Sunday, September 7, 2008

ramadhan di miri

salam perantauan =)


aku sekarang berada di bandaraya miri. utara sarawak. aku bertugas di sini. dn ditempatkan di smk lutong, miri. aku baru je dipindahkan dipostingkan di sini.. huhu

errr.. maksud aku.. 7 thn lepas aku berada di miri.. ngeh.. ngeh..

first posting dh kena miri.. huhu. kawen awal pun tak dpt menyelamatkan keadaan .. hahaha!

aku dn isteri sampai di miri kira2 2 minggu sblm raya haji. itu le kali pertama kami beraya di perantauan. dn sejak itu selama 5 tahun kami tak balik kampung baik raya haji atau raya puasa. kami cuma balik hujung tahun. itu pun tambang flight gomen yg sponsor.. hehe

di miri ada satu kem tentera. kebanyakan tentera org2 semenanjung. dlm kem tentera juga mrk buka bazar ramadhan. banyak kuih muih dn masakan semenanjung kt sana. ada selera pantai timur, utara, barat dn selatan.

nasi kerabu, nasi dangang, cek mek molek, sata, laksa, laksam, laksa perlis, laksa johor, sate.. apa saja yg tadek kt kem tentera tuh?. semua ada. huhu




bazar ramadhan kem tentera terletak bersebelahan masjid darul ridzwan (masjid kem tentera). masjid tu di tepi jalan besar dn itu memudahkan kami untuk membeli juadah2 selera semenanjung.

pada bln ramadhan, biasanya kami akan mengadakan majlis berbuka puasa dgn kawan2. blh katakan seminggu 3 kali kami bergilir antara rumah. pastinya kami berkumpul sama2 memasak atau membawa juadah sendiri dn berbuka secara berjamaah. solat berjamaah dn tarawih juga.

rumah kami yg kt taman bumiko biasanya jadi pusat kumpul kawan2. sbb rumah kami berada kt corner lot dan ada halaman yg agak luas. ironinya, aku le ahli yg paling muda dlm kebanyakan kwn2 yg bertugas di miri masa tuh.

semua itu diuruskan oleh kesatuan kakitangan semenanjung. aku antara pengasas kesatuan tuh, bersama2 ust ajib dn cikgu andek. ahli2 kesatuan tu terdiri dr semua kakitangan kerajaan dn swasta dr semenanjung dr semua negeri. ada cikgu, polis, tentera, shell, petronas, bank rakyat, telekom dn lain2.. asalkan dr semenanjung.

kami cukup rapat. ibarat sebuah keluarga yg besar di rantauan. susah dn senang kami hadapi bersama.

skrg tinggal cikgu andek saja di sana. rasanya dia dh lbh 20 thn kt miri. aku dn ust ajib dh balik ke selangor.

ust ajib ni pengerusi forum perdana Tv1 setiap mlm jumaat.. hehe

aku tak tahu mcmana dgn kesatuan yg kami asaskan tu. dn mcmana dgn kwn2 semenanjung yg bertugas di miri. adakah masih berkeluarga besar spt dulu?

ramadhan kt miri. tak le terasa terasing. asalkan pandai campur kawan. pandai bawa diri, hormati dn jgn sombong dgn penduduk tempatan.

scr jujur.. aku rindukan miri. seolah ada hati yg aku tinggalkan hatiku tertinggal di sana.. ehehehe..

note: gambar2 tu pemandangan miri. aku cari gambar kem tentera miri tak jumpa.. hehe

24 comments:

Anonymous said...

Miri oh miri =)

kylex said...

salam..

CJ,mule2 sy baca ayat prtama en3 ni,gempak je rasa,napelak tetibe CJ tukar miri lak,diam2 jer terus ke miri,rupa2nya cerita 7 tahun yg lps,he3..Itula kan, kalau kita di rantau orang, kita akan lebih menghargai persahabatan kita kan, susah senang bersama..pape pon,Selamat..

kylex said...

To Sarah Mohd Shukor..KS, buku dah dapat, byrn macam mane?..Tak pun, dikira duit raya per,hehe..bagitaula,k..tq..

