Thursday, June 26, 2008

main petanque

salam semua..

maaf le lambat apdet blog. rasa kecik ati dgn wireless yg meragam. jadi aku dok dlm gua jek melalui hidup2 manusia zaman paleolitik.. huhu

minggu ni minggu koperasi sekolah. dan aku diberi tugasan jadi jurugambar sepanjang minggu koperasi nih. tak kisahlah. aku suka jek. bukan susah pun, cuma shoot dn snap. mudah kan?.

antara aktiviti semalam ialah projek menanam sebanyak 800 btg pokok sentang. pokok sentang sesuai untuk buat pensel dn pencungkil gigi. batang kayunya lembut dan mudah rapuh. walaupun pokoknya tinggi menjejak awan.

ok.. cerita pasal tanam sentang lain kali. aku nak cerita pasal game petanque. game nih asalnya dari france dn dimainkan di padang berkerikil. lain2 maklumat pasal game ni sila tengok laman ni ye..

semalam juga diadakan pertandingan petanque (baca petang dgn e taling) antara guru-guru. aku, cikgu Adenan dn ustaz Sani sepakat tubuhkan satu team bidan terjun. bidan terjun sebab kami daftar paling lewat dgn niat saja2 isi masa lapang. kami namakannya DREAM TEAM.

kalau menang, memang patut sebab kumpulan kami dream team. kalau kalah pun patut sebab kami dreaming team. hahaha! sebenarnya, kami bukan le pandai main petanque. cikgu Adenan pakar main boling. Ustaz Sani pula mahir main tenis. sedang aku sendiri sgt2 ahli dlm main kunda kundi dn galah panjang. hahhahaha!

permainan bermula. mula2 kami lawan team pengetua. boss bukan calang2 orang. aku pernah lawan dia tahun lepas. pengetua sgt tajam tumpuan dn tepat balingan.

selain dia, ahli2 kumpulan dia juga antara yang hebat dlm petanque.

hek elehh... gaya je lebih. :P ni le PK koku aku.. sarat dgn teori permainan dia nih. padahal team dia kalah teruk tuuuu.. wahahahha!

main punya main dn akhirnya kami menang game tu. kami menang 5-1. puas!. sbb kami cuma pasukan undercat. (tak moh guna underdog. haram. najis mughallazah.. hahhaha!) puas kalahkan team pengetua.

dlm game kedua, team kami lawan pula team cikgu hisyam yg tlh menang kalahkan team cikgu2 sukan dgn 11-2!. waduh!. kami kena lawan team yang sgt kuat. mereka kalahkan team jurulatih teknik sukan tuuu.

kami ketinggalan 3-0 dlm game pertama. waktu rehat, kami berbincang dn akhirnya kami rasakan punca ketinggalan sebab terlalu menghormati lawan. kami perlu main secara santai dan relaks.main sambil gelak2 dn sikit2 provok lawan. seperti yg biasa aku buat. wahahhaha!

kami mengejar mata demi mata. bukan mudah nak kejar team lawan yg dh leading 3-0. dan kami cuma ada 2 frame je lagi nak kejar team cikgu hisyam.



gelanggang petanque yg menyalahi standard antarabangsa. mana ada main petanque kt rumput berpasir. aiseh..


permainan yg dramatik bila boules (bola balingan) team lawan lebih dekat dgn jerk pada balingan mereka terakhir. mujur kami ada 2 biji boules lagi utk dibaling. balingan terakhir yang kami baling telah berjaya mendekati jerk berbanding bola lawan.


(erkk.. korang faham ke tak eh jerk, frame dn boules nih.. hehehe.. belasah je laaaa kawaaan)

akhirnya kami menang dgn 4-3!. syukur!. kami jadi johan dn mungkin mewakili sekolah ke peringkat daerah lepas nih.

erk.. tahun lepas patut team kami wakil sekolah. tapi dinafikan oleh seseorang yang hantar team yg kalah. sebab dlm team yg kalah tu ada suami dia. huhu!.


kali ni aku nak juga wakil sekolah kejohanan petanque tuh. bakpe hantar team kalah kan.. sedangkan ada juara sebenar yg telah terbukti kehandalannya. ngeeeeeee!!.. *berlagak*

psssttt.. cuba tanya cikgu smk agama kuala selangor. sapa jurulatih petanque mereka yg melatih guru2 smka jadi naib johan petanque peringkat kebangsaan tahun lepas. hehe.. *berlagak lagi* masa team smka kalahkan sekolah aku tu kaann.. aku rasa sgt gembira dn puas hati. sgt suka tgk muka akak tu masa tuh.. wahahahha! padan muka dia..

oh! ini le kemenangan 2 tahun berturut2 aku dlm petanque peringkat sekolah. hehee..

sapa2 nak join main petanque dgn aku? hehe..

note: korang jgn le cuba2 cari gambar aku kt atas tuh. tadek punya.. hahhaha!. kan aku yg snap gambar.. heeee...

