Monday, March 31, 2008
sayang..
aku ada seorang rakan sejawat kt sekolah tepi pantai nih. biar aku panggil dia kak N. rasanya dia 4 thn lebih berusia dari aku. dia belum berkahwin namun kak N seorang yang sgt aktif dn bersemangat. dia dengan aku sama2 berperanan sebagai guru pengawas.
satu hari meeting disiplin. kami bentang kat pengetua hal2 ttg pengawas. sehinggalah kak N bagitau pengetua yang pengawas byk mengadu kepada dia byk perkara walau ttg hal2 personal.
pengetua pandang aku. tepat ke muka aku. aish!.. apa benda nih.. tiba2 dia tanya:
"kenapa pengawas tak jumpa cikgu tapi selesa jumpa cikgu N?"
"huh.. soalan pancung. apa aku nak jawab nih.." aku bermonolog
"eerr... boss. sebabnya kak N bila panggil pengawas2 tuh dgn gantinama "sayang". saya tak mampu nak buat camtuh boss.."
hehehe.. apa punya alasan le. tapi aku tgk pengetua tersenyum. kira ok le kot alasan tuh. =)
aku perati le kt sekolah aku, mana2 cikgu2 pompuan yg dh taraf makcik2 nih.. mrk panggil murid2 mereka sayang. tak kira le lelaki atau pompuan budak tuh.
"sayang.. kenapa awak tak buat latihan.."
"sayang.. tolong ambilkan buku cikgu.."
"sayang.. kenapa awak ponteng kelas saya tadi..?"
"sayang.. tolong pakai tudung elok2 sikit.."
hehe.. geli geleman.. ekekekeee..
bagi kami yang cikgu2 jantan mancho nih. tak sanggup leeee cakap mcm tuh.. jgn cari pasal weh.. maklum le budak2 tgh besar apa yang patut membesar.. huhuhu
eerr.. aku nak test jugak lee.. sat eh.. ehem.. errr...
"sayang.. maceh ye baca blog aku.."
hehe.. ya ampuuunnnn... pengsan gue...
larriiikkkkkkK!!!
Sunday, March 30, 2008
satu pengakuan II
dulu, tak berapa lama dulu. seorang sahabat aku. juga seorang blogger tersohor yang terkenal seantero dunia blog. telah tinggalkan komen kata blog aku ramai si bunga dari sang kumbang.
hak..hak.. aku rasa mcm nak berguling2 kat pasir bila baca komen cik ati nih.
okey lah. aku mengaku kalah dgn cik ati. memang betul kot. blog aku ramai pengunjung pompuan. aku pun tak tau. lagipun mana aku tau mereka2 semua tu si bunga. mungkin cikgu jawe ni sendiri pun sang bunga jelita juga. atau jenis lelaki yang berbunga2.. ngehhh...
ok.. akak2 dn adik2 sekelian. aku nak mengaku le. iye.. apa eh?.. hehehe..
aku sebenarnya seorang lelaki yang telah berkahwin dan ada seorang isteri ~setakat nih ;)~ dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 4 tahun. :)
abes le ramai yang keciwa kat luar sana. wakakakkakaka!!! (pasni blog aku gerenti kosong..)
bagi kawan2 blogger kat luar sana.. aku bawakan untuk kalian sebuah dulang. dalam dulang itu, aku isikan masakan yang aku masak sendiri. aku tak tau masakan itu enak atau tidak. tapi aku memasaknya untuk kalian dari hati aku sendiri.. kalau kalian sudi, jamah le. kalau tidak sudi, sila le abaikan juadah yang aku bawa.
begitu le penulisan blog, umpama sebuah masakan dan hidangan.
Friday, March 28, 2008
satu pengakuan
cikgu jawe merokok?
aku jawab:
TAK. aku benci dgn rokok. benci dgn bau asap rokok. benci dgn bau nafas orang yang merokok.
pernah waktu sekolah menengah dulu2. masa tu tgh nakal2. cuba nak merokok. baru satu sedut dah termuntah. lepas tu langsung tinggal rokok. dan sekarang tak teringin langsung nak cuba merokok.
aku pernah batuk berpanjangan. berbulan2. pergi hospital dan doktor diagnose. doktor kata aku merokok sebab ada kesan mcm org merokok kat paru2. adeh.. kawan2 aku hampir semua merokok. dan aku juga menerima "hadiahnya".
heran dgn budak2 sekarang. sekolah rendah pun dh merokok. bila aku belek2 rekod kesalahan budak2 sekolah rendah kt sini. sgt terkejut. bukan setakat rokok rupanya. menggerunkan. apa nak jadi dengan bangsaku. bakal generasi masa depan. bakal pemimpin negara akan datang.
rupanya ada yang sumbang mahram!. baru sekolah rendah.. ops!!.. hehe. aku dh dedah sikit data yg sepatutnya OSA. tapi dh tak tahan. mcm nak nanges tgk rekod2 disiplin ni.. huhu.
owh.. pagi tadi aku siasat satu kes pecah masuk sekolah rendah agama. baru form 1 budak tuh. dan aktiviti tu "dibantu" budak2 sekolah rendah tu juga. melayu lagi.. apakah?
Thursday, March 27, 2008
sepetang di kuala
*****************************************
aku berdiri di situ. bersama seseorang yang sangat cantik. tiupan angin laut segar menampar muka. sesekali angin sejuk itu menerobos celah2 tudungnya yang berwarna merah. cukup menjadikan hujung dedaun tudung meliuk lintuk menari dek angin yang lalu. dia cuba membetulkan dedaun tudung dgn jejarinya yang memutih itu. di jari manisnya tersemat sebentuk cincin menandakan dia telah berpunya.
aku memandangnya, tersenyum dan dia tersenyum manis. rupa parasnya sgt manis, lebih manis dari dulu waktu aku mengenalinya. mungkin dia sdg sgt bahagia sekarang. dan aku sgt gembira melihat dia bahagia.
pertemuan di kawasan terbuka dan kawasan tumpuan pula. orang yang lalu lalang di belakang tidak lagi kami peduli. aku menyapanya mesra. oh.. dia membalasnya ramah. kami berbual ringkas dan sesekali memerhatikan orang di hadapan.
oh.. suaranya masih macam dulu. lembut dan sopan. sama macam waktu aku mula2 kenal dia dulu. terasa kenangan dulu terimbau semula. mana mungkin aku lupa dan aku pasti dia juga takkan lupa. dia lah wanita pertama yang menghuni kamar hati aku.
mata kami sesekali memerhati ke hadapan. sesekali rasa macam diperhatikan juga. maklum le di tengah2 khalayak ramai.
