Sunday, April 6, 2008

akhirnya saat itu tiba jua..

semalam. sabtu 5.4.2008. jam 9.30 pagi. aku kehilangan salah seorang yang aku paling sayang di muka bumi nih. aku kehilangan atuk aku yang kembali kerahmatullah.

sepatutnya semalam saat kami gembira. sebenarnya semalam adalah hari di mana mak, bapa dan makcik serta pakcik aku akan pergi menunaikan umrah. mereka telah sepakat hendak bertolak jam 9.30 pagi dan akan berkumpul di rumah atuk secara konvoi.

mereka telah berkumpul dan berhasrat untuk bersalaman dengan atuk sebelum bertolak ke tanah suci. atuk menggagahkan dirinya di atas kerusi roda. keluar melalui pintu dapur rumah sambil diusung oleh pakcik aku. mungkin niat atuk ingin meyaksikan anak2nya pergi ke tanah suci sambil berbaring di pangkin kayu kegemarannya.

sejurus atuk melabuhkan belikatnya di pangkin kayu, secara tiba2 atuk kelihatan tenat dan lemah. kami memangkunya dan terdetik di hati bahawa saat atuk telah sampai. atuk menitiskan air mata dan kedengaran mengucapkan kalimah Allah dengan amat dalam.

atuk menarik nafas sekali dan akhirnya atuk pergi dulu meninggalkan kami selama-lamanya. atuk tidak lama nazaknya. hanya sekitar 2-3 minit sahaja. kami semua tergamam dan seolah tidak percaya apa yang telah terjadi di hadapan mata.

kami yang berhasrat untuk bersalaman dengan atuk sebelum pergi ke tanah suci, rupanya atuk meninggalkan kami dahulu untuk bertemu Illahi.

sedikit kekeliruan dan suasana panik berlaku. sama ada hendak meneruskan umrah atau menguruskan jenazah atuk. kerana penerbangan dijadualkan jam 1.00 ptg dn jarak dari rumah ke KLIA memakan masa 2 jam. untuk menunggu jenazah atuk disempurnakan akan menyebabkan tertinggal kapal terbang. kami bermesyuarat dan akhirnya kami membuat keputusan membatalkan umrah sahaja bedasarkan kaedah usul fiqh: apabila perkara sunat dan wajib bertembung, maka dahulukan yang wajib.

ibadat umrah hukumnya sunat dan pengurusan jenazah fardhu kifayah. maka perlu mendahului fardhu dari sunat.

tak mengapa hilang RM5-7 ribu. duit boleh dicari. tapi atuk cuma satu. agensi umrah dimaklumkan dan keputusan muktamad diberi. kami menarik diri untuk umrah.

syukur, atuk pergi dalam keadaan tenang dan damai. kami telah memandikannya dan solat jenazah ke atasnya. atuk berpesan kepada kami semasa hayatnya agar sentiasa menjaga solat, terutama solat malam dan atuk juga berpesan agar diadakan majlis tahlil selama seminggu.

akhirnya jenazah atuk selamat disemadikan jam 12.30 tghri.

hilang lagi seorang ulama, bekas imam, guru tasawwuf dan pakar fikah di kampung. semoga arwah atuk bersama para solihin dan abidin.

note:

1. jamaah umrah itu ialah anak2 atuk; iaitu ayah dan mak aku serta 3 orang makcik anak kandung atuk bersama suami2 mereka.

2. aku ada cerita ttg kenangan aku dgn atuk kt blog nih. sila explore sendiri ye :)

3. blog akan bercuti lagi. masih berkabung. dan akan kembali selasa ini. Insyallah. ni pun apdet dari cc kt kampung =) *malu budak2 tgk*

23 comments:

rienmiel said...

salam cikgu~

takziah untuk cikgu sekeluarga...
dan al-Fatihah untuk arwah...
moga dia ditempatkan dalam kalangan orang2 soleh..amin...

silversarina said...

AlFatihah buat atuk cikgu.

salam takziah dari akak buat cikgu serta keluarga. InsyaAllah ilmu yang ditinggalkan arwah atuk akan terus diingati dan diamalkan oleh semua yang mengenalinya.

Anonymous said...

salam takziah utk cj dan juga keluarga...

