Tuesday, May 13, 2008

soalan budak bijak..

suatu hari dalam kelas tingkatan 6..

CJ: ok.. ada apa2 soalan sebelum kita tamatkan sesi kelas kita?
budak: cikgu!..
CJ: iye... nak tanya?

budak: cikgu kata masyarakat zaman dulu memburu binatang. terutama masyarakat zaman *paleolitik.
CJ: betul..
budak: tapi ustaz kata anak nabi adam, qabil menanam sayur. habil pula menternak kambing. mana ada berburu. anak nabi adam tuuuu.
CJ: betul..
budak: abes.. zaman nabi adam zaman apa?
CJ: betul..
budak: cikgu niiiiihhh!!
CJ: betul.. hehe

budak: pastu cikgu cakap orang zaman dulu guna kulit binatang jadi pakaian.
CJ: betul..
budak: tapi ustaz kata Nabi Idris mahir menenun kapas jadi kain. Ustaz kata Nabi Idris cucu nabi Adam.
CJ: betul..

budak: mana satu betul cikgu!
CJ: dua dua betul!
budak: macamana tu?
CJ: org yang buat fakta sejarah yg awak belajar nih keturunan beruk!. hahhahaa.. ikut sejarah Islam. itu lebih tepat. tapi time korang jawab soalan STPM, ikut fakta sejarah yg saya ajar. okeh.

budak dh mula bengong.. termasuk aku? huhu tidak!. aku cikgu mrk. mana boleh bengong..

pelajar2.. awak bawa soalan2 awak ni time korang masuk universiti. lawan hujah dgn pensyarah awak. tegakkan kebenaran. tapi utk STPM, guna fakta dlm buku. suka atau tidak itu awak kena terima. tapi ingat, fakta Islam lebih tepat. sebagai student sekolah, awak tidak dibenarkan mencipta fakta sendiri.

=============================================

ini kdg2 jadi dilema aku juga. antara fakta Islam dn fakta sejarah yang dicipta org barat. harap2 ada pakar kt luar sana perbetul fakta sejarah.

aku teringat dulu masa aku kecik2. buku teks yg aku belajar kata tok janggut, mat kilau, dato bahaman, mat salleh, dato maharajalela dn lain2 pahlawan Melayu Islam sbg penderhaka. (celaka laknat punya omputih). mujur pakar2 sejarah negara bersihkan nama2 mereka dn muliakan perjuangan mereka.

note:

zaman paleolitik:

Zaman Paleolitik (Bahasa Inggeris: Paleolithic atau Palaeolithic, Yunani:παλαιός (palaios) — purba dan λίθος (lithos) — batu) adalah zaman yang bermula kira-kira 50 000 hingga 100 000 tahun dahulu. Zaman ini wujud antara tahun 50 000 SM - 10 000 SM.

rujuk sini.

16 comments:

akirasuri said...

Cikgu pemes!

Sila usaha lagi untuk lebih menonjolkan kesiyesan anda =))

Keh keh keh!

Sarah Mohd Shukor said...

fuh. mantap la budak tu! kirim salam dekat dia ye cikgu ;) sy doakan STPM dia cemerlang gemilang supaya dia dpt tegakkan kebenaran. sy pun tak tahu psl fakta nabi idris mahir tenun kapas jd kain.. malu.. :(

baru sat td ada sorg bdk tegur sy di ym tanya sy: ks, Allah tu duduknya di mana? maka berceritalah itu ini itu ini dgn sorg lg budak yg sedang mendapatkan kebenaran :)

Anonymous said...

salam cj...

bebdk sekarang nih mmg bijak sesgt... jadinya cj ngan kite2 sume yg mengajar kene lagi advanced bertapak2 ke depan supaya tak lah nmpk cam 'auta' aje fakta yg diberi

:: Wiween :: said...

aisey...bab sejarah yg lemah ni.huhuhu lariiiiiiiiiiiiiiiiii! *sambil garu2 pala x gatal*

victoire said...

cikgu jawe..
ke mane menghilang 1, 2 ari baru nih?
seb baik kembali.
isk, apsal dah rindu cikgu jawe ni.
hehe.

