Tuesday, October 14, 2008

roti

salam semua warga hawa =)

PERHATIAN! hanya utk wanita shj. org lelaki sila undur diri. syoh! syoh!.. ekekeke

dulu kan..

masa aku kecik2. mak aku selalu suruh aku beli roti kt kedai.

".... pergi kedai kuning beli roti"

selalunya aku pergi kedai kuning kt simpang empat tgh kampung. kedai tu catnya warna kuning. sbb tu digelar kedai kuning. sampai sekarang masih berwarna kuning walau dicat baru. hehe.. bkn otak kuning okeh. hihi

"pakcik, roti ada?"
"sapa pesan beli roti?"
"mak.."
"dia ckp apa lagi.."
"roti sanita" kataku dgn blurrrr.. huhu

rupanya roti tu ialah tuala wanita. setelah urusan jual beli dijalankan. maka bermula lah episod paling penting. iaitu menyeludup keluar tuala wanita tu dr kedai tanpa disedari ketua kampung orang kampung. mcm seludup mercun masa ni.

tuala tu akan dibungkus rapi dgn kertas surat khabar. lapis demi lapis. pastu isi dlm plastik dn pakcik kedai tu akan pesan: bawa cepat2 sampai rumah.

aku yg masih kecik masa tu tak faham. kenapa benda tu mesti dibungkus sedemikian rupa. seolah brg seludup. pastu mesti dibawa keluar dr kedai cepat2 dn mesti sampai ke rumah segera.

rupanya gitu le org dulu2 mendidik anak mrk. benda tu melambangkan maruah dn harga diri wanita. gitu le cara org melayu. sifat malu wanita dijaga sebegitu rupa sehingga ke asasnya. dn benda tu dianggap sbhgn rahsia tersembunyi kaum wanita spt kita. eh!.. korang. hehe

sekarang...

dh tiada lagi bungkus2 surat khabar. sesiapa je boleh beli dgn terbuka. kurang sudah perasaan malu dn segan sewaktu membeli. dh tak kesah kalau org2 bujang dok jeling2 kot. agaknya lee.. hehe

dn itu agaknya antara punca yg menyebabkan anak2 dara skrg terlalu berani. sbb pendidikan sifat malu dh semakin kurang ditekankan hingga ke asasnya. terlalu open minded dn open mouth juga. hehe

terbaca dlm sahih bukhari.. sorg sahabat lelaki bertanya kpd Aisyah ttg masalah hukum fekah berkaitan haid. terketar2 shbt nk bertanya sbb berasa malu. hingga Aisyah menegurnya sbb dlm agama adakalanya perlu berterus terang. dn Aisyah hanya menjawab di sebalik tabir tanpa dilihat sahabat tersebut.

zaman dh berubah, dunia dh maju..

ada org kata, lelaki skrg lbh pemalu berbanding wanita. huhu.. jgn le suruh anak lelaki skrg beli roti. pastinya mrk akan bawa betul2 roti gardenia! hehe

19 comments:

nur'ain said...

cj, saye pemalu lagik.. hihihi

tp tk dnafikan, org2 skrg mmg dh terbuka bincangkan psl nih.

tp sy rasa tk ada slhnya.. ilmu jgk tu cj oi. ehehehe. ye ke.

Shazwani Adnan said...

salam.

Haha.. Kalau betul bawa roti gardenia, kenyang la perut saya.

Saya malu juga kalau nak beli. Dah la kat sini plastiknya transparent. Memang nampak dari luar.

Anonymous said...

Salam cikgu.

rajin cikgu meng-update ye. huhu. tntg hal ni, mak sy didik sebut dgn betul. jgn sebut roti apa kebenda nama lain lagi la. tp, tntg beli2 ni, sy rasa, dulu2 mmg mcm tu la. haha. teringat wkt kecik2 dulu, ikut mak sedara gi kedai. punya la sy nak tau apa benda la yg dia bungkus2 tu :p baru2 ni wkt cuti, sy tgk tv, tok sedara sy dtg rumah. kebetulan wkt tu ada iklan cerita Kisah Kaisara dgn lagu iklannya yg bertemakan 'period? tak kisah'. haha. tok sedara sy hangin je wkt tu. dia kata camni: org skrg ni, lagi ada yg dlm2 tu, sume benda nak tayang kat org.

sy gelak tak hengat dunia wkt tu. marah sungguh dia. pd pendapat sy, nak buat promotion tu, tak kesah la sbb setidak-tidaknya dpt memberikan pendidikan kebersihan diri utk wanita tp toksah la mengada-ngada nak tunjuk segalanya :p org yg tgh nengok dgn adik2 laki pun malu. huhu.

eh, tp adik2 sy haram sorg pun kesah psl ni. sbb kehidupan diorg dlm kelompok para lelaki sajor di rumah tu ha. huhu

Anonymous said...

Eceh, sy dgn wanie komen lebih kurang je waktunya. sehati sejiwa betul =)

betul kata wanie. kat sini lg la cikgu. maklum je la kan. minah2 salehah ni. 1 hal, yg jualnya laki. keduanya sbb plastik transparent. ketiganya boleh pulak dia offer kita guna hak jenis lain. yg kita tak reti nak guna. muahaha. geleng kepala pegi kedai lain aje la :p

akirasuri said...

