Friday, October 31, 2008

n3 janji apdet.. =)

salam semua

aku tepek gambar je le. janji apdet. hehe

beli aiskrim ptg tadi. safwan yg ambil sendiri dr peti sejuk kedai runcit. 4 bungkus aiskrim, 2 batang kayu menang hadiah.. huhu.

aku tak tau, ni labi2 ke kura2?. tp ni le haiwan kesayangan safwan. dikelek ke sana ke mari. jgn le diusik kesayangan dia nih. maunya mengamuk sakan. aku beli kt sg buloh. RM6 sekor tuu.. hehe.. :) 2 ekor ni blm ada nama lg. aku nk namakan dia apa ek? hihi


note: manje, naurah.. ko guna software apa eh edit gambar kt blog korang?.. cun leee.. hihi

Thursday, October 30, 2008

remaja oh! remaja

salam semua =)

pagi td aku uruskan dua kes pelajar yg mencuri. nk tau mrk curi apa? kelapa sawit milik sekolah. huhu. mrk baru tingkatan 3 dn 1. kedua2nya lelaki. ditangkap tukang kebun sekolah jam 7.00 ptg!.

ok.. itu bkn isunya.

si bdk tingkatan 3 dipanggil bapanya ke sekolah. dlm bilik HEM yg sejuk kami bertemu dn berbincang dgn si bapa. susah juga nk jelaskan perihal si bapa. sepanjang perbicaraan, si bapa asik2 ketawa dn cuma marahkan anaknya dgn manja.

kami siasat cara si bapa melayan anaknya di rumah. rupanya anaknya dimanjakan sgt. diberi duit saku RM 3 ke sekolah. tak cukup dgn itu, RM 1 lagi setiap kali keluar rumah walaupun hanya ke masjid atau jln2 rumah kawan.

si bapa tahu yg anaknya merokok dn memiliki nset. malah di cuma ketawa bila kami beritahu yg anaknya terlalu muda utk merokok dn ada nset. si bapa juga tahu anaknya lepak2 kt kedai makan sampai lewat mlm. pun riak wajahnya biasa2 aje. tak ada riak serba salah dn kesal di wajahnya. kami pula yg rasa serba salah memanggil dia ke sekolah.

langsung tak boleh diharap.

abes kisah si bapa. kami uruskan pula sorang lagi. kali ni mak bdk form 1 pula. si ibu menangis sambil bercerita ttg kenakalan anaknya. puas sudah dimarah, dilempang dn dirotan agar anaknya berubah. namun masih gagal jua. masih suka lepak2 sampai larut malam. isk.. kami jd pening. knp kami jd pening?.. teruskan baca.. :)

si ibu kata anaknya mula berubah sejak berkawan dgn sekumpulan bdk2 nakal. kesian pula kami dgr ceritanya. dn kami cuma mampu beri nasihat. sbb kami dh pening. bdk2 nakal, kaki merokok tp lepak2 kt mesjid sampai larut malam.. :( mlh bdk2 ni kalau ponteng sekolah pun lepak2 kt mesjid. isk..

pasni nk kna panggil ajk mesjid pula kot.. huhu

note: aku msh bertahan dgn ubat-tahan-sakit. :(

Wednesday, October 29, 2008

task completed!

salam semua =)

lega!. itu yg aku rasa masa ni. aku dh berjaya masukkan semua markah percubaan spm dn hantar ke kementerian sebelum tarikh akhir 31hb nih. ada 22 subjek semuanya.

aku juga dh siapkan soalan exam akhir tahun tamadun dunia utk tingkatan 6 rendah. insyallah sebentar lagi akan print. exam esok, hari ni baru nk buat soalan. huhu

menariknya, oleh kerana aku tak mampu nak duduk lama2 dpn laptop nih, aku buat soalan tu sekejap duduk sekejap berdiri. hehe. lantak le kawan2 tgk. kalau kt rumah dh tentu aku menaip sambil meniarap.

tadi juga aku ambil masa menyorok sat kt bilik sukan. waktu tu rasa sakit tak tertahan. aku baring atas tilam lompat tinggi dn akhirnya tertidur. sblm tu aku makan ubat yg doktor jual bekalkan. terbangun dari tidur rupanya aku dh terlepas 1 waktu jaga kelas exam. terus bergegas basuh muka dn mendaki tangga 3 tingkat. sepanjang jaga exam tu pun, aku terus berdiri dn berjalan sbb masih tak dpt duduk.

aku juga terlepas jamuan tadika safwan ptg nih. kesian kt dia. umi dia pun tak dpt pergi sbb diarahkan hadir mesyuarat tiba2. aku perlu balik sbb rasa sakit tak tertahan lagi. akhirnya aku kirim je safwan pergi dgn penjaganya.

isk.. rasa terkilan juga sbnrnya. mudah2an safwan tak terasa di saat rakan2 dia ada mak bapa dtg beraya bersama kt tadika, sedang dia cuma ditemani seorang atuk tua. huhuhu.. sedia le kami kena jwb bebel dia mlm nih. :P

jumpa doktor

salam semua =)

aku baru balik jumpa doktor. kt KS ni ada 2 klinik swasta yg aku serasi. Klinik Dharan dn Klinik Melawati. kedua2nya doktor bangsa India. tak kisah le. yg penting aku puas hati dgn cara rawatan, diagnostik dn penerangan ttg sakit aku diberi secara detail.

sepupu aku marah sgt kalau dia tahu aku pergi klinik swasta. tp dia keje kt HUKM. jauh sgt nk pergi.

kt Tg Karang ada satu lagi. Klinik Arul. pun bangsa India juga. tapi cara rawatan sgt2 memuaskan dn profesional.

maksud memuaskan dn profesional bg aku yg jahil ni, sakit dirawat dr puncanya, bukan sakitnya semata2. spt batuk; bkn batuk yg dirawat shj, tp puncanya spt mslh paru2, budaya hidup dn lain2.

sbg pesakit, aku mcm dpt rasa doktor tu mmg pandai waktu belajar dulu atau sekadar cukup2 makan aje.. hehe. marah org tu kalau baca nih. huhu

pemeriksaan tadi mengesahkan aku bebas lemak, protein stabil, tadek kencing manis. tp aku mengalami sedikit mslh darah dlm urine. puncanya mungkin salur buah pinggang ada sikit blok. kata doktor.

patut le aku rasa sakit yg amat pd blkg pinggang. simptomnya badan berpeluh dn loya. aku takut disahkan pregnant aje! huhuhu

ada ubat dibekalkan, tp mc dia tak bagi. :(

ok.. esok aku akan ambil darah dn urine test. utk pemeriksaan lbh lengkap.

aku tak tahan duduk lama. nk baring sgt2. tp aku nk baring kt mana kt blk guru nih. huhu

Tuesday, October 28, 2008

pagi yg cerah

salam ceria =)



pagi yg cerah!



selamat berjihad wahai pendamba ilmu [bykkan sabar]
selamat bekerja wahai pencari rezeki [jgn mengular]
selamat berkemas wahai suri [pok pek apa dgn jiran sblh.. hehe]
selamat semuanya.. :)


aku masih cuti hari ni. hehe


lalalalalala..




isteri aku tak cuti. safwan juga tak cuti. tp aku cutikan safwan utk teman aku kt rumah. kikikiki.. mata safwan kna ketumbit le. apa nk buat eh?