10 minit sudah berlalu dan akhirnya aku dah tak tahan. aku menegur org di hadapan:
"kak.. ada masalah ke?. boleh saya tolong..?"
orang di hadapan diam membisu, buat deeekkk aje. tak lama kemudian merentap sesuatu dan terus berlalu kasar..
aku berbahasa dalam hati..
lain kali kalau nak keluarkan duit ATM tu, budget dn rancang le awal2 dari rumah. ni dh kat depan mesin ATM baru nak kira budget, kira bil api air tepon bagai, beli susu anak, bayar kete.. terhegeh2 apa barang.. tak nampak ke orang ramai tgh beratur tunggu dia nih. dh le tgh panas terik. orang ramai pula nak ambil gaji. cis!
owh.. sapa orang pompuan cantik tuh?.. takde sesiapa. wakakakaaa.. aku cuma berkhayal dia wujud. sementara menantikan kakak depan terhegeh2 keluarkan duit kt mesin ATM.. huh!.
hahaha.. ampuuunnn!! : xoxoxo.. (n3 idea dh kering kontang)
Wednesday, March 26, 2008
musim rebut letak jawatan
dalam org2 politik dok sebuk rebut jawatan dan tak mau mengalah. ada yang kecewa tak dilantik menteri. ada yang menangis kehilangan kuasa. ada yang teriak digugurkan. ada tersenyum tersenarai semula..
maka dengan ini aku berhasrat nak tunjukkan teladan yg baik kt orang2 politik yg mungkin sebahagian kawan2 aku atau bekas anak2 murid aku atau bekas cikgu2 aku dulu.. contohilah cikgu kalian yg ensem ini. hehehe..
maka dengan ini aku mengisytiharkan AKU AKAN MELETAK JAWATAN SEBAGAI PENGHULU.
iye. aku akan meletak jawatan sebagai penghulu Kuarters Institusi Pendidikan berkuat kuasa esok. (sila rujuk gambar). adapun tindakan ini bukan le protes atau sindiran kepada sesiapa. cuma aku rasa elok le org2 muda mengambil alih pucuk kepimpinan kuarters, sebelum pakatan kuasa besar datang menyerang dan aku digulingkan dengan penuh hina. huhu.. (mcm le aku dh tue sgt..)

Tuesday, March 25, 2008
alahai budak aku..
baru 2 hari dh tak menulis kat sini. tapi rasa mcm dh 2 tahun tak menulis. sebenarnya idea betul2 buntu dn beku. mcm getah membeku. setiap kali jari cuba nak menekan keyboard, terasa layu dan longlai pula. bukan takde cerita nak kongsi, tapi tak tau apa yang nak dikongsi.
tambah pula kesibukan menanda kertas budak2 yg kadang2 sgt2 melucukan.
aku teringat satu kisah pakcik aku dulu waktu menanda kertas SPM sejarah. (pakcik aku juga seorang guru sejarah. dan aku belajar sejarah dengan dia masa form 6. kebetulan pakcik aku juga cikgu kpd blogger shazwani yg skrg kt moscow tuh dn blogger azah yang cantik).
dalam satu peristiwa yang sangat2 aku ingat sampai sekarang, bila pakcik aku tunjuk kat aku satu skrip jawapan SPM yang lebih kurang begini:
soalan: jelaskan sebab-sebab kejatuhan kota Melaka kepada Portugis.
jawapan: kota Melaka jatuh kepada Portugis apabila Tun Perak tanam kangkung tak jadi dan tak boleh nak jual kat Portugis, lalu Portugis marah dan menyerang Melaka.
pada helaian terakhir skrip jawapan disertakan rayuan:
tolong le cikgu luluskan jawapan sejarah saya.. huhu
ada satu skrip jawapan yang pernah aku lihat:
berikan maksud Rasul:
Rasul ialah MALAIKAT yang bernama NAbi Muhammad yang diutuskan kepada umat manusia......
adeh! aku tak tau nak nanges atau gelak.. huhu.
soalan lain:
mengapakah penempatan terawal manusia terletak dipinggir sungai?
jawapan:
supaya mereka senang hendak berdagang dengan kerajaan asing seperti Melaka atau hendak menyerang kerajaan tersebut.
macamana mereka nak berdagang kalau sumber makanan pun cara memburu..
oh.. apakah aku dah tersilap mengajar atau budak tersilap kena ajar?
wahai ibu bapa.. jengok2 le nota dan latihan anak2 tuan puan.
Sunday, March 23, 2008
what a BZ weekend
majlis penutupan kem. yg tgh berdiri tu penolong kanan sekolah aku. dia ni le yg tulis kt berita harian artikel SPM mathematik dalam sisipan skor SPM setiap hari apa ntah.. hehehe.. selalu aku yg tolong hantar emel2 dia kt berita harian.
sabtu malam ahad kami buat BBQ. malang sekali aku lupa bawa kamera. tapi dh jadi tradisi sekolah aku kalau ada kem2 mcm nih, sama ada kt luar atau dlm sekolah, mesti kawan2 buat BBQ punya. masing2 bawa juadah dari rumah. penolong kanan kokurikulum sponsor siakap dgn kerapu. ada yg bawa puyuh, ayam dn kerang juga. ada yg bawa buah2an, sambal kicap dn pencicah. paling2 malas bawa sos cili sebotol dari rumah. aku?.. hehe.. mana boleh bgtau.. hehe.. (dpt join makan dh kira nasib sgt baik..)
seronoknya BBQ nih, hampir semua dtg.. dr pengetua, penolong kanan, cikgu2 dn sorang pegawai kementerian bertaraf penolong pengarah pun datang join. malam tu kami semua setaraf. sangat happening. bergurau melepaskan perangai natural masing2..
ok lah.. aku nak berehat. sementara tuh, layan le gambar mat rempit kat bawah yeee..

dari pening pikir2 pasal
Friday, March 21, 2008
barang2 masuk kebun..
biasa le masa kenit2 dulu aku buat pembedahan kt cicak. aku guna pisau asah pensil 20 sen yg tajam tuh. tgk jantung, hati dia.. korek paru2 cicak.. terkebil2 cicak tuh aku kerjakan.. dh puas aku selongkar tubuh badan cicak tuh, aku akan panggil pembantu aku si tompok untuk selesaikan misi selanjutnya.. haha.. *zalimnye aku*
Tag dari Sarah menyatakan berkenaan barang2 yang dalam handbag/bag/poket/sering dipakai.
Ok.. ikut lawan jam ek..
