Thursday, May 29, 2008

belulang

salam ceria =)

cerita rumah aku tangguh dulu. masih berkemas dn siang tadi aku pergi PPD ambik borang pindah. rupanya pegawai kt unit pembangunan dh tau aku nak pindah. siap pujuk2 lagi tak bagi aku pindah kuarters. hahhaa.. mcm le aku penting sgt kt sini. lagi cepat aku pindah lagi baik utk aku. dari aku terus makan hati kt sini.. huhuhu.. ops! :p.

ok. kali ni aku nak cerita pasal belulang.. nampak gambar bawah? haaaa.. tu le pelanduk namanya. huahuahua. melampau ek sapa tak tau. :)

ayu jelita kan dia nih.. elelelee.. tergoda ai.. hahaha!

biasa kan.. kalau time raya haji ke atau time kawen ke.. makhluk paling setia ni le yg akan jadi mangsa pembersihan etnik . nak wat camna kan. dah dia dicipta utk kita makan. sapa yg tak makan daging lembu ni satu kerugian le. hihi

pas kita lapah2 daging lembu, biasa org kampung akan jemur kulit lembu kan. gambar kt bawah nih kulit lembu yang hampir setahun dh dijemur kt sekolah aku. mamat ni kena sembelih masa raya haji thn lepas.

kulit lembu boleh buat gendang, kompang, beduk dn tabla. tapi taknak cerita pasal kompang kulit lembu.


aku nyorok2 time snap gambar nih. takut student aku nampak.. hehe.. *malu*

aku nak cerita benda nih.. tadaaaaa!!

kulit lembu masak cili padi.

masakan kulit lembu nih sebahagian masakan org jawa. kalau kt kampung aku ada jual kt kedai2 makan tepi jalan. kt restoran2 kt kuala selangor dn tanjong karang pun ada jual. pagi tadi, masa aku makan kt restoran kelantan kt sini pun ada jual gak. hehe. org kelantan pun dh pandai makan rupanya.

sebelum dimasak, kulit lembu mesti dijemur dulu sampai kering. tak lama, lebih kurang 6 bulan paling minima kot. huhu.. sampai lendir kt kulit hilang. (kalau tak mau jemur pun boleh gak. tangkap lembu dh curik kulitnya.. wahahahha!) pastu kulit ni dibuang bulunya dengan dilayur atas api. dibersihkan dgn kapur. dipotong kecil dn kemudian dimasak.

kulit paling sedap? kulit kt kaki lembu tuh. hahaha. kaki lembu dibakar dgn kulitnya sekali. pastu bila abes bulunya. siat2 dn potong kecik2 utk dimasak.

kulit ni boleh dimasak lemak cili api. tapi aku lebih suka makan yg nih. tumis cili aje.

so.. mana2 anak dara yg ada hati nak ngorat teruna2 jawa spt acai tuh, hihi.. sila le lulus dulu masak kulit lembu ni yee. hehe.. kalu rasa tak larat nak masak, lupakan je le nak ngorat anak org jawa nih. hua hua hua..

sila makan semua. kulit lembu masak cili padi. hehe

note: belulang = bhs jawa bagi kulit lembu yg dh dijemur.

Wednesday, May 28, 2008

apdet seciput aje..

salam ceria.. =)

apdet seciput je lah ek. gambar rumah aku latest ptg semalam.

kerja tanam tiang letrik.


final touch.. tinggal kemaskini cat dn sikit2 je lagi.


snap dari dapur.. hehe. tak sabar nk belanja kawan2 makan megi kt sini.


ok. dh jam 5.04 pagi. dh nak subuh dah. dari jam 2.00 pagi tadi tak lelap lagi. huhu..

Tuesday, May 27, 2008

cerita rumah aku

salam sejahtera.

kita lari tajuk sikit eh pasal baju kurung. nanti2 aku ulas lagi.

beberapa hari ni aku sgt2 sebuk dgn urusan rumah. kerja2 akhir sedang berjalan. tinggal lagi urusan masuk elektrik yang belum selesai dan sedikit mengecat rumah. bekalan air dah selesai, cuma tinggal sambung paip ke dalam rumah.

semalam juga aku dh luluskan satu peruntukan (cheh!) membeli 4 lori tanah+batu dengan kos RM 1,400 siap upah meratakan tanah. hari ahad hari tu pun aku belanjakan hampir RM400 utk beli lampu dapur, tiang dn bilik air.

sungguh le buat rumah ni sgt2 menelan belanja yg sgt tinggi. cukup tinggi bagi cikgu biasa mcm aku. hehe.. tapi itu le hidup. adakala terpaksa buat keputusan yang berisiko utk masa depan yang lebih baik.

mcm org nak kawen lee.. sapa tau pasangan yang awak chenta hati tu, yg awak nak kawen dgnnya tu cukup sempurna dari mata awak. tapi akhirnya nekad juga kan kawen dgn dia.. bila dah kawen baru terbuka satu2 peel yang sgt2 kontra. tak sama time berkasih chenta dulu. huhu.. aish!.. CJ dh melalut.

alhamdulillah, kerja2 pasang lampu dh selesai, lampu gantung, downlight, lampu tiang, kipas.. tinggal sikit tile bilik air (kurang 30 keping) dn dinding dapur (kurang 7 keping).

cat pula dah selesai semuanya. cuma yang kat bilik nak kena buat selapis lagi. dan sikit kat bhgn luar dapur. insyallah, hari ni boleh siap. setiap bilik dgn warna yang berlainan. malah warna floor tile juga lain utk setiap bilik. ini semua idea isteri aku.

aku ckp kt isteri aku: "awak nk bukak kelas tadika ke?". mcm central market pun iye aku tgk.. hahaha

sementara menunggu kerja2 akhir siap. kami masih lagi packing barang2 kat kuarters nih. mujur 99 speedmart kapar dgn murah hati sponsor kotak2 semalam. siap kata lagi, kalau cikgu mau dtg lagi besok ambil maaaa.. hehe. gum xia.. gum xia..

ok. ni antara fakta rumah aku.

- 4 bilik dgn setiap bilik ada bilik air. sebagai persediaan utk 4 org bini mcm kt tranug tu. wahahhaha!1 bilik utama. 1 bilik anak lelaki. 1 bilik anak pompuan dn 1 bilik tetamu/bilik solat/bilik bacaan.
- 2 ruang tamu. depan dn tengah.
- 2 anjung. anjung dpn dn anjung tepi.
- floor tile setiap bilik berbeza warnanya. begitu juga floor tile ruang tamu 1 dn ruang tamu 2 berbeza.
- dapur terletak di tepi rumah, bersambung dgn anjung tepi. sesuai dgn konsep masyarakat jawa yg suka menjamu tetamu. =)
- keluasan 44x52. kecik je kan. ini namanya rumah ibu.

rumah ibu ialah rumah asal. buat dulu sbg asas rumah. kalau ada rezeki, aku cdg nak sambung bhgn belakang. tu plan 5 tahun dr sekarang. Insyallah. bak kata safwan kt kawan2 dia: "tunggu ayah dah kaya baru beli kete control.." hahaha!. pandai sungguh bapa dia ajar cam tuh!.. hehe.

oleh kerana aku ada pengalaman buat rumah. kalau korang satu hari nanti nak buat rumah juga dn minta pandangan aku atau nasihat ttg buat rumah ni, boleh le tanya aku. insyallah, aku sedia menolong bagi pandangan aku. =)

sementara tu, doakan aku segala urusan dipermudahkan.


hah! tu lee.. lain kali berlarian bagai tak hengat dunia. haaaa.. kan dh kena. tak dgr ckp org. pot.. pet.. pot.. pet.. kata ku sambil snap gambar. huhu

note: slmt menempuh exam buat rakan2 blogger kt mesir, morocco, moscow, ukraine, uk, japan dn malaysia. moga kalian berjaya dgn cemerlang.

aku juga tgh sedih. akhirnya kita kehilangan pulau batu putih. ops! kita dpt middle rocks dn south ledge yg hanya kelihatan time air surut jee.. huhu..

