salah satu sifat aku ialah aku suka mendera student. hihi.. aku suka tgk student menangis2 merayu depan aku. lagi kuat dia merayu, lagi kuat aku buli mereka. sampai aku puas hati dan student pun puas hati. dan akhirnya win-win situation.
ops! jgn salah anggap. aku cuma nak cerita betapa aku ni kuat menyakat student.
satu hari, ada seorang pelajar pompuan form 5. pelajar ni cukup cemerlang, pelajar baik, pandai dan bijak juga. dia juga seorang pengawas sekolah. bapanya seorang imam masjid dan baik juga.
dia dpt 99% dlm exam dan dia rasa dia berhak dapat 100% markah penuh. aku pun rasa dia berhak dpt 100% juga.
peel aku pula, pelajar takkan dpt markah 100% dlm exam. aku bagi alasan kat budak, tak mungkin dpt 100%, sebab kalau dpt, maknanya mereka dgn aku sama pandai. mana boleh camtuh. huhu.. jahat sungguh aku.
ok, budak tu skrip jawapannya tiada salah silapnya. semua jawapan betul ikut skema. tulisan cantik mcm tuannya. olahan jawapan, teknik dan persembahan jawapan semuanya tepat dan sgt kemas. tersusun rapi dan sgt indah gaya bahasanya.
tapi aku bagi juga dia 99%. sbb aku berpendapat, dia tak layak dpt 100%.walaupun dia sebenarnya sgt layak. tapi ntah lee... aku saja nak buli dia kot..
seminggu dia merayu minta tambahan 1 markah tu. setiap kali nak balik sekolah, dia dh tunggu kt pintu kete. dan pagi esoknya dia dh tunggu kt tepi meja aku kt bilik guru. seminggu dia buat camtuh. merayu dan meminta aku tambah lagi 1 markah. hanya 1 markah saja!. cukuplah..
aku jelaskan pada dia, bahawa markah dia paling tinggi dlm sekolah. tapi dia tak puas hati. dia nak juga 100 markah tu. katanya dia nak juga tanpa alasan..
akhirnya aku beri juga 100 markah. terharu dgn kesungguhan dia selama seminggu buli aku tiap petang dan pagi. hanya semata2 1 markah.
skrg, aku dh baik sikit. kalau ada student yg dpt 39 markah pun, aku tak bagi 40. melainkan dia jumpa aku minta tambah supaya lulus. huhuhu..
apa yang aku mahu ialah kesungguhan mereka minta tambah 1 markah tu. walau payah, aku mahu mereka usaha dptkan juga 1 markah lulus. walau terpaksa melayan kerenah aku yg buat2 kononnya keras hati..
tapi takde lagi student mcm tuh. yg ada, student lepas dpt skrip jawapan mereka, terus masuk beg dn buat mcm takde apa2.. huhu..
note: student tu, dyg fatimah. pelajar terbaik sekolah. dan semua subjeknya dpt 100 markah. dgr cerita dia lanjutkan pelajaran ke USA. tapi dh tak dgr lagi apa kisah terbaru dia.. huhu
30 comments:
cikgu ni kuat menyakat rupenye ye!
cerdik betul die ek?
kalo jumpa,kim salam ye cikgu!
wah..hrp² markah dia sama dgn kecekalan akalnya bila berada di tmpt org...
*psst..dh bis menanda ketas murid ke CJ..ekekek
salam cikgu..sy kembali....
ooo,ini rupanya style cikgu menyakat org yaa..hehehe..kalau la akak fatimah tu tahu pasal ni,,sy boleh bayangkan kot apa jadi..hahaha
baik hati sungguh cikgu..kalau sy ada markah exam skrg n saya nk cikgu naikkan markah sy,agak2 boleh atau tidak..cikgu sukaaa naikkan markah org ni kan kan..hehe
cikgu,germany masuk semi final euro..apa ni cikgu,cikgu bilang sama saya tak ada pemain chelsea pun yang lyk masuk quarter final hari tu,tapi ballack dgn machonya sudah pun mengangkat kaki ke semi final ...ini menunjukkan chelsea tu terer cikgu..bukan liverpool je..hehe..
cikgu sure geram smbil senyum bila baca komen sy ni..haha..jahatnyaaaa fathiyyah!!
