Sunday, March 22, 2009
mula sekolah lagi =)
minggu dpn dh mula sekolah semula. bermakna keje aku kembali sebuk. org kampung aku kata bizi as a bee. :P
antaranya:
1. ujian bulanan blm buat. org lain dh hantar markah. aku soklan pun blm taip. pemalas betul le bdk2 tuh. huhu..
2. analisa spm dh siap. aku pulun sepanjang cuti kt rumah. tp takkan print pun guna kertas dn dakwat aku. dh le letrik umah aku sklh x byr. huhu
3. maka bermula la sgl maknenek strategi P&P yg aku rancang utk mengajar tapi akan dibakulsampahkan oleh student yg blurr dn tdo dlm kelas.
4. deretan alasan paling tak masuk akal akan aku cipta dlm post mortem stpm dn spm minggu depan, terutama subjek aku yg menjunam jatuh.
5. kerja2 data, perkeranian, pegawai siasatan, pegawai kaunseling, tukang pujuk rayu, tukang kayu, tukang kebun dan ahli tetap kantin sekolah. haha..
Saturday, March 21, 2009
hadoii laaa..
hadooiii laa.. sgt tk best bila dtg perasaan mcm ni. boring amat! huhu..
aku basuh free ajek dgn byrn 50 ringgit satu kete. haha!
kalau boring camnih, aku mesti makan byk. huhu..
nota: kdg2 tenet juga membosankan. :P
dilema kawen dgn ustat
Friday, March 20, 2009
intai dunia dari mata semut :)
jom refresh
tajuk: fungsi tumbuhan.
1. pokok2
2. tumbuhan juga berperanan sbg penahan dari hakisan tanah akibat berlakunya hujan lebat baru2 ini.
3. kehijauannya dapat menyegarkan mata setelah mengadap laptop selama 5 jam tanpa henti.
4. mari kita konon2 jadi semut. kita tgk indahnya tumbuhan hijau di bumi dari kacamata semut. semut guna kacamata jenama apa eh?.
5. oleh itu, mari kita kekalkan kehijauan alam. jangan musnahkannya.
woit cj! ko bila nk nebas laman rumah haaaaa?. dh mcm rumah tinggal. mcm hutan belantara.! huh!! udah2 le tu bloggging. pegang cangkul sekarang!!..
theee hii hiii..
Wednesday, March 18, 2009
nama saya rien :)
msj setakat tuh.
msj terus berenti sampai skrg.
Monday, March 16, 2009
aku sbg tukang taip
aku buat dgn excel jek. siapkan formula dn masukkan angka.
semua subjek mesti dibuat analisa. jadikan dlm btk graf dn dptkan gps setiap subjek. pasni sgl data akan dibawa dlm mesyuarat post mortem. haaa.. masa tu le berpeluh nk menjawab awat prestasi merudum!. kekekekeke [aku le tuuuu]
Sunday, March 15, 2009
apa yg kau lihat?
apa yg korang lihat?

laki pompuan sama jek. :(
kalau tiap2 hari bdk2 nampak..
tiap2 tahun cikgu terpaksa terima cucu.
cinta untuk ain
masa mula kawen dulu, mak aku pesan jaga isteri baik2. didik dgn sempurna, jgn sesekali berkasar apatah lagi naik tangan. rajin tolong isteri dn hormati keluarga pihak isteri. mak aku pesan lagi.... [adeehhh! tk larat nk tulis]. terasa mcm mak aku yg lepaskan anak dara dia, bkn anak bujang. haha!
lps kawen, aku ikut perangai aku sendiri.
aku jahit sendiri kain dn seluar koyak. iron baju sendiri, basuh dn sidai baju [yg ada pampers terbasuh sekali :P]. angkat kain dr ampaian dn longgok atas sofa. masak juadah petang kalau rajin, buat air sendiri, basuh anjung [masa aku tulis n3 nih, isteri aku tgh basuh anjung], vakum rumah dn aku plg terakhir tidur stlh pastikan semua pintu dn tingkap tlh dikunci.
seingat aku sejak kawen, aku belum pernah minta isteri masak apa yg aku nak. aku makan aje apa yg dia masak. [walau kdg2 rasa masakan dia terpelanting dr bumi terus ke langit. haha!]. aku juga tk pernah minta isteri aku buatkan air special dn kemudian letak sblh meja aku baca paper.