Monday, June 23, 2008

39.9 takkan jadi 40

salam semua..

salah satu sifat aku ialah aku suka mendera student. hihi.. aku suka tgk student menangis2 merayu depan aku. lagi kuat dia merayu, lagi kuat aku buli mereka. sampai aku puas hati dan student pun puas hati. dan akhirnya win-win situation.

ops! jgn salah anggap. aku cuma nak cerita betapa aku ni kuat menyakat student.

satu hari, ada seorang pelajar pompuan form 5. pelajar ni cukup cemerlang, pelajar baik, pandai dan bijak juga. dia juga seorang pengawas sekolah. bapanya seorang imam masjid dan baik juga.

dia dpt 99% dlm exam dan dia rasa dia berhak dapat 100% markah penuh. aku pun rasa dia berhak dpt 100% juga.

peel aku pula, pelajar takkan dpt markah 100% dlm exam. aku bagi alasan kat budak, tak mungkin dpt 100%, sebab kalau dpt, maknanya mereka dgn aku sama pandai. mana boleh camtuh. huhu.. jahat sungguh aku.

ok, budak tu skrip jawapannya tiada salah silapnya. semua jawapan betul ikut skema. tulisan cantik mcm tuannya. olahan jawapan, teknik dan persembahan jawapan semuanya tepat dan sgt kemas. tersusun rapi dan sgt indah gaya bahasanya.

tapi aku bagi juga dia 99%. sbb aku berpendapat, dia tak layak dpt 100%.walaupun dia sebenarnya sgt layak. tapi ntah lee... aku saja nak buli dia kot..

seminggu dia merayu minta tambahan 1 markah tu. setiap kali nak balik sekolah, dia dh tunggu kt pintu kete. dan pagi esoknya dia dh tunggu kt tepi meja aku kt bilik guru. seminggu dia buat camtuh. merayu dan meminta aku tambah lagi 1 markah. hanya 1 markah saja!. cukuplah..

aku jelaskan pada dia, bahawa markah dia paling tinggi dlm sekolah. tapi dia tak puas hati. dia nak juga 100 markah tu. katanya dia nak juga tanpa alasan..

akhirnya aku beri juga 100 markah. terharu dgn kesungguhan dia selama seminggu buli aku tiap petang dan pagi. hanya semata2 1 markah.

lagipun dia seorang yg sgt baik dn cantik, aku nak dia jumpa aku tiap2 hari.. hua! hua! hua! yang buatkan aku murah hati beri dia markah tu.. hehe

skrg, aku dh baik sikit. kalau ada student yg dpt 39 markah pun, aku tak bagi 40. melainkan dia jumpa aku minta tambah supaya lulus. huhuhu..

apa yang aku mahu ialah kesungguhan mereka minta tambah 1 markah tu. walau payah, aku mahu mereka usaha dptkan juga 1 markah lulus. walau terpaksa melayan kerenah aku yg buat2 kononnya keras hati..

tapi takde lagi student mcm tuh. yg ada, student lepas dpt skrip jawapan mereka, terus masuk beg dn buat mcm takde apa2.. huhu..

note: student tu, dyg fatimah. pelajar terbaik sekolah. dan semua subjeknya dpt 100 markah. dgr cerita dia lanjutkan pelajaran ke USA. tapi dh tak dgr lagi apa kisah terbaru dia.. huhu

Thursday, June 19, 2008

CJ world! haha..

salam sejahtera..

kita bersama CJ untuk lintas langsung dari bilik guru.

