Wednesday, April 30, 2008

jawab tag cahayamata pula.. :)

cahayamata atau bahasa arab dia nur 'ain. hehe.. telah tag aku sejak 1 April lepas. aku mmg dh lupa sgt2 tag dia. sori 'ain eh. bukan aku sengaja. tapi aku dh tua. lalu penyakit lupa menyapa. hihi..

so ini lah tag dia:

@ Orang yang BAIK adalah..
# orang yang baik dgn Allah, sesama manusia dn alam sekelilignya..

@ SAHABAT selalunya..
# menegur aku kalau aku buat silap..

@ MenCINTAI adalah..
# meletakkan cintanya yang agung pada Allah..

@ Putus CINTA bila...
# eer... putus cinta tu apa ek? hehe

@ DUIT buat saya tiba-tiba jadi...
# king kong.. waaaarrgghhhh!!

@ Saya RINDU..
# arwah atuk.. :) aaaaa... jgn le tanya soalan nih lagi.. huhuu

@ Cara saya menunjukkan KASIH SAYANG..
# kunci pintu rumah sebelum tidur. aku org terakhir tidur stlh pastikan semuanya okey..

@ Bila saya DIKHIANATI...
# menangis dalam hati.. huhu

@ Saya pilih BUNGA apabila...
# aaaa.. tak reti le beli bunga. satu2nya bunga yg aku beli ialah 2 jenis bunga kertas dgn pasu2nya sekali. aku bawa dgn motosikal tuuu.

@ Tiga orang yang saya ingin katakan I LOVE U setiap hari ialah...
1. diri sendiri 2. isteri 3. anak aku yg lasak tuh.

@ Waktu saya 13 tahun, saat paling tak dapat dilupakan...
# kena tunggu bas sekolah setiap sebelum subuh dn solat subuh kt dlm kelas.

@ Waktu saya 21 tahun, saat paling tak dapat dilupakan...
# hehe... aku grad kt UKM.. 2nd class upper je..

@ Saya MENANGIS bila...
# eeerr.. masa mak aku sakit. tapi aku nanges kt belakang adik beradik. kt dpn buat2 cool jek. hehe

@ CANTIK pada kacamata saya…
# cantik pekertinya.. :)

@ Tak ada yang paling mengGEMBIRAkan saya kecuali...
# bersama keluarga setiap hari. tambah gembira bila chelsea, arsenal dn ManU kalah dlm game mrk. wahahahhaa

@ Jika saya boleh UBAH sesuatu, ia adalah...
# terima lanjut pelajaran kt Madinah Munawwarah. kenapa le dulu aku tolak.. huhu.. sori ayah!!

@ Jika SENYUMAN tidak boleh dihentikan, saya akan…
# pergi hospital, jumpa doktor. :)

@ Tiga orang INSAN paling penting dalam hidup saya...
1. mak dan bapa saya.
2. isteri saya.
3. anak saya.

@ Jika saya ada RM 1 JUTA, saya akan berikan kepada...(selain 3 orang di atas)...
1. mak bapa aku. nak bagi juga. tak kira!.
2. keluarga aku.
3. jadi modal bisness.. hehe

@ Jika kamu ingin BERJAYA, maka kamu mesti….
# usaha+doa+tawakal

@ Warna yang memberi saya INSPIRASI...
# biru (tapi bukan chelsea), hijau+putih hehe..

@ Duit bukan segala-galanya, TETAPI…
# aku perlu duit utk bagi keluarga aku selesa.. :)

@ Saat paling MENYENTUH PERASAAN pernah saya lalui adalah…
# terlanggar kucing yg tgh mengandung anak 8, tinggal tunggu masa beranak, masa keluar nak beli juadah berbuka. huhu

@ Saya akan TERSENYUM PANJANG bila…
# berangan sedang terbang di awan..

@ Dan..bila saya GEMBIRA, saya…
# biasa je.. hehe mcm tadek perasaan jek.

@ Jika saya tak dapat CINTA si dia, maka saya…
# erk!. soalan provokasi. next.. hehe

@ Perkara yang paling INDAH telah saya lakukan SEMALAM adalah…
# berjaya cuci kereta setelah sebulan berlumut. lalallalallaa

@ Jika saya boleh menulis sebuah buku, TAJUKnya adalah…
# "cikgu jawe: the untold story" wakakakkakaa!!

@ Sebelum saya PERGI buat SELAMA-SELAMANYA..saya ingin..
#maafkan semua orang dn minta maaf pada semua. *sob*

@ Saat melakukan semua 30 SOALAN ini, saya rasa…
# sangat terseksa. awat le byk sgt soalan ko nih 'ain ooiiii.. hahahhaa..

note: aku takmau tag sesapa lah. hari ni nk jadi baik. hehe.

Tuesday, April 29, 2008

jawab tag lagi..

salam semua :)

kali ni maryam dgn sukati dia mentag aku tanpa belas kasihan. untuk memuaskan hati dia yg tgh bz tuh, aku dgn mulianya menjawab le tag dia yg sgt2 payah tuh. huhuhu

soalannya, berikan 8 perkara yang aku nak bagitau kt member blog ttg diri aku. ni le soalan yg paling dahsyat aku kena jawab. adeh!. mengalahkan buat tesis!. mana le aku tau apa yg org nak tau ttg aku. ntah2 org2 lain pun tak nak tau pun sapa aku. :)

apa ek? ok..

1. nama aku bermula dgn huruf S. bukan sulaiman, bukan so'od, bukan samad. bukan sgt2 sarah atau salmah. Isteri aku juga nama dia mula dari S. hehe.. pandai2 le teka. hehe. 2nd wife... eerrrr.. haha.. larikkkkkkk *spekulasi bahaya*

2. aku anak sulung. satu2nya lelaki dlm keluarga. semua adik2 aku perempuan. manakala isteri aku satu2nya perempuan dlm keluarga dia. yg lain beradik dia lelaki.

3. 7hb aku lahir. tarikh yg sama dgn bapa mertua aku. kami lahir tarikh yg sama, bulan yg sama tp tahun yg lain. kalau sambut besday serentak dgn pak mertua. wakakakaaa.. *segan*

4. dulu2 masa aku sekolah kecik dn sekolah besar, aku pernah menyertai hampir semua jamaah Islam kt Malaysia. PAS, ABIM, JIM, tabligh malah Arqam juga. ikut usrah mereka, aktiviti dn fikrah mrk juga. umno? errrkkk.. hihi.. hahaha.. pastu aku dh buat ketetapan pilih satu yg sesuai.. harap2 kekal le. woit! bukan al-Qaeda tau. tapi aku sgt2 terbuka dgn semua NGO Islam. semuanya bagus, manhaj lain tapi matlamat sama.

5. aku rasa aku pemain bola keranjang yang hebat. hahaha *perasan*. sebab dulu masa kat sekolah, aku boleh jaringkan gol dari tengah bulatan padang. aku berenti main bola keranjang bila tgn kiri aku patah dn aku terlantar sebulan kt sepital. masa tu lagi 1 bln nk STPM. aku ambek STPM dgn tgn berbalut.. huhu. mujur dpt 5 prinsipal.. hehe

6. apa lagi eh?. haaa.. aku mmg pemalu. aku pernah kunci diri dlm bilik masa isteri aku bawa kwn2 dia si anak2 dara time mrk belajar buat kek dgn isteri aku. nasib baik mrk dtg mlm. kalau siang mau aku nyorok kt kebun. wahahahhaa!!.

