Tuesday, May 6, 2008

bukan maksudku merampas ia dari mu..

salam..

hari ni masuk hari kedua aku betugas sebagai KS. semalam pengumpulan data disiplin pelajar melibatkan sekolah cina (SJKC) dan sekolah rendah (SK). hari ni pula melibatkan sekolah tamil (SJKT), sekolah agama (SMKA) dan sekolah menengah (SMK).

hari pertama aku ditugaskan menggabung data drpd SJKC. hari ni pula drpd SMKA dn SMK untuk seluruh daerah kuala selangor.

ramai pelajar, banyak ragam kesalahan disiplin juga. ada kira2 2,400 rekod kesalahan disiplin pelajar yg ada dlm laptop aku skrg. tu belum lagi dari laptop sorang lagi kawan aku. kalau digabungkan maunya 5,000 rekod kesalahan disiplin pelajar semuanya. huhu. menyeramkan! sungguh.

kdg2 terfikir, apa yang buat anak kecil seawal darjah 3 tergamak memecah masuk rumah utk mencuri?

apa yang membuat budak2 pompuan rela ponteng kelas utk dibawa usung mat2 motor dn kemudian dibawa masuk ke dalam rumah kosong?

cikgu nadia yuna yg ayu dn cantik.. hehe ini realiti budak2 sekarang! awak kan bakal kaunselor.. huhu
__________________________________________________

hari ni aku agak terkedu. kawan aku (cikgu pompuan dari sekolah lain) yang sama2 dulu sebagai guru data mcm aku seperti meluahkan rasa terkilannya kerana tidak dilantik sebagai KS.

wahai kawan. sungguh aku tidak pernah gembira dilantik sebagai KS. aku juga tidak pernah memohon atau melobi utk dilantik sbg KS nih. aku tahu kau dh banyak kali cuba melobi utk meminta jawatan KS nih. kalau kau mahu wahai kawan, ambillah jawatan KS nih dari aku. aku tidak akan rugi apa2.

aku tak perlu dipandang hebat di kalangan rakan2. sebagai KS atau nama lain kakitangan sumber atau jurulatih data, bukan apa2 bagi aku. (walau ia satu tiket utk pergi jauh dlm perkhidmatan).

aku tahu kau hebat kawan. kau hebat dalam perisian komputer. (ehemm.. ko tak ingat ke aku pernah ajar ko ttg security spt malware, spyware, phishing, adware.. masa tu ko terkebil2) kalau kau mahu jawatan ini. aku rela beri padamu. asal jangan kau ungkit2 lagi di depan pegawai data. ambillah. jawatan KS hanya menyemakkan fikiranku dan menelan masa lapangku.

dgn sikap dia tadi, aku seperti akan kehilangan sorang kawan baik.. adakah ini cemburu atau .... ntah leee..

23 comments:

akirasuri said...

Yeay! Pesss!!!!

akirasuri said...

Kakakaka!!

Berdebar-debar jantung saya masa nak tekan butang publish..
Takut ada orang lain chop jadik 1st komeng..

=))

silversarina said...
This comment has been removed by the author.
akirasuri said...

Huhuk!
Sungguh banyak masalah displin budak-budak sekarang..
Dulu budak-budak nakal juga.. Tapi nakalnya berbeza dan jaaaaaaaaaaaauuuuuuuhhhhhh berbeza bagai langit dengan bumi dengan budak-budak zaman sekarang..
Mahu tahu macam mana umat Malaysia akan datang, semua dah tercermin dari sikap-sikap anak-anak ni..

Huhu..


Erk! Cikgu merajuk ke dengan errrr cikgu yang tu?
He he he..
Jom tanam bunga di laman.. Biar bunga-bunga sikit hati dan jiwa bila memandang :p

silversarina said...

salam,

tahniah sebab dapat jadi KS.. peduli apa orang nak kata asalkan cikgu buat kerja dengan tekun.

[MH] said...

cikgu,banyak2 sabar yaa...

banyak dugaan rupanya jd cikgu ni yaaa..hurmmm

Sarah Mohd Shukor said...

cikgu agak emo dlm entri ni. lek lek ye cikgu :) sy pn kesal dgn bdk2 sekolah zaman skrg. baik yg laki atau yg pmpuannya. psl yg snggup diusung dek mat2 motor bawah masuk rumah kosong tu, hmm... nauzubillah. jgn la anak2 sy jd mcm tu nnti.

victoire said...

isk.. gile dasat budak lening.
ambe dulu penah kene buang skolah.
sebab kes panjat pagor mase fom1 ngan rokok mase fom2.
seb baik tu jek probs disiplin.
lpas tu insaf da kene rotan ngan batang belon yang biase ade dengan belon kat pasar malam tu..
bayangkan aboh kite bedal dengan benda tu..
sakit gile.. plastik keras yang halus. huhu
bukan 1, 2 das.. berdas2 dia bedil atas belakang.
member tengok parut kat blakang sume gelak. hahaha
tapi berbaloi laa. da x sentuh rokok sejak tu.

skang name da bersih balik.
mase gi skul aritu cikgu siap puji ag sbab bole bangkit, hehehe.

arsaili said...

salam..di mana2 jer ada office politic..full with jeleousy..semoga kita dipelihara dari sifat PhD itu...

CikguZue said...

