salam semua.. opsss.. sat.. takleh salam. aurat. hehehe
blog lambat apdet minggu nih. ok lah, aku senaraikan sebabnya:
1. aku tgh bz gila. orang gila pun tak bz mcm aku. adeh!. tgh marking kertas peperiksaan bulanan sebenarnya. sambil2 menanda sambil2 kesat airmata menahan gelak tgk jawapan budak2. huhu
2. line streamyx sgt2 slow. mungkin overload. rajin juga orang2 kuala selangor nih cari maklumat ttg filem fitna tu. bagus..bagus.. sensitif pada agama. atau memasing sebuk cari gambar sofiah budak genius tuh. huh!
note: semalam kami lepak2 dgn kawan. ada guru praktikal sains sama kami. aku (cikgu sejarah), cikgu S (cikgu geografi) dn cikgu praktikal sains. cikgu S beri soalan mudah pada cikgu praktikal.
"1+1= berapa?"
" 2" kata cikgu praktikal.
"kami org2 bidang kemanusiaan nih, kami kata 1+1= boleh jadi 2,3,4,5,6,7 atau 10" kata cikgu S.
"orang2 bidang sains dh diajar 1+1 mesti 2, tak boleh ubah.." aku menyampuk.
"sebab tu orang math dn sains ni kurang peka dgn perasaan manusia. keras, tegas dn pentingkan diri tak bertempat.." cikgu S sambung lagi.
cikgu sains diam.. senyum kelat.
hehe.. apa punya teori le.
tapi pada pandangan aku, pendidikan yang kita terima, sedikit sebanyak mempengaruhi watak kita juga sebenarnya. sebab itu kita perlu seimbang dalam pendidikan. agama dn akademik perlu seimbang. baru le tindakan rasional dn asasnya iman. ntah le, tapi aku perati kawan2 yang aliran kemanusiaan ( agama, sejarah, geografi, bahasa dn sastera) sedikit berbeza perwatakan dgn kawan2 aliran sains (math, sains, biologi, kimia dn fizik)
ada yg lembut dn terlalu mengambil hati. ada yang terlalu keras dgn prinsip sendiri. blogger mcmana ek? mungkin latar belakang pendidikan masing2 mempengaruhi cara penulisan blog kalian?
namun perbezaan itulah yang jadikan dunia sangat indah sebenarnya. kita saling melengkapi dn memenuhi lompang yg wujud dari perbezaan itu.
hmmm.. aku ada teori baru. mungkin org2 aliran kemanusiaan sesuai dpt jodoh dgn org2 aliran sains. sebab "memenuhi" perbezaan itu. ekekekeee..
cuba perhatikan corak kepimpinan cek det dgn pak lah. berbeza bukan?
note 2: anak aku demam campak. tu yg terbantut juga blog nk apdet. huhu. =)
15 comments:
yay! 1st! ahak. susah wooo nk fisrt n3 sendiri. hahahaaa
tak aci...
saya la 1st...huhu
saya rasa point cikgu tu ada betulnya sbb dulu masa kat sekolah, saya amik sains tulen...
skrg bile kat uni, saya amik linguistik plak...
saya dapat rasa la gak perbezaan cara saya perceive things masa dulu2 dan sekarang...(mungkin jugak sbb makin tua...huhu)
btw, saya suke la dgn "teori baru cikgu" tu...
baru la namanya..."u complete me", "i complete u"^^
soklan: cikgu sendiri kawin dgn org sama aliran atau mmg ikut teori tu jugak ;)
waktu form 4 sy nak tukar aliran tapi tak dibenarkan. Tak seronok lansung belajar add math ngan fizik.
tiap 'manusia' ada lebih ada kurangnye...tak gitu?, cikgu...
Ohoho dah hapdet..
Emmm manusia saling melengkapi..
Pasangan juga saling melengkapi..
Kalau ikut teori cikgu tu saya kena carik zauj yang berlatarbelakang pendidikan sains la ek..
*pikir jap ada tak sesape leh jadik saspek.. keh keh keh*
ermm.saya kena cari yg latarbelakang sastera..err..yeke??
anak cikgu tu sila bagi minum ayaq kelapa ok!!
"sebab tu orang math dn sains ni kurang peka dgn perasaan manusia. keras, tegas dn pentingkan diri tak bertempat.." <-- aah la, aku rs aku pn mcm ni :D
rien:
takpe. ko mmg 1st.. :)
isteri aku eh. ntah le.. math pandai, agama pandai.. camna tu ek. hehe puji bini sendiri.
**********************
khairnaj:
leer.. best apa add math dgn fizik. belajar sambil pening2 gitu.
**********************
cikguzue:
betul cikguzue. sbb tu kena berlebih kurang kan. hehe
akirasuri:
oho.. nk cari org sains ye.. hehe.. ai le tuu.. wakakakkakkaaa.. lariiikkkk.
********************
inah:
nak yang sastera pulak inah nih.. eer.. ada.. ada.. hehe.. ai juga kot.. wakakakkaaa *sembunyik kt tangki air*
*********************
hayad:
eer.. hehe.. no komen. tapi dayah cikgu paling glamer kt sekolah kan. hehe
Hahak!
Oit! Cikgu latarbelakang sastera..
Tak masuk dalam list =))
Lagipun yu dah ada zaujah..
Kakakaka!!
salam.
kena cari org lain aliran lah ni? hurm.. *garu2 kepala*
semoga anak cikgu cepat sembuh. ke dah baik dah?
mana ada glemer. ada gak student yg tak knl aku :p
cenggitu eh?
kalau dua2 sains camana? heheh~
xpe lar..u memang nak orang sains kan kan hehek
bab tu akak agree.. pendapat akak dengan suami memang macam panggang dengan api... eh.. panggang dengan api bukan dekat ke? hehee..
Dia engineering, akak psychology. Rasanya, dalam 10 benda, nak jumpa 1 benda yang kami sama2 agree susah sangat..
Tapi, macam cikgu kami, ianya lengkap melengkapi.. Allah tu adil kan.. :)
Post a Comment