Friday, May 23, 2008

minta suap..

salam ceria :)

satu pagi. kelas tingkatan 6. suasana kelas hening dan bening. semua pelajar duduk sopan dn diam. memandang antara tunduk ke arah cikgu. di hadapan, seorang cikgu lelaki yg ensem berdiri memegang skrip jawapan pelajar.

agak serius muka dia. sebenarnya dia perasan mcm le dia serius sgt. jawapan student agak kurang berkualiti dan tidak melambangkan student form 6. mcm darjah 6 ada lee..

cikgu ensem: saya dah semak jawapan awak. dn saya dapati jawapan exam awak sgt mendukacitakan. kurang berkualiti. fakta tersasar ke laut. hujah meraban merapu bak org sasau. tiada fakta yg menyokong hujah dn teknik menjawab serba tak kena.

budak2 masih senyap. suasana agak tegang. cikgu ensem dh marah. abess laaa.. huhu

cikgu ensem: awak perlu ingat. awak dh form 6. sistem belajar awak tak sama mcm form 5 dulu. skrg awak pra universiti. awak perlu kaji dan cari sendiri fakta. saya hanya beri panduan dn bimbingan. bla..bla..bla.. chelsea.. bla.. bla.. liverpool.. heh.

senyap lagi. abes le cikgu ensem betul2 dh marah!. sebab tu merapu masuk bab bola

cikgu ensem: saya ibarat tukang masak. saya dh masak sekadar kemampuan saya. tapi sedap2 utk awak. saya hidangkan atas meja. ada nasi dn lauk. ada air sejuk dn air panas. awak tinggal basuh tangan dn suap sendiri. itu pun malas ke?

seorang pelajar pompuan: eeer... cikgu!.. minta suapkan boleh?

hahhhhhhahahaa! satu kelas tergelak. cikgu ensem pun tergelak juga. tak jadi marah. huhuhu..

25 comments:

victoire said...

yaaaayyy... 1st komen. hehehe
aritu cikgu komen 1st kat blog ambe.
ni ambe lok jadi 1st sini, hehe.
jangan tersuap ek cikgu =p
gurau jek cikgu jawe!

stiap kali mai sini, ambe rindu tempei.
sbab sebut jawe ambe akan ingat tempei.. huhu

Maryam said...

ala dah suap pun masih gitu jugak... huhu

NuRuL said...

wahhhh...sangat berani lar itu budak..
pasnih kena guna perumpamaan lain lar kot..takleh suap-suap dah nih.

CPI said...

salam...
heippp2 ape ni masuk2 bab bola nih? ehehehehe...

NuRuL said...

oh yaa cikgu..
selamat bercuti..:)
selamat pindah rumah baru..kalo buat kenduri naik rumah baru..jemput-jemputlah kitorg nih..hehhe

en_me said...

alahai cekgu encem ittewww..

Anonymous said...

ermmm.bebudak zaman sekarang......?????????

nur'ain said...

hihihih.

cikgunyer ensem sangat kot.. itu pasal budak2 jd cmtuh

Inah said...

amboi2..cikgu ensem skrg..hahaha..cikgu ku dah berubah :P

CikguZue said...

waa...cepat habis menanda.
so, bebudak tu masih macam tu jugak la ye...kesian cikgu.

Qaseh Bidadari said...

cikgu..mintak cikgu suapkan blh x?

kuang3x...

Anonymous said...

bebudak skang adaaaaaa jer jawapnya. dapat lak cikgu yang perasan ensem tuh... emmmm lagilah diorang suka.

AinNur Haris said...

cikgu jawe..
SAYA pun nak cikgu suapkan..(sambil angkat tangan nii...)

kena ambik no.giliran ke..? hehehe...

p/s : alahaii..budak2 zaman skrng ekk..berani terlebih sngt...

Shah CJ said...

k-riey:
tempe pun dh mahal kt sini bro. huhu

maryam:
kalau suap masih tak berubah, nak apa lagi ek? sumbat kot.

nurul:
itu budak mmg sgt berani. mesti penyokong kuat chelsea tuh.. ahaks!

Shah CJ said...

iman:
cerita bola sebahagian dari proses pembelajaran. hahaha

nurul:
insyallah.. boleh jek jemput korang. tapi aku kena pinjam topeng bandi lee.. :)

eh_me:
haha.. itu cikgu mmg ensem apa. haha

Shah CJ said...

lady:
budak zaman akan dtg lagi camna ek?

nur'ain:
bkn sbb ensem. tapi itu cikgu sgt manis.. haha

inah:
haha.. psssttt inah. jgn pecah lobang. hehe

Shah CJ said...

cikguzue:
kalau dh nama budak.. hmmmm *tarik nafas*

mama:
erk mama.. cik abang cari mama lee.. huhu

ayumkay:
camna ek nak kasi diri tak perasan? hihi

Shah CJ said...

cahaya mata:
nak suap gak?. ok.. ambil angka giliran. isi borang M, borang J dan borang K.. okeh? hehe

Nurul Nadiah said...

cikgu encem ke?
cikgu macem?

heheheh..

saya rase cikgu kan
saya mcm budak itu la dulu
soklan pon same..
tapi cikgu saya senyum je
sebab die selalu kate saya ni calon bini kedua dia.. hahaha..
satu kelas tahu
sbb die suka ckp dlm kelas
dia kate die ade 3 kouta lagi
no2 saya no3 kwn baik saya yg selalu gaduh ngn saya dalam kelas

mase ni saya pon tingkatan 6 gak!

hehe

cikgu pengajian am saya!
yg suka mempopularkan saya dlm kelas..! puncanya dari saya jugak..
sbb saya suka main cubit2 kawan2.. last2 nama naik la..

heyy.. tu tingkatan 6 tu..
ape laaa nak jadik budak2 zaman skrg ni.. =p

Nurul Nadiah said...

eh cikgu..
nape cm pnjang je komen kt ateh ni
sape la budak ni ye
mengade2 sungguh!
hehe

=p

hayad said...

gatai betoi budak pompuan tuh!!! huh!

Anonymous said...

nadia:
sah le awak ni mmg dulu budak nakal. nakal takpe, jgn menggatal. tak gitu cik nadia? hehe *wink*

hayad:
mmg le gatal sungguh dia tuh. tak tgk ke dia betapa hodoh dn buruknya aku nih. huhu

Neeza Shahril said...

alamak... nak suap la pulak.. hehehe...
tak terkata cikgu yeeee...

khairul najmi yusof said...

cikgu, ajar form6 ek??? sy nak nota sejarah boleh tak???

fsj said...

haha lawakla, hish takot juge jd cikgu nih.
byk kene bace skrip.
skrip lakonan mase ulas result, mase marah etc etc :p