Thursday, June 26, 2008

main petanque

salam semua..

maaf le lambat apdet blog. rasa kecik ati dgn wireless yg meragam. jadi aku dok dlm gua jek melalui hidup2 manusia zaman paleolitik.. huhu

minggu ni minggu koperasi sekolah. dan aku diberi tugasan jadi jurugambar sepanjang minggu koperasi nih. tak kisahlah. aku suka jek. bukan susah pun, cuma shoot dn snap. mudah kan?.

antara aktiviti semalam ialah projek menanam sebanyak 800 btg pokok sentang. pokok sentang sesuai untuk buat pensel dn pencungkil gigi. batang kayunya lembut dan mudah rapuh. walaupun pokoknya tinggi menjejak awan.

ok.. cerita pasal tanam sentang lain kali. aku nak cerita pasal game petanque. game nih asalnya dari france dn dimainkan di padang berkerikil. lain2 maklumat pasal game ni sila tengok laman ni ye..

semalam juga diadakan pertandingan petanque (baca petang dgn e taling) antara guru-guru. aku, cikgu Adenan dn ustaz Sani sepakat tubuhkan satu team bidan terjun. bidan terjun sebab kami daftar paling lewat dgn niat saja2 isi masa lapang. kami namakannya DREAM TEAM.

kalau menang, memang patut sebab kumpulan kami dream team. kalau kalah pun patut sebab kami dreaming team. hahaha! sebenarnya, kami bukan le pandai main petanque. cikgu Adenan pakar main boling. Ustaz Sani pula mahir main tenis. sedang aku sendiri sgt2 ahli dlm main kunda kundi dn galah panjang. hahhahaha!

permainan bermula. mula2 kami lawan team pengetua. boss bukan calang2 orang. aku pernah lawan dia tahun lepas. pengetua sgt tajam tumpuan dn tepat balingan.

selain dia, ahli2 kumpulan dia juga antara yang hebat dlm petanque.

hek elehh... gaya je lebih. :P ni le PK koku aku.. sarat dgn teori permainan dia nih. padahal team dia kalah teruk tuuuu.. wahahahha!

main punya main dn akhirnya kami menang game tu. kami menang 5-1. puas!. sbb kami cuma pasukan undercat. (tak moh guna underdog. haram. najis mughallazah.. hahhaha!) puas kalahkan team pengetua.

dlm game kedua, team kami lawan pula team cikgu hisyam yg tlh menang kalahkan team cikgu2 sukan dgn 11-2!. waduh!. kami kena lawan team yang sgt kuat. mereka kalahkan team jurulatih teknik sukan tuuu.

kami ketinggalan 3-0 dlm game pertama. waktu rehat, kami berbincang dn akhirnya kami rasakan punca ketinggalan sebab terlalu menghormati lawan. kami perlu main secara santai dan relaks.main sambil gelak2 dn sikit2 provok lawan. seperti yg biasa aku buat. wahahhaha!

kami mengejar mata demi mata. bukan mudah nak kejar team lawan yg dh leading 3-0. dan kami cuma ada 2 frame je lagi nak kejar team cikgu hisyam.



gelanggang petanque yg menyalahi standard antarabangsa. mana ada main petanque kt rumput berpasir. aiseh..


permainan yg dramatik bila boules (bola balingan) team lawan lebih dekat dgn jerk pada balingan mereka terakhir. mujur kami ada 2 biji boules lagi utk dibaling. balingan terakhir yang kami baling telah berjaya mendekati jerk berbanding bola lawan.


(erkk.. korang faham ke tak eh jerk, frame dn boules nih.. hehehe.. belasah je laaaa kawaaan)

akhirnya kami menang dgn 4-3!. syukur!. kami jadi johan dn mungkin mewakili sekolah ke peringkat daerah lepas nih.

erk.. tahun lepas patut team kami wakil sekolah. tapi dinafikan oleh seseorang yang hantar team yg kalah. sebab dlm team yg kalah tu ada suami dia. huhu!.


kali ni aku nak juga wakil sekolah kejohanan petanque tuh. bakpe hantar team kalah kan.. sedangkan ada juara sebenar yg telah terbukti kehandalannya. ngeeeeeee!!.. *berlagak*

psssttt.. cuba tanya cikgu smk agama kuala selangor. sapa jurulatih petanque mereka yg melatih guru2 smka jadi naib johan petanque peringkat kebangsaan tahun lepas. hehe.. *berlagak lagi* masa team smka kalahkan sekolah aku tu kaann.. aku rasa sgt gembira dn puas hati. sgt suka tgk muka akak tu masa tuh.. wahahahha! padan muka dia..

oh! ini le kemenangan 2 tahun berturut2 aku dlm petanque peringkat sekolah. hehee..

sapa2 nak join main petanque dgn aku? hehe..

note: korang jgn le cuba2 cari gambar aku kt atas tuh. tadek punya.. hahhaha!. kan aku yg snap gambar.. heeee...

23 comments:

nur'ain said...