Saturday, May 24, 2008

baju kurung putih kain biru laut

salam semua.

hari ni, buletin utama tv3 isu pasal baju kurung sekolah punca gejala sosial. tanya org tu tanya org ni. menteri, tokoh agama, budak sekolah, profesor.. oleh kerana wartawan tv3 taknak tanya aku, maka aku nak juga bagi pendapat aku.

kalau korang nak tau, sebenarnya dlm pekeliling pendidikan, pakai tudung ni bukan wajib. malah budak2 lelaki hanya digalakkan memakai seluar panjang. dgn erti kata lain, mrk boleh pergi sekolah tanpa memakai tudung. dn yg lelaki boleh berseluar pendek!. sungguh!.

tapi kami cikgu2 nih selalunya malas nak bising2 sbb kami rasakan pakai tudung dn berseluar panjang tu lbh baik, lbh sopan dn lebih manis.

cuba korang bayangkan. sorang budak pompuan. pakai baju kurung putih. tak pakai tudung. tak pakai butang. bayangkan belahan baju kt dada tu tanpa butang. awak tu pula lelaki yang normal dn ada kehendak. huhu

takkan ngajar pandang siling atau tunduk sepenuh masa. sakit tengkuk ke apa cikgu?

pastu pula ada pelajar pompuan yang pakai baju jarang. tak pakai baju dalam. nampak bra dari luar. mula2 boleh le tgk budak. lama2 tertengok baju. pastu tertengok baju lagi.. dn lagi.. dn lagi..

sbb apa? sbb awak lelaki. ops! bukan awak semua. aku dn spesis aku yg sdg terancam nih. hehe

pastu apa cerita dgn budak2 lelaki dlm kelas mereka? yang selalu bersama budak2 pompuan dlm kelas selama 8 jam. selalu melihat keseksian budak2 pompuan tuh?. huhu

baju tak lambangkan iman. buat apa pakai baju litup kalau suka ngata2 ngumpat2. baik pakai baju seksi tapi jaga solat. oit!.. makcik.. kalau camtuh, baik bogel jek janji jaga solat! hahaha

aku tak salahkan baju semata2. mungkin budak2 tuh miskin. tak mampu beli baju baru. kalau miskin sila le bagitau cikgu. kita ada bantuan zakat, kwapm (kumpulan wang amanah pelajar miskin), bantuan pakaian dn kadang2 sponsor cikgu2 belikan baju.

aku malas le nak tulis lagi. teringat masa kt satu tempat lama. sorang budak pompuan kelas aku pakai baju kurung tanpa tudung. tanpa butang belahan baju. dn dia pakai bra hitam pula...

bila aku tegur budak tuh..

dia kata: "yang cikgu dok gatal mata tgk body saya apasal?"
aku jawab: "rugi le kalau saya tak tengok. lagipun awak tayang free" wahahahaha!

padan muka. aku tegur elok2 dia jwb camtuh. huhu

oh!. kuatkan iman wahai CJ. budak2 sekarang...

note: payahnya nk jumpa ustazah pakai jubah dn tudung labuh skrg nih.. huhu

Friday, May 23, 2008

mula packing barang..

salam mesra ku berikan.. moga terima sepenuhnya.. ceh!. cam lagu 60-an..


gambar atas tu aktiviti sepetang kami lepas solat jumaat. mula packing barang nak pindah. huru hara rumah macam kena taufan nargis. tu pun baru 5% je aku rasa. byk lagi nk kena packing. huhu

seingat aku le.. ni dh kali ke 5 aku pindah rumah sejak kawen. mcm kena halau rumah tak bayar sewa jek. haha. mula dari rumah kedai hinggalah ke kuarters nih. huhuhu

pasni kitorang masuk rumah sendiri kt kampung. dn rasanya kekal le kat situ sampai anak cucu nanti. masa tu le aku akan tunjuk blog yg aku tulis nih kt cucu aku sambil aku cerita ttg korang kt cucu aku.. hahahha.. mesti best. *berangan bagai*

kami ambil
2 orang makcik dari kampung permatang yang menawarkan diri membantu membungkus barang dn kami akan bayar upahnya. tak larat rasanya mengemas berdua. nak harap safwan.. makin huru hara ada lee..

aku belum daftar telefon utk rumah baru. dn aku berkira nak tamatkan streamyx je sbb aku dh siap sedia langgan 3G. sim kad dh tukar, cuma tgh kaji pakej 3G celcom mana yg bagus.

Insyallah, kami cuba kemas pelan2. nak minta tlg budak memasing dh cuti. kalau sapa2 yang rasa aku kawan dia meh le dtg sini tolong aku*gurau jek*

byk urusan nk buat nih. antaranya aku belum tempah lori nk angkut barang. ada sapa2 nk sponsor lori free? hehe

takpe lee.. pelan2 siap le nanti. ahad ni basuh rumah. isnin pula main boling. dgn sapa? ehehheeee.. geng2 yg dulu tu le. ehehheee. kali ni aku nak ajak isteri aku sekali main boling. itu pun kalu dia nak ikut le.. =)

minta suap..

salam ceria :)

satu pagi. kelas tingkatan 6. suasana kelas hening dan bening. semua pelajar duduk sopan dn diam. memandang antara tunduk ke arah cikgu. di hadapan, seorang cikgu lelaki yg ensem berdiri memegang skrip jawapan pelajar.

agak serius muka dia. sebenarnya dia perasan mcm le dia serius sgt. jawapan student agak kurang berkualiti dan tidak melambangkan student form 6. mcm darjah 6 ada lee..

cikgu ensem: saya dah semak jawapan awak. dn saya dapati jawapan exam awak sgt mendukacitakan. kurang berkualiti. fakta tersasar ke laut. hujah meraban merapu bak org sasau. tiada fakta yg menyokong hujah dn teknik menjawab serba tak kena.

budak2 masih senyap. suasana agak tegang. cikgu ensem dh marah. abess laaa.. huhu

cikgu ensem: awak perlu ingat. awak dh form 6. sistem belajar awak tak sama mcm form 5 dulu. skrg awak pra universiti. awak perlu kaji dan cari sendiri fakta. saya hanya beri panduan dn bimbingan. bla..bla..bla.. chelsea.. bla.. bla.. liverpool.. heh.

senyap lagi. abes le cikgu ensem betul2 dh marah!. sebab tu merapu masuk bab bola

cikgu ensem: saya ibarat tukang masak. saya dh masak sekadar kemampuan saya. tapi sedap2 utk awak. saya hidangkan atas meja. ada nasi dn lauk. ada air sejuk dn air panas. awak tinggal basuh tangan dn suap sendiri. itu pun malas ke?

seorang pelajar pompuan: eeer... cikgu!.. minta suapkan boleh?

hahhhhhhahahaa! satu kelas tergelak. cikgu ensem pun tergelak juga. tak jadi marah. huhuhu..