7. aku tak kisah bergambar. tapi aku tak gemar tgk diri aku sendiri kt gambar. rasa mcm gelihati jek tgk aku kt gambar tuh. apa punya pelik perangai. tu le sebab aku tak tepek muka aku kt blog. hehe. *alasan*

8. aku pakai kaca mata. kawan aku kata org yg pakai spek ni ensem dn tampan. pun nampak genius gitu. haha. aku terpaksa terima je le kenyataan taknak menghampakan kawan2. haha...

byk lagi nak cerita. tp kalau aku cerita semua sama mcm aku dedahkan semua maklumat penting kt agen perisik blog. apapun, aku syukur jadi diri aku. syukur pada kelebihan dn kekurangan aku.

ada tag dr manje, airynnz, cik ati dn sapa lagi yg belum aku jwb. huhu. aku pun dh lupa apa soalannya. :) bukan taknak jwb, cuma soalan korang ckp omputih. fail aku camnih. sungguh! hehe..

sekian.

update (11.20 pm) woit! aku lupa le nak tag orang lain. jadi dengan sukacitanya beta berkenan mentag nama-nama di bawah:

1. neeza shahril.
2. silversarina.
3. hayad.
4. nurul.
5. fathiyyah.

tu 5 org pertama yg respon n3 aku tadi. hahaha.. *sudah terkena*. fathiyyah dh jwb tag secara tiba2. hehe maka dia selamat. tapi aku nak org2 kt bawah ni jwb juga. tak kira. hehe

6. akirasuri.
7. wanie.
8. cahayamata.

Sunday, April 27, 2008

apasal semua orang rindu-rinduan nih..?

minta sikit encik!..

buka blog silversarina cerita rindu.
buka blog wiween pun pasal rindu.
buka blog kak neeza pun ala-ala rindu juga.
blog suzie pun sama.
blog iman qaisara sudah tentu pasal rindu. hehe.
sapa lagi ek?
ahaa..
blog nanonano pun pasal seakan2 rindu gak.
blog sarah hari tu cerita rindu juga.

ni apasal semua rindu2an nih..

macam ni aku pun nak merindu jugaklah. errr... rindu kat sapa ek? tapi tak mau lah. sebab rindu tu menyakitkan dan melemaskan.

nak layan rock kapak jelah mcm nih. yea! yea!

note: sebenarnya emosi aku tgh sedikit terganggu. huhu.. *mcm nak nanges rasanya*

bertamulah air mata. tidak mengapa kau mengirim salam.. kerna sudah lama kau tidak mengalir di pipi.. :(

Saturday, April 26, 2008

cerita buah dabai

salam semua :) senyum..

adeh!. ramai pula yang bertanya perihal buah dabai. ingatkan memasing dah tahu pasal makanan eksotik nih. jadi bila dah ditanya, kena le jawab. kan ke itu kerja cikgu. hehehe

(aku cuba jawab ikut pengalaman aku.. kalau silap tolong betulkan ek..)

aku kenal buah dabai setelah 4 tahun aku berada kt Miri. masa tu Kak Rosna, isteri cikgu Hamden, pensyarah Maktab Perguruan Miri jemput kami sekeluarga makan2 kat rumah dia. masa tu le dia hidang buah nih. oh! kak rosna orang Shah Alam, bukan org sarawak. selalu juga nampak buah tu dijual kat pasar, tapi tak reti nak makan macamana, sehinggalah kak rosna paksa kami makan. dia ugut akan campak kami kt sungai rejang kalau tak mau test buah dabai huhuhuu.. *acah je* heheee..


buah dabai di sibu

pokok buah dabai pula kali pertama aku nampak masa balik dari ekspedisi di Gua Niah, kt Pekan Niah. pokok tu tumbuh di lereng bukit. besar dn tinggi seperti pokok balak dan dikatakan hanya tumbuh di hutan Kalimantan, terutamanya di Sarawak.

buahnya kalau mentah berwarna hitam, agak keras dan seolah2 bentuk buah zaitun juga. untuk dimakan, ia perlu direndam dengan air suam dgn sedikit garam. lebih elok direndam selama sehari. buah ni tak sesuai direndam dgn air panas, sebab akan bertambah keras isinya.



biji dabai yang keras. kena pecahkan nak dapatkan kekacang dlm biji tuh..

rasanya? ia agak berlemak dan sedaaaapppp sgt. huhu :) isinya yg keputih-putihan tu dimakan. manakala bijinya yang keras kena pecahkan dengan steamroll lesung batu utk dapatkan kekacang dalamnya.



close up pokok dabai dn buahnya.

yang ni pula buah tarap atau terap.

isi buah tarap. isinya manis dn seakan2 cempedak. isinya boleh dimakan begitu sahaja atau goreng mcm goreng cempedak. tapi aku kurang gemar buah nih sebab baunya. mcm omputih pula aku dgn buah nih.. hahaha *tak tahan bau dia*

aiseh! kena cerita buah tarap ke pula lepas nih? ni aku promote buah sarawak nih. patut aku dpt royalti nih. nuahahahaaa.. korang boleh le pesan2 ke.. kirim2 ke kt sapa2 kt sarawak tuh. skrg mudah je. beli pagi, kirim tengahari, petang dh sampai depan pintu rumah. :)

tak gitu wahai dr. KS yang tersayang? waaahahahhaaaa... abes le spekulasi pasni :p *wink*

Friday, April 25, 2008

berlarian di bendang..

salam semua..ada sesapa belum merasa meredah sawah padi?. ada yang belum pegang pokok padi? ada yang belum ciblon kat taliair? sapa belum sila angkat kening.. hahaha.. jom jadi kanak2 semula.. :) best! best!

orang2 belah kedah dn tanjong karang mmg dh biasa dengan padi nih. yang kat belah sarawak terutama kat daerah bario pun sama. malah beras bario antara yang paling mahal di sarawak. mahal sebab ditanam di tempat bebas pencemaran dan kos pengangkutan ke bandar.

masa aku diam sarawak dulu, asal balik kampung je, mesti bawa beras bario. beras tu banyak dijual kt tamu muhibbah sebelah stadium mini miri, dekat dengan bangunan wisma pelita. harga jgn cerita le. tak caya tanya org Miri. fuh! mahal gilak!. beras ni banyak kanji dn mak aku selalu jadikan beras bario jadi bubur nasi je bagi bayi makan.

kalau korang nak tau, (manje gerenti tau.. hehe) padi yang baru dituai sgt2 kurang sesuai utk dimakan. beras akan jadi sgt berkanji dan melekat seperti pulut. aku tak suka makan beras baru sebab ni lah. lebih baik makan beras usang je. beras usang beras yg kita biasa beli le kt market dlm btk 5 atau 10 kilo tuh. kandungan kanji dia dh berkurangan dan tlh disimpan lbh dari sebulan sebelum dipasarkan. (kalau aku silap tlg betulkan ok..)

jadi bila tgk gambar rumah kt sawah tu, teringat masa aku kecik2 kt sekinchan. time harga beras mahal camnih, apa kata balik kampung tanam padi jee..
cik ati, jom berlarian2 di batas sawah! sambil main2 lumpur gitu. hahahaa!! berani ke cik ati yang anggun? cik ati pakai le baju warna warni mcm kajol eh. wakakakaa!!ajak sekali maryam dgn sarah. sarah penting sebab dia perlu bawa bekalan ubat pacat! hahahaa.

nota:

1. gambar rumah tu curik dari internet.

buah dabai. buah ni kalau makan dgn nasi panas.. perrgghhh!! mau baik demam aku.. cukup dabai dgn nasi panas je. lauk dgn sayur tolak tepi. mak mertua pun tolak tepi.. hahahaa

2. aku rindu buah dabai. sapa2 urang sarawak sila ym kamek. rindu mek dgn dabai ya!. hehe , sik dapat mek nangga buah ya lamak2. mengidam mek ya!. huhuhu...

