


apa nk buat esok ye? nk shopping raya belum dpt gaji+bonus. hehe. ops!.. ada skrip jwpn bdk yg belum disentuh langsung.


===================================

makam syuhada badar.


17 ramadhan tarikh Perang Badar. aku nk kongsikan beberapa fakta menarik Perang Badar.


= Badar nama satu kawasan lembah 90km ke selatan Madinah menghala ke Mekah. korang byg le.. 90km tuuu.. mcm dari Shah Alam ke Mentakab kot.. huhu



= Tentera Quraisy seramai 1000 org. dgn senjata lengkap dn baju besi, 700 unta dn 100 kuda.



= Tentera Islam hanya 313 org. senjata usang saki baki yg dibawa dr Mekah dn senjata org2 Ansar. ada yg hanya guna pelepah kurma sbg senjata. Rasulullah menunggang kuda baginda.



= Perang berlaku pada waktu subuh hingga petang hari dan cuma sehari.



= sewaktu perang berkecamuk, Rasul ambil segenggam batu pasir. dilemparkan kearah musuh. serta merta bertiup angin taufan membawa hujan batu dan pasir. angin kencang dtg dr pihak Mujahidin menuju ke arah pihak Quraisy. menyebabkan tentera quraisy huru hara.



= Abu Jahal dikepung oleh panglima2 Islam. dijatuhkan dari kudanya oleh Abdullah ibn Mas'ud. dipijak dadanya oleh Abdullah, tapi Abu Jahal masih mencaci Rasulullah dgn lidahnya. lantas dipenggal lehernya oleh Abdullah ibn Mas'ud dn dibawa kepada Rasulullah kepala Abu Jahal. Rasulullah turun dari kuda baginda lalu sujud syukur.



= Umaiyyah bin Khalaf terkenal kerana menyiksa Bilal. asalnya enggan turut serta dlm Perang Badar sbb dia bukanlah seorang yg handal perang. lagipun dia org kaya. cari duit tau le dia. Abu Jahal desak dia pergi. lalu dia ikut perang. akhirnya dia terbunuh ditangan Bilal.



= Umar bin Abu Waqqas. dia adik kpd Saad bin Abi Waqqas. tidak dizinkan oleh Rasul utk pergi perang sebab sgt muda. Dia menangis nak ikut berperang juga. Rasul lalu izinkan. Akhirnya Umar syahid dibunuh Amru bin Abdu al-Amiri. Umar baru berumur 16 thn.



= Tentera Quraisy mati 70 org. 24 org ditanam dlm perigi al-Qalib. yg lain2 timbus aje dgn tanah dn batu sekitar perigi tersebut.



= Urusan mengkebumikan syuhada Badar dn menanam bangkai Quraisy berjalan hingga tengah malam.



= Tentera Islam dibantu oleh 3000 malaikat yg berserban hijau, kuning dn merah. mrk turun bersama angin kencang tadi.



cukup kot kuliah sirah kita. hihi. nak lebih lanjut kena le berguru ngadap kiyai, kena buka kitab. hehe.

Monday, September 15, 2008

1st time.. tag dr fathen

salam semua =)

aku nak selesaikan tag dr Fathen Suriati org ganu yg skrg dok New Zealand dok sambung belajar.. hehe [ko belajar fakulti apa eh..?]

1) First time naik kapal terbang
gi kuching, sarawak. kena posting 1st time ngajar. [posting kt miri]. mula2 suka naik belon, pastu boring asik2 naik belon. huhu. paling best naik belon nih time dia takeoff.. laju woooooo! mcm naik F1. hehe
paling tak best bila kena air pocket. pernah naik twin otter yg tetiba lantai berasap dlm kwsn penumpang. haru wooooo!

2) First time beranak
ntah.. dh ngandung lama dah. bertahun2 gak lee. tak beranak2 lagi ni haaaa... kikikiki

3) First time pergi oversea
sarawak tu kira oversea gak kan? huhu. aku juga pernah gi Sabah, Brunei, Medan, Madinah, Mekah dn errrrr... tu aje.

4) First time duduk jauh dr famili
masa form 2. dh dok asrama kt Hishamuddin Sg. Betih, Klang. balik pun hujung bln jek. Pastu terus berjauhan dgn keluarga sampai le keje kt sarawak. pindah selangor pun dok KS. baru 3 bln balik kg.. huhu

5) First time keje
masa tunggu result SPM. jd guru ganti bersalin kt SK Pelabuhan Klang. tu le 1st time jd cikgu. haru biru masa tu. tak reti nk ngajar.. 1st time gak dpt gaji.. best!

ok.. 5 dulu naaa.. lg 5 aku sambung lps balik keje.. hihihi.. :)
==========================================

ok. sambung tag. hihi..

6) First time rasa diri gemuk
erk!.. masa tu tgh tunggu result STPM. masa jadi guru ganti kt SK Sg. Choh. bila aku jalan kaki balik dr sekolah ke rumah sewa. kena kejar angsa. aku lari lintang pukang kejar balik angsa. ai malu kena goda angsa betina. muahahaha!. pastu rasa mengah. padahal aku dulu atlit bola keranjang. mana boleh mengah. baru le aku pasan yg aku dh dewasa.. kikikiki..