Wednesday, May 21, 2008

bulan tarik nafas..

salam semua =)

dah penghujung bulan 5. bulan tarik nafas. tarik nafas pelan2. sebab masa ni le semua cikgu sebuk menanda kertas exam. termasuk aku.

bila le aku nak rasa enjoy menanda kertas nih.. huhu

tepek gambar bunga saja2 je tak pasal2.. hehe

(curik ambik gambar bunga dpn rumah jiran pengantin, kt sg besar hari tuh.. =)

tapi aku ada ekstra. aku dah mula packing barang. proses pindah rumah dah bermula. dn dijangka akan selesai dalam tempoh cuti penggal pertama nih. Insyallah jika tiada kesukaran luar jangka.


hai le dia ni puuunnn.. mentang2 le dh keje dgn agensi perisikan.. huhu

note: aku tgh agak bz. kalau aku jarang singgah blog kawan2.. minta maaf byk2 eh. lain masa aku jalan2 lagi. Insyallah. :)

Monday, May 19, 2008

main boling..

salam semua.. :)


aku ada seorang rakan setugas yang baik. nama dia kak M. dia lbh tua dari aku dn kami dh kenal lama. dia sgt mesra dn suka bergurau. kak M ada sorang anak lelaki. sama mcm aku.

===========================================================

siang tadi aku balik meru. niat asal nak menebas rumput kt kebun. aku cakap dgn isteri, aku nak balik menebas kebun. aku bawa sekali anak aku yg petah dn ensem tuh.

masa aku nk keluar dari kuarters, terjumpa kak M dn ajak aku main boling kt Klang. dia kata kawan2 dr sekolah aku yg akan main. menarik gak. tak pernah main boling nih. apatah lagi dgn kawan2.. mesti best.

lepas habis menebas sikit, aku dn anak gi le klang parade tuh. saja nk tgk kawan2 main boling. oh ye.. isteri aku tinggal di rumah sbb sibuk menanda kertas exam.

sampai kt tempat boling, aku tgk cuma ada cikgu2 pompuan. tadek cikgu lelaki. selain kak M, ada 4 lagi org pompuan dn 3 drpdnya anak dara.

aku: "mana cikgu lelaki kak?"
kak M: "awak le cikgu lelakinya.."
aku: "haaaaa?"
kak M: "awak kena main gak sebab akak dh bayar"

pulaaakkk.. aku rasa saja je kak M nih kenakan aku nih.. huhu. aku dh masuk jerat percintaan.
maka dlm terpaksa, aku layan le boling tuh. 1st time main boling. masuk longkang, kdg2 2 kali baling masuk longkang. main 2 round dn rasa happy gak sebenarnya..

habis main boling, kak M ajak pergi karaoke pulak. kali ni aku tolak dgn baik sbb benda tu tak masuk dlm jiwa aku. hihi.. main boling ok.. karaoke tak payah lee.. not my taste. tapi dengar gak le suara org nyanyi dari luar..

balik rumah.. aku tgh rehat2 dlm bilik..

anak aku: "umi... tadi kaaannn.. ayah main boling dgn acik.. pastu ayah nyanyi2 dgn acik.."
isteri aku: "betul ke?"
aku: "safwaannnn..!!"

adeesss... wahahahhaaa...

tuuuuttttttttttttttt

(drama dh tamat)


update: (selasa: 3.20 pm)

ni le budak kecik yg bertindak sebagai pemberi maklumat tuh..


huhu.. tgk muka pun ngeri woooo..!! hahaha. aiseh.. safwan.. kan ayah dh belikan cd katun dinasor dgn belanja makan fish fillet dgn fresh orange. hehe..

(ops!.. beli cd katun sebab nk pujuk dia menangis lapar dn penat tau.. hihi)

Sunday, May 18, 2008

jom jalan2..

salam semua..

jom ikut aku jalan2 apa yang aku dn famili dh buat hujung minggu. tgk gambar je lah ye. sila le tafsir sendiri.. hehe.

JUMAAT 16 mei 2008.

Forum Perdana di Stadium Kuala Selangor.

aku dtg forum nih sbb nak ilmu dan ada misi peribadi. hehe

solat isyak berjamaah. kawan aku kata yang jadi imam YB Ahli Parlimen Kuala Selangor.


penonton yg hadir. aku tak reti nak mengira.. tapi ramai tu lee.. tu belum tingkat atas tuuu.. hihi

ahli panel: Datuk Ismail Kamus, Datuk Harussani Zakaria, Datuk Hassan Ali (moderator) dn Datuk Dr. Haron Din.
misi aku malam tu tlh berjaya!. aku berjaya cium tangan 3 ulamak tersohor.. hehe.. Ismail Kamus, Harussani dn Haron Din. aku tak kira!. janji aku berjaya dlm misi. daripada aku cium tgn artis, baik cium tgn ulamak.. huhu

SABTU 17 mei 2008

majlis BBQ kawan2. aku join majlis nih sampai awal dinihari. oleh kerana ini program cikgu2 sekolah aku, maka aku join sorang jek. hehe. anak dgn isteri dok rumah aje. heeee.. hampir semua kawan2 cikgu sekolah aku hadir termasuk Pengetua dn Penolong Kanan. best!.. korang tak jeles ke tgk boss kitorang sporting mcm nih. sanggup lepak2 lagi dgn kami sampai lewat malam.. hehe

psssttt... ayam tu aku yg perap tau. 3 hari aku perap. sungguh!.. hehe (puji diri sendiri)


Boss dan PK serta ... psssttt!! ada Pegawai Kementerian Pelajaran pun lepak sama dgn kami. hehe.. alaaa... kawan2 jek.. :)

AHAD 18 MEi 2008. (PAGI)

Pameran Balai Terbuka Bomba.

baca le sendiri.. =)

huhuhu... nak naik ke tak.. nak naik ke tak.. nak naik.. ke... aku balik je lah.. hehe tak jadi naik.. hehe

(TENGAHARI)

aku dn famili hadir kenduri kawen kt Kg Sg Air Tawar, Sabak Bernam. pengantin pompuan ni adik kpd adik ipar aku. apa istilahnya ek?

eleleeehhh.. malu le konon..


potong kek ke potong kambing wak.. hihi. bersungguh je aku nampak.. hehe

ok.. itu le jalan2 kami sekeluarga hujung minggu.. =)

note: bila balik kenduri kawen tuh dn tgk seronoknya jadi pengantin, aku rasa laen jee lee.. wahahahhaah!!

Friday, May 16, 2008

makan sisa makanan cikgu..

salam semua.

bila kenang balik dulu2 masa aku sekolah menengah agama sebelah masjid negeri kt shah alam. aku teringat satu perkara ttg jamuan. biasanya kalau ada sambutan, kami akan adakan jamuan. hari guru, jamuan akhir tahun, jamuan kelab, jamuan persatuan, jamuan kesyukuran dn lain2.

jamuan tu kami uruskan sendiri. wang, agenda, menu, tempat dan semuanya. tak cm student aku skrg. jamuan pengawas pun cikgu cari dana, menu, tempat.. semua cikgu. pengawas tinggal dtg makan. nasib baik tak minta suap! cit..

kami akan jemput cikgu2 hadir sama dalam jamuan tu.

abes makan. biasa cikgu2 akan keluar awal. kami pula meneruskan agenda jamuan. dan itu le saat yang sgt2 kami tunggu! yes!! jamuan sebenarnya benda kecik aja. ada yang lebih besar dari jamuan.. hehe

pinggan bekas cikgu makan dan gelas baki air yg cikgu minum. ye.. tu le dia!!