Salams!
cam bese, cikgu wat ktorg sengih sorg2 pagi2. heheheh.

cikgu sangat nakal tau??

Qaseh Bidadari said...

n3 berlagak nih cikgu..hehehe...

:|: TinTa Kibod :|: said...

grr..x reti nk nyebut...petanque..heuhue..adeh!

AinNur Haris said...

ooo.."eksen" ehh terror main petanque tu..hehehe..!! takpe-takpe..kalau berani dtg pt.sungai kajang laa...kita lawan..

(hahaha..nk lawan apa nya, ni pun pertama kali dengar nama games tu..hohohoho..)

Maryam said...

"agah cekgu..." :P

victoire said...

saje je dia suh orang cari gambor die.
memang nak kene. hahaha

petanque atau sebutannye 'paytonk'.
orang tua kat france suke sangat main bende nih.

nanonano said...

sumpah xtao apekah permainan ini???

Neeza Shahril said...

pernah dengar game ni.. tapi tak pernah tahu sangat cara main..
ni ambik gambar je tak berapa paham la cikgu..
apa kata mintak jurulatih buat demo, ambik video pas tu tepek kat blog cikgu ni.. okay kan... senang sikit nak paham hehehehhh...

CikguZue said...

tahniah ler...boleh sampai kebangsaan gaknye nanti...
eh ada ke permainan ni sampai kebangsaan? hehehehe...
*musykil sebab tak pernah tahu cara main petanque ni*

Anonymous said...

Menang dapat hadiah apa?
Dapat hadiah pinggan tak yang macam Mak saya cakap?
He he he..

Sarah Mohd Shukor said...

teringat di kisas. ada petanque jgk. sy main sekali je time sukan. lps dr tu takde dh. sbb asyik terikat dgn jadual bahas. sy rasa org yg terer main ni ada mata yg bagus. sbb nak fokus n mengagak jarak bukan senang kan. sy mmg fail bab2 ni. mata sy ni mata ikan puyu :p

Acaii Jawe said...

waaa, apesal org tak pernah dengar permainan ni cikgu,hahahaha..:) tpai kalau cikgu ajar bleh je nak lawan..sbb sy mmg bleh sesuaikan diri ngan cepat,ceewaaahh..

errr, org paleolitik mana pi sekkolah cikgu,hahahhaahhaa*kenakan dia balik..

hayad said...

jom kita lawan! aku suke main game pentaqeu ni. ms sek pnh main. pastu kt U sambung masuk team lawn bowl. dpt johan lg tu.

ape lg. jom la kita lawan :p

cemut said...

kekekeke bek men polis sentri..ag bes.

Nurul Nadiah said...

mcm bola padang ye cikgu? =)

**sakannya gelakkan PK KOKO. mama saya pon PK KOKO tao. =p

chekgu Bani Hassim said...

pey-tang...
ke,
petang....
ke,
pey-tong...
ke,
pey-teng...

Shah CJ said...

nur'ain:
dan aku gembira setiap kali awak dtg sini ain.. hehe. nampak tak org tgh sengih nih?


mama ranggie:
err.. ni n3 angkat bakul le kak. :p


ayue:
sebut le apa2 wak. asal sesuai dgn lidah jawa awak. hehe

Shah CJ said...

cahaya mata:
eer... sg kajang tu kt kajang ke?. hehe.. *buta ilmu alam* hiks...


maryam:
agah tu apa mek? *buta linguistik juga* hihi


k-riey:
oh! org paris sebut gitu eh. erk? mainan org tua? isk..

Shah CJ said...

nanonano:
ini permainan org tua kt paris tapi dimainkan org muda kt malaysia. :)


kak neeza:
oh! segala rakaman adlh dilarang sama sekali. hehe


cikguzue:
ada le kak. kt sea games pun ada.

Shah CJ said...

akirasuri:
hadiah air kotak je akira. pinggan kalau main parti tupperware kot. hehe


sarah:
mata ikan puyu? sama le kita sarah wei.. cuma mata aku ikan puyu seksi. wahahaha!!


faisal:
isk.. org dh main sampai sea games le.. hihi.. jom mai KS kita lawan!. *ini cabaran utk pusat zakat tau* wahahaha!!

Shah CJ said...

hayad:
wah! terer gak ke? jom buat perlawanan persahabatan. hadiah, jamuan semua korang sponsor ye. :p


cemut:
iye.. polis sentri pun best. awak jd pencuri, aku jadi polis eh. nanti bleh tangkap pencuri. hehe

nadia:
wahahaha!.. ni PK KOKU sekolah aku le.. kena belajar ni nadia. esok2 jadi cikgu kena main benda nih.


banihassim:
sebut je mcm k-riey sebut. paytonk. ikut suka le.. jgn bunyi pelangkung udah.. hehe

Inah said...

alamak cikgu..lama sudah saya x berkunjung ke sini :)

petanque??apekah..alahai..saya tau main konda kondi je :D

pB said...

salam


dalam dok dreaming dreaming ,buleh menang ..

tahniah !!