> moga atuk ditempatkan di kalangan kekasih Allah... amin <

p/s: atuk kite pun dah kembali ke rahmatullah pada hari rabu ritu...

CikguZue said...

salam takziah dan al-Fatihah utk atuk cikgu...
Atuklah yg menyebabkan saya tertarik berada di sini...bibit perkenalan baru bermula, tapi Allah lebih menyayanginya...
Kisah pemergiannya hampir sama dgn pemergian arwah ayah saya dahulu, cuma masanya betul2 pada hariraya Haji.
Moga mereka menempah taman2 Syurga yang dijanji Ilahi.Amin.
*sedih*

Neeza Shahril said...

Takziah untuk atok cikgu. Akak ingat lagi cerita cikgu tentang atok cikgu tu.. macam mana dia bawak cikgu naik beskal.. indah kan kenangan tu dan pastinya sangat pilu bila lihat permergiannya di depan mata.

Alhamdulillah dia pergi dengan aman. Akak doakan roh atok cikgu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Insyaallah...

Sarah Mohd Shukor said...

salam cikgu.

mlm td tak tau knp sy mimpi jumpa keluarga cikgu. in fact, sy mimpi salam dgn isteri cikgu padahal sy x penah kenal lg dgn isteri cikgu. terbgn awal pg td n mmg teringat kt cikgu. wkt tu sekitar 5.30 pagi bersamaan puku 9.30 pagi d msia. detik hati dari Allah kot. Takziah buat cikgu dan keluarga. insya Allah, yg selayaknya telah disediakn buat arwah atuk cikgu. salam takziah dr moscow.

Anonymous said...

Salam,
takziah..
semoga arwah di sana damai dan tenang

NuRuL said...

salam takziah cikgu

Anonymous said...

salam takziah utk cikgu sekeluarga.

semoga allahyarham di tempatkan bersama2 mereka2 yang terpilih.

sabar. dariNYA kita datang. kepadaNYA juga kita kembali.

:)

Maryam said...

takziah untuk seluruh keluarga.

dari dia kita datang, kepada dia jugak, kita kembali.

Acaii Jawe said...

slm cikgu, tak ziah di atas pemergian atuk..smoga rohnya ditptkan dikalangan org2 yg beriman,amin..

Qaseh Bidadari said...

salam cikgu...

takziah ya cikgu...

semoga roh atuk akan dicucuri rahmat dr nya..

AinNur Haris said...

salam takziah dari SAYA juga..semoga arwah atok cikgu ditempatkn bersama-sama org yang dikasihi-Nya...amin..

Al-Fatihah...(^,^)

nur'ain said...

cikgu! jgn sedey2 ye. Kite doa semoga beliau bahagia dan tenang kat dunia sana. Atuk cikgu dah pergi..nanti akan tiba giliran kita pula..

khairul najmi yusof said...

takziah sy ucapkan cikgu.

Inah said...

salam takziah cikgu

Wanpetunjuk said...

Salam cikgu...salam takziah buat cikgu sekeluarga...semoga roh atuk tergolong dalam golongan org2 yg beriman...amin~

Shazwani Adnan said...

salam CJ. Takziah dr sy untuk cikgu sekeluarga. Semoga ruh arwah ditempatkan di kalangan org2 yang soleh dan dekat di sisiNya.

akirasuri said...

Salam Cikgu..

*Terkejut*

Takziah buat cikgu dan keluarga..
Mudah-mudahan rohnya ditempatkan di kalangan para solihin.. amin..

Cikgu.. jangan sedih-sedih ya..
:(

Anonymous said...

terima kasih kepada semua yang telah mengucapkan takziah. semoga kita semua berada dalam kasih sayang dan perlindungan Allah.

tiada musibah yang tidak merasa sakit. rasa sedih dan sakit sewaktu ditimpa musibah adalah tanda orang yang lembut hatinya dan sifat orang yang beriman. manakala rasa gembira dan tiada rasa apa di kala ditimpa musibah adalah tanda orang yang sombong..

Anonymous said...

Innalillahi wa innaillahi roji'un

salam takziah untuk cikgu dan keluarga

hayad said...

eh? ni atok yg ade ko post gambonye tu yer? alahai, sempat tak ko tuntut ilmu2 dr atok?

Anonymous said...

Alfatihah..