kami akan berebut 2 benda tuh. bersaing sapa cepat dulu yg dapat. bekas pinggan cikgu, kalau masih ada sisa nasi dn lauk, kami akan makan sisa tu. kalau bekas air yang ada baki air, kami akan minum baki air tuh. sungguh!

dan cikgu mcm faham2 jek. selalu mrk akan tinggalkan separuh nasi atau air kt bekas mrk. hehe

pernah sekali, kami kongsi dekat 7 orang sisa air yg cikgu minum tak abes. yg tinggal separuh gelas tuh. berebut wa cakap luuu...!! hohoho

ini semuanya sebab kami nak keberkatan ilmu cikgu2 yg ngajar kami. ntah mana dtg idea pelik tu pula. tapi hasilnya.. semua geng2 yg tukang abes sisa cikgu, semuanya belajar sampai universiti. dn skrg memasing ada kerjaya yang hebat. ada yg jadi penolong pengarah JAIS, pensyarah di universiti, pakar khat dn buat bisness, jadi guru besar..

aku yakin. zaman skrg takkan ada student berani buat mcm kami buat dulu. pelajar skrg manje2 tak bertempat. dulu kami pun nakal. tapi nakal kami tak melawan cikgu. nakal budak2 pandai.. hiks.. :)

eer.. tapi kaannn.. tak semua le sisa cikgu kami makan. tgk cikgu le jugak. wahahhaaa!! kami pilih ustaz2 yang alim dn warak jek.

mana2 cikgu yg kureengg sikit thiqah dn dhabitnya.. hihihi.. cepat2 kemas pinggan dn gelas mrk agar tak tersalah minum. muahahahhaaa!!! *gelak jahat*

kenangan sungguh! hehe

Wednesday, May 14, 2008

dagang hamba..

salam ceria.

adeh lee.. apa kena dgn aku hari nih. ntah apa yg bersarang dlm kepala aku. sungguh!. aku ingat siang tadi khamis.

lantas aku buka blog. buat entry baru sempena hari guru. sekali publish, dh 6 komen baru aku perasan aku masih hari rabu. lagi 2 hari nk sambut. nak buat camna.. teruskan je le n3 yg ada. lagi pun aku tak sambut hari guru tahun ni sebab kursus.

dalam dingin subuh
hatiku terusik
kenang nasib diri di rantauaann..

bergema lagu temaa
menitis air mataaa..
terkenang suasana permai sekolaah..

sayu hati ini
inginku kembali
pada kwn2 dn semuaa..
tetapi aku harus
pergi le kursus..

jumaat ni kawan2 akan buat jamuan hari guru. masing2 tempah nak bawa juadah. bila kwn2 tanya aku apa aku nk bawa.. aku cuma gelak2 aja. dlm hati sapa tahu. nak bawa apa kalau aku takde kt sekolah.. huhu

kawan2 gelak2kan aku.. sampai hati korang. PPD ni pun 1 hal lee.. dh 2 tahun "raya" kt kursus. thn lepas pun cam ni gak.

dgr kwn2 tadi kata, mrk nk sambut hari guru jumaat nih dgn tahlil ramai2 cikgu+student kt surau. pastu ada ucapan dn game kot. yg pasti ada jamuan. mesti suasana gembira kaann..

jadi korang jgn le paksa aku tunjuk sambutan hari guru kt sekolah eh.. sedih tau kena "raya" kt perantauan. takyah le tanya hadiah bagai. sebab budaya budak aku mmg tadek bagi hadiah punya kt cikgu. kalau mrk dpt ucap selamat hari guru pun dh cukup bagus. sungguh!.

lagi2 le aku ni guru disiplin..

lain le kalau aku cikgu praktikal.. berbakul2 hadiah dpt. hihi.. eh. mana ada jeles. tadek! sungguh!. tapi tu le kenyataan. murid2 skrg lebih hargai cikgu praktikal dr kami2 nih yang dh tak lawa nih. huhu. sedang mrk cuma 14 minggu dgn student, berbanding kami yg tatang student selama 5 tahun.. guru pelatih habis kantrak student menangis kt tangga. kami pidah sekolah pun ada student yang tak perasan. hahahha.. sapa le kami kaaannn..

eer.. susah mau cakap maaa.. nanti kata aku jeles pula. :)

takpe le.. redha je le. mmg mahal harga ikhlas kaann. hehe.

jumpa lagi. daaaa..
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba terbuang lalu

sajak buat cikgu aku

salam semua.

sempena hari guru tahun nih, aku nak ucap kat..
semua bekas guru2 aku mula dari sekolah rendah hingga kini..

SELAMAT HARI GURU

(Sajak untuk cikgu..)

terima kasih cikgu atas memberiku pelita
di kala kau sendiri memerlukan cahaya
hingga muridmu ini jadi manusia
sampai kini pelita itu masih bernyala
dalam dada.

terima kasih cikgu atas nasihat
setiap butir kata adalah amanat
kan ku genggam erat jadi azimat
buat pedoman di kala tak teringat.

terima kasih cikgu atas marahmu
kerana sayang kalian padaku
melihatku nakal tidak menentu
dan malas tak kira waktu.

terima kasih cikgu atas rotan
kerana aku kecik2 dh pandai melawan
lalu kalian hadiahi aku sebatan
berbirat le juga betis dn badan
agar aku jadi manusia sepanjang zaman.

cikgu..
andai masa dapat diputar
aku ingin sekali lagi cium tanganmu yang kasar
yang bercampur kapur dn debu.

ingin ku dakap bahumu
bersama sebak di dada
halalkan ilmumu wahai guruku
aku memohon limpah kurnia.

kalian adalah guruku sampai bila2
dn aku tetap anak muridmu
selagi kalian dilingkari usia.

cikgu..
ilmumu membawa kita ke syurga.

terima kasih cikguku..

ikhlas dari..

anak muridmu yang dulunya nakal dn menyusahkanmu.
(sekarang dh jadi cikgu)

Tuesday, May 13, 2008

soalan budak bijak..

suatu hari dalam kelas tingkatan 6..

CJ: ok.. ada apa2 soalan sebelum kita tamatkan sesi kelas kita?
budak: cikgu!..
CJ: iye... nak tanya?

budak: cikgu kata masyarakat zaman dulu memburu binatang. terutama masyarakat zaman *paleolitik.
CJ: betul..
budak: tapi ustaz kata anak nabi adam, qabil menanam sayur. habil pula menternak kambing. mana ada berburu. anak nabi adam tuuuu.
CJ: betul..
budak: abes.. zaman nabi adam zaman apa?
CJ: betul..
budak: cikgu niiiiihhh!!
CJ: betul.. hehe

budak: pastu cikgu cakap orang zaman dulu guna kulit binatang jadi pakaian.
CJ: betul..
budak: tapi ustaz kata Nabi Idris mahir menenun kapas jadi kain. Ustaz kata Nabi Idris cucu nabi Adam.
CJ: betul..

budak: mana satu betul cikgu!
CJ: dua dua betul!
budak: macamana tu?
CJ: org yang buat fakta sejarah yg awak belajar nih keturunan beruk!. hahhahaa.. ikut sejarah Islam. itu lebih tepat. tapi time korang jawab soalan STPM, ikut fakta sejarah yg saya ajar. okeh.

budak dh mula bengong.. termasuk aku? huhu tidak!. aku cikgu mrk. mana boleh bengong..

pelajar2.. awak bawa soalan2 awak ni time korang masuk universiti. lawan hujah dgn pensyarah awak. tegakkan kebenaran. tapi utk STPM, guna fakta dlm buku. suka atau tidak itu awak kena terima. tapi ingat, fakta Islam lebih tepat. sebagai student sekolah, awak tidak dibenarkan mencipta fakta sendiri.

