Monday, April 14, 2008

dan jawapannya ialah..

salam semua dan sambil makan2 seafood.. =)

wah!. ramai teka eh. ada yang kata kepah, lala, remis. meh sini pakcik ajar sikit benda2 nih.. (kalau pakcik silap sila tunjukkan ek..)

KEPAH.

ni le kepah cik yah. dia ni kulitnya halus dan licin gitu. mungkin dia banyak makan tempe. atau dia suntik botox kot.. hehe. memandai aje pakcik. dia ni juga lebih berat sebab kulitnya lebih tebal. kulitnya juga tidak bercorak. biasanya sekata je warnanya.



LALA @ ALA-ALA

haa.. cik yam. lala ni byk tau kt tempat aku. terutama kt tepi pantai sepanjang jalan kt Jeram. dia ni kulitnya rapuh dan saiznya comel. dia juga agak juicy gitu. haha. REMIS pula saiznya lagi kecik dari lala. sedap gak buat masak air dgn sayur pucuk manis.



ni? eeer... apa ek. kerbau kot. haha.

dia nih ada sedara dekat kat kuala selangor nih. nama dia KERANG BERBULU. pernah nampak? iye.. kerang berbulu saiznya agak besar dari sedara dia nih. dan harganya agak mahal juga. kira RM3.00 sekilo gak. dipanggil kerang berbulu sebab dia memang berbulu lebat kt cengkerangnya. dan pelanggan selalu berbulu jek bila nk beli sebab kerang ni amat laris di pasaran kuala selangor.



eeer.. ni aku tak tau le. apa ek? kupang kot. ada sesapa boleh bagitau. hehe.. fail dah aku.. hehe


dan... ini lah dia perkenalkan.. ;)

ANAK DARA 2 SEBILIK


wakakkaa.. poyo jek. woit!. memang nama dia mcm tu le. hihi. dia ni sepupu dgn kepah. cuma kepah agak berat, dia ni ringan sikit. maklum le anak dara senang nak dokong nanti. kulitnya agak bercorak dan cantik. amat sesuai jadi hiasan dan kraftangan. kalau kepah isinya agak berpasir, isi dia ni bersih dan halus. tadek pasir sikit pun.

dinamakan anak dara 2 sebilik sebab waktu dikutip oleh nelayan, dia akan berada kt dlm pasir mcm nih.. berdua berhadapan. yg lain pun berdua berhadapan. kalau kepah, waktu jumpa dia sepah2 je.. buat hal dia aje.


tengok tu.. gaya malu2 gitu hehe. sambil2 mcm bergosip2an mereka berdua. eleleleee.. cunnnya dia. ekekekee. sebab tu dinamakan anak dara 2 sebilik.


anak dara dh kena masak tumis cili padi.. yum.. yum.. err aku tak makan sebab elergik. woooo sedih tak dpt makan si anak dara isteri aku masak..


sekian kelas masakan Chef CJ hari nih.. meh le rasa.. sedap tau!

7 comments:

CPI said...

salam........
huhuhuhuhuhuuuu nakkkkkkk...sedapnyeeeee

Anonymous said...

Salam,uish3..slurp

cuba tengok betul2 gambar no 3,cam cikgu duk senyum,betul..

akirasuri said...

Peliknya nama?
He he he..

CikguZue said...

sodap tu...kecur air liur kome...

Neeza Shahril said...

sedapnya anak dara dua sebilik masak tumis cili padi.
Nak jugak.. huhuuuuu...

Redbloodsnow said...

neh kalo mak aku nengok bende alah neh
sure melalak die mintak di belikan
mak aku tuh antu ngan segala mcm seafood

hikkkkss

Sarah Mohd Shukor said...

aaa.. x aci jwpnnya kena campur2! x aci. x aci~ tp kesian cikgu allergic plak. hilang 1 nikmat dunia. huhu