Seorang ayah datang ke sekolah siang tadi. dengan berbaju lusuh dn seluar kebun. memakirkan basikal tuanya di tepi kolam ikan. dia memanjat anak tangga menuju pejabat sekolah. tangannya kosong tanpa membawa apa2 namun hatinya menggendong harapan.
dia menemui penolong kanan. berbincang agak lama dan kemudian menuruni tangga dan mendapatkan basikalnya lalu mengayuh pergi.
kami mengenali ayah itu. saban awal tahun dia akan datang ke sekolah. dia seorang miskin tapi tidak layak zakat kerana masalah prosedur. iaitu dia cuma penduduk tetap dan tak layak zakat. tapi anak2nya warganegara Malaysia. kami kenal keluarganya dan kemiskinannya.
penolong kanan masuk ke bilik guru. mendapatkan beberapa orang guru dan membisikkan sesuatu...
"ada sesiapa nak sponsor yuran sekolah anak orang tu tadi..?"
kami berpandangan. masing2 menghela nafas panjang. bukan tak mahu, tapi kami pun ada tanggungan sendiri. kadang2 yuran anak2 kami pun terhutang juga dgn sekolah. terlambat bayar juga.
seorang dua guru menawarkan diri membayarkan yuran persekolahan anak si orang tua tadi. si abang, tingkatan 5 dibayar oleh penolong kanan sendiri. si adik tingkatan 3 dibayar oleh kaunselor dan yang tingkatan 1 dibayarkan juga oleh seseorang. yang dibayarkan ialah yuran penuh sebanyak RM44.90 seorang.
itu cuma secebis kisah. malah di sana ada beberapa orang guru lain menjadi penaja kepada pelajar2 miskin yang lain membayarkan yuran mereka. kami tak kisah tolong bayarkan yuran belajar anak orang. kami dah lakukannya saban tahun dan kami tak mahu bayaran itu dipulangkan.
tapi kadang kami terluka jua. anak si miskin yang kami bayarkan yuran mereka, ada yang nakal, pemalas, kaki ponteng dan sebagainya. dan mereka berbangsa Melayu.
saat itu hati kami terluka. sudah dibayarkan yuran tapi tak kenang budi. tahun depan kami malas nak ambil peduli murid macam ni..
adapun anak orang tua tadi (si abang form 5) seorang yang bagus dan rajin. tahu menghormati guru dan tahu juga ada cikgu yang membayarkan yurannya. cuma dia tak tahu siapa yang membayarkan untuknya. dan kami takkan beritahunya. justeru dia membalasnya dengan sebaik mungkin, menjadi atlit sekolah walaupun prestasi akademiknya tak sehebat mana.
adalah biasa. ada cikgu yang terpaksa berhutang makan di kantin hujung bulan sebab budget lari RM50.00 bulan tu.. dan adalah biasa murid takkan menyedarinya.. :)
note:
sapa kata kerajaan hapuskan yuran sekolah? yang dihapuskan cuma RM4.50 aje yuran asas. yang lain kena bayar mcm biasa. kenapa le bangsa melayu mudah sgt kena tipu.. yang peliknya redha ditipu pula dan sokong pula penipu..
16 comments:
Salam.
Aik..
katanya cuti berblog..
he he he..
Bagus betul cekgu-cekgu..
Mudah-mudahan diberkati..
tak dapat di sini, insya-Allah bekalan untuk di sana :)
salam cikgu. dobre utra :)
dh abis dh merajuknya ye. hihi. cikgu, kisah RM44.90 ni buat sy bergenang. hati sy sebak. sebak atas kemiskinan keluarga tu. n sebak sbb kemuliaan hati cikgu2 yg nak bayarkn yuran utk anak2 muridnya tu. syukurnya bg kita yg lahir dlm keluarga yg tak susah walaupun tak la kaya raya. psl penipuan tu, tu pasal kena tukar cepat :D
alhamdulillah masih ada guru2 yang begitu prihatin pada pelajar2 yang memerlukan bantuan. mudah2 sedekah amal jariah itu diberkatiNYA.
note:
ntahlah 'mereka2' ni, buta2 dibodohkan & ditipunya anak2 bangsa yang sememangnya menyokong 'mereka'. mudah2an 'mereka' itu sedar akan perbuatan 'mereka' dan besarlah harapan agar anak2 bangsa itu juga sedar!
hehehe maaf ye cikgu ada sikit emo plak.
salam..menghulur lebih baik dari menerima..moga amal kita berpanjangan....
salam cikgu...
selamat kembali..sib baik x majuk lelama hihihihi
emmm....mendidik anak murid skrang ni x semudah seperti guru2 yang dahulu tul ker cikgu? :)
Salamckgu...sebak juga baca entry ckgu kali ini...kemiskinan adalah ujian dari Allah,Allah menetapkan sesuatu kepada hambaNYA dengan bersebab dan berpunca...kita tanya pada diri, kenapa perlu ada/wujud golongan miskin dalam komuniti kita...byk hikmah dan pengajarannya...supaya kita mengambil tahu dan kenal erti memberi...memberi dangan ikhlas....sy bekas seorang murid/pelajar yang rapat dgn guru2...pernah dihidangkan pengalaman begini ckgu...tentang kerajaan, bukan susah utk berdiskusi perkara yuran tapi melihat kedudukan diri dan suara yang tdk didengar oleh pemimpin.....
