Tuesday, October 14, 2008

semalam

salam semua =)

semalam bermula PMR. semalam juga bdk2 tingkatan 1 dn 2 dicutikan sebab kelas mrk digunakan sbg dewan peperiksaan. hai le nasib sekolah kecik takde dewan. semalam juga ramai guru takde kt sekolah sbb masing2 bertugas mengawasi pmr kt sekolah lain. aku selalu terfikir, knp mesti cikgu juga yg jaga exam. tak boleh ke tukang kebun ke, askar ke, polis ke, atau org2 kt PPD yg dok lepak2 gosip2 tu. ops!.. bkn semua gitu tau. hehe

semalam juga ramai bdk2 memilih taknak dtg sekolah. terutama tingkatan 5. ni satu lagi perangai tak sedar diri nk spm. ntah leee.

yang tingkatan 4 juga mula exam akhir tahun. pun ramai memilih taknak dtg. walaupun exam. mana le mak bapak mrk ni ye. tak sedar ke anak2 ponteng sekolah. tapi susah nk cakap, sebab ada gak yg keluar rumah pakai unifom sekolah tapi sampai kt chow kit! haaa.. tu perangai bdk form 5 yg aku terima maklumatnya semalam. huhu dr KS ke KL tuuu.. dekat 90km ponteng sekolah.

jadi semalam bdk2 sikit je yg dtg. walaupun exam akhir tahun, ada satu kelas form 4 tu cuma 12 org dr 35 org yg dtg. perangai aku, kalau bdk2 tak dtg exam tanpa sebab, jgn mimpi le nk ambil exam ganti. guling2 le kt tanah, kenyit2 mata, pujuk menggoda.. aku tak layan punya. pigi daahh!!. hehe

semalam juga bdk sejarah upper 6 aku cuma sorang je yg dtg. huhu. akhirnya dgn sorang tu le aku mengajar. oleh kerana dia pompuan, aku mengajar kt bilik guru aje. bukakan laptop, explore blog sejarah kt sini.

cuma berdua. duduk bersebelahan. mengadap laptop. meja guru paling belakang dn agak jauh dr kawan2. bilik guru agak lengang. lagak spt pasangan kekasih pula sedang study sama2. wakakakaka!

semalam juga jadi satu insiden besar. ketua pengawas pmr tersilap edar kertas exam pmr kt calon sekolah aku. patutnya paper 2 jam 10. tapi tersilap edar jam 8.00 pagi! smlm pagi paper apa ek? aku pun tak pasti. sudahnya semalam pegawai, penyelia dn sgl mak nenek manusia dr ppd dtg sekolah menyiasat kesilapan tu. dn bdk2 tu terpaksa dikuarantin dlm kelas tak bagi rehat sbb takut soalan bocor.

aku juga pernah jadi pengawas pmr, spm dn stpm. byk prosedur kena ikut sblm buka bungkusan soalan peperiksaan. apa yg aku katakan dia lalai dn cuai. huhuhu

hari ni aku pergi ke jpn selangor kt shah alam. hantar budak utk berkursus. disebabkan anak org tu le, maka safwan mlm ni terpaksa bermalam di rumah penjaganya. sebab wife aku juga berkursus hari ni kt bangi. apalah nasib. aku dh merayu kt pentadbir. tapi diarah juga sbb guru lelaki mmg kurang. nk harap cikgu pompuan? ampun maap leee.. org kata; org perasan cantik mmg byk songelnya. huh!

anak orang diarah ditatang, anak sendiri terpaksa diserah kpd org lain menjaga.. anak orang dihantar berkursus, bini sendiri terpaksa pergi kursus menumpang org lain. hai le nasib cikgu. :(

dh jam 3.36 pagi. aku menemankan isteri mengemas beg pakaian. sepanjang mlm ni dia asyik memeluk safwan. nk tinggal 3 hari kaannn.. hehe. oh!. aku perlu tidur skrg juga. pagi nanti jadi supir kpd bdk2.

daaaaaaa..

21 comments:

rienmiel said...

salam cikgu~

xpe cikgu...
mudah2an kebaikan yang cikgu buat untuk anak orang lain, keberkatannya akan sampai kat cikgu n family suatu hari nanti...iA...

Anonymous said...

salam cj

jadila cikgu yang ikhlas dan berhati mulia... besar ganjaran dari DIA nati...

> eh kite nak mohon ampun maaf kalo ada terkasar bahasa ngan cj ok... selamat hari raya... :)

:|: TinTa Kibod :|: said...

plok safwan je? *lariiikkkkkkk

Anonymous said...

agaknya pihak sekolah kena hantar jadual peksa tu direct pd ibubapa, barulah ibubapa kisah tentang hal itu.

cikgu skang memang bz tahap max. kursus sana kursus sini tapi lepas tu naik pangkat sana naik gaji sini.. tak gitu cikgu :)

cemut said...

soalan bocorrrrrrrrr!!!
mulia nye kasih syg ibu bapa kat anak2 kan..

Anonymous said...

Slm kang,

waras porak? wes suie orak mampir nang kene,huhu..bizilah kang,hehe..alaaa, jgnlah camtu cikgu..mengko bakal bojo ne ku cikgu,huhu...mesti podo wae karo ku kena lungo kursus kabeh,hehe...deweaanlah nang ngumah,huhu..

adik e ku enek seng jikok pmr kie..apapun semoga semuanya baik2 je cikgu..jalok ngapuro seng akeh2 yo cikgu,hehe..:)

Anonymous said...