CJ: terima kasih mr X.

keadaan bilik guru agak sepi skrg. sama sepi mcm filem sepi tuh kot. aku pun tak tau. sbb aku tak minat tgk cerita2 cintan cintun nih. sama mcm aku tak minat baca novel2 cinta nih. huh! kalau filem perang, langgar, tembak2, kungfu suka le. tapi tak suka cerita bunuh2. ganas sgt.

ok.. kita kembali laporan bilik guru. bilik guru sepi sebab semua cikgu nampaknya sedang mengejar ayam hutan masa.

semua tgh pulun menanda kertas exam budak yang mesti kena siap minggu nih. padan muka derang. sapa suruh enjoy2 masa cuti hari tuh. huhuhu..

sekali bukak sekolah budak2 mintak markah terus gelabah tahap gaban. wahahhahhaaa!. kena pula pengetua sendiri buat pengumuman markah mesti key-in kt pusat akses minggu ni juga. laaagii le gelabah cikgu2.

wahahahahahaa.. ketawakan lagi derang kuat2. wwwooooooooo... padan muke! padan muke!.. yea... yea.. lalallalallaa

ok.. mari kita tanya beberapa cikgu yang tgh tahap gelabah aura ke-8:

CJ: kenapa kak M tak siap menanda lagi?
kak M: cuti, cuti le CJ. berjalan.

CJ: apa pula pendapat ustaz S?
ustaz S: eeeerrrrr... :)

CJ: cikgu Y pula?
cikgu Y: biasa le CJ.. cuti

CJ: cikgu A?
cikgu A: tinggal sikit lagi. cuti hari tu aku pergi terengganu dgn bini. jalan2.
(cikgu A baru kawen.. huhu)

CJ: cikgu H camna pulak?
cikgu H: aku ada bawa balik kelantan. tapi tak sempat nak tanda pun. cuti leeee..

CJ: ok.. kita tanya pula kaunselor
kaunselor: aku tgh sebuk nak buat kem le.. syoh! syoh! menyibuk je dia nih.

thee heheheee..

CJ: kita tanya setiausaha peperiksaan dalaman, cikgu R.
cikgu R: aku pening le dgn kawan2 nih. dah le cuti. tambah 2 minggu lagi. masih tak siap2. sekolah lain dh sain dh buku rekod.

CJ: apa kata ketua guru disiplin, cikgu AT?
cikgu AT: mana nak siap. baru nak tanda, kena uruskan kes disiplin itu ini. pentadbir cuma tau arah je..

suara latar: cikgu AT! ada mak budak cari ko kt opis.

cikgu AT bergegas pergi.

suara latar: ko ni kenapa CJ kacau org sana sini? ko takde keje lain ke? hah!

ok.. itu le sebahagian dari liputan dari bilik guru. semua cikgu nampaknya sgt sensitif sekarang. syyyhhh! baik kita pergi cepat2 sebelum kena baling dgn kerusi.

kita kembali ke sri pentas.

suara latar: woooiitttt! CJ! markah kelas aku mana?

wahhhaaa... nanti2 le. aku ada 2 kelas lagi belum siap nih. wakakkakaaa!

suara latar: CJ. mak budak cari ko kt opis. anak dia form 5 nak pindah sekolah. ko kena uruskan borang perpindahan.

suara latar: CJ. ada budak baru form 5 masuk dari sekolah lain. ko kena uruskan borang pindah calon.

suara latar: CJ. budak pengawas nak buat spot check. ko guru pengawas kan.

suara latar: CJ. ada tepon dari Lembah Klang. budak kita yg baru pindah dh ponteng pd hari pertama lagi. cikgu sana nak laporan disiplin budak tuh.

suara latar: CJ. masuk opis sat. tgk2kan laptop aku takleh print.

suara latar: CJ. ni camna nak buat kotak kt word nih.

suara latar: CJ. ustaz S panggil bincang kem remaja esok.

suara latar: CJ. PPD tepon. dia kata borang yg ko buat semalam salah hantar. patut hantar ke Perak bukan PPD.

suara latar: CJ. apasal wireless takleh connect? tgk sat laptop aku.

suara latar: CJ. budak cari. ko punya kelas dh terlewat 30 minit!

adeh!.. sampai bila nak siap menanda camnih...

note: n3 sengal.. huhu

Tuesday, June 17, 2008

56 ke 58..?

salam semua..

semalam ada satu taklimat mengenai lanjutan umur bersara ke 58 tahun.

sebelum ni aku dh setuju utk sambung umur pencen ke 56 tahun. kali ni ada tawaran lagi ke 58 tahun. huhu..

boss pulak, cuma bagi 1 malam utk berfikir dn buat keputusan. esok pagi2 mesti turunkan tandangan dn borang akan dihantar ke PPD.

pening kepala aku.. 56 ke 58?

bincang dgn isteri, dia kata terpulang kat aku. bincang dgn kawan2 mrk kata ikut suka masing2.. huhu sebenanrya kawan2 pun sama pening. lagi pening boss cuma bagi masa 1 malam buat keputusan. huh! tak suka sungguh!.

isteri aku dh pilih nak pencen umur 55. dia tak berminat nk sambung lagi. aku agak dia tunggu masa je nak mula berniaga. bidang yang dia sgt2 minat sebenarnya. dia dtg dr keluarga peniaga. bapanya, adik beradiknya, pakciknya semua peniaga di pasar jawa, pasar besar meru, bangi dan banting.

aku pula makin pening mana satu nak pilih ni?

