Monday, October 6, 2008

aidilfitri di batu pahat

salam ceria =)

kisah raya di batu pahat. tak kurang meriahnya.

khamis.. 2.10.08

aku balik ke batu pahat pada pagi raya ke-2. plan asal nk balik ptg raya pertama. tapi sgt2 letih beraya sepanjang hari. hehe

di batu pahat rumah nenek isteri aku. lbh tepat sekali kt peserai. bertolak dr rumah jam 7.00 pagi dn sampai jam 11.00 pagi.

bersalaman dgn nenek dn mertua yg dh sampai sehari awal. bertanya khabar kpd sedara mara belah isteri. suasana agak hening dn sayu, sbb baru beberapa bln sudah pakcik pergi meninggalkan kami selamanya..

menjelang petang, curi sikit masa berkunjung ke rumah sorang blogger. widelia. aku kenal dia setahun sudah waktu dia jadi guru pelatih kt sekolah aku di KS.. dia seorang wanita yg sgt cantik. mmg sgt cantik. tapi blognya cuma ada susunan aksara shj. tiada langsung gambar, walau sehelai daun!. hehe [aku pergi dgn wife aku dn safwan tau.. kena ckp awal2 nanti jd gosip.. hehe]

sblh malam kami berkumpul di rumah nenek saja.. berbual dn bercerita :)

jumaat 3.10.08

pagi. aku curi2 masa pergi ke tempat nih.


batu pahat terkenal dgn nasi beriyani gam. aku beli 5 bungkus utk dibawa balik. teringat bapa aku yg sgt suka nasi beriyani. hehe

nasi beriyani gam ialah nasi beriyani yg dimasak bersama ayam atau daging dlm satu periuk. dgn ertikata lain, nasi dn lauk dimasak bersama. manakala kuahnya dimasak berasingan. rasanya lbh sedap berbanding nasi beriyani biasa.

istilah gam merujuk pada balutan tepung spt doh, yg dililit di bibir periuk. tepung itu melekat bersama penutup periuk utk menjadikan nasi tu masak mesra dgn lauk.

cam tu le org batu pahat bagi tau.. huhu

nasi beriyani gam.

aku cuma dpt beraya sehari di batu pahat kali nih. sbb masa raya sgt suntuk. ramai lagi belah2 sedara mak dn abah yg belum kami ziarah kt sini. terpaksa berbahagi masa.. huhu

syukur, walau suntuk masa.. di batu pahat sempat ziarah beberapa rumah sedara mara, kawan2 dn makan nasi beriyani batu pahat yg sgt2 popular tuh. hihi. dn dpt bawa balik pula utk abah merasa.. hehe

13 comments:

akirasuri said...

Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin cikgu.. :)

Oh oh! Sy tau kedai tu kat mana! kedai tu mmg fofular.. sungguh!

errr.. duit raya tak ada ke cikgu? :D

rienmiel said...

salam cikgu~

nasi briyani tu sungguh menggoda jiwa...sedapnyer =)

kylex said...

Salam..

Nmpk menarik je nasi briyani gam tu..sy xpnh cuba ni,akan cuba pergi jhr lps ni mau rasa ns briyani gam, i love it,nyam..nyam :)

Anonymous said...

salam cikgu. sy rasa mcm penah terbaca kat mana ntah nama widelia. dia guna nick tu ye? sungguh rasa mcm cam. erm.. sy tak minat nasi beriyani. bersebab. hehe

nannychomel said...

Salam cikgu..

Sy rasa cam ada sdara gak kat kg isteri cikgu tu...arwah mak pun org Batu Pahat tp bila arwah dah xde sy dah xblk Batu Pahat lg walaupun masih ramai sdara mara kat sana...anyway, walaupun org johor tp masih lum dpt rasa Beriyani Gam yg sedap tu huhuhu

cemut said...

ape beza ek nasi beriani gam ngan nasi beriani xde gam.hihi

Anonymous said...

raya dah habis la.. sekolah pulak.


*sembunyiiiikkk

hayad said...

baryani ke beriyani yang betul? kat papan tanda baryani :D

Nurul Nadiah said...

nasi beriani x berapa nak masuk ah cikgu..

nasi kandar ok!

hehehe

=p

AinNur Haris said...

cikgu tak datang umah SAYA...!!!

sampai hatiiiii...

hukkk.. hukkk...

{ cikgu jawe tahu parit sungai kajang...? emmm...? }

AinNur Haris said...

owhh..lupa nak citer pasal nasi beriyani gam yg fofuler tuu..hehehehe... memang best nasi beriyani gam tu..rasanya lain dari nasi beriyani tmpat lain...

mai la batu pahat..rasa sendirikk..hehehehe...

cikgu jawe dah pekena nasi beriyani gam, anda bila lagi...?

ewaahhh...promote plak... hehehehe...

Shah CJ said...

[akirasuri]: wak. belanja nasi beriyani. awak masak sendiri tau. hehe

[rien]: ehehe.. mai le sepinggan.

[kylex]: jom!. kita pekena kt benteng. awak belanja tau. hehe

[sarah]: hummm.. kalau dh jumpa blog dia bagitau ek?. hehe. nasi beriyani mamak aku tak makan. geli!

[auntie nanny]: ntah2 kita bersedara jauh tak auntie. hehe

[cemut]: bezanya pd gam.. hehe

[mek]: awak mmg dh abes. sbb msh sekolah. aku masih beraya walau kt sekolah.. hehe

[hayad]: ada lg.. beriyani, baryani, biryani.. huhu. mana tah yg betul. :P

[nadia]: nasi kandar juga sgt sedap. hehe

[cahaya mata]: parit sg kajang tu kt kg muhibah ye. ke dekat dgn stesen minyak esso? hehe. wah! promosi cam iklan radio malaya. hehe

fsj said...

cikgu tak baik letak gamba nasik tu kt blog :(
dose!!