7) First time bercinta
lalalalalalala... tak moh jwb. hihi.
ok jwb le gak. aku tak ingat. sbb aku tak mau ingat. kekekekeke. lalalalalalala

8) First time rasa diri cantek
sat! aku nk tgk cermin.. a'ah lee.. baru aku pasan aku cantik.. iras2 sapa ek.. hihi

9) First time masuk cinema
aku cuma sekali masuk panggung. menemankan bdk2 kelas khas tgk cerita katun. hehe.. yg lain aku beli cd lanun jek. puas blh tgk kt rumah sambil baring2 makan kacang.. hihi

10) First time admitted in hospital
sebulan sblm STPM. jatuh dr pokok rambutan. seingat aku masa tu mak mengandung adik bongsu. mak teringin rambutan. aku panjatkan tapi tergelincir, terhempas ke perdu akar. lalu patah tangan kiri.
jatuh jam 7.30 pagi, sampai sepital klang jam 8.00 pagi dn rawatan pd jam 7.30 ptg.. 12 jam pending tuuuu.. huhu

ngeh.. ngeh.. :)

Sunday, September 14, 2008

main masak-masak

salam kenangan =)

best kan jadi budak kecik. boleh main masak2. pastu main kawen2.. hehe

mula2 ambil tempurung kelapa. pastu ambil tanah sikit, air sikit. campur dgn daun pisang yg diracik2, sekepal rumput dn beberapa batang ranting kering. gaulkan sampai sebati

dh siap menu buka ptg nih.. huhu

ni namanya fitrah manusia. kecik2 dh tau tanggungjawab ahli keluarga. yg lelaki cari bahan2 nk masak. yg pompuan memasak bahan2 tadi.. hihi



kalau korang time kecik2 dulu tadek pengalaman main masak2 nih. aku cdg gi le ganti pengalaman yg hilang tuh. buat permulaan boleh cari tempurung kelapa dulu.. ngeeeee..

eerrr... org kata. kalau besar2 masih tak reti masak, maknanya masa kecik2 dia cengelat tak mau main masak2.. kikikikiki

laaariiikkkkk!!

ops! aku nampak satu perkara yg pelik. safwan dikelilingi 3 anak dara. oh! apakah... huhu

cuba2 sajak.. hihi

salam puisi =)

aku sebenarnya malu sgt2 nk tepek sajak aku. sajak ni aku buat dlm masa 30 minit duduk dpn laptop. jadi hasilnya mcm katun. hehe

sapa2 boleh beri komen. silakan.. hihi [kutuk pun takpe]

========================================

LAILATUL QADAR

Pada malam itu
Antara malam 10 terakhir Ramadhan.

Turun Rabbul Izzati ke langit duniawi
Memandang hambaNYA dengan Maghfirah
Terpancarlah sifat Rahman dan Rahim Tuhan
Dan bercahaya setiap pelusuk alam
Di bawah dedaunan dan celah batu-batu kerikil
Di atas awan dan dasar lautan
Rahmat Tuhan tetap tersebarkan.

DIA mendengar rintihan dan munajat
DIA mengabulkan apa yang dihajat.

Deru Malaikat turun dari bawah Arasy
Menyusup masuk ke setiap rumah dan khemah
Mengaminkan doa dan harapan setiap umat
Mengembang sayap menadah rahmat
Menitis sejahtera buat hati yang redha.

Berkekalanlah Malaikat di sini sampai ke fajar
Tak putus mengaminkan doa
Bagi yang imsak dn iftar dengan iman dan ihsan.

Jua melihat umat yang leka
Dibuai maksiat tak kira tempat
Walau di malam ke 10
Di akhir ramadhan.

Lantas, bagaimanakah kita sepatutnya..?


CJ
bukit kapar.


============================
note: update 9.30 mlm. ada edit sikit sajak.. hehe

jiwa seorang penyair

salam semua =)

jiwa aku dgn puisi dn sastera tak pernah padam. cinta dn sayang pada penulisan sastera telah aku mulakan sejak sekolah menengah. malah aku pernah ada koleksi cerpen dn antologi puisi yg aku cipta sendiri. tapi sayang semua karya tu tlh hilang ntah kemana.

buat pertama kali aku hadir dlm majlis baca puisi. mcm apa jek. hehe. nama majlis ni Moreh Puisi Dinihari II. diadakan di Teratak Sanggar Damai Abadi [kediaman Dr. Ibrahim Ghafar] kt kampung aku.

majlis dimulakan jam 1030 mlm dgn doa dn persembahan cempuling. serta pembacaan sajak oleh Dr. Ibrahim Ghafar sendiri.


sambil diperdengarkan cempuling, sambil menikmati makan2.. ni yg best! hehe

kemudian sajak-sajak diperdengarkan oleh penyair2 terkemuka. kebanyakan sajak baru dicipta dn belum disiarkan dlm mana2 terbitan. hebat mereka nih, boleh cipta sajak on the spot. spt sajak yg dideklamasi oleh Dr. Ahmad Razali yg dicipta waktu berbuka puasa mlm tadi.. huhu


bacaan sajak oleh YB Dr. Rani. ADUN Meru. yg kt belakang baju putih bersongkok Dr Ahmad Razali.



aku sempat menerima beberapa tunjuk ajar dari Ismas Saring ttg penulisan puisi dn dia byk cerita ttg perjuangan golongan sasterawan di Malaysia. dia juga bg aku semangat agar menulis semula puisi2 mcm dulu. isk.. pisau dh tumpul le wak.. kata aku.. hehe



dia pegang lembut lutut aku dn dia beritahu: "awak kena mula sekali lagi.."