Monday, October 27, 2008

pakcik niaga buah

salam setia =)

berbual dgn sorang pakcik ptg td. dia meniaga buah kt pasar malam sekitar meru dn klang. dia mengeluh jualan makin merosot. kuasa beli dh makin payah.

kdg2 nk dpt 100 ringgit satu mlm pun payah. 100 ringgit tu baru duit pulang. bukan untung bersih. buah yg busuk sbb tak terjual mesti dibuang. itu melibatkan kos juga.

kdg2 meniaga satu mlm pun tak lepas duit minyak.

selain kuasa beli yg makin payah, persaingan dr mat2 indon juga sgt2 menggugat. pelik juga, cnth: katakan epal sekilo ambil RM4.00, mrk blh jual RM3.00 kt pasar malam. mana nk menang peniaga tempatan camnih.

kalau hujan lagi le sakit. langsung tiada pelanggan, buah pula membusuk.

mujur sewa tapak pasar mlm masih RM10 satu mlm. tu satu lot. org niaga buah biasa ambil 5 lot. maka RM50 sewa satu mlm. duit masuk katakan RM100. tinggal le RM50. cukup ke modal minyak utk pergi pasar malam esok hari.. huhu

adat org berniaga. ada pasang surut. tp bln ramadhan baru ni pun kurang menjadi juga. org dh makin berkira nk berbelanja. duit boleh dpt tp susah utk dibelanja. harga brg semua melambung.

apa le sgt nasib peniaga kecil bumiputera pd mrk. seronok main baling2 kerusi rebut jwtn ketua bahagian kot. lupa dh org kampung nk beli susu anak pun terpaksa mengikat perut. huhu

adik aku bertunang =)

salam semua =)

ahad smlm adik aku bertunang. bakal laki dia org sg petani, kedah. dh rezeki mak abah aku, menantu2 dia semua org2 jauh. johor, pahang, perak. paling dekat pun sabak bernam. huhu.

aku tepek gambar je lah ye.


hantaran blh pihak pompuan.

hantaran blh pihak lelaki.



kalau bertandang rumah org jawa, mesti ada makan2 punya. org kata tak rugi kawen dgn org jawa. gerenti kenyang. hehe

elelelele.. sarung cincin..

ni le adik aku. bks bdk sambestari. yg keje petronas tuh.

dgn bertunangnya adik aku nih. maka abes le sudah anak2 mak abah aku yg masih bujang. dia le yg bongsu. tapi mak aku masih ada sorang anak lelaki yg ......

ayah!. safwan nk susu..!!

wahahaha!.. gua chow dulu.. kekekeke

i'm back..

salam semua..

hehe..

CJ dh balik. ketua kelas! hantar nama bdk2 ponteng spnjg minggu lepas kt atas meja saya.

:))

wokeh.. jumpa lagi.

daaaaaaaaa....

Monday, October 20, 2008

nyalakan lampu belakang

salam..

jam 6.30 pg. masih gelap. cermin kete kabur dek kabus. lampu dr kete dpn cukup silau. sapa le punya ajaran buka lampu tinggi bila berselisih kenderaan. :

tetiba.. ada motor kt depan rupanya. tadinya tak perasan. terpaksa membrek sbb motor dh dekat kt kete.

wahai mat2 motor!

tolong le nyalakan lampu belakang motor awak. atau tukar mentol yg terbakar. baru 3 ringgit aje..

tahukah awak? betapa sukarnya melihat korang dlm gelap gelita?. tambah2 lagi kalau hujan. dh le lampu belakang tak nyala. pakai baju gelap. orgnya mmg pun gelap. ops.. hehe

=)

apa cerita?

salam semua =)

surau sekolah aku =)


apa cerita menarik ah hari ni?

tak buka paper.
tak tgk tv.
tak dgr radio.
tak dgr berita.

semua tak sempat. tetiba je ada kerja kena buat segera. esok pemantauan surau sekolah oleh PPD. dan aku diminta buat satu kertas kerja surau berkaitan misi, visi, motto dan piagam surau.

aku tanya ustaz:" mana benda2nya." ingatkan aku tinggal taip aje.
ustaz kata: "terpulang kat CJ. pandai2 le reka. nak cepat."

apa?. misi, visi, motto dn piagam sepenting itu aku kena buat sendiri?. tanpa mesyuarat?.

pastu kena siapkan juga satu pamplet surau. nk esok juga. pagi2 mesti dh siap.

maka sepanjang ptg dn malam td aku belasah je apa aku nk tulis. mujur ada lmn2 web surau yg aku blh jadikan rujukan. dn aku paksa cikgu asri hantar gambar surau via mms.



ok. kertas kerja dn pamplet dh siap. esok pagi2 aku hantar.

huhu..

aku ada 2 pilihan. nk ponteng cuti rehat esok atau pergi sekolah tp sembunyi kt stor sukan berehat sepanjang hari. selagi muka aku ada kt bilik guru..

Sunday, October 19, 2008

jom jalan2 kebun aku =)

salam semua.. :)

jom aku ajak korang pergi kebun aku. sambil2 lepak2 dpn skrin tu. tgk kehijauan tumbuh2an tropika. mesti best kan. hehe




ni pokok ubi. ubi ni ada 2 jenis. btng kuning dn batang merah. batang kuning ubi dia warna kuning. kurang sesuai utk digoreng. tp sesuai buat tapai ubi. yg btng merah pula ubi dia warna putih. amat sesuai utk goreng dn kuih muih. hehe

aku tanam yg btg merah jek. yg btg kuning tumbuh liar kt blkg rumah. pucuknya sedap dicelur buat ulam. :)



ok.. yg ni pula pokok keladi. org gelar dia keladi minyak. isi keladi ni lembut dn amat sesuai utk buat pengat, bingka dn goreng juga. batangnya blh dibuat sayur masak lemak atau tumis cili aje. :)

yg ni pula pokok pulasan yg baru nk hidup semula. bln lps dia sakit teruk. dia keracunan. aku ingat nk hantar dia ke spital. rupanya dia pandai sembuhkan diri sendiri. gugur abes daun2 lama dn skrg dh mula tumbuh daun baru.



ni pula pokok longan. pun msh dlm proses pembesaran. kira2 anak remaja lg dia nih.. 3 thn lagi nk buah. insyallah. hehe

pokok kacang bendi. yg ni kacang bendi saiz panjang. kalau kt kedai kecik2 aje saiz dia.


terung batang. ada yg kata terung ular. sedap gak kalau goreng salut telur. huhu



kunyit. isteri aku kalau bakar2 ikan suka guna daun kunyit. aku pula lbh suka daun pisang. hehe
cekur. bhn tambahan utk ikan pari bakar masak lemak cili padi. dlm bhs jawa masak gethik.. ada sesapa nampak kuda belang kt situ?. hehe

wokeh. kita balik skrg. harimau jadian penunggu kebun dh marah. huhu

tendang?

salam.. =)

tetiba jek ada idea nk apdet n3 lagi. hehe..

apa nk heran bdk2 sekarang tendang cikgu. dh semua benda tak boleh buat kt depa.