jaga kesihatan ya cikgu
ooo.. mentang2 dia cantik, cikgu buat gitu ye.. kalau dia tak cantik, mesti cikgu bagi aje markah 100 tu kan!! heheee..
tapi bagus tu cikgu buat gitu.. sebab, biar student tahu bukan senang2 nak dapat markah...
lagi satu, biar dia usaha untuk dapatkan markah kalau dia rasa dia layak.. yang ambik kertas terus simpan beg tu sememangnya tak layak la tu...
salam cikgujawe..
kuat semangat betul anak murid cikgu tuh.. teringat zaman sekolah dulu.. satu hari di tahun 1992..
mak : lah.. naper dua org ni?.. sorang senyum sampai telinga.. sorang moyok mcm ayam berak kapur..
adik : mak.. sedih.. math dapat 98% - salah soalan no. 1 sebab salah tengok bahagi, ingatkan tambah..tak dapat 100%.. huhuhu (nangis)
kakak : maaaakkk.. hari ni cikgu tambah 2 markah sbb math dpt 38.. jadinya dapat 40 - luluslah mak.. best nya lulus math.. (hahaha.. gelak golek2..) oklah tu dik.. 2 markah tu kira ko 'contribute' kat akak lah yer.. bestnyer.. bestnyer..
dan kakak itu adalah saya.. wahai cikgu budiman.. hihihih.. pasal tu saya amik Law kat UiTM.. kalau amik aeronautical engineering mcm adik saya tuh.. rasanya ramai tenaga pengajar yang resign..heheh
sorry cikgu...
wah terer nye.betuah mak pak die.da la lawa bak kata cj..pandai plak tu..bes nyee
Nakal ek...
Tapi takpe, nak test budak2 nih...
Nyakat manje ni namenyer...
baik nye cikgu... kan bet kalau cikgu-cikgu kat malaysia suma macam cikgu jawe.
terer ek anak murid cikgu dan juga cikgu nye...
anak murid cikgu tu macam kawan baik saya... kalau jawapan dia dah betul tu, dia fight juga biar dapat 100%. subject math biasanya takleh fight pasal cikgu memang strict gila! apa pun selalunya biasanya tak berjaya dia dapat 100%.. cikgu2 saya tak layan.. hehe...
saye pon pengemis markah yang hebat dulu. hahaha
kalu sipi2 tukar gred sure cari dan rayu untuk naik gred..
sampai arini ustazah syariah islamiah saye ingat saye.
kalu gi skolah sure dia cakap balik pasal saye kuat mintak markah dulu. hahaha
hhaha that's a beuty of being a teacher kan? leh menyakat student x hingat punya.huhu sy pun kdg2 wat gitu gak..:P
adey..lama x jenguk sini..;)
Hadir.. :)
bebudak time mintak markah bukan main mintak cikgu2 tolong tambah...
tapi bila dah ke mana2 belum tentu akan ingat dan tolong cikgunye semula...
lebih2 lagi yg paling top dlm sekolah. kadang terserempak pun, ada yg lari2.
kalau ada yg masih ingat dan bantu gurunye, baru lah saya boleh tabik dan puji.kerna budi pekertinye setara dgn kehebatan ilmunye...
mama ranggie:
isk.. mana le aku nak jumpa budak tu lagi mama oiii.. hehe
^@yue^:
tanda kertas?.. wahahahahaa!!
fathiyyah:
erk! german menang bukan sebab ada ballack. tapi podolski. hehe. eleehhh.. apa le ballack tu sgt bandingkan podolski. :p
awak lupa le tu spain ada torres, reina.. semua tu liverpool tuh. hihi
kak neeza:
a'ah.. tu le tujuan aku susahkan dia kak. biar dia usaha dn kuat. hehe.
kak tiny:
wahahaha! gelak sakan aku baca komen kak tiny. pssssttt.. kita sama le, lemah math. hehe
cemut:
ada org kata org pandai muka pun lawa2.. betul ke cemut. huhu. aku ni tak lawa. camne eh?
banihassim:
nyakat manje? aku nyakat ngade2?.. hahahha!
khairnaj:
tak eok semua cikgu mcm aku. huru hara kang. huhu
maryam:
oh! kawan baik awak secekal murid aku. susah nak dpt budak2 mcm tuh skrg.
k-riey:
owh! selalu minta markah kt cikgu ye khairi? ni mesti student femes nih.
wiween:
hai ween. lama tak singgah blog awak juga. sihat2 je ye.