aku juga sempat berbual dgn Prof Madya AGI ttg karya2 beliau. aku ada beli buku antopologi sajak beliau dn dia paling terkejut bila aku bagitau yg aku adalah bekas guru pelatih bwh kelolaan dia dulu masa kt UKM.


deklamasi sajak oleh AGI paling menarik. dia seolah menyanyi sewaktu deklamasi sajak.



dari kiri: Dr Ahmad Sarju, Ismas Saring dn Prof Madya Adbul Ghafar Ibrahim (AGI)


walau mrk penyair handalan negara, dn aku kali pertama berjumpa dgn mrk, aku sgt selesa. mrk sgt ramah, mesra dn tak lokek menurunkan ilmu penulisan puisi kt aku yg serba daif nih.. huhu



Prof Madya AGI minta aku deklamasi satu puisi. tapi aku segan loooorrrr.. lagipun aku tadek koleksi puisi aku sendiri. huhu



sapa le aku kalau nk dibandingkan dgn blogger2 yg handal sajak nih.. apatah lagi dgn penyair2 tersohor. aku ibarat sebutir debu di kaki cengkerik je.. huhu



sayang sekali, aku terpaksa balik awal sbb panggilan fitrah sudah menyapa.. :(



thn dpn, kalau buat lagi kt sini, aku nk pergi lagi. kali ni aku nk deklamasi puisi mcm mrk. hihi

Saturday, September 13, 2008

kena cubit..

salam .. =) dh tau demam. main air sampai basah kuyup. pastu siram almari rak kasut. habis basah semua kasut. pastu siram2 air sampai basah pintu..

akhirnya kena cubit dek umi dia lee... huhu

paling tak tahan bila dia membebel..

"umi k****g. umi bukan melayu"
"safwan pas umi umno. umno j***t pas b**k"
"ckp ayah safwan. bukan ayah umi"
"ckp dgn cikgu safwan. nanti rotan umi"


adeehhhh..

Friday, September 12, 2008

Kerana Namamu Raduan

salam semua.. =)

n3 ni aku tujukan khas buat sarah yg telah bersusah payah mencuri masanya buatkan sajak khusus utk raduan nih. n3 ttg raduan ada kt bwh..

terima kasih sarah atas susah payah awak. (^.^,)

jadi aku tepekkan sajak sarah tu utk tatapan semua.


bunting kejayaan raduan kt sekolah aku.


Kerana Namamu Raduan
(Ditujukan khas buat Raduan, atlet Malaysia di Sukan Paralimpik, Beijing)

Kau kiasan anak masa depan
tauladan buat si sempurna
kau di sana tiada kurangnya
biar bicara payah lepas
biar sebutan tiada jelas.

Aku biarkan kau
berlari terus berlari
menjadi halilintar
kerana padamu ada
sinar-sinar yang masih terang
belum kelam
semakin benderang.

Biar apa yang menanti
pun aku biarkan kau terus berlari
menjadi halilintar
dengan doa
satu hari kau akan berdiri di sini
menjadi Raduan milik kami
lagi sekali.

Sarah Mohd Shukor
12 September 2008,
Moscow Yang Sejuk.

sajak2 sarah boleh diakses lewat laman nih.

==============================

sekali lagi sarah. TQ yg teramat. rasa sgt terharu.

esok malam aku cdg nk hadiri majlis baca puisi kt teratak sanggar damai abadi anjuran PENA. ada dr ibrahim ghafar, dr zurinah hassan, ismas saring, dr abdul ghafar ibrahim (agi), pyanhabib, baha zain dn ramai lagi. ehehehe

syukur..

syukur padaMU Ya Allah..
yg tlh selamatkan aku dn keluarga aku dari kemalangan pagi tadi.
sungguh takdirMU membuat aku kelu dn terpaku.

syukur padaMU Ya Allah..
memberi kami peluang utk memikiri
akan besarnya kuasaMU
dan hebatnya kasih sayangMU..

sujud dn syukurku
hanya buatMU jua
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram..

Amin..

note: adat org jawa. kalau terselamat dr sesuatu bencana, mrk buat bubur merah. :)

======================================

kisahnya: (update 4.25 pm)

pagi masih gelap. aku pula memandu dlm mengantuk. tambah selsema yg sgt2 mengganggu. lagu kt radio pulak jiwang2 gitu. teringat kisah lama. hahaha!

jadi tumpuan pemanduan aku agak kurang.

dgn kelajuan kete 80km/j, aku hampir2 menabrak belakang lori sampah yg berenti tgh2 jalan TANPA hidupkan lampu kecemasan. isteri aku kata ada 3 lori berderet menunggu giliran nk masuk ke kwsn pelupusan sampah kt jeram.

aku betul2 tak perasan ada lori berenti kt depan. sehinggalah isteri aku menjerit sekuat hati. tiba2 belakang lori dh dekat dgn cermin kete.

aku pulas stereng kete sekuat hati ke kanan. kete terbabas ke jalan bertentangan. melanggar kerikil2 batu dn hampir2 terjunam ke dlm parit. terdengar ada hon. ntah sapa bg hon.

aku balas balik stereng utk stabilkan kete..

tiba2 ada kete meluru laju dr arah bertentangan. tepat2 menuju kete aku. cepat2 aku masuk ke kiri. elok je masuk kiri, kete td selisih dgn kete aku dgn lajunya.. huhu

hilang semangat aku kejap. tapi aku tak mau isteri aku panik. aku buat2 tenang. padahal dlm hati semangat aku mcm dh melayang.. [nasib baik dia tak bebel... hahahaha!] mungkin dia tergamam terkejut..

sampai sklh aku terjelepuk atas kerusi. menghela nafas panjang..

syukur aku masih dpt melihat alam.. =)

balik sklh.. aku hampir2 melanggar pula anak kucing yg melintas tiba2. betul2 kt dpn pintu pagar sklh. membrek mengejut sampai bunyi seretan tayar dgn tar. bdk2 yg sdg balik memandang2 aku dgn kehairanan..

sekali lagi aku menarik nafas.. huhu..