1. kunci rumah yang selalu tertinggal kt rumah. aku terpaksa panjat dapur kalau benda alah ni tertinggal. dapur tu pula betul2 mengadap laluan budak2 masuk/balik ke/dr sekolah. cikgu... kenapa panjat rumah... hehe.. control ensem...
2. kunci kete lembu nk gi kerja. :)
3. senjata utama. pen biru utk menulis buku rekod mengajar dn hitam utk catat tulis memo kt boss.. hehe. pen merah dah abes. tak sempat nak beli.
4. buku rekod mengajar yang mesti kena buat. kalau gagal cikgu2 boleh dikenakan denda RM 5,000 atau penjara tak lebih 3 bulan ikut ordinan pendidikan 1957.
5. 2 thumbdrive. apacer dalam dia ada dokumen2 soalan dan nota untuk mengajar. kingston ada gambar2 yg aku backup dr laptop.
6. kad kakitangan sekolah. ada barcode. bila kitorang masuk opis, kitorang cuma perlu lalukan barcode tu kt bwh infrared. maka rekod kehadiran kitorang akan dimasukkan dlm komputer secara automatik. takde tulis2 tgn lagi kt buku kehadiran.
7. beg laptop. dalamnya ada mcm2 cd. dari cd pendidikan sampai le cd koleksi lawak senario pun ada. cd tuuuuutttt takde okeh. :) bro? apa cd mau?.. hehe
8. laptop aku. takde nama sbb masa lahir mak dia lupa buat surat beranak. dlm laptop nih ada semua rekod pelajar daerah dari darjah 1 smpai form 6 semua sekolah. selain dokumen utk mengajar, ada kira2 15,000 rekod pelajar kt sini. maklum le seluruh daerah. ada juga rekod kesalahan disiplin semua pelajar dari semua sekolah daerah nih. kira2 ada 7,000 rekod kot.. huhu.. mcm FBI lak.. oh ye.. aku jurulatih data daerah juga sebenarnya.. huhu :p.
9. dompet.. dalam dia cuma ada IC, lesen dn kad BSN, maybank aje. ada juga seringgit dlm tuh. hehe. psssttt gambar ehem2 aku sorok tempat lain. hehe..
10. aku punya nset. nokia 6288 yg kdg2 aku rasa mcm nk hempas je kt dinding bila dpt sms hasut buat demonstrasi sejak pru nih. hampeh.. dh kalah udah lee...
11. tali leher yg aku dh lupa bila last aku basuh. sebab selalu tinggal kt sekolah aje.
apa lagi ek?
- oh.. aku pakai jam tgn murah jenama citizen aje. beli kt kedai apek naik basikal. aku takleh pakai jam mahal2.. tgn aku tak serasi. hehe.
- tali leher tu aku pakai hari isnin je. selasa baju kemeja tanpa tali leher. rabu baju korporat sekolah, khamis baju batik beli kt ganu, jumaat baju raihan.
aku mengajar guna laptop sepenuhnya. budak2 tu akan tonton slaid, sama ada powerpoint yg aku buat sendiri atau slaid yg aku beli dr pembekal. selain tu, budak2 akan cari bahan dari internet dalam pusat akses sekolah.
pusat akses sekolah aku.. budak2 dpt guna internet percuma kt sini. tak payah nk gi cc.. :)
ok.. itu aje kot aku jawab tag sarah.. :) kalau nak tahu lebih lanjut sila berurusan dgn setiausaha politik aku okeh. wakakaaa.. *perasan*
Wednesday, March 19, 2008
salam maulidul rasul 1429H
untuk semua:
SALAM MAULIDUR RASUL 1429H.
banyakkan salawat kepada Nabi. jgn lupa.. 12 rabiul awal juga tarikh wafat Nabi. mari sama2 ikut ajaran Nabi Muhammad dgn taat dn istiqamah. Rasul wafat akibat sakit dn tlh sampai janji Allah mewafatkannya. sebahagian ulama mengatakan demam dn ada yang kata demam panas yang membawa sakit kepala yang berat. namun jgn lupa, Rasul juga pernah diracun oleh wanita yahudi bani khaibar. dn kesan racun tu menambah lagi sakit Rasul sewaktu demam.. wallahu a'lam.
Ya Allah, jadikan kami umat Muhammad di dunia dn akhirat serta mendpt syafaat baginda di hari para Nabi dn Rasul tidak dpt memberi syafaat mereka kecuali Muhammad Rasulullah. Amin.
********************************************************
nota: fakta sejarah diambil dari Ensiklopedia Sejarah dan Perjuangan Nabi Muhammad. oleh H. Zainal Arifin Abbas. Kisah tentera bergajah diambil dari jilid 1 mukasurat 298-299. diolah untuk lebih santai oleh cikgu jawe tanpa maksud mengubah fakta dan ketulenan sejarah.
kisah apek tua.. :)
berkereot2 bunyi rantai tidak berminyak. sungguh2 longgar rantai basikal hampir2 tertanggal juga. malah lampu basikalnya hampir2 tertanggal dari pedalnya.
namun apek tua tetap tabah mengayuh. baginya basikal itu adalah dunianya. dan dia merasakan sangat indah dunianya sendiri.
dia berhenti betul2 di hadapan sebuah restoran. memakirkan basikalnya yang hampir roboh betul2 di tepi longkang. dengan langkah perlahan masuk ke dalam restoran dan mengambil meja paling belakang. suasana restoran agak sunyi. orang belum ramai lagi agaknya. maklum le malam tadi hujan dan orang2 terlewat bangun pagi nih. atau masing2 sedang mandi kebasahan.. hehe.
datang pelayan restoran separuh usia. mengambil pesanan..
pelayan: minum apa kawan?
apek: kopi o.
pelayan: makan?
apek: capati kuah kelapa.
pelayan: kawan sikit mau tanya boleh?
apek: apa dia?
pelayan: lu punya anak ada minum sini juga.. tapi dia datang banyak lawa wooo.. pakai kemas, kereta merc.. tapi lu datang sini ini macam selekeh.. psssttt.. you punya anak tarak kasi wang sama you ke kawan?
apek: dia tak ada kasi le.. wa pun tatak mau duit dia. sendiri dia cari maaa.. tapi biar la dia itu mcm maaa... dia punya bapak org kaya jutawan maaa.. banyak duit. boleh la dia pakai mahal2 ... tapi wa punya bapak orang miskin maaa.. apa macam mau pakai mahal2.. haiyyyaaa..!! talak pikir punya olang..
pelayan:.. lu cakap ada betul la.. lu punya anak bapak dia org kaya. tapi lu punya bapak org miskin.. mana mau sama kan?...
moral of the story:
makcik pidah kalung besaq digugurkan dari senarai kabinet. wakakkaaaa.. !!
sekian.