56 atau 58..

sepanjang malam aku asik terfikir.

sbnrnya, bukan le duit yg aku fikir kalau sambung umur bersara nih. tapi kesihatan, kekuatan, kemampuan dn kecekapan kerja. adakah sama mcm sekarang?

aku rasa mcm dh tua jek bila pikir2 umur pencen nih. huhu.. servis aku lama lagi weh! sgt lama lagi...

1.00 am

aku ambil wuduk. solat sunat istiharah dan doa mohon diberi petunjuk.

~ tiada petunjuk atau mimpi~

tapi sebelum tidur - antara jaga dn lelap - aku seolah terbayang sesuatu dpn mata. seperti aku berada di waktu itu..

pagi tadi. lepas key-in nama kt opis. dgn kalimah Bismillah dan Allahu Akbar. aku turunkan tandatangan..

aku pilih 58.

lagipun masa tu mungkin kerajaan Malaysia dh bertukar kot. bukan lagi be end. hehe. mungkin ada tawaran lebih menarik dari PM baru masa tu. mana tahu kan..

Moga Allah beri aku kekuatan dan kesihatan untuk terus berjihad di medan ilmu.

note 1:
pada satu malam. aku pergi tahlil sebuah rumah. berbual2 dgn org2 tua. mereka bercerita. rupanya 'kepulangan' aku ke kampung diketahui oleh ahli2 kariah mesjid. aku dh lama sgt merantau sejak form 2 lagi. heheee.. rasa malu jek bila tok imam kata camtuh. rasa nak nyorok kt pokok pisang jek. huahuahua!

note 2:
ptg smlm tok imam mesjid dtg rumah. nak ziarah katanya. lepas tok imam balik, baru aku teringat. rupanya aku belum pernah lg pergi mesjid kt kampung sejak aku pindah. huhuhu.. adeh leee.. jumaat pun aku solat kt kuala selangor. isk!. malam nih nak gi mesjid juga. tak leh jadi ni. tok imam dh dtg rumah. jgn sampai rombongan AJK mesjid pula dtg rumah ramai2. haru nanti. =)

Sunday, June 15, 2008

RM5 aje..

salam 5 inggit.. hoho
duit koyak yg aku dpt..

suatu petang yg hening. lepas aku tibai roti canai dgn teh halia kedai mamak. hulur 5 ringgit. mamak kt kaunter pulang balik duit aku. dia kata duit tak laku sebab koyak. aiseh!.. aku tak perasan sungguh. bila masa eh aku terima duit koyak nih. ni le agaknya kecuaian aku. main terima je duit baki tanpa check dulu.

tapi sapa antara kita yang rajin check dulu duit baki lepas kita transaksi? sapa yang rajin kira setiap sen dan ringgit duit baki? hehe.. aku kdg2 cuai. bila berlaku jual beli, dan peniaga pulangkan duit baki, selalu aku main cekup jek. kira main percaya jek. ntah dia nak tipu aku seringgit dua pun aku tak perasan. huhu.. bukan malas nak kira balik, cuma tak rajin jee.. hihi. padahnya.. nah! aku ada duit 5 ringgit yang dh koyak dn sekarang tak laku nak urusniaga.

alahai 5 inggit aku.. huhu


cuba kita bayangkan dlm setiap urusniaga, katakan le kita susut 10 sen duit baki tanpa kita sedar. katakan dalam setahun kita buat 200 kali pembelian. maka 10 sen x 200 = kita rugi RM20. bermakna dalam tempoh 5 tahun kita hilang RM100! cukup duit minyak kete aku seminggu. hoh!.. tu 5 thn. kalau 50 thn? boleh beli keretapi tuh!. huhu..

RM5 mungkin kecik zaman sekarang. tapi cuba kita tgk apa RM5 boleh dpt:

  • dpt beli megi 10 bungkus.
  • kt pasar malam boleh beli laksa 2 bungkus.

