Thursday, March 27, 2008

sepetang di kuala

salam bahagia.. hehe cam buletin utama plak..
*****************************************

aku berdiri di situ. bersama seseorang yang sangat cantik. tiupan angin laut segar menampar muka. sesekali angin sejuk itu menerobos celah2 tudungnya yang berwarna merah. cukup menjadikan hujung dedaun tudung meliuk lintuk menari dek angin yang lalu. dia cuba membetulkan dedaun tudung dgn jejarinya yang memutih itu. di jari manisnya tersemat sebentuk cincin menandakan dia telah berpunya.

aku memandangnya, tersenyum dan dia tersenyum manis. rupa parasnya sgt manis, lebih manis dari dulu waktu aku mengenalinya. mungkin dia sdg sgt bahagia sekarang. dan aku sgt gembira melihat dia bahagia.

pertemuan di kawasan terbuka dan kawasan tumpuan pula. orang yang lalu lalang di belakang tidak lagi kami peduli. aku menyapanya mesra. oh.. dia membalasnya ramah. kami berbual ringkas dan sesekali memerhatikan orang di hadapan.

oh.. suaranya masih macam dulu. lembut dan sopan. sama macam waktu aku mula2 kenal dia dulu. terasa kenangan dulu terimbau semula. mana mungkin aku lupa dan aku pasti dia juga takkan lupa. dia lah wanita pertama yang menghuni kamar hati aku.

mata kami sesekali memerhati ke hadapan. sesekali rasa macam diperhatikan juga. maklum le di tengah2 khalayak ramai.

10 minit sudah berlalu dan akhirnya aku dah tak tahan. aku menegur org di hadapan:

"kak.. ada masalah ke?. boleh saya tolong..?"

orang di hadapan diam membisu, buat deeekkk aje. tak lama kemudian merentap sesuatu dan terus berlalu kasar..

aku berbahasa dalam hati..

lain kali kalau nak keluarkan duit ATM tu, budget dn rancang le awal2 dari rumah. ni dh kat depan mesin ATM baru nak kira budget, kira bil api air tepon bagai, beli susu anak, bayar kete.. terhegeh2 apa barang.. tak nampak ke orang ramai tgh beratur tunggu dia nih. dh le tgh panas terik. orang ramai pula nak ambil gaji. cis!

owh.. sapa orang pompuan cantik tuh?.. takde sesiapa. wakakakaaa.. aku cuma berkhayal dia wujud. sementara menantikan kakak depan terhegeh2 keluarkan duit kt mesin ATM.. huh!.

hahaha.. ampuuunnn!! : xoxoxo.. (n3 idea dh kering kontang)

26 comments:

AiRynnz said...

wahwah tinggi sungguh imaginasi cikgu ya hihihihi

khairul najmi yusof said...

hohoho... terpegun kejap dgn khayalan tu.

khayalan menjelma
ketika fikiran melayang menjauh mengenangkan...

lalalalalalallla

Shah CJ said...

aku benar2 dh kering kontang idea. harap2 korang tak kisah aku merapu kat sini..

airynnz:
hehe.. runn punya puisi lagi tinggi imaginasi tau.
***********************

khairnaj:
ampuunnn... hehe

Neeza Shahril said...

kahkahkahhh!!! hilang letih akak masak spagetti dan creme caramel utk jamuan potluck malam ni.. memula tadi ingat kisah cikgu dolu dolu... rupanya berangaaaannn.. kwang kwang kwanggg...

rienmiel said...

wah...cikgu punya imaginasi menang la...
clap2!!!

Anonymous said...

cikgu kalau dulu ngajar kelas sy mesti best ek. rasa2 setiap kali kelas asyik gelak jer.

Rindu nye kat kelas lama.

CikguZue said...

hehehe...nak gelak dulu,
cikgu nak marah pun boleh imagine punyela cantik pompuan tu...

Anonymous said...

salam cj...