Tuesday, March 18, 2008
bila nak saksi.. =)
I.
isnin. hari pertama sekolah lepas cuti seminggu. cikgu2 masih dok semangat sembang pasal PRU. hari ni budak2 ada ujian 1. aku dgn 2 org kawan lepak2 kat koridor. sambil2 kawal kelas exam juga. sembang2 pasal PRU. pengetua lalu dn terdengar perbualan kami. dgn suara selamba dia berkata: ni sembang politik ke pendidikan? sambil dia selamba lalu dpn kami.
ngeeehhh.. boss aku kalau bab nyindir org.. mmg beracun. peeerrgghhh!.
II.
semalam juga boss berucap kt perhimpunan. dia kata mana2 pelajar terbaik dlm ujian 1 nih akan dapat RM50.00 dari dia. hanya 1 pelajar setiap kelas. budak2 bersorak gembira.
cikgu pening kepala. budak2 tuntut hadiah juga dari cikgu. kalau markah tertinggi cikgu nak bagi apa?
aku kata: tak bagi apa-apa!. aku ngajar korang nih pun dh kira hadiah paling besar aku bagi. hakikatnya mmg dh jd tradisi aku bagi hadiah setiap pelajar yg dpt markah tertinggi dlm subjek aku. =) see.. aku dh kata aku cikgu baek. hehe.. cikgu disiplin yg dh berfungsi mcm kaunselor. ahaks!
III.
dpt sms dr kawan lama. dia dpt tahu yg pakwe dia dh bertunang dgn org lain yg sekampung dgn dia dn akan bernikah dlm masa terdekat. dlm pasrah akhirnya air mata tumpah..
apa spesies lelaki le.. awek ko tuh dh le cantik, lemah lembut, setia.. ustazah lagi.. yang ko cari lain tu apasal lee.. masa dia praktikal kt sekolah aku dulu, punya le ramai kwn2 nak tackle dia. tapi dek kerana setia kt pakwe.. semua dia tolak dgn baik. hish! buta mata lelaki tuh..
sabar wahai sahabat. tabahkan hati dn kuatkan jiwa. tak selalu hidup ini cerah langitnya. dalam mendung ada rahmat jua. panas dan mendung lumrah cerita kehidupan. mmg sakit diuji, kerana org yg tak berasa sakit waktu diuji adalah orang yang sombong..
IV.
bumbung sekolah berlubang. ingatkan ada meteor jatuh. opss!!. sekolah aku kena pecah masuk time cuti. pencuri panjat dari bumbung? isk.. tapi apa ke jenis pencuri bangang. dia pecah masuk bilik buku teks. bukan ada duit dlm tuh. buku2 aje. pecah masuk le opis. banyak duit dlm tuh. takpun koperasi.. ada juta2 dlm tuh. ni pecah bilik buku teks.. agaknya pencuri nk pinjam buku teks nk ambik exam kot.. hahaha
ape le punya merapu.. jadi le. asal blog tak bersawang.. ngeeehhhh..
Saturday, March 15, 2008
alasan..

boss.. berikut sebab2 yang mendorong kejatuhan subjek sejarah STPM yang aku ajar: (sila baca dgn aman damai ek..)
1. peningkatan harga minyak.
budak2 tak dpt nk gi sekolah sebab minyak naik. deme takde duit nak beli minyak motor.
2. peningkatan harga sawit di pasaran dunia.
budak2 tu tak mau pergi sekolah. deme gi petik sawit. rege sawit tgh tinggi boss..
3. pasaran matawang tak stabil.
budak2 tu takut nak belanja duit gi kantin boss. baik makan kt rumah. tu yg mendorong mereka ponteng dn tak gi sekolah boss. sekaligus ponteng kelas aku. huhu.
4. krisis perang iraq.
budak2 tu dh daftar jd sukarelawan pengebom berani mati. erk!
5. krisis minyak dunia.
budak2 tu skrg jd tokey minyak urut jual kt pasar malam. dh lupa nk study STPM.
6. politik afrika tak stabil.
diaorg risau boss. kalau2 tetiba je perang dunia ke-3. diaorg dh daftar jd wataniah. dh takmau belajar..
7. harga getah melambung.
budak2 tu rela jadi penoreh getah je boss. paling tidak dpt juga duit. belajar rajin2 sampai U pun masih tak dpt keje..
8. penerokaan hutan berlebihan.
rumah mrk banjir boss.. tak boleh nak gi sekolah.
9. cikgu sejarah dia ensem sgt..
tu yg payah boss.. time aku ngajar memasing dok khayal.. risau boss. dh le semua student STPM aku pompuan.. tak jadi mrk belajar boss. kosentrasi terganggu. aku pun terancam boss. lain aku ajar lain mrk dapat..
amacam boss.. logik kan alasan aku? hehe..
Friday, March 14, 2008
bicara mimbar
tempat: masjid lama.
kehadiran: kurang ramai. mesjid tak penuh mcm selalu. bekas wakil rakyat sini yg selalu dtg duk sebelah aku hari ni tak datang. mungkin solat tempat lain. hihi. ada SB dtg solat juga.. hihi. apa le tk abis2 depa nih. udah2 le tuu..
cuaca: mendung dan berangin. rahmat tuhan pemerintahan baru.
khatib: bekas ustaz aku yg dulu pernah tampar aku masa aku sekolah menengah.. tapi sekarang dh jadi kawan baik. =)
jam: 1.35 pm
isi khutbah:
1. Islam agama yang meraikan kebebasan.
2. bebas bersuara, berfikir dan bertindak.
3. namun kebebasan yg Islam beri kebebasan terarah / terdidik.
4. bebas memakai apa jenis pakaian asalkan menutup aurat dan menepati syarak.
5. bebas makan apa shj selain yg tlh diharamkan oleh syarak.
6. org kafir tak dipaksa masuk Islam. tapi bila dh masuk Islam kena le patuh ajaran Islam.
7. rapatkan persaudaraan dn jauhi pertelingkahan dn perpecahan. (mcm ada kena mengena dgn pru aje..)
8. doa. (rasanya ustaz aku lupa doa utk sultan. atau aku tak perasan sbb dia baca laju sgt..)
solat jumaat tamat jam 2.05 ptg.
sori ek. lambat sikit. balik kg tadi..
hargailah perbezaan

After two years of what it perceived to be a bitter failure, it spoke to the water bearer one day by the stream. “I am ashamed of myself, and I want to apologize to you. I have been able to deliver only half my load because this crack in my side causeswater to leak out all the way back to your house. Because of my flaws, you have to do all of this work, and you don’t get full value from your efforts,” the pot said.