  • boleh beli cakoi goreng 15 batang.

  • boleh beli pisang goreng kt pasir penambang 50 keping.

  • ais krim malaysia boleh dpt 50 batang.

  • boleh buat downpayment beli kete volvo 240 seken. erk!

  • dpt nasi ambeng sebungkus. siap dgn nasi, lauk ayam kicap, sambal goreng, ikan kering, serunding, mee goreng. sayur kacang tumis, kacang goreng dn tempe goreng. cukup utk makan 5 orang!

  • cukup beli tiket air asia pergi sabah.

  • tapi sekarang aku ada RM5 koyak. satu apa pun tak dpt beli benda2 kt atas tu.

    apa aku nk buat dgn duit 5 ringgit koyak tu eh? nak derma masjid? hish! kena sumpah tok siak je. nak derma kt org buta.. rasa zalim sgt. pergi pasar malam, pastu beli barang dn byr dgn duit tu.. lipat2 kasi tak nampak, isk! mcm makan benda haram jek. huhu.. nak tukar kt bank boleh ke terima?

    huhu.. lain kali beringat CJ. dpt duit baki jgn main cekup jek. kira dulu.. (tapi rajin ke aku?) =)

    note: apa kata duit RM5 koyak tu aku simpan dn aku jadikan duit sumbangan time bloggers2 bujang ni kawen esok2.. hahahaa!. perati elok2 gambar tu tau. kalau korang dpt duit koyak serupa tu nanti, tandanya aku ada dtg majlis kawen korang.. wakakakaaka!..

    Thursday, June 12, 2008

    jom sesagun

    salam semua =)

    korang pernah tgk benda nih?





    SESAGUN atau org kampung aku panggil SAGON je.

    masa aku pergi beli barang kt kedai runcit dpn sekolah, aku ternampak benda nih. tak tahan!. nak beli juga sebab benda ni ada kenangan terindah masa kenit2 dulu. wahahahha

    haaa.. dulu masa aku kecik2 sekolah rendah. benda ni ada jual kat kantin masa tuh. ramai budak2 beli. seingat aku berebut lagi. aku antara orang yang berebut tu kot. haha! aku makan dengan bekal yang mak aku bungkuskan. kira jadi makanan sampingan le.. masa tu rege dia kalau tak silap 10 sen sebatang. skrg dh 60 sen. mungkin akan naik juga sbb harga barang dh naik. huhu! kalau sampai seringgit sebatang aku tak tau nak kata apa lee.. :(

    kami dulu akan kemam2 kertas pembungkus tu sampai basah kuyup lunyai kertas dek kerana nak dapat isinya yang sgt manis tu. kadang2 dek kerana malas dn kejar waktu loceng rehat tamat, aku makan sekaligus tuang terus dalam mulut. hahahaha! :)

    yang aku tertarik, cara pembungkusannya yang masih tak berubah mcm zaman aku sekolah lagi. sungguh klasik gitu. dengan kertas putih berbalut riben warna diikat serong, siap ada bunga2 riben kt belakang kertas. huhu.. nostalgia sungguh.. zaman sekarang bungkus kt bekas plastik dadih je. tak aci.

    yang aku tertarik lagi, isinya.. masih mengekalkan isi yang asli. dari tepung sagu yang asli macam dulu2. walau sekarang ramai yang guna tepung beras buat sesagun, yang ni masih guna tepung sagu dari pokok sagu. alaaaa.. tepung sagu pun senang nak cari. kt kedai apek jual beskal pun ada.. ekekekke.


    pokok sagu atau rumbia. tumpang gambar blog kurama87


    rasanya pun masih macam dulu, manis dan berkrim. sesuai dimakan semua peringkat umur kecuali sapa2 yang ada batuk. sebab mudah tersedak.

    kalau sapa2 zaman budak2 tak makan benda nih, kira tak lengkap le zaman kanak2 dia. huhu! ini jajan wajib utk budak2 sekarang dan budak2 purba mcm aku juga. hahaha!

    jom!.. makan sesagun dgn riang ria! kembali mengimbau zaman kanak2.

    isi sagun yang uuummmpppphhh!


    nota: bestnya! rindu nak jadi budak2 semula. takyah serabut pikir dunia gila politik, rege minyak, pencabulan kehakiman.. bla bla bla.. cuma pikir esok nak makan sagun kt tepi padang dengan kawan2. lalalallaa.. best!

