Monday, May 5, 2008

uji minda =)

oleh kerana budak2 exam bulan nih. aku pinjam soalan daripada kawan aku buat korang semua jawab. haaa.. refresh ilmu korang mana le tau dh berkarat hehe.

1. Berikut adalah cara untuk kita memelihara alam KECUALI ____________

A. Mengawal kebersihan sungai.
B. Mengawal penebangan hutan.
C. Menanam semula hutan yang diteroka.
D. Mengekalkan habitat semulajadi haiwan.

2.
· Bagai aur dengan tebing.
· Ke puncak sama didaki, ke lembah sama dituruni.
· Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Pernyataan di atas menerangkan nilai _______________

A. Toleransi.
B. Bekerjasama.
C. Kasih sayang.
D. Hormat menghormati.

3. Berikut adalah benar tentang Nabi dan Rasul:

A. Nabi Ibrahim sepupu Nabi Luth.
B. Nabi Musa abang Nabi Harun.
C. Nabi Syuaib menantu Nabi Musa.
D. Nabi Zakaria anak Nabi Yahya.

4. Proses kejadian insan bermula daripada

A. Adam a.s.
B. Tanah.
C. Air mani.
D. Roh.

5. Berapa ramaikah bilangan Rasul

A. 25 orang.
B. 313 orang.
C. 314 orang.
D. 125,000 orang.

cukup le 5 kot.. hehe.. mai mai uji ilmu korang!

kredit utk ustaz sekolah aku yg sudi pinjamkan soalan. hehe

16 comments:

Maryam said...

isk apa punya pilihan jawapan nih? macam tak kena jek? takpe.. takpe try gak jawab...

1. A
2. B
3. macam tak ada yang benar je? [ke aku yang jahil?]
4. B
5. yang wajib tahu 25 orang. jawapannya A.

Maryam said...
This comment has been removed by the author.
akirasuri said...

Kalau betul semua ada hadiah tak cikgu? :))

Kalau ada hadiah.. Nanti saya datang semula jawab..

*materialistik sungguh!*

=))

teacher baker said...

cikgu....kg saya pun kuala selangor..tapi duk kl ngajar gak...
apa hadiah kalau dpt jawab soalan betul semua.???

Shah CJ said...

maryam:
hehe.. soalan no 3 jwpn dia sama ada ABCD. tapi awak jwb macam tak ada yang benar je?. hehe

akirasuri:
tadek hadiah. soalan form 4 tuh.

dee_dee:
kuala selangor mana wak?
hadiahnye.. err.. tadek. hehe. suka2 je.

Anonymous said...

Salam
erm,soalan 3 tu yg sure salah selain A,tak pasti pasal A.

khairul najmi yusof said...

ni soalan subjek tasawur islam kan cikgu...

nak jawap ler..

jawapan:
no 1. C. Menanam semula hutan yang diteroka

no 2. B. Berkerjasama

3. KIV

4. C. Air Mani

5. B. 313 org.

betul tak cikgu jawapan sy cikgu???
no 3 ngan 4 tu tak yakin sangat..

AinNur Haris said...

huhuhuu..
bnyk tertinggal entrie cikgu yg best2 tu..

emm, nak kena jwab ke soalan2 form 4 ni...? alaa..kantoii la cikgu..(tak leh nk jawab nihh..alamak!! dah berkarat rupanya...hahahahaa...)

p/s : thanks ya jawab jugak tagged SAYA yg dah berkurun tu...huhuhu...panjangkan tag tu.. ;-p

arsaili said...

salam..nape susah sgt soalannya. Tapi nak try...

1. C
2. B
3. B
4. A
5. B

Qaseh Bidadari said...

mama dah beku otak ni...

malas nak pk!

berkarat dah kot!:)

hehehe..

CPI said...

waaaaa nk adiahhhh br nk jwb.....ehehehehe

*larikkkkkkkkkk

NuRuL said...

okies..nak jawab gak
1.C
2.B
3.B
4.B
5.B
cikgu nih mentang2 lar tak ke sekolah 3 hari yer...nak praktikkan skill ngajar tuh kat sini lak yer..hehe

Maryam said...

yalah, yalah... no 3 tu jawabnya B.

complete nye skrip jawapan:


1. A
2. B
3. B
4. B
5. yang wajib tahu 25 orang. jawapannya A.

[MH] said...

salam cikgu..nak jawab jugakk!!

1.B
2.B
3.B(yg saya thu,nabi Musa saudara kepada Nabi Harun..tak tahu la saudara tu ape,sepupu ke,abang ke)
4.C(yg saya belajar dr air mani)..tapi kalau mula2 kejadian insan,mestila dr tanah..Nabi Adam,,
5.A (dulu sy penah belaja yg rasul ada 313 org,tapi yg wajib tahu 25 org..kalau tak salah la..hehe)

sy budak baru belajar cikgu..hehe

cikgu bagi markah ya..hehe

Rumah Kuning said...

Takdak hadiah, taknak jawab.Hehehe.
Soalan payah bebenor....

CikguZue said...

EH! BUKAN SAYA DAH JAWAB KE?