NO jentik
NO sindir
NO rotan
NO marah
NO cuit
NO body contact
NO perkara yang ditakrifkan gangguan emosi
NO apalagi?

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2003 :

KUASA GURU MEROTAN MURID

Peraturan 5 :(1)

Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat :

Dengan syarat bahawa –

(a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang; dan

(b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah difahamkan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.

bdk2 pompuan langsung tak boleh usik. baik fizikal atau emosi mrk. tak boleh rotan, denda, marah, kerja amal.. semua! agaknya kena urut2 blkg bdk2 pompuan tu sambil memujuk.. jgn buat lagi ye sayang blueeeekkkk!!

aku tak nak salahkan bdk2 tu 100%. dn tak kata cikgu tu betul 100%. tp itu le situasi skrg. bdk2 tak fhm yg cikgu2 sayang kt dia. sbb tu cikgu marah dn tegur. walau kdg2 agak kasar dn mungkin menyalahi budaya masyarakat si murid. huhu

mrk anggap kita campuri urusan mereka. kita dianggap penghalang keseronokan mrk. penyebuk dn mcm2 lagi. hati mrk penuh rasa marah dn dendam kesumat.

malah ada mak bapa komplen kalau cikgu2 denda anak2 mrk cuci tandas. katanya anak dia pergi sekolah utk belajar, bkn cuci tandas!. huhu.. mangkuk hayun punya mak bapak cam nih.

bila mak bapa bela anak, marah2 cikgu dpn anak2 mrk. percayalah!. pd saat itu, tlh terbuka pintu kemusnahan masa depan anak. walaupun anak mrk betul. apatah lagi jika salah..

teringat masa aku sklh menengah kt klang. balik rumah mengadu kt abah, aku kena rotan 1 kali. abah aku ambek rotan dn dia tambah lagi 2 kali!. abah kata: cikgu takkan rotan awak kalau awak tak buat salah. huhu.. pastu serik nk nakal2 lagi. hehe

Saturday, October 18, 2008

anak..

salam kesabaran.. :)

I.

suatu petang safwan balik dr rumah jiran dlm keadaan menangis. dia membebel:

"ayah.. semua org ada adik. safwan aje yg takde adik.."

aku terpempan..

air matanya mengalir laju. bagai bah yg tak tertahan lagi. aku mendakap safwan ke dada. aku tiup tepat atas ubun2nya.. aku usap rambutnya. isak tangisnya sgt2 menghiris. sayu dn mendayu. mujur isteri aku masih kt sekolah masa tu. jadi dia tak dgr dialog kami.



"Safwan.. doalah pada Allah ye. nanti2 safwan dpt adik"
"ayah cari le adik utk safwan.."
"cari kat mana?"
"kt kedai basikal.."



dum!

Ya Allah.. dengarkan rintihan anak kecil ini.

II.

siang tadi. beraya rumah kawan kt shah alam. dgn kwn2 lelaki. kawan lama ukm.

"CJ.. anak berapa skrg?"
"sorang.."
"sorang? waaaaakakakakakaka! %#!#!*@#^*&!^*#@( *sensored*"

ngeeee.. dlm hati: MENYESAL aku gi beraya.

:(

aku cuma ada sekeping hati. dn ia cukup kuat utk menahan lidah manusia. tapi hati tetap hati. walau seteguh benteng kota, ada masanya bergegar jua.

okeh.. n3 ni takde kaitan dgn korang. aku sbnrnya ok. sungguh!.

=) <-- tgk.. aku senyum.. hehe

istikharah..

salam semua =)

tentu korang pernah dgr ttg solat sunat istikharah kan. kalau nk tahu cara mengerjakannya sila rujuk sini.

ramai org anggap tanda Allah kabulkan doa kita dlm solat istikharah adlh melalui mimpi. maka tertunggu le mana2 org yg menunggu mimpi utk dptkan keputusan. pastu ustaz manatah kata, selagi mimpi tak sampai terus buat solat istikharah hingga dtg mimpi. huhu. takut mimpi lain je yg dtg. takpun.. mimpi basah... ngeeeeee..

mslhnya mimpi tak dtg2 juga. huhu.. camna tu ustaz?

okeh.. akak2, abang2 dn adik2 sekelian.. ni ustaz CJ nak habaq mai kt hangpa.. meh dengaq betui2 naaa.. hehe

ada 3 tanda Allah kabulkan doa kita dlm solat istikharah:

1. melalui mimpi, iaitu kita sdg melalui peristiwa tersebut.
2. melalui rasa tenang dn mantap di hati setelah kita mengambil keputusan tersebut.
3. melalui rakan2 dn sahabat yg memberi kita nasihat, tunjuk ajar dn jalan yg baik apa keputusan yg sepatutnya kita ambil.

dh dpt 'tanda' tu.. redha le dgn hasil akhir yg akan kita dpt. jgn salahkan Allah pula. mungkin kita mahukan yg sebaliknya, tapi Allah beri kita yg terbaik. Allah tak pernah menzalimi kita.

aku pernah lalui satu peristiwa pelik. hehe

masa tu aku kt SAMTAJ, Shah Alam. aku dh sebulan lbh tak balik kampung. tak blk sbb nk exam SPM. jd stay asrama nk study le kononnya. hehe. hati berat rasa rindu dgn mak, abah dn rambutan dpn rumah. hiks..

tapi pada masa yg sama, sekolah buat kem ibadah. aku teringin juga nk ikut kem tu. tapi hati berbelah bagi. antara balik kampung atau pergi kem.

aku solat istikharah minta petunjuk Allah. Alhamdulillah.. dgn sekali solat, aku diberi mimpi aku berada dlm kem tersebut.

esoknya.. aku mengemas bagasi. aku buat keputusan BALIK KAMPUNG!.

sampai je rumah, baru je melepasi pintu rumah. lps bersalam dgn abah, tetiba abah tanya:

"kenapa tak pergi kem?"

huhu.. mana abah tahu ah?. aku tak ckp pun kt dia ada kem. sapa ntah pecah lobang. tanpa sempat jamah masakan mak, terus abah start kete dn hantar aku pergi sekolah semula. dia suruh aku ikuti kem ibadah kt hulu langat!. mujur bas hanya bertolak petang tu. kalau tak.. stay kt asrama le juga sorang2 kot. huhu..

moral of the story: jgn main2 dgn istikharah.. =)

hehe..