    Wednesday, June 11, 2008

    menunggu internet kembali..

    salam ceria.

    paling cepat 2 minggu atau mungkin lama lagi. kata orang2 kt TM meru. tu le aku kena sabar lagi. kalau dh ada talian tepon, sekurangnya aku boleh guna dial-up utk apdet blog dn jalan2 blog kawan2. aku boleh guna dial 1315 juga.

    tapi sekarang aku bergantung sepenuhnya kt wireless sekolah. wireless pula tgh ada masalah kt sini. on-off. kdg2 terpaksa kena restart laptop utk dpt connection semula. sungguh seksa. huh!

    malam tadi cuba guna 3G broadband daily celcom. dah daftar, byk kali cuba susah pula nak sambung. dh dapat, selalu putus2 pula.

    alahai le nasib.. aku kena bersabar le kot. tak lama. 2 minggu je atau mungkin lebih lama.

    so.. sekali lagi mohon maaf pada kwn2 yg dtg blog aku. kalau korang datang tgk aku tak apdet2 blog. huhu..

    dn maaf juga bila nak jalan2 blog korang, tetiba line terputus. adeh leee..

    (dlm mslh2 ni pun.. dh 3 kali apdet nih.. hahahhaa!)

    ===================================================

    suasana sekolah hari ni aman damai. ramai pentadbir takde kt sekolah. cuma ada PK HEM aje. kalau tak silap PK Kokurikulum pun ada kot.

    pernah sekali tu, minggu2 akhir sebelum cuti, waktu sambutan hari guru peringkat daerah, semua pentadbir takde kt sekolah. pengetua, semua PK, ketua bidang semua takde. mereka semua diarahkan hadir sambutan hari guru di stadium kuala selangor. syukur, urusan sekolah semua beres. budak balik ikut waktu. rehat ikut waktu dn takde cikgu2 yang tuang kelas atau balik awal.

    sehari sebelum tu, pengetua umumkan kt bilik guru aku jadi wakil pentadbir kt sekolah utk esoknya. iaitu di hari semua pentadbir takde kt sekolah. ah sudah!. nak pengsan aku dengar. kawan2 dh gelak2 dn tepuk2 ucap tahniah. kalau ada gangster dtg serang sekolah, budak eksiden jatuh bangunan, cikgu bersalin dlm kelas.. sapa nk jawab? huhu.

    suka2 je boss serah tugas kt aku. mcm nak pengsan okeh. aku cuma cikgu cabuk DG41 yang sgt biasa. mana boleh mcm nih.. huhuhu. tak suka! tak suka!

    sehari dua boleh le.. kalau tiap2 hari aku tak jamin boleh bertahan. mana boleh takde pentadbir kt sekolah.. huhu. tikus pun jadi kucing!

    Tuesday, June 10, 2008

    bila nazir turun sekolah

    huh! aku tak menyampah bila nazir turun sekolah. tapi aku menyampah bila nazir turun aku jadi kelam kabut sediakan itu ini. abes segala plan aku nak ngajar hari nih.

    hari ni 2 nazir dr putrajaya dtg sekolah awal2 pagi. budak2 masih kt perhimpunan lagi. jam berapa eh mereka dr putrajaya?. rajin sungguh bangun pagi2. mesti bertolak sebelum subuh. huhuhu

    aku tengah marking kertas budak. tetiba dpt memo pengetua nak laporan SPM. mujur dah ada laporan SPM sejak tahun 1995 lagi. semua subjek siap dengan graf sekali. siap analisa dgn headcount juga. mula tahun 1995 hingga 2007. aku hantar fail ke bilik media. nah! aku bagi fail laporan SPM warna biru sekepal kt nazir tuh. pandai2 le korang tengok. tak kuasa aku nak jelaskan lagi. tak reti baca graf dgn headcount baik jgn jadi nazir. huh!

    lega...

    aku kt kelas. mula nak ngajar. ketua guru disiplin tetiba telefon. dia nak pula laporan SSDM (sistem disiplin murid) untuk tahun 2005. tahun 2005 tuuu!

    adeh lee.. mujur aku bawa laptop. buka folder dan aku print semua laporan SSDM 2005. sekepal juga aku bagi kat ketua guru disiplin. siap aku cakap kat dia yang laporan SSDM ni bawah OSA. bukan sebarangan orang boleh tengok. nazir sendiri pun kena minta izin pengetua dan pengetua kena minta izin aku. baru boleh akses. huhu..