selalunya air minum sarapan dn minum ptg aku buat sendiri. ada masa juga isteri aku buat dn kami akan minum bersama.
tapi ada bbrp perkara yg rasanya aku blm pernah buat sejak kawen spt lipat baju sbb aku mmg tk reti melipat kain. dulu masa dok asrama aku longgok je dlm almari. kalau nk pakai masa tu baru iron. haha!
ok. kenapa aku cerita semua nih?. aku pelik dgn sikap sbhgn suami yg anggap isteri dia mcm bibik. sudah le siang bekerja sama2 cari makan, blk kerja kena kerja lagi kt rumah. mlm dikerjakan pula. ups! hihihi..
ada pula yg menengking keluar kata2 bodoh, bangang, lembap dpn isteri. isk..
nota 1: cinta utk ain aku blm pernah tgk. bdk2 aku kata best. aku kata aku tk minat drama cerita cinta. aku tak minat que haidar dn nabila huda.
nota 2: cinta utk ain hari apa eh?. dia cerita psl apa? katanya tv3.
nota 3: aku suka tgk pemanduku jutawan. sengal jek. haha!
nota 4: mak aku pernah pesan kawen sorang jek. tp sejarah moyang dn atuk mrk semua kawen lbh dr satu. aku rasa aku cucu yg baik. selalu ikut kata atuk. haha!. tetiba jek.
Saturday, March 14, 2009
bdk aku ni laahhh..
pd pendpt aku, antara kelebihan cikgu praktikal ni, mungkin mrk pandai tackle bdk2. hehe.
mungkin sbb umur mrk tk jauh beza dgn murid, atau mmg murid yg menggatal tak tau le. tapi yg aku pasan thn ni, ada sorang cikgu praktikal pompuan yg jadi kesukaan
dia lemah lembut, suka tersenyum dan orang muor. kekekke. kira terserlah le sifat ke-kakak-an kt bdk2 dn keibuan kt cikgu2 lelaki. heh!
kwn2 cikgu lama dh bising. bdk2 mcm naik seh bila tgk cikgu nih. kt kantin masa sarapan, kalau cikgu ni dok tepi tingkap, bdk2 lelaki sengaja lalu lalang kt luar tingkap 4-5 kali. pas dia pindah ke meja dalam sket [lps kami suruh], baru le bdk2 tu reda. haha!
ada satu masa tuh, aku tgh ngajar kt pusat sumber. cikgu ni masuk dok meja lain blkg aku. blhnya 2-3 bdk aku yg tgh aku ngajar tetiba berdiri menuju cikgu tuh tak pasal2. terus aku tengking bdk tuh. aku tgk muka cikgu tu berubah le gak. mcm le aku marah dia sekali. haha!
aku juga terima aduan dr cikgu lain, yg bdk lelaki pernah jumpa dia kt kuarters mlm2. mcm le tk cukup siang nk jumpa.
aku tk tau le mcmana dia kt kelas dgn bdk2. khabarnya dia pernah kena buli bdk2. aku pernah nasihat spy dia tegas sket. tp dia jwb tk sampai hati sbb dia anggap bdk2 tu mcm adik dia sendiri. aiseehhh..
ok, naik sklh nanti aku nk slow talk lg dgn cikgu pelatih tu. nasihat dia hati2 dgn bdk2 awal remaja nih. lagipun mmg tiap2 thn bdk2 aku nih naik syok dgn cikgu pelatih. aku pernah rampas satu wallet bdk lelaki yg ada gambar cikgu pelatih dlm wallet dia.
ke mmg cikgu pelatih ni layan bdk2 lbh dr patut? huhu..
bila hati mula beransur pergi..
tidak ada seorang pun blogger yg dlm senarai list ym yg aku tahu nombor telefonnya. malah ada yg tak pernah aku lihat wajahnya. tak tau pun di mana tinggalnya dan ntah siapalah dia.
tapi kita semua jadi sahabat yg rapat. jadi kawan yg mengambil berat. jadi teman yang mesra.
justeru bila ptg td aku dpt offline mesej drpd slh sorg yg blogger, yg dia nk undur diri. aku tk dpt sembunyikan rasa sedih. tambah lagi bila blognya tak dpt diakses lagi. terus dipadam. terus aku terpempan!. sungguh..
nana nur: bole x sampikn salam kasih sy pada member blogger semua cikgu?
nana nur: ntah ble kte akan brsua dialam maya lg
nana nur: entah kejap, entahkn lama
iman qaisara. aku dh sampaikan pesanmu pd mereka. kpd rakan2 blogger, mohon doakan kebaikan dan kesihatan untuk iman qaisara. maafkan le kesilapan dia dn terima le dia seadanya dn sbg rakan selamanya.
nota: ntah kenapa kan. melihat rakan2 blogger berundur sorang demi sorang, hati dicuit rasa. mcm ada rasa kejauhan di situ. member aku pindah sekolah pun aku tk rasa spt ni. huhu..