Thursday, October 16, 2008

ngelendor..

salam semua =)

semalam ptg. ambil safwan kt rumah pengasuh dia. mlm semalam dia tidur kt rumah pengasuh. makcik bagi tau safwan tak boleh tidur. malam2 minta jalan2. dibawa jalan2 dn dia terus tak tidur hingga jam 2.00 pagi. bila dh tidur mengigau pula: ayah! ayah! mana ayah!.. hehe

aku juga tak dpt tidur mlm semlm dn hanya tidur jam 2.00 pagi. mcm kebetulan ajek.. haha!

pagi tadi masa aku hantar kt rumah pengasuh, dia menangis tak mau tinggal. bila aku janji nk ambil dia balik lps sekolah baru le dia berenti menangis.

safwan mesti sekolah. minggu ni dia exam akhir tahun. ntah apa yg dijawabnya.. huhu. bila aku tanya: periksa apa? dia jawab: tanya otromen!. huhu. sabor je leee..

safwan semalam kt dlm kete. tidur mcm apa jek.. hehe





smlm juga terjumpa pakcik nih. kagum aku dgn usaha dia. dgr khabar harga pisang dh sgt mahal skrg. pisang nangka masak 14 ringgit sekilo. bekalan pisang dh makin payah. kalau ada pun berebut dgn pemborong2 lain. sapa sanggup beli mahal dpt le kt dia.



tu tak termasuk pemborong berbulu dn berekor tak reti law yg ambil pisang tak berbayor. siap bawa sanak sedara 20 ekor.. huhu



err.. pokcik. tu pisang pokcik ke? atau rembat kt mana2. ekekeke.



note:



1. streamyx meru ada mslh. akan pulih ahad nih katanya. dh tak dpt nk online dr rumah. elok juga, aku blh menebas belakang rumah ptg nih. hehe.



2. ngelendor [bhs jawa] = mengigau dlm bhs melayu. =)

Wednesday, October 15, 2008

nu'as..

salam semua.. =)

malam tadi hujan sgt lebat bersama angin menderu, diikuti petir berdentum kuat diiringi salakan panjang anjing [okeh yg ni aku tipu.. hihi]. pastu tgk sekeliling cuma aku kt dlm rumah. rasa janggal sungguh. selalu sunyi2 mcm ni pun, tgk safwan tidur; terhibur juga hati. huhu.

3 kali juga le rumah aku blackout. mujur masih ada baki sisa lilin kt dapur. cukup le menerangi ruang tamu dn dapur. jam 1.30 baru bekalan elektrik kembali normal.

malam tadi masih berperang dgn skrip jawapan budak. percubaan spm dn akhir tahun tingkatan 4 yg perlu ditanda. juga laporan prestasi spm 2005 - 2007 yg perlu disiapkan segera.

jam 2 pagi baru aku boleh lelap. itupun stlh memaksa mata memejam dn membiarkan tv terbuka. aku tertidur dpn tv kt ruang tamu. dikelilingi skrip jawapan bdk2 yg berteraburan di atas lantai. berserakan ke sana sini ditiup angin kipas.

sudahnya pagi ni aku sgt2 mengantuk. mata sgt2 berat. tapi dipaksa juga dicelik. tapi akhirnya aku gagal, lalu tersembam kt atas meja. hehe

aku bersyukur jadi cikgu. walau sikit bersusah. jika ini sebahagian sumbangan aku pada agama dn negara. mmg cukup berbaloi jd seorang cikgu. =)

okeh.. aku dh nak balik. lps ni nk ambil safwan. cukup le dia bermalam satu mlm kt rumah penjaganya. rasa cuak bila dia takde kt rumah. walau nakal, dia ttp menghiburkan. hehe.

ops!. aku terlupa cerita ttg isteri aku. smlm dia bgtau perjalanan kursus sgt padat. rupanya dia menghadiri kursus jurulatih petanque kebangsaan. agak lucu juga. sbb aku yg mengajar dia skill permainan petanque dari A-Z. alih2 dia yg jd jurulatih. huhu..

okeh.. masa utk balik. daaaaaaaa...!

nu'as = mengantuk dlm bhs arab. =)

Tuesday, October 14, 2008

roti

salam semua warga hawa =)

PERHATIAN! hanya utk wanita shj. org lelaki sila undur diri. syoh! syoh!.. ekekeke

dulu kan..

masa aku kecik2. mak aku selalu suruh aku beli roti kt kedai.

".... pergi kedai kuning beli roti"

selalunya aku pergi kedai kuning kt simpang empat tgh kampung. kedai tu catnya warna kuning. sbb tu digelar kedai kuning. sampai sekarang masih berwarna kuning walau dicat baru. hehe.. bkn otak kuning okeh. hihi

"pakcik, roti ada?"
"sapa pesan beli roti?"
"mak.."
"dia ckp apa lagi.."
"roti sanita" kataku dgn blurrrr.. huhu

rupanya roti tu ialah tuala wanita. setelah urusan jual beli dijalankan. maka bermula lah episod paling penting. iaitu menyeludup keluar tuala wanita tu dr kedai tanpa disedari ketua kampung orang kampung. mcm seludup mercun masa ni.

tuala tu akan dibungkus rapi dgn kertas surat khabar. lapis demi lapis. pastu isi dlm plastik dn pakcik kedai tu akan pesan: bawa cepat2 sampai rumah.

aku yg masih kecik masa tu tak faham. kenapa benda tu mesti dibungkus sedemikian rupa. seolah brg seludup. pastu mesti dibawa keluar dr kedai cepat2 dn mesti sampai ke rumah segera.

rupanya gitu le org dulu2 mendidik anak mrk. benda tu melambangkan maruah dn harga diri wanita. gitu le cara org melayu. sifat malu wanita dijaga sebegitu rupa sehingga ke asasnya. dn benda tu dianggap sbhgn rahsia tersembunyi kaum wanita spt kita. eh!.. korang. hehe

sekarang...

dh tiada lagi bungkus2 surat khabar. sesiapa je boleh beli dgn terbuka. kurang sudah perasaan malu dn segan sewaktu membeli. dh tak kesah kalau org2 bujang dok jeling2 kot. agaknya lee.. hehe

dn itu agaknya antara punca yg menyebabkan anak2 dara skrg terlalu berani. sbb pendidikan sifat malu dh semakin kurang ditekankan hingga ke asasnya. terlalu open minded dn open mouth juga. hehe

terbaca dlm sahih bukhari.. sorg sahabat lelaki bertanya kpd Aisyah ttg masalah hukum fekah berkaitan haid. terketar2 shbt nk bertanya sbb berasa malu. hingga Aisyah menegurnya sbb dlm agama adakalanya perlu berterus terang. dn Aisyah hanya menjawab di sebalik tabir tanpa dilihat sahabat tersebut.