Wednesday, September 10, 2008

dari dapur mesjid =)

salam ramadhan..

hari ni giliran kariah kami hantar moreh kt mesjid. ada org kata morey. tak kisah le..

keluarga aku hantar kuih aje. kuih puteri ayu. beli kt kedai makcik dpn simpang sana jeee.. sbb kitorang balik ptg. tak sempat nk buat sendiri. beli dlm $20 dpt le 50 biji kuih.. huhu

haaaa.. tu jgn ada yg tergoda pulak tgk kuih nih..



lps solat tarawih 8 rakaat. aku pergi dapur mesjid tlg tgk2 apa yg patut. bknnya nk nolong. dok sebuk ambik gambar aje. semua dh siap. cekap betul le wak2 ni buat keje.. malu je aku dtg lenggang mak limah.. hihi





dn ada juga bdk2 kecik anak2 jiran yg nolong kt belakang. esok2 bila safwan dh besar sikit, mungkin dia antara bdk2 yg kt belakang dapur nih.. hehe. tapi aku akan pastikan dia mesti solat tarawih dulu.. hihi



final touch.. hehe. dulang sedia diangkat..



tadaaa!!..



jamuan moreh org2 kampung. hehe. aku rasa tak pernah dibuat dek org, gi mesjid kampung bawa kamera.. huhu





note:



aku tgh bz menanda kertas exam bdk. percubaan spm dn stpm. mungkin lps ni blog ada lambat sikit nk apdet. blm sempat juga nk jln2 blog kalian.. so sori ek.. ;)



jaga diri dn jgn membazir time buke pose.. hehe..



daaaaaaaaaaaaaaa....

kebanggaan sekolah

salam kejayaan..



n3 ni aku tujukan khas utk pelajar sekolah aku. mohd raduan. atlit malaysia dlm sukan paralimpik di beijing. [gambar dia kt blh kiri]

laporan lanjut kt sini.


kt tgh2 tu dia.. :)

dia ni pelajar kelas khas. kurang mahir membaca. bercakap pun kurang lancar. tapi tak pernah tinggal solat. [walaupun aku tak pasti apa yg dia baca dlm solat.. hehe]. selalu kt saf dpn surau. tak pernah lupa cium tangan cikgu setiap kali jumpa..

bdk normal pun tak buat mcm tu..

tahniah raduan. awak kebanggaan sekolah kita. cikgu rasa bangga dgn awak.

Tuesday, September 9, 2008

erti sahabat

salam ceria =)

[sila baca n3 kt bawah dulu]

sakit kepala aku dtg lg menjelang tengahari. aku cuma duduk di meja guru menanti waktu balik. sambil2 memicit kepala..

pk kokurikulum yg tadinya kejutkan aku tidur, masuk bilik guru dn terus cari aku..

aku sengih..
dia pun sengih..

dia kata:
"nasib baik pegawai td tk jumpa ko.."

aku cuma tersenyum..

cikgu adnan menyampuk..
"dia sakit kepala sgt2 nih cikgu.. terkejut kena serbu org jabatan"

aku senyum lagi.. [sambil2 picit kepala..]"

pk dtg kt aku. dia pergi ke belakang. dn dia urut kepala aku, termasuk belikat, bahu dn pinggang.. huhu

woit! aku tak buka baju tau! huhhu

pk aku mmg pandai mengurut. dia ada ijazah sains sukan. malah ada sijil jurulatih kesatuan olahraga amatur malaysia [koam].

seorang penolong kanan tlh mengurut aku dlm blk guru. dpn kawan2.. walau ringkas, tp aku rasa ....

rasa apa yek?.. huhu

inilah erti sahabat.

ke ko yg ltk gitar tu wahai PK? lantas ko urut2 aku nih ops!.. jgn sangka buruk.. hihi

di sekolah aku, pentadbir dn guru adlh sahabat.. bkn boss dn pekerja.. huhu

kantoi siri II

salam ceria =)

tajuk: kantoi.
pelakon: CJ, PK Koku dn Pegawai Jabatan Pelajaran Selangor.

sinopsis:

CJ adlh seorg guru mangsa keadaan yg cacamarba. minggu lps dia seminggu tak dtg sklh sbb kena siapkan kerja data ssdm. tambah mc lg hari isnin. maka hari ni (selasa) CJ pergi sklh buat kali ke-2 dlm bln ramadhan!.

masuk bilik guru dia mcm rusa masuk klcc. kwn2 semua tanya khabar. ada yg berebutbersalam dgn CJ. dia dh mula perasan mcm le dia glamer sgt. hehe. kembang kempis hidung dia menahan perasan glamer dia tuh.. huh!. benci!

sbnrnya CJ belum le sehat2 sgt2. dia pergi ke bilik sukan. dia menuju satu sudut tersorok di bhgn belakang di balik tilam2 lompat tinggi. ada satu kerusi malas kt situ. CJ melabuhkan pinggangnya yang ramping bak kerengge [sekali lg dia perasan]. lalu CJ terlena diulit mimpi.

dia bermimpi mcm2. dr alaska sampai le ke new zealand. sungguh nyenyak..huhu

tetiba.. PK koku dtg kejut.

