dalam org2 politik dok sebuk rebut jawatan dan tak mau mengalah. ada yang kecewa tak dilantik menteri. ada yang menangis kehilangan kuasa. ada yang teriak digugurkan. ada tersenyum tersenarai semula..
maka dengan ini aku berhasrat nak tunjukkan teladan yg baik kt orang2 politik yg mungkin sebahagian kawan2 aku atau bekas anak2 murid aku atau bekas cikgu2 aku dulu.. contohilah cikgu kalian yg ensem ini. hehehe..
maka dengan ini aku mengisytiharkan AKU AKAN MELETAK JAWATAN SEBAGAI PENGHULU.
iye. aku akan meletak jawatan sebagai penghulu Kuarters Institusi Pendidikan berkuat kuasa esok. (sila rujuk gambar). adapun tindakan ini bukan le protes atau sindiran kepada sesiapa. cuma aku rasa elok le org2 muda mengambil alih pucuk kepimpinan kuarters, sebelum pakatan kuasa besar datang menyerang dan aku digulingkan dengan penuh hina. huhu.. (mcm le aku dh tue sgt..)

sudah 5 tahun aku mengemudi KIP. tanpa sebarang elaun atau saguhati. (tugas pengerusi KIP mmg free aje.. sapa nak bayor). tidak duduk kt rumah vip. tiada keistimewaan sbg penghulu. rumah aku pun bocor dn sumbat bagai mcm rumah org lain. tiada tanah atau projek sebagai habuan. malah tiada sebarang jaminan aku akan naik gred kalau jadi penghulu.
selama 5 tahun, aku menahan segala kerenah dan mehnah. menadah telinga mendengar aduan, rayuan, umpatan dan cacian juga.
5 tahun dilantik jadi penghulu dengan paksa tanpa redha. tapi aku terima dengan terbuka demi balasan pahala di sana.
aku tak sabar nak jadi rakyat jelata. orang biasa yang tiada apa2. tiada pangkat mahupun kuasa.
sebagai meraikan kemerdekaan aku, sabtu dan ahad ni aku dan famili akan bercuti di kalumpang, batang kali. kat tempat perkelahan tu lee (apa nama dia eh?) .. aku menyewa satu chalet dan bermandi-mandian kat sungai sana.
ada sapa2 nak raikan bersama?
11 comments:
salamat bercuti cikgu:)
letak jawatan?nak raikan?meh la ke KL..jco menanti :P
Huhuh!
Selamat mencutikan diri dengan zaujah dan kichik ek..
:D
nak ikut! nak ikut! nak picnic jugak!! kat sini takde sungai.. air pun disuling dari air laut. sib bai free, tak yah bayar.. hehehe..
semua kerenah dan mehnah tu jadi pengalaman...tak semua orang dapat merasanye,kan. Tahniah.
cikgu,nak ikut...
mama memang suka berpicnic lg2 kalo kat tepi sungai...
perghh..nyaman je kan...
bestnyer berkelah...saya pun nak ikut la=)
owh cikgu mengajar kt kuala selangor ke...dlu bapa saya pun keje kat kuala selangor - balai bomba batang berjuntai ^^
hehhe...selamat selamat :)
dah 5 tahun tu dah cukup dah tu lama dah tu.. dah banyak ler masyuknye tuuuu.. oooppssss hehehe bukan cikgu tau.. orang yang di luar2 sana ler tuh.
saya baru plan nak wat hari keluarga jabatan kat kalumpang.. cikgu dah nak pegi sana.. emmm pantas. tapi tmpt tu memang best. tak kecewalah kalau pegi. kalau kecewa pun taklah kecewa cam orang2 yang berebut jawatan tu.
selamat berkubang ya :)
satu penggal je ( 5 thn ) , cukup dah ke ???
selamat beristirehat sambil mengosongkan kepala dengan jawatan penghulu ... mandi jangan tak mandi air terjun tu :)
nurul:
selamat berehat hujung minggu nurul ;)
**********************
inah:
tak mau le jco. nak will i am pula.. kikiki..
***********************
akirasuri:
hehe.. maceh.. meh gi piknik cik ati :)
************************
neeza:
hahaha.. kesian le mak arab nih. meh terjun tiruk kak. sungai kt sini sejuk tau.. haha.. saje je kasi jeles.. ;)
*************************
cikguzue:
betul kak. segalanya jadi pengalaman sgt2 berharga.
**************************
mama ranggie:
jom le mama. bawa sekali anak2 mama yg comel2 tuh.
**************************
rien:
oh. itu balai bomba masih ada tau. jom le jalan2 kat sini. psssttt BB dah jadi kawasan MB baru tau.
***************************
13may:
selamat juga bro..
***************************
ayumkay:
kih..kih.. nanti masuk chalet tuh buat taktau aje le kalau sepah2 ye..
***************************
silversarina:
cukup le 5 thn tuh. bagi le org lain jawatan tak glamer tuh. haha. sungai tu takde air terjun.. :)
Post a Comment