zaman dh berubah, dunia dh maju..

ada org kata, lelaki skrg lbh pemalu berbanding wanita. huhu.. jgn le suruh anak lelaki skrg beli roti. pastinya mrk akan bawa betul2 roti gardenia! hehe

semalam

salam semua =)

semalam bermula PMR. semalam juga bdk2 tingkatan 1 dn 2 dicutikan sebab kelas mrk digunakan sbg dewan peperiksaan. hai le nasib sekolah kecik takde dewan. semalam juga ramai guru takde kt sekolah sbb masing2 bertugas mengawasi pmr kt sekolah lain. aku selalu terfikir, knp mesti cikgu juga yg jaga exam. tak boleh ke tukang kebun ke, askar ke, polis ke, atau org2 kt PPD yg dok lepak2 gosip2 tu. ops!.. bkn semua gitu tau. hehe

semalam juga ramai bdk2 memilih taknak dtg sekolah. terutama tingkatan 5. ni satu lagi perangai tak sedar diri nk spm. ntah leee.

yang tingkatan 4 juga mula exam akhir tahun. pun ramai memilih taknak dtg. walaupun exam. mana le mak bapak mrk ni ye. tak sedar ke anak2 ponteng sekolah. tapi susah nk cakap, sebab ada gak yg keluar rumah pakai unifom sekolah tapi sampai kt chow kit! haaa.. tu perangai bdk form 5 yg aku terima maklumatnya semalam. huhu dr KS ke KL tuuu.. dekat 90km ponteng sekolah.

jadi semalam bdk2 sikit je yg dtg. walaupun exam akhir tahun, ada satu kelas form 4 tu cuma 12 org dr 35 org yg dtg. perangai aku, kalau bdk2 tak dtg exam tanpa sebab, jgn mimpi le nk ambil exam ganti. guling2 le kt tanah, kenyit2 mata, pujuk menggoda.. aku tak layan punya. pigi daahh!!. hehe

semalam juga bdk sejarah upper 6 aku cuma sorang je yg dtg. huhu. akhirnya dgn sorang tu le aku mengajar. oleh kerana dia pompuan, aku mengajar kt bilik guru aje. bukakan laptop, explore blog sejarah kt sini.

cuma berdua. duduk bersebelahan. mengadap laptop. meja guru paling belakang dn agak jauh dr kawan2. bilik guru agak lengang. lagak spt pasangan kekasih pula sedang study sama2. wakakakaka!

semalam juga jadi satu insiden besar. ketua pengawas pmr tersilap edar kertas exam pmr kt calon sekolah aku. patutnya paper 2 jam 10. tapi tersilap edar jam 8.00 pagi! smlm pagi paper apa ek? aku pun tak pasti. sudahnya semalam pegawai, penyelia dn sgl mak nenek manusia dr ppd dtg sekolah menyiasat kesilapan tu. dn bdk2 tu terpaksa dikuarantin dlm kelas tak bagi rehat sbb takut soalan bocor.

aku juga pernah jadi pengawas pmr, spm dn stpm. byk prosedur kena ikut sblm buka bungkusan soalan peperiksaan. apa yg aku katakan dia lalai dn cuai. huhuhu

hari ni aku pergi ke jpn selangor kt shah alam. hantar budak utk berkursus. disebabkan anak org tu le, maka safwan mlm ni terpaksa bermalam di rumah penjaganya. sebab wife aku juga berkursus hari ni kt bangi. apalah nasib. aku dh merayu kt pentadbir. tapi diarah juga sbb guru lelaki mmg kurang. nk harap cikgu pompuan? ampun maap leee.. org kata; org perasan cantik mmg byk songelnya. huh!

anak orang diarah ditatang, anak sendiri terpaksa diserah kpd org lain menjaga.. anak orang dihantar berkursus, bini sendiri terpaksa pergi kursus menumpang org lain. hai le nasib cikgu. :(

dh jam 3.36 pagi. aku menemankan isteri mengemas beg pakaian. sepanjang mlm ni dia asyik memeluk safwan. nk tinggal 3 hari kaannn.. hehe. oh!. aku perlu tidur skrg juga. pagi nanti jadi supir kpd bdk2.

daaaaaaa..

Sunday, October 12, 2008

dato'.

salam cucunda semua.. =)

aku ingat aku nk cari keje lain le. nak jadi pelakon filem. lagipun aku kacak dn tampan bak mentari pagi. hehe

aku nak berlakon filem kt kampung aku. pastu filem tu aku promosi sampai hollywood, bollywood, meruwood dn kaparwood. satu dunia sampai planet zargus aku promot!.

dlm filem tu aku akan jadi hero. mega hero. aku akan bertarung dgn resakse. tumbuk, tendang, sepak dn cubit manje sang resakse. lagi sebatu penumbuk nak sampai bunyi dh sampai dulu. dush! dush! dusyum!.. resakse akan melayang2 mcm kena taufan. pastu aku akan pakai baju warna warni. pastu aku guling2 kt bukit2 sambil nyanyi2. walaupun suara aku mcm biri2.. hehe

heroinnya sudah tentu awak. iye.. awak le. lagipun awak kan cantik. bulu mata lentik dn suara merdu. nanti awak nyanyi le. walau suara awak mcm itik serati pun takpe. sbb dubbing je suara tuh. awak cuma perlu komat kamit. nganga sikit mulut tu aje.

bila promosi baiiikkk punya.. untung2 aku dpt dato'. sbb promosi kampung aku. kan ketua kampung aku ada kuasa memberi gelaran dato kt pelakon?

kalau pelakon bangla yg lahir kt bangla, tak reti ckp melayu, tak reti makan ketupat dn ntah apa tah lagi pun mudah je dpt dato' berlakon kt kampung aku. kenapa aku tak boleh? aku rakyat malaysia yg setia dgn negara. aku keje sampai jam 3.00 pagi memikirkan masa dpn bangsa. tak mcm bangla tuh.. aku jauh lbh layak dr bangla tuh. huh!

raya lagi..

salam semua =)

masih beraya lagi nampaknya. keseorangan kt rumah. isteri pergi sekolah. aku tgk kipas, kipas tgk aku.. huhu.

lalu berjalan2 ke KS. ada majlis raya MB bersama rakyat kt stadium KS.

sampai2 je, safwan terus nampak keretapi. apalagi lee.. melonjak2 dia nak naik. keretapi tu bawa pengunjung dr tempat parking ke pintu masuk utama stadium.


tgk tuu.. bkn main suka dia.. atuk kt sebelah dia tu kira atuk angkat le kot. hehe. sbnrnya atuk tu le yg byk tolong aku waktu aku kesakitan dulu.. huhu. kami dh rapat mcm anak dgn bapak pula. kebetulan waktu kami sampai, atuk tu sampai serentak pula.. hehe

haaa.. serentak juga kami sampai. rombongan MB pun sampai. waktu MB masuk dlm kwsn stadium, kanan dn kiri pegawai2 negeri dn daerah beratur panjang bersalaman dgn MB. aku yg kebetulan berada kt belakang MB turut disambut spt VIP. Dato', DO, ADO, pegawai polis sambut aku dtg tuuu.. red carpet lagi. hehe.. *pasan*

nampak dh khemah makanan.. hehe. sdg elok tgh lapor nih. hihi



suasana dlm kwsn jamuan. ada khemah rupanya.. ada cendol, kuih muih, soto, laksa mcm2 le. aky tak tepek gambar makan. malu pula sbb org ramai sgt. mcm ada org ngata je.. apa ke jenis manusia makan ambek gambar mee goreng. hihi



nota:



aku tgh risau nih. td kamera aku jatuh setinggi 7 kaki. terhempas ke atas simen. ni kali ke-2 dia jatuh atas simen. :(



masa off kamera tadi, lensa dia taknak tutup sempurna.. waaaaa.. jgn le rosak my sweet heart. huhu..