Wednesday, April 23, 2008

jom ubi bakar.. :)

salam ceria :)
tahu ni apa?
iyeee... ubi bakar.. pandai murid cikgu!
jom makan ubi BAKAR.. nyum..

baca paper. katanya sekarang sedang berlaku krisis makanan sedunia. wah! sedunia tuuu... mcm seram jek. huhu.. gomen kata malaysia pun tak terkecuali. harga beras pun dh melambung. harga tepung pun naik. minyak naik. sama naik mcm perut2 orang gomen yg suruh kita2 nih kempiskan perut dn jgn membazir time makan. haha.. *mcm le pak2 menteri tu berjimat sgt makan*
tahun lepas, pesawah2 kt tg karang mengeluh hasil padi merosot teruk. biasa 100 kilo padi cuma boleh dpt 20 kilo je. modal beli racun pun tak blh cover. tu belum lagi kerosakan akibat banjir, ribut, serangan bena perang..

ok. apa kata mulai sekarang kita belajar makan makanan alternatif. kita buat macam moyang2 kita dulu makan ubi kayu ganti beras. best apa!

dulu masa aku kecik2, aku biasa makan ubi bakar nih. selalunya aku dgn kawan2 cabut ubi yang bapa aku tanam kt kebun dn kemudian bakar dn makan ramai2. huhu.. aku juga pernah makan biji kelapa sawit bakar tau. sedap wa cakap lu.. lemak berkrim rasa sawit bakar tuh..

jadi, kt sini aku tepek gambar ubi kayu bakar yang kami cikgu2 buat masa kem KRS hari tuh. saja kami buat supaya budak2 dpt rasa betapa enaknya makan ubi kayu bakar dgn arang2nya sekali.

aku rasa, mungkin ada kalangan korang yang belum pernah rasa ubi kayu bakar nih. jom! cuba kat rumah korang. tapi bukan bakar kt oven tau. bakar dgn arang kayu. bukan salai.. aku maksudkan bakar. ubi kayu tu masukkan dlm bara arang kayu.

dan pastikan ubi kayu, BUKAN ubi gajah atau obi wan kenobi.

ubi bakar sedap makan masa dia panas2 lagi. masa ni kalau sua pizza kt aku.. maap le. ubi bakar juga pilihanku.. haha!

Tuesday, April 22, 2008

mendung..

salam semua :)

hari ni macam semalam. aku datang sekolah untuk mengajar. tapi dengan penuh terpaksa dan memaksa diri juga. masih demam. tiada selera makan. semua makanan terasa tawar. makan sekadar syarat agar perut tidak terkejut. rasa loya dan mual. selsema dan berulang ntah berapa kali ke sinki kt tandas guru. bila berdiri rasa macam hilang keseimbangan berdiri.

badan terasa lemah. sangat lemah. entah kerana tiada tenaga akibat tiada selera atau tindak balas biologi melawan penyakit. ah! aku cuma berteori. bukan tau apapun pasal nih..

pastinya, aku perlu baring merehatkan diri.. tapi exam pertengahan tahun semakin mendekat, dan aku tak sampai hati tinggalkan murid2 aku terkulat2..

Ya Allah.. berikan aku sedikit kekuatan untuk aku sampaikan walau satu ayat ilmu kepada muridku..

pagi tadi aku mendaki anak tangga demi anak tangga. sambil tangan berpaut pada pemegang besi. 3 tingkat didaki penuh payah dan tabah. sampai kelas murid berdiri memberi salam. aku menyatakan situasi aku sekarang.

ok, takpe.. cikgu awak masih mampu berdiri, berjalan dan bercakap. kelas bermula.. oh! majoriti murid aku tak bawa apa2 untuk belajar hari nih. tiada buku teks, buku nota atau buku latihan. terutama murid lelaki.. ada yang tertidur waktu aku mengajar. bila ditanya, kata mereka keletihan baru lepas PJK. ah!. apakah letih kamu bersukan jadi lesen untuk tidur dalam kelas?

aku tiada mood hari nih. biar lah.. biar aku jadi helang yang cuma berlegar di angkasa minggu nih.

Monday, April 21, 2008

dapat surat chenta..

aku dpt surat chenta sebentar tadi.. haha.. best jek.. tgk nih..



ye la.. ye la.. aku bayor le sat lagi. 1 sen pun nak berkira. cit marang kerapu kepunden marang sekeper betul dia ni lah..


cerita cuti

salam semua.. :)

lepas balik dari salak tinggi hari tuh dn tak singgah rumah acai *Sori bro*, aku balik kampung mertua kt klang. belum sempat setengah jam sampai, aku dipanggil pula balik ke sekolah sebab ada perkhemahan kadet remaja sekolah (KRS) dan aku diperlukan sebagai urusetia bhgn keselamatan.

jadi petang tu juga aku bergegas balik semula ke KS (kuala selangor), isteri dn anak masih kt Klang. singgah kat pasar malam bandar baru KS, beli otak2 dan sata mentah untuk BBQ malam nanti.

sampai je sekolah, budak2 dah sedia pasang khemah dan dh siap berlatih kawad. seronok tgk anak2 murid kemas dan segak berpakaian hijau KRS. paling seronok mereka panggil urusetia; tuan. hehe *perasan jee..*

selama 3 hari 2 malam, terlibat sepenuhnya dengan aktiviti perkhemahan.

apa peserta KRS buat? mereka berkawat jam 1 pagi, night walking sejauh 10 km jam 3 pagi (lalu depan kubur.. huhu), budak2 kata terserempak hantu.., rempuh halangan, tazkirah lepas maghrib dn lain2.

selama 2 malam berembun dgn budak2 KRS, pada pagi ahad, akhirnya aku tumbang juga. demam dan selsema. bila dh demam camnih, takde apa yg aku makan, kecuali roti aje. tu le dari dulu kalau aku takde selera makan, cuma roti+kaya+teh panas.

pagi ahad tuh, dlm demam, aku gagahkan bersarapan kt kem, beri arahan apa yg patut dan kemudian keluar beli surat khabar. balik rumah dn campak surat khabar atas katil. tak terbaca pun surat khabar tuh, langsung tertidur sampai terlajak zuhur jam 4 petang sekaligus aku terlepas majlis penutup kem KRS. huhu.. dan terlajak zuhur juga.. :(

tak larat nak berdiri, apatah lagi memandu ambil isteri dn anak kt klang. mujur mertua aku baik hati hantar isteri dn anak aku balik petang ahad tuh. apa le punya menantu.. hehe

malam tadi pergi klinik, jumpa doktor dn ambil ubat. doktor beri MC hari nih. tapi bila bangun pagi rasa sayang pula nak MC, langsung pergi sekolah dan gagahkan juga mengajar. namun tak larat dn cuma beri latihan je kt budak2.. huhu

pagi tadi pun cuba jamah nasi lemak kt kantin sekolah, tawar dn sgt tak selera. akhirnya tak sampai separuh pinggan nasi aku makan. semuanya tawar, nasi, sambal, telur.. semuanya.

oh.. tengahari tadi cuba order kueteaw sup. pun tawar juga. tak habis juga aku makan. nampaknya makan roti lagi le..

nota:

1. n3 pergi rumah acai aku buat petang jumaat, sebelum pergi kem KRS. lepas tu sebuk dgn kem dn publish n3 petang sabtu sebelum aku demam. tapi dia tulis juga jumaat aku publish..

