Friday, March 14, 2008

bicara mimbar

ok. ni siri 1 bicara mimbar. aku akan cuba forward isi2 khutbah jumaat siang tadi untuk dikongsi2 pembaca blog buruk tunggu kelapa sawit aku.. :)

tempat: masjid lama.
kehadiran: kurang ramai. mesjid tak penuh mcm selalu. bekas wakil rakyat sini yg selalu dtg duk sebelah aku hari ni tak datang. mungkin solat tempat lain. hihi. ada SB dtg solat juga.. hihi. apa le tk abis2 depa nih. udah2 le tuu..
cuaca: mendung dan berangin. rahmat tuhan pemerintahan baru.
khatib: bekas ustaz aku yg dulu pernah tampar aku masa aku sekolah menengah.. tapi sekarang dh jadi kawan baik. =)
jam: 1.35 pm

isi khutbah:

1. Islam agama yang meraikan kebebasan.
2. bebas bersuara, berfikir dan bertindak.
3. namun kebebasan yg Islam beri kebebasan terarah / terdidik.
4. bebas memakai apa jenis pakaian asalkan menutup aurat dan menepati syarak.
5. bebas makan apa shj selain yg tlh diharamkan oleh syarak.
6. org kafir tak dipaksa masuk Islam. tapi bila dh masuk Islam kena le patuh ajaran Islam.
7. rapatkan persaudaraan dn jauhi pertelingkahan dn perpecahan. (mcm ada kena mengena dgn pru aje..)
8. doa. (rasanya ustaz aku lupa doa utk sultan. atau aku tak perasan sbb dia baca laju sgt..)

solat jumaat tamat jam 2.05 ptg.

sori ek. lambat sikit. balik kg tadi..

8 comments:

silversarina said...

salam jumaat.... tepat sekali isi khutbah dengan suasana semasa.. Islam itu tidak membebankan semua insan di muka bumi ini...Islam itu Adil dan saksama.

Inah said...

salam malam sabtu :P

cikgu letak khutbah ye..bagus..menunjukkan cikgu tak tido masa khutbah..larikkkkkkkkk

:P

Anonymous said...

silversarina:
betul tu sis.. hehe
*******************

inah:
aku takut time tidur tu mengigau sebut nama ko tak pasal2 jee... hahaha lalaaarririiikkkk

hayad said...

saya sdgkan bwk pen dan kertas tiap2 kali khutbah.br le dpt tangkap sumer isi,hii..hii...

Anonymous said...

hayad:

1. mana ada org gi mesjid dgr khutbah jumaat bawa pen dgn kertas. cheh!

2. orang pompuan tua je yg selalunya gi mesjid solat jumaat. anak dara tak digalakkan.

psssttt.. dayah, ko gi mesjid mana?. hehe

Neeza Shahril said...

berani ustaz tu bagi ceramah gitu yek.. bagusss.. cakap benda yg betul kan.. kalau sebelum pru12 ni, ustaz tu mest dah kena charge bagi ceramah politik kehkehkeh...

Anonymous said...

alhamdulillah..
khutbah penuh makna..

Anonymous said...

neeza:
ulamak kena tekan, kena paksa. sampai nak cakap benda betul pun takut2. biar le Allah adili pihak berkuasa.
**************

cikguzue:
TQ kak. (bagi pihak khatib. hehe)