> huhuh... dasatnye imaginasi dia... <

> ye ke takde sesape...? ;p <

Anonymous said...

salam chegu..

ini dah mengelamun tahap mlm jumaat dah ni.. ekeke..

Anonymous said...

salam..
bab kayal..
(kalu zikir kan bayak apa..hehehe)

hayad said...

aku ingatkan aku la 'seseorang yang sangat cantik tu', wakakkaka :p

Inah said...

ayyoo..idea x de kah?rehat la jap..dont push urself too hard :)

Maryam said...

sib baik sejarah tu bukan subjek khayal. kalau BM, sah2 anak murid cikgu asek dengar khayalan jek.. ha ha!

akirasuri said...

Hahak!
Ni khayalkan zaujah ke cikgu :))

Sarah Mohd Shukor said...

salam cikgu yg kurindui!

sy sudah kembali menakal di sini. hihi. ok. cerita cikgu kali ni mmg... NAKAL! siap sempat bayang2 ada org cantik. ingt betul2 ada. alhamdulillah sy x penah terserempak dgn org yg kira bajet depan ATM tp dgn org yg terpaksa keluarkan barang2 dr troli wkt nak bayar di kaunter di The Store penah le. kesian amat. dia pun malu sbb duit x cukup. cikgu, kurangkn berkhayal ye. hari jumaat ni :)

Sarah Mohd Shukor said...

oh yeay! sy dpt no. 1 dlm kelas cikgu ni. sy kan anak murid yg rajin :D

Anonymous said...

cettt! ekekekek ingtkn jumpe gf lame td...rupenye brangan hihihihihiiii....

Qaseh Bidadari said...

ceh,ingat kan apo lah td...

ingat cikgu jpe x-girl td...

silversarina said...

tengah panas bebaris pun sempat lagi berangan dan siap satu karangan ... itulah dia cikgu sejati .

ayu_mkay said...

pergghhhh ayat cam novelis terkenal gitu.. sekali berangan daaaa.

Anonymous said...

neeza:
waaa.. akak masak spagetti dn creme caramel lee.. mintak skit.. hehe.. *sambil hulur pinggan nih*
********************

rien:
ni bukan imaginasi. tp image yg dh basi.. huhu
********************

khairnaj:
eeer.. tak moh le ngajar khairnaj. nanti awak buli saya. hehehe.

Anonymous said...

cikguzue:
erk.. kakak tu mmg cantik. hehe. tu yg tak jadi marah. ;)
********************

manje:
ppssstttt... diam2 udah le. haish dia nih..
********************

so'od:
huhu.. syyyhhhh.. tiap2 malam adlh mlm jumaat.. haha laariiikkkkk!!

Anonymous said...

oneib:
heh.. betul3.. zikir lagi baik.. *malu* :)
********************

hayad:
betul.. harap2 awak le yg terindah tu di antara yg tercantik.. :)
*********************

inah:
ni nak gi rehat le sat lagi inah. nak tidoq!

Anonymous said...

maryam:
subjek sastera le paling syiok nak khayal.. cerita bangsawan gitu hah.. :)
*********************

akirasuri:
hehe.. cik ati pernah nampak ke isteri aku?. hehe
*********************

sarah:
hehe.. aku ada pengalaman mcm org tu tau sarah. malu2 sgt rasa mcm nak masuk tin milo jek.. haha

rajin sarah dtg jgk ye. maceh byk2!..

Anonymous said...

iman:
tu imagine jumpa kak singa lah nana. kehkehkeh..
******************

mama ranggie:
haha.. mcm bang boom bang tu ke?
*******************
silversarina:
err.. time berbaris terlupa yg aku cikgu. ;)
*******************

ayu_mkay:
novelis apa ke bende.. tak reti mengarang pun.

khairul najmi yusof said...

sy mana pernah ada kes buli cikgu. baiki dgn cikgu2 disiplin ada ler.