2. aku dapat surat dr PPD tadi. aku tak tau le aku naik pangkat ke tambah beban kerja. aku jadi KS pula. kali ni Kakitangan Sumber daerah. hmmm.. jadi KS di PPD KS.

Friday, April 18, 2008

aku pergi rumah acai!

salam..

acai, terima kasih sebab jemput datang rumah ko tempohari. masa kat hotel empress tu, memang aku dh niat nak datang rumah ko. lagipun, bukan jauh sangat pun rumah ko kt banting dgn salak tinggi tuh. aku bangga dpt kenal ko acai, seorang blogger tersohor dn ramai pula peminat2 yang sanggup bersaing mendapatkan ko.. wakakakkaa!!.. *perasan le lu*. kendian sudi pula jemput aku datang rumah ko.. ahaha. adeh.. nape le aku tak bawa adik pompuan aku yg sorang tuh..

simpang ke kanan tu le kampung acai.. hehe.. buah nagaaa!!! im coming!!!..!!

so, waktu balik.. aku saja ikut jalan banting. aku tak lalu highway ikut susur masjid KLIA tuh. kalau ikut highway dan turun ikut setia alam, tolnya RM7.40 tau. malas aku nak bayar tol, walau menteri tol dh terkalahkan. haha.. masa aku dh hampir tiba kat traffic light tu, aku dh terbayangkan buah naga ko acai. aku bayangkan betapa sedapnya aku dpt buah naga free ko. merah dan juicy gitu.. :)

nama kampung acai.. hehe

kemudian aku bayangkan pokok naga ko tu menjadi naga sebenar dan berpakat dgn cacing belaan ko ( mcm bunyi hantu belaan je..) untuk menyerang aku.

naga dan cacing berubah menjadi resaksa dan memusnahkan banyak bangunan. kete aku pula tiba2 berubah menjadi transformer warna merah dan menentang resaksa naga dan cacing yang ko bela tu..

naga menyerang mengeluarkan api dari mulut sambil terpekik kuat bak halilintar. cacing pula membelit transformer hingga segala kuasa menjadi semakin lemah dan akhirnya kuasa power rangers telah berjaya dimusnahkan.

so acai.. akhirnya aku buat keputusan tak jadi pergi rumah ko le acai. hehe.. nanti kete aku kena makan resaksa naga dgn cacing. lain kali je le acai ye aku dtg umah ko..


sebenarnya kaannnn....

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>
AKU SEGAN DAN MALU DGN KO... aku kan pemalu..

huhuhu... =) jgn marah bro.. hehe. lain kali aku cuba singgah umah ko ek.. tak jadi gi rumah ko, tapi akhirnya aku singgah juga tempat ni..




pantai jeram.. eerr.. ada resakse naga dgn resaksa cacing tak dalam laut tu ek?

note: sesapa yang ada no tepon acai, tlg bagitau dia yg aku dh pergi rumah dia tempohari.. oppsss!.. hampir-hampirlah.. hehe

Wednesday, April 16, 2008

cuti lagi..

salam ceria..

blog cuti lagi selama 4 hari mulai esok. khamis dan jumaat aku kt hotel empress, salak tinggi. sabtu dn ahad kt kampung.

ok.. jaga diri semua. daaaaaaa....


rumah tunggu sawit.. =)

tak ada duit dlm nih. dn tadek barang2 berharga juga.. tlg jgn curik tau.. hehe


aku akan pindah rumah bulan 5 nanti, insya Allah.. tiada kemudahan streamyx kt sana. malah talian telefon pun terpaksa tunggu que baru dapat. aku pun tadek langgan 3G broadband sebab kosnya tinggi. di sekolah mmg ada wireless, tapi aku kurang selesa sebenarnya. harta gomen.

dgn segala kesukaran itu, aku masih memikirkan masa depan blog nih.. sayang utk berenti, payah utk disambung..

tapi aku lebih kuat untuk teruskan blog. mungkin aku langgan juga 3G broadband kot..

menghitung hari.. =(

ingat semula..

salam semua..

salah satu kelemahan aku ialah aku mudah lupa tak ingat. haha. iye.. betul, aku bukan lupa, cuma tak ingat. terutama bila nak kenal pasti nama2 murid aku sendiri.

ada pelajar yang aku ajar sejak form 3 hingga form 5, aku masih tak ingat nama mereka. malah aku hadapi masalah tak ingat nama murid sejak mula bertugas jadi cikgu lg. hingga ada murid aku yang merajuk dgn aku sebab aku masih tak ingat2 lagi nama mereka.

adakah sebenarnya aku hadapi masalah mengingat?. yg pasti, aku bukan le seorang yg pelupa. sebab aku mudah mengingat sesuatu perkara. cuma, aku sukar mengingat nama2 murid aku sendiri.. :(

sabtu lepas, sewaktu hari kantin SMK Agama Kuala Selangor, seseorang telah menegur aku. dia kata kami bekas kawan sama sekolah di SAMTAJ dulu. puas dia menerangkan segala kisah lama, baru le aku teringat semula. itupun aku mengaku le juga demi ambil hati dia. sebenarnya aku pun masih samar2 siapa dia sebenarnya. betul ke kawan aku dulu?. tapi oleh kerana dia mengaku aku kawan lama, iyekan aje le. jaga hati.. haha

pernah ada seseorang tegur aku kt bandar. dia kata aku bekas kawan lama kt UKM. dia kelihatan sangat mesra seperti kawan yg dh lama tak jumpa. aku tanpa sengaja terpacul ayat: awak ni siapa?. lepas tu aku tgk muka dia agak cuak. dan akhirnya dia sendiri pun naik keliru adakah dia menegur orang yang betul. lalu dia berlalu pergi sambil minta maaf.. hihihi.. kesian dia.. sungguh! maaf bro, aku mmg tak ingat..

dalam kelas juga, aku masih lagi keliru nama2 murid aku. aish.. dh nak masuk 5 bulan aku ngajar nih.

tapi tak le semua ttg nama murid aku tak ingat.