"CJ! bangun!! org jbtn dtg spot check..."
"haaaaaaaaaaa!!"

Cj melompat mcm atlit olimpik lompat kijang. terus dia tampar2 muka nk bagi sorok muka sembam.

pegawai2 jbtn dh ada dlm bilik sukan. setiap inci bilik dia spot check. semua peralatan, fail, komputer dn mcm2.

CJ berdoa mcm sorg wali..

"dub dab dup dab.. jgn le org jbtn jumpa tempat persembunyian aku.."

ada sorang pegawai menuju ke tempat persembunyian. CJ menoleh ke blkg. mencari2 mana2 nk nyorok. mustahil. tadek tempat menyorok. dinding di kanan dn kiri tilam lompat tinggi yg ditompok sampai ke siling. blkg pula tingkap nako.

ada gitar pula kt sblh kerusi malas tuh!. sapa pulak punya gitar kt situ?? aish.. CJ segera sorokkan gitar bawah kerusi. tarik meja kecik nk bg cover lg.. :P

pegawai makin mendekat. derap tapak kaki dia makin jelas kedengaran..

CJ berdoa lagi.. dn lagi.. dn lagi... huhu

tetiba suasana sunyi sepi.

pegawai jabatan tinggalkan bilik hanya beberapa meter utk jumpa tmpt persembunyian CJ. terus pegawai tu keluar utk memantau asrama.. huhu

doa CJ dimakbulkan. sbb dia dizalimi. td masa tidur tadek gitar. ni kwn2 le saja sakat..

ops! tajuk dh tukar: kantoi [hampir2lah..] hehe..

Monday, September 8, 2008

memori+

salam sejahtera.. =)

dalam istilah perubatan, ada satu term yg dinamakan memori plus (memo+).

aku pernah menghadiri satu seminar perubatan di ks, sewaktu aku jadi guru penasihat pbsm. doktor tu cerita ttg seorang lelaki yg hendak dicabut giginya.

gusinya tlh dibius sbyk 5 kali dn dia masih merasa sakit pada gigi yg rosak tuh. si doktor menyuruh lelaki ni pejam mata, baca selawat, bayangkan yg indah2 dlm minda dn doktor yakinkan dia bhw bius kali ni adlh yg terakhir dn dgn kuantiti dos yg lbh dr tadi.

proses pembiusan pun bermula sekali lagi..

pada bius yg ke-6, si lelaki tidak lagi merasa sakit dn proses mencabut gigi berjalan dgn jayanya.

hakikatnya.. suntikan ke-6 tu hanya dgn air kosong sahaja!. hehe

jelas le lelaki ni cuma menghadapi masalah keyakinan diri atau ketakutan yg melampau. minda dia hanya perlu diyakinkan dgn sesuatu yg positif.. :P

tak tau le doktor tu cerita betul ke tak. sbbnya setahu aku, pesakit akan diberi ubat dulu utk mematikan urat. bila gigi dh tak sakit baru cabut.. huhu
=============================================

pagi td aku tgh sahur. ambil baki murtabak baki berbuka semalam. makan nasi dn tetiba aku diserang sakit yang teramat di belakang pinggang dn abdomen sblh kiri.

aku ambil minyak panas dn sapukan pd tempat yg sakit. sakitnya semakin teruk dn mendadak. aku gagal habiskan sahur..

badan berpeluh sejuk dn sakit pinggang/perut semakin mencengkam. akhirnya aku tewas dn terduduk di tgh2 rumah menahan kesakitan.

aku minta isteri aku telefon adik dn 20 minit kemudian, adik ipar hantar aku ke klinik 24 jam kt pekan meru.

jenuh juga jaga klinik kejutkan pekerja india pompuan tu bangun tidur. aku masih bertahan. kebetulan aku org ke-2 menunggu giliran. sementara tu sakit aku perlahan2 makin reda dn akhirnya bila aku masuk bilik rawatan.. SAKIT TETIBA HILANG!

doktor buat pemeriksaan. dia tak guna pun stetoskop dia. cuma tanya2 gitu aje. aku pun cerita gitu2 aje.. huhu. ada le juga dia tekan2 kt abdomen yg sakit tu.. riak muka dia mcm pernah hadapi situasi yg sama.. sindrom bulan puasa.. hehe

byk doktor tanya.. mcm le aku cari alasan nk ponteng puasa..

akhirnya doktor buat rumusan, mungkin aku kena simptom batu karang. tp aku ckp kt doktor mungkin aku kena angin je kot.. ni skrg sapa yg jd doktor nih? hehe

akhirnya doktor bagi aku ubat tahan sakit dn utk pecah angin jee.. dn 1 slip mc.. hehe

dn aku masih meneruskan puasa. aku tak akan batalkan puasa aku dgn sbb sakit yg sikit nih. sakit2 blkg pinggang masih terkesan. tapi tidak seteruk sahur tadi..

=================================

adakah aku juga menghadapi memo+?