:: Wiween :: said...

cantik gak bndr miri tu yek CJ..aiseyman..terkenang zmn posting la plak yek.egegege ;p

ween x terkenang langsung hal posting. psl dpt2 jek tgk PD! huhuk. Pdahal diriku mohon diposting di selangor. huahahahaha

err CJ windu kan Miri..ween plak windukan JB...sob sob :(

rienmiel said...

salam cikgu~

wah...5 tahun x balik raye...
lama tuh...
tp nasib cikgu dah kawin time tu...
kalau x, sorg2 le kat miri sambut raye ;)

Shah CJ said...

sarah:
ok.. aku faham maksud sarah. biarlah jd rahsia kita berdua. hahaha!.. ayat mcm apa jek.


kylex:
di rantauan, kawan jd saudara. dn itu byk mengajar aku hargai persahabatan. hehe

Shah CJ said...

wiween:
haaaa.. tu rindu Jb apasal lak. kan org PD dh tunggu.. huhu. *spekulasi* :)


rien:
kalau aku masih bujang masa tu.. rasanya lg ligat rien.. hehe

risanur said...

salam CJ,
risa ingatkan dah posting ke Miri..wat suspen je rupanye 7thn yg lalu...setiap kenangan mengajar kita menjadi manusia yang lebih bersyukur&menghargai...

[MH] said...

sy belum habis bc entry ni lagi sbb lepas ni sy nk keluar..mlm karang baru sy komen panjang yaa cikgu..hihi

:|: TinTa Kibod :|: said...

wawa..cekgu bukak 'diari lama' eh..he he he...

Anonymous said...

wah..merasa gak cikgu duk sana ye...mesti seronok kan...

AinNur Haris said...

seronok ye ada "kesatuan kakitangan semenanjung" tu..hehehe..kreatif sungguh la cikgu jawe ni.. ;-p

~ paling jauh pun SAYA merantau dan berpuasa jauh dari family cuma masa belajar kat poli kota bharu dulu..hihihii.. ~

CPI said...

salam...

caiittt!! ingt siyesss la CJ kt miri td...uhuhuhuhuhuhuuu...miri best eh...nk p bwk diri kt miri la cmnih uhuhuhuhuhuhuhuuu

Anonymous said...

cikgu, takde maknanya tau. dulu tu spekulasi sesat yg cikgu masih tak jelas hujung pangkal. ahaks :p

cemut said...

miri...xsuke...bek duk semenanjung ;p..tp kalao ade byk kenangan kat sane..duk tekenang kenang la kan

Shah CJ said...

risanur:
org kata byk berjalan luas pengalaman.. hehe


fathiyyah:
ok fathiyyah.. sementara awak keluar, aku dh ada n3 baru.. huhu

Shah CJ said...

ayue:
diari lama yg masih segar dlm kenangan.. ahaks


mamaranggie:
sgt seronok tau mama.. rasa mcm nk holiday kt miri le pulak.. hehe

Shah CJ said...

cahaya mata:
tu blm cukup jauh tuuu.. cuba ko puasa dn raya kt uganda pulak.. kikikiki


iman qaisara:
kalau awak nk bawa diri ke miri, sila le bawa aku sekali.. ekekeke. sbb aku ada senarai tempat2 pelancongan utk awak lawati.. hihi

Shah CJ said...

sarah:
elelelelelee.. awak nk cover le tuuu.. hehe


cemut:
hehe.. dok miri sgt seronok apa... :)

snm | snm said...

Salam cikgu J
cikgu terkenang Miri?
tempat jatuh lagikan dikenang ye cikgu
apatah lagi tempat bercintan cintun..ooppss...

Shah CJ said...

snm:
hehe.. miri tmpt kami hanimun tau.. kekekeke

Anonymous said...

sungguh cikgu. takde maknanya sy nak cover2 tau (^^,)v

[MH] said...

ok cikgu..dah bahbis bc..hihi

oh,terkejut sy bila bc yang mula2 tu pasal miri..baru tahu cikgu penah duduk sana..

banyak pergi tempat org,duduk sana,kenal ramai org,..
pengalaman manis kan cikgu?
mcm sy juga dulu..kecik2 dh belajar kat negeri org...dulu selalu memberontak..
tapi bila kenang balik,kita dapat raaamai kwn..pergi hujung dunia mana pun,mesti jumpa kawan..

hihi
sama ngn kak sarah..miri oh miri

Shah CJ said...

sarah:
=) senyum le je sarah.. hihi


fathiyyah:
awak lg jauh merantau fathiyyah. dok cairo tuh. lg byk pengalaman dn kwn2 juga. hehe