# aku ingat hampir semua nama pelajar yang baik2. hehe
# aku ingat hampir semua nama pelajar yang nakal2.

tapi aku mmg fail nak ingat nama pelajar yg sedang2 ni. adeh leee..

justeru.. kalau ada mana2 blogger yang link blog aku tapi aku belum link blog mrk, atau ada tag aku tapi aku blm jawab... sila ingatkan aku ok.. hehe.. tulis le kt komen n3 ni ye..

eerr.. aku bukan pelupa, cuma tak ingat je.. hehe.. cover.. =)

Monday, April 14, 2008

pantai remis@jeram

salam bahagia..

mungkin ada yg terasa aku kot kat n3 aku yg kt bawah ni. aku nak buat penjelasan le..

nama anak dara 2 sebilik memang nama yang diberi oleh orang2 kat kawasan jeram kt spesies kepah tu.
aku bukan berniat nak menyentuh sesiapa. sekadar berkongsi ilmu dan kalau ada yg terasa aku minta maaf.

sebelum ni pun byk nama2 haiwan dn tumbuhan yg dinisbah kpd manusia. malah ada yg kurang ajar lagi. spt Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. kedua2 pokok ni lebih dikenali kaitannya kpd tenaga batin bagi kaum Melayu. sedangkan Ali dan Fatimah adalah menantu dn anak Rasul. tak ke kurang ajar namanya tuh!

ok lah, aku tepekkan gambar pantai remis kt jeram. tempat aku beli spesis kepah tu.

antara deretan kedai kt tepi pantai


anak aku tgh main layang2..

info ringkas: pantai remis tak sesuai untuk mandi. pantainya berselut dn berlumpur. malah jd tempat pembiakan kerang, lala, kepah dn mentarang. orang dtg ke sini hanya utk menghayati pemandangan laut dan makan2 kt tepi pantai.

di bahagian utara pantai nih, jadi tempat pembuangan abu mayat orang2 hindu.

orang gila pun pasti geleng kepala kalau nampak sapa2 mandi laut kat sini..

dan jawapannya ialah..

salam semua dan sambil makan2 seafood.. =)

wah!. ramai teka eh. ada yang kata kepah, lala, remis. meh sini pakcik ajar sikit benda2 nih.. (kalau pakcik silap sila tunjukkan ek..)

KEPAH.

ni le kepah cik yah. dia ni kulitnya halus dan licin gitu. mungkin dia banyak makan tempe. atau dia suntik botox kot.. hehe. memandai aje pakcik. dia ni juga lebih berat sebab kulitnya lebih tebal. kulitnya juga tidak bercorak. biasanya sekata je warnanya.



LALA @ ALA-ALA

haa.. cik yam. lala ni byk tau kt tempat aku. terutama kt tepi pantai sepanjang jalan kt Jeram. dia ni kulitnya rapuh dan saiznya comel. dia juga agak juicy gitu. haha. REMIS pula saiznya lagi kecik dari lala. sedap gak buat masak air dgn sayur pucuk manis.



ni? eeer... apa ek. kerbau kot. haha.

dia nih ada sedara dekat kat kuala selangor nih. nama dia KERANG BERBULU. pernah nampak? iye.. kerang berbulu saiznya agak besar dari sedara dia nih. dan harganya agak mahal juga. kira RM3.00 sekilo gak. dipanggil kerang berbulu sebab dia memang berbulu lebat kt cengkerangnya. dan pelanggan selalu berbulu jek bila nk beli sebab kerang ni amat laris di pasaran kuala selangor.



eeer.. ni aku tak tau le. apa ek? kupang kot. ada sesapa boleh bagitau. hehe.. fail dah aku.. hehe


dan... ini lah dia perkenalkan.. ;)

ANAK DARA 2 SEBILIK


wakakkaa.. poyo jek. woit!. memang nama dia mcm tu le. hihi. dia ni sepupu dgn kepah. cuma kepah agak berat, dia ni ringan sikit. maklum le anak dara senang nak dokong nanti. kulitnya agak bercorak dan cantik. amat sesuai jadi hiasan dan kraftangan. kalau kepah isinya agak berpasir, isi dia ni bersih dan halus. tadek pasir sikit pun.

dinamakan anak dara 2 sebilik sebab waktu dikutip oleh nelayan, dia akan berada kt dlm pasir mcm nih.. berdua berhadapan. yg lain pun berdua berhadapan. kalau kepah, waktu jumpa dia sepah2 je.. buat hal dia aje.


tengok tu.. gaya malu2 gitu hehe. sambil2 mcm bergosip2an mereka berdua. eleleleee.. cunnnya dia. ekekekee. sebab tu dinamakan anak dara 2 sebilik.


anak dara dh kena masak tumis cili padi.. yum.. yum.. err aku tak makan sebab elergik. woooo sedih tak dpt makan si anak dara isteri aku masak..


sekian kelas masakan Chef CJ hari nih.. meh le rasa.. sedap tau!

Sunday, April 13, 2008

apa benda nih..?

salam semua.. =)

n3 kali ni aku nak bagi je le satu soalan mudah. soalannya: apa nama benda ini?.. hahaha mudah kan? tak payah nak sakit2 kepala atau terpaksa buka kamus.

sila lah jawab ye abang2, akak2, makcik2, pakcik2 dan adik2 sekelian..



hadiah? isk.. soalan bonus je nih. mudah sangat. takyah hadiah lah ye. lagipun tgh2 bulan nih. ahak! :)

Saturday, April 12, 2008

kisah gambar III

salam semua.. =)

kali ni aku nak selesaikan gambar ke-3. tgk gambar pun tau kan situasi budak tu. ye. dia pelajar kelas khas. dan dia tergolong dalam hyperaktif.

kelas pendidikan khas sebahagian dari jabatan kat sekolah aku. kat jabatan nih, hanya pelajar2 yang kes istimewa je boleh masuk. seperti pekak, bisu, autisme, lembam, hiperaktif dan down syndrome.

aku sayang sangat dengat budak2 kelas khas nih. bila bersama dgn mereka terasa betapa syukurnya Allah jadikan aku hidup normal. tahu membaca dan kenal huruf. lalu aku berasa tenang dan gembira. kat kelas khas le selalu aku lepak bila aku rasa sedih. terubat hati tengok gelagat mereka.

di sini, pelajar2 kelas khas terkecuali dari sebarang tindakan disiplin. kerana status khas mereka, cuma cikgu2 kelas khas saja yang dapat mengawal dan memahami mereka. buat le apa saja budak2 nih, sgt istimewa mereka. nak hukum pun tak sampai hati.

aku pernah dipanggil "kau aku" je dgn budak2 nih. sabar je lee. yang bagusnya mereka nih, setiap kali selisih dgn guru, bukan setakat salam mereka beri, tapi mereka bersalam dgn tangan. yang pompuan dgn cikgu pompuan le. budak2 normal jgn harap lee.. lagi2 budak sains; berlagak mcm pandai (bukan semua).

ada di antara mereka tanpa segan silu memaut bahu aku sambil sembang2 dgn bahasa yg aku kurang faham. lantak le.. seronok dgn mereka.


cerita gambar III:

budak tu nama dia muaz. bangsa melayu dan dia hiperaktif. (bukan down syndrome)

dia ni tak boleh terlebih gula dalam makanan atau minuman. nescaya dia akan sukar dikawal dan melakukan tindakan2 luar duga. dia pernah naik atas pentas dan mengambil mikrofon sewaktu pengetua sedang berucap. lalu dia berucap dgn mikrofon tuh. pengetua biarkan sahaja dia habis bercakap.. haru sungguh. kami semua tergelak dgn gelagat dia. kami semua faham situasi dia. cikgu dia le berpeluh minta ampun maaf dgn pengetua. terlepas dari kawalan.

dia juga dinasihatkan tidak memakai pakaian warna2 garang seperti merah dan oren. sebab boleh mempengaruhi tindakannya. hanya pakaian warna2 lembut je untuk dia pakai. dia juga tak boleh stress.. mengaruk le dia nanti.

bila dtg hyper dia, kami tak leh buat apa. dia akan menjerit, berlari dan merajuk. ada cikgu khas yang mengawal dia sorang.

tapi aku sayangkan dia. juga semua pelajar kelas khas, aku sayang juga. ahli syurga yang berjalan di atas dunia. mereka inilah!. Insya Allah..


budak2 kelas khas masa perarakan maulid rasul. suka tgk mereka. ssyyyyhhh.. hehe.. suka juga tgk cikgu tudung hijau kt belakang sana. kuang kuang.. hehe.. tunangan orang tuh. apa le cikgu jawe nih. tak baik sungguh.. huhu

nota 1: kenapa aku rasa entry aku sejak akhir2 ni hambar dn tak ceria?
nota 2: ketiga2 gambar n3 lepas, aku ambil pada waktu pagi hari yang sama.

