Sunday, September 28, 2008

berikan senyuman pada hati dn ceria pd wajah

salam bahagia =)



akhir persekolahan di bulan ramadhan. sekolah aku adakan MAJLIS KHATAM AL-QURAN dn PROGRAM UKHUWWAH.

sepanjang bln ramadhan, murid2 dn guru bermula jam 1.00 ptg - 2.00 ptg; mrk menghadiri majlis tadarus al-Quran.

maka hari jumaat tuh, majlis khatan al-Quran. di samping penyampaian sumbangan kepada 135 keluarga miskin pelajar2 sekolah nih.

terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam, Unit Penghayatan Islam dn Unit Bimbingan dn Kaunseling yg tlh bertungkus lumus mendapatkan tajaan, sumbangan dn derma dr guru, pelajar dn lain2.

cikgu2 kena paksa derma duit.. huhu

kita layan gambar dulu..



ust dul dn ust sani sdg memimpin majlis khatam quran.

antara barang2 sumbangan kpd keluarga miskin..


selain tu, pelajar yg layak juga dpt duit raya sebanyak 10 ringgit.

masa penyerahan sumbangan, aku sempat saksikan ada pelajar lelaki yg terima bungkusan hamper dn duit raya. hamper bagi kt mak, duit raya masuk poket sendiri.. hihi.. geleng kepala mak dia.. huhu. mcm2 bdk2 nih.

moga2 sumbangan yg sedikit akan dpt berikan senyuman pada hati dn ceria pd wajah mereka menjelang syawal nanti.
==================

ni apesal pulak tetiba ada terung nih?. ehehehe..

sbnrnya aku nk bagitau. sayur terung yg kami tanam dpn rumah dh berbuah. hihi..
dh abes pun kena masak masa berbuka smlm.. hehe

16 comments:

e~P~o~p said...

wahhhhhhhhhhh CJ subur nmpk terung tu....msk ape terung tu smalam??

Shah CJ said...

epop:
hehe.. terung tu goreng telur je wak. ringkas je.. hihi

hayad said...

seronok tgk sek yg wat majlis tadarus ni. jumaat aritu sek nurul kwn aku ada wat gak. kebetulan aku ada sekali psl tunggu dia abeh sek sblm kitorg blk kg.

sek aku mn ada wat majlis2 gini.sedih2.. kalo nk bg sumbangan pd pelajar susah tu lg la takde, dah semua senang2 kan...

[MH] said...

subur jugaa tanah depan umah cikgu yaa..sy sukaa terung..makan mentah2 lagi suka..nnt sy nk tulis entry la ttg ni..

rezeki bulan puasa..moga ia mampu meringankan sedikit beban di bahu mereka di pagi raya..
Alhamdulillah...

cikgu,tetiba terlintas dlm hati ni-nak berkenalan ngn isteri cikgu..boleh? isteri cikgu ada blog?
boleh laa

Shah CJ said...

hayad:
hehe.. ckp kt ustaz dn ustazah dgn kaunselor sekali. cuba mulakan buat majlis cam nih.
===========

fathiyyah:
uih!. tak pernah makan terung mentah2 nih. tak kelat ke?

amat le berbesar hati nk berkenalan dgn isteri aku. hihihi.. tp dia tadek blog. malah dia tak minat langsung internet nih. hehe

Anonymous said...

haha~wah, ada request nak berkenalan ngn isteri CJ tu..
mehla fathiyah, kite buat kelab "mari berkenalan dgn wife CJ"

mesti dpt sambutan kn? hm~bagus buat majlis mcm ni. haritu, masa praktikal saffa dah puas menangis tgk budak2 susah ni. sedih sgt2. smpai ada yang terpaksa bergilir2 pegi sekolah, sebab bila kakak pakai kasut sekolah, adik takde kasut sekolah nak pakai. means, 1 kasut tu kongsi berdua. kasut tu pun dah rabak2 me tgk.

CJ, letak gmbo raye family besar2 taun ni kat blog tau.kiterang nak menatap puas22.huhu~

cemut said...

ustaz cj nye mana?? xkelihatan dlm gamba pun.

wahhh da bebuah tanaman ;p bole kurangkan kos beli barang

kylex said...

CJ mnyamar jd student ke ni,xnmpk pun,hehe..Best2 ada tanaman kt umh sendiri,nnt lehla kami bertandang ke umah CJ mkn ulam2 yerk :)

:: Wiween :: said...

sekola ween pun wat majlis khatam quran kelmarin CJ ;) sronot dpt bunge telor :p

errr..baru mau mtk terung tu. skali dia da masak & mkn daa..agagag lenkali berbuah pos sini :p

Shah CJ said...

saffa:
wahahaha!. wife aku bkn artis okeh. hehe
ni yg jeles nih. aku susah2 buat blog.. wife aku pula yg glamer. tu baru gambar blkg. takleh jd nih. nk kena remove gak gambar dia. hahaha!
==============

cemut:
aku mmg le x nampak sbb aku cameraman.. :)
===============

Shah CJ said...

kylex:
aku kalo menyamar jd student buang tebiat namanya. huhu
===============

wiween:
adeh.. jeles le plak dpt bunga telur. kami buat simple jek. =)

Anonymous said...

kat rumah sewa dulu ada budak rumah rajin,tanam timun dgn terung kat kawasan depan...rumah orang lain penuh bunga-bungaan..rumah bujang sayur

sinarDCL said...

rasanya terung ni, terung paling fames sbb satu dunia kenal dia..
malangnya, ia tak sempat dapat anugerah sbb dah jadi arwah..hu hu

Neeza Shahril said...

panjangnya terung tuuu... baja apa tuh cikgu? bestnya makan hasil tanaman sendiri.. akak suka!

snm | snm said...

maka hari jumaat tuh, majlis khatan al-Quran. di samping penyampaian sumbangan kepada 135 keluarga miskin pelajar2 sekolah nih.

cikgu..sjk bila AQ blh khatan? :p
nmpk si sarah typo ni, sure kena gelak :p

cikgu..tangan cikgu mesti x panas. tanam apa2 semua menjadi..

Shah CJ said...

one:
org bujang tanam sayur utk sendiri makan. org kawen tanam utk anak2 makan. hehe
===========

sinardcl:
hehe.. tu terung paling singkat hayatnya stlh dipetik.. byk jasa terung tu bg makan org berbuka.. huhu
============

kak neeza:
tadek baja apa kak. cuma tanah bakar sawit. pastu pandai2 le hidup sendiri.. hehe
============

snm:
wahahaha!. nampak je ko ye falin. takpe.. sarah pun tak perasan kot. hihi..