Salam cikgu
kursus kt bangi?fuuhh..jauh nye..kt tmpt saya nih..

smpi la ni saya x dpt kursus lg. saya rasa cmn thp nk belah jek dr gomen, susah bila admin split 2..satu yg tetap jauh kt HQ, yg kontrak jek kt opis nih..cane nk jg kami yg tetap? huuu..tension..

ayat abg faisal yg last tu jek sy tahu..minta maaf byk2 :p

AinNur Haris said...

selamat menjalani PMR utk adik SAYA jugak...hehehehe...cikgu jawe doakan adik SAYA dapat hadapinya dgn baik ekk... (",)

cikgu jawe pun bnyk2 sabar ehh..Allah Maha Mengetahui budi yg cikgu jawe taburkan utk anak bangsa..emmm... (",)

p/s : haiii acai..bizi ekk sekarang ni..emm,your blood still BLUE or not...? ehekkksss...ehekksss... (liverpool jgn marah ekk...)

Shah CJ said...

salam semua..

rien:
insyallah rien. dn moga2 keberkatan tu sampai juga kpd rakan2.. hehe

manje:
ehehehe.. insyallah ikhlas. cuma nk mengadu aje. huhu

ayue:
ada safwan, bapak tak laku daahh.. hahahaha!

ayumkay:
ih! ih! yg naik gaji mmg tiap2 tahun. tp naik pangkat kalau lulus peksa aje. huhu

cemut:
hehe.. betul. kasih ibu tiada bandingnya. kasih bapa sepanjang usia. hehe

acai:
wak! ooohhh.. bakal bojo ne riko cikgu lah yo. tarakku bocah cilik nang russia gui. rupane kakak e bocah si bakal doktor gui.

kakakaka!
dh terjawab sgl rahsia. =)

snm:
kalau le awak fhm apa yg acai tulis. dia menjawab sgl persoalan. kekekeke

Shah CJ said...

cahayamata:
acai dh tukar red devils atas sbb2 kronisme. hahaha!

semoga berjaya adik cik ain. doakan yg terbaik utk dia dn awak juga. :)

snm | snm said...

kuang kuang kuang..:D
cikgu saya dh faham maksud senpai saya..saya mmg dh tau hal tu..keh keh keh...yg pentg, podo wae tau cikgu! dh lama btul x jumpa senpai2 saya:p dlu saya pernah terlepas ayat la kt msjbox senpai saya ni..pastu selambe dia delete..dia kata..biarlah rahsia..cisss...

[MH] said...

salam
kesiannya safwan..hurmm takpe,safwan kan memahami kerjaya ibu bapanyaa..
hurmm,mcm2 juga ragam budak2 skola ni kan cikgu..
hurmm demi anak bangsa..
cikgu,ape cerita yang pasal entri dato' tu? pasal shah rukh khan tu ke?3 hari tak bukak tenet rasa mcm ketinggalan zaman pulak..hihi

Anonymous said...

salam..

Safwan kenela byk2 bersabar yer..Besela jadi anak cikgu ni,kalau dah sibuk mmg akan ditinggalkan,igtkn kerjaya cikgu ni xsibuk tetapi lagi sibuk untuk mendidik anak2 org laen,huhu..Diri ni pun pernah melaluinya kecik2 dulu,heheh..

Tapi hasilnya memuaskan,sy jadi anak yg baik skg(pasan tu ;p)..Safwan kenela ikt cth cm uncle yer,nnt leh jadi drebar yg berjaya cam uncle tlg anta mak dan ayah pergi kursus@meeting time2 cuti,hahah :p

Anonymous said...

snm:
syyyhhhh.. spt yg kita borak kt ym falin. hehe. sglnya biarlah rahsia.

fathiyyah:
kesian le juga. dh le anak cuma sorang.. huhu. mujur dia cpt faham sbb dh selalu kna tinggal. :P

kylex:
aiseh.. jd drebar aje?. dia akan jd sorg ahli korporat yg berjiwa mukmin. insyallah. hehe

Anonymous said...

cikgu..komen orang ilang dah ke? letih mengarnag tadi..

Anonymous said...

drebar time2 cuti je..Berbakti sikit pada ibu bapa,huhu..Moga Safwan jadi ahli korporat berjiwa mukmin yg berjaya..Senangla sket nak cari brg2 org2 islam yang tentunya halal :)

Anonymous said...

one:
awak ada komen ke?. nampaknya tak terpapar kt sini.. huhu. hantar le lagi.. =)

Anonymous said...

kylex:
insyallah kylex. amiinnn.. hehe

rienmiel said...

o rahsia acai dah terkantoi ;)
ke mmg semua org dah tau...hehe

Nurul Nadiah said...

test test

Nurul Nadiah said...

salam cikgu,

Isk. Entri yg sejibik kene kat btg idong saya ni. hohoho. Saya pun tak suka gi sekolah. Suka serong sana sini. Ukur jalan ke mid valley la, Ukur jalan ke petaling street bagai. Kalau boleh semua tempat saya nak ukur jauh jaraknya dari sekolah. hehehe.

Selamatlah saya masuk bidang cikgu2 jugak. esok2 senanglah saya paham kenapa budak cenggini cenggitu. Sebabya saya pun lebih kurang je kan. Lagi terer kot. Dengan saye nanti budak xleh nak kelentong lah. Ingat cikgu x penah buat? cikgu lagi expert tao. hohoho. abislah budak2 saya nanti =p

kalao saya jadik anak murid cikgu la ni. mesti rasa nak pelekong je kan. =p

** Kalau saya tak masuk UPSI cikgu kan, agak2nya saya jadi tukang ukur jalanla gamaknya =p

-----------------------------

Humm, acai ni, sekali-sekali ade cakap jawe la pulak. aduhhh, saya blur! saya blur! =p