Saturday, October 11, 2008

saturday blues..

salam sabtu.. =)

pagi2 lagi lps subuh isteri aku dh sediakan sarapan nasi goreng. aku pula buat teh o panas utk sarapan kami sekeluarga. isteri aku masak simple jek utk sarapan hari nih. tapi cukup utk rasa kenyang.. hihi

nasi goreng yg isteri aku masak.. hehe



sebenarnya hari ni agak sibuk. saat aku apdet blog ni, isteri aku dh ada kt sekolah kt KS sbb dia perlu hadiri perkembangan staff kt sekolah dia. jadi aku ambil alih urusan kemas rumah. basuh kain dn menyidai, basuh anjung depan yg dh berhabuk. menyapu laman belakang dn buang sampah. mop anjung tepi dn bagi ikan makan. mandikan safwan, cebokkan dia.. hehe.

untung le sapa2 dpt kawen dgn aku kekekekeke..

sebentar lagi aku akan pergi KS pula utk hadiri jamuan raya Tan Sri Menteri Besar Selangor kt stadium KS. pastinya n3 lps ni ada gambar2 jamuan tu kot. insyallah.

selain tu, kawan2 sekolah pula ada yg buat rumah terbuka hari ni. Imam Masjid Daerah juga khabarnya buat rumah terbuka. hai le buncittt perut.. ntah mana aku letak tali pita ukur kain isteri aku.. hehe. khabarnya tali pita tu ada sorang blogger tu nak pinjam juga. ekekekeke..

sblh petang nanti ada jamuan raya keluarga kt rumah mertua. makan2 lagi. khabarnya menu istimewa ptg ni nasi beriyani, sate, laksa johor, laksa kelantan dn kuih muih. hmmm.. bila nk mula puasa 6 camni kalau tiap2 hari ada rumah terbuka. hehe *alasan jek*

pagi sabtu yg tenang, mentari ceria dn hatiku bahagia. [padahal kertas exam bdk berlonggok lagi minta ditanda.. hohoho..]

Friday, October 10, 2008

masih beraya..

salam raya =)

aku baru je balik beraya rumah adik lelaki arwah atuk. kiranya atuk sedara lah. namanya mbah mokhtar. mbah telah berusia 81 tahun. tapi masih gagah menunggang motorsikal dn merokok lenteng juga. hehe. cuma mbah dh mula uzur. telinganya kurang menangkap apa yang kami ucapkan. lain dicakap lain dijawabnya.

tapi ingatan mbah masih kuat. malah dia masih mampu berjalan tanpa tongkat walau agak terbongkok2 juga. sekali mbah terlepas menunggang motor, susah dicari kerana dia akan pergi ke mana2 kedai kopi utk sembang2 dgn org kampung. sbnrnya anak2 dia risaukan keselamatannya. tapi mbah rimas berada dlm rumah pula. untuk itu, anak2nya selalu rantaikan motorsikalnya agar jgn dia kerap hilang. hikss... :)

masa keluar dari kete, isteri mbah; nenek siti sedia menyambut kami depan pintu. sebaik saja melihat kepala aku terkeluar dari kete terus dia berkata:

ooohhhh!!... ko rupanya. dh berapa tahun tak dtg raya rumah nenek?.

rupanya nenek masih cam aku walaupun kt tgh2 pekat malam.. maklum le cucu kesayangan. hihihi

ehehehe.. aku congak2 balik. wooooooo dh 10 thn rasanya tak dtg ziarah rumah mbah dn nenek. betapa le lalainya aku. maafkan aku mbah nenek. aku takde alasan dn kata2 utk membela diri. hehe

padahal rumah mbah hanya sepelaung aje dr rumah aku nih. hehe

patut le masa aku singgah rumah mak tadi, mak ada cakap, nenek siti ada bertanya ttg aku. hehe. agaknya nenek dh terlalu rindu dgn aku. kekekeke. pasan jeeee.

dulunya masa aku kecik2, kat rumah nenek siti ni le aku makan2 dn tumpang tidur. pernah sekali jd pot baikkk punya waktu aku ponteng sekolah agama petang. hehe. ingatkan nenek cover line, rupanya dia repot kt bapa aku. apalagi lee.. dush!.. dush!.. zappp!!.. kekeke

nenek dn mbah masih mesra mcm dulu. tak abes2 aku kena smash dgn nenek. hehe. tahan telinga je leee.. mmg dh salah aku dh lama tak dtg raya rumah dia. mbah lelaki cuma mendiamkan diri. asyik dgn rokoknya. nak mencelah pun dia bkn dgr sgt.. hehe

"ko atuk tinggal sorang je ni haaa!. tu pun susah nk datang" kata nenek.
"ko dtg sini mak yg suruh ke? atau ko mmg nk datang" kena smash lagi.. hihi
"ko tahan le telinga. aku ckp mmg pedas2.." adehhh...

yg aku tersentuh.. masa bermaafan. aku kata:

"nek, minta maaf zahir batin nek. selamat hari raya.." simple jek. cara org muda. hehe

jawab nenek:

"nenek juga mcm tuh. nenek org tua. minta maaf kalau ada buat salah dn nenek dh maafkan semuanya DUNIA AKHIRAT.. "

huhu.. kena lagi.. hehe

Thursday, October 9, 2008

majlis restu ilmu

salam raya =) [lagi] hehe..

minggu dpn bdk2 mula exam pmr. jadi mcm biasa le kt sekolah aku. menjelang exam ni akan diadakan program khas. di mana para guru akan memberi ucapan motivasi dn menghalalkan sgl ilmu2 yg mrk ajar selama nih. manakala sbhgn bdk2... ermmmm.. tiduurrr waktu ucapan guru. huhu

so.. sebentar tadi lps perhimpunan harian, diadakan MAJLIS RESTU ILMU. majlis kali ni diadakan di surau sekolah.