=============================================

ini kdg2 jadi dilema aku juga. antara fakta Islam dn fakta sejarah yang dicipta org barat. harap2 ada pakar kt luar sana perbetul fakta sejarah.

aku teringat dulu masa aku kecik2. buku teks yg aku belajar kata tok janggut, mat kilau, dato bahaman, mat salleh, dato maharajalela dn lain2 pahlawan Melayu Islam sbg penderhaka. (celaka laknat punya omputih). mujur pakar2 sejarah negara bersihkan nama2 mereka dn muliakan perjuangan mereka.

note:

zaman paleolitik:

Zaman Paleolitik (Bahasa Inggeris: Paleolithic atau Palaeolithic, Yunani:παλαιός (palaios) — purba dan λίθος (lithos) — batu) adalah zaman yang bermula kira-kira 50 000 hingga 100 000 tahun dahulu. Zaman ini wujud antara tahun 50 000 SM - 10 000 SM.

rujuk sini.

majlis tilawah al-Quran peringkat negeri

salam ceria =) <-- camnih.

malam tadi aku cuba tenangkan fikiran. lupakan kekusutan yang berserabut dlm batu jemala beta yang menyebabkan aku menutup blog buat sementara (sebenarnya majuk.. hehe)

aku pergi majlis penutup Tilawah al-Quran peringkat negeri Selangor yg diadakan kt Masjid Sultan Ibrahim, Kuala Selangor. (masjid daerah).

rasa tenang dn damai mendengar ayat2 suci al-Quran dialunkan. hilang sejenak diri dlm alunan tarannum yang mendayu dn sgt indah. terasa betapa indahnya ayat2 Quran menerawang di bumi kuala selangor malam tadi. terlupa sejenak sawang2 kt dlm kepala. :)

so.. layan gambar je le eh..


penonton kt dlm khemah



DYMM Sultan Selangor sedang bertitah majlis penutup. kt belakang baginda YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.


barisan VIP kalangan exco negeri dn ADUN. tak tau le ADUN parti satu lagi tu ada ke tak.. hehe


DYMM Sultan dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor


DYMM Sultan dn YB Menteri Besar Selangor.


barisan peserta pertandingan tilawah berbaris untuk menerima hadiah.


astaka yg sgt indah. ada sesapa nak sewa jd pelamin? haha..

aku difahamkan juara lelaki Qari daripada Klang. juara Qariah dari Hulu Langat. khabarnya bekas peserta Akademi al-Quran. aku tak tau le pula nama2 mrk sebab dok sebok snap sana sini. hiks.. :)

note:

sebenarnya semua org lelaki yang hadir mlm tadi diarahkan pakai baju melayu lengkap bersampin dn bersongkok. tapi aku terlupa. aku cuma pakai baju melayu ungu (aku lupa pakai butang baju melayu. sungguh!), kain pelikat hijau dn berkopiah putih. haha.. apa le kombinasi warna.

mujur tak kena halau.. tapi cuak le juga dok snap sana sini. semua cameraman guna SLR. aku jek pakai kamera cikai. hahaha..

cam rasa semua mrk tgk aku manusia pelik.. huahuahua.. tak tau protokol punya orang.. hihi..

kembali..

salam semua =)

1st.. aku nak minta maaf kpd sesiapa yg buka blog buruk nih sepanjang hari ni. kalian pasti dapat mesej yang aku dah berenti blog. pada awalnya aku memang dh nekad nk berenti berblog. ada sebabnya dan aku rasa kecewa juga atas sebab2 tertentu.

tapi akhirnya aku dapati aku rupanya sgt lembut hati. mudah mengalah walau takde sesapa yang memujuk.. hihi.. *muka tak malu*. tak tahan nak berenti gitu aja. rasa rindu, sayang dn chenta padanya pada blog masih menebal. baru kutahu, rupanya sgt payah melupakan chenta hati hiks.. :)

jadi sekarang aku mulakan sambung semula blog buruk nih. buruk pun buruklah. janji ensem.

sekali lagi..

Wahai cik adik jangan merajuk
Maafkan kami si Bujang Lapuk
Jikalau salah tolonglah tunjuk
Kamilah rela hai kena ketuk


Nandung-nandung dayang senandung
Wahai saudari maafkan kami..

maafkan kami.. maafkan kami.. maafkan kami.. maafkan kami.. maafkan kami.. maafkan kami..

berapa banyak maaf daaa..

note: 16 mei ni aku akan sambut hari guru kt tempat kursus.. huhu. apa le bende PPD ni buat kursus time sambutan hari guru. yg sukanya kt sekolah nih, cuma aku sorang yang kena kursus time tuh. huhu.. tahun lepas pun sama gak. aku sambut hari guru kt hotel jee.. kt dewan hotel sambil dgr org tu pot pet pot pet merapu meraban.. adeh.. seronok sungguh. hahaha *aku tipu!*

Saturday, May 10, 2008

air free?

salam semua =)

aku cuma nak apdet ringkas je. subuh tadi masa pergi surau, aku terdengar suara macam air kuat. memang sah le paip air pecah.



kata wak jaga, paip ni mula pecah jam 1 pagi tadi. tgk le berapa banyak air dh terbuang. err.. boleh ke kalau basuh kete, mandi manda free kat sini? hihi.

kawan aku dh tepon syabas. tak tau le jam berapa dia dtg nanti. sebab yg pecah lepas meter. tau le kan kalau pecah lepas meter nih. dh le lambat baiki, pastu kene bayar pula kos air yg terbuang tuh. hish!



aku agak2 je.. mungkin pecah ni tekanan air kuat sgt kot. atau getah dlm tu dh haus. atau... ntah le. byknya air.. banyaknya kena bayar.. huhu. nasib baik premis gomen. gomen le bayar kot. haha..

tapi kan, kalau duit gomen tu dtg dari pembayar cukai, mantiknya.. duit kita juga le yg bayar air tuh.. aiseh!

Thursday, May 8, 2008

hatiku berbunga-bunga.. =)

salam semua.

3 hari aku dh tak gi sekolah. kalau campur sabtu dn ahad, campur minggu sudah aku hadiri kursus protokol, dh 7 hari tak dtg sekolah. wah! mcm cuti penggal. hehe

hari ni hari khamis. hari batik sedunia. aku pakai batik warna biru yang aku beli kt pasaraya. (kebanyakan baju dn seluar aku beli kt pasaraya dn pasar malam jek.. hehe..) saat kaki melangkah ke dalam bilik guru. saspen jek. maklum le mcm dh lama tinggalkan sekolah. rasa mcm baru lapor diri jek.. haha!

sebaik masuk ke dalam bilik guru, kawan2 sambut dgn senyuman.. masing bertanya khabar.. hihi

"hai.. cikgu, lama tak nampak" kata cikgu Y. kawan aku time lawan makan nasik. hehe

"wah!.. baru sekarang muncul.." sambung cikgu A. kawan baik aku org kedah yg aku pergi rumahnya kt kedah masa dia kawen.

aku cuma tersenyum.

"kursus" aku jawab pendek. senyum lagi..

sebenarnya, masa 3 hari aku kt pkg bukit badong, kak A, cikgu bhs melayu ada hantar sms kenapa tak dtg sekolah dn tanya khabar juga. cikgu R, setiausaha peperiksaan; pun ada tepon tanya benda yang sama. aku suka cikgu R. dia sgt tenang orgnya.

ustazah Sal, ustazah Su dn ustaz S pun beri respon yg sama sebaik aku masuk dlm bilik guru.

