Tuesday, April 8, 2008

sangat letih..

salam semua =)

aku tinggal di kampung yang terkenal dengan budaya jawa yang tersendiri. di sini apa majlis pun, sama ada tahlil, kenduri, walimah malah bersunat pun diadakan secara gotong royong dn besar-besaran. kdg2 majlis bersunat pun pasang 4 khemah dengan rewang2 dn masak2 mcm kenduri kawen!.

bagi setengah tempat, majlis tahlil hanyalah satu majlis yg sgt sederhana dan ringkas. begitu juga kampung aku, ringkas dalam perspektif kampung aku le... sila hayati cerita di bawah.

adapun bagi keluarga aku, (org lain aku tak tau), persediaan tahlil bermula selepas waktu asar. jiran2 dn sedara mara akan datang ke rumah bergotong royong memasak. (tahlil diadakan di rumah orang tua aku). ada yang membawa kuih muih, ada yang membawa beras, minyak masak, gula, telur, tepung, mee hon.. semuanya dikongsi bersama dari jiran2 dan sedara mara.

mereka akan mengambil giliran masing2.

yang ibu2 memasak untuk juadah tetamu malam nih.
yang lelaki pula menguruskan kerja2 berat sepeti membasuh periuk. membuang sampah dan merasa makanan (berat sungguh jd tester nih.. ha ha ha)
si anak dara pula memotong kuih muih dan menyusunnya kt pinggan, membasuh gelas cawan dan memasak. sambil ditunjuk ajar si ibu2 sambil kena leter. hu hu hu.. tu le sapa suruh tak reti masak!.
yang jejaka pula eeer... takde. kecuali kenit2, semua org lelaki dh kawen. :)
si kenit2 berlarian berkejaran ke sana sini jerit menjerit, sambil sesekali menangis dn merengek minta didukung.

suasana meriah dalam duka. sekurangnya memujuk juga hati. hari pertama tahlil, tetamu dijamu dengan mee goreng + kuih muih. malam kedua nasi lemak daun pisang + kuih muih dan malam ketiga mee kari + kuih muih.

kami bersolat maghrib berjamaah di rumah. bersama jiran2 dan sedara mara tadi. lepas maghrib kami adakan bacaan yaasin dan doa. (aku jadi imam maghrib sekali dn pimpin bacaan yaasin pada malam kedua. hahaha malu jek dgn korang..). kemudian solat isyak berjamaah. lepas solat isyak, tetamu para jamaah dari masjid akan datang ke rumah. majlis tahlil arwah dijalankan selepas isyak. malam kedua agak ramai dengan kira2 100 orang datang bertahlil.

selesai tahlil, juadah dalam dulang pun dibawa keluar dan dihidang kepada tetamu. sebaik tetamu pulang, kini giliran lelaki pula mengemas2 dulang dan bekas hidangan. manakala si anak dara membasuh pinggan dan cawan kotor. si ibu pula mengemas2 kawasan dapur apa yang patut. dan proses itu akan berakhir biasanya jam 10.30 - 12.00 tgh malam. sembang2 dgn sedara mara mau jam 1 pagi baru tidur.

esoknya... rutin yang sama akan bermula lagi. penat dan letih sekarang..

note 1: takde gambar. lupa nak snap. tapi aku akan cuba ambil gambar majlis tahlil utk dikongsi bersama.

note 2: aku dah balik KS. dah mula kerja hari nih. KS nama glamer Kuala Selangor. org2 sini panggil KS je..

note 3: kdg2.. aku rasa adakala budaya bertahlil dn kenduri org jawa kampung aku ni unik tetapi membazir. maksud aku terlalu mewah dgn makan2.. isk.. ntah lee..

19 comments:

Shazwani Adnan said...

salam cikgu.

suasananya lebih kurang tempat sy. rindu nak berkenduri. tp betulla kate cikgu, terlalu bermewah dgn makanan.

ingatkan KS tu kak sarah. rupanya Kuala Selangor =)

Neeza Shahril said...

cikgu, akak nak tanya 1 benda.. akak dengar majlis tahlil ni bidaah.. sebab keluarga simati dalam keadaan berduka tapi kena pulak masak berbagai nak jamu orang makan yang buat tahlil tu. padahal diorang sepatutnya diberi makan sebab tengah sedih kan.. betul ke?

anyway, kat kampung akak pun gitu jugak halnya.. beriya masak sampai 3 hari.. ada tu 40 hari.. entah laaa...

bila nak post gambar?? hehehe..

Maryam said...

ade upah tak? adinda saya, kalau tak dapat duit, takmau pegi. salah niat sungguh. sape la cikgu yang ajar dia tuh... huhu...

Anonymous said...

shazwani:
ha'ah kan wanie. org jawa ni pemurah dan suka sedekah kot. sebab tu tahlil pun bermewah2 dgn makanan. isk.. kdg2 kurang setuju gak.. hehe.
***************************

neeza:
mmg tahlil tu bida'ah. tak pernah Rasul dn Sahabat buat. tapi bila lihat bacaan tahlil ambil dari Quran dan zikir2 muktabar, bagi aku tahlil itu bida'ah hasanah mcm Imam al-Ghazali sebut dlm Ihya' Ulumuddin.

takde bacaan mentera dn jampi dlm tahlil. jd ia dianggap satu majlis zikir munajat dn amalan ulama nusantara sejak dulu.

ttg jamuan tu, setuju dgn kak neeza. sbb... kami mengalaminya. =) kos jamuan bukannya sikit. dan memerlukan tenaga manusia juga.

aku sebenarnya tak setuju buat tahlil sempena 3,5,7,40 atau 100 hari. nak buat boleh, tapi jgn disabitkan bilangan hari. mensabitkan tahlil dgn bilangan hari adlh bida'ah dholalah dn tiada dlm agama.

sebaik2 doa adlh dr anak soleh. tapi budaya kampung kena ikut juga utk mengelakkan fitnah. selagi budaya tu tak bertentangan dgn Islam.

dlm kes keluarga aku, kami cuma bertahlil selama 7 hari kerana menyempurnakan pesan arwah atuk. dn kami tidak sesekali mengaitkannya dgn bilangan 3,7,40 atau 100 hari yang mesti kena buat.