*****************

Friday, April 11, 2008

kisah gambar II

salam ceria =)

aku tgh takde mood. aku terus cerita le gambar tu. cepat habis lagi senang hati.

gambar II: demonstrasi silat gayung oleh pelajar2 sekolah. ada 3 orang guru yang ahli dalam silat nih. dan seorang yg low profile tak mau bising2 yg dia pun ahli gayung gak sejak sekolah menengah lagi. hmmmm.. sapa ek? * tak tau tak tau* hehe.

(dia low profile sebab pemalas nk sebuk2 kang kena latih bebudak tuh nanti tak pasal2. byk sgt keje dia skrg..)

tapi dia tgh risau gak sebab.. penolong kanan yg ahli gayung tu dh dpt kesan dia nih. aish!. org kata.. watak ahli gayung dpt dikesan sesama ahli, walau berlainan perguruan. cara berdiri tegak org gayung tak sama; kata penolong kanan aku. iye ke?.. =)

bagus belajar silat nih. sebagai satu senaman dan mengekalkan budaya bangsa juga. sapa tak suka silat, boleh le belajar yg lain mcm akaido, wushu, taekwondo dn lain2.

tapi aku lebih cadangkan silat le, sebab warisan bangsa. tak kira le silat apa pun gayung ke lincah ke cekak ke..

anak2 sgt bagus belajar benda nih. lagi2 le mcm2 hal berlaku sekarang. sekurangnya2 mereka belajar erti mempertahankan diri kalau terjadi apa2.

aku juga nak nasihat le mana2 orang pompuan yg ada silat tuh. kalau ada lelaki maniac ke, perogol bersiri ke, lelaki miang ke.. jgn le tunjuk terrer nak lawan mereka2 semua.

langkah paling baik ialah melarikan diri selaju2nya sambil jerit minta tolong. atau ambil batu sambil baling sambil lari minta tolong. melawan bila hanya terdesak saja. bila musuh kesakitan, lari le lagi. kalau terdesak juga, buka le buah pukulan kilas ke, sendeng ke, pancung ke.. atau kuncian emas atau kuncian sawa. dah patah riuk tulang temulang org tuh jgn pulak ngade2 nak tolong dia pula. nahas je.

hebat camna pun org pompuan dgn silat korang, tak dapat melawan kuasa tenaga power ranger lelaki maniac tadi. so.. take care.

bagi akak2 yg dah kawen. lagi bagus belajar silat. kalau suami2 tu malas nak gi kerja, atau liat bangun solat subuh, atau cuma tau tgk tv je tak nak tolong kt dapur.. hehe.. silat kan aje. bagi dia satu kunci kilas belakang.. hahaha apa punya nasihat daaaa.. *jgn buat weh. gurau aje*

yang lelaki pula, elok belajar silat nih. belajar teknik betul genggaman. takle menumbuk dgn tapak tangan.. atau menendang guna hujung jari kaki. dan takkan nak nyorok belakang bini kalau jumpa peragut? huhu. sendiri pikir le bro..

ok.. kita jumpa lagi di siaran akan datang.

Thursday, April 10, 2008

kisah gambar 1

salam ceria dan bahagia =)

aku mula2 ingat nk keras hati tunggu orang sponsor baru nak cerita apa kisah2 gambar tuh. tapi nampaknya blog aku tak komersial. tak glamer dan tak bertaraf selebriti. so.. tadek sesapa nak sponsor cerita2 tuh.

namun oleh kerana aku kesian kat korang2 le yang tertunggu2 apa cerita gambar tuh. maka aku cerita juga le dgn ringkas, sesuai dgn budget kecik je.. maklumle drama murah punya.

aku mulakan dgn gambar 1.

aku sebenarnya taknak cerita kenapa budak tu buat cam tu kat cikgu dia. aku cuma nak bagi tau cikgu yang pakai tudung hijau tu cantik orangnya. dia cikgu praktikal. dan dah bertunang. iras2 cina muka dia. huhuhu jahat sungguh aku le.. *gatal*

ok.. tu baru intro.. ni baru cerita dia.. :)

beberapa tahun dulu, ada sekumpulan guru praktikal datang ke sekolah. mereka kumpulan yang baik2 dan aktif sewaktu menjalani praktikum. amat disenangi oleh pelajar dan guru2 juga.

satu hari aku bersedia untuk masuk kelas tingkatan 3 untuk mengajar mcm biasa. sampai kt pintu kelas aku tergamam. apa taknya, meja dh berubah. rupanya budak2 aku tuh nak mengadakan jamuan perpisahan untuk guru2 praktikal. sebagai guru kelas, aku tidak dimaklumkan langsung akan jamuan tersebut. dan mereka tak minta izin pun nak guna waktu aku mengajar utk buat jamuan. pandai2 mereka je sendiri plan tak bagitau aku.

takpe le.. aku mengalah dan kembali ke bilik guru. jamuan diteruskan oleh budak2 bersama cikgu praktikal. aku yang kt bilik guru hanya memandang dari tingkap cermin saja. dah le aku guru kelas mereka, tak diberitahu ada jamuan, guna pula waktu aku mengajar tanpa izin utk buat jamuan, aku pun tak dipelawa turut serta jamuan tuh. adeh lee..

sehingga jamuan habis aku langsung tak dipelawa. hmmmm.. mujur le form 3. budak2 sgt. tapi esoknya aku tegur kesilapan mereka. aku terangkan satu2 adab kepada guru.. bla.. bla..bla... lain kali jemput ... bla.. bla... sampai penat cakap. tapi satu maaf pun tak keluar dari mereka!

aiseh.. akhirnya cerita tingkahlaku mereka diketahui juga oleh guru2 lain. ntah mcmana boleh pecah. seminggu budak2 tu kene leter cikgu2 lain tiap kali masuk kelas. dan setiap kali aku masuk kelas mereka, pasti mereka minta maaf. hehehe.. dasar cikgu ngade2.. aku buat2 tak dgr je. padan muka! tapi dlm hati maafkan aje.. lagipun budak2 kecik. mana tau protokol..

sekarang cerita gambar tu:

budak tu form 4. kelas sastera. dia kena sebut ayat wish wish wishes.. mcm kt n3 bawah. tapi dia gagal lalu meluru cikgu praktikal dan memeluknya dgn manje. cis! menyampah.. hehe.. jeles? mana ada jeles.. haha.

waktu cikgu2 diberi peluang mencuba kalimah tu, apa kata kalau aku cuba sebut dan kemudian buat2 mcm tak fasih lalu aku meluru ke arah cikgu tuh mcm budak tu buat... hehe.. tapi aku org baik kan.. so.. aku takle buat kerja tak senonoh tuh. haha. jahat punya idea. sungguh! tak baik tau wahai cikgu jawe..

gambar kedua lain kali je lah. dah ngantuk..