    biasa le kan. bila keluar je dari bilik media, kawan2 cerita mcm2 waktu sesi mrk dgn nazir nih. nazir kata itu ini. biasa le tuuu..

    aku teringat masa mesyuarat penolong kanan kt melaka tahun lepas. (aku bukan PK okeh. aku cuma wakil je.. huhu) ada sorang nazir tu kata mereka ibarat mata burung. bila masuk pagar sekolah je dh tau apa kurang lebihnya sekolah yg mereka akan lawat. ewah2.. suka2 je cakap.

    oklah. n3 nih bukan memperlekeh nazir. aku sgt2 respect kalau nazir2 nih memang terbukti kecemerlangan mrk waktu jadi cikgu. pernah terima anugerah cemerlang, guru pakar, pengetua cemerlang dan lain2 lah. kalau tu aku hormat le juga. sebab mereka mmg layak.

    kalau mereka datang tahu hormat tuan rumah, kita tahu le hormat tetamu. kita sama2 cari jalan penyelesaian, sama2 tukar idea, sama2 cari makan maaa.. hehe.

    Monday, June 9, 2008

    kembali..

    salam ceria.

    wah!. ni apsal gelak2 nih?. tau le aku cuti blog, suka korang eh. hehe. aku nak kata sedih tak dpt on9 rasanya tak le sedih sgt. ada le sedih sikit2 jek. sebab sepanjang aku takleh on9, aku sentiasa baca komen korang kat nset aku tuh.. hehe. cuma tak dapat nak balas komen jek.

    nak kata gembira tak dpt on9 pun tak juga. well.. aku rasa kehilangan dn kerinduan. huahuhua!

    ===========================================

    ok. khamis lepas aku daftar line tepon kt TM meru. org TM kata 2 minggu baru boleh masuk tepon kat rumah. tu pun belum tentu ada line streamyx. huhuhu.. sampai hati betul. kata selangor negeri maju.

    signal 3G juga takde kat umah aku. sebab tu aku tak daftar lagi utk celcom 3G. rasa membazir pula daftar tapi tak dpt guna. kalau nk guna juga, aku kena memandu ke meru atau kapar, atau paling dekat ke simpang depan mesjid. tu pun signal 3G tak stabil. on-off.

    so.. aku buat keputusan tunggu le 2 minggu nih. kalau ada rezeki, dpt le aku apdet blog kerap mcm dulu.

    atau aku guna je wireless sekolah nih. tapi faham2 je le.. aku guna wireless kt bilik guru. kurang privasi maaaa. rasa malu jek nk apdet blog kt bilik guru. perasan juga kalau kawan2 pandang2 jeling2. ekekkeke.

    kt bilik guru le paling stabil wireless. lain2 tempat on-off juga.

    ===========================================

    I'm bz right now. heh!. omputih le pulok. aku masih menanda kertas exam budak. patut siap waktu cuti. tapi dh berpindah randah nih.. tak terusik pun kertas exam budak. tu kira untung aku boleh cari skrip budak kt celah2 kotak yg berterabur tuh. hahaha!. jadi, ni mula nak pulun semula. huhuhuu.. boleh demam gue camnih.

    tambahan pula kerja2 sebagai setiausaha SPM mula menghambat kembali. adeh...

    =============================================

    senyum selalu.. walau harga minyak naik. sebagai persediaan harga makanan melambung, aku dh mula tanam padi keladi dn ubi kayu kt depan umah. wahahahaha!. tu pun tak tau le hidup ke tidak. sebab dlm sejarah aku bercucuk tanam nih, pokok serai yg aku tanam pun susah nak hidup!. :)

    blog sapa ni eh?

    wahahahhaa!. blog sapa ni eh? pemalas sungguh tuan dia nak apdet. huhuhu..

    I'm back!. hehehe.. tapi tak reti nak tulis apa. (^_^)

    Monday, June 2, 2008

    angkut barang..

    salam ceria =)

    2 jun 2008.

