Saturday, April 12, 2008

kisah gambar III

salam semua.. =)

kali ni aku nak selesaikan gambar ke-3. tgk gambar pun tau kan situasi budak tu. ye. dia pelajar kelas khas. dan dia tergolong dalam hyperaktif.

kelas pendidikan khas sebahagian dari jabatan kat sekolah aku. kat jabatan nih, hanya pelajar2 yang kes istimewa je boleh masuk. seperti pekak, bisu, autisme, lembam, hiperaktif dan down syndrome.

aku sayang sangat dengat budak2 kelas khas nih. bila bersama dgn mereka terasa betapa syukurnya Allah jadikan aku hidup normal. tahu membaca dan kenal huruf. lalu aku berasa tenang dan gembira. kat kelas khas le selalu aku lepak bila aku rasa sedih. terubat hati tengok gelagat mereka.

di sini, pelajar2 kelas khas terkecuali dari sebarang tindakan disiplin. kerana status khas mereka, cuma cikgu2 kelas khas saja yang dapat mengawal dan memahami mereka. buat le apa saja budak2 nih, sgt istimewa mereka. nak hukum pun tak sampai hati.

aku pernah dipanggil "kau aku" je dgn budak2 nih. sabar je lee. yang bagusnya mereka nih, setiap kali selisih dgn guru, bukan setakat salam mereka beri, tapi mereka bersalam dgn tangan. yang pompuan dgn cikgu pompuan le. budak2 normal jgn harap lee.. lagi2 budak sains; berlagak mcm pandai (bukan semua).

ada di antara mereka tanpa segan silu memaut bahu aku sambil sembang2 dgn bahasa yg aku kurang faham. lantak le.. seronok dgn mereka.


cerita gambar III:

budak tu nama dia muaz. bangsa melayu dan dia hiperaktif. (bukan down syndrome)

dia ni tak boleh terlebih gula dalam makanan atau minuman. nescaya dia akan sukar dikawal dan melakukan tindakan2 luar duga. dia pernah naik atas pentas dan mengambil mikrofon sewaktu pengetua sedang berucap. lalu dia berucap dgn mikrofon tuh. pengetua biarkan sahaja dia habis bercakap.. haru sungguh. kami semua tergelak dgn gelagat dia. kami semua faham situasi dia. cikgu dia le berpeluh minta ampun maaf dgn pengetua. terlepas dari kawalan.

dia juga dinasihatkan tidak memakai pakaian warna2 garang seperti merah dan oren. sebab boleh mempengaruhi tindakannya. hanya pakaian warna2 lembut je untuk dia pakai. dia juga tak boleh stress.. mengaruk le dia nanti.

bila dtg hyper dia, kami tak leh buat apa. dia akan menjerit, berlari dan merajuk. ada cikgu khas yang mengawal dia sorang.

tapi aku sayangkan dia. juga semua pelajar kelas khas, aku sayang juga. ahli syurga yang berjalan di atas dunia. mereka inilah!. Insya Allah..


budak2 kelas khas masa perarakan maulid rasul. suka tgk mereka. ssyyyyhhh.. hehe.. suka juga tgk cikgu tudung hijau kt belakang sana. kuang kuang.. hehe.. tunangan orang tuh. apa le cikgu jawe nih. tak baik sungguh.. huhu

nota 1: kenapa aku rasa entry aku sejak akhir2 ni hambar dn tak ceria?
nota 2: ketiga2 gambar n3 lepas, aku ambil pada waktu pagi hari yang sama.

*****************

13 comments:

Neeza Shahril said...

cikgu kata tak ceria? Akak rasa ceria aje entry cikgu. Cuma akak dapat rasakan ada sedikit kesedihan dalam hati cikgu. Cikgu rindukan Atok ke? Sabar lah cikgu ya. ALlah lebih sayangkan dia.