Bior je la cikgu pompuan tu...kekadang emo skit hal2 cam ni, padahal berat kerja ni esp bagi pompuan...sbb kekadang kerja2 data terpaksa buat kat rmh...
Jgn kamu terlebih emosional pulak. Yang penting-kerja tu amanah, cubala buat sebaik mungkin.Dan tugas2 ngajor tu, tu yg paling utama. Jgn buat2 lupe pulok...heheheh

hayad said...

laa..nk sgt jwatan KS ke? bg je kt dia. senang citer. pelik btul org nak jawatan ni. kalo boleh, aku tak nk pegang jawatan apa2 pun, ehehehe

NuRuL said...

cikgu tuh nak memenuhkan borang SKT nye kot cikgu..biar up sikit markahnye tuh..hehe.
takut kan tgk masalah displin budak2 skang...kat sekolah saya nih ada sorang budak pompuan dah seminggu tak balik rumah..sian kat parentsnya..ehmm..ntah lar!!!

Shah CJ said...

akirasuri:
wah! suka sungguh cik ati dpt 1st komeng.
betul le kata cik ati. budak2 skrg laen mcm je nakalnya. kdg2 menakutkan.

silversarina:
betul3.. alang2 org dh bagi kepercayaan. aku akan tegakkan keadilan! huhu

fathiyyah:
mana2 kerja pun ada dugaan fathiyyah.. :)
rajin2 hafal kamus ek..

Shah CJ said...

sarah:
emo ke n3 aku? ni org tgh senyum apa. hihi *cover malu*
moga2 dgn bimbingan sarah yg mahir pidato ala-ala parlimen tu akan diaplikasikan kt anak2.. hehe

k-riey:
ooooo ni le bekas samseng kampung dusun kt smka tok jiring dulu.. hehe. syukur le ko dh jadi baik bro.. rotan tu ada simpan lagi tak? hehe

arsaili:
ambek phd ok. sifat phd ko. tak mau..hihi

Anonymous said...

sabo ar cikgu..jadi KS x bes ek?

setiap kerja kita..nawaitu kerana Allah kan :)

alaa..everything happens for a reason..sure ade sebabnya ngape cikgu dilantik

rilek naa

Shah CJ said...

cikguzue:
TQ atas pandangan kak zue. mmg kerja ni agak berat utk pompuan. terpaksa guna byk tenaga dn otak juga.
eer.. akak tau jalan masuk gi sekolah aku? lupa le.. hehe

hayad:
eh! sama le kita dayah. aku tak suka apa2 jwtn. walau ketua panitia sekalipun. huhu

nurul:
apa le nasib bdk pompuan tu eh? kesian parents dia. buat laporan polis jek..

Shah CJ said...

inah:
kerja ni best. boleh sumbang idea utk perbetul anak bangsa. kalau meeting boleh jumpa kwn2 dr sekolah lain. yg paling best.. aku suka kerja2 data nih. sgt mencabar. hehe

hayad said...

eh, kita ni asek same je yer? muahahahhaha!!!!

Nurul Nadiah said...

uhuk3.. terbatok2 jap =p
umm.. bace punye bace, skali ade tnampak nama sape ntah kat situ.. sekali imbas jerk, memula x perasan. maklumlah teknik membaca pantas. hehe..

btw cikgu,
i'm agree 100%+++++
mmg budak2 skg menakutkan
aishh, cmne nak jadik kaunselor neh
kkdg pikir cm tak mampu je
tapi apa guna belaja lelame ilmu kaunseling tapi x praktik..!
insyaallah.. harap2 segalanya berjalan dengan lancar nanti..!
kalao x berapa nak clear, kene carik cable la nanti.. hoho (^.^)

kat bawah2 tu
cam sesi meluahkan perasaan ja..
sabaq na cikgu..!
senyumm.. =)

Anonymous said...

hayad:
hihi.. adakah persamaan tu satu kebetulan. hmmmm *pikir2 sambil garu janggut*

nadia yuna:
muahahahhaha! terperasan juga awak ek.

budak2 sekarang lebih bijak serba serbi. cikgu kena le lebih bijak dr budak2.

eer.. cik kaunselor.. saya ada masalah le. blh buat sesi kaunseling?. hahahhahha

laaaririikkkk!!

khairul najmi yusof said...

memang tak dpt nafikan budak2 skrg teruk. sy ingat lagi dulu waktu kat skeolah sy ada budak mabuk minum arak pastu gaduh dgn cikgu. budush betol. kdg2 sy curi tgk rekod disiplin murid gerun gak[guna kuasa setiausaha badan pengawas]. ponteng ngan merokok tu biasa ler. bab berxxx dgn balak tu memang banyak skrg ni. dah mengandung pun ada. sampai yang gugur pun dah ada. PRS pun tak dpt bantu apa sebab bila kita tegur kita balik kena marah.

Rilex jer cikgu. ckgu pegang jer jwtn KS tu. biar ler kwn cikgu tu jeles pun. Kalau jeles dia yang rugi. jeles tak sihat. mcm budak2 plak nak jeles2 apa yang org lain dapat.

one said...

tu la pasal,betapa cabarannya jadi guru,for the time being saya tak menyesal lagi melepaskan KPLI DPLI sebagainya..sebab takut,takut pada cabaran guru yang mendidik bukan sekadar mengajar.
Semua maklumat tu akan dianalisa oleh siapa?senang cite apa susulan hasil data tersebut?

Nurul Nadiah said...

nak buat sesi kene ade masalah psikologi je tao!
masalah teknikal kite wat bimbingan ya! heheh..

jangan risau..!
sesi kita rahsia
shhhhhh!
hoho
=p