salam semua..
semalam ada satu taklimat mengenai lanjutan umur bersara ke 58 tahun.
sebelum ni aku dh setuju utk sambung umur pencen ke 56 tahun. kali ni ada tawaran lagi ke 58 tahun. huhu..
boss pulak, cuma bagi 1 malam utk berfikir dn buat keputusan. esok pagi2 mesti turunkan tandangan dn borang akan dihantar ke PPD.
pening kepala aku.. 56 ke 58?
bincang dgn isteri, dia kata terpulang kat aku. bincang dgn kawan2 mrk kata ikut suka masing2.. huhu sebenanrya kawan2 pun sama pening. lagi pening boss cuma bagi masa 1 malam buat keputusan. huh! tak suka sungguh!.
isteri aku dh pilih nak pencen umur 55. dia tak berminat nk sambung lagi. aku agak dia tunggu masa je nak mula berniaga. bidang yang dia sgt2 minat sebenarnya. dia dtg dr keluarga peniaga. bapanya, adik beradiknya, pakciknya semua peniaga di pasar jawa, pasar besar meru, bangi dan banting.
aku pula makin pening mana satu nak pilih ni?
56 atau 58..
sepanjang malam aku asik terfikir.
sbnrnya, bukan le duit yg aku fikir kalau sambung umur bersara nih. tapi kesihatan, kekuatan, kemampuan dn kecekapan kerja. adakah sama mcm sekarang?
aku rasa mcm dh tua jek bila pikir2 umur pencen nih. huhu.. servis aku lama lagi weh! sgt lama lagi...
1.00 am
aku ambil wuduk. solat sunat istiharah dan doa mohon diberi petunjuk.
~ tiada petunjuk atau mimpi~
tapi sebelum tidur - antara jaga dn lelap - aku seolah terbayang sesuatu dpn mata. seperti aku berada di waktu itu..
pagi tadi. lepas key-in nama kt opis. dgn kalimah Bismillah dan Allahu Akbar. aku turunkan tandatangan..
aku pilih 58.
lagipun masa tu mungkin kerajaan Malaysia dh bertukar kot. bukan lagi be end. hehe. mungkin ada tawaran lebih menarik dari PM baru masa tu. mana tahu kan..
Moga Allah beri aku kekuatan dan kesihatan untuk terus berjihad di medan ilmu.
note 1:
pada satu malam. aku pergi tahlil sebuah rumah. berbual2 dgn org2 tua. mereka bercerita. rupanya 'kepulangan' aku ke kampung diketahui oleh ahli2 kariah mesjid. aku dh lama sgt merantau sejak form 2 lagi. heheee.. rasa malu jek bila tok imam kata camtuh. rasa nak nyorok kt pokok pisang jek. huahuahua!
note 2:
ptg smlm tok imam mesjid dtg rumah. nak ziarah katanya. lepas tok imam balik, baru aku teringat. rupanya aku belum pernah lg pergi mesjid kt kampung sejak aku pindah. huhuhu.. adeh leee.. jumaat pun aku solat kt kuala selangor. isk!. malam nih nak gi mesjid juga. tak leh jadi ni. tok imam dh dtg rumah. jgn sampai rombongan AJK mesjid pula dtg rumah ramai2. haru nanti. =)
24 comments:
hubby mama pon sambung 58 thn...
58 ye? larat lagi insya Allah. lain le kena panggil dah...
ni tak untung kerja hari jumaat, solat pun kat mukim kerja le.. kan? kan? tapi jangan buat2 lupa lak gi masjid malam ni.. hehehe...
kekeke ok la tu kot2 time 58 tu da nek pangkat..
berkhidmat selagi mampu cikgu..
didiklah anak bangsa supaya jadi "betul2 berguna"...
umur 58, cikgu bukan lagi cikgu biasa.. mungkin cikgu luar biasa masa tu...
mungkin cikgu besar, atau pun nazir yang duduk kat belakang tu hehehhh...
nak lagi best, mungkin juga Pengarah Pelajaran Negeri ke.. doa tu cikgu.. amin cepat!!
saya takde kat sekolah semalam nih..sampai sekolah tadi PK HEM bagi borang suh tanda time2 tu jugak..pening tol
last2 saya main tanda jer 58...sambil2 tu doa larr kot2 rezeki murah..umo 50 tahun leh mintak pencen..hehe.
skang umo saya 25 tahun..kalo 58..ada 33 tahun lagi tuh...wahhhh...sanggup ker saya nih..huhu
emm..okey la tu cikgu jawe..
SAYA pun tick petak 58 tahun..hehehe..pening jg nk pikir sbb bnyk sngt pendapat..ada pro-kontra..
tapi..bagi SAYA yg penting niat kita utk berbakti tu ikhlas..dan kita mesti beri expectation yg tinggi utk diri sendiri..mudah-mudahan kita sihat dan mampu menjalankn tugas hingga hari terakhir perkhidmatan kita nanti..insyaAllah...(",)
p/s : rombongan AJK masjid dh ada depan pintu tu, tak kan tak jemput masuk..hehehehehee...
kami yg jauh2 ni pun dah dpt email drpd bos. kena hantar borang yg dah dit.tgn tu secepat mungkin. dgn jet pun lg bagus.hehehe...cuma ttg pilihan tu, saya pun pilih 58 jugak. harap2nye masa tu masih lagi diberi kekuatan utk menabur ilmu.
Uish! Tindakan cikgu ni menggalakkan lagi la penggangguran di kalangan siswazah perguruan.. :))
Bayangkan dalam masa 2 tahun tu.. Berapa ramai graduan perguruan keluar.. :))
Hahak!
