Monday, March 10, 2008

jgn cakap jeee

salam ceria.. :)

cerita pasal PRU12 dah sampai penghujung. ramai yang tahu keputusannya. aku taknak ulas apa yang dh berlaku disebalik kemenangan BA dan kekalahan BN bak domino.

mungkin posting2 aku agak memihak pada BA. dan mungkin ada yang terasa hati. aku minta maaf.

aku dah jelaskan dulu dlm blog ni. aku BUKAN lah penyokong tegar BA. aku ahli akademik yang melihat sesuatu berdasarkan fakta dan ilmu. secara jujur, aku bukan ahli parti mana2 parti politik di Malaysia. kecenderungan pada BA akibat ketidakadilan BN terhadap rakyat. mungkin BN hebat mentadbir, tapi lemah dalam kesaksamaan sosial, agihan ekonomi dan paling utama pembinaan jiwa rakyat berasaskan agama.

rakyat kini akan menilai pula sistem pentadbiran BA. adakah mereka cakap serupa bikin? jurang ekonomi, rasuah, kesamarataan sosial, pembangunan jiwa insan.. adakah mereka akan laksanakan. jika tidak, BA juga harus dihukum. harus ditegur, dinasihati, dimarahi.. dan kalau mereka bongkak mesti ditumbangkan juga!.

apa perasaan aku bila BA menang?. tanya Manje dn UncleJ. jawapan aku: syukur tapi biasa. tiada apa2. mungkin ada sikit gembira sebab dpt MB baru. sekarang bukan masa untuk berpesta meraikan kemenangan. sekarang masa untuk tunai janji. apa yang dikata mesti dikota. kuasa adalah amanah, bukan kesempatan.

kalau BA ingkar. terimalah padahnya.

note: penyokong BA org Melayu jgn terlalu ghairah. politik kelihatan seperti pisau tumpul tapi sebenarnya sgt tajam. dlm perjuangkan ideologi, jgn lupa agama dn jati diri sebgai Melayu. aku kurang selesa apa yang berlaku di Perak sekarang. DAP berkeras mahukan MB dari mereka yg sudah tentu bukan melayu. calon2 PKR pula yg menang juga bukan melayu. sila perhati situasi ni dgn cermat. ada hidden agenda seolahnya di sini. perak negeri bersultan. milik orang melayu. DAP sila jgn cari pasal..

cukuplah kot n3 politik setakat nih. kembali ke dunia realiti.

19 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

aishh cikgu.. dh terbukti gelombang frekuensi otak kita mmg sama. dh 2x dh mcm ni ye :)

*nak sambung tido dulu. terjaga sbb rasa mcm diseru suruh bgn sat td. hehe

Anonymous said...

em masa utk tunaikan janji2...

. said...

Kite tunggu lagi 4 tahun ye, tengok ada ape2 progress.
Terlalu awal untuk cakap, siapa bagus, siapa tidak :)

Qaseh Bidadari said...

kite tggu dan lihat!

Anonymous said...

salam,
sekadar menyampuk...

"Bagi negeri-negeri yang punya Sultan, Menteri Besar yang dilantik mestilah orang Melayu beragama Islam semestinya. Sebab itulah Pulau Pinang (menurut perlembagaan negerinya) secara automatik boleh melantik Ketua Menteri dari DAP yang menang majoriti tapi perkara yang sama tak berlaku di negeri Perak mengikut perlembagaannya yang sama seperti negeri Selangor dll negeri yang punya Sultan."

byk pro kontra yg brlaku dr kemenangan BA pd PRU 12.Semoga org melayu sedar(kena 'ketuk' kdg2 baru sedar) situasi skrg , situasi yg mana memungkinkan mereka sedang 'diketuk'untuk bersatu sesama melayu..
-sekadar pendapat

nur'ain said...

Betul, tanggungjawab bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan..
Tapi bila ia sudah diterima, ia menjadi satu beban yang wajib di pikul dengan saksama. Mana nak letak muka kat depan Tuhan nanti kalau tanggungjawab tu gagal dipenuhi. Tapi perasaan saya sama la macam cikgu. hehe. Seronok tapi ada rasa debaran juga.. Semoga mereka berjaya.