The bearer said to the pot, “Did you notice that there were flowers only on your side of the path, but not on the other pot’s side? That’s because I have always known about your flaw. So I planted flower seeds on your side of the path, and every day while we walk back, you’ve watered them. For two years I have been able to pick these beautiful flowers to decorate the table. Without you being just the way you are, there would not be this beauty to grace the house?
Moral: Each of us has our own unique flaws. We’re all cracked pots. But it’s the cracks and flaws we each have that make our lives together so very interesting and rewarding. You’ve just got to take each person for what they are, and look for the good in them.
Blessed are the flexible, for they shall not be bent out of shape. Remember to appreciate all the different people in your life.
Thursday, March 13, 2008
aku tgh sedih... :(
aku akan apdet perinciannya setelah aku dpt data2 lengkap mengenainya. buat sementara itu.. aku nk kaji balik di mana salah silap teknik pengajaran aku. kekuatan dan kelemahan.. aku akan buat laporan mengenainya.
kalau pengetua maafkan aku, kekal le aku kt sekolah ni. kalau tidak; aku kena bungkus barang dn cari rezeki tempat lain.. huhu.
kawan aku, kak M bagitau, ada bekas murid aku calon SPM thn lepas sdg menangis kt kantin. dia dpt semua subjek 9G..
*sedih..*
Wednesday, March 12, 2008
kampung aku banjer weeiii..
air tidak le dalam sgt. cuma paras peha je..
rumah kayu kat belakang sekali tu le rumah atuk aku =)
parit depan rumah. tempat aku mandi manda masa budak2 dn kat sini le aku kena balun bapa aku sebab mandi tak hengat dunia. aku ada cerita kt n3 lepas..
Tuesday, March 11, 2008
n3 ke 100
ni n3 aku ke 100. kejap je rasanya. mcm baru semalam buat rumah baru. sebenarnya, aku ingat ni n3 aku yg ke 350 ++ kot kalau campur blog lama dulu.
jadi sempena n3 ke 100 ni, aku nak dedikasikan khas utk atuk aku. aku tau atuk aku tak akan buka blog aku. dia tak tau pun apa itu internet. apatah lagi programming language, vector graphics atau photo editing.. hihi.. :) psssttt.. tapi atuk aku ada nset tau. nokia lagi.. haha.. aku selalu jd mangsa tolong topupkan kredit dia.. :)
aku membesar dgn atuk. masa aku kecik2 dulu aku selalu tidur kt umah atuk, makan nasi kat sana. sampai mak aku jeles aku tak makan masakan dia. haha.
aku mengaku, aku memang cucu kesayangan atuk dn nenek. masa arwah nenek dulu, selalu nenek sikatkan rambut aku, cari kutu, urut badan aku. arwah nenek memang sgt2 manjakan aku. nenek pernah marah mak aku sebab dia marah kt aku :) huhu.. rindu nk kena manje lagi... waaaaa
masa kecik2, atuk selalu bawa aku dgn motosikal. aku pergi kebun kopi dia kt tok muda (kapar). aku masuk dlm bakul buluh yang besar gedabak tuh. sekarang nak cari bakul tu pun payah. aku akan tolong atuk kutip kopi dan kelapa. bila bakul penuh, aku dok depan atuk betul2 atas tangki minyak. lepas abes kutip kopi, biasa atuk akan singgah restoren kt Kapar. dia akan belanja aku minum F&N ais yg botol kaca tuh dgn roti canai. nikmatnya masa tuuu.. huhu
atuk pernah bawa aku pergi sekinchan dn banting masa pakcik aku nk kawen. dia nk jemput sedara mara datang. adat org jawa masa tu, kalau nak jemput sedara mara, kene dtg jemput mulut. kalau pakai sms haram jadah tak pergi lee..
atuk berenti banyak kali sementara nak sampai sekinchan. letih bawa motor katanya. sampai sekinchan, atuk jemput sedara mara dgn bahasa jawa halus yg aku pun tak faham.. aku ingat lagi, kami tidur 1 malam kt sekinchan. masa tu nk pergi sekinchan dari meru makan masa 4 jam. sekarang 1 jam je paling lama. bila kt banting pula dia guna dialek jawa yg berbeza dgn sekinchan. bila kt kanchong darat, dia guna dialek lain pula. rupanya atuk aku mahir pelbagai dialek jawa. tak macam aku.. haha..
aku dn atuk pernah sama2 redah selut lumpur demi nak cari setengah bakul kerang kt pantai remis, jeram. skrg jgn harap le.. pantai tempat aku dn atuk lepak2 dulu dh jadi milik bangsa ah seng. dh berpagar pun.
atuk banyak kali eksiden moto.
oh ya. dulu atuk aku seorang guru agama kt kampung. bila petang2, org kampung dtg ke rumah mengaji fiqh dgn dia. dia juga bekas imam mesjid. aku suka kalau atuk aku jadi imam tarawikh. laju!.. hahahaa.. standard le org dulu2 nk cepat siap jee..
atuk aku juga khalifah tarekat kt kampung. dia mengamalkan tarekat naqsyabandi dn ada murid2 seluruh klang. dlm tesis aku, aku ada cerita sejarah perkembangan tarekat ni di klang. atuk ajar aku banyak ilmu tasawwuf dn zikir2 sufi. mungkin dia tgk aku cucu yg paling nakal dlm ramai2 cucu dia. huhuhu. tapi aku degil. byk zikir2 sufi yg atuk aku ajar aku tak buat. hampeh betul le aku.
dia juga pakar dlm bidang fiqh faraid. (harta pusaka). bagi le apa pun masalah pusaka, dia boleh selesaikan secara sepontan. sifir pusaka dh mcm dlm kepala dia. (tak mcm cucu dia yg sorang sempoi nih). padahal fiqh faraid le yg paling susah dlm cabang ilmu fikah. ramai ustaz2 cabut lari kalau org tanya benda nih.
sekarang atuk dah tua. aku pun tak tau umur dia yg sebenar berapa. dia kata dia sama tua dgn tun mahathir. tapi bapa aku kata dia lagi tua dlm 90 thn lbh. sebab dia lambat buat surat beranak. org dulu2 kannn..
