salah satu kelemahan aku ialah aku mudah
ada pelajar yang aku ajar sejak form 3 hingga form 5, aku masih tak ingat nama mereka. malah aku hadapi masalah tak ingat nama murid sejak mula bertugas jadi cikgu lg. hingga ada murid aku yang merajuk dgn aku sebab aku masih tak ingat2 lagi nama mereka.
adakah sebenarnya aku hadapi masalah mengingat?. yg pasti, aku bukan le seorang yg pelupa. sebab aku mudah mengingat sesuatu perkara. cuma, aku sukar mengingat nama2 murid aku sendiri.. :(
sabtu lepas, sewaktu hari kantin SMK Agama Kuala Selangor, seseorang telah menegur aku. dia kata kami bekas kawan sama sekolah di SAMTAJ dulu. puas dia menerangkan segala kisah lama, baru le aku teringat semula. itupun aku mengaku le juga demi ambil hati dia. sebenarnya aku pun masih samar2 siapa dia sebenarnya. betul ke kawan aku dulu?. tapi oleh kerana dia mengaku aku kawan lama, iyekan aje le. jaga hati.. haha
pernah ada seseorang tegur aku kt bandar. dia kata aku bekas kawan lama kt UKM. dia kelihatan sangat mesra seperti kawan yg dh lama tak jumpa. aku tanpa sengaja terpacul ayat: awak ni siapa?. lepas tu aku tgk muka dia agak cuak. dan akhirnya dia sendiri pun naik keliru adakah dia menegur orang yang betul. lalu dia berlalu pergi sambil minta maaf.. hihihi.. kesian dia.. sungguh! maaf bro, aku mmg tak ingat..
dalam kelas juga, aku masih lagi keliru nama2 murid aku. aish.. dh nak masuk 5 bulan aku ngajar nih.
tapi tak le semua ttg nama murid aku tak ingat.
# aku ingat hampir semua nama pelajar yang baik2. hehe
# aku ingat hampir semua nama pelajar yang nakal2.
tapi aku mmg fail nak ingat nama pelajar yg sedang2 ni. adeh leee..
justeru.. kalau ada mana2 blogger yang link blog aku tapi aku belum link blog mrk, atau ada tag aku tapi aku blm jawab... sila ingatkan aku ok.. hehe.. tulis le kt komen n3 ni ye..
eerr.. aku bukan pelupa, cuma tak ingat je.. hehe.. cover.. =)
16 comments:
hehe.. aku cuma nak pastikan kotak komen ni berfungsi.. hehe. haa.. baru ingat!. eeer.. apa yek? aasih...
salam
ape kene ngan cj nih? :)
manje:
ntah le manje. kenapa ek?
cikgu ingat saya tak?
inah:
eeer.. awak ke yang dok sebelah rumah cik kiah tu? yang pakai kete kelisa warna biru gelap. pastu awak keje kt kfc kelana jaya?..hehe
husband akak pernah kena. Kami pergi pasar ramadhan masa tu. Ada sorang mat ni tegur dia.. punyalah hebat dia sembang.. dia siap sebut nama husband akak lagi.. Lepas pada tu, husband akak cakap kat akak, "sebenarnya abang tak kenal pun dia tu sape" hahahah!!!!
saya pula selalu terlupa anatomi..hmm..cikgu, lihat saje setiap pelajar, cari kelebihan mereka dan cuba membuat perkaitan dengan namanya..insya Allah, lama-lama boleh ingat:)
neeza:
sama le kt aku situasinya kak. nak terus terang takut dia kecik ati.. so.. layan je le, walaupun sebenarnya tak ingat sapa pun dia. hehe
********************
ummuafeera:
ok.. nanti2 aku cuba teori nih. :)
3-4 tahun kebelakangan ni saya memang pelupa habis! lagi teruk bila tak ingat kawan sekelas... bila 'cikgu' tanya kenapa tak tanya classmate, rasa nak masuk dalam tanah jek.. [ini kes tak datang kelas la nih].
nama dan rhupe kekawan lama saya pun kekadang lupa...yealah dulu anak2 remaja remaji, sekarang dah mak2 dan bapak2 org...lain da rhupenye. termasukla yg bercerita ni ha...heheh
kalau cikgu tak ingat nama anak2 murid, camana cikgu panggil diorang ye?...ooo panggil sayang ek?
maryam:
woit. awak tgh belajar. mana boleh pelupa.. bahaya tuh.
********************
cikguzue:
alamak! cikgu nih.. kantoi aku... hahaha
ramai gak rupanye cikgu yang pelupa nama student ek. teacher b.inggeris sy taun lepas pun camtu gak. Tapi ada seorang ustaz ni semua nama student dia ingat. tapi rilex ler cikgu setakat lupa nama takpe. Bagi sy sebagai student ok jer...
Salam
Bila teringatkan kenangan indah bersama
bahagia terasa
Bila orang teringatkan kebaikan kita terharulah pula
Bila mereka teringatkan keburukkan kita,malu dan sesal pun ada
Bila orang tak ingatkan kita,memang sakit hati
Tapi mungkin itu lebih baik buat diri
Yang penting jangan lupa diri kan
tapi, kan... mak saya hari tu, dia yang ingat anak murid dia. budak tu belajar dua taun ngan mak, dia bleh tak ingat. mak kata: budak agah ni. ehek!
setakat ni saya masih ingat cikgu-cikgu saya.
alhamdulillah cikgu ingat kt sy sbb nama sy dh ada dh kt situ. hihi :)
mmg jd kebiasaan kn cikgu2 ni akn mudah ingt nama bdk2 baik n yg nakal2.
saya rasa normal kalo cekgu2 nih payah nak ingat nama students nih.. kalo satu kelas ada dalam 30-35 budak..kalo ngaja 5-6 kelas tak ker ramai tuh nak ingat..hehe..alasan mudah nak di beri!!!
Post a Comment