Acaii Jawe said...

slm cikgu..
yup, samelah kita..:) dalam hal ni kita sebenarnya mahukan ketelusan dan keadilan dalam apa jg yg kerajaan lakukan..kalau BA mampu mengubahnya adalah baik untuk terus memberi sokongan kepada mereka..tapi sekiranya keadaan menjadi lebih teruk dan mereka lebih kurang same je, rakyat akan senang juga untuk swing kembali..:)

aria ayumi said...

ramai yg nakkan perubahan sbnrnya... sbb tu keputusan pilihanraya agak mengejutkan.. :)

Neeza Shahril said...

Walaupun akak dok jauh kan, Malaysia tetap di hati. Akak harap perubahan besar bakal berlaku. Kalau lah ada pemimpin yang jenis 'pantang dapat kuasa mula lah lupa diri', rasanya susahlah kita semua...

Betul ke kat Perak jadi macam tu? Kita doakan yang terbaik lah ya dan semoga tiada perkara buruk terjadi...

Anonymous said...

salam cikgu

sana sini blog cite hal PRU12 nmpknya...:)
mmg hangat, mmg terasa2 tsunaminya....
ryn pun bukanlah seorg yang fanatik pada mana2 parti...cuma bile pemimpin buat silap, xkan kite nak ikut kan? :)

Anonymous said...

sarah:
kalau betul le, maknanya aku boleh berkomunikasi dgn sarah secara telepati ye.

sat eh.. haa.. ni awat belum makan lagi? tarik telinga kang..

manje:
kita tgk apa mrk akan hadiahkan utk kita.. :)

aiysyah:
ye.. 4 thn utk BA lulus exam.

Anonymous said...

mama ranggie:
yup mama. wait and see juga.

hamba:
moga2 perak dpr MB melayu islam. dn moga2 percaturan politik tak sampai menjejaskan ketuanan melayu.

nur'ain:
betul. kuasa satu amanah kan. kadi yg adil sebelah kaki kat neraka.

Anonymous said...

faisal:
PRU13 kita tanding wak. ko ambek dengkil, aku ambek kapar.. huhu

kalau rakyat tak puas hati, mereka boleh swing lagi kt BN.

aria ayumi:
mmg sgt mengejutkan. nasib tak melatah. ahaks!

neeza:
bumi malaysia mana boleh lupa kak.. bumi akak gaul kopok lekor tu bila nak ikut berubah.. hihi..

rynnz:
yea..yea.. rinnz dh balik.. :)
kita kena bijak kan rynnz. undi tetap rahsia..

akirasuri said...

Eh!
Rasanya macam dah komeng pagi tadi :))
Saya mengigau ke =))

Oh oh!
Hidup rakyat Malaysia!
Ngeee~ :D

Anonymous said...

Salam ziarah...
mmm...(memandang dari jauh...)

Anonymous said...

Hehehe selamat datang ke wilayah celcom ..eh wilayah kerajan negeri baru

Pagi td terang,kini sudah sudah gelap..lalalala

Sarah Mohd Shukor said...

cikgu, di saat sy baca komen balas cikgu, sy sedang mengunyah cebisan terakhir syaurma ayam yg sy beli td. hihi. hari ni terlalu lapar. js sy dah makan! yeay. cikgu tak boleh piat telinga sy :D

Inah said...

masa untuk perubahan

tsunami melanda :)

Anonymous said...

akirasuri:
awak komeng apa? takdepun.. jgn ngigau cik ati. nanti org kata buang tebiat. haha.

chekgu zue:
salam kembali.
chekgu nak pandang dari jauh?. huhu.. seriau pulak kena monitor. hahaha

oneib:
skrg dh gelap sungguh. sbb dh tgh malam. isk.. apesal aku belum tidur nih..

sarah:
mintak sikit syaurma. tepek le gambar dia sarah. nak tgk..

inah:
masa untuk tunai janji. kalau gagal.. gulingkan mereka dalam PRU13. wowoowaoaoaoaaaa! *jerit red indian*