Sunday, September 7, 2008

ramadhan di miri

salam perantauan =)


aku sekarang berada di bandaraya miri. utara sarawak. aku bertugas di sini. dn ditempatkan di smk lutong, miri. aku baru je dipindahkan dipostingkan di sini.. huhu

errr.. maksud aku.. 7 thn lepas aku berada di miri.. ngeh.. ngeh..

first posting dh kena miri.. huhu. kawen awal pun tak dpt menyelamatkan keadaan .. hahaha!

aku dn isteri sampai di miri kira2 2 minggu sblm raya haji. itu le kali pertama kami beraya di perantauan. dn sejak itu selama 5 tahun kami tak balik kampung baik raya haji atau raya puasa. kami cuma balik hujung tahun. itu pun tambang flight gomen yg sponsor.. hehe

di miri ada satu kem tentera. kebanyakan tentera org2 semenanjung. dlm kem tentera juga mrk buka bazar ramadhan. banyak kuih muih dn masakan semenanjung kt sana. ada selera pantai timur, utara, barat dn selatan.

nasi kerabu, nasi dangang, cek mek molek, sata, laksa, laksam, laksa perlis, laksa johor, sate.. apa saja yg tadek kt kem tentera tuh?. semua ada. huhu




bazar ramadhan kem tentera terletak bersebelahan masjid darul ridzwan (masjid kem tentera). masjid tu di tepi jalan besar dn itu memudahkan kami untuk membeli juadah2 selera semenanjung.

pada bln ramadhan, biasanya kami akan mengadakan majlis berbuka puasa dgn kawan2. blh katakan seminggu 3 kali kami bergilir antara rumah. pastinya kami berkumpul sama2 memasak atau membawa juadah sendiri dn berbuka secara berjamaah. solat berjamaah dn tarawih juga.

rumah kami yg kt taman bumiko biasanya jadi pusat kumpul kawan2. sbb rumah kami berada kt corner lot dan ada halaman yg agak luas. ironinya, aku le ahli yg paling muda dlm kebanyakan kwn2 yg bertugas di miri masa tuh.

semua itu diuruskan oleh kesatuan kakitangan semenanjung. aku antara pengasas kesatuan tuh, bersama2 ust ajib dn cikgu andek. ahli2 kesatuan tu terdiri dr semua kakitangan kerajaan dn swasta dr semenanjung dr semua negeri. ada cikgu, polis, tentera, shell, petronas, bank rakyat, telekom dn lain2.. asalkan dr semenanjung.

kami cukup rapat. ibarat sebuah keluarga yg besar di rantauan. susah dn senang kami hadapi bersama.

skrg tinggal cikgu andek saja di sana. rasanya dia dh lbh 20 thn kt miri. aku dn ust ajib dh balik ke selangor.

ust ajib ni pengerusi forum perdana Tv1 setiap mlm jumaat.. hehe

aku tak tahu mcmana dgn kesatuan yg kami asaskan tu. dn mcmana dgn kwn2 semenanjung yg bertugas di miri. adakah masih berkeluarga besar spt dulu?

ramadhan kt miri. tak le terasa terasing. asalkan pandai campur kawan. pandai bawa diri, hormati dn jgn sombong dgn penduduk tempatan.

scr jujur.. aku rindukan miri. seolah ada hati yg aku tinggalkan hatiku tertinggal di sana.. ehehehe..

note: gambar2 tu pemandangan miri. aku cari gambar kem tentera miri tak jumpa.. hehe

Saturday, September 6, 2008

safwan main hujan

salam semua =)
safwan dan mainan dia..

bdk2 kecik. sama je. suka main air. lagi2 tgh hujan camnih. tp hujan skrg pun tak mcm dulu. kdg2 bdk2 pun x tahan. hujan pun dh tercemar kot.

dulu aku belasah je hujan2 main bola. skrg bola pun takut dgn hujan.. hehe.

ingat lg aku, naik moto redah hujan bln2 pose, semata2 nk ambik juadah buka yg tunang aku masak.. hehe. skrg kalau suruh buat camtuh, rasanya baik aku buka megi jeee kot.. kikikii..

isk.. bila le bdk kecik ni nk belajar pose..

saat aku tulis n3 nih, dia sdg menyusu.. huhu

Friday, September 5, 2008

cerita pose hari ke-5..

salam semua =)

aku awal blog hari ni. mlm ni aku tak pegi mesjid utk tarawih. kepala sgt sakit. bila berdiri mcm tak stabil nak tumbang.. skrg ni pun aku sapu pelipis kepala dgn bam hijau cap helang. aku jarang makan panadol, kecuali kalau tak tahan sgt2.. huhu

mungkin ni kesan aku mengadap komputer terlalu lama. syukur, kerja laporan disiplin dh selesai. lps ni marking markah percubaan spm pula.. huhu

ditambah lagi dgn selsema. mungkin sbb redah hujan smlm. dh tua2 ni byk pula sakit singgah.. ehehe..

pg tadi juga aku balik awal. dari pkg bkt badong, aku terus balik ke rumah dn merehatkan badan. hujan, sejuk, sakit kepala, selsema dn baru jam 11.00 pg... kombinasi yg cukup lengkap. aku tidur sepuas2nya. bangun tepat2 jam 1.30 ptg. hampir tertinggal solat jumaat. terdgr sayup2 khutbah dr daun tingkap. huru hara aku bersiap pegi masjid.