akirasuri:
hai akira. rindu ym dgn awak. hiks...
cikguzue:
kesimpulan cikgu yang sgt tepat. ramai budak2 pandai nih kalau jumpa kt luar buat2 tak nampak kita je. budak2 nakal gak yg dtg beri salam.. huhu :(
Dayang Fatimah..manis namamu setegar azammu..andai kamu berumah di alam maya,jelmakanlah di mana..
wahhh! cikgu ni mcm lecturer saya. Die suke tgok saya merayu melutut nak up markah. huhuh!!
best pe sikcgu. Cikgu tahun depan kaalu jadi pemeriksa kertas-kertas Sejarah STPM pastu kalau dapat skrip dari Negeri Perak cikgu buat ler baik-baik sikit. mana tau terselit skrip sy hehehe...
wah...bersungguh pelajar itu.. atas kesungguhan gitu memang dia layak larr diberi markah tuh kan cikgu.
ehmm..sejarah nih kalo betul ikut kata kuncinye memang bleh dapat kan 100 markah..
teringat cikgu sejarah saya dulu
"ingat kata kunci..confem awak boleh dapat buat"
cikgu jawe..
"win-win situation" ehh...?? hehehhee... ;-p
~nasib baik SAYA jenis yg dpt markah terus simpan dlm beg..hahaha!!
ya allah bertuah sungguh mak pak dia kan, dapat anak yang cantik, cerdik, baik bijak lagi. sejuuukk perut mak dia.
pempuan lak tu.. emmm bertambah lagilah kaum hawa kat ipta nnt :)
ngengada CJ ni nak suh bebudak tu merayu2 plak.
kalo bg ketas xm kt budak mmg sakit ati. sakit ati psl masing2 nk menangkan jawapan diorang yg konon2nye btul tp jawapan mcm hampeh.
pastu lps xm ketas soklan ntah ke mana diorang campak. ada yg dh jd mcm ketas balut belacan. ketas belacan pun lawa lg.
mmg sakit ati.
Akak dulu pun ada lecturer yang kata 100 tu milik dia bukan students... dalam kes dyg fatimah ni memang tak patut apa yang milik dia sebab memang dia amat pandai .
Akak ada jemputan untuk cikgu di blog akak. Jemput datang ye .
salam cikgu. uh. cikgu kedekut sama mcm kes sy dgn cikgu math sy wkt nak upsr n nak pmr dulu2. sy kagum dgn semangat murid cikgu tu. tak pelik sy dgr skrg dia di US. semoga dia diberikan yg terbaik. juga utk cikgu2 yg dh mendidik dia :)
amboi la cikgu. mentang la bdk tu cantik ye :p
wah. cikgu ini. galak sungguh. hahaha. sabo je la! =p
btw, saya dulu tak sempat nak mintah tambah markah.. cikgu dah adjust kan.
terutama cikgu lelaki.
makin naik sekolah. makin besar.
lagi senang saya. hohoho
cikgu cikgu
=p
pedamba?:
iye dayang fatimah. di mana kau? kalau ada di alam maya kau tahu camna nk hubungi aku. sebab no nset rahsia aku ada padamu.. hahahha!
nur'ain:
eh!.. mana sama. aku tak suka student aku melutut merayu. tapi aku suka tgk mrk guling2 mintak markah. waaahhaa!
khairnaj:
hihi.. selit sekali alamat blog kt skrip tuh. senang aku nk tau. haha!
nurul:
aku pula kata: kalau awak terlupa kunci, sila masuk ikut tingkap. huhu..
cahaya mata:
ini budak banyak baik maaaa.. tarak suka kacau cikgu minta markah.. hihi.
ayumkay:
hehe.. psssttt!! diam2 udah le.. hahaha!
hayad:
aku kan dayah. kalau budak meniru. sorang aku bagi markah. sorang lagi aku bagi kosong. kalau komen aku tunjuk bhgn2 mrk meniru. tak berani budak nk komen.. hehe..
silversarina:
insyallah kak. terima kasih atas jemputan. jauuuuuuuuuhhhhhhh le kak. huhu..
sarah:
"100 hanya utk cikgu. kecuali korang sama pandai mcm aku.." haha
ayat biasa aku kt student. hihi
nadia:
beruntung awak jd cantik nih ye.. tak aci. ini tak adil!. haha
Post a Comment