Huhu.. Saya kalau nak membeli masih segan2 lagi.. Maaaaaluuuuuuu!!! :">

Kalau kat kelantan, beli dorang akan balut dengan kertas dan bagi beg plastik itam.. sungguh!

Maryam said...

saya malu jugak.. kalau kat sekolah ni, kalau lelaki yang jaga kaunter, tak jadi beli. tapi kalau ke pasaraya, kena tebalkan muka.. ye la! lagi murah beli kat sana sekali ngan barang2 lain.. takpun angkut dari rumah. heh!

rienmiel said...

salam cj...

saya masih pemalu dalam hal2 camni...
even dengan siblings pun segan apalagi org luar..huhu

Inah said...

shaya pun pemalew!! kalo belikat giant tu..masih cover2 lagi..hahahahaha :P

snm | snm said...

Salam cikgu J
saya dlu segan le jugekk! lpstu skrg amik kesempatan beli dgn mama klu klua beli brg2 dapur..beli skali byk..sng ckit sbb rumah saya rmi beno bocah wedok..bocah lanang kt rumah haram nk belikan klu tibe2 emergency..

:|: TinTa Kibod :|: said...

lelaki lbh malu? err cm tul jek..sbb smpi skng somi saye msh malu² kucen bla saye suh bli itu roti..hehe...

klu xde paper, sllu msuk dlm plstik itam je..heh

Nurul Nadiah said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Nadiah said...

salam cikgu,

Sampai skg kan, saya tak pernah beli sendiri. Selalu ayah @ mak yang beli buat stok kat umah. Anak dara ada dua org kan. heheh. banyaklah stoknya. Maka saya ambik sahaja dari rumah & bawa kemana-mana. Kalao habis stok, saya habaq je kat mama. Dan2 tu pi beli. Selalu ayah yang belikan. Siap telepon dr pasaraya tanya kat saya.. nak yang mcmmana? yang begitu ke begini ke, aduhhh. =p

skrg mmg dah open menda ni kan? lagi iklan kat TV tu. OPAH saya hanginnnn je tengok. hehehe

=)

risanur said...

salam CJ,
mmg benar la pendidikan anak2 zmn dulu dan skrg ada bezanye...masa dulu ada kedai runcit je yg akan balut roti tu..ttp skrg majoritinya kita akan beli dipasaraya confirmla takde masa org jaga kaunter tu nak membalutnya...byk lagi keja lain yg nak dibuat...
zmn mmg dah berubah dan manusia juga begitu..

:: Wiween :: said...

mak kite pangge roti kering. kite panggil Pad-dle pop! agagaggaga

AinNur Haris said...

setuju la dgn cikgu jawe..zaman dah berubah, dunia dh maju ekk..

iklan-iklan kat tv tu pun ada yg melampau sngt..malu menengoknya..alahaiiii...

SAYA masih kisah bab ni..masih cover2 seberapa yg termampu dicover la..hehehehe...tapi SAYA takde masalah sngt sbb mak SAYA jual "roti" ni..yg herba lagi tau..so, beli dgn mak je lah...ehekkk ehekkk...

p/s : cikgu jawe pernah belikan utk org umah ke..? hehehehe...

fsj said...

semoge saye still ade malu..

Nini Marini said...

salam cikgu..
saya menyinggah dari rumah cikgu nadia ni..

sy sgt2lah stuju dengan e yg cikgu utarakan di sini. in fact, terlalu byk yang dah berubah antara dulu dan sekarang.yes, sebab tulah org cakap, zaman dah berubah, dunia dah maju. tapi sy agak tak puas hati bile kita terlalu berbangga dengan tagline tu. kalau boleh saya tukar, saya akan tukar kepada;
zaman dah berubah, dunia dah hancur.


maaf, mungkin agak kasar bhsa saya ni. tapi hati ini sungguh sedih melihat dunia hari ni. sy harap sy tak keseorangan utk rasa sebegini. dan kita yang menyedari, yang dikurniakan kefahaman oleh Allah, harus berbuat sst. tak cukup dengan hanya berasa sedih dan terus memerhati. kita juga yang akan disoal di akhirat nnti.


hope u get my point.=)


tentang roti tu ckgu, jangankan membeli terang2an, iklan roti sekarang ni pun dah over the limit. again, melampau.

Shah CJ said...

salam semua..

TQ atas komen dn pandangan semua. rasanya tak perlu le aku bls satu persatu. lagipun ai kan pemalu.. hiks.

tapi kita mempunyai prinsip yg sama. perlu masih ada sifat malu pd semua org, baik lelaki atau perempuan.

juga kita tak setuju dgn iklan2 tuala wanita yg semakin melampau. apa logiknya dishoot montot org pompuan naik beskal?. huhu

kan elok kalau iklan tu dikuatkan dgn bukti saintifik dn kesihatan dr segi keberkesanan dn kebaikannya. bkn model2 jelita yg bkn2. [lain le kalau beli benda tu dpt sekali model tu. nk juga aku beli tiap2 hari..] hehehe.

apapun.. TQ semua. =)

Anonymous said...

Saya lagi tak faham kenapa mesti dibungkus sedangkan kotak macam gitu hanya "roti sanita" saja yang ada kat dunia pada masa tu....hahaha


masa umur 12 tahun, saya kelengtong sepupu lelaki saya juga pada masa itu umur 12 tahun..

itu stokin

hahahaha..skrg saya pun tak faham kenapa saya mesti cakap stokin