Friday, March 13, 2009
mulut ampu?
hari tu kannn, aku ada clash sket dgn aku punya PK. alaa.. clash manje gitu. kekekeke.. aku tk puas hati dgn dia sbb satu peristiwa masa mtq 2009 tu le. sikit je lwn ckp kt opis. bkn bertumbuk pun.
pastu kan, aku gatal mulut cerita sket kt 2-3 member yg aku geram kt PK. pot pet pot pet aku bebel. maklum le aku nk juga habiskan saki baki geram kt dalam poket ni ha..
tadi kan, lps jumaat PK tepon aku. dia tanya apa benda yg aku tk puas hati psl dia. pastu dia minta maaf sbb terkasar bhs dgn aku ritu. waaaaa! PK tepon minta maaf dgn aku tuh. kekekeke..
aku rasa mcm nk tergelak aje. isk.. aku pun minta maaf juga le kt dia kan. masa tu msg2 tgh tensen. ok, setel!
note: aku anggap benda ni dh setel. masing2 dh memaafkan. aku juga maafkan tukang yg sampaikan. dn aku tak berminat nk tahu sapa yg sampaikan. lantak dia le. haha!.
Thursday, March 12, 2009
2 berita
2 berita aku terima serentak.
berita gembira.
1. sekolah aku johan keseluruhan kejohanan olahraga peringkat daerah dengan memungut 30 emas.
2. juga johan dlm beberapa acara dlm mtq 2009. spt n3 kt bwh. :)
aku suka! aku suka!
berita kurang gembira.
1. bdk2 form 5 thn lepas yg aku ajar, merosot teruk dlm spm 2008. kalau thn 2007 cuma 1 org gagal. thn 2008 14 gagal. huhuhu.. apa aku nk jwb kt boss neh.
perbandingan:
spm 2007
lulus 98%
gagal 1 org
spm 2008
lulus 83%
gagal 14 org.
adeh.. nk gembira ke nk sedih nih. ^.^
MTQ 2009 - keputusan sklh aku
alhamdulillah. majlis tilawah al-quran (mtq 2009) baru je tamat sbntr tadi. rasa lega dn lapang.
ni keputusan sklh aku
1. tilawah al-quran lelaki - johan (tahun ke 6 berturut2)
2. tilawah al-quran perempuan - johan (tahun ke 11 berturut2)
3. hafazan buku teks lelaki - johan.
4. nasyid - johan.
5. hafazan al-quran perempuan - tempat ke-3
syukur pada Allah. penat lelah kami melatih berbaloi juga. paling puas hati sbb mengalahkan kumpulan nasyid yang dilatih kumpulan dvision. hihi..
aku rasa penat, tapi berbaloi dgn kejayaan ni. bdk2 yg johan cikgu pulak yg hepi lebih2. haha! =)
Wednesday, March 11, 2009
menanti esok
esok majlis tadarus al-quran peringkat daerah. sekolah aku jd tuan rumah. aku pula jd penolong su. su itu setiausaha ye. hehe..
pamplet yg aku design. mcm huduh jek. haha!
saspen gak sebenarnya. sbb program besar nih. tp aku yakin dgn kerjasama rakan2 guru. utk pengetahuan korang, sklh aku johan tilawah al-quran perempuan 10 thn berturut2 dn tilawah lelaki 5 thn berturut2. pernah juga jd johan hafazan. semuanya peringkat daerah. pernah kalahkan smk agama, sekolah agama negeri, sm sains dan sm teknik dlm tilawah al-quran. [aku berat hati nk tulis yg ni. mcm riak jeekk.. hihi]
pencapaian terbaik bdk aku ialah tempat ke 3 selangor dlm tilawah al-quran perempuan 2 thn lps kot.
sbg penolong su, aku kena pastikan semua program akan berjalan lancar. mungkin ada kekurangan sana sini, tapi aku harap tak jejaskan secara keseluruhan.