"mana pergi? lama tak jumpa.." kata ustazah Sal. ustazah Su hanya tersenyum.

"wah! lamanya tak nampak dia.." sambung kak M. ketua panitia sejarah. aku anggap dia mcm kakak kandung aku. kalau ada masalah kt dia le aku merengek mengadu. hehe

aku hanya mampu tersenyum. syukur. ada kawan2 yang masih prihatin. hehe. aku rasa sgt gembira. rasa dihargai. rasa dirindui ahak!.

PKG bukit Badong tempat aku bertapa selama 3 hari.


laman belakang sekolah aku. huhu.. kulihat hijauuuuuuuu. yg lapang belakang rimbunan pokok2 tu adlh selat melaka.

===============================================================


hari ni keputusan PTK 2007 keluar. aku check kt internet. menambah lagi rasa bahagia aku.. :)


hehe. aku bukan le pandai sgt belajar. masa ambik exam ptk nih tak baca satu apa pun. malah aku ambil dlm keadaan demam. pagi tu nak exam, baru terkial2 cari pensel dn pemadam.

bila keputusan aku dpt umum : 3; khusus: 3.. aku rasa syukur sgt. ni pun kira lulus juga. walau tak dpt 4 markah penuh.

hari yg menyenangkan. walau gigi makin sakit. hahaha..

nota:
semua watak yg aku tulis "cikgu" adlh lelaki.."

Wednesday, May 7, 2008

ompong le gue..

salam malam khamis..

mlm tadi aku tak lena tidur dibuatnya. jam 3 pagi dia cari pasal. dia paksa aku yang tgh lena bangun serta merta. kemudian dia paksa aku jgn tidur. asal nak tidur je dia buat hal..

baring takleh. berdiri takleh. meniarap takleh. nak menonggeng buang tebiat pula. hahaha..

isk.. sampai hati dia derhaka kt tuannya ini. tak tahu ke dia aku ni keturunan raja? raja yang kehilangan negeri akibat serangan resakse naga dn cacing? huhu

sepanjang siang tadi dia masih kacau aku. buat aku hilang mood. hilang selera. hilang kosentrasi. adehh..

jadi aku ajar dia petang tadi. aku panjat bangunan tiga tingkat dn berdiri di bumbung bangunan.. erk!. aku pergi jumpa kawan aku minta tolong ajar sikit dia. dari jam 3 pagi tak abes2 nak sakat aku dia nih. tak tahan!. kan ku bomohkan dia biar dia kena penjara masuk botol dn dibuang kt tengah laut

kawan aku segera arahkan pembantu2nya yang seramai 5 orang tuh mengelilingi aku. ada yang pegang tisu. ada pegang gerudi. ada pegang penyepit. ada pegang kertas tanda harga. hek!. yg lain aku tak tahu sbb aku pejam mata kengerian. sungguh!.

maka proses rawatan pun bermula.. dia guna perisa cengkih utk memadamkan kesakitan?

dia cadang kt aku buat rawatan khas. tapi mak aih! kos dia nih mahal. sgt mahal. aku tanya berapa. dia kata RM850. mak aih!. boleh beli beras 50 kampit!

aku cakap kat kawan aku.:

puan doktor.. cabut je le dia.. tak berani le buat rawatan akar nih. huhu

rupanya 2 batang gigi aku baru nak tumbuh berlubang. patut le merenyam semacam jek.

antara rawatan akar yg sgt mahal dn cabut saja. aku tak tau nak pilih. kalau cabut, aku akan ompong kt geraham.. huhu. dh kurang ensem gigi tadek.. hehe. takleh senyum lebar2 mcm dulu.

kalau rawatan akar.. mahal oooooo. tak berani. =)

adeh!. masih sakit lagi.. huhu

keputusan kuiz!

salam semua =)

nampaknya kuiz yang aku bagi telah dijawab dengan perasaan bercampur baur.. hehe

tahniah kepada maryam, khairnaj, arsaili, nurul dn fathiyyah yang mencuba menjawab.

kepada akirasuri, dee_dee (dia tetiba cerita pasal kuala selangor. tak jwb soalan sungguh dia nih.. hehe), one, cahayamata, eira, iman_qaisara dn cikgu panji sori ek. permintaan korang utk hadiah tadek. sebab soalan sgt2 senang.

soalan tuh utk form 4 subjek tasawwur islam.

meh kita tgk jawapan kuiz. setelah disemak oleh pakar2 berkaitan dn hakim2 yg bertauliah kepada etika kehakiman. segala bantahan boleh dibuat dgn byrn RM50 utk satu soalan. berani ke? huahuahua!

tak payah le bantah2 nih. benda kecik aje..

1. Berikut adalah cara untuk kita memelihara alam KECUALI ____________

C. Menanam semula hutan yang diteroka.
menanam semula aktiviti memulihara BUKAN memelihara. hehe

2. Pernyataan di atas menerangkan nilai _______________

B. Bekerjasama.
soalan mudah sgt. budak tahap 1 pun boleh jwb.

3. Berikut adalah benar tentang Nabi dan Rasul:

A. Nabi Ibrahim sepupu Nabi Luth.
masa 2 malaikat dtg utk timpakan azab kpd umat nabi Luth, 2 malaikat jumpa dulu Nabi Ibrahim dn berikan 2 khabar. khabar gembira iaitu baginda akan dpt anak, dn khabar duka, umat Nabi Luth akan dibinasakan hari itu.

Nabi Ibrahim kerisauan lalu memanjat bukit dn melihat azab diturunkan dr atas bukit.

4. Proses kejadian insan bermula daripada

C. air mani.
ni soalan SPM 2007. kata kawan aku. kt skema jwpn kata cam tuh. huhu

5. Berapa ramaikah bilangan Rasul

B. 313 orang. sama mcm ahli perang badar.
yg wajib tahu mmg ada 25. tapi jumlah semua yg Allah pernah utus 313 orang.

jadi jawapannya:

1. C
2. B
3. A
4. C
5. B

ada sesiapa yg betul semua jwpn?
khairnaj hampir-hampir lah. mentang2 dia baru lepas SPM. hehe

________________________________________

note:

1. Nabi Harun ABANG Nabi Musa.
2. Nabi Syuaib BAPA MERTUA Nabi Musa. tongkat Nabi Musa ni le asalnya tongkat Nabi Syuaib.
3. Nabi Zakaria BAPA Nabi Yahya.

murid2.. nak kuiz lagi ke? hihi..