atuk tak lagi sihat mcm dulu. dh uzur. dia tak lagi jd imam. dh tak mengajar org kampung. dh tak pimpin lagi jamaah tarikat naqsyabandi. sepanjang masa dia lbh byk baring dr duduk. oh.. atuk aku masih larat berjalan sebenarnya. bertongkat juga. cuma badan dia lemah2. tenaganya dh banyak kurang. cuma bila sesekali aku balik kg dn ziarah dia, dia tak jemu2 mengajar aku ilmu agama dn amalan sufi sedaya dia. ish.. degil betul aku tak mau amal apa atuk ajar.. :(
ni dia atuk aku tuh..
atuk awat buat mata redup cam tuh. nanti kawan2 blogger pompuan terpikat.. ramai yg bujang2 tuh atuk.. tak rela aku dpt nenek kwn2 blogger nih... ekekekkeee
sayang atuk.. =)seorang tua di kaki bukit
aku sebenarnya nk berenti posting politik nih. nk jadi cikgu sempoi mcm selalu. tapi teringat ada satu peristiwa petang ahad..
aku masuk satu restoran kt kuala selangor. niat mmg nak minum petang. isteri kt johor, tu yg merayau cari
mamak: "apa makan..?"
aku: "roti telur"
mamak: "minum..?"
aku: "ginseng"
sambil2 tunggu, aku tgk sekeliling. wah! memasing cerita PRU12 lah. hmmm..
"macam ni nak pindah johor lah bang.." satu suara belakang aku tetiba.
aku toleh.. rupanya pakcik. agak kurus mungkin umur lewat 50-an. berbaju kemeja biru, sama warna macam t-shirt aku. atas mejanya sepinggan mee goreng dan teh segelas belum terusik. oh! dia bercakap dlm dialek melayu kuala selangor yg agk pekat. mujur aku dh 7 tahun kt sini. faham serba sedikit lenggok lontaran suara mrk yg unik tu.
aku: "kenapa nak pindah pakcik?"
dia: 'kt sini dh parti pembangkang menang"
aik.. takkan pasal tu je..
aku cucuk lagi: "agak2 pakcik leee.. kenapa diaorg boleh menang ye.."
dia: "diaorang main bomoh siam besar.."
aik...?
dia: "aku dh cakap kt datuk.. jgn buat bulan 3. bomoh2 kata tak selamat. patut buat bulan 8.."
huh.. sapa yag main bomoh..?
dia: "tapi datuk tak nak dengar cakap aku.. sapa tak kenal aku?. satu malaysia kenal aku.."
ye ke?. aku tak kenal pun.. hahhaha!
dia: "dulu aku kuat pembangkang. tapi sekarang aku dah tobat. demi negara tercinta."
aku: "orang kita belot ke pakcik?" aku cucuk lagi..
dia: "ye.. ada yang belot. SPR pun belot. SPR orang kita, tapi dia belot.."
haaa... ngaku yee... abes le pakcik nih.
dia: "orang umno pun belot.. unit perang saraf tak buat kerja. malam hari mengundi tak ada kt bilik gerakan"
aku: "kenapa jadi macam tu..?"
dia: "ntah lah.. pembangkang main kotor. main tipu. edar risalah fitnah. aku kutip semuanya malam2 sorang. kita sepanjang pilihanraya tak pernah main kotor.."
iyo ko pakcik..
banyak sebenarnya perbualan kami. dari kemenangan pembangkang, ketuanan melayu, kestabilan politik melayu sampai le masalah2 dalaman umno kt kuala selangor. semua dia cerita. semua menyumbang kekalahan BN kat sini. dasat juga ilmu politik pakcik nih. mcm bukan org biasa. kalau le aku sb, misi aku dh berjaya. :) hehe.. ada sesapa nak maklumat rahsia?
aku malas nak layan pakcik. aku dah lapar. roti pun dah sampai. "sila makan pakcik.."
terdengar dia mengomel lagi.. mee goreng dia tak tersentuh pun.
"aku nak pindah johor, tak pe le kerja cuci longkang pun.."
lantak ko le pakcik..
Monday, March 10, 2008
mestikah sombong di muka bumi..?




sila klik imej utk besar gedabak..
jgn cakap jeee
cerita pasal PRU12 dah sampai penghujung. ramai yang tahu keputusannya. aku taknak ulas apa yang dh berlaku disebalik kemenangan BA dan kekalahan BN bak domino.
mungkin posting2 aku agak memihak pada BA. dan mungkin ada yang terasa hati. aku minta maaf.
aku dah jelaskan dulu dlm blog ni. aku BUKAN lah penyokong tegar BA. aku ahli akademik yang melihat sesuatu berdasarkan fakta dan ilmu. secara jujur, aku bukan ahli parti mana2 parti politik di Malaysia. kecenderungan pada BA akibat ketidakadilan BN terhadap rakyat. mungkin BN hebat mentadbir, tapi lemah dalam kesaksamaan sosial, agihan ekonomi dan paling utama pembinaan jiwa rakyat berasaskan agama.
rakyat kini akan menilai pula sistem pentadbiran BA. adakah mereka cakap serupa bikin? jurang ekonomi, rasuah, kesamarataan sosial, pembangunan jiwa insan.. adakah mereka akan laksanakan. jika tidak, BA juga harus dihukum. harus ditegur, dinasihati, dimarahi.. dan kalau mereka bongkak mesti ditumbangkan juga!.
apa perasaan aku bila BA menang?. tanya Manje dn UncleJ. jawapan aku: syukur tapi biasa. tiada apa2. mungkin ada sikit gembira sebab dpt MB baru. sekarang bukan masa untuk berpesta meraikan kemenangan. sekarang masa untuk tunai janji. apa yang dikata mesti dikota. kuasa adalah amanah, bukan kesempatan.
kalau BA ingkar. terimalah padahnya.
note: penyokong BA org Melayu jgn terlalu ghairah. politik kelihatan seperti pisau tumpul tapi sebenarnya sgt tajam. dlm perjuangkan ideologi, jgn lupa agama dn jati diri sebgai Melayu. aku kurang selesa apa yang berlaku di Perak sekarang. DAP berkeras mahukan MB dari mereka yg sudah tentu bukan melayu. calon2 PKR pula yg menang juga bukan melayu. sila perhati situasi ni dgn cermat. ada hidden agenda seolahnya di sini. perak negeri bersultan. milik orang melayu. DAP sila jgn cari pasal..
cukuplah kot n3 politik setakat nih. kembali ke dunia realiti.
