Tuesday, June 10, 2008

bila nazir turun sekolah

huh! aku tak menyampah bila nazir turun sekolah. tapi aku menyampah bila nazir turun aku jadi kelam kabut sediakan itu ini. abes segala plan aku nak ngajar hari nih.

hari ni 2 nazir dr putrajaya dtg sekolah awal2 pagi. budak2 masih kt perhimpunan lagi. jam berapa eh mereka dr putrajaya?. rajin sungguh bangun pagi2. mesti bertolak sebelum subuh. huhuhu

aku tengah marking kertas budak. tetiba dpt memo pengetua nak laporan SPM. mujur dah ada laporan SPM sejak tahun 1995 lagi. semua subjek siap dengan graf sekali. siap analisa dgn headcount juga. mula tahun 1995 hingga 2007. aku hantar fail ke bilik media. nah! aku bagi fail laporan SPM warna biru sekepal kt nazir tuh. pandai2 le korang tengok. tak kuasa aku nak jelaskan lagi. tak reti baca graf dgn headcount baik jgn jadi nazir. huh!

lega...

aku kt kelas. mula nak ngajar. ketua guru disiplin tetiba telefon. dia nak pula laporan SSDM (sistem disiplin murid) untuk tahun 2005. tahun 2005 tuuu!

adeh lee.. mujur aku bawa laptop. buka folder dan aku print semua laporan SSDM 2005. sekepal juga aku bagi kat ketua guru disiplin. siap aku cakap kat dia yang laporan SSDM ni bawah OSA. bukan sebarangan orang boleh tengok. nazir sendiri pun kena minta izin pengetua dan pengetua kena minta izin aku. baru boleh akses. huhu..

biasa le kan. bila keluar je dari bilik media, kawan2 cerita mcm2 waktu sesi mrk dgn nazir nih. nazir kata itu ini. biasa le tuuu..

aku teringat masa mesyuarat penolong kanan kt melaka tahun lepas. (aku bukan PK okeh. aku cuma wakil je.. huhu) ada sorang nazir tu kata mereka ibarat mata burung. bila masuk pagar sekolah je dh tau apa kurang lebihnya sekolah yg mereka akan lawat. ewah2.. suka2 je cakap.

oklah. n3 nih bukan memperlekeh nazir. aku sgt2 respect kalau nazir2 nih memang terbukti kecemerlangan mrk waktu jadi cikgu. pernah terima anugerah cemerlang, guru pakar, pengetua cemerlang dan lain2 lah. kalau tu aku hormat le juga. sebab mereka mmg layak.

kalau mereka datang tahu hormat tuan rumah, kita tahu le hormat tetamu. kita sama2 cari jalan penyelesaian, sama2 tukar idea, sama2 cari makan maaa.. hehe.

15 comments:

AinNur Haris said...

relekss CJ..relekss..
baru naik sekolah ni..mesti steady..ok..hehehehe...

(kira respect jugak la kat CJ, semua report yg diminta dpt disediakan on the spot..hahahahaa..!! terror tuu..)

Qaseh Bidadari said...

cikgu bile plak nak jd nazir?hiks...

Anonymous said...

salam

huhu sgt sistematik... leh jadi guru contoh cam gini... sume maklumat di ujung jari...

>> nape lame da tak melawat kite... da lupe eik? kite hari2 masuk blog cj tau...

Neeza Shahril said...

Akak ingat masa sekolah rendah dulu.
Bila nazir datang, dia duduk belakang.
Cikgu pun mengajar macam berlakon aje...
kesian kat cikgu...
yg jadi mangsa kena soal, budak yg pandai2 sebab gerenti dia dapat jawab kan... heheheee..

nur'ain said...

Nazir, yang saya dengar memang tugasnya untuk mencari kelemahan dan kesilapan pihak sekolah, menegur dan buat report. Ntah ler.

Tapi salut kat cikgu. Semua maklumat ujung jari.

Maryam said...

1995 tu.. lama gila.. lebih 10 tahun lalu..

apa kata nazir jika cikgu unjuk thumbdrive bagi dema tengok? kita kan dah maju.. apa cetak2 nih..

alamanda said...

hehehe. kesian cikgu. saya pun benci kalau nazir dtg sekolah. mengganggu ketenangan jiwa je. dah kita ni dok kat skolah cam org sakit jiwa. huhuhu.

CikguZue said...

macam tu la kerja nazir....nak wat camne....macam tu jugak le kerja cikgu data...s/u...ketua panitia....dll...sabo je la,kan.

Anonymous said...

salam cikgu....

best x jdk cikgu? hihihihi

Shah CJ said...

cahaya mata:
hahaha! ni tgh cool le nih wak. hehe.

mama ranggie:
tak moh jadi nazir. nk jadi menteri terus. :)

manje:
a'ah.. sistematik sgt le sampai semua keje kt aku. huhu

Shah CJ said...

neeza:
haha.. lakonan yg sama sampai la nih. nasib le sapa2 jadi budak pandai. :)


nur'ain:
nama pun nazir kan. 'yg memerhati'


maryam:
laporan 1995 tu org lain yg buat. aku baru ambil tahun nih. huhuhu. cuma kemaskini sikit jek.

Anonymous said...

ummu_hanis:
selamat dtg ummu hanis. hehe. tapi ada gak nazir yg ok kan. yg reti cakap elok2 kat kita.


cikguzue:
hahaha! cikgu zue mesti rindu dgn suasana 'diobserve' kan.. haha!

airynnz:
lamanya awak tak nampak rynn. sihat ke. jadi cikgu mmg seronok kalau ............. (isi sendiri lah ye) hihi.

Anonymous said...

well,u r such a professional i guess,in terms of admin u always make urself in handy,if i were about to become a teacher then u must be my mentor,apart from my umi and late father..

:: Wiween :: said...

nazir agama baru jek dtg sekola kite CJ oit.:p kelam kabut ustazah ustaz! wagagaggagagaga :P

Sarah Mohd Shukor said...

cikgu, hri yg sama sekolah cikgu ada nazir dtg ni, sekolah adik sy pun ada jgk. dia cite yg dia kena gotong royong sehari sebelum tu. ni la kesiannya budak2. kena 'skip' klas sbb aa masa khas diperuntukkan utk bersihkan skolah sbb nak smbut nazir dtg. huhu. sy bukan nak blame ke apa. tp kesian la bdk2 ni. terkejar2 plak cover silibus nnti. hehe