acara yang dipertandingkan esok:1. tilawah al-quran L & P
2. hafazan al-quran L & P
3. hafazan buku teks L & P
4. syarahan BM L & P
5. nasyid
6. berzanji dan marhaban.
tp yg kurang best.. esok kena pakai baju melayu. huhu.. aku kurang gemar pakai baju melayu. aku tk reti pakai sampin. muahahahaha!
juga aku pening. mana aku nk cari lagi RM1,700 utk cover makanan dn hadiah peserta. ----
Tuesday, March 10, 2009
syukur =)
alhamdulillah. subjek sejarah stpm dpt keputusan 100% lulus dlm stpm 2008. dn hanya sejarah je yg dpt 100 persen lulus.
walaupun tadek yg dpt A, sekurangnya semua pelajar dpt B dn C.
aku suka sgt sbb bdk2 aku tuh lulus tanpa aku sangka. huhu.. cikgu2 paham le maksud "tanpa aku sangka" tuh. hehe. sbb kan masa diaorg lps exam tuh, aku ada call. tanya exam sejarah diaorg. bdk jwb: "ntah le cikgu. semua yg cikgu spot tak masuk."
aku sgt gembira dgn kejayaan student aku. aku rasa bahagia sgt dn berbaloi aku gi sklh dlm keadaan demam dn migrain. hehe.
hari ni semua cikgu yg ngajar form 6 tersenyum lega. bilik guru jd ceria dn berbunga. mana taknya, semua student form 6 kami lulus stpm. keputusan 100% lulus stpm. [walaupun ada subjek yg gagal, tp kelulusan berdasarkan prinsipal. sekurangnya 1 prinsipal dh dikira lulus. dn bdk aku 10 org dpt 4 prinsipal dgn lulus semua subjek]
syukur pd Allah yg beri student aku rasa gembira tanpa disangka.
waah!.. harus aku paksa PK belanja aku sarapan esok. muahahahaha!
Monday, March 9, 2009
migrain :(
sakit kepala sgt. pusing dn mual. tk larat nk berdiri. apatah lagi nak duduk dpn laptop. rasa mcm nk tumbang. mujur ada wifi. blh le tenet sambil baring. yeaahhaaa!.
minggu dpn ada program majlis tadarus al-quran peringkat daerah. aku jd penolong su. tapi semua kerja su aku yg buat. [su kt sini bkn cikgu su blogger tuh.. hihi. jgn marah su].
aku pulak yg nasihatkan su apa yg patut buat dn tidak utk uruskan program mega. :P
isteri aku dn safwan pula kt kg. mcmana aku nk ambil nih. tak larat nk bawa kete. huhu.. kan bagus kalau ada drebar sendiri. lbh bagus kalau minyak dn kos baikpulih ditanggung oleh gomen. kekekeke..
sambutan maulid rasul kt kampung aku :)
pg td ada sambutan maulid rasul kt kg aku. setiap pasukan akan berarak ikut zon masing2. aku berarak ikut zon umno. umno?. muahahaha!. adeehhh..
setiap zon akan menyerlahkan kreativiti masing2. ada yg berpakaian pengantin. ada yang dgn paluang gendang, ada yg bawa bunga telur, bunga manggar dan ada yg berpakaian seragam.
kanak2 pun join sama. =)
acara kt mesjid. Salam Maulid Rasul
mari baca kisah menarik Maulid Rasul:
1. Abu Lahab pakcik Nabi. orang yang paling gembira dengan kelahiran nabi. dikisahkan dia segera ambil Nabi dan bawa Nabi Tawaf di Kaabah. tapi akhirnya orang yang paling benci dengan Nabi hingga disebut dlm Quran.
2. Berita kelahiran nabi disampaikan kepada Abu Lahab oleh Suwaibah al-Aslamiyyah, hamba Abu Lahab. dan beliau dimerdekakan oleh Abu Lahab kerana menyampaikan berita gembira itu.
3. Suwaibah org pertama menyusukan Nabi selain ibu Nabi, Aminah. Baginda menyusu selama 2 bulan sblm dibawa oleh Halimatus Sa'adiah ke desa Bani Sa'ad.