Sunday, March 9, 2008
hari pangkah..
aku mengundi kat kampung aku kt meru. eerr.. dia punya excited tak sama le mcm mula2 ngundi. ni kali ke-3 aku ngundi dn aku tak pernah belot pangkah yg tu..tu..tu.. leee.. :)
oleh kerana isteri aku ngundi kt kampung dia kt Klang, aku hantar dia balik ngundi dulu. kawasan dia DUN Selat Klang. dia pun pangkah yg tu..tu..tu.. leee.. :) waktu aku lalu depan post parti blue (hahaha.. mcm parti lucah je bunyi.. huhu), awek2 jelita nan ayu puteri2 blue goda aku agar pangkah calon blue.. haha.. aku cakap selambe kt puteri2 ahli parti blue tu.. "sudah2 le tu kak.. sampai bila nak jadi orang utan.. hahaha"
aku hantar isteri aku awal sebab aku ada agenda dgn budak2 parti blue tu.. :) teruskan membaca..
aku kendian balik ke Meru. giliran aku pangkah pula. masuk pintu pagar sekolah, bagi IC kt pegawai SPR, semak dn nama aku -ada-. masuk kelas, bg IC kt pegawai SPR. dia bagi kertas undi. pergi ke meja pangkah dn memangkah. lipat kertas undi, masukkan dlm bekas telus tu dn.. viola!. syukur!. aku dh tunaikan hak warganegara yg baik.
lepas ngundi, aku lepak kt pondok panas menghijau tuh. sambil2 makan2 apa yang ada kt situ. makanan tu sebenarnya utk petugas. tapi dh diaorg pelawa, kang sombong lak tak ambil. bukan byk pun; cuma makan tembikai, goreng2an, 100 plus, air mineral, kerepek. ada nasi tapi malu pula nak ambil. (walau perut dh menyanyi2 metal rock kelaparan).
menjelang petang, ronda2 sat pondok2 panas lain2 kt DUN Meru. ni gambar2 dia...
ni kat pondok dpn SMK Meru. tgk makanan kt hujung tu. lapoorr leee.. :)
lepas nih, semua janji yang ditabur kena ditepati. jgn sekadar penyedap mulut pilihanraya. jika BA mungkir janji, rakyat akan tukar lagi dalam PRU13. pastu kena tunggu lagi 50 tahun kalau nak menang semula atau tunggu generasi kepimpinan yang ada berganti yang baru.
tahniah kepada rakyat Malaysia yang mengundi. yang dh layak tapi belum daftar tu, bila le korang nak sedar2 ni yee..
note: BA menang besar kt Selangor. Ujian dari Allah sebenarnya. adakah mereka jujur dan cakap serupa bikin sewaktu memerintah. Moga2 Allah beri jalan mudah dan kekuatan kepada mereka.
Thursday, March 6, 2008
apakah salahku..
di tengah padang kedapatan sekumpulan pelajar sekolah aku sedang berkerumun. ditemani cikgu2 mereka. owh.. mereka sedang menyaksikan pertandingan sukan peringkat daerah. tapi peliknya.. semua murid sekolah aku hanya tegak berdiri. macam patung kt tugu negara. senyap sunyi dn sesekali berbisik2 malu.
ni sukan ape senyap sunyi kt padang nih?.
aku parking kete. keluar untuk menjenguk dan menyiasat. kot2 ada pertandingan catur kt situ. maklum lee.. kan hanya catur je yg sunyi sepi. tapi kt tengah padang pula.
aku menghampiri kumpulan murid sekolah aku. owh.. ada pertandingan rupanya. sekolah aku lawan sebuah sekolah harapan negara. suasana agak cemas. maklum le.. sekolah lawan mmg terkenal kuat.
aku tegur mereka.
"ni kenapa senyap jeee.. sorak le sikit bagi sokongan.. ni bukan majlis resmi. ni kat padang"
"dia org malu cikgu..baru form 1" kata Buk Endang, si jurulatih.
"oh ye ke.. meh aku ajar sikit bagi sokongan.." kata aku.
aku berdiri betul2 belakang pintu gol.
bila pihak lawan nk rampas bola, aku jerit: "takik je kaki dia!" adeh! jahatnya mulut aku..
bila pihak lawan rapat ke pintu gol, aku jerit: "mane ade gol punya.. dia takuut tuuu.."
bila pihak lawan bawa lari bola, aku jerit: "meh le dtg kalau berani.."
bila pemain aku foul, aku jerit: "ref.. makan berapa ko kena bayor?"
bila pemain sekolah aku dpt gol, aku jerit: "tgk!! dia dh gubra!.. gol lagi!!
dan pelbagai serangan mental lagi. hahaha.. maka makin meriah le pertandingan. sambil2 murid aku mula bersuara dn bersorak setiap kali pasukan sekolah aku dpt gol.
mula2 sekolah aku leading 3-0. pastu pihak lawan samakan 3-3. pastu mrk leading pula 3-5. pastu sekolah aku samakan pula 5-5.. meriah dn sengit sekali.
tetiba dtg sorang urusetia baju putih.
"cikgu.. sila tinggalkan belakang pintu gol ye. ini dh peraturan pertandingan bola jaring. kita dh mesyuarat hari tuh.."
huhu malunye aku.. terus aku blah dn start kete. dari Pn L, aku dpt tau sekolah aku menang game tuh dgn keputusan 8-7. mujur. heh..heh..!!
note: oleh sebab malu kene sound, aku terlupa ambik gambar pula.. hihihii..
menjelang cuti sekolah
cuma kalau ada sesapa yg tersinggung atau buat2 tersinggung atau buat2 tak faham konon blurrr atau innocent gitu.. haha.. gue minta ampun.
abes dah cerita n3 lepas. nak cerita cuti pula minggu depan. aku bukan nak cerita pasal seronoknya cuti. (well.. kalau budak seronok cuti, cikgu 5 kali seronok dr budak.. wooohhooo!!.. tp buat2 cover gitu.. hek..hek..) sebab sepanjang cuti nih aku kena pergi sekolah. arahan pengetua tuh. waaaaaa!! sedey wooo. isnin 10hb tu dijangka ada meeting kt PPD. selasa 11hb rehat kt rumah kot. rabu 12hb SPM keluar. khamis 13hb ujian PTK. jumaat 14hb kt sekolah lagi siapkan analisa SPM. adeh! abis cuti aku.
hari sabtu mengundi. ahad musim orang kawen. aku dapat jemputan 5 kenduri kawen. kesemuanya high ranking kena datang. kalau datang makan2 saja ok juga. ni dtg salam berisi nih. paling kurang RM10.00 dlm sampul. oleh kerana high ranking, RM50.00 sorang paling kurang. kali 5 rumah RM250.00. oleh kerana jarak yg jauh antara rumah, aku kena siapkan pula budget minyak dn tol. minyak RM100.00, tol RM50.00 juga (sebab balik johor pergi-balik). campur hadiah, makan kt RnR, jajan bagai.. semuanya aku kira lebih kurang RM700.00 yang akan aku habiskan dalam sehari!. :)
jujur.. aku tak tau le budaya beri sumbangan atau mbecek dlm bahasa jawa, ni budaya jawa shj atau mmg budaya melayu..