CikguZue said...

nampaknye ustaz/utzh2 and sejarawan2 yg buat HSP atau buku teks tu, kena duduk meja bulat.
mungkin perkara ni boleh dibawa ke pihak atas. kalau tak, kesian kat bebudak yg asyik konfius tu...
dan kesian kat cikgu2 jugak, yg pening nak cari jwpn soklan2 camni setiap tahun....

CPI said...

huiishhhh...baguihh bdk tu....ngeeeee tp cikgu die tuh..jwb cam pelik jek ehehehehe

NuRuL said...

uish..soalan dia..mesti budak pandai nih yer cikgu.
sib baik lar saya ajar sejarah form 1 jer..budak2 tak banyak soalan lagi.
kalo kena camnih..mau terdiam gak saya mencari jawapan..huhu

nur'ain said...

apsl mase muda2 dulu saya tak terfikir nak tanya cikgu saya soklan camtuh haa. memang student ckgu ni advance lah. huhu. yang akan datang tak tau camno.

tp cikgu, kita mesti betulkan kekeliruan tu. mengong budak2 dengan sejarah nanti.

p/s: memang seorang guru perlu ada seni elak macam yang cikgu buat tuh. hehe ^_~

Nurul Nadiah said...

budak2 zaman skrg mmg advance!
fuh..

cikgu ini cikgu sejarah?
cikgu, cikgu..
kenapa sejarah saya dulu asyik merah je? kenapa saya tak minat baca buku sejarah?

hehehe

=p

saya lagik minat mengira cikgu!
saya score subjek yg ade kire2 ni
subjek sejarah selalu takleh nak score..

agaknye sbb dulu bukan cikgu jawe yg ajaq kot

kalao cikgu yg ajaq..

agak2 dapat score ape ye?

huhu

=p

Anonymous said...

STPM..mereka bukan budak(sebarangan),mereka mencernakan apa yang telah diajar, syabas buat mereka(dan cikgu serta ustaz itu juga),tentu cikgu berbangga dengan mereka,didiklah mereka sebaiknya..
Selamat hari guru

Anonymous said...

salam cj..

heheh..budak2 sekarang ni dh semakin bijak kepala otak dorg.. sbb tu lah byk sgt bende2 yg x sepatutnye jadi kat sekolah.. ape pun, keep up a good work ek CIKGU... n Selamat Hari guruuuuuuuuuuuuuuuuu :)

Maryam said...

bila nak revise balik fakta buku-buku teks tu ek? :D

Shah CJ said...

akirasuri:
aih.. n3 ni belum cukup serius ke wahai akira? hehe

sarah:
sesekali berdepan soalan2 'pancung' dari budak2.. berpeluh juga aku. huhu
pasal budak yg tanya tu.. apa sarah jwb?

manje:
kdg2 auta yg diolah dgn cantik akan kelihatan spt real kaaannn hehe

awin:
wooiitt.. mana mau lari. siapkan dulu soalan sejarah nih. :)

Shah CJ said...

k-riey:
wahahaha.. tak payah le rindu aku. buang karen jek. =)

cikguzue:
harap2 ada le sesapa kt kementerian nih baca blog aku. wahahhahaa!

iman:
budak tu bagus. tapi cikgu dia yg berpeluh nk jwb. huhu

nurul:
mula2 masa budak tu tanya terdiam le gak 3-4 saat.. hihi

Shah CJ said...

nur'ain:
bdk2 skrg makin byk pendedahan. dn makin bijak kaitkan fakta2 dr cikgu lain. cikgu mrk le jd mangsa.

nadia:
kalau dulu aku yg ngjar ko sejarah. aku rasa aku mau pengsan tgk ko asik2 senyum.. asik2 senyum... huhu

one:
tu budak bijak. kalau budak biasa dia buat deeeekkk aja.

chugie:
bijak kalau betul caranya ok le gak. kalau bijak buat nakal sakit kepala cikgu.

maryam:
soalan tu kena tanya kementerian kot mek.. hehe