Tuesday, April 22, 2008

mendung..

salam semua :)

hari ni macam semalam. aku datang sekolah untuk mengajar. tapi dengan penuh terpaksa dan memaksa diri juga. masih demam. tiada selera makan. semua makanan terasa tawar. makan sekadar syarat agar perut tidak terkejut. rasa loya dan mual. selsema dan berulang ntah berapa kali ke sinki kt tandas guru. bila berdiri rasa macam hilang keseimbangan berdiri.

badan terasa lemah. sangat lemah. entah kerana tiada tenaga akibat tiada selera atau tindak balas biologi melawan penyakit. ah! aku cuma berteori. bukan tau apapun pasal nih..

pastinya, aku perlu baring merehatkan diri.. tapi exam pertengahan tahun semakin mendekat, dan aku tak sampai hati tinggalkan murid2 aku terkulat2..

Ya Allah.. berikan aku sedikit kekuatan untuk aku sampaikan walau satu ayat ilmu kepada muridku..

pagi tadi aku mendaki anak tangga demi anak tangga. sambil tangan berpaut pada pemegang besi. 3 tingkat didaki penuh payah dan tabah. sampai kelas murid berdiri memberi salam. aku menyatakan situasi aku sekarang.

ok, takpe.. cikgu awak masih mampu berdiri, berjalan dan bercakap. kelas bermula.. oh! majoriti murid aku tak bawa apa2 untuk belajar hari nih. tiada buku teks, buku nota atau buku latihan. terutama murid lelaki.. ada yang tertidur waktu aku mengajar. bila ditanya, kata mereka keletihan baru lepas PJK. ah!. apakah letih kamu bersukan jadi lesen untuk tidur dalam kelas?

aku tiada mood hari nih. biar lah.. biar aku jadi helang yang cuma berlegar di angkasa minggu nih.

23 comments:

Maryam said...

isk budak-budak ni... main-main pulak. er cikgu sensitif sebab tak sehat la tu... :D

nanonano said...

lorhh,
adekah sbb cikgu sporting sgt smpaikn derang xtakot buat cmtuh?
ishk..
jgn lupe amek ubat ye :)

akirasuri said...

Moga cepat sembuh cikgu :)

akirasuri said...

Erk! Mual-mual loya ni..
Hahak! Pembawaan budak ke :p

AinNur Haris said...

emm..dah berapa hari demam...? jap..biar SAYA "tengokkan"..haa..cikgu pun ada walk-walk dpn kubor ke masa bawak budak2 KRS aritu...??

aiiyaakkk....!!!

renung-renungkan...selamat beramal...

khairul najmi yusof said...

Salute ler cikgu. Boleh dapat anugerah ni.

Dengan ini saya menganugerah kepada CIKGU JAWE anugerah cikgu contoh dan Cikgu Rajin...

tahniah cikgu.

Neeza Shahril said...

kalau tak sihat, hati pun cepat aje panas.
Bila anak murid buat hal, lagilah naik temperature ye cikgu... sabar cikgu.

Kalau tak larat, bagi aje budak assignment - tulis nota utk 3 chapter yg bakal diajar.. heheheee.. sure gelabah budak2 tu...

NuRuL said...

alahai..aku lak yang panas hati ngan budak2 camtuh..sabo je larr!!!

Redbloodsnow said...

cikgu klu badmoodkan
mesti anak murid dorg yg jadik mangse nyer kan kan kan

:D

**tingat kat cikgu aku ddulu aaa
klu die bad mood...garang mengalahkan singa betina die
aku pnah kene yelled!!!
spai skrg aku bapakkkkkkk benci ngan cikgu tuh


**ngehngeh**

Shah CJ said...

maryam:
biar le maryam. nama pun budak2.. kasi can sama dia. dh kena denda pun tadi. hehe

nanonano:
eer.. aku sporting sgt ke? huhu. nanti tanya budak sat..

akirasuri:
TQ cik ati. lama tak nampak hang

Shah CJ said...

cahaya mata:
haha.. mana ada 'ain. budak2 mmg lalu dpn kubur. tapi aku eskot sampai dpn padang je. haha

khairnaj?:
isk.. apa awak nih. isk.. malu ah.. hehe

neeza:
dah.. denda tadi salin soalan objektif ABCD sebanyak 20 soalan.

Shah CJ said...

akirasuri lagi:
pembawaan budak? ye le kot budak2 aku tuh mmg nakal2 dn badek sampai aku loya dn mual2 gitu.. haha

nurul:
sabo cikgu sabo.. eh, aku pula menyabokan dia.. :)

princess:
wah wah.. tak baik tau benci cikgu sendiri. cepat minta maap.. rotan kang. haha!

insyallah, bad mood camne pun dpn budak2 cuba ttp manis muka. salah kecik je tuh.

Sarah Mohd Shukor said...

salam cikgu.

masih x sehat lg ke? mlm ni byk2kn la rehat. tido la awl lps mkn ubat tu. smlm pn sy tido je. tp tu la. sy pn x sehat jgk lg. apa2pun, smoga cepat sehat n aktif kembali ye cikgu.

silversarina said...

salam,

semoga petangnya cikgu dah makin sihat....

kenapalah budak-budak tu macam tak nak sekolah je serba serbi tak bawak.

Anonymous said...

salam cj...

jgn sedih. bykkan berehat dn makan ubat. masa utk diampunkan dosa ni...

> jgn dilayan sangat bebudak tu sangat... dah tak sihat fikirkan tentang diri dulu... dah sihat betul2 nati baru... em buat sesuatu k.. <

Inah said...

cekguuuuuuuuuu kesayangan inah :)

x de mood ke??meh nak tiup2 mood bagi kat cekgu :D

sabar ye cikgu..sakit itu kan kifarah dosa :)

CikguZue said...

isk isk bebudak nih...apela tak sian kat cikgu.

biasanye kalau saya bagitahu saya tak sihat, bebudak lelaki tu bagus pulak dr hari biasa. mungkin sbb saya dah warning, jgn buat cikgu marah...duduk diam2 buat keroje sebelum cikgu kerojekan kamu...muka pulak, memang dah tak larat nak senyum,mata pulak merah...ngalahkan singa betina kelaparan....heheheh
sabor cikgu. tak pun ambik mc la. karang melarat, lagi la tak dpt menyampaikan ilmu walau satu ayat...

Shazwani Adnan said...

salam cikgu.

semoga cepat sihat.budak2 tu pun, mmg nama pon budak2. dulu sy pon ratu tidor dalam kelas.. =)

arsaili said...

salam..dah sembuh ker..minum air putih banyak2...salah terminologi la..kampung masyarakat jawa kat banting..situ kan ramai jawa termasuk si acai tu..ehehe..Kampung Jawa tu pernah juga dengar

Qaseh Bidadari said...

dah makan ubat ke lom ni?

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

ari2 pi sekolah kan cikdu...mood ader x de..blkg kirela..dh tugass

one said...

Salam,
kat sini pun ada orang sakit. kes semput,kena bawa masuk Pantai hospital

hayad said...

budak2,alasan je banyak.cuba kita bg alasan penat, then tak mengajar... grrr...geram aku!