berkejar juga le aku bawa kete. mujur juga masjid dekat je. kira2 400 meter dr rumah. muka sembap bangun tidur gi mesjid.. huhu. lantak le dgn 1-2 org peratikan muka sembap aku.. :P

abes solat, masih sakit kepala. loya mcm nk muntah pun ada. aku sambung tidur hingga jam 5 ptg. terjaga bila isteri dn anak balik rumah.

hari ni aku berbuka simple aje. nasi ambeng sebungkus yg dibeli kt gerai tepi jalan, dikongsi 3 org makan. pisang tanduk goreng dn air teh panas. isteri aku.. biasa le.. hihi.. milo.. aku mmg tak jln langsung milo. perut aku sgt2 marah kalau aku minum milo. merajuk dia penjarakan aku kt tandas.. huhu

ok.. aku tak dpt nk ulas isu2 berat. kepala dh cukup berat ni.. :)

=====================================

kpd nadia yuna, harap awak tenang2 aje terima kptsn praktikum di smk tanjung lumpur. semua org dh tau kes sklh tu kan. mana le tau bln2 pose ni dh kena penjara nenek tua tuh.. hehe *gurau jek*

kalau awak mahu, cuba buat rayuan kt pihak berkenaan. cuba dulu dn kalau berjaya bersyukur, dan kalau tak dpt.. terima le dgn hati terbuka. Allah lbh tahu awak ada kekuatan dn mampu praktikum kt sana..

moga2 awak jgn sedih2 lagi nadia. doa byk2. ini kan bln ramadhan.

kpd semua guru pelatih upsi.. slmt praktikum. tunjukkan kemampuan anda sbg guru pelatih.. hehe

bila ah korang start praktikum nih?

=============================

ok semua. mata tinggal sepicing.. slmt bersahur.. jgn lupa niat pose. hehe

Thursday, September 4, 2008

cerita sahur..

salam ramadhan =)

pekabo?..

jam brp korang sahur?.

biasanya aku bangun jam 4.30 pg. kalau terlewat pun, adik aku yg dok sblh rumah akan telepon tlg kejutkan.. hehe.

lps cuci muka dn gosok gigi, aku akan jerang air. kalau tgk periuk nasi masih kosong, aku masak nasi dulu. biasanya lauk berbuka akan jd lauk sahur juga. tak le membazir. kalau masih tak abes, lauk sahur td akan jd lauk buka semula stlh dijenamakan semula.. hehe

mcm hari tu, kari daging tak abes makan waktu buka. panaskan utk sahur. pun masih blm abes. ambil daging, basuh dn masak semula jd daging tumis cili utk buka pula. hihi

biasanya aku akan mula sahur jam 5.15pg.

dn antara menu wajib sahur selain nasi, aku akan ambil 3 biji kurma, 1 cawan air zam2 (kalau ada) dn sebiji supplement spt vitamin B+. tak lupa segelas teh susu. air pula aku buat sendiri. sbb selera air kami laki bini tak sama. isteri aku tak suka teh dn aku tak gemar milo. milo kegemaran isteri aku. (maklumle org batu pahat kaannnn hehe..)

kurma mesti ada. aku rasa dgn makan kurma badan aku agak cergas dn bertenaga sepanjang hari.

aku perlukan tenaga yg mencukupi sbb aku byk gunakan akal waktu bekerja. mcm skrg sdg siapkan laporan ssdm. aku rasa kerja dgn otak lbh letih dr kerja dgn tenaga.

kdg2 org selalu slh anggap dgn waktu imsak. lg 10 minit nk azan subuh dh x leh makan. padahal masih blh makan apa.. cuma jaga2 le, jgn sampai terlanggar waktu subuh.. batal pose korang.. huhu

kalau tak sempat sgt, sbb terlewat bangun.. paling kurang ambik le 3 biji kurma dgn 1 cawan air. jgn tk sahur langsung. kurma aku ada jual dgn harga murah.. hehe. tapi korang beli le sendiri kt kedai pak manap sblh rumah korang tuh.. kikiki..

pagi nanti aku sahur nasi, sayur masak bening dn ikan masak tauchu. itu menu berbuka tadi pun.. hehe

ringkas kan menu sahur aku. yg penting kena sahur. sbb itu amalan nabi dn ahli2 soleh..

tok.. tok.. tok..

salam semua =)

amacam pose? haaa.. jgn liat2 bangun sahur yop. ni ustat CJ.. hehe.. nk bagitau kt kome, sahur tu buat akhir2 waktu. jgn maleh2 nk sahur sbb pose kite tak same dgn pose deme2 yg bkn islam. nabi ade pesan kt yop bedah semue.. amalan sahur nih amalan nabi2 terdahulu.. haaaa! jgn kome pandang ringan sahur nih.. hehe

sapa2 yg malas bgn sahur tu elok siram jek dgn air panas sebaldi.. huhu

===================================

aku skrg tgh sebok dgn pengumpulan data SSDM peringkat daerah. berkampung kt bkt badong 3 hari. mesyuarat tanpa makan2.. huhu.

aku ditugaskan kumpul data disiplin sekolah cina seluruh daerah kuala selangor.

smlm ada sorang cikgu mengadu..

anak murid dia takmoh gi sekolah. mula2 bdk tu [pompuan = sklh rendah thn 4] minta tukar kelas, cikgu tukarkan. pastu dia tak dtg sklh lagi. cikgu2 siasat lee.. bdk tu bkn mangsa dera, buli atau nampak entiti kt sekolah..

