Tuesday, March 11, 2008

seorang tua di kaki bukit

salam ceria ;)

aku sebenarnya nk berenti posting politik nih. nk jadi cikgu sempoi mcm selalu. tapi teringat ada satu peristiwa petang ahad..

aku masuk satu restoran kt kuala selangor. niat mmg nak minum petang. isteri kt johor, tu yg merayau cari mangsa makan. aku duduk dan satu mamak sapa..

mamak: "apa makan..?"
aku: "roti telur"
mamak: "minum..?"
aku: "ginseng"

sambil2 tunggu, aku tgk sekeliling. wah! memasing cerita PRU12 lah. hmmm..

"macam ni nak pindah johor lah bang.." satu suara belakang aku tetiba.

aku toleh.. rupanya pakcik. agak kurus mungkin umur lewat 50-an. berbaju kemeja biru, sama warna macam t-shirt aku. atas mejanya sepinggan mee goreng dan teh segelas belum terusik. oh! dia bercakap dlm dialek melayu kuala selangor yg agk pekat. mujur aku dh 7 tahun kt sini. faham serba sedikit lenggok lontaran suara mrk yg unik tu.

aku: "kenapa nak pindah pakcik?"
dia: 'kt sini dh parti pembangkang menang"
aik.. takkan pasal tu je..

aku cucuk lagi: "agak2 pakcik leee.. kenapa diaorg boleh menang ye.."
dia: "diaorang main bomoh siam besar.."
aik...?

dia: "aku dh cakap kt datuk.. jgn buat bulan 3. bomoh2 kata tak selamat. patut buat bulan 8.."
huh.. sapa yag main bomoh..?

dia: "tapi datuk tak nak dengar cakap aku.. sapa tak kenal aku?. satu malaysia kenal aku.."
ye ke?. aku tak kenal pun.. hahhaha!

dia: "dulu aku kuat pembangkang. tapi sekarang aku dah tobat. demi negara tercinta."
aku: "orang kita belot ke pakcik?" aku cucuk lagi..
dia: "ye.. ada yang belot. SPR pun belot. SPR orang kita, tapi dia belot.."
haaa... ngaku yee... abes le pakcik nih.

dia: "orang umno pun belot.. unit perang saraf tak buat kerja. malam hari mengundi tak ada kt bilik gerakan"
aku: "kenapa jadi macam tu..?"
dia: "ntah lah.. pembangkang main kotor. main tipu. edar risalah fitnah. aku kutip semuanya malam2 sorang. kita sepanjang pilihanraya tak pernah main kotor.."
iyo ko pakcik..

banyak sebenarnya perbualan kami. dari kemenangan pembangkang, ketuanan melayu, kestabilan politik melayu sampai le masalah2 dalaman umno kt kuala selangor. semua dia cerita. semua menyumbang kekalahan BN kat sini. dasat juga ilmu politik pakcik nih. mcm bukan org biasa. kalau le aku sb, misi aku dh berjaya. :) hehe.. ada sesapa nak maklumat rahsia?

aku malas nak layan pakcik. aku dah lapar. roti pun dah sampai. "sila makan pakcik.."

terdengar dia mengomel lagi.. mee goreng dia tak tersentuh pun.

"aku nak pindah johor, tak pe le kerja cuci longkang pun.."

lantak ko le pakcik..

7 comments:

Inah said...

posted at 6.47 am?

awalnye cikgu bangun dan mengadap blog

bomoh siam ye?

Katakan saje itulah pertolongan Allah

Kita hanya merancang, Allah juga merancang..sesungguhnya perancangan terbaik adalah dr Allah

Sabahul khair :)

Shazwani Adnan said...

swalam..

kadang2 org kita nk mengata org tp terkena batang idung sendiri. tu pasal pesan org dulu2, cakap siang pandang2, cakap malam dengar2 (betul ke?)

ape pon, ikutlah pakcik tu nk duduk mane pon, johor ke, kuala selangor ke, asalkn die bahagia. kalau die bahagia jg tukang cuci longkang pon ape salahnya. bersih sket longkang2 kt johor nun! hehe

biarlah pemimpin kita seorg yg memegang kuat pada syariat itu lebih baik.

Anonymous said...

selamat pagi cikgu....

lau pakcik tuu pindah johor, ryn nak jumpa dia la...mesti best koorek2 rahsia ni :p hahahaaha....apa2 aje la pokcik oiii

p/s: ryn masih "berkurung" lagi ni cikgu hihihihi

Anonymous said...

salam cikgu...
eheheheeh ader plak smpi nk pindah johor...
ckp la ngan pkcik tu cikgu...johor tu banjir...
bahaye!...
x bole buat kubu sgt dahh...sbb da nk tenggelam da eheheh

Sarah Mohd Shukor said...

salam cikgu.

sy faham apa yg nk dimaksudkn dlm cerita ni. DAN terbukti kita mmg ada frekuensi yg sama. kan cikgu. agak2, ada org lain yg sedar tak kita selalu menulis psl isu yg sama atau lebih kurang pd masa yg sama?

Great minds think alike.

Kita great gamaknya cikgu.. hihi :)

p/s: rajain cikgu update ye. takpe2.. amik peluang cuti sekolah ni kongsi ilmu dgn kitorg semua ye cikgu.

Neeza Shahril said...

alamak pakcik!! takkan pakcik percaya bomoh kot... Allah lebih berkuasa la pakcik. Sian pakcik ni.. masih dok bawah tempurung rupanya..

Pakcik, kalau nak gi Johor cuci longkang, pergilah... 4 tahun lagi, Johor dapat kat oran lain, pakcik pergi Sarawak pulak ye..

heheheeee.. itu dialog akak lak cikgu.. jgn marah ye cikgu... heheheeee...

Anonymous said...

maaf la ek. lambat respon komen semua. :)

inah:
aku mmg biasa bgn awal inah. selalunya lepas wuduk, solat dn sementara tunggu subuh baca paper online, blog... hehe.
*********************

shazwanie:
elok gak pakcik tu dok johor kan. selalu banjir. boleh cuci longkang..
*********************

rynnz:
rynnz.. jgn berkurung lama. tak aci le cam tuh. rindu tau!. haha.
*********************

iman:
orang frust mesti suka cakap merau kan. baru sekali kalah. kami dh biasa kalah ni, sekali menang.. terlatah juga. haha. kesian pakcik tu..
*********************

sarah:
hehe. satu lagi.. minat kita sama sarah. kita suka memasak!. hek..hek..
*********************

neeza:
hehe.. rukun jadi perisik mana boleh bertekak dgn orang kak. layan je maklumat yg dia nak bagi. huhhu