Tuesday, May 6, 2008

bukan maksudku merampas ia dari mu..

salam..

hari ni masuk hari kedua aku betugas sebagai KS. semalam pengumpulan data disiplin pelajar melibatkan sekolah cina (SJKC) dan sekolah rendah (SK). hari ni pula melibatkan sekolah tamil (SJKT), sekolah agama (SMKA) dan sekolah menengah (SMK).

hari pertama aku ditugaskan menggabung data drpd SJKC. hari ni pula drpd SMKA dn SMK untuk seluruh daerah kuala selangor.

ramai pelajar, banyak ragam kesalahan disiplin juga. ada kira2 2,400 rekod kesalahan disiplin pelajar yg ada dlm laptop aku skrg. tu belum lagi dari laptop sorang lagi kawan aku. kalau digabungkan maunya 5,000 rekod kesalahan disiplin pelajar semuanya. huhu. menyeramkan! sungguh.

kdg2 terfikir, apa yang buat anak kecil seawal darjah 3 tergamak memecah masuk rumah utk mencuri?

apa yang membuat budak2 pompuan rela ponteng kelas utk dibawa usung mat2 motor dn kemudian dibawa masuk ke dalam rumah kosong?

cikgu nadia yuna yg ayu dn cantik.. hehe ini realiti budak2 sekarang! awak kan bakal kaunselor.. huhu
__________________________________________________

hari ni aku agak terkedu. kawan aku (cikgu pompuan dari sekolah lain) yang sama2 dulu sebagai guru data mcm aku seperti meluahkan rasa terkilannya kerana tidak dilantik sebagai KS.

wahai kawan. sungguh aku tidak pernah gembira dilantik sebagai KS. aku juga tidak pernah memohon atau melobi utk dilantik sbg KS nih. aku tahu kau dh banyak kali cuba melobi utk meminta jawatan KS nih. kalau kau mahu wahai kawan, ambillah jawatan KS nih dari aku. aku tidak akan rugi apa2.

aku tak perlu dipandang hebat di kalangan rakan2. sebagai KS atau nama lain kakitangan sumber atau jurulatih data, bukan apa2 bagi aku. (walau ia satu tiket utk pergi jauh dlm perkhidmatan).

aku tahu kau hebat kawan. kau hebat dalam perisian komputer. (ehemm.. ko tak ingat ke aku pernah ajar ko ttg security spt malware, spyware, phishing, adware.. masa tu ko terkebil2) kalau kau mahu jawatan ini. aku rela beri padamu. asal jangan kau ungkit2 lagi di depan pegawai data. ambillah. jawatan KS hanya menyemakkan fikiranku dan menelan masa lapangku.

dgn sikap dia tadi, aku seperti akan kehilangan sorang kawan baik.. adakah ini cemburu atau .... ntah leee..

Monday, May 5, 2008

uji minda =)

oleh kerana budak2 exam bulan nih. aku pinjam soalan daripada kawan aku buat korang semua jawab. haaa.. refresh ilmu korang mana le tau dh berkarat hehe.

1. Berikut adalah cara untuk kita memelihara alam KECUALI ____________

A. Mengawal kebersihan sungai.
B. Mengawal penebangan hutan.
C. Menanam semula hutan yang diteroka.
D. Mengekalkan habitat semulajadi haiwan.

2.
· Bagai aur dengan tebing.
· Ke puncak sama didaki, ke lembah sama dituruni.
· Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Pernyataan di atas menerangkan nilai _______________

A. Toleransi.
B. Bekerjasama.
C. Kasih sayang.
D. Hormat menghormati.

3. Berikut adalah benar tentang Nabi dan Rasul:

A. Nabi Ibrahim sepupu Nabi Luth.
B. Nabi Musa abang Nabi Harun.
C. Nabi Syuaib menantu Nabi Musa.
D. Nabi Zakaria anak Nabi Yahya.

4. Proses kejadian insan bermula daripada

A. Adam a.s.
B. Tanah.
C. Air mani.
D. Roh.

5. Berapa ramaikah bilangan Rasul

A. 25 orang.
B. 313 orang.
C. 314 orang.
D. 125,000 orang.

cukup le 5 kot.. hehe.. mai mai uji ilmu korang!

kredit utk ustaz sekolah aku yg sudi pinjamkan soalan. hehe

entry main redah (edisi tadek kerja)

aku melangkah penuh semangat.
dalam hati sudah tersemat erat.
hari ini aku mesti dapat.
tak kira apa orang nak umpat.

aik?..

aku mesti lakukannya.
walau seribu rintangan melanda.
aku dah perhati sekian lama.
dia sungguh menggoda.
membuat jiwa aku meronta-ronta.
walau badai melanda.
bagiku tiada apa-apa..

heh! apa nih?

langkah kaki kejap berdiri.
menyusuri lorong2 yang bukan sunyi.
nun di sana si dia sudah menanti.
berbaju merah rambut tersisir rapi.
dengan senyuman menggoda bak ratu sang puteri.
bermata bundar melihatnya termimpi-mimpi.
mulus wajahnya bak sinar seri pagi.

adeh... hatiku bagai dicuri. :)

sapaan manja gadis tutur kata rapi sungguh lestari.
menyuakan sehelai kertas indah berseri.
berwarna warni memikat hati.
untukku pilih antara dua sejoli.
namun ku bungkam seribu erti.
kelu lidah tutur kata bagai dipatri.

pleaseee.. jgn le buat ai camni..

"bang.." gadis tu akhirnya bersuara.
"errr.." aku menyahut lemah bicara.
"kenapa diam je.."
"tak tau nak pilih le.."
"banyak pilihan kat sini."
"tu yang payah.. nasi ade?"
"sini mana ada nasi.."
"abes tu ada ayam.."
"kami jual ayam je. nasi takde.."

kecebuummmmm!!!!

merah padam muka menahan malu.
aku orang kampung mana aku tahu.
rupanya kfc takde nasi.
haish! mana ada orang makan lauk tanpa nasi.

"nak spicy ke original"
"eerr... spicy tu apa?"
"spicy tu pedas"
"original?"
"original kurang pedas"
"err.. nak yg pedas.."

(sejak hari tu, aku kalau masuk kfc sampai le skrg tak reti nak pilih lain. spicy juga) huhu..

erk! apa benda ni ayam dgn sayur aje. nak makan camne? ni putih2 ni apa pula. masam rasanya. oh, mayonnaise namanya. peliknya nama pelik juga rasanya.

itu le pengalaman pertama aku masuk kfc. kat kompleks pkns shah alam, 20 tahun dulu. masa tu selangor belum negeri maju. masa tu kfc tadek nasik.

malaysia dh 50 thn merdeka. tapi kfc kuala selangor baru ada 3 bulan lepas! wakakkaaaaa!! korang sendiri pikir lah.. huhu

apa punya entry daaaa.. buang masa baca. cait!

Sunday, May 4, 2008

weekend..

salam ceria =)

entry ni agak panjang. sila pergi blog lain kalau malas baca. ahak!

hujung minggu yang agak terisi. dh tak tau apa nak tulis, aku tepek le beberapa gambar yang sebenanrnya takde apa2 pun. saja untuk tatapan semua.

jumaat malam sabtu:

aku hadir ceramah pakatan rakyat kat perkarangan stadium kuala selangor :))

gerai jualan. macam2 ada..

teh tarik dn sup kedah.. makan malam hari tu.. hehe

tgk skrin dh tau sapa bagi ceramah. :)


pengunjung yang hadir..

sebenarnya kan, aku jarang sgt hadir ceramah politik nih. tapi dh tadek keje nak buat.. lepak2 le kt sini sambil2 dgr2 apa yang mereka nak sampaikan.. ramai gak SB dok dalam tuh.. hihi. alaaa... aku tgk ada org kementerian pelajaran pun dok lepak sama dgr ceramah.. :))

sabtu pagi:

aku dn famili pergi Kuang. pergi tempat nih..

saja nak bagi tau. gambar ni anak aku yg umur 4 tahun tu yg shoot gambar.. hihi


telefon seorang blogger tuh. ingat nak singgah jumpa dia kat rumah. tapi dia takde pula. oh!. dia le satu-satunya blogger yang pernah jumpa aku kt alam nyata. pernah pergi rumah aku dn kami pernah berjiran sgt dekat. betul tak just-sya? pssstt.. jgn pecah lobang awak.. hehe

sabtu malam ahad:

pergi Klang Centerpoint. saja lepak2 pula kat sini cari CD cetak rompak hehe. eer.. bukan, CD original yang dicopy secara tak original. hehe. ops!.. korang pikir apa?.. tu CD MS Encarta 2008. tak mahal, RM 15 aje.. jgn tanya aku berapa harga yg ori ngeeee....