4. Suwaibah juga pernah menyusukan Hamzah b. Abdul Muttalib, bapa saudara Nabi.
5. Desa Bani Sa'ad ketika itu mengalami kemarau. Sejak Nabi mendiami rumah Halimah, kambing dan unta milik mereka jadi gemuk dan sentiasa mengeluarkan susu yang banyak. sedangkan jiran2 Halimah terus mengalami kemarau, kambing dn unta yang kurus tanpa setitis susu. menyebabkan timbul rasa hairan dan cemburu di klgn jiran2 Halimah.
dikutip dari Ensiklopedia Nabi Muhammad bab 1.
Allahumma Salli 'Alaa Sayyidina Muhammad Wa 'Alaa Aali Sayyidina Muhammad.
Sunday, March 8, 2009
cerita dr CH
murid2.. cikgu baru balk dr CH. nk dengar cerita cikgu?. meh dok depan rapat2.. :)
masa pergi, kitorang naik ikut simpang pulai. jln luas, pemandangan cantik sambil pejam2 celik tgk gaung. haha!.. masa balik pulak turun ikut tapah. jln byk selekoh. byk tanah runtuh skala kecil dn aku menahan mual sbb drebar bas merempit masa turun.

cerita apa yg best?
1. CH tak sejuk. aku jln2 sampai berpeluh. tp aku tgk ramai yg pakai sweater tghari.
2. kami makan kt satu restoran kt brinchang. hampeehh.. CH kwsn sayur. tapi restoran tuh cuma masak tumis taugeh.
3. aku tak beli langsung strawberi segar. malah tk makan pun strawberi kt sana. hahaha!.
4. aku juga tak beli sayur. tomato kecik pun tak beli.
5. aku tak beli teh.
6. ops! aku beli madu dgn org asli. bkn membawa blk madu org asli tau. huhu..
7. safwan paksa mak dia belikan mainan pancing. dia guling2 kt lantai market. :P
8. safwan manja sgt dgn kakak angkat dia. tk blh nk renggang. buat aku jeles. :P
9. isteri aku beli sayur, teh perisa strawberi 5-6 kotak, teh biasa 3-4 kotak dan tshirt. org pompuan mmg kuat sopping kot. huhu..
10. mak aku lbh byk shopping. beli mcm2 sbb dia teringat adik aku dn cucu2 dia kt rumah.
11. abah aku mcm aku. dia cuma beli madu gak. =)
12. aku tk beli sebarang bunga atau kaktus.
13. sampai rumah, aku mintak strawberi segar mak aku. kekekeke..
wokeh, jgn pulak tanya: "utk aku cj belikan apa?". jgn nk ngade2 ye. kirim pakai air liur tk main le. haha!. tapi aku tk nak hampakan korang. aku snap gambar bunga ros dn kaktus. sila le jamu mata eh. hehe..

esok ada perarakan Maulid Rasul kt kampung. aku sbg ajk kena pakai baju melayu merun lengkap. mana aku nk cari? :
Friday, March 6, 2009
relaks =)

Thursday, March 5, 2009
bkn blog orang baik
Wednesday, March 4, 2009
kisah seorang cikgu
"CJ!. ada kes!!." kata kak M separuh jerit. sedikit cemas.
aku sedang mengadap laptop masa tu. byk surat dn kertas kerja perlu siap segera. kak M tunjuk kpd sorg pelajar pompuan yg sdg duduk di kerusi guru. mukanya nampak menahan sakit.
"kenapa kak?"
"tangan dia kena pulas bdk form 4"
"bdk ni form berapa?"
"form 2"
"awak cerita sikit apa berlaku?"
"akak form 5............. panggil saya masuk kelas. tetiba dia tarik tangan saya dan terus pulas."
"jadi awak rasa apa sekarang?"
"tangan saya sakit sangat dan tak boleh gerak"
aku tgk tangan dia. tangan kanannya kejap genggam tangan kiri di pergelangan tangan. aku ambil air mineral kt peti sejuk dlm bilik guru. cari air mineral yg dh jadi ais. lalu aku tekapkan kt pergelangan tgn kirinya. lalukan sepanjang pergelangan tangan. buat masa ni blm darurat utk aku sentuh tangannya. cukup dgn botol air mineral jd perantara.
kak M ambil inisiatif urut tgn bdk tuh. berkerut dia menahan sakit.
"sakit cikgu.."
"tau.. awak tahan sikit. saya taruk ais. kalau tak nanti bengkak"
cikgu Y dtg bawa kain untuk anduh tangan. segera diambil tangan budak pompuan tuh dan diikat ke belakang. cekap cikgu Y buat kerja. dia mmg cikgu PBSM. sekarang tangan kiri tergantung dalam kain anduh kuning. aku telefon kaunselor.