    12.30 pm.

    hujan pagi selama 2 jam seolah2 menangisi perpindahan aku dari kuarters nih. hahaha! kalau ikut jadual asal, jam 11 lori sampai. tapi tertangguh dek hujan yg sgt lebat. kalau ikut teori kitab sulalatus salatin atau hikayat malim deman, kalau ada hujan dn petir dlm sesuatu peristiwa, maknanya org tu org hebat2 berdarah raja. huhu.. aku ada berdarah keturunan raja ke? tu aku pindah rumah diiringi hujan dn guruh petir.. hahaa!

    terima kasih kepada kawan2 cikgu yang telah tolong aku angkut barang. setelah semua sms aku kpd pengawas dn student utk aku minta tlg angkut barang tidak berbalas sama sekali. maka kawan2 le yang basah kuyup peluh dn hujan mengangkat almari, katil dan dan lain2..

    utk kawan2 yg tolong, aku cuma hadiahi mrk dgn 100plus sejuk sorang sebotol. huhu. nanti waktu time sekolah aku ingat nk belanja mrk makan2 lee..

    terima kasih juga kpd pengasuh anak aku yg tolong dapatkan lori utk angkut barang. harga sgt murah cuma RM150 utk 1 trip. kebetulan barang2 cuma 1 trip saja dh cukup.




    huhuhu.. sedar tak sedar. byk juga reta nk kena angkut

    kt atas jambatan kuala selangor
    sapa nak mancing udang galah. mlm2 ramai le org mancing kt atas jambatan nih. ada org pernah jumpa 'diri sendiri' mancing sebelah menyebelah.. huhu



    kt pekan sg buloh.
    ada 2 sg buloh kt selangor. sg buloh kepong yg ada penjara dn sg buloh sasaran kt kuala selangor..

    aku juga minta maaf sbb kpd rakan2 blogger. aku tak dpt nak apdet kerap mcm selalu. belum juga dpt nk jalan2 blog korang. rumah aku masih belum ada line tepon. 3G broadband juga aku belum daftar. di samping sebuk juga mengemas. faham2 aje le pindah rumah nih. byk benda nk kena setup semula. ni pun aku guna nokia 6288 jadi modem sementara. punya le slow amat. huh!

    komen2 n3 lepas juga aku akan cuba jwb lepas semuanya selesai. Insyallah.

    dh jam 4.19 am rupanya. jumpa lagi my preenddd! jaga diri. daaaaaaaaa...

    Sunday, June 1, 2008

    pengantin lagi.. huhu

    salam ceria.. :)

    isteri aku ada sorang kawan baik. nama dia ustazah N. Ustazah N belum kawen. dia sorang wanita yang baik dan dedikasi dlm kerjayanya. bapa dia dgn bapa aku kawan baik walaupun lain parti. hehe. pssssttt.. Ustazah N sama pakatan rakyat mcm kami. tapi bapanya tak tahu. hehe. kalau bapa dia tahu, ntah le.. sbb bapa dia sgt kuat merahnya. ops! bapa dia ustaz juga.

    disebabkan Ustazah N kawan baik isteri aku, dia suka datang rumah aku. menumpang solat, mandi, makan2 malah kadang2 menumpang tidur kt rumah aku barang semalam dua bila dia bertugas jadi warden asrama. kira rumah aku dh mcm rumah dia juga. huhuhu

    aku yang pemalu ni mula2 rasa cuak sgt ada anak dara orang tidur kt rumah. takut tergoda je.. hahhaa. tapi memandangkan isteri aku dh tanya, aku izinkan juga. kesian kt dia. rumah dia jauh.

    semalam, ustazah N nikah. dh jodoh dia dapat adik kepada pengasas Reenas Cosmetic. nikah diadakan di masjid kampung dgn sekali lafaz. dinikahkan oleh bapa ustazah N sendiri. best kan kalau bapa sendiri nikahkan anak dia. huhu

    majlis nikah sgt sempurna. yang tak sempurnanya aku dn safwan. aku dtg majlis tu dgn t-shirt lusuh biru, track suit SMKA dn berselipar berharga RM5.00. sgt sempoi okeh. dn seluar track aku basah kuyup sebab baru lepas basuh rumah sebelum tu!. sbnrnya aku terlupa bawa baju lebih..

    safwan pula berlarian2 dlm mesjid. sambil lari sambil menceceh mulutnya.. kdg2 menyanyi2.. gggrrrrr.. sabar je le kami. nk dicubit kang melalak pula. abes majlis orang. (akhirnya dia kena cubit juga dlm kete.. huhu. apa lagi melalak le dia tak hengat dunia.)


    selamat pengantin baru Ustazah N. moga bahagia selamanya. kawan baik isteri aku dh kawen. hahhaaa.. padan muka isteri aku. takde kawan lagi nk teman dia gi merambu dn shopping mcm selalu. wahahahaah!

    note: Ustazah N.. ganti balik selipar aku yang hilang kt mesjid masa majlis nikah ko.. huhuhu