sbhgn cikgu dlm ucapan mrk tlh menghalalkan sgl kesilapan murid2 mrk dn halalkan juga ilmu yg mrk mengajar. punya le baik kwn2 nih. murid2 tak minta maaf pun dh sedia memaafkan. huhu

aku sbg setiusaha spm dlm ucapan aku.. cheewaaahhh!.. hihi.. antaranya aku ckp le kt bdk2: jaga pemakanan, jaga kesihatan dn keselamatan. minta maaf dgn mak bapa dn guru. jaga hubungan dgn Allah. jaga solat dn ibadat. kalau awak rasa buat salah dgn cikgu, jumpa personally, cium tgn dn minta halalkan ilmu. hehe

yg bestnya aku ckp kt bdk2: saya boleh maafkan awak dn izin halal sgl ilmu yg saya ajar kpd awak. dgn syarat jumpa saya personally..bkn di atas rostrum nih.. huhu

[tapi dlm hati mmg dh sedia memaafkan sbnrnya.. hehe] saja je buat gempak. guru disiplin kaaannn.. hehe. tapi dlm hati masih terluka diaorg lukis gambar aku kt dinding sambil tulis mcm2.. huhu.

layan gambar la yee.. =)

ni le calon PMR, SPM dn STPM sklh aku. 'ramai' kaannn.. hehe

ni hadiah dr noh omar. bdk2 dpt hadiah pencil box tuuu.. untung bdk skrg. kalau malas2 juga tak tau leee..


makcik2 cikgu2 pompuan dok bersila lagi kt depan. hehe. sempoi sungguh.. bdk2 faham sgt cikgu2 mrk yg low profile nih.. kekeke. yg tgh berucap tu HEM. hehe



aku tak ikut sesi bersalaman dn berpelukan dgn pelajar2. hehe. aku punya hati bukan pualam.. kikikiki. sbnrnya tak tahan tgk org banjir2 nih. hehe. nyampah!.



latest:


skrg jam 2.10 ptg. balik sekolah jam 2.15 ptg. belum ada sorang pun bdk jumpa aku kt bilik guru minta maaf ke apa ke.. huhhuhu. aku punya jual tak laku nampaknya. test market tak laku. hehe. mmg le bdk2 nih. takpe takpe.. aku mmg dh sedia maafkan dn halalkan ilmu sejak mrk mula daftar lagi kt sklh nih.. hehe

Tuesday, October 7, 2008

kt sekolah pun boleh raya.. hehe

salam raya =)pekabo semua?. masih mood raya?.. hehe..

kt sekolah aku masih mood raya. minggu ni bdk2 pulun buat kelas terbuka. hehe. buat jamuan hari raya kt kelas. best!.

minggu dpn dh mula exam akhir tahun hingga cuti sekolah. jd cuma minggu ni le bdk2 pulun jamuan. kdg2 menu jamuan mrk lbh hebat dr menu rumah terbuka cikgu2 mrk.. hehe

tak kisah lee.. cikgu2 juga yg kenyang. hehe. kdg2 1 hari tu sampai 4-5 kelas buat jamuan. =)

tapi bdk2 jemput cikgu2 yg ngajar mrk ajee.. tak aci!. huhu. aku pula.. kalau menu best, aku redah je masuk buat muka tak malu walau tak dijemput.. tp kdg2 jek buat camtu.. hehe

bdk2 ni dpn cikgu makan bukan main sopan. bila cikgu2 dh keluar, segala tembolok, tanduk semua keluar. mcm td.. jamuan jam 10.30 pagi. aku masuk kelas mrk nk ngajar jam 12.30 tghri.. mrk masih makan lagi!.. siap buat game sukaneka lagi sesama mrk. huhu.

ada sstgh pentadbir tak suka bdk2 buat jamuan kt dlm kelas. alasan kebersihan tak terjamin. takut bdk2 keracunan kot. maklum le kdg2 persekitaran kelas agak kotor dn berhabuk.

tp bagi aku lee.. kalau aku jd pengetua.. hihi.. aku galakkan aje. biar bdk2 tu tahu menghargai cikgu2 mrk. asalkan kebersihan dn disiplin terjaga. aku rasa takde cikgu yg tak suka dijamu makan2 oleh anak murid. kecuali le dia **tuuuuuuuuuuuuuuuuuttttt** huhuhu..

korang tak rindu ke suasana makan2 camni kt dlm kelas? hehe

nota: gambar jamuan siang tadi kelas 4 amal.

Monday, October 6, 2008

suram..

salam.. :(

di luar hujan sgt lebat. renyainya membasahi bumi yg agak panas sejak awal syawal semalam. sesekali guruh berteriak di hujung awan. dentumnya mengejutkan si jalak yang kesejukan. ia berteduh di bawah dedaun pisang yang sedikit koyak. rintik hujan mengalir melalui alur daun yg koyak lalu menitis di atas bahu si jalak. dia menggoyangkan badannya. saki baki air hujan terpercik ke sana ke mari. namun datang lagi rintik hujan menitis di atasnya bak mula.

si jalak merasa jengkel lalu beralih ke bawah daun pisang yg lebih lebar.

aku masih terjelepuk di atas sofa berwarna coklat. tangan masih memegang sepotong biskut raya sejak 5 minit tadi. ingin ku jamah. dekat di mulut tapi jauh di lidah. lidah pun seakan merajuk dgn hati. oh!.. hati aku sejak tadi menangis. puas sudah aku memujuk. namun hati seakan kental enggan dipujuk.

duhai hati.. berhenti menangis. tiada apa yg kau sedihkan lagi. setiap takdir Allah adlh baik bagimu.

aku memandang kuih raya yg tersusun rapi di atas meja. seakan ia menanti mahu dijamah. "aku ingin sekali menjadi sebahagian darahmu, agar kau bisa tegak waktu solat nanti". begitu bisikan kuih raya seakan kedengaran.

apakan daya. jiwa ini suram dan kelam buat masa ini. seakan semuanya lari dariku. membawa bersama ceriaku jauh di ufuk langit dn tinggalkan sang sedih sbg teman aku berbicara di bumi.

wahai hati.
wahai jiwa.
wahai ceria.
wahai gembira.
wahai ketawa.
wahai bahagia..

datang kembali padaku.

aku mahu dakap ceria seeratnya. aku mahu kau berada dlm hatiku selamanya. telah kusiapkan kamar istimewa dlm hati ini agar kau bahagia di sini, dlm hatiku. tak mahu sang duka jadi teman sepanjang masa..

cukuplah aku sakit masa nih. sakit yg berpanjangan. yang aku sembunyikan selama ini dari kalian wahai pembaca blog tersayang.

errr... sbnrnya aku nak makan biskut raya. tapi gigi aku sakit. huwaaaaaaaaaaaa!!

selamat tinggal geraham atas. selamat tinggal bersama dokter gigi petang tadi.. huhu

aidilfitri di batu pahat

salam ceria =)

kisah raya di batu pahat. tak kurang meriahnya.

