Friday, October 10, 2008

masih beraya..

salam raya =)

aku baru je balik beraya rumah adik lelaki arwah atuk. kiranya atuk sedara lah. namanya mbah mokhtar. mbah telah berusia 81 tahun. tapi masih gagah menunggang motorsikal dn merokok lenteng juga. hehe. cuma mbah dh mula uzur. telinganya kurang menangkap apa yang kami ucapkan. lain dicakap lain dijawabnya.

tapi ingatan mbah masih kuat. malah dia masih mampu berjalan tanpa tongkat walau agak terbongkok2 juga. sekali mbah terlepas menunggang motor, susah dicari kerana dia akan pergi ke mana2 kedai kopi utk sembang2 dgn org kampung. sbnrnya anak2 dia risaukan keselamatannya. tapi mbah rimas berada dlm rumah pula. untuk itu, anak2nya selalu rantaikan motorsikalnya agar jgn dia kerap hilang. hikss... :)

masa keluar dari kete, isteri mbah; nenek siti sedia menyambut kami depan pintu. sebaik saja melihat kepala aku terkeluar dari kete terus dia berkata:

ooohhhh!!... ko rupanya. dh berapa tahun tak dtg raya rumah nenek?.

rupanya nenek masih cam aku walaupun kt tgh2 pekat malam.. maklum le cucu kesayangan. hihihi

ehehehe.. aku congak2 balik. wooooooo dh 10 thn rasanya tak dtg ziarah rumah mbah dn nenek. betapa le lalainya aku. maafkan aku mbah nenek. aku takde alasan dn kata2 utk membela diri. hehe

padahal rumah mbah hanya sepelaung aje dr rumah aku nih. hehe

patut le masa aku singgah rumah mak tadi, mak ada cakap, nenek siti ada bertanya ttg aku. hehe. agaknya nenek dh terlalu rindu dgn aku. kekekeke. pasan jeeee.

dulunya masa aku kecik2, kat rumah nenek siti ni le aku makan2 dn tumpang tidur. pernah sekali jd pot baikkk punya waktu aku ponteng sekolah agama petang. hehe. ingatkan nenek cover line, rupanya dia repot kt bapa aku. apalagi lee.. dush!.. dush!.. zappp!!.. kekeke

nenek dn mbah masih mesra mcm dulu. tak abes2 aku kena smash dgn nenek. hehe. tahan telinga je leee.. mmg dh salah aku dh lama tak dtg raya rumah dia. mbah lelaki cuma mendiamkan diri. asyik dgn rokoknya. nak mencelah pun dia bkn dgr sgt.. hehe

"ko atuk tinggal sorang je ni haaa!. tu pun susah nk datang" kata nenek.
"ko dtg sini mak yg suruh ke? atau ko mmg nk datang" kena smash lagi.. hihi
"ko tahan le telinga. aku ckp mmg pedas2.." adehhh...

yg aku tersentuh.. masa bermaafan. aku kata:

"nek, minta maaf zahir batin nek. selamat hari raya.." simple jek. cara org muda. hehe

jawab nenek:

"nenek juga mcm tuh. nenek org tua. minta maaf kalau ada buat salah dn nenek dh maafkan semuanya DUNIA AKHIRAT.. "

huhu.. kena lagi.. hehe

2 comments:

Maryam said...

kuang kuang kuang!

10 tahun tu... isk!

atok2 saya masih ramai.. adeii.. muda dari ayah pulak tu..

Anonymous said...

rindu la kasih sayang atuk2 dan nenek2..raya ni nenek sedara tak sempat jumpa,org g rumah dia tadak..dia g jalan2