tu le Klang Centrepoint. aku biasa lepak kt sini. tapi bukan jadi "adik2" tau... wahahhaaa!

ops!.. ni le hadiah isteri aku belikan. ingat tak n3 pasal aku goreng pisang petang jumaat? haaa.. time dia balik tu le dia buat kejutan. dia bawakan hadiah nih. bukan ada apapun, bukan hari besday aku.. cuma dia kesian tgk selipar aku dh lusuh tak berganti. mmg saja tak beli baru biar dia belikan hehhee..

dompet dn selipar baru aku.. wuuuhuuu!! hehe..

note: esok budak2 mula exam pertengahan tahun. esok juga aku mula bertugas sebagai KS di PKG Bukit Badong selama 3 hari. maknanya selama 3 hari takyah gi sekolah.. bestnyeeee.... :))

Friday, May 2, 2008

mari makan buahan tempatan =)

salam ceria =)

aku seorang kt rumah. isteri masih kt sekolah. anak pula masih kt pengasuh. belum ambil. rasa bosan dn pergi gerai buah FAMA. kira2 200 meter dari rumah aku. beli buah nih..

tembikai, manggis dn pisang raja


hmmmm.. tak teringin ke.. hehehe. katanya kt jepun manggis ni mahal gilak. huhu

pisang raja. seakan2 pisang nangka. tapi pisang nangka rasanya agak masam. pisang raja rasanya manis dn sesuai utk digoreng.


pisang raja yg dah siap digoreng. hmmmm

ehem.. =) buah2an dn pisang goreng panas untuk sambut isteri pulang dari kerja.

menu petang nih: pisang raja goreng dn teh O halia. hehe..

aku yang goreng tau. resepi rahsia mak aku.. hehe (ada le baca2 sikit ayat pengikat kasih.. hehe.. syyhhhh!!! jgn bagitau bini aku weh.. wahahahhaaa) *gurau jek.. mana tau benda2 alah ni semua.. ;)*

sila.. sila.. jamah apa yang patut.. hihi..

Thursday, May 1, 2008

kisah dunia kerja aku..

salam semua:

hari ni 1 mei. orang kata hari pekerja. dan hari ni cuti umum. aku nak cerita sikit sejarah dunia kerja aku..

aku mula kerja cari rezeki sejak sekolah rendah lagi. bersama2 kawan2 sekampung, aku redah kebun orang dn petik kangkung kt parit. kami ikat2 ia dan jaja sekeliling kampung seikat 50 sen. kami pergi dari rumah ke rumah. sehinggalah mak aku suruh aku berenti jual kangkung. tak tau pula kenapa mak aku suruh aku berenti. huhu..

lepas SPM, aku ikut pakcik aku niaga buah kt pasar malam. pakcik aku anak2 dia semua perempuan. dn masa tu masih kecil2 semuanya. kiranya aku diperlukan utk menemankan dia pergi ambil buah kt pasar borong selayang. kami akan keluar awal pagi sebelum subuh. solat subuh di masjid paya jaras. sampai selayang dalam jam 10.00. dan berniaga kt pasar malam sekitar meru dn kapar. masa tu le aku asah bakat aku nyaringkan suara "epal..limau..belimbing.. soploh ringgit.." hehe

aku berenti niaga pasar malam bila dpt tawaran sebagai guru ganti kt SK Pelabuhan Klang. seingat aku ngajar BM kot.. itu le dunia pertama aku sebagai guru.

lepas abes STPM sementara tunggu result, aku kerja ngajar lagi kat SK Sg Choh. guru ganti juga. ngajar apa ek? lupa le. tapi aku jadi jurulatih takraw sekolah. dn buat pertama kalinya sekolah tu mencapai prestasi paling buruk dlm kejohanan takraw daerah!. huahuahua.. (aku tak reti main takraw sebenarnya)

bila masuk UKM, dlm cuti tahun 1, aku kerja kt kilang komponen buat ekzos kete proton. kt Meru. 2 bulan aku keje. okey le keje situ sehinggalah satu hari aku gaduh dgn supervisor aku. aku letak jawatan serta merta. puncanya aku dimarah sebab tunai solat maghrib waktu buat overtime. padahal supervisor tu melayu islam juga.

masa cuti tahun 2, aku keje kilang lagi kt meru. kali ni kilang percetakan. buat kad raya, kotak, pembalut dn lain2. kt kilang ni le aku belajar byk erti hidup. ada sorang mat bangla yg sgt2 berlagak. mentang2 le dia line leader. dia buat kami2 ni anak tempatan mcm org bangla juga. aku bebrapa kali "sound" dia agar jaga perlakuan kt tempat org. tapi dia berlagak amat. akhirnya lepas aku berenti keje kilang tu, aku dgr mat bangla tu kena belasah org ramai kt pasar malam. huhu..

supervisor sepet kilang tu juga agak berlagak. bila meronda dia akan bawa sebatang besi. dia kan berjalan sambil heret besi kt penghadang besi dn akan mengeluarkan bunyi yg amat nyaring. besi bergesel dgn besi. tanda bahawa dia sdg meronda.

aku berenti kilang tu setelah aku dimarah kerana ambil cuti waktu raya haji dn gaji aku dipotong setengah bulan!. "Lu olang melayu mau belapa kali laya satu tahun?" celaka punya sepet.

dan kilang tu pun dh terbakar tak lama lepas aku berenti kerja. hehe. woit!. bukan aku tau! haha.

masa cuti tahun 3, aku kerja kt kilang elektronik pula. pasang tv jenama cikai punya. nama jenama pun pelik. alaa.. tv murah2 yg jual kt pasar malam kot. masa kerja kt sini le aku kenal betapa peritnya keje dgn bangsa asing sepet. kena marah, herdik dn maki. mmg jadi kuli sgt2. mmg diperah sungguh tenaga. betapa hina rasanya jadi bangsa melayu yg kerja bawah bangsa sepet nih. aku berenti kerja kilang nih sebab masuk thn 4. dn tak lama lepas tu kilang ni tutup sebab bangkrap. hauhuahua.. padan muka marah aku lagi.

abes ijazah dn diploma pendidikan, aku keje jd cikgu kt sarawak. tak mcm sekarang, dulu sblm praktikal dh dpt tahu nk posting kt mana. 5 tahun stgh kt sarawak dn masih belum puas duduk sarawak.

sekarang aku masih lagi jadi cikgu. masih cikgu cabuk juga. kt kuala selangor nih. minta balik sini pun saja2 je main2 isi borang. bila dpt posting balik sini, rasa menyesal pula. kenapa le aku awal sgt balik kampung. plan asal aku nak 15 tahun dok sarawak sana. huhu

alhamdulillah, aku masih bekerja. dn aku tak lupa membayar zakat setiap gaji yang aku terima. melalui potongan gaji juga.

semoga Allah beri kekuatan untuk aku terus bekerja.

selamat hari pekerja untuk semua. bagi yang belum bekerja, moga2 cepat2 dpt kerja.

note: aku tak setuju tuntutan ceupacs umur bersara dinaikkan kpd 60 thn. bagi aku ini akan menimbulkan kesan pengangguran yg dahsyat kpd rakyat. ramai yg berkelayakan, tapi tak dpt kerja sebab ramai yg belum pencen. biarlah rezeki merasa sama2. dn 60 tahun tu.. tumpu kt cucu dn ibadat udah je leee..