khamis.. 2.10.08

aku balik ke batu pahat pada pagi raya ke-2. plan asal nk balik ptg raya pertama. tapi sgt2 letih beraya sepanjang hari. hehe

di batu pahat rumah nenek isteri aku. lbh tepat sekali kt peserai. bertolak dr rumah jam 7.00 pagi dn sampai jam 11.00 pagi.

bersalaman dgn nenek dn mertua yg dh sampai sehari awal. bertanya khabar kpd sedara mara belah isteri. suasana agak hening dn sayu, sbb baru beberapa bln sudah pakcik pergi meninggalkan kami selamanya..

menjelang petang, curi sikit masa berkunjung ke rumah sorang blogger. widelia. aku kenal dia setahun sudah waktu dia jadi guru pelatih kt sekolah aku di KS.. dia seorang wanita yg sgt cantik. mmg sgt cantik. tapi blognya cuma ada susunan aksara shj. tiada langsung gambar, walau sehelai daun!. hehe [aku pergi dgn wife aku dn safwan tau.. kena ckp awal2 nanti jd gosip.. hehe]

sblh malam kami berkumpul di rumah nenek saja.. berbual dn bercerita :)

jumaat 3.10.08

pagi. aku curi2 masa pergi ke tempat nih.


batu pahat terkenal dgn nasi beriyani gam. aku beli 5 bungkus utk dibawa balik. teringat bapa aku yg sgt suka nasi beriyani. hehe

nasi beriyani gam ialah nasi beriyani yg dimasak bersama ayam atau daging dlm satu periuk. dgn ertikata lain, nasi dn lauk dimasak bersama. manakala kuahnya dimasak berasingan. rasanya lbh sedap berbanding nasi beriyani biasa.

istilah gam merujuk pada balutan tepung spt doh, yg dililit di bibir periuk. tepung itu melekat bersama penutup periuk utk menjadikan nasi tu masak mesra dgn lauk.

cam tu le org batu pahat bagi tau.. huhu

nasi beriyani gam.

aku cuma dpt beraya sehari di batu pahat kali nih. sbb masa raya sgt suntuk. ramai lagi belah2 sedara mak dn abah yg belum kami ziarah kt sini. terpaksa berbahagi masa.. huhu

syukur, walau suntuk masa.. di batu pahat sempat ziarah beberapa rumah sedara mara, kawan2 dn makan nasi beriyani batu pahat yg sgt2 popular tuh. hihi. dn dpt bawa balik pula utk abah merasa.. hehe

Saturday, October 4, 2008

bekas pelajar beraya

salam syawal =)

tak habis lagi beraya. tadi terbaca kat berita harian, sambutan raya kt malaysia paling meriah di dunia. hmmm.. iye le kot.. huhu

petang tadi aku terima kunjungan rombongan bekas anak murid [sbnrnya mrk masih anggap mrk murid aku sampai bila2 =)].

kumpulan ni sgt istimewa. dulunya mrk kt sekolah satu grup pengawas. skrg setiap kali aidilfitri mesti dtg rumah aku dlm grup yg sama. rasanya dh 4 kali raya mrk sudi dtg ke rumah. walau aku pindah jauh, mrk kunjungi jua. rasa agak terharu juga. hehe. kalau thn lps mrk bermotorsikal shj, thn ni dh berkereta pula. kereta yg lbh mahal dr kete aku. hehe.

bertanya khabar, ada yg sdg menggapai ijazah di universiti, ada yg dh kerja jd engineer, ada yg dh join kumpulan nasyid d'vision, ada yg dh bertunang. dn paling melegakan hati, mrk semua masih taat pada agama. itu yg sgt penting. syukur pd Allah. moga2 mrk semua istiqamah dlm agama. tak sia2 cikgu2 membimbing dulu.

sejuk hati aku melihat yg anak2 dara masih bertudung, dn ada yg bersarung lengan. si jejaka berpakaian sopan menutup aurat. pedulikan fesyen mrk, sbb mrk masih remaja mcm aku juga. kekekeke.. =)

kpd kalian, cikgu doakan yg terbaik dlm hidup kalian. kalian tlh beri cikgu hadiah paling istimewa raya kali ini. iaitu khabar gembira yg kalian sdg meniti kerjaya yg kukuh dn sebahagian lagi sdg berada di puncak gading. itu lebih melegakan cikgu daripada kalian hadiahkan cikgu sebuah merc kompressor C200. hehe.

tapi kalau ada org hadiah.. hehe.. dah! dah! berangan2 ajorkkkk ko ni CJ.. huhu


note:



1. bilakah korang last beraya rumah bekas cikgu korang?.. hehe



2. pasan tak bdk lelaki baju kotak2 tu?.. hihi. itu bkn aku okeh. hehe

3. bdk pompuan ke-3 dr kanan. dia anak angkat aku. errr.. dia yg declare jadi anak angkat aku. pastu dia ckp kt mak bapa dia; kata aku bapa angkat dia. huhu. cantik dn baik bdk nih. hehe.. *wink*

4. sbhgn mrk adlh blogger. :P

Wednesday, October 1, 2008

pagi raya


salam aidil fitri :)

aku kira ramai kwn2 bloggers cuti blog hari nih. hehe

ni ada masa sikit sementara ambil nafas lps ngelencer rumah sedara mara. hihi.. jadi aku tepek sikit jek sambutan raya pagi tadi.


ni lps solat aidil fitri td. salam2 bersama org2 kampung.



duit raya yg adik bongsu aku bg. mentang2 le dia keje petronas. dia bg aku boucer minyak jek.. hahaha! 10 ringgit jek?. kedekut le adik aku nih.. ekekekeke

raya kt rumah arwah atuk. kumpul ramai2. walaupun atuk dh tadek. tp jiwa dn semangatnya spt msh bersama kami.. :(

anak cucu cicit piut keturunan arwah kiyai hanafi berkumpul.
latar belakang rumah pusaka arwah atuk. antik kaann.. hihi
tu baru 4 keluarga anak atuk jek. ada lagi 4 keluarga belum sampai.. huhu

raya kali nih.. kira okey je lee.. mcm biasa.. sedara mara kumpul sama2. bergurau senda dn bermaafan. syukur aku dpt habiskan ziarah sedara mara belah ayah sepanjang pagi tadi. ptg nih dn mlm nanti ingat nk berkunjung pula ke rumah sedara mara belah mak pula..

insyallah, kalau tak penat, mlm nih aku bertolak pula ke batu pahat. cik akirasuri, cik cahaya mata.. blogger dr batu pahat.. taknak jemput aku dtg rumah ke?.. hehe

note: aku dpt hadiah spesel raya nih.. sepasu pokok hiasan yg pakcik aku bagi percuma; yang berharga RM100 di pasaran. hehe

ngelencer: bhs jawa bg ziarah sedara mara waktu hari raya sahaja.