Dah 2 kali cikgu dok mention cikgu tudung hijau tu.. ehemmm.. jaga2cikgu.. tunang orang tu.. dan cikgu tu.. laki orang.. kuangkuangkuang...

Anonymous said...

neeza:

ntah le kak. rasa sedih kdg2 dtg menjenguk jua. tapi bukan pasal arwah atuk.. aku cuma manusia biasa je. ada perasan tak moto blog nih? kat atas tuuu..

ttg si tudung hijau tu.. hehe. cuma suka tgk je dia. tak masuk dlm hati pun. =)

NuRuL said...

dalam sedih2 sempat jugak entry cikgu nih buat lawak pasal si tudung hijau ya..:)
sek saya pon ada kelas khas nih..kalau ade persembahan dari diorg memang tercuit hati..macam2 gelagat leh tgk atas pentas tuh. cikgu2 yg ngaja kelas khas nih..kalo ngaja seikhlas hati..banyak sangat pahala yg menanti..budak2 cam nih hati nyer tulus..dan sometimes..mereka2 nih lebih appreciate cikgu2 berbanding budak2 yg ada akal.

Maryam said...

kecik-kecik dulu pernah gak main-main dengan kakak/abang kelas khas ni bila gi sekolah ayah. heheh. dan ade sorang sedara pun katergori ni. dia pekak dan bisu tapi suka beramah mesra. lama dah tak jumpa dia. :)

silversarina said...

terharu akak baca tentang budak2 pendidikan khas ni. macam cikgu cakap mereka ni ahli syurga ... besar pahala mengajar dan membimbing mereka .

Neeza Shahril said...

akak pun insa biasa gak cikgu. takde yang pelik dengan diri akak ni.
cuma memang lah kita tak sama.. akak pompuan, cikgu tu lelaki. beza kan.. hehehe...
apa2 pun, sabar lah cikgu ya. ada orang yang put high hope agaknya pada cikgu ni.. (tekaan akak aje tau..)

CikguZue said...

di sekolah dulu ada sorang yg sepatutnya dimasukkan dlm kelas spt kelas pendidikan khas ni. tp mak ayah x nak masukkan. menyebabkan bila dia dlm kelas2 ujung dia di'buli' , dlm kelas bagus pula, dia mem'buli'. pening juga cikgu2.

CPI said...

huhuhuhuhuuuu kim slm ngan muaz eh cikgu...da kim slm juge pada tunangan org tu ehehehehehe

Anonymous said...

nurul:
wah. sekolah cikgu pun ada kelas khas ek. apa nama sekolah tu ek? =)
betul.. mrk sgt menghiburkan dgn telatah mereka.
*****************

maryam:
owh. awak ni suka menyakat ye. kesian kat mereka tau.
******************

silversarina:
syukur kita sebagai insan yang normal. boleh berblog pula..
******************

neeza:
TQ kak. sgt2 hargai nasihat akak. ni sedih sendiri cari pasal. huhu
*******************

cikguzue:
tu patut mak bapak dia kena buli kot. hehe.
*******************

iman:
eerr.. tak berani kirim salam kt kedua2nya. yg sorang gerenti tak faham dn yg sorang lagi terlebih faham. :)

hayad said...

budak2 tu mcm pelajar khas je kan?

Anonymous said...

teringat masa hari sukan sekolah anak akak tahun lepas, suka tengok aksi diorang berlari. bila sorang jatuh boleh yang lain tolong padahal masa tu masing2 nak kejar tempat pertama.

anak2 khas ini memang begitu memberi kesedaran dalam diri.. betapa bersyukurnya kita dilahirkan sempurna juga di kurniakan anak2 yang sihat & normal.

:)

akirasuri said...

Layan budak-budak istimewa sangat seronok..
Sungguh! :)

khairul najmi yusof said...

sy ada apply untuk maktab perguruan kos pendidikan khas. kalo dapat sy suka sgt. cikgu2 yg mengajar budak2 macam tu mesti memilki sifat penyabar yang tinggi.