Wednesday, April 9, 2008

promo dulu

aku nak promo dulu entry akan datang. hehe.. kalau ada penaja aku cerita le apa yg berlaku.. =)

eh.. eh.. kenapa nih? kenapa budak tuh? kecemasan ke?. tapi kenapa cikgu2 senyum pula?


aik?.. main banting2 sakan..


eerr... ni apahal pula?.. kenapa pandang camtuh? huhu

nantikan siarannya di depan pc anda. bermula... eer... ntah le... tengok le kalau rajin. hua hua hua..

tergeliat lidah..?

mari kita baca sama2 ek..

i wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish the wish the witch wishes, i won't wish the wish you wish to wish.

haha. payah benor. i wish toyota wish. (erk!.. apakah?.. hehe.. tgk je lee..)

abes cerita. =)

Tuesday, April 8, 2008

sangat letih..

salam semua =)

aku tinggal di kampung yang terkenal dengan budaya jawa yang tersendiri. di sini apa majlis pun, sama ada tahlil, kenduri, walimah malah bersunat pun diadakan secara gotong royong dn besar-besaran. kdg2 majlis bersunat pun pasang 4 khemah dengan rewang2 dn masak2 mcm kenduri kawen!.

bagi setengah tempat, majlis tahlil hanyalah satu majlis yg sgt sederhana dan ringkas. begitu juga kampung aku, ringkas dalam perspektif kampung aku le... sila hayati cerita di bawah.

adapun bagi keluarga aku, (org lain aku tak tau), persediaan tahlil bermula selepas waktu asar. jiran2 dn sedara mara akan datang ke rumah bergotong royong memasak. (tahlil diadakan di rumah orang tua aku). ada yang membawa kuih muih, ada yang membawa beras, minyak masak, gula, telur, tepung, mee hon.. semuanya dikongsi bersama dari jiran2 dan sedara mara.

mereka akan mengambil giliran masing2.

yang ibu2 memasak untuk juadah tetamu malam nih.
yang lelaki pula menguruskan kerja2 berat sepeti membasuh periuk. membuang sampah dan merasa makanan (berat sungguh jd tester nih.. ha ha ha)
si anak dara pula memotong kuih muih dan menyusunnya kt pinggan, membasuh gelas cawan dan memasak. sambil ditunjuk ajar si ibu2 sambil kena leter. hu hu hu.. tu le sapa suruh tak reti masak!.
yang jejaka pula eeer... takde. kecuali kenit2, semua org lelaki dh kawen. :)
si kenit2 berlarian berkejaran ke sana sini jerit menjerit, sambil sesekali menangis dn merengek minta didukung.

suasana meriah dalam duka. sekurangnya memujuk juga hati. hari pertama tahlil, tetamu dijamu dengan mee goreng + kuih muih. malam kedua nasi lemak daun pisang + kuih muih dan malam ketiga mee kari + kuih muih.

kami bersolat maghrib berjamaah di rumah. bersama jiran2 dan sedara mara tadi. lepas maghrib kami adakan bacaan yaasin dan doa. (aku jadi imam maghrib sekali dn pimpin bacaan yaasin pada malam kedua. hahaha malu jek dgn korang..). kemudian solat isyak berjamaah. lepas solat isyak, tetamu para jamaah dari masjid akan datang ke rumah. majlis tahlil arwah dijalankan selepas isyak. malam kedua agak ramai dengan kira2 100 orang datang bertahlil.

selesai tahlil, juadah dalam dulang pun dibawa keluar dan dihidang kepada tetamu. sebaik tetamu pulang, kini giliran lelaki pula mengemas2 dulang dan bekas hidangan. manakala si anak dara membasuh pinggan dan cawan kotor. si ibu pula mengemas2 kawasan dapur apa yang patut. dan proses itu akan berakhir biasanya jam 10.30 - 12.00 tgh malam. sembang2 dgn sedara mara mau jam 1 pagi baru tidur.

esoknya... rutin yang sama akan bermula lagi. penat dan letih sekarang..

note 1: takde gambar. lupa nak snap. tapi aku akan cuba ambil gambar majlis tahlil utk dikongsi bersama.

note 2: aku dah balik KS. dah mula kerja hari nih. KS nama glamer Kuala Selangor. org2 sini panggil KS je..

note 3: kdg2.. aku rasa adakala budaya bertahlil dn kenduri org jawa kampung aku ni unik tetapi membazir. maksud aku terlalu mewah dgn makan2.. isk.. ntah lee..

Sunday, April 6, 2008

akhirnya saat itu tiba jua..

semalam. sabtu 5.4.2008. jam 9.30 pagi. aku kehilangan salah seorang yang aku paling sayang di muka bumi nih. aku kehilangan atuk aku yang kembali kerahmatullah.

sepatutnya semalam saat kami gembira. sebenarnya semalam adalah hari di mana mak, bapa dan makcik serta pakcik aku akan pergi menunaikan umrah. mereka telah sepakat hendak bertolak jam 9.30 pagi dan akan berkumpul di rumah atuk secara konvoi.

mereka telah berkumpul dan berhasrat untuk bersalaman dengan atuk sebelum bertolak ke tanah suci. atuk menggagahkan dirinya di atas kerusi roda. keluar melalui pintu dapur rumah sambil diusung oleh pakcik aku. mungkin niat atuk ingin meyaksikan anak2nya pergi ke tanah suci sambil berbaring di pangkin kayu kegemarannya.

sejurus atuk melabuhkan belikatnya di pangkin kayu, secara tiba2 atuk kelihatan tenat dan lemah. kami memangkunya dan terdetik di hati bahawa saat atuk telah sampai. atuk menitiskan air mata dan kedengaran mengucapkan kalimah Allah dengan amat dalam.

atuk menarik nafas sekali dan akhirnya atuk pergi dulu meninggalkan kami selama-lamanya. atuk tidak lama nazaknya. hanya sekitar 2-3 minit sahaja. kami semua tergamam dan seolah tidak percaya apa yang telah terjadi di hadapan mata.

kami yang berhasrat untuk bersalaman dengan atuk sebelum pergi ke tanah suci, rupanya atuk meninggalkan kami dahulu untuk bertemu Illahi.

sedikit kekeliruan dan suasana panik berlaku. sama ada hendak meneruskan umrah atau menguruskan jenazah atuk. kerana penerbangan dijadualkan jam 1.00 ptg dn jarak dari rumah ke KLIA memakan masa 2 jam. untuk menunggu jenazah atuk disempurnakan akan menyebabkan tertinggal kapal terbang. kami bermesyuarat dan akhirnya kami membuat keputusan membatalkan umrah sahaja bedasarkan kaedah usul fiqh: apabila perkara sunat dan wajib bertembung, maka dahulukan yang wajib.

ibadat umrah hukumnya sunat dan pengurusan jenazah fardhu kifayah. maka perlu mendahului fardhu dari sunat.

tak mengapa hilang RM5-7 ribu. duit boleh dicari. tapi atuk cuma satu. agensi umrah dimaklumkan dan keputusan muktamad diberi. kami menarik diri untuk umrah.

syukur, atuk pergi dalam keadaan tenang dan damai. kami telah memandikannya dan solat jenazah ke atasnya. atuk berpesan kepada kami semasa hayatnya agar sentiasa menjaga solat, terutama solat malam dan atuk juga berpesan agar diadakan majlis tahlil selama seminggu.

akhirnya jenazah atuk selamat disemadikan jam 12.30 tghri.

hilang lagi seorang ulama, bekas imam, guru tasawwuf dan pakar fikah di kampung. semoga arwah atuk bersama para solihin dan abidin.

note:

1. jamaah umrah itu ialah anak2 atuk; iaitu ayah dan mak aku serta 3 orang makcik anak kandung atuk bersama suami2 mereka.