akirasuri:
cdg mmg nk cuti lama. tapi tak sampai hati nk tinggal blog gitu aje.. :)
Insya Allah, setiap amalan baik akan diberi pahala. kan cik ati kan..
sarah:
byk lagi cerita sedih2 keluarga murid aku nih boleh cerita sarah..
ayumkay:
betul le ayumkay, "mereka" ni pasti akan musnah akhirnya. janji Allah pasti datang. huhu
arsaili:
lama tak dgr cerita bro. pekabor? moga yg baik2 je ye bro..
airynnz:
ni tgh majuk tau ni rynnz. haha.. susah ke jd cikgu zaman skrg?. ye le kot. susah sebab cikgu bukan lg mengajar, tapi jd penguatkuasa, kerani, tukang kebun, jurulatih sukan, kerani fail, tukang taip, tukang cuci...
wanhidayat:
betul tu bro. kemiskinan satu ujian. tapi kalau miskin sbb pemalas x mau kerja sengaja cari pasal kan..
dan kite patot bersyukur ngan kesederhanaan kite... ada yg lg menderita kerana kemiskinan...
p/s: jgn majuk dan pegi lame2 lagi...
memang 44.90 kecil bagi sesetengah orang yang biasa dapat 44,900.00 sebulan kan. Tapi bagi yang hanya dapat 449.00 sebulan, 44.90 besar ertinya. Cuma, mengenai anak anak yang tak kenang susah payah orang tua ni yang buat kita geram.
Teringat dulu, ada sorang student ni, datang mengadu dia tak dapat loan (sebab dia tak layak dari segi academic). Akak usaha call pusat zakat and baitulmal. Tapi at the same time, dia kena jugak usaha isi borang. Itu pun dia tak buat. bila tanya, dia kata, saya tak jumpa lagi la... saya busy sikit la... tapi memula datang mengadu nak tangguh bayar yuran studies la tu.. lepas tu bila tanya kat Mentor dia, rupanya student ni bukan rajin belajar sangat pun. dah la bercouple, siang malam berkepit. Tu yang ramai lecturer geram dengan dia... tapi kesian lah kat mak ayah dia yang memang susah pun tapi tak ahu anak dia buat perangai macam tu..
pasal yuran sekolah tu, tak tahu pun pasal tu sebab dulu anak anak akak sekolah agama swasta kat Kuantan. memang kena bayar sendiri tapi takpe, puas hati sebab banyak subject agama yang memang tak ajar kat sekolah biasa. Kalau betul lah macam tu, maknanya tipu la yuran dimansuhkan... zalim zalim...kenyang lah diorang dengan duit orang miskin.. sape diorang tu?? __________________ sila isi tempat kosong sendiri ye heheee...
kesian dgn si ayah tu...
tp bangga dgn cikgu2 tu...
geram dgn murid tu...
sakit ati dgn penipu tu...
manje:
tak kira. nak majuk jugak!. hahaa. betul bila rasa susah ingat ada orang lebih susah dari kita. bersyukurlah kita punya yang seadanya.
neeza:
uih. panjangnya komen. betul tu kak. apa la nilainya 44.90 bagi "mereka" kan. kita gak yang semput, "mereka" gak yang sedut kekayaan..
mama ranggie:
wah!. luahan perasaan yang lengkap utk semua. selamat bisniss ye pn era.
cikgu.. hehehehh.. rasa syok nak komen tu yang tak sedar dah panjang lebar.. hehehee.. tapi takpe, sebab free kan, lain la kalau kena bayar macam tol kat malaysia tu.. takut gak nak tulis panjang panjang.. hehhee
44.90 tu pada "mereka" adalah gula gula getah yang di kunyah lepas tu buang merata rata aje sedangkan itu adalah sebahagian dari peluh dah keringat si miskin yang satu hari suntuk berada di tengah panas mencari sesuap nasi untuk diri dan anak isteri di rumah....
neeza:
eerr.. saudi ada tol tak eh? rasanya cam takde je kan.
bg org miskin, RM4.50 pun mahal. tapi "sokong" gak "mereka". isk!
suka baca citer ni :)
cikgu, saudi mana ada tol. minyak pun murah. Kalau Latio 1.5 cam kat malaysia tu kan.. kat sini isi 20 Riyal. dah penuh tangki. kalau kat malaysia, tutup muka nak isi minyak RM20. Mat bangla yang isi minyak tu pun tengok semacam aje kita. tapi kat sini isi 5 Riyal minyak kereta.. takde hal pun... bukanlah nak bangga negeri orang. Tapi negeri sendiri... sedih sedih.. tak nak cakap la..
Post a Comment