Tuesday, May 27, 2008

cerita rumah aku

salam sejahtera.

kita lari tajuk sikit eh pasal baju kurung. nanti2 aku ulas lagi.

beberapa hari ni aku sgt2 sebuk dgn urusan rumah. kerja2 akhir sedang berjalan. tinggal lagi urusan masuk elektrik yang belum selesai dan sedikit mengecat rumah. bekalan air dah selesai, cuma tinggal sambung paip ke dalam rumah.

semalam juga aku dh luluskan satu peruntukan (cheh!) membeli 4 lori tanah+batu dengan kos RM 1,400 siap upah meratakan tanah. hari ahad hari tu pun aku belanjakan hampir RM400 utk beli lampu dapur, tiang dn bilik air.

sungguh le buat rumah ni sgt2 menelan belanja yg sgt tinggi. cukup tinggi bagi cikgu biasa mcm aku. hehe.. tapi itu le hidup. adakala terpaksa buat keputusan yang berisiko utk masa depan yang lebih baik.

mcm org nak kawen lee.. sapa tau pasangan yang awak chenta hati tu, yg awak nak kawen dgnnya tu cukup sempurna dari mata awak. tapi akhirnya nekad juga kan kawen dgn dia.. bila dah kawen baru terbuka satu2 peel yang sgt2 kontra. tak sama time berkasih chenta dulu. huhu.. aish!.. CJ dh melalut.

alhamdulillah, kerja2 pasang lampu dh selesai, lampu gantung, downlight, lampu tiang, kipas.. tinggal sikit tile bilik air (kurang 30 keping) dn dinding dapur (kurang 7 keping).

cat pula dah selesai semuanya. cuma yang kat bilik nak kena buat selapis lagi. dan sikit kat bhgn luar dapur. insyallah, hari ni boleh siap. setiap bilik dgn warna yang berlainan. malah warna floor tile juga lain utk setiap bilik. ini semua idea isteri aku.

aku ckp kt isteri aku: "awak nk bukak kelas tadika ke?". mcm central market pun iye aku tgk.. hahaha

sementara menunggu kerja2 akhir siap. kami masih lagi packing barang2 kat kuarters nih. mujur 99 speedmart kapar dgn murah hati sponsor kotak2 semalam. siap kata lagi, kalau cikgu mau dtg lagi besok ambil maaaa.. hehe. gum xia.. gum xia..

ok. ni antara fakta rumah aku.

- 4 bilik dgn setiap bilik ada bilik air. sebagai persediaan utk 4 org bini mcm kt tranug tu. wahahhaha!1 bilik utama. 1 bilik anak lelaki. 1 bilik anak pompuan dn 1 bilik tetamu/bilik solat/bilik bacaan.
- 2 ruang tamu. depan dn tengah.
- 2 anjung. anjung dpn dn anjung tepi.
- floor tile setiap bilik berbeza warnanya. begitu juga floor tile ruang tamu 1 dn ruang tamu 2 berbeza.
- dapur terletak di tepi rumah, bersambung dgn anjung tepi. sesuai dgn konsep masyarakat jawa yg suka menjamu tetamu. =)
- keluasan 44x52. kecik je kan. ini namanya rumah ibu.

rumah ibu ialah rumah asal. buat dulu sbg asas rumah. kalau ada rezeki, aku cdg nak sambung bhgn belakang. tu plan 5 tahun dr sekarang. Insyallah. bak kata safwan kt kawan2 dia: "tunggu ayah dah kaya baru beli kete control.." hahaha!. pandai sungguh bapa dia ajar cam tuh!.. hehe.

oleh kerana aku ada pengalaman buat rumah. kalau korang satu hari nanti nak buat rumah juga dn minta pandangan aku atau nasihat ttg buat rumah ni, boleh le tanya aku. insyallah, aku sedia menolong bagi pandangan aku. =)

sementara tu, doakan aku segala urusan dipermudahkan.


hah! tu lee.. lain kali berlarian bagai tak hengat dunia. haaaa.. kan dh kena. tak dgr ckp org. pot.. pet.. pot.. pet.. kata ku sambil snap gambar. huhu

note: slmt menempuh exam buat rakan2 blogger kt mesir, morocco, moscow, ukraine, uk, japan dn malaysia. moga kalian berjaya dgn cemerlang.

aku juga tgh sedih. akhirnya kita kehilangan pulau batu putih. ops! kita dpt middle rocks dn south ledge yg hanya kelihatan time air surut jee.. huhu..

19 comments:

khairul najmi yusof said...

lawo siot rumah cikgu.. siap ada plaster siling lagi. dekorasi cikgu nak buat konsep apa????

Acaii Jawe said...

waaa, nnti bleh tanye cikgu nak buat umh,hehehe..:) sypun mmg cadang nak buat umh sendiri dalam masa terdekat,ceewahhh.. (kahwin dulu kot)..

tanah sume dah ada..ingat akhir tahun ni nak beli tanah merah dan ratakan biar tinggi skit tanah tu..pastu biar dulu bagi padat beberapa tahun,hehe..:) lori tanah+batu tu camne cikgu? mesti dah tak sabar nak pindah rumah baru pasni,hehee..