2. aku ada cerita ttg kenangan aku dgn atuk kt blog nih. sila explore sendiri ye :)

3. blog akan bercuti lagi. masih berkabung. dan akan kembali selasa ini. Insyallah. ni pun apdet dari cc kt kampung =) *malu budak2 tgk*

Friday, April 4, 2008

kenangan terindah.. =)

salam ceria =)

kali ni aku tepek gambar budak2 sekolah aku rehat siang tadi. sebab tu memasing yg lelaki pakai baju melayu.. :)

cerita pasal rehat budak2 sekolah nih. aku teringat masa aku sekolah rendah dulu, mak aku mesti bekalkan aku dgn nasi putih lauk telur goreng dengan kicap. kalau ada rezeki lebih ada le nasi goreng atau nasi dgn ikan goreng campur sayur kacang mak aku bekalkan. abah pula bagi duit cukup2 je nak beli air dgn kuih seketul dua. rasanya dia bagi 50 sen aje kot masa tuh.

masa sekolah rendah; waktu rehat, aku ajak kawan2 aku si jali, ipul dn jemin makan kt perdu pokok besar kat lereng bukit sebelah padang sekolah. kami bersila atas rumput yang menghijau sambil kongsi2 makanan yang dibawa sesama. jadi mcm2 le lauk kami dpt makan masa tuh. lepas makan kami main gelungsur tanah kt lereng padang sampai coklat baju sekolah kami. hehe.

pastu bila balik rumah siap le kena pot pet dgn mak.. hehe..

bila dh sekolah menengah, aku tinggal di asrama. dek kerana biasa tapau2 sejak sekolah rendah, aku teruskan menapau sarapan utk aku makan masa rehat. aku akan bawa bekas dn tapau sarapan yang terlebih pagi tuh. abang2 kt dewan makan biasa je tgk aku tapau lebihan sarapan. ngeeee.... jimat duit juga cara mcm tuh. masa aku duk asrama kt shah alam. rasanya bapa aku cuma bagi aku RM15 aje sebulan utk sara hidup. hihi



bila kat UKM, aku dh kurang tapau dah. bukan dh kaya, tapi suasana belajar dh berbeza. waktu rehat tak tetap. kalau tapau pun, aku beli dn makan kat bilik PERMAS (persatuan mahasiswa selangor). oppss.. masa kt UKM aku presiden PERMAS. hehe.. masa tu dh pandai makan2 dgn sorang awek cun, org kedah. tapi akhirnya awek cun tu kawen pula dgn org lain. huhuhu.. akhirnya dpt jodoh dgn org johor juga. ehehehee.. :)

bila dh kerja budaya tapau ni aku buat sekali sekala je.. tu pun bila bini aku tepon minta tapau lauk makan tengahari. hehe.. aku ada MOU dgn bini weh. kalau hari kerja, siang masing2 makan kt kantin sekolah masing2. aku tau dia pun penat kerja mcm aku. takkan nak minta dia masak juga.. lagi pun kami kdg2 balik tak tentu masa. maklum le sekolah lain2 dn kete masing2 juga. kdg aku balik lewat atau dia yg lewat..


sekarang.. aku rasa budaya bekal atau tapau nih jarang sgt budak2 sekolah nak amal. kata murid aku:

"malu le cikgu.. mcm poyo jek" kata budak lelaki yg perasan mancho.
"mak tak buatkan sarapan" kata budak pompuan pula.
"kami pergi sekolah pun mak dgn abah belum bangun tidur.." sambung yg lain.

hai le.. budaya dh berubah. tapi aku tetap kata budaya bawa bekal ke sekolah sgtlah bagus dan mulia..

note: aku balik kampung minggu nih. so.. aku tak online 3 hari nih. jaga diri semua. jumpa lagi, insyallah.. =)

Thursday, April 3, 2008

cari nahas budak nih..!!

salam lagi.. =)

kawan aku, Ustaz S tunjukkan aku skrip jawapan budak nih kat aku. harapan dia aku ambil tindakan kat budak nih. sebab aku guru disiplin.. hmmm...

fakta kes:

kelas: form 5 kelas hujung. 2 budak lelaki.
subjek: tasawwur islam
soalan no 53: tanaman yang dimakan oleh binatang liar dianggap sebagai ....................
soalan 54, 55, 56, 57, 58, 59, 60 TIDAK WUJUD. soalan 53 adalah soalan last.



budak 1


budak 2

hmmm.. aku tgh fikir apa aku nak buat. rotan ada kt bonet kete... ;( dan kasut aku baru je aku kiwi semalam..

siap le budak2 tu aku .....................(sila isi tempat kosong)

tapi sebelum tuh.. adeh.. aku tak tau nak gelak ke sedih. huhu

rehat sat..

salam semua.. opsss.. sat.. takleh salam. aurat. hehehe

blog lambat apdet minggu nih. ok lah, aku senaraikan sebabnya:

1. aku tgh bz gila. orang gila pun tak bz mcm aku. adeh!. tgh marking kertas peperiksaan bulanan sebenarnya. sambil2 menanda sambil2 kesat airmata menahan gelak tgk jawapan budak2. huhu

2. line streamyx sgt2 slow. mungkin overload. rajin juga orang2 kuala selangor nih cari maklumat ttg filem fitna tu. bagus..bagus.. sensitif pada agama. atau memasing sebuk cari gambar sofiah budak genius tuh. huh!

note: semalam kami lepak2 dgn kawan. ada guru praktikal sains sama kami. aku (cikgu sejarah), cikgu S (cikgu geografi) dn cikgu praktikal sains. cikgu S beri soalan mudah pada cikgu praktikal.

"1+1= berapa?"
" 2" kata cikgu praktikal.
"kami org2 bidang kemanusiaan nih, kami kata 1+1= boleh jadi 2,3,4,5,6,7 atau 10" kata cikgu S.
"orang2 bidang sains dh diajar 1+1 mesti 2, tak boleh ubah.." aku menyampuk.
"sebab tu orang math dn sains ni kurang peka dgn perasaan manusia. keras, tegas dn pentingkan diri tak bertempat.." cikgu S sambung lagi.

cikgu sains diam.. senyum kelat.

hehe.. apa punya teori le.

tapi pada pandangan aku, pendidikan yang kita terima, sedikit sebanyak mempengaruhi watak kita juga sebenarnya. sebab itu kita perlu seimbang dalam pendidikan. agama dn akademik perlu seimbang. baru le tindakan rasional dn asasnya iman. ntah le, tapi aku perati kawan2 yang aliran kemanusiaan ( agama, sejarah, geografi, bahasa dn sastera) sedikit berbeza perwatakan dgn kawan2 aliran sains (math, sains, biologi, kimia dn fizik)

ada yg lembut dn terlalu mengambil hati. ada yang terlalu keras dgn prinsip sendiri. blogger mcmana ek? mungkin latar belakang pendidikan masing2 mempengaruhi cara penulisan blog kalian?

namun perbezaan itulah yang jadikan dunia sangat indah sebenarnya. kita saling melengkapi dn memenuhi lompang yg wujud dari perbezaan itu.

hmmm.. aku ada teori baru. mungkin org2 aliran kemanusiaan sesuai dpt jodoh dgn org2 aliran sains. sebab "memenuhi" perbezaan itu. ekekekeee..

cuba perhatikan corak kepimpinan cek det dgn pak lah. berbeza bukan?

note 2: anak aku demam campak. tu yg terbantut juga blog nk apdet. huhu. =)