makam syuhada badar.
17 ramadhan tarikh Perang Badar. aku nk kongsikan beberapa fakta menarik Perang Badar.
= Badar nama satu kawasan lembah 90km ke selatan Madinah menghala ke Mekah. korang byg le.. 90km tuuu.. mcm dari Shah Alam ke Mentakab kot.. huhu
= Tentera Quraisy seramai 1000 org. dgn senjata lengkap dn baju besi, 700 unta dn 100 kuda.
= Tentera Islam hanya 313 org. senjata usang saki baki yg dibawa dr Mekah dn senjata org2 Ansar. ada yg hanya guna pelepah kurma sbg senjata. Rasulullah menunggang kuda baginda.
= Perang berlaku pada waktu subuh hingga petang hari dan cuma sehari.
= sewaktu perang berkecamuk, Rasul ambil segenggam batu pasir. dilemparkan kearah musuh. serta merta bertiup angin taufan membawa hujan batu dan pasir. angin kencang dtg dr pihak Mujahidin menuju ke arah pihak Quraisy. menyebabkan tentera quraisy huru hara.
= Abu Jahal dikepung oleh panglima2 Islam. dijatuhkan dari kudanya oleh Abdullah ibn Mas'ud. dipijak dadanya oleh Abdullah, tapi Abu Jahal masih mencaci Rasulullah dgn lidahnya. lantas dipenggal lehernya oleh Abdullah ibn Mas'ud dn dibawa kepada Rasulullah kepala Abu Jahal. Rasulullah turun dari kuda baginda lalu sujud syukur.
= Umaiyyah bin Khalaf terkenal kerana menyiksa Bilal. asalnya enggan turut serta dlm Perang Badar sbb dia bukanlah seorang yg handal perang. lagipun dia org kaya. cari duit tau le dia. Abu Jahal desak dia pergi. lalu dia ikut perang. akhirnya dia terbunuh ditangan Bilal.
= Umar bin Abu Waqqas. dia adik kpd Saad bin Abi Waqqas. tidak dizinkan oleh Rasul utk pergi perang sebab sgt muda. Dia menangis nak ikut berperang juga. Rasul lalu izinkan. Akhirnya Umar syahid dibunuh Amru bin Abdu al-Amiri. Umar baru berumur 16 thn.
= Tentera Quraisy mati 70 org. 24 org ditanam dlm perigi al-Qalib. yg lain2 timbus aje dgn tanah dn batu sekitar perigi tersebut.
= Urusan mengkebumikan syuhada Badar dn menanam bangkai Quraisy berjalan hingga tengah malam.
= Tentera Islam dibantu oleh 3000 malaikat yg berserban hijau, kuning dn merah. mrk turun bersama angin kencang tadi.
cukup kot kuliah sirah kita. hihi. nak lebih lanjut kena le berguru ngadap kiyai, kena buka kitab. hehe.
9 comments:
salam cj
emm kite kat penang pun cuti nuzul quran juge... :)
> tmeksh krn kongsi info nih... em kite nak email add cj... nak tau lebih lanjut tntg entri hadis tu, bole tak?
Terima kasih Cikgu..;-)..Perak pun cuti..;-)
manje:
n3 hadis mana manje?
add emel ek?: cikgujawe@yahoo.com
abeh leee glamer aku pasni. kekekeke..
=============
kylex:
tq kembali. jom pekena sate rusa kt behrang.. hihi
salam ..apa kabar...wahh cuti..seronoknya...cam mana persiapan raya..
salam CJ...
selamat bercuti..kalu ada gaji confirm gi shopiing kan..hari ni sesakla kat KL ni...fening kepala dgn kesesakan...
info yg bagus...ceta la lagi...
good info..thanks..
p/s
lambat tul gaji masukk....lutut dah gigil ni..huhuhu
cikgu J
tgk link yg saya paste ni. tmbh lg info psl perang badar ni
http://becok.blogspot.com/2008/09/nuzul-quran-dan-badar.html
ni blog kwn saya masa kt upm dlu :)
bagus sekali info ni..rasa terkesan di hati..
tetiba teringat plak Ustaz Ahamd (cikgu sekolah agama darjah khas dulu..) time dia ngajar subjek Sirah, sngt lah mengantuknya...hukk hukk...
kalau lah cikgu jawe yg jadi ustaz ahmad tuu... emmpphh..!! hikk hikkk.. (ehh..tgh berpuasa ni...!!)
walaupun tinggal di negeri yang airnya berkebajikan,tapi cari makan di wilayah metropolitan penuh kesebokkan...
Post a Comment