CPI said...

salam...
wahahahahhaah ank die jatuh smpt lg plak laaa snap gambo ekekekekeekekekekeke.....nasib ko la safwan dpt ayah cmnih hihihihiiii

Nurul Nadiah said...

cikgu..

1.cantiknye rumah cikgu!
2.kesiannya kat safwan tu.. cam sedih plak tengok.. adess.. kalao ade kat sebelah tu leh tolong pujok2 kan..
kasik cokolat ke.. bawak jenjalan ke.. leh jadik pengubat ati duka tengok die gelak2.. hehe.. lari tajuk ni.. sorry cikgu ek! aiiittt! =p

Qaseh Bidadari said...

cikgu,
mama masa bercinta dulu,mama x sorok perangai sebenar...buat ape nak sorok..

kalo die blh trima mama dgn perangai mcm tu,itulah die pilihan ati...

banyaknye bilik air!

nur'ain said...

waaaa^_^ umh baru! sonoknyer. moga murah rezeki n bhgia selalu hendaknyerr

arsaili said...

salam..wahhh dah siap seyy..bila nak jemput ke rumah..ahaks..tahniah

NuRuL said...

1st ->wahhhhh...lawanye rumah cikgu..
paling penting..setiap bilik ada bilik air tuh..
2nd -> bertuah punye bapak :P

Neeza Shahril said...

bila nak buat housewarming nih cikgu? tapi kalau buat pun, bukannya akak leh datang pun..
takpe balik nanti, cikgu jemput akak ye.. hehehe...

kecian kat anak bujang.. dalam sakit2, abah dia sempat lagi ambik gambo..
tapi takpe, besar nanti biar dia tengok balik.. itu le gayanya bila tak dengar cakap boss... hehehh..

Maryam said...

er best tu perbelanjaan masuk rumah baru... teringat tahun 2004... :D

Sarah Mohd Shukor said...

laaa hai. konsep rmh cikgu mcm rmh sy jgk la! setiap bilik lain warna. dulu2 sy fikir sbb kami sume kecik2 lg wkt mak ayah buat rmh. so nak bg ceria la kan. huhu. tp bila dh besar ni baru sy tau fungsi dia apa. nak beza skit la klu yg anak laki punya bilik n ank pmpuan punya bilik. baru la best gitu. lantai rmh sy pun lain2 tile dia. kt ruang tamu marmar jenis lain. kt dapur lain. huhu. agaknya la kan cikgu, selera cikgu2 pmpuan ni sama je kan. hehehe. mati la sy kena cepuk dek mak sy n isteri cikgu :p

akirasuri said...

Cantik rumah :)
Bila nak jemput kami semua :)

Inah said...

sempat snap gambor budak jatuh tu..bukan nak angkat..alahai cikgu ni :P

victoire said...

waa.. mesti excited gile umah makin complete.
biase aa abih2 duit mule2 ni cikgu.
kang da siap satu2, kurang laa kadar pengeluaran duit tu.
da buat tahlil naik umah?

err, tak tau bahase standard ape.
tapi tu istilah bahase ganu laa.
tahlil naik umah. hehe

ambe ni orang ganu..

dok reti cakap KL ni. hehehe

Shah CJ said...

aiseh.. terlambat lagi nk balas komen :p

khairnaj:
TQ.. mana tau lawa? belum tepek gambar apa.. hehe

faisal:
wak. kawen dulu ke buat rumah dulu? elok tambak tanah tu lama sikit wak. biar padat betul. eer.. aku rasa elok ko kawen dulu le wak. hehe

iman:
wahahahhaa! apa punya bapak daaa.. lps aku snap gambar safwan jatuh. dia bangun dn tendang aku balik. huhu

Shah CJ said...

nadia yuna:
1. TQ.
2. safwan mesti suka kt makcik akan.. lebih2 lagi makcik tu bagi jajan. :)

mama ranggie:
sungguh.. setuju dgn mama. terima le pasangan seadanya.
bilik air banyak supaya senang nk nyorok kalau merajuk. hihi

nur'ain:
tq ain. meh le dtg umah tolong kemas2. hehe

Shah CJ said...

arsaili:
meh jemput datang. umah sentiasa mengalukan tetamu ostoria :)

nurul:
1. TQ. tu bilik air escapism.. hehe
2. bapak sapa ni eehh?

kak neeza:
hahhaaa.. kak neeza dpt baca tujuan aku snap gambar budak kecik..

Shah CJ said...

maryam:
2004? tahun pindah umah yek?

sarah:
konsep rumah yg sama le sarah. same taste kot. nampak gak cerianya lain2 warna dn tile nih.

akirasuri:
sila cik akirasuri. sila datang. :)

Shah CJ said...

inah:
alaaa.. safwan nanges tu lakonan aje. best actor dia tuu.. huhu. tp mmg dia betul2 jatuh dn lututnya luka.

k-riey:
tahlil naik umah? insyallah akan dibuat lps aku masuk.
kalau kami panggil doa selamat masuk rumah. :)