Jangan ambil hati na!
Saya main-main saja..
mama:
hehe. sama le kita. hubby keje apa mama?
maryam:
tu yg untung cuti hari jumaat. boleh iktikaf lama sikit kt mesjid kan.
cemut:
amiiinnn doa cemut.. hihi :)
kaktiny:
insyallah kak tiny. selagi daya terus didik anak bangsa. huhu
kak neeza:
hihihi.. amin juga doa kak neeza. =)
nurul:
ko ambik pencen ke kwsp. kalau pencen baik ambik 58 thn. kalau kwsp ambik je 55 thn pencen.
cahayamata:
awak betul. kena ikhlas dn jujur. tapi tu yg paling susah kan.
p/s: bkn org mesjid yg dtg. tapi salesgirl jual lampu garam.. huhu
cikguzue:
insyallah kak. balik malaysia nanti terus jadi pengetua. hehe
akirasuri:
haha! betul teori tuh. lanjut umur persaraan akan menyempitkan peluang kerja org lain. harap2 kerajaan ada mekanisma baru utk beri peluang pekerjaan yg lebih kpd rakyat.
so.. ini bkn salah aku kan. aku cuma terima tawaran jek. kerajaan le salah sbb bg tawaran. lalallalalaa
He he he..
Saya mahu bikin spekulasi dekat sini.. *matilamak!* =))
Sebenarnya terpulang kepada kemahuan kita juga sama ada mahu memberi jawapannya 'Ya' atau 'Tidak' terhadap tawaran pada sesuatu polisi yang dibuat.. :p
Dorang memang suka buat polisi yang mereka yakini akan popular walaupun sebetulnya banyak keburukan (j/pendek dan j/panjang).. Dan hak kita (kalau kita sudah tahu polisi itu tidak bagus) ialah menolaknya bukan sebaliknya.. Kalau kita menerima sama juga seperti kita menyokong polisi dorang kan? :D
*mati la cikgu marah*
:))
salam
kalau sy, nak pencen awal2.. nak duduk rumah. huhu..
nnt nak dtg la rumah cj. nak tgk rumah baru dia.. =)
salam
kite pon tak nak smbung smpai 58 tahun.... cukup la 56 tahun... penat da nak wat keje huhu nak berehat kat umah... :)
Salam..haik..saya cam (baca:macam,seakan2,seolah2) bersetuju dgn cik kira sebab cikgu dah habaq awai2 ari tu x setuju masa polisi ini diura2kan dulu..mungkinkah khidmat cikgu diperlukan menyumbang pada total guru M'sia berkadaran dengan perkembangan populasi rakyat M'sia dan pendatang indonesia?
kalo aku pilih 58, maknanya ada 33 thn lg aku kena berkhidmat. perghhhh!!!
leh tak aku nak bersara umo 30??? kekekekeke :p
***jgn la suh anak ko pnggil aku makcik dayah. tak rock ar. pnggil auntie dayah br la cun! hik hik
Selagi masih bertenaga , 58 tak jadi masalah.Teruskan berbakti cikgu.
salam,
dah duk kg ni mesti lagi rajin berkebun & menebas.. 58thn tu klu pjg umur inysaAllah sihat lagi. teruskan khidmat mu :)
nak tnya CJ ler.. dah dok kg tapi masih mengajar di KS gak ke? tak jauh ekk? minyak dah mahal ni. tak nak tukau sekolah kat kg ke? khidmat mu juga diperlukan di situ. tapi kt kg mana sekolah agama kan. emmm takpelah mana2 pun sama ya tak.. janji hati mau baik maaaa :)
akirasuri:
sebenarnya aku tlh dipaksa tanda tgn 58 tuh. huhu!
shazwani:
eh. awak mana boleh pencen awal. org demam sapa nak bagi ubat. hihi
manje:
wah!. aku jeles nih. waaaaa!! nk sain balik le 56.. huhu
one:
aku akan jelaskan sebab tindakan aku dlm sidang akhbar minggu nih. hehe
dayah:
hek eleehhh.. auntie dayah. hehe. bersara le 68 thn. awak kan masih muda. ekekekkee.
silversarina:
tu le kak. muda2 nih pun mcm rasa dh tua jek. ngeeeeee
ayumkay:
masih dok ngajar KS lagi. kalau Klang tak sanggup tempuh sesak kt bulatan 100 tuh. duit minyak eh? RM150 seminggu. huhu.. nasib badan..
molek cikgu, arini ari jumaat, molek la ke masjid kampung sebelom AJK2 nye dtg buat rombongan pule :D
hehe,
hurm pening jugak jadik cikgu nih.heheh, kekgi mesti saye kene pikir nop pencen bile kan? nak pencen 50 buleh dop? :D
salam...
baru first time menjejak ke sini...
baru hari tu dengar2 mak saya bercakap2 pasal 56 ke 58 ni...
mak saya kerja pembantu tadbir kat sekolah...
apa yg saya faham, mak saya kata baik pilih 58....
seperti yg cikgu kata, mungkin negara kita dah 'berubah' masa tu..hehe
kat skolah mak saya, memula semua cikgu pakat pilih 56,
sebab mereka tak faham taklimat pengetua
lepas mak saya baca pekeliling dia, baru diorang faham
and then sume pakat tukar 58 ramai2...
lucu pun ada saya dengar cerita mak saya...hihihi
tak kisahla 55 ke, 56 ker, 58 ker..
Asal kite dedicated kire bagus laa...
Post a Comment