"Lin, ada bdk pompuan cedera. syak retak atau cedera dalaman sbb kena pulas. ko tlg bawa dia gi klinik.."
setengah jam kemudian kaunselor datang dan bawa bdk tu gi klinik.
-selasa. 7.30 pagi.-
"Lin, bdk smlm mcmana cedera dia." kataku.
cikgu lin segera berubah air muka. cikgu2 pompuan lain turut menjadi kelat.
"CJ, kita kena tipu bulat2 bdk tuh"
"awat?"
"dia tk cedera pun. malah tadek sapa pulas tgn dia"
"hah?"
"siasatan dapati dia cuma ada-adakan cerita. tujuannya nk kenakan bdk form 5 tuh. mrk berdua berebut pakwe. kita semua kena tipu!"
dush!.
dh 3 hari bdk tu tk dtg sklh. kalau aku jumpa, aku nk pulas tgn dia. huh!
Tuesday, March 3, 2009
anak kecil putih mulutnya :)

Monday, March 2, 2009
umah aku skrg wifi. yay!

salam semua.
alhamdulillah. skrg umah aku dh blh wifi. hehe. tq byk2 kt dr. love yg bg tutorial free via ym. rupanya aku silap letak password aje.. huhu
skrg aku blh akses tenet dr mana2 sudut dlm rumah. aku suka!. *lompat2 tinggi*.
jadi sapa2 yg dok dekat2 meru, shah alam, ks.. blh le tumpang wifi aku dgn byrn 10 ringgit sejam. muahahahaha!.
to dr love: tq ling tlg aku yg kebluran td. tq ilebiu. mmmuuaaahhh.. haha! *spekulasi*
psssttt.. td aku reverse nissan. sekali langgar pokok kelapa. calar le bumper blkg. korang diam2 sudah la ye. nissan tu kete bini aku. dia tk tau lagi nih. haha!
Sunday, March 1, 2009
tutup laptop dn kelubung dlm gebar
ptg td lps solat zuhur, beli 2 benda nih. hehe.. AV= 99. modem = 170
boss baru
n3 kali ni agak teknikal. =)
nota: esok boss baru dtg sklh. aku saspen gak nih. dn aku dgr dr sumber yg dipercayai, boss baru juga saspen nk dtg sklh aku. aku tak kisah boss baru punya budaya keje, tp adakah boss baru blh terima cara keje aku? haha!
sbnrnya kan, boss kami yg lama pindah ke sklh boss baru. boss baru masuk sklh kami ganti boss lama. paham tak nih?. hihihi.. mcm tukar suka sama suka gitu le.
boss lama (BL) sbnrnya plan nk bersara kt sklh kami. dia dh plan perancangan utk sklh sehingga 2011 iaitu tahun dia bersara. tp BL terpaksa korbankan dirinya utk beri peluang boss baru (BB) naik pangkat dn gaji. sbb gaji BB dh sampai siling utk gred 48.
satu2nya harapan BB utk naik gaji ialah dgn naik gred ke 52. dn satu2nya harapan utk naik 52 ialah dgn gi sklh kami sbb ada form 6 dn asrama.
jd BL kiranya tlh berkorban utk rakan setugas dia merasa naik gred dn gaji. dia korbankan kepentingan dirinya utk org lain. padahal BL kalau kekal kt sklh kami, dia ada harapan blh sampai ke jusa. sbb dia msh muda lg dn dia satu2nya pengetua kanan cemerlang di ks.
aku bljr satu perkara dr BL. jgn tamak dlm mengejar pangkat dn duit. beri hak kpd org lain utk gembira sama. Insyallah, dgn gembirakan org lain, Allah akan ganti lbh. tak gitu boss? [lama]. hehe..
wahai boss [lama], u ada utang sarapan pagi dgn gua. ingat tak masa pegawai kementerian observe makmal mengejut, masa tu gua tgh ngajar bdk kt makmal guna lcd. pegawai kementerian puji sbb makmal diguna secara maksimum dn oleh bkn guru sains pula.
dgn peristiwa itu, sklh dpt markah tinggi dlm aspek pengunaan makmal. jgn buat2 lupa yg itu boos eh. gua tak pernah lupa!. hahaha..
boss juga yg ckp kan, dgn gembirakan org lain, Allah akan bg lebih.. huhu