malah bdk tu tadek mslh pergaulan dgn rakan2. hbgn dgn keluarga pun baik. belajar pun pandai.. mslhnya dia tak mau dtg sekolah, kecuali cikgu puan H ambik dia dn hantar dia balik. tiap2 hari. dia tak mau mak bapak dia hantar gi sklh. dia nk cikgu tu gak.. huhu

cikgu H kata, sesekali boleh le.. tkkan nk jd drebar bdk tu tiap2 hari..

smlm kami bincang benda tu. dn akhirnya kami buat kptsn bdk tu akan dirujuk kpd pakar psikatri.. huhu.

mungkin korang ada pdpt sendiri..? kongsi2 lee..

hari ni, data dr sekolah menengah dn sekolah tamil pula. smlm sklh rendah dn sklh cina.
kalu semalam amoi2 cina dtg dgn pakaian yg bisa meruntun jiwa.. huhu. hari ni berhadapan dgn minaci yg bersari pula.. isk..

sabar.. CJ.. sabar. pakai kaca mata hitam le aku kali nih.. hahaha!

Monday, September 1, 2008

jgn memberi harapan palsu..

salam semua.. =)

mak aih.. tajuukkk!.. hehe..

aku explore google tadi. cari bahan utk tazkirah budak2 sepanjang ramadhan nih. ni kerja ustazah le yg minta tlg aku carikan bhn. kebetulan sepanjang ramadhan ni aku ditugaskan utk bahagian dokumentasi..

maka terjumpa le aku dgn bbrp laman web yg cerita ttg hadis kelebihan ramadhan. dlm hadis tu dia cerita ttg kelebihan ramadhan bermula dr mlm 1 hingga 30..

hmmm.. ketahuilah sahabat2ku.. hehe

sbnrnya, hadis ttg mlm kelebihan ramadhan TIDAK terdapat dlm mana2 kitab hadis sahih yg enam. (bukhari, muslim, tirmizi, nasa'i, abu daud dn ibu majah)

malah hadis tersebut tidak terdapat dlm senarai hadis2 palsu dn mauduk (rekaan).

jadi.. kalau tadek kt kitab hadis sahih yg enam, tadek gak kt senarai hadis palsu dn mauduk.. hadis apa ni ye..

para ulamak mengesyaki hadis ini sengaja dicipta oleh kaum syiah utk memuliakan Ali lbh dr sepatutnya.

lagipun, antara ciri2 hadis palsu ialah, apabila dlm hadis; disebut pahala sesuatu amalan diberi secara melampau dn luar biasa. spt pahala mlm ke-9 spt pahala Nabi Muhammad. mana mungkin pahala kita sama spt pahala Nabi.

huraian boleh baca kt sini <= lmn web jais.

mari kita solat tarawih krn mengharap keredhaan dn keampunan Allah semata2..

ttg pahala dn ganjaran, itu hak dn urusan Allah. Allah tidak pernah melupakan ibadat kita sepanjang ramadhan nih..

jumpa lagi.. daaaaaaaaaa..

yg menurut perintah,
ustat CJ..

hehe

panduan puasa

salam semua..

selalu murid2 aku tanya beberapa soalan pelik berkaitan puasa.

S: KALAU ORG TU TAK SAHUR BOLEH PUASA TAK.
J: BOLEH. KALAU DIA NIAT PUASA PD MALAM SBLMNYA.

S: KALAU DIA SAHUR TAPI TAK NIAT?
J: BOLEH, SBB SAHUR TU DIANGGAP SBG NIAT. TUJUAN SAHUR IALAH UTK BERPUASA ESOKNYA.

S: KALAU DIA LUPA NIAT PD MALAMNYA?
J: DIA WAJIB MENAHAN DIRI DR MAKAN DN MINUM PD SIANG RAMADHAN. MCM ORG PUASA GAK. SBG MENGHORMATI BULAN RAMADHAN. DN DIA WAJIB GANTI PUASANYA.

S: KALAU DIA SENGAJA MAKAN BIAR BATAL PUASANYA. BOLEH TERUS MAKAN KE?
J: TAK BOLEH. DIA KENA TAHAN DIRI DR MAKAN DN MINUM HINGGA MASUK WAKTU BUKA. DN WAJIB GANTI PUASANYA.

S: KALAU SAKIT LELAH TERPAKSA GUNA INHALER?
J: BATAL PUASANYA DN WAJIB GANTI.

S: KALAU DIA MALAS BANGUN SAHUR DGN TUJUAN TAK MAU PUASA ESOKNYA?
J: DIA WAJIB MENAHAN DIRI DR MAKAN DN MINUM SIANG RAMADHAN HINGGA MASUK BERBUKA. DN WAJIB GANTI PUASANYA.

mcm2 lg le soalan bdk2 nih. kdg2 soalan bdk2 ni skdr uji kita je. bkn nk tanya sgt pun.. huhu

ada yg tanya:

S: KALAU KOREK HIDUNG. BATAL PUASA TAK?
J: TAK BATAL. KECUALI AMBEK TAIK HIDUNG PASTU MAKAN.

S: KOREK TELINGA?
J: TAK BATAL PUASA. KECUALI........... aaaaa cikgu! jgn sebut!! hehe

maksud memasukkan sesuatu dlm rongga terbuka ialah memasukkan sesuatu melepasi anak tekak shj. oleh itu masuk air dlm dubur dn qubul tak batal puasa.

ok.. cukup stkt ni dulu.. =)

note: ramai yg tak menduga hari ni dh puasa. ingatkan selasa.. hehe