begini le hidup bermasyarakat. gini le juga budaya Melayu ras Jawa. oh!. aku kena belajar ikhlas lagi. kali ni kena ikhlas beri sumbangan org kenduri kawen. mak aku selalu pesan: kalau aku tak hadir kenduri kawen org kampung, atau aku buat sombong kt masyarakat kampung.. esok2 org kampung boikot kenduri aku, baru padan muka aku. esok2 kalau
aku dh pernah saksikan depan mata kejadian tuh. takut!
note1: high ranking = yg kenduri kawen: kawan aku, pakcik aku, pengasuh anak aku,
note2 (updated): jujur.. bukan le wang ringgit jd ukuran. tp ini le realiti bermasyarakat. tumbang tiang bersandar dinding. tumbang dinding bersandar kekuda. tumbang kekuda bersandar pasak. tumbang pasak bertongkat kayu.
Wednesday, March 5, 2008
erti bulan

UMNO ada KERIS..
DAP ada ROKET..
KEADILAN ada MATA..
PAS ada BULAN..
walau sehikmat mana pun KERIS..
walau selaju mana pun ROKET..
walau setajam mana pun MATA..
kalau dh datang BULAN..
ngeh..ngeh..
Tuesday, March 4, 2008
suami, isteri dan ...
ceritanya begini:
dikhabarkan ada seorang suami yang sangat tabah dan sabar. seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab dan kasih pada keluarganya. mereka telah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan beberapa orang anak.
suami ini sangat bertuah. dikurniakan seorang isteri yang sangat cantik. tiada apa kurangnya isteri ini. pandai juga memasak dan mengemas rumah. namun si isteri ada satu sifat; suka membebel dan suka mengarah suaminya itu dan ini.
si suami sangat sabar pula. melayan kerenah isteri dan menadah telinganya untuk dimarahi walaupun hanya kesilapan kecil sahaja. si suami langsung tak melawan.
dikisahkan; pada suatu petang, sewaktu si suami mengambil wuduk di tepi telaga, si isteri membebel lagi pot..pet..pot..pet.. ntah apa2 yang tak dipuas hatinya. akhirnya kesabaran si suami sampai noktahnya. ditolaknya isteri ke dalam telaga dan dia pun masuk ke dalam rumah.
menjelang malam, si suami keheranan. kenapa isterinya belum balik rumah walau sudah larut malam. hujung telinganya menangkap bunyi kocakan air. baru dia teringat.. Ya Allah...!!. segera dia berlari ke arah telaga, menghulur tali sambil menjerit2 memanggil isterinya.
tiba2 tali terasa tegang seperti ada yang memautnya. tali ditarik perlahan2 ke muka telaga. tiba2 kedapatan satu makhluk berbulu lebat dan agak besar sedang memaut tali. si suami keheranan. lalu bertanya:
"siapa kau?"
jawab lembaga: "aku penunggu telaga nih. sekarang aku nak keluar.. bosan duduk dalam telaga.."
"kenapa?" tanya si suami..
jawab lembaga tadi: "aku dah duduk dalam telaga nih selama 20 tahun dgn aman damai.. tetiba petang tadi ada sorang pompuan dok masuk telaga sambil membebel tak sudah2 sampai aku pun dibebelnya. tensen aku!. dah tak aman dunia aku.. ntah mana dtg pompuan tu.."
;)
~cerita rekaan je..~
moral of the story: fikir le sendiri.. hahahhaaa.. adeh! larriiikkkkk!!!
Monday, March 3, 2008
erti RM 44.90
dia menemui penolong kanan. berbincang agak lama dan kemudian menuruni tangga dan mendapatkan basikalnya lalu mengayuh pergi.
kami mengenali ayah itu. saban awal tahun dia akan datang ke sekolah. dia seorang miskin tapi tidak layak zakat kerana masalah prosedur. iaitu dia cuma penduduk tetap dan tak layak zakat. tapi anak2nya warganegara Malaysia. kami kenal keluarganya dan kemiskinannya.
penolong kanan masuk ke bilik guru. mendapatkan beberapa orang guru dan membisikkan sesuatu...
"ada sesiapa nak sponsor yuran sekolah anak orang tu tadi..?"
kami berpandangan. masing2 menghela nafas panjang. bukan tak mahu, tapi kami pun ada tanggungan sendiri. kadang2 yuran anak2 kami pun terhutang juga dgn sekolah. terlambat bayar juga.
seorang dua guru menawarkan diri membayarkan yuran persekolahan anak si orang tua tadi. si abang, tingkatan 5 dibayar oleh penolong kanan sendiri. si adik tingkatan 3 dibayar oleh kaunselor dan yang tingkatan 1 dibayarkan juga oleh seseorang. yang dibayarkan ialah yuran penuh sebanyak RM44.90 seorang.
itu cuma secebis kisah. malah di sana ada beberapa orang guru lain menjadi penaja kepada pelajar2 miskin yang lain membayarkan yuran mereka. kami tak kisah tolong bayarkan yuran belajar anak orang. kami dah lakukannya saban tahun dan kami tak mahu bayaran itu dipulangkan.
tapi kadang kami terluka jua. anak si miskin yang kami bayarkan yuran mereka, ada yang nakal, pemalas, kaki ponteng dan sebagainya. dan mereka berbangsa Melayu.
saat itu hati kami terluka. sudah dibayarkan yuran tapi tak kenang budi. tahun depan kami malas nak ambil peduli murid macam ni..
adapun anak orang tua tadi (si abang form 5) seorang yang bagus dan rajin. tahu menghormati guru dan tahu juga ada cikgu yang membayarkan yurannya. cuma dia tak tahu siapa yang membayarkan untuknya. dan kami takkan beritahunya. justeru dia membalasnya dengan sebaik mungkin, menjadi atlit sekolah walaupun prestasi akademiknya tak sehebat mana.
adalah biasa. ada cikgu yang terpaksa berhutang makan di kantin hujung bulan sebab budget lari RM50.00 bulan tu.. dan adalah biasa murid takkan menyedarinya.. :)
note:
sapa kata kerajaan hapuskan yuran sekolah? yang dihapuskan cuma RM4.50 aje yuran asas. yang lain kena bayar mcm biasa. kenapa le bangsa melayu mudah sgt kena tipu.. yang peliknya redha ditipu pula dan sokong pula penipu..