Anonymous said...

maryam:

salah tu.. mana boleh upah. dh lari niat. juga menambah beban pada keluarga yang tgh bersedih.. huhu. itu cikgu salah ajar ke budak salah dgr?

Inah said...

salam cikgu..kalo saya mai KS..cikgu akan masak utk saya ke :)

Anonymous said...

inah:

kalau hang mai KS ni, aku sediakan 10 tukang masak utk hang. pilih le mana restoran yang hang mau. asalkan budget tak lebih RM10 utk 2 org makan. wakakakkaaa..

Anonymous said...

salam cj...

klu tak abis benda mkn tu sape yg menghabiskan benda makan tu sume? buat mkn pg esok ke? mcm kenduri tahlil kg kite ritu, cume wat roti canai aje...takut membazir... lagipun tghari tu da penat memasak mkn tgh hari sblm pengkebumian... kite pon pnt tau berhari2...

> msh pnt lg? <

Anonymous said...

manje:

kuih muih dn juadah yg lebih, biasanya jiran akan dipelawa bungkus bawa balik. tapi biasa juga mereka akan menolak. sapa nak makan mee kari tgh2 malam buta?

akhirnya tuan rumah juga kena simpan. buat sarapan esok hari. tapi siapa nak makan mee kari buat sarapan?

akhirnya rezeki ayam kucing juga.. :(

rienmiel said...

salam cikgu~

saya pun mengalami pengalaman sama everytime kenduri...
x kisah la kenduri kawin ke, cukur jambul ke (puputan ke dorg panggil..ntah la belasah je ^^), tahlil ke...
selalunya end up sama je...

nak qoute cikgu "akhirnya rezeki ayam kucing juga"

Sarah Mohd Shukor said...

salam cikgu

KS akan smpai ke KS lg 1 hari nnti. hehe. alhamdulillah. rewang2 gini mmg meringankn beban. bila terbaca komen kak neeza pasal bid'ah tu, sy terus teringat kupasan dlm ihya 'ulumuddin. bid'ah hasanah. mcm baca yasin mlm jumaat la kn. tp bila diniatkn utk mendoakan arwah x salah dibuat amalan tu. kupasan panjangnya sy pn dh lupa dh :)

Anonymous said...

...unik tetapi membazir. maksud aku terlalu mewah dgn makan2...

mewah dengan makanan, untuk memastikan tetamu tidak pulang dengan perut & tangan kosong. anak2 yang duk jauh leh tapau sekali heheheh.

tapi konco ku selalu ngomong.. angger mareng kenduri wong jowo memang balik orak ngelehlah.

alhamdulillah, berkatlah tu kan :)

kg mak cikgu kat ne? kot kita berjiran kot.

silversarina said...

Apa yang penting doa selamat untuk roh yang telah kembali ke alam barzakh .

Akak dan suami dah lama tak hadiri majlis tahlil , rasa tak kena . Itu pegangan kami.Orang lain dengan pegangan sendiri.

Anonymous said...

cikgu... org jawa penuh ngan adat... mak adek ckp itulah istimewanya org jawa...

p/s: ingat dulu masa skolah kengkawan ajuk adek, org jawa, adek tak kisah pong...

CikguZue said...

waktu mcm ni la semua keluarga dan sedara mara boleh berkumpul.
hilang sedikit rasa kesedihan yg ada.
segala hal berkaitan si mati mudah dilaksanakan cth: htg jika ada dan pusaka serta wasiat...
walaupun sibuk dan penat dgn majlis, ada hikmatnye juga,kan :)

Anonymous said...

rien:

sungguh betul tu rien. apa2 amalan mulia pun, kalau dilakukan secara keterlaluan dn melampau, tetap dilarang agama kan.
************************

sarah:

sarah mesti ingat masa belajar agama dulu. memang takde bacaan yaasin malam jumaat. dalam hadis digalakkan baca surah al-kahfi setiap malam jumaat. itu yang afdhal. :)

tapi tak salah pun nak baca yaasin atau surah lain. bukan benda lain pun. al-Quran juga.
**************************

ayumkay:

loh. wong jowo sampian ne. nang ndi kampung e sampian. ke kito sedolor sak tenan ne. hehe (belasah le jawa karat aku) haha
**************************

silversarina:

takpe.. masing2 dgn ijtihad sendiri. yang penting kita berlapang dada dn terbuka.
*************************

Anonymous said...

adek:

eer.. ni adek aku ke? haha.. kalau betul, dah bocor le blog aku kat korang.

jawa sekarang kurang beradat2 nih. tinggal yg tua2 je.

ops. aku seorang muslim bangsa melayu keturunan jawa.
***************************

cikguzue:

betul. tu antara hikmah kelebihan bertahlil. mcm soalan periksa pula. hehe

Sarah Mohd Shukor said...

cikgu, betul2. sy baca al-kahfi. ayah suruh hafal surah al-kahfi. tp mmg baca jgk yasin tu. sbb mcm kata cikgu, al-quran jgk kn :)

Anonymous said...

x agree more on last comment..
Salam,
cam bertukar rupa majlisnya ya,sekurang2 kluarga cikgu